NOTA TATABAHASA : SINTAKSIS

FUNGSI FRASA Antara fungsi frasa adalah :
1. Frasa berfungsi sebagai subjek dan predikat dalam binaan ayat. Binaan frasa

pula boleh terdiri daripada satu perkataan sahaja ataupun beberapa perkataan. Contoh : Subjek 1. Ibu 2. Ibu budak itu 3. Bapa budak lelaki itu guru. guru sekolah. guru sekolah agama. Predikat

2. Frasa juga berfungsi menentukan pola ayat dengan kehadirannya dalam sesuatu

binaan ayat. Dalam Bahasa Melayu, binaan ayat terdiri daripada empat pola yang utama iaitu : I. Frasa Nama + Frasa Nama II. Frasa Nama + Frasa Kerja III. Frasa Nama + Frasa Adjektif IV. Frasa Nama + Frasa Sendi Nama

Dalam Bahasa Melayu, semua binaan subjek terdiri daripada Frasa Nama (lihat contoh di atas). Manakala pola ayat dalam binaan predikat ditentukan oleh kehadiran frasa yang menjadi inti iaitu unsure yang diberi penumpuan makna dan mewakili seluruh frasa itu dari segi makna.
a. Jika frasa nama yang menjadi inti dalam binaan predikat, maka pola ayat

tersebut adalah sebagai frasa nama + frasa nama. Contoh : Subjek 1. Ayahnya 2. Mereka Predikat Frasa Nama pengurus. pelajar sekolah menengah.

3. Isteri Encik Ali

pegawai kanan di syarikat itu.

b. Jika frasa kerja yang menjadi inti dalam binaan ayat \, maka pola ayat tersebut

adalah sebagai Frasa Nama + Frasa Kerja. Contoh : Subjek Predikat Frasa Nama 1. Orang itu 2. Mereka semua 3. Kanak-kanak memanggil saya. melambaikan tangan. Manaiki bas sekolah

c. Jika frasa adjektif yang menjadi inti dalam binaan predikat, maka pola ayat

tersebut adalah sebagai Frasa Nama + Frasa Adjektif. Contoh : SUBJEK 1. Dia 2. Orang tua itu 3. Kucing kesayangan itu PREDIKAT FRASA ADJEKTIF pandai. sangat baik hati. gemuk.

d. Jika frasa sendi nama yang menjadi inti dalam binaan predikat, maka pola ayat

tersebut adalah sebagai Frasa Nama + Frasa Sendi Nama. Contoh: SUBJEK 1. Adik saya 2. Mereka semua 3. Arahan itu PREDIKAT FRASA SENDI NAMA di rumah. dari kampong. kepada semua pekerja.

1. Frasa juga berfungsi sebagai objek atau penyambut kepada kata kerja transitif

dalam binaan frasa kerja. Dalam Bahasa Melayu, objek atau penyambut ini mestilah daripada frasa nama. Contoh:

Frasa kerja dengan satu objek frasa nama.
i. Saya menjawab surat itu. ii. Dia tidak mengabaikan tugasnya. iii. Mesin itu mengepam air.

Frasa kerja dengan dua objek frasa nama.
i. Ahmad menghadiahi Ali buku. ii. Wanita itu membelikan anaknya baju.

1. Frasa juga berfungsi sebagai unsur penerang kepada subjek dalam binaan ayat.

Contoh: Subjek Frasa Nama Inti Pakaian Rumah Bangunan Penerang 1 kain kapas harga murah pencakar langit Penerang 2 buatan Malaysia ini binaan kerajaan bentuk piamid itu

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful