You are on page 1of 17

1)

LATAR BELAKANG PENULIS

Beliau dilahirkan di Glasgow, beliau adalah anak kedua di dalam empat orang adik
beradiknya. Akan tetapi beliau telah berpindah ke Domfatt semasa beliau berumur dua bulan.
Mora Dickson telah menjadi penulis profolik dan telah menulis 21 buah buku. Semasa beliau
menjadi ketua pelajar beliau adalah seorang yang sangat lantang di dalam memberi
pendapatnya. Beliau terkenal dengan kesukarelaan dalam membantu pembangunan di dalam
sesebuah negara membangun. Beliau juga sangat pandai di dalam bidang lukisan dan
penulisan sajak semasa perang dunia. Mora Dickson telah meninggal pada tahun 2001.

2)

RINGKASAN BAB

BAB 1 : SCOTLAND
MOHAMAD ALIFF HAZIQ BIN NASRUDIN (JEC 140004)
Bab ini menceritakan tentang seorang lelaki yang bernama John Kennedy Wilson. Dia
seorang pemuda yang lahir di Glasgow, Scotland dan menceritakan perjalanan hidup beliau
dari kecil hingga ke dewasa. Selain menceritakan transisi hidup John di Scotland sebelum
berpindah ke Sarawak untuk berkerja.
Beliau merupakan anak keempat dari 6 orang adik beradik. Bapanya merupakan
seorang guru besar di sebuah sekolah dan ibunya pula merupakan seorang suri rumah. Pada
tahun 1920 keluarganya terpisah dua secara geografi. John mengikuti ibunya berpindah ke
Dunoon kerana cuacanya yang lebih baik berbanding di Glasgow. Mereka berpindah kerana
ibunya ada penyakit bronkitis. Cuaca di Glasgow yang agak sejuk dan berkabus tidak sesuai

untuk ibunya dan akan membuat ibunya sering jatuh sakit. Walau bagaimanapun mereka akan
bertemu pada hujung minggu.
John tinggal di Dunoon dengn ibunya dan belajar di sebuah akademi di sana. Dia
merupakan budak yang suka berdebat dan sering mengeluarkan hujah-hujah untuk tidak
bersetuju dengan gurunya. Dia sering bergiat aktif dan banyak menyertai jawatankuasajawatankuasa yang ada di akademi tersebut. Di rumahnya di Dunoon, ibunya sering
mengharap pada dia untuk membuat kerja-kerja rumah berbanding anak-anak perempuan
yang lain. Pada tahun akhir di sekolah, John mendapat tempat yang cemerlang (Dux
Medallist). Selepas itu, dia menyambung pelajaran untuk sarjana muda sains dengan
kepujian.
Pada hari jadinya yang ke-21, ibunya telah meninggal dunia. Ia merupakan hari paling
bersejarah dalam hidupnya kerana ibunya meninggal pada hari jadinya. Walau bagaimanapun,
John tidak bersedih terlalu lama dan terus meneruskan kehidupannya seperti biasa. Dia
kemudiannya menyertai Tentera Udara DiRaja Scotland pada waktu perang dunia. Dia telah
menyertai banyak siri pertempuran dalam perang dunia seperti di Aden, Mesir, Greece, Crete
dan Timur Tengah. Dia merupakan juruterbang yang hebat dan telah banyak menerima
anugerah kerana khidmatnya yang cemerlang. Terdapat satu insiden yang mengubah
hidupnya sebagai juruterbang kapal terbang perang, kapal terbangnya terhempas dan dia
cedera parah. Setelah sedar di hospital, doktor mengatakan dia tidak mengalami apa-apa
kecederaan tetapi John tetap rasa sakit di bahagian belakang badan. Dia kembali berkhidmat
dengan tentera udara Scotland tetapi segalanya tidak sama seperti sebelumnya. Dia telah
mengadu kepada doktor dan minta untuk dilakukan ujian x-ray sekali lagi tetapi doktor
enggan melayan permintaannya malah mengatakan mungkin dia mengalami masalah mental
dan fobia untuk memandu kapal terbang. Dia tetap berusaha meyakinkan doktor untuk
melakukan x ray sekali lagi dan berjaya. Setelah melakukan imbasan x-ray, hasilnya

mendapati John mengalami cedera tulang belakang dan terus dibawa ke hospital untuk
rawatan lanjut. Jika terlambat, John boleh lumpuh selamanya. Dia kembali berkhidmat
bersama tentera udara setelah sihat sepenuhnya dan kembali memandu kapal terbang. Dia
kemudiannya dinaikkan pangkat dan melatih rekrut baru.
Apabila perang dunia telah tamat, John memohon kerja yang diiklankan dalam surat
khabar di Scotland. Dia memohon dan menjawab soalan yang ada pada iklan tersebut dan
mendapat pekerjaaan tersebut. Dia telah ditawarkan jawatan pegawai pelajaran untuk Koloni
Diraja baru di Sarawak.

BAB 2 : SARAWAK
John tiba di Sarawak pada April 1949. Pada waktu itu beliau berusia 35 tahun.
Sarawak merupakan negeri yang berbilang kaum tetapi bukan yang semua kaum mempunyai
status yang sama. Komuniti cina dilihat lebih kaya, makmur dan berindustri manakala
komuniti Melayu pula hanya berkhidmat dengan kerajaan dan lebih cenderung kepada kuasa
politik. Kedua komuniti ini ada tradisi mereka tersendiri di luar Borneo dan tiba di Borneo
hasil daripada emigrasi mereka. Manakala orang tempatan iaitu orang asli tinggal di
pedalaman. Terdapat banyak suku orang asli di Sarawak misalnya Iban, Kayan, Kenyah,
Kelabit, Dayak dan Dayak Laut. Keseluruhan suku ini mewakili majoriti masyarakat asli di
Sarawak dengan mewakili 31 peratus masyarakat di Sarawak.
Apabila Perang Dunia Kedua sudah semakin surut dan mahu berakhir, komuniti asli di
Sarawak mendapati mereka masih jauh tertinggal ke belakang. Mereka tiada skil teknikal dan
ramai anak mereka yang langsung tidak pernah pergi ke sekolah. Dengan negara yang
semakin hampir menuju kemerdekaan mereka masih jauh ketinggalan dan perkara paling asas

yang mereka perlukan adalah pendidikan dan konsentrasi pendidikan bagi masyarakat yang
tinggal di pedalaman.
John Wilson Kennedy ditempatkan di Training College di Batu Lintang berhampiran
dengan bandar Kuching. Megambil beberapa orang budak Melayu dan dua atau seorang Cina
di Ulu untuk dilatih menjadi guru dan dihantar semula ke kawasan mereka yang terpencil
untuk memulakan persekolahan.
John mendapati bajet untuk pendidikan terlalu kecil dan kerajaan juga hanya
mempunyai bilangan sekolah yang sangat sedikit. Komuniti Cina dengan mementingkan
maruahnya sendiri mempunyai sekolahnya sendiri dan membiaya guru dan staf mereka
sendiri manakala ada terdapat beberapa sekolah vernakular melayu yang ditadbir oleh
kerajaan. Tetapi bagi masyarakat asli di pedalaman lain pula nasib yang menimpa mereka.
Pada waktu itu, 98% orang dari suku Dayak Laut adalah buta huruf. John mendapati masalah
ini adalah serius kerana masyarakat pedalaman tidak mendapat apa yang mereka sepatutnya
dapat iaitu pendidikan.
Hal ini terjadi kerana permukaan muka bumi di Sarawak yang sangat mencabar serta
kekurangan jalan darat untuk sampai ke pedalaman. Apabila hal ini terjadi, perjalanan yang
sepatutnya singkat menjadi sangat lama kerana terpaksa menempuh jalan yang berbukit dan
merentas sungai menggunakan perahu atau sampan.
John tetap berpegang pada prinsipnya bahawa suku Dayak tidak dilayan dengan
layanan yang sepatutnya mereka dapat. Ia menjadi tugas dan rutin bagi beliau iaitu pengetua
Sekolah Batu Lintang untuk merantau seluruh negeri bagi mencari pelajar yang berpotensi
dan mencari guru muda. Dengan pengembaraan inilah John telah melihat rumah-rumah
panjang yang ada di Sarawak. Rumah panjang mempunyai pelbagai saiz, dari yang kecil yang
hanya memuatkan 10 keluarga hinggalah kepada rumah panjang yang besar yang mampu

memuatkan 30 hingga 40 buah keluarga. Masyarakat yang tinggal di rumah panjang itu
menanam padi bukit di hutan yang telah dibersihkan. Hidup mereka terikat dengan pelbagai
ritual dan tradisi yang berkait dengan penanaman padi. Beliau mendapati masyarakat di situ
hidup dalam keadaan yang ekstrem dan terdedah kepada bencana dan kebuluran jika hasil
tanaman mereka tidak menjadi.
Semangat Wilson bukan saja untuk mengajar di pedalaman tetapi menyediakan ubatubatan kepada mereka juga. Beliau sanggup mengambil kursus dan melakukan pemerhatian
di klinik-klinik bagaimana hendak merawat pesakit agar dia bersedia untuk berkhidmat di
pedalaman. Dia juga telah bertekak dengan Jabatan Pelajaran dengan mengatakan kanakkanak di pedalaman itu juga merupakan tanggungjawab Jabatan Pelajaran dan patut
memikirkan kanak-kanak yang inginkan pelajaran dan pendidikan tetapi tidak mampu
mendapatkannya kerana sekolah terlalu jauh dengan tempat tinggal mereka. Respon dari
Jabatan Pelajaran sangat mengecewakan, mereka tetap dengan polisi jabatan mereka yang
mahu mengelak pelbagai komitmen.
Melalui pemerhatian dan pengalamannya juga beliau mendapati Kristianiti memecah
belahkan masyarakat yang tinggal di rumah panjang tersebut. Sewaktu perayaan krismas,
beliau pergi ke rumah panjang tersebut

dan beliau diraikan dengan baik tetapi dia

memberitahu orang di situ bahawa dia bukan kristian katolik dan terus mereka tidak
melayaninya. Ada satu kumpulan pula di dalam rumah itu yang bukan beragama kristian
menganggap beliau adalah seorang paderi yang ingin mengkristiankan masyarakat di situ dan
kumpulan tersebut berasa tidak suka pada John. Seorang jurupandu terus membawa John
keluar dari rumah panjang tersebut bagi mengelakkan sebarang insiden yang tidak diingini
berlaku.

John mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai pengetua di Batu


Lintang bagi memfokuskan kajian terhadap teorinya. Beliau berpendapat pendidikan
sepatutnya diberi sejak dari bawah dan bukannya di atas agar generasi baru yang
mengembangkannya tidak berasa terasing. Seterusnya, John pergi ke sebuah rumah panjang
yang dikenali sebagai Rumah Gelau pada tahun 1952 di hulu Sungai Budu.
Rumah Gelau merupakan penempatan suku Dayak Laut. Rumah Gelau terletak jauh
dari bandar dan dikelilingi hutan sepenuhnya. Di penempatan itu terdapat sebuah sekolah
kecil yang sangat usang untuk dia mengajar. Tetapi sebelum itu, dia perlu meminta keiizinan
untuk tinggal dan mengajar di situ. Orang-orang tua di situ tidak mengambil mudah
permintaannya itu dan berbincang panjang untuk membenarkan John tinggal di situ.
Akhirnya, mereka mencapai kata sepakat untuk membenarkan John mengajar di situ.

Bab 3
TAN JIA HUI (JEC140020)
Cerita ini berkaitan dengan kehidupan Suku Dayak di rumah Panjang, Sarawak. Terdapat
seorang pemuda yang bernama Wilson. Beliau gigih berusaha untuk mencari pekerjaan yang
lebih baik. Pada asalnya, beliau merupakan seorang petani. Kemudian, beliau bekerja sebagai
kerani pula. Beliau sebenarnya ingin sambung belajar tetapi latar belakang pendidikannya
telah menghalangnya. Beliau telah ke Budu untuk menjadi seorang guru. Pada masa itu,
beliau hanya menerima gaji sebanyak RM30 sahaja daripada pihak tempatan. Namun,
rancangan jangka panjangnya ialah berjuang untuk skim pusat pembangunan masyarakat.
Beliau merupakan seorang yang kreatif untuk membangunkan skim pembangunan ini.
Kebijaksanaannya telah menarik perhatian pegawai yang ternama, iaitu Sir Anthony Abell.

Beliau sangat menghormati kebolehan dan idea yang terdapat pada Wilson. Oleh itu, pihak
kerajaan amat menghargainya kerana beliau telah banyak berjasa kepada negeri Sarawak.

BAB 4 : PROGRESS AND THE PROGRESS SOCIETY


MOHAMAD ADHAM BIN KAMARULZAMAN (JEC 140003)
400 keluarga dikelaskan di dalam Persatuan Pembangunan. Dalam setiap keluarga, seorang
lelaki akan menghabiskan masa selama 2 minggu di dalam hutan untuk memotong kayu dan
membawanya pulang. John Wilson berusaha untuk merekrut lelaki muda kaum Dayak untuk
jadi cikgu, pembantu agrikultur, pembantu operasi dan pembantu perubatan. Tiada orang
Melayu atau Cina yang tahan dengan tekanan kerja di Sibu, Seratok dan Kuching. Semasa
Wilson ditemudga untuk bekerja, Wilson di soal tentang : adakah dia bersedia untuk makan
nasi untuk semua hidangan? Tidak ke panggung wayang, tiada hiburan di dalam masa 3 atau
4 tahun bekerja. Adakah dia bersedia tidur di atas tanah. Hidup dalam keadaan primitif. Kerja
24 jam dan 7 hari seminggu. Soalan yang terakhir adalah adakah dia boleh menunggang
motosikal. Soalan-soalan yang dikemukakan itu mengurangkan calon. Objektif Wilson adalah
untuk membawa lelaki muda dari kaum Dayak ke tahap pembelajaran standard dan menukar
mereka untuk boleh memimpin masyarakat mereka ke masa hadapan yang bebas. Orang
Dayak terkenal dengan sikap keras kepala mereka. Pada masa tersebut orang Eropah banyak
terdapat di Kuching. Jabatan Pelajaran dengki dengan ahli Jawatankuasa Pembangunan
dalam mengaji dan memecat staff.semasa Wilson melaksanakan tugasnya apabila diterima
bekerja Wilson tidur bersama tikus di lantai. Terdapat Banyak kisah tentang penyakit yang
dihidapi orang Dayak dan terdapat juga banyak buku teknikal untuk menghadapinya.
Sebenarnya orang Dayak mengidamkan untuk boleh membawa muatan yang berat
memandangkan kaum mereka terkenal dengan tenaga yang luar biasa. Kebanggan mereka

akan menghalang orang lelaki Dayak menunjukkan lemah semangat dan putus asa. Satu hal
yang menarik ada pada orang Dayak adalah orang Dayak suka mengerumun orang baru dan
menepuk mereka dari belakang. Mac menyediakan kedai pertama di Budu yang
berkonsepkan kedai kerjasama. Motifnya adalah untuk mematahkan monopoli masyarakat
Cina di dalam perniagaan. Objektif kedai kerjasama bukan untuk memperkayakan individu,
tetapi untuk meningkatkan ekonomi di dalam kawasan dan memberi Persatuan Pembangunan
bantuan kewangan. Pada pendapat Mac masyarakat di Budu tak boleh mengharapkan duit
dari kerajaan semata-mata. Orang Dayak perlu bersedia untuk bayar harga untuk kemajuan
yang mereka mahu. Setiap rumah panjang secara tradisionalnya bebas dan bersaing dari
berkerjasama. Orang Dayak banyak hidup dalam keadaan miskin dan penyakit yang
menganggu kesihatan mereka. Arthur Thwaites perlu mengubah cara pemikiran beliau
tentang etnik di Sarawak. Pada masa itu, Manang di hantar ke Edinburgh atau Warrington
untuk rawatan. Jika Arthur sudah menggunakan semua skill perubatan beliau dan pesakit
masih tidak menunjukkan tanda-tanda perubahan. Arthur akan menyuruh Manang
menggunakan Semangat Jahat. Orang Dayak tak tahu apa-apa tentang kuarantin dan
kesihatan. Kadangkala orang Dayak boleh berjalan seorang diri selama berberapa jam dengan
luka besar tetapi masih ok dengan bantuan semangat kaum mereka. Jabatan Kesihatan
melancarkan kempen anti-yaws. Pegawai kesihatan datang ke Budu untuk melakukan
suntikan kepada orang Dayak. Kadar kematian bagi setiap kelahiran di dalam kalangan orang
Dayak sangat tinggi sama ada bagi pihak ibu ataupun anak. Untuk proses kelahiran orang
Dayak selimut akan dibuat seperti khemah untuk menghalang kuasa jahat dari melihat ibu
melahirkan anak. Jaring ikan akan digunakan bagi menangkap semangat burung untuk
dimasukkan ke dalam bayi. Apa yang menariknya adalah semasa mengandung ibu tidak
dibenarkan untuk memakan, telur, ikan, daging dan sayuran hijau. Pada tahun 1954, 45 orang
dewasa diterima untuk belajar di sekolah dewasa pertama. 12 wanita dan 33 lelaki. Pada masa

itu juga ular tedung adalah antara penyebab kematian. Sungai juga adalah salah satu punca
kematian orang Dayak oleh kerana sungai tidak boleh dijangka dan banyak bahaya darinya,
hanya skil, pengetahuan dan keyakinan sahaja boleh membantu. Linsam pernah menjadi
pemandu bot, apa yang paling penting adalah pemandu bot tidak boleh diganggu ketika
mengendalikan bot. Mac membuat satu langkah untuk kedainya iaitu dengan membeli barang
tempatan, lebih-lebih lagi getah. Ahli yang membawa getah untuk dijual akan mendapat
bayaran pertam yang murah

BAB 5 : The First Year


Antara 1954 dan 1957, 3 pusat lagi dibuka, iaitu Nanga Budu, Nanga Engkili, dan Nanga
Grenjang. Tiada pelatih dibenarkan di dalam pakar dalam satu bidang sahaja. Mereka perlu
tahu semua benda. Mereka meniaga, beli barang dari sungai, merawat orang sakit, mengutip
cukai, jaga pokok getah, membaiki enjin dan membantu di sekolah. Pada masa tersebut
latihan vokasional bukan sekadar keperluan untuk memenuhi keperluan pendidikan.
Kemungkina untuk sesiapa yang tidak mencapai kejayaan akademik akan pulang ke rumah
bukan dengan rasa kegagalan akan tetapi mereka ada skil yang berharga dan boleh
diaplikasikan dalam kehidupan seharian. Pada permulaan, palajar hanya datang dari rumah
panjang dengan menyeberangi sungai. Tetapi selepas itu, kanak-kanak perlu datang dari
rumah panjang dengan berjalan kaki selama 4 hingga 6 jam. Pada satu hari, dorm pelajar
kosong dari kanak-kanak. Pada waktu subuh, Mac sampai ke rumahnya dan pelajarnya
datang untuk mengucapkan selamat tinggal kepadanya. Di dalam berberapa hari, mesyuarat
perjalanan persatuan diadakan, Tuhan kaum Dayak diseru berdasarkan adat mereka untuk
menghalau semangat jahat dengan bunyi Tawak. Wilson diupah untuk berkerja sebagai
pekerja pembangunan komuniti. Orang Dayak di Budu sekarang membayar untuk

menjalankan sekolah mereka. Komuniti pembangunan di Kuching mula menunjukkan


peningkatan dari segi kepentingan. Komunikasi sangat terbatas pada waktu itu oleh kerana
surat dari Budu untuk sampai Kuching memerlukan 3 minggu ataupun sebulan untuk sampai
dan dibalas. Komuniti pembangunan Masyarakat mahu merekrut ahli agrikultur untuk
berkerja bersama mereka. Budu mempunyai 3 ekar lading kopi, kapok, cocoa, citrus, pepper,
dan padi. Sarawak adalah sebuah negeri yang tidak mempunyai jalan dan sungai adalah jalan
yang murah tetapi merbahaya. Rumah panjang sentiasa menjadi lokasi kepentingan individu
daripada kepentingan komuniti. Demokrasi di dalam masyarakat Dayak membenarkan
kebebasan individu

BAB 6: THE GRAND DESIGN (REKA BENTUK YANG BESAR)


SITI FATIMAH BINTI MOKHATAR JEC 140013
Di dalam buku ini John Wilson berusaha selama sembilan tahun untuk mengubah cara hidup
kanak-kanak lelaki yang tidak mengetahui apa-apa kerana mereka menjadikan hutan sebagai
tradisi kehidupan mereka. Wilson ingin memastikan kanak-kanak lelaki tersebut dapat
mengendalikan cara pengelolaan, perdagangan dan perkhidmatan social serta bersedia
menggalas tanggungjawab kepada masyarakat.
Kanak-kanak lelaki di pedalaman Sarawak tidak layak untuk bersekolah di Sekolah Menegah
Batu Lintang di Kuching kerana sekolah budu tidak berdaftar.Tambahan pula, sokongan
keluarga dan saudara-mara kanak-kanak di Sarawak sangat tipis terutamanya dalam bidang
pendidikan. Selain itu, bilangan pelajar pula adalah sedikit dan ianya mungkin tidak dapat
pengarah pendidikan jangkakan bilangan kemasukan ke sekolah berkenan.
Wilson telah menjelaskan tentang pengajian dan sejarah beliau semasa menuntut ilmu serta
pengorbanan yang telah dilaluinya kepada anak muda yang bernama Jawie. Lalu Jawie

memikirkan bahawa dirinya tidak mempunyai apa-apa yang dapat memperoleh pengalaman
serta manfaat daripada apa yang dikerjakannya selama ini. Akhirnya Jawie ialah salah satu
yang pertama menjejaki ke luar negara bagi melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan
penuh.
Pengambilan anak angkat pula adalah paling banyak dalam kalangan kaum Iban.
Wilson berpendapat kanak-kanak lelaki mempunyai peluang untuk mendalami ilmu
pengetahuan dengan baik. Bagi Wilson kanak-kanak lelaki seharusnya diberikan penekanan
dari segi keilmuan. Suasana persekolahan di Scotland oleh kaum Dayak sangat ceria, sopan,
dapat menyesuaikan diri dan mereka mudah dibentuk akhlaknya. Manakala di London lain
pula suasananya yakni, mereka sering dilabelkan mengamalkan kehidupan yang mudah iaitu
suka berkawan. Namun begitu mereka tiada masalah untuk menyiapkan tugasan dan lulus
peperiksaan. Peripentingnya bahawa Wilson telah menjadi pembakar semangat kepada
masyarakat di Sarawak untuk keluar menuntut ilmu dan lebih berfikiran ke hadapan.

BAB 7: TWO-WAY TRAFFIC(TRAFIK DUA HALA)


SITI FATIMAH BINTI MOKHATAR (JEC 140013)
Penulis bersama dengan suaminya, telah melawat ke Budu untuk menjadi sukarelawan dan
telah mengambil bentuk konkrit di kawasan tersebut kerana mereka mendapati bahawa di
Budu mempunyai keadaan yang ideal untuk sukarelawan muda. Tambahan pula, Budu
memiliki kawasan yang semakin meluas dan perkhidmatan yang pesat. Namun begitu, anakanak muda telah pergi luar negara bagi menuntut ilmu mahupun berhijrah akibat desakan
pekerjaan.

Pada awal tahun, V.S.O (Voluntary Service Overseas) pulang dengan pengalaman yang tidak
dapat dilupakan. Malahan, Gabenor dan pengarah pendidikan telah bersetuju untuk
mengambil sukarelawan di Sarawak yang akhirnya menjadi satu gerakan sukarelawan di
seluruh dunia. Selain itu, Wilson mengambil berat bahawa sukarelawan sepatutnya diberi
peluang untuk mengasah kualiti dan bakat yang mereka tidak sedari.
Pada September 1958, seramai lapan kanak-kanak lelaki yang pernah ke laut dalam kapasiti
sukarelawan tiba di Sarawak. Malahan terdapat dua lagi skim pembangunan masyarakat di
negara ini salah satu di Dayak dan satu lagi di Baram Sungai yang didominasi oleh orang
Kenyah dan Kayan. Semua sukarelawan bukan sahaja bertanggungjawab kepada Wilson
bahkan kepada masyarakat Dayak pada zaman itu.
Peter merupakan seorang yang berbakat besar dan dia juga seorang nelayan. Beliau sangat
dihormati oleh kaum Dayak muda. Peter juga mengajar bagaimana untuk menangkap ikan
dengan menggunakan cangkuk dan tali. Selain itu, peter juga tidak lokek untuk membuka
rahsia untuk memburu dengan pantas kepada kaum Dayak.
Perhubungan antara V.S.O dengan Budu telah tamat pada tahun 1962. Wilson kemudiannya
telah menerima sukarelawan daripada program New Zealand. Pada masa yang sama, V.S.O
telah berubah menjadi sebuah organisasi yang professional.
BAB 8: EXPANSION
NORSYAHIRA BINTI BARDO

(JEC140008)

Dalam bab ini menceritakan bagaimana perjalanan Wilson, Luke dan Jawie ke
kawasan pedalaman Sarawak iaitu ulu Entaih-Entebai. Dalam perjalanan tersebut, mereka
telah menemui Ronald Less yang merupakan graduan perubatan dari Glasgow. Secara
kebetulan mereka sedang mencari doctok untuk kawasan Budu. Oleh itu, Dr. Lees telah

ditemuduga dan menerima tawaran tersebut kerana bagi beliau, tidak salah untuk bekerja
dalam persekitaran yang berbeza.
Dalam bab ini juga menceritakan bagaimana kehidupan masyarakat kawasan Budu
meneruskan kehidupan mereka tanpa sebarang pembangunan yang berlaku. Wilson telah
berhubung baik dengan ketua dayak Entaih di kawasan tersebut iaitu Sirai Libau dan bersedia
untuk membantu dalam pembangunan kawasan tersebut. Ternyata Wilson amat tertarik
dengan semangat kerakyatan penduduk tersebut serta pencapaian yang hebat dari segi
ketahanan fizikal seperti berjalan berkaki ayam di bawah keadaan yang paling meletihkan.
Akhirnya peluang skim pembangunan yang berjaya di kawasan ini adalah baik dan
dengan bantuan mesyuarat pusat yang besar dipanggil. Wilson memberitahu mereka bahawa
beliau bersedia untuk membantu mereka tetapi mereka bermula dengan membina sebuah
sekolah kecil di atas sebidang tanah di dalam jarak yang munasabah kerana banyak rumahrumah panjang. Dia akan kembali dalam satu tahun dan melihat apa yang telah berlaku.
Namun untuk membangunkan kawasan tersebut terdapat pelbagai cabaran dan
halangan. Antaranya ialah persetujuan daripada pihak kerajaan di Kuching kerana ini akan
mengambil masa dan bukan suatu pembangunan yang mudah. Namun setelah beberapa bulan
berlalu, Sirai Libau telah ditahan oleh pihak berkuasa kerana didakwa membuka sekolah
tanpa kebenaran. Wilson terkejut dan dengan segera datang ke Budu untuk menjamin Sirai
Libau. Wilson telah membuat perbincangan dengan pegawai dan pihak kerajaan di Kuching
untuk mengekalkan institusi pendidikan di kawasan tersebut. Dari kejadian terbabit, Wilson
telah mengambil pengajaran supaya sentiasa bersedia dan bertanggungjawab dalam setiap apa
yang dijanjikan.
Segala pembangunan yang ingin dilakukan adalah untuk kemudahan penduduk
Dayaks di Budu. Wilson berharap akan ada pertolongan dari pihak lain untuk membantu

lebih-lebih lagi dari segi bidang perubatan kerana penggunaan alatan yang tradisional sudah
tidak relevan lagi. Secara fizikal, Entaih lebih susah daripada Budu. Jarak yang jauh dan tiada
kemudahan untuk menghubungkan dengan dunia luar. Kawasan terdekat adalah Meluan juga
tiada apa yang boleh membantu. Perjalanan yang mengambil masa dua atau tiga hari
menyukarkan keadaan.
Kewangan Entaih lebih sedikit berbanding Budu dan lebih terkebelakang. Sikap yang
masih di takuk yang lama menyukarkan pembangunan di kawasan Entaih. Namun setelah
pelbagai dugaan yang melanda di Entaih iaitu banjir yang berlaku menyebabkan Dr. Less dan
Wilson lebih bersemangat untuk membantu penduduk Dayak.
Dalam tempoh 10 tahun Wilson menetap di Sarawak pelbagai usaha yang telah
dilakukan untuk memajukan kawasan Budu dan Entaih. Pihak Jabatan Pendidikan telah
bersetuju untuk membuat program pendidikan peringkat menengah. Oleh itu, sekolah-sekolah
telah dibina bermula dari peringkat rendah lagi. Pihak Jabatan Perubatan juga telah
mengambil bahagian dengan menghantar staf-staf ke kawasan pedalaman tersebut.
Hasil daripada pembangunan yang dilakukan ternyata kesempatan itu tidak disiasiakan oleh anak muda Dayak di kawasan itu. Ternyata salah seorang anak muda Dayak telah
ditawarkan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat universiti. Oleh itu, masyarakat di
Budu sedar bahawa pendidikan penting bagi meningkatkan taraf kehidupan. Dayak muda
tersebut merupakan asset utama masyarakat Dayak dalam bidang perubatan dan politik
sekaligus dijadiakan contoh kepada ahli rumah panjang yang lain.

BAB 9 : INDEPENDENCE (KEMERDEKAAN)


RASYIDAH BINTI ABDUL WAHID (JEC140012)

Kemunculan Wilson membawa perubahan kepada Skim Pembangunan Budu. Bantuan


kewangan kerajaan secara umumnya ditarik balik dari pihak Budu dan penyerahan kepada
kepimpinan tempatan secara senyap-senyap berlaku pada Januari 1962. Diktator yang sering
menipu di sebalik topeng Jawatankuasa Kemajuan telah hilang dengan pelepasan sukarela .
Penekanan kepada kebebasan pilihan kini dilihat telah menjadi sesuatu yang sebenar dan
bukan frasa semata-mata.
Selain itu, Wilson mula berfikir secara serius untuk menubuhkan satu sistem pendidikan
menengah tempatan untuk berkhidmat kepada kawrasan Budu dan Entebai. Konsep
pendidikan percuma tidak pernah terlintas difikiran Wilson, dia merasa, perkara seperti ini,
akan melemahkan kebanggaan, ketahanan dan keberanian Dayak.
Di samping itu, Wilson mahu memperkenalkan pertukaran tanah, di mana setiap keluarga
boleh memegang 15 hingga 20 ekar tanah untuk dibangunkan melalui kaedah pertanian baru.
BAB 10 : EXPULSION (PENGUSIRAN)
Pada 24 Mei 1968, Wilson telah menerima surat pembuangan negeri di rumahnya di Entebai.
Dia diberi masa selama dua minggu untuk beredar.
Pada hari Selasa 4 Jun, Wilson meninggalkan Entebai untuk ke Sibu bagi menguruskan
penerbangannya serta membuat segala persiapan akhir. Di sini, Wilson merasakan dirinya
dikelilingi oleh persahabatan yang mengusik jiwanya. Dia menemui betapa keikhlasan dan
pandangannya dihormati walaupun pandangannya berbeza.

3)

RUMUSAN DAN KESIMPULAN

Pada pendapat kami, buku ini bersifat antropologi kebudayaan kerana melengkapi tiga
aspek yang perlu ada dalam antropologi kebudayaan. Ciri-ciri tersebut adalah berkomunikasi
antara manusia dengan manusia, alam semulajadi dan kuasa-kuasa ghaib.
Ciri pertama adalah berkomunikasi antara manusia dan manusia, dalam buku ini
penulisnya iaitu Mora Dickson telah menceritakan tentang John Kennedy Wilson telah
berkomunikasi dengan ramai orang yang terdiri daripada pelbagai latar belakang. Antaranya
ialah dengan orang-orang Inggeris, orang tempatan dan juga masyarakat asli. Buku ini
banyak memperlihatkan John berinteraksi dengan masyarakat asli terutamanya kaum Dayak
Laut. Sebagai contoh, John bersungguh-sungguh untuk membantu masyarakat asli di
pedalaman untuk mendapat pendidikan dan terpaksa menempuh beberapa halangan untuk
menyampaikan ilmu kepada masyarakat di pedalaman. Interaksi antara John dengan
masyarakat tempatan sungguh erat sehinggakan mereka menghargai kehadiran John.
Ciri kedua pula adalah alam sekitar. Penulis ada menceritakan tentang bentuk muka
bumi di Sarawak. Bentuk muka bumi yang ada di Sarawak adalah berbukit-bukit serta
mempunyai banyak sungai dan masyarakat yang tinggal di pedalaman yang sememangnya
terpencil hidup dikelilingi hutan. Selain itu, penulis ada menceritakan tentang cara-cara untuk
menangkap ikan yang jelas mempunyai perkaitan dengan alam sekitar. Pengkaji juga ada
menyatakan tentang keindahan alam sekitar yang ada di Sarawak.
Seterusnya ciri yang terakhir yang ada dalam antropologi kebudayaan adalah
berinteraksi dengan kuasa-kuasa ghaib atau alam ghaib. Penulis ada menyatakan tentang
kepercayaan masyarakat asli di pedalaman yang percaya dengan semangat hutan. Mereka
percaya mereka tidak boleh menebang atau membersihkan sesuka hati mereka tetapi perlu
untuk melakukan ritual dan sebagainya. Seterusnya, mereka takut untuk meninggalkan

penempatan mereka untuk ke hutan kerana percaya kepada kehidupan selepas ghaib. Mereka
risau jika mereka mati di luar penempatan mereka dan roh mereka akan sesat.
Kesimpulannya, buku Longhouse in Sarawak karangan Mora Dickson ini
sememangnya karya yang bersifat antropologi kebudayaan kerana telah melengkapi ciri-ciri
antropologi kebudayaan. Selain itu, penulisnya juga menulis buku ini berdasarkan kisah
benar yang dilalui oleh John Kennedy Wilson pada waktu ketika itu dan penulis mengarang
buku ini dan menyatakan pendapat beliau tanpa bersifat etnosentrik. Oleh itu, buku ini
banyak menceritakan perihal dan masalah yang dilalui oleh masyarakat asli yang tinggal di
pedalaman yang tidak mendapat pendedahan ilmu.