You are on page 1of 35

i.

SINOPSIS
Pengangkutan awam merupakan alat pengangkutan utama bagi setiap
penduduk untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain. terdapat
pelbagai

jenis

pengangkutan

awam

di

Malaysia. Antaranya

ialah

perkhidmatan teksi, bas awam dan komuter. Bas fakulti juga merupakan satu
daripada pengangkutan awam yang digunakan oleh para pelajar. Tajuk kajian
ini adalah Mod Pengangkutan Mahasiswa Universiti Malaya : Satu
Perbandingan di antara Lelaki dan Perempuan. Terdapat dua objektif kajian
iaitu mengenal pasti mod pengangkutan utama dalam kalangan pelajar dan
mengenal pasti faktor-faktor penentu pilihan mod pengangkutan pelajar.
Lokasi kajian ini telah ditetapkan iaitu di Universiti Malaya. Terdapat 50
orang responden iaitu terdiri daripada mahasiswa Universiti Malaya telah
menjawab borang soal selidik yang telah diedarkan. Di akhir kajian ini
mendapati mahasiswi lebih cenderung untuk menggunakan perkhidmatan bas
berbanding berjalan kaki atau menaiki kenderaan persendirian.

ii.
BIL

ISI KANDUNGAN
TAJUK

HALAMAN

.
Halaman | 1

1
2
3
4

i.
ii.
iii.
1.0

Sinopsis
Isi Kandungan
Penghargaan
Pengenalan
1.1

5
6
7

2.0
3.0
4.0

5.0

6.0

Jenis jenis mod pengangkutan

Objektif Kajian
Lokasi Kajian
Kaedah Kajian
4.1

Kaedah rujukan

4.2

Kaedah soal selidik

4.3
Kaedah pemerhatian
Dapatan Kajian dan Perbincangan

1
2
3
4~5
6
7
8
9 ~ 10

11

5.1

Analisis maklumat asas responden

11 ~ 13

5.2

Analisis jenis / mod pengangkutan

14 ~ 15

5.3

Analisis faktor faktor penentu pilihan mod

16 ~ 26

pengangkutan
Rumusan

27

6.1

Pencapaian objektif pertama

27

6.2

Pencapaian objektif kedua

28

6.3

Langkah menggalakkan mahasiswa menggunakan

29

perkhidmatan awam
10
11

iii.

7.0
8.0

6.4
Penutup
Rujukan
Lampiran

30
31
32 ~ 37

PENGHARGAAN
Segala puji bagi Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnianya dapatlah

saya menyiapkan kajian ini dengan jayanya.

Halaman | 2

Saya ingin merakamkan setinggi penghargaan yang tulus dan ikhlas


kepada pensyarah subjek Gender, Budaya dan Masyarakat iaitu Dr Yap Beng
Liang yang telah banyak membantu dan memberi bimbingan yang amat bernilai
sepanjang proses untuk menyiapkan kajian ini.
Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa saya
yang selalu memberi dorongan dan semangat untuk saya menyiapkan kajian ini.
Selain itu, saya juga ingin berterima kasih kepada rakan rakan sekuliah saya
terutamanya Mohd Faiq, Farahin Hassim dan juga rakan rakan yang lain yang
ada membantu secara tidak langsung dalam usaha saya menyiapkan kajian ini.
Akhir sekali, saya berdoa kepada Allah S.W.T agar kajian ini dapat
memberi faedah kepada generasi kita dan juga generasi yang akan datang.

1.0

PENGENALAN
Menurut Kamus Pelajar Bahasa Melayu Edisi Kedua (2008 : 29)

menyatakan bahawa pengangkutan awam bermaksud sistem pengangkutan


Halaman | 3

bermotor seperti bas, teksi dan keretapi yang boleh digunakan oleh orang ramai
di kawasan tertentu dengan kadar tambang yang telah ditetapkan. Pengangkutan
awam yang dimaksudkan di sini ialah penyelidik ingin mengkaji perkhidmatan
pengangkutan bas yang hanya tertumpu untuk perkhidmatan jarak dekat sahaja
iaitu bas cepat bukan perkhidmatan harian.
Sistem pengangkutan adalah nadi kepada pembangunan sesebuah negara.
Ia merupakan salah satu cara sistem perhubungan yang terpenting yang
dipraktikkan sejak dahulu lagi bagi mencapai sesuatu maksud tertentu. Kajian
demi kajian dilakukan oleh pengkaji bagi menghasilkan dan menambah baik
sistem pengangkutan supaya pengguna mendapat keselesaan.
Kemajuan sistem pengangkutan bergerak seiring dengan pembangunan
sesebuah negara. Kemajuan dan pemodenan sesebuah negara boleh dilihat
berdasarkan

kepada

sistem

pengangkutan

negara

tersebut

sama

ada

pengangkutan darat, udara atau laut.


Perkembangan dunia pada masa kini telah banyak berubah dari pelbagai
aspek pembangunan, tidak terkecuali sistem pengangkutan. Pertumbuhan
pembangunan begitu cepat sekali menyebabkan peningkatan taraf hidup,
pendidikan, budaya dan sosial di kalangan penduduk setempat. Peningkatan
pertumbuhan kenderaan yang mendadak menyebabkan pelbagai cabaran yang
perlu ditempuh oleh setiap pemerintah negara termasuklah Malaysia.
Pengangkutan beroda terbahagi kepada pengangkutan persendirian dan
pengangkutan awam. Pengangkutan persendirian atau kenderaan persendirian
Halaman | 4

terdiri dari kenderaan milik yang dikendalikan oleh orang perseorangan untuk
kegunaan persendirian dengan menggunakan jalan awam. Contoh kenderaan
persendirian ialah kereta persendirian, motosikal, dan basikal. Pemilikan
kenderaan persendirian adalah berkait rapat dengan peningkatan taraf hidup
penduduk. Pengangkutan awam dapat ditakrifkan sebagai merujuk kepada
kenderaan perkhidmatan yang digunakan untuk mengangkut penumpang yang
membayar sejumlah nilai tertentu sebagai pertimbangan untuk pembayaran.
(Ibrahim Wahab, 1991)
Seterusnya, definisi mahasiswa menurut Kamus Dewan Edisi Kedua
menyatakan bahawa mahasiswa adalah penuntut atau pelajar di universiti.
Tujuan pengkaji meletakkan mahasiswa dan mahasiswi sebagai tajuk kajian ini
juga adalah untuk membandingkan pemilihan mod pengangkutan mereka dan
faktor pemilihan mod pengangkutan mereka.

1.1

JENIS-JENIS MOD PENGANGKUTAN DI UNIVERSITI MALAYA


a. Pengangkutan Awam
Peranan teksi dalam pengangkutan awam di Malaysia sangat besar.
Hampir semua teksi memberikan perkhidmatan antara daerah ke daerah.
Namun begitu, terdapat juga teksi-teksi tanpa lesen (teksi haram) yang
Halaman | 5

memberikan perkhidmatan pengangkutan kepada penumpang-penumpang


tertentu terutamanya di kawasan pelancongan kerana ingin mengaut
keuntungan. Kerajaan perlu mengambil tindakan yang serius terhadap
pemandu-pemandu teksi yang tidak mempunyai lesen supaya persepsi
masyarakat terhadap pengangkutan awam tidak terjejas.
Bas merupakan perkhidmatan awam yang digunakan oleh pelajar
untuk ke fakulti pada masa ini. Bas sering digunakan kerana tiada kadar
tambang yang dikenakan kepada pelajar untuk pergi dan pulang dari
fakulti.
b. Kenderaan persendirian
Kenderaan persendirian terdiri daripada kereta persendirian,
motosikal dan basikal. Mereka yang memiliki kenderaan persendirian
akan menanggung segala kos yang berkaitan dengan kenderaan yang
mereka miliki seperti kos perjalanan, kos membaik pulih kenderaan dan
kos servis. Mereka juga perlu menghantar kenderaan mereka ke Pusat
Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) bagi memastikan
kenderaan mereka selamat untuk dibawa ke mana jua mereka suka.
Setiap pemilik kenderaan bermotor perlu mendapatkan lesen
memandu daripada jabatan pengangkutan jalan (JPJ). Mereka juga perlu
membayar cukai jalan bagi setiap kenderaan yang mereka miliki.
Bagi pemilik yang ingin mengubahsuai kenderaan persendirian,
mereka perlu mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan oleh
kerajaan (Akta Pengangkutan Jalan 1987).

Halaman | 6

2.0

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dilakukan adalah untuk mengenal pasti mod pengangkutan


utama yang menjadi pilihan dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi
Universiti Malaya. Pada masa yang sama kajian ini juga dapat mengenal pasti
faktor-faktor penentu dalam pemilihan mod pengangkutan mereka ketika
menuntut di Universiti Malaya.
Objektif kajian adalah :

1 Mengenal pasti mod pengangkutan utama dalam kalangan mahasiswa


dan mahasiswi Universiti Malaya.
2 Mengenal

pasti

faktor-faktor

penentu

dalam

pemilihan

mod

pengangkutan mahasiswa dan mahasiswi Universiti Malaya.

3.0

LOKASI KAJIAN

Kajian ini dijalankan di Universiti Malaya, merupakan sebuah universiti


awam yang tertua di Malaysia dan terletak di Jalan Universiti, 50603 Kuala
Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia. Universiti ini dibina
pada 8 Oktober 1949 . Lokasi kajian ini dipilih kerana berdekatan dengan
tempat tinggal pengkaji .
Halaman | 7

Rajah 3.0 : Lokasi Kajian, Universiti Malaya


SUMBER : GOOGLE MAPS

4.0 KAEDAH KAJIAN

Bahagian ini menerangkan mengenai kaedah atau teknik yang digunakan


sepanjang kajian yang berlandaskan kepada objektif dan skop kajian yang telah
dinyatakan. Oleh itu, pencarian maklumat dan data akan menjadi lebih mudah
sekiranya mengetahui kaedah bagi perlaksanaan kajian. Kaedah ini digunakan
untuk mendapatkan seberapa banyak data yang diperlukan untuk menyiapkan

Halaman | 8

kajian ini. Untuk menyiapkan objektif kajian segala langkah dibuat secara
berperingkat supaya perjalanan projek ini berjalan dengan lancar.
Kaedah kajian yang telah digunakan ialah kaedah rujukan, kaedah soal selidik
dan kaedah pemerhatian.

4.1 Kaedah rujukan


Sebelum memulakan kajian, saya telah membaca dan merujuk beberapa
bahan rujukan terlebih dahulu. Antara bahan rujukan yang sesuai termasuklah
buku teks, buku rujukan di perpustakaan, majalah, surat khabar atau melayari
laman sesawang. Data dan maklumat yang dapat kami kumpulkan itu sangat
berguna dalam kajian saya ini. Tanpa data dan bukti-bukti kukuh, kajian ini akan
dianggap lemah.

4.2 Kaedah soal selidik


Kaedah soal selidik ini dijalankan untuk mendapatkan maklumat dengan
lebih tepat dan betul. Dalam kaedah ini, borang soal selidik diperlukan untuk
memudahkan lagi kajian yang hendak dijalankan. Saya telah menyediakan 50
borang soal selidik yang sesuai dengan tajuk dan objektif kajian yang telah
ditetapkan. Borang itu diedarkan secara rawak kepada mahasiswa dan

Halaman | 9

mahasiswi Universiti Malaya. Maklumat diinginkan datang daripada borang


soal selidik ini.

4.3 Kaedah pemerhatian


Kajian pemerhatian ini dilakukan sekitar lokasi kajian iaitu di dalam
kawasan Universiti Malaya. Gambar dapat dirakam di kawasan yang ditinjau
dan keadaan sekitarnya ketika pelajar ingin ke fakulti pengajian masing-masing
atau pulang daripada fakulti pengajian masing-masing untuk kembali ke kolej
kediaman mereka.

5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN


Dapatan kajian membincangkan tentang hasil yang diperoleh daripada
analisis borang soal selidik yang telah diedarkan kepada 50 orang responden.

Halaman | 10

Borang soal selidik dianalisis mengikut kedua dua objektif kajian yang hendak
dicapai.

5.1 ANALISIS MAKLUMAT ASAS RESPONDEN


Analisis maklumat dijalankan terhadap responden berdasarkan jantina,
jarak dari kolej ke fakulti, jenis atau mod pengangkutan dan sebab sebab
mereka memilih mod pengangkutan tersebut.
Jadual 5.1.1 : Jantina Responden
Jantina
Lelaki
Perempuan
JUMLAH

Bilangan
25
25
50

Peratus (%)
50
50
100

Rajah 5.1.1 : Jantina Responden


60
50
40
30
20
10
0

50
25

50
25

Lelaki

Bilangan
Peratus

Perempuan

Rajah 5.1.1 menunjukkan jantina responden hasil kajian yang dijalankan melalui
borang soal selidik. Peratusan lelaki dan perempuan adalah sama kerana
pengkaji ingin mendapatkan data yang lebih telus dan memudahkan pengkaji
untuk membuat deduksi pada akhir kajian.

Halaman | 11

Jadual 5.1.2 : Jarak Kolej Kediaman ke Fakulti


Jantina
Kurang
0.5 km
9
7
16

Lelaki
Perempuan
Jumlah

Jarak Dari Kolej Kediaman ke Fakulti


Peratus
Kurang
Peratus
Lebih
(%)
36
28
32

1 km
10
15
25

(%)
40
60
50

1 km
6
3
9

Peratus
(%)
24
12
18

Rajah 5.1.2 : Jarak Dari Kolej Kediaman ke Fakulti


20
18
16
14
12
10
8
6
4
2
0

18
15
10

9
7

Kurang 0.5 km

Kurang 1 km
Pelajar Lelaki

Lebih 1 km

Pelajar Perempuan

Berdasarkan rajah 5.1.2, terdapat seramai 9 orang pelajar lelaki yang


mempunyai jarak dari kolej ke fakulti kurang dari 0.5 km, 9 orang pelajar lelaki
yang mempunyai jarak dari kolej ke fakulti kurang 1 km, 6 orang pelajar lelaki
mempunyai jarak dari kolej ke fakulti lebih dari 1 km.
Manakala bagi pelajar perempuan pula, terdapat seramai 7 orang pelajar
mempunyai jarak dari kolej ke fakulti kurang dari 0.5 km, 15 orang pelajar

Halaman | 12

mempunyai jarak dari kolej ke fakulti kurang dari 1 km, 18 orang pelajar yang
mempunyai jarak dari kolej ke fakulti lebih dari 1 km

5.2 ANALISIS JENIS/MOD PENGANGKUTAN PELAJAR KE FAKULTI


Jadual 5.2.1 : Jenis / Mod Pengangkutan Pelajar ke Fakulti
Jantina

Jenis/Mod Pengangkutan Pelajar


Bas
Kereta

Motorsikal

Jalan Kaki

Pelajar Lelaki

Persendirian
2

10

Pelajar Wanita

13

Jumlah

18

12

15

50

Halaman | 13

Rajah 5.2.1 : Jenis/Mod Pengangkutan Pelajar ke Fakulti


14
13

12
10

10

6
4

5
4
3

0
Bas

Kereta persendirian
Pelajar lelaki

Motorsikal

Jalan kaki

Pelajar Perempuan

Rajah 5.2.1 menunjukkan jenis atau mod pengangkutan pelajar ke fakulti


mereka. Seramai 5 orang pelajar lelaki daripada 25 orang pelajar memilih bas
sebagai mod pengangkutan mereka.
Bagi jenis kereta persendirian pula telah mencatatkan hanya 2 orang
pelajar lelaki memilih untuk menaiki kereta untuk ke fakulti masing-masing.
Seterusnya, 8 orang pelajar lelaki memilih motorsikal sebagai
pengangkutan untuk ke fakulti dan selebihnya 10 orang pelajar lelaki memilih
untuk berjalan kaki.
Manakala bagi pelajar perempuan pula, seramai 13 orang memilih untuk
menaiki bas untuk ke fakulti dan hanya 3 orang sahaja memilih untuk menaiki
kereta untuk ke fakulti. Selain itu, seramai 4 orang pelajar perempuan memilih
Halaman | 14

untuk menunggang motorsikal ke fakulti selain hanya 5 orang pelajar


perempuan memilih untuk berjalan kaki ke fakulti.

5.3 ANALISIS FAKTOR FAKTOR PENENTU PILIHAN MOD PENGANGKUTAN


Jadual 5.3.1 : Faktor Pemilihan Bas Sebagai Mod Pengangkutan (Lelaki)
SEBAB

SETUJU

TIDAK

Jarak kolej dan fakulti yang jauh


Menjimatkan kos
Tidak mempunyai kenderaan sendiri
Rasa lebih selamat menggunakan bas

5
5
5
3

SETUJU
2

Halaman | 15

Rajah 5.3.1 : Sebab Pemilihan Bas


6
5
4
3
2
1
0

Setuju

Tidak setuju

Rajah 5.3.1 menunjukkan sebab pemilihan bas sebagai mod pengangkutan


dalam kalangan pelajar lelaki di Universiti Malaya. Kesemua pelajar lelaki
tersebut bersetuju bahawa mereka memilih bas sebagai mod pengangkutan
harian mereka ke fakulti kerana jarak kolej dan fakulti yang jauh, ingin
menjimatkan kos, dan tidak mempunyai kenderaan sendiri. 3 orang daripada 5
orang pelajar lelaki bersetuju bahawa mereka rasa lebih selamat menggunakan
bas manakala bakinya tidak bersetuju.
Jadual 5.3.2 : Faktor Pemilihan Bas Sebagai Mod Pengangkutan (Perempuan)
SEBAB

SETUJU

TIDAK

Jarak kolej dan fakulti yang jauh


Menjimatkan kos
Tidak mempunyai kenderaan sendiri
Rasa lebih selamat menggunakan bas

10
13
9
13

SETUJU
3
4
-

Halaman | 16

Rajah 5.3.2 : Sebab Pemilihan Bas


14
12
10
8
6
4
2
0

13

10

13
9
0

Setuju

Tidak setuju

Rajah 5.3.2 menunjukkan sebab pemilihan bas sebagai mod pengangkutan


dalam kalangan pelajar perempuan di Universiti Malaya. Seramai 10 orang
bersetuju jarak kolej dan fakulti yang jauh menyebabkan mereka memilih bas
sebagai mod pengangkutan mereka manakala 3 orang tidak setuju. Seterusnya,
seramai 13 orang bersetuju mereka menaiki bas kerana ingin menjimatkan kos. 4
orang pelajar perempuan tidak bersetuju bahawa mereka memilih bas sebagai
mod pengangkutan kerana tiada kenderaan sendiri dan 9 orang bersetuju
memilih bas kerana tiada kenderaan sendiri. Seramai 13 orang bersetuju bahawa
mereka menaiki bas kerana rasa lebih selamat.

Jadual 5.3.3 : Faktor Pemilihan Kereta Persendirian Sebagai Mod Pengangkutan


(Lelaki)
SEBAB
Inginkan keselesaan
Tidak suka menunggu bas

SETUJU

TIDAK

2
1

SETUJU
1
Halaman | 17

Menjimatkan masa
Jadual perjalanan bas yang tidak konsisten

2
2

Rajah 5.3.3 : Sebab Pemilihan Kereta Persendirian


2.5
2
1.5
1
0.5
0

2
0

Setuju

2
0

Tidak setuju

Rajah 5.3.3 menunjukkan bilangan pelajar lelaki dan sebab mereka memilih
kereta persendirian sebagai mod pengangkutan utama mereka untuk pergi dan
pulang dari fakulti. Seramai 2 orang pelajar daripada 25 orang pelajar lelaki
telah memilih kereta persendirian sebagai mod pengangkutan utama mereka. Ia
mencatatkan bilangan yang terendah berbanding mod pengangkutan yang lain.

2 orang pelajar memilih kereta persendirian sebagai pengangkutan untuk


ke fakulti kerana inginkan keselesaan, menjimatkan masa dan merasakan
bahawa jadual perjalanan bas yang tidak konsisten. Satu orang pelajar bersetuju
memilih kereta sebagai mod pengangkutan mereka kerana tidak suka menunggu
bas dan seorang lagi pula tidak bersetuju.

Halaman | 18

Jadual 5.3.4 : Faktor Pemilihan Kereta Persendirian Sebagai Mod Pengangkutan


(Perempuan)
SEBAB
Inginkan keselesaan
Tidak suka menunggu bas
Menjimatkan masa
Jadual perjalanan bas yang tidak konsisten

SETUJU

TIDAK

2
2
3
2

SETUJU
1
1
1

Rajah 5.3.4 : Sebab Pemilihan Kereta Persendirian


3.5
3
2.5
2
1.5
1
0.5
0

3
2

2
1

2
0

Setuju

Tidak setuju

Rajah 5.3.4 menunjukkan bilangan pelajar perempuan dan sebab mereka


memilih kereta persendirian sebagai mod pengangkutan utama mereka untuk
pergi dan pulang dari fakulti. Seramai 3 orang pelajar daripada 25 orang pelajar
perempuan telah memilih kereta persendirian sebagai mod pengangkutan utama
mereka. Ia mencatatkan bilangan yang terendah berbanding mod pengangkutan
yang lain bagi jantina perempuan.
2 orang pelajar memilih kereta persendirian sebagai pengangkutan untuk
ke fakulti kerana inginkan keselesaan manakala hanya seorang yang tidak
bersetuju kerana inginkan keselesaan. Seterusnya, 2 orang pelajar perempuan
Halaman | 19

bersetuju tidak suka menunggu bas dan memilih kereta sebagai mod
pengangkutan dan seorang tidak bersetuju. 3 orang pelajar bersetuju memilih
kereta sebagai mod pengangkutan mereka kerana ingin menjimatkan masa dan 2
daripada 3 orang pelajar memilih kereta sebagai mod pengangkutan kerana
jadual bas yang tidak konsisten.
Jadual 5.3.5 : Faktor Pemilihan Motosikal Sebagai Mod Pengangkutan (Lelaki)

SEBAB
Inginkan keselesaan
Tidak gemar menunggu bas
Ingin menjimatkan masa
Jadual bas yang tidak konsisten

SETUJU

TIDAK

4
3
8
5

SETUJU
4
5
3

Rajah 5.3.5 : Sebab Pemilihan Motosikal


9
8
7
6
5
4
3
2
1
0

8
4

5.3.5

menunjukkan

Setuju

Rajah

faktor

Tidak setuju

pemilihan

motosikal

sebagai

mod

pengangkutan dalam kalangan pelajar. Seramai 8 orang daripada 25 orang

Halaman | 20

pelajar lelaki memilih motosikal sebagai mod pengangkutan mereka untuk pergi
dan pulang dari fakulti.
4 orang pelajar menunggang motosikal untuk pergi ke fakulti kerana
inginkan keselesaan dan 4 orang lagi tidak bersetuju kerana inginkan keselesaan.
3 orang pelajar lelaki menyatakan tidak gemar menunggu bas lalu memilih
motosikal sebagai mod pengangkutan mereka manakala 5 orang tidak bersetuju
bahawa mereka menunggang motosikal untuk ke fakulti kerana tidak gemar
menunggu bas. 8 orang bersetuju menunggang motosikal ke fakulti untuk
menjimatkan masa. Seterusnya, 5 orang bersetuju jadual bas yang tidak
konsisten menjadi sebab mereka memilih motosikal sebagai pengangkutan untuk
ke fakulti manakala 3 orang tidak bersetuju kerana jadual bas yang tidak
konsisten.

Jadual 5.3.6 : Faktor Pemilihan Motosikal Sebagai Mod Pengangkutan (Perempuan)

SEBAB
Inginkan keselesaan
Tidak gemar menunggu bas
Ingin menjimatkan masa
Jadual bas yang tidak konsisten

SETUJU

TIDAK

4
3
4
1

SETUJU
1
3

Halaman | 21

Rajah 5.3.6 : Sebab Pemilihan Motosikal


4.5
4
3.5
3
2.5
2
1.5
1
0.5
0

4
3

Setuju

Rajah

5.3.6

menunjukkan

faktor

Tidak setuju

pemilihan

motosikal

sebagai

mod

pengangkutan dalam kalangan pelajar perempuan. Seramai 4 orang daripada 25


orang pelajar perempuan memilih motosikal sebagai mod pengangkutan mereka
untuk pergi dan pulang dari fakulti.
4 orang pelajar menunggang motosikal untuk pergi ke fakulti kerana
inginkan keselesaan dan 4 orang lagi tidak bersetuju kerana inginkan keselesaan.
3 orang pelajar lelaki menyatakan tidak gemar menunggu bas lalu memilih
motosikal sebagai mod pengangguktan mereka manakala 5 orang tidak bersetuju
bahawa mereka menunggang motosikal untuk ke fakulti kerana tidak gemar
menunggu bas. 8 orang bersetuju menunggang motosikal ke fakulti untuk
menjimatkan masa. Seterusnya, 5 orang bersetuju jadual bas yang tidak
konsisten menjadi sebab mereka memilih motosikal sebagai pengangkutan untuk

Halaman | 22

ke fakulti manakala 3 orang tidak bersetuju kerana jadual bas yang tidak
konsisten.
Jadual 5.3.7 : Faktor Pemilihan Berjalan Kaki Sebagai Alternatif (Lelaki)

SEBAB
Jarak kolej kediaman ke fakulti yang dekat
Tidak gemar menunggu bas
Ingin menjimatkan masa
Jadual bas yang tidak konsisten

SETUJU

TIDAK

6
7
4
8

SETUJU
4
3
6
2

Rajah 5.3.7 : Sebab Pemilihan Berjalan Kaki


9
8
7
6
5
4
3
2
1
0

6
4

6
3

Setuju

4
2

Tidak setuju

Rajah 5.3.7 menunjukkan faktor pemilihan berjalan kaki sebagai alternatif selain
daripada mod pengangkutan dalam kalangan pelajar lelaki. Seramai 10 orang
daripada 25 orang pelajar lelaki memilih untuk berjalan kaki sebagai alternatif
lain selain menggunakan pengangkutan. Seramai 6 orang bersetuju mereka
memilih untuk berjalan kaki kerana jarak kolej kediaman dengan fakulti yang
dekat dan 4 orang pula tidak bersetuju atas sebab yang sama. Seterusnya, 3
Halaman | 23

orang tidak bersetuju bahawa mereka memilih untuk berjalan kaki kerana tidak
gemar menunggu bas dan 7 orang bersetuju kerana tidak gemar menunggu bas.
4 orang pelajar bersetuju memilih untuk berjalan kaki kerana ingin menjimatkan
masa manakala 6 orang pelajar tidak bersetuju. Bagi sebab jadual perjalanan bas
yang tidak konsisten pula mencatatkan 8 orang pelajar tidak bersetuju dan 2
orang tidak bersetuju.

Jadual 5.3.8 : Faktor Pemilihan Berjalan Kaki Sebagai Alternatif (Perempuan)

SEBAB
Jarak kolej kediaman ke fakulti yang dekat
Tidak gemar menunggu bas
Ingin menjimatkan masa
Jadual bas yang tidak konsisten

SETUJU

TIDAK

5
3
2
5

SETUJU
2
3
-

Rajah 5.3.8 : Sebab Pemilihan Berjalan Kaki


6
5
4
3
2
1
0

5
3

Setuju

Tidak setuju

Halaman | 24

Rajah 5.3.8 menunjukkan faktor pemilihan berjalan kaki sebagai alternatif selain
daripada mod pengangkutan dalam kalangan pelajar perempuan di Unviersiti
Malaya. Seramai 5 orang daripada 25 orang pelajar perempuan memilih untuk
berjalan kaki sebagai alternatif lain selain menggunakan pengangkutan. Seramai
5 orang bersetuju mereka memilih untuk berjalan kaki kerana jarak kolej
kediaman dengan fakulti yang dekat. Seterusnya, 3 orang tidak bersetuju bahawa
mereka memilih untuk berjalan kaki kerana tidak gemar menunggu bas dan 2
orang bersetuju kerana tidak gemar menunggu bas. 2 orang pelajar bersetuju
memilih untuk berjalan kaki kerana ingin menjimatkan masa manakala 3 orang
pelajar tidak bersetuju. Bagi sebab jadual perjalanan bas yang tidak konsisten
pula mencatatkan 5 orang pelajar bersetuju.

6.0

RUMUSAN

Hasil daripada kajian yang dijalankan, maklumat tentang responden iaitu


mahasiswa dan mahasiswi Universiti Malaya telah berjaya didapati dengan
mengedarkan borang soal selidik kepada 50 orang pelajar dan juga dengan
melakukan pemerhatian di lokasi kajian. Dengan ini, kedua-dua objektif yang
dinyatakan dalam tugasan ini telah berjaya dicapai.

6.1

Pencapaian objektif yang pertama


Halaman | 25

Dengan menjalankan kajian ini, objektif pertama iaitu mengenal pasti


mod pengangkutan utama dalam kalangan pelajar telah berjaya dicapai dengan
sempurna. Objektif ini dicapai dengan cara mengedarkan 50 borang soal selidik
kepada 50 orang pelajar untuk dijawab. 25 borang soal selidik kepada
mahasiswa dan mahasiswi. Borang tersebut meminta pelajar untuk menandakan
jawapan pada jenis atau mod pengangkutan mereka ke fakulti. Mod atau jenis
pengangkutan yang disenaraikan di dalam borang soal selidik tersebut ialah
bas, , kereta persendirian, motosikal dan berjalan kaki.
Berdasarkan hasil analisis yang dilakukan, didapati mod tertinggi bagi
pelajar lelaki untuk ke fakulti adalah dengan berjalan kaki manakala mod
pengangkutan tertinggi bagi pelajar perempuan adalah bas. Kereta persendirian
mencatatkan mod pengangkutan yang paling rendah berbanding mod
pengangkutan yang lain dengan mencatatkan hanya 2 bagi pelajar lelaki dan 3
bagi pelajar perempuan.

6.2

Pencapaian objektif yang kedua

Objektif kedua dalam kajian ini ialah untuk mengenal pasti faktor-faktor
penentu dalam pemilihan mod pengangkutan pelajar. Di dalam borang soal
selidik tersebut juga mempunyai soalan yang berkaitan dengan objektif tugasan
yang kedua iaitu faktor-faktor penentu pilihan mod pengangkutan. Setiap mod
pengangkutan yang dipilih oleh 50 orang pelajar akan disediakan soalan yang
Halaman | 26

tertentu. Pelajar hanya perlu menjawab soalan berdasarkan mod pengangkutan


yang mereka pilih sama ada setuju ataupun tidak setuju.
Berdasarkan hasil analisis yang dilakukan, didapati ramai pelajar yang
setuju dengan soalan yang diberikan berdasarkan mod pengangkutan yang
dipilih oleh mereka. Hal ini demikian kerana soalan yang ditujukan mempunyai
hubung kait dengan alasan mereka memilih mod pengangkutan untuk pergi dan
pulang dari fakulti. Namun begitu, ada segelintir pelajar yang tidak bersetuju
dengan soalan yang ditujukan kepada mereka melalui borang soal selidik yang
diberikan.

6.3

LANGKAH MENGGALAKKAN PELAJAR MENGGUNAKAN


PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN AWAM

Pihak universiti seharusnya prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh


pelajar dengan menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam yang lebih
berkualiti dan efisien bagi menarik minat golongan pelajar untuk menggunakan
perkhidmatan itu.
Pihak universiti perlu melakukan tinjauan mereka sendiri dan memahami
masalah yang dihadapi oleh pelajar. Kebanyakan daripada mereka memilih
untuk tidak menaiki bas di dalam universiti kerana jadual waktu bas yang tidak
konsisten selain tidak gemar menunggu bas untuk jangka waktu yang panjang.
Halaman | 27

Sehubungan dengan itu, pihak universiti boleh mengambil langkah


dengan menambah bilangan bas yang sedia ada lantas dapat menambah
kekerapan bas ulang alik. Jika hal ini dapat dilaksanakan maka pastinya
mahasiswa mahasiswi Universiti Malaya akan menggunakan perkhidmatan bas
dengan kerap.

6.4

PENUTUP

Daripada analisis kajian yang dilakukan ke atas mahasiswa dan mahasiswi


Universiti Malaya didapati majoriti responden lelaki memilih untuk berjalan
kaki sebagai alternatif selain mod pengangkutan utama yang ada untuk mereka
pergi dan pulang dari fakulti. Manakala majoriti responden perempuan memilih
untuk menaiki bas untuk ke fakulti masing-masing.
Kajian ini juga mendapati bahawa mereka iaitu responden lelaki tidak
memilih bas sebagai mod pengangkutan utama mereka kerana mereka
berpendapat tahap perkhidmatan bas masih tidak lagi berada di tahap yang
Halaman | 28

memuaskan. Ini menyebabkan rata-rata di antara mereka memilih kereta


persendirian, motosikal dan berjalan kaki kerana mereka inginkan keselesaan,
menjimatkan masa.

Walau bagaimanapun kajian yang lebih mendalam dan skop yang lebih
meluas pada masa hadapan amat diharapkan supaya hasil yang lebih terperinci
berkaitan dengan mod pengangkutan mahasiswa dan mahasiswi dan sebab
mereka memilih mod pengangkutan untuk pergi dan pulang dari fakulti dapat
diperoleh dengan lebih tepat.

7.0 RUJUKAN

Azura Sarbini, 2011. Tesis : Kajian Pengaruh Jumlah Kenderaan Terhadap Pencemaran
Udara di Jalan Skudai. Universiti Teknologi Malaysia : Johor
Azman Abdullah, 1987. Pengenalan Pengangkutan Awam. Fakulti Kejuruteraan Alam Bina,
Universiti Teknologi Malaysia.
Ahmad Kamarul. Operasi Pengangkutan Awam di Kawasan MBJB. Fakulti Kejuruteraan
Awam, Universiti Teknologi Malaysia : Tesis Sarjana Muda
Azran Jaffar . NKRA Lonjak Khidmat Pengangkutan Awam dlm Berita Harian, 27 Ogos
2012.
Halaman | 29

Ibrahim Wahab, 1988. Pengangkutan dan Struktur Bandar. Penerbit Universiti Sains
Malaysia : Pulau Pinang.
Khairani Alladin @ Jalaludin, 1993. Pengangkutan Darat : Kesannya terhadap Alam
Sekitar : Kajian Kes di Kuala Lumpur. Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka : Selangor
Darul Ehsan.
Thomas R. Detwyler, Melvin g. Marcus : Terjemahan Sulung Muhamad, 1985.Pembandaran
dan Persekitaran Geografi Fizikal Bandar. Dewan Bahasa dan Pustaka : Kuala Lumpur.
Laman sesawang rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
http://www.jpa.gov.my
Laman sesawang mstar
http://mstar.com.my/cerita.asp?sec=mstar_berita&file=/2010/6/10mstar_berita/201006101510304

8.0

LAMPIRAN

BORANG SOAL SELIDIK


FAKTOR FAKTOR PENENTU PILIHAN MOD PENGANGKUTAN DALAM KALANGAN
MAHASISWA DAN MAHASISWI DI UNIVERSITI MALAYA

A MAKLUMAT ASAS RESPONDEN


Tandakan () pada jawapan pilihan anda

Halaman | 30

Jantina
a

Lelaki

Perempuan

Umur
a Bawah 20 tahun
b 20 tahun 25 tahun
c 25 tahun dan ke atas

Tahap Pengajian
a Diploma
b Ijazah Sarjana Muda
c Ijazah Sarjana
d Ijazah Kedoktoran

Jarak dari kolej ke fakulti pengajian


a
b
c

Kurang 500 m
Kurang 1 km
Lebih 1 km

B KENALPASTI MOD PENGANGKUTAN UTAMA DALAM KALANGAN PELAJAR


Tandakan () pada jawapan pilihan anda
1

Jenis/Mod Pengangkutan anda ke fakulti


a Bas Awam
b Kereta Persendirian
c Motosikal
d Jalan kaki

Halaman | 31

C FAKTOR FAKTOR PENENTU PILIHAN MOD PENGANGKUTAN

Sila tandakan () pada jawapan pilihan anda.

SILA JAWAB

SOALAN

INI

JIKA ANDA MEMILIH

BAS

SEBAGAI

MOD

PENGANGKUTAN ANDA

Anda memilih bas kerana jarak kolej kediaman

ke fakulti anda terlalu jauh


Anda memilih bas kerana ingin menjimatkan

kos.
Anda memilih bas kerana anda tiada kenderaan

sendiri
Anda memilih bas kerana anda berasa lebih

Bersetuj

Tidak

Setuju

selamat menggunakan perkhidmatan bas

SILA JAWAB SOALAN INI JIKA ANDA MEMILIH KERETA PERSENDIRIAN SEBAGAI MOD
PENGANGKUTAN ANDA

Halaman | 32

Anda memilih kereta persendirian kerana

anda inginkan keselesaan


Anda memilih kereta persendirian kerana

anda tidak gemar untuk menuggu bas


Anda memilih kereta persendirian kerana

anda ingin menjimatkan masa.


Anda memilih Kereta Persendirian kerana

Bersetu

Tidak

ju

Setuju

jadual perjalanan pengangkutan awam yang


tidak konsisten.

SILA JAWAB SOALAN INI JIKA ANDA MEMILIH MOTOSIKAL SEBAGAI MOD
PENGANGKUTAN ANDA

Halaman | 33

Anda memilih kereta persendirian kerana

anda inginkan keselesaan


Anda memilih kereta persendirian kerana

anda tidak gemar untuk menuggu bas


Anda memilih kereta persendirian kerana

anda ingin menjimatkan masa.


Anda memilih Kereta Persendirian kerana

Bersetu

Tidak

ju

Setuju

jadual perjalanan pengangkutan awam yang


tidak konsisten.

SILA JAWAB SOALAN INI JIKA ANDA MEMILIH JALAN KAKI SEBAGAI ALTERNATIF
LAIN.

Bersetu

Tidak

ju

Setuju

Anda memilih untuk berjalan kaki kerana


jarak dari kolej kediaman ke fakulti yang

dekat.
Anda memilih untuk berjalan kaki kerana

anda tidak gemar menunggu bas.


Anda memilih untuk berjalan kaki kerana

ingin menjimatkan kos


Anda memilih untuk berjalan kaki kerana
jadual bas yang tidak konsisten.

Halaman | 34

Halaman | 35