You are on page 1of 27

BAB II

PENGENALAN KEPADA INDUSTRI PEMBERI PINJAM WANG DI


MALAYSIA

2.0

SEJARAH PEMBERI PINJAM WANG DI MALAYSIA


Industri pemberi pinjam wang merupakan industri yang telah lama bertapak di

negara ini dimana asal usulnya boleh dikesan sehingga ke zaman sebelum Malaysia
mencapai kemerdekaan, iaitu pada pertengahan abad ke-19. Pada zaman tersebut,
pemberi pinjam wang pertama yang bertapak di Tanah Melayu merupakan pendatang
daripada selatan India. Mereka menggelar diri mereka sebagai ceti, di dalam bahasa
Tamil Ceti dipanggil Cettu kerana ia merupakan kata dasar bagi perkataan ceti. Cettu
membawa dua maksud iaitu Chikkanam yang membawa maksud berjimat-cermat dan
keuntungan. Perkataan ceti ini juga mendapat asal usulnya daripada dua epik
masyarakat selatan India iaitu Epik Silappatikaram yang menceritakan mengenai
seorang pedagang kaya raya bernama Etti Sayalan dan Epik Manimegalai iaitu kisah
mengenai pedagang bernama Etti Kumaran yang berdagang di Kaveri Poompattinam,
iaitu Pugar pada masa kini.1 Ceti membawa gelaran yang diberikan kepada pedagangpedagang yang berjaya di dalam perniagaan mereka semasa pemerintahan Kerajaan
Tamil Chola dan Pandya sekitar abad ke-3 hingga abad ke-10.
Kedatangan mereka ke Tanah Melayu bermula pada abad ke-19 apabila British
yang telah menjajah India pada ketika itu telah memaksa komuniti ini untuk
menjalankan aktiviti-aktiviti ceti ini ke dunia luar, dan Tanah Melayu pada ketika itu
1 Umma Devi Suppiah, Siva Chandralingam Sundara Raja. 2013. Sejarah Asal-Usul dan Kegiatan
Ekonomi Chettiar di Tanah Melayu. Malaysian Journal of History, Politics & Strategy Vol. 40 (1): 6390.

11

menjadi tumpuan utama bagi mereka yang ingin mencari peluang baru kerana ia juga
merupakan sebuah koloni di bawah jajahan British. Kedatangan mereka di Tanah
Melayu pada ketika itu membawa kepada banyak perubahan positif dari segi
perniagaan tempatan dimana komuniti ceti ini telah memberikan pertolongan
kewangan kepada masyarakat tempatan pada ketika itu bagi memulakan dan
meluaskan lagi sektor perniagaan masing-masing. Golongan yang meminjam
merupakan golongan Melayu, Cina dan juga India yang merupakan majoriti penduduk
di Tanah Melayu pada ketika itu sehingga sekarang. Kebanyakan peminjam daripada
komuniti Melayu yang meminjam adalah dari golongan petani yang menanam padi
sawah, pekebun kecik seperti getah, penjawat awam dan juga golongan bangsawan.
Manakala bagi komuniti Cina pula, ceti merupakan pemberi pinjam wang utama
kepada mereka contohnya seperti Tun Tan Cheng Lock yang juga merupakan
pengasas Malaysian Chinese Association (MCA), ada membuat pinjaman daripada
komuniti Ceti sebanyak sepuluh dollar pada tahun 1921. 2
Disebabkan oleh sambutan yang memberangsangkan yang diberikan oleh
penduduk di Tanah Melayu pada zaman itu, ekonomi komuniti chettiar telah naik dan
kekal kukuh. Pada tahun 1930-an kemelesetan ekonomi telah berlaku dan secara
langsung, menjejaskan ekonomi tempatan terutamanya golongan orang Melayu yang
terpaksa menjual tanah-tanah yang dicagar kepada ceti. Namun selepas Perang Dunia
ke-2 tamat, ekonomi komuniti ceti ini telah merosot dan pelbagai tindakan telah
dilakukan bagi komuniti ini untuk memulihkan ekonomi mereka, tetapi gagal sama
sekali. British yang telah mengambil alih semula pemerintahan di Tanah Melayu
daripada askar Jepun, telah menggubal pelbagai undang-undang bagi memulihkan
semula ekonomi pada ketika itu. Salah satu daripada undang-undang yang digubal
pada ketika itu adalah Ordinan Pemberi Pinjam Wang 1951 telah diperkenalkan dan
dikuatkuasakan di Tanah Melayu. Lantas telah menjadikan keadaan lebih sukar bagi
komuniti yang menjalankan aktiviti ceti ini untuk memulihkan ekonomi mereka.
Penggubalan akta baru itu telah mencetus kemarahan komuniti chettiar kerana akta itu
memperuntukkan hanya pemberi pinjam wang professional yang berlesen sahaja yang
2 Umma Devi Suppiah, Siva Chandralingam Sundara Raja. 2013. Sejarah Asal-Usul dan Kegiatan
Ekonomi Chettiar di Tanah Melayu. Malaysian Journal of History, Politics & Strategy Vol. 40 (1): 6390.

12

dibenarkan menjalankan aktiviti memberi pinjam wang, dan bukan kepada golongan
pemberi pijam wang seperti ceti. Akibat daripada perubahan drastik di Tanah Melayu
ketika itu, ramai chettiar telah pulang ke Madras diatas sebab telah berputus asa
didalam meneruskan aktiviti ceti disini. Walaubagaimanapun, masih terdapat segelintir
chettiar yang masih beroperasi di Malaysia pada ketika ini, namun bilanganya adalah
sangat sedikit jika dibandingkan pada zaman ketika Ordinan Pemberi Pinjam Wang
1951 belum diperkenalkan.
Kemerosotan ekonomi chettiar telah di Tanah Melayu telah memberikan
peluang baru bagi penduduk tempatan untuk memulakan aktiviti pemberi pinjam
wang, lantas menggantikan tempat ceti sebagai permberi pinjam wang utama. Dengan
Ordinan Pemberi Pinjam Wang 1951 yang baru digubal pada ketika itu dan
dikuatkuasakan pada 31 Mac 1952, pemberi pinjam wang adalah wajib untuk
mengikut segala syarat dan garis panduan yang telah dinyatakan di dalam akta
tersebut. Mereka dikehendaki untuk mendapatkan lesen dan juga permit daripada
pihak berkuasa untuk menjalankan aktiviti pemberi pinjam wang secara sah di Tanah
Melayu ketika itu, dan sehingga kini, peraturan sama masih digunapakai. Sebelum
adanya akta ini yang mengawalselia industri pemberi pinjam wang sehingga sekarang,
terdapat tiada peruntukan atau undang-undang yang mengawalselia industri ini, dan
komuniti chettiar pada ketika itu adalah bebas untuk menjalankan aktiviti ceti mereka
tanpa ada batasan. Disebabkan itu, komuniti ceti boleh mengenakan peratusan bunga
atau faedah secara bebas mengikut budi bicara mereka sendiri diatas setiap kontrak
pinjaman yang diberi. Tetapi pasca penguatkuasaan Ordinan Pemberi Pinjam Wang
1951, golongan ceti telah dihalang untuk mengenakan kadar bunga atau faedah sesuka
hati, dan mereka terpaksa mendapatkan lesen dan permit dahulu untuk menjalankan
aktiviti meminjamkan wang kerana akta ini memperuntukkan sedemikian.
Selepas Ordinan Pemberi Pinjam Wang 1951 telah dikuatkuasakan secara
menyeluruh selepas penggubalannya, ini secara langsung mengawal industri pemberi
pinjam wang di negara ini dengan mengenakan garis panduan yang wajib dipatuhi
terhadap pemberi pinjam wang di dalam menjalankan aktiviti mereka. Akta ini digubal
bertujuan untuk mengawal aktiviti pemberi pinjam wang berlesen yang pada mulanya
beroperasi secara berskala kecil dan juga bertujuan untuk menyeragamkan undang-

13

undang pemberi pinjam wang yang telah sedia ada, tetapi wujud secara berasingan di
beberapa negeri di Tanah Melayu pada ketika itu. Pada tahun 1989, akta ini dipinda
buat pertama kalinnya dan dikenali sebagai Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 (Akta
400) yang sehingga kini masih digunakan. Pindaan yang dibuat pada tahun 1989
disemak oleh oleh Pesuruhjaya Semakan Undang-Undang yang telah diberikan kuasa
untuk menyemak mana-mana undang-undang, seperti yang telah dinyatakan di bawah
peruntukan Akta Semakan Undang-Undang di bawah sekyen 6 yang memberikan
pesuruhjaya

ini

bidangkuasa

tersebut.

Setelah

beberapa

dekad

selepas

penggubalannya, ekonomi dan pembangunan di Malaysia telah membangun secara


drastik dalam jangka masa yang sangat pendek bagi sebuah negara dunia ke-3 yang
baru sahaja mencapai kemerdekaan. Pertumbuhan ekonomi negara ini secara langsung
telah merangsang perniagaan pemberi pinjam wang di negara ini yang pada mulanya
hanya melakukan operasi secara kecil-kecilan kepada sebuah perniagaan yang
semakin kompleks yang mana sesetenggahnya melibatkan urusniaga pemberian
pinjaman berskala besar.
Perubahan industri ini dalam jangka masa yang singkat telah membawa kepada
pelbagai isu-isu sampingan. Perkara seperti ini sememangnya telah dijangka akan
berlaku di masa hadapan oleh penggubal undang-undang semasa ianya diperdebatkan,
dimana debat di dalam parlimen pada tahun 1951 ramai telah mengakui tentang
kepentingan untuk mempunyai pengawalan yang ketat di dalam industri ini
terutamanya dari segi pemberian pinjaman wang bersama faedah, yang mana jika
gagal dikawal, ia boleh membawa kepada penyalahgunaan undang-undang, pada masa
yang sama ia akan menyebabkan permasalahan dari aspek sosial dan juga korupsi.
Apa yang telah diperdebatkan pada tahun 1951 adalah tepat dengan situasi yang
sedang melanda industri ini pada ketika ini. Akta 400 yang telah digubal beberapa
dekad dahulu, terbukti mempunyai beberapa lakuna yang membolehkan pemberi
pinjam wang untuk mengambil kesempatan ke atas undang-undang ini bagi
kepentingan mereka supaya mendapat keuntungan yang maksimum daripada para
peminjam, lalu membebankan para peminjam. Selain itu, peruntukannya adalah terlalu
umum dan juga ketinggalan zaman kerana negara ini telah berubah mengikut
peredaran masa. Disebabkan oleh ekonomi negara yang telah membangun, nilai
matawang negara juga telah berubah, maka, hukuman denda bagi pemberi pinjam

14

wang juga tidak lagi relevan dengan keadaan semasa kerana ianya terlalu ringan jika
dibandingkan dengan keadaan semasa ianya baru diperkenalkan.
Oleh kerana kelemahan-kelemahan yang terdapat di dalam akta ini, banyak kes
telah dilaporkan oleh peminjam-peminjam wang kepada pihak berkuasa yang
menyatakan terdapat jenayah seperti penipuan di dalam kadar faedah pinjaman,
kehidupan seharian mereka juga sering diganggu akibat kelewatan membayar, ada
juga kes yang melibatkan kecederaan fizikal dan juga kes melibatkan penderaan, ada
juga kes melibatkan pembunuhan akibat tidak dapat membayar hutang yang
tertunggak. Kejadian ini, walaupun telah mendapat liputan secara luas di media massa
dan cetak yang mendedahkan kepada masyarakat terhadap bahayanya meminjam
daripada pemberi pinjam wang, tidak dapat mengubah persepsi rakyat mengenai
golongan ini kerana masih terdapat ramai yang menjadi mangsa daripada golongan ini
walaupun mereka mengetahui akan risiko yang bakal ditimpa mereka sekiranya gagal
untuk menunaikan bayaran.
Pada tahun 2003, Akta 400 telah dipinda buat kali kedua oleh Parlimen dimana
pindaan akta ini dibuat atas dasar ingin mengatasi segala masalah dan juga lakuna
yang terdapat didalamnya. Pindaan akta ini menekankan mengenai pelbagai aspek dari
segi kawalan, garispanduan, perlesenan, permit, denda, hukuman, keselamatan,
bidangkuasa dan penguatkasaan aktiviti industri pemberi pinjam wang di negara ini.
Namun, walaupun pindaan telah dibuat, pemberi pinjam wang berlesen masih lagi
licik dan berani melanggar peruntukan undang-undang tersebut. Pada tahun 2011, akta
ini telah dipinda buat kali ketiga bagi menyesuaikan undang-undang yang mengawal
industri ini dengan keadaan semasa.

2.1DEFINISI PEMBERI PINJAM WANG


Pemberi pinjam wang mengikut fahaman biasa merujuk kepada sesiapa yang
melakukan aktiviti memberi pinjaman di dalam bentuk wang kepada pihak ketiga iaitu
peminjam. Namun mengikut peruntukan undang-undang di bawah Akta 400, seorang
pemberi pinjam wang hendaklah mempunyai beberapa kriteria-kriteria penting untuk

15

menjadikannya seseorang itu pemberi pinjam wang yang sah di sisi undang-undang.
Oleh itu, adalah penting untuk mengenalpasti siapakah pemberi pinjam wang yang sah
atau yang tidak sah di sisi undang-undang kerana terdapat perbezaan yang ketara
diantara kedua-dua ini. Tindakan yang boleh diambil juga adalah berlainan jika
seseorang yang meminjam dengan pemberi pinjam wang yang tidak sah, jika
dibandingkan dengan pemberi pinjam wang yang sah.
Masyarakat di negara ini tidak peka tentang perkara ini dan tidak mengambil
endah mengenai perbezaanya. Seringkali pemberi pinjam wang berlesen disalah
anggap sebagai Ah Long kerana kedua-dua mereka beroperasi dengan cara yang
berbeza dan merupakan dua entiti yang berbeza walaupun menjalankan aktiviti yang
sama. Seperti yang telah dinyatakan, pemberi pinjam wang yang sah adalah pemberi
pinjam yang mempunyai lesen dan permit untuk menjalankan aktiviti memberi pinjam
wang, dan oleh itu segala tingkah lakunya adalah tertakhluk kepada Akta 400.
Manakala pemberi pinjam wang tidak berlesen seperti seperti ah long atau ceti
merupakan pemberi pinjam wang yang tidak berdaftar, tanpa lesen dan tidak
mempunyai permit untuk menjalankan operasinya, demikian itu, salah di sisi undangundang.
Mengikut sejarah penggubalan Akta 400, ianya digubal dan dikuatkuasakan
pada tahun 1952 dan definisi seorang pemberi pinjam wang adalah berbeza jika
dibandingkan dengan definisi pada masa sekarang. Pada tahun 1951, menurut Seksyen
2 mana-mana orang yang menjalankan perniagaan memberi pinjaman wang. Definisi
pemberi pinjam wang ini adalah definisi sebelum akta ini dipinda, bermaksud,
mengikut definisi yang telah diberikan pada tahun 1951 yang mana penggubal hanya
melihat aktiviti pemberi pinjam wang ini sebagai seseorang yang melakukan
perniagaan pemberi pinjam wang semata-mata, oleh itu, sesiapa sahaja boleh menjadi
seorang pemberi pinjam wang di bawah peruntukan lama ini kerana tiada definisi
yang spesifik yang menyatakan bahawa hanya individu perseorangan sahaja yang
boleh menjadi pemberi pinjam wang yang sah. Jadi, mengikut definisi yang telah
diberikan, sebuah badan korporat ataupun sebuah perkongsian juga boleh menjadi
pemberi pinjam wang yang sah, jika mereka diberikan lesen. Sesiapa sahaja yang
menjalankan aktiviti memberi pinjam wang adalah dikira sebagai pemberi pinjam

16

wang, definisi ini menggambarkan bahawa untuk menjadi pemberi pinjam wang yang
sah pada zaman itu adalah sangat mudah.
Semasa akta ini digubal, penggubal undang-undang hanya melihat pemberi
pinjam wang ini sebagai sebuah komuniti yang menjalankan operasi perniagaan
berskala kecil seperti ceti, dimana pelanggan utamanya hanyalah para petani, pekerja
ladang dan kebun, dan pekerja-pekerja buruh. Namun anggapan itu salah kerana
setelah negara ini mencapai kemerdekaan, banyak perubahan telah berlaku dan
pemberi pinjam wang yang berskala kecil ini juga telah berubah mengikut peredaran
zaman. Akta Pemberi Pinjam Wang pada tahun 1951 adalah terlalu umum untuk
digunapakai kepada pemberi pinjam wang yang semakin kompleks pada zaman
sekarang.
Pada tahun 2003 Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 telah dipinda diatas sebab
industri pemberi pinjam wang pada zaman sekarang telah melalui pelbagai perubahan
dan peruntukan yang lebih ketat dan efisyen adalah diperlukan bagi mengawalnya.
Pemberi pinjam wang telah menjadi satu komuniti yang kompleks, dan penggunaan
peruntukan lama akan menimbul banyak isu dan permasalahan jika ianya masih terus
digunapakai. Oleh itu, akta ini dipinda bagi menukar segala peruntukan lama di
dalamnya dan telah digantikan dengan peruntukan yang lebih teliti dan ketat, salah
satunya adalah mengenai definisi pemberi pinjam wang itu sendiri. Menurut Akta
Pemberi Pinjam Wang (Pindaan 2003), dibawah seksyen 2 menyatakan:
seorang permberi pinjam wang adalah mana-mana orang yang memberi
pinjam sejumlah wang kepada peminjam dengan bayaran balik yang lebih
banyak kepadanya sebagai balasan.
Terdapat perbezaan dengan definisi lama dimana akta pindaan ini telah
membuang frasa yang melakukan perniagaan memberi pinjaman wang. Jika takrifan
baru pemberi pinjam wang ini dibaca didalam skop yang lebih luas, tujuan utamanya
ialah adalah untuk membanteras kegiatan pemberi pinjam wang tidak berlesen seperti
ceti haram atau ah long. Dengan pemansuhan Seksyen 2A(H) juga, pinjaman dalam
syarikat, pekerja atau pinjaman kereta yang akan diberikan daripada pelbagai majikan

17

atau kerajaan akan termasuk dalam takrifan baru seorang pemberi pinjam wang.
Oleh itu, ia menjadi tugas mahkamah untuk membuat interpretasi definisi baru
pemberi pinjam wang ini supaya ketidakpastian ini boleh ditangani. Menurut
penghakiman di dalam kes T. Chelliah v. Laxman Singh & Anor,3 tafsiran seorang
pemberi pinjam wang adalah berdasarkan fakta kes. Ini kerana setiap kes mempunyai
situasi yang berlainan dan tidak boleh dibicarakan secara sama.

Dalam kes

Muhibbah Teguh Sdn Bhd v. Yaacob bin Mat Yim (t/a Tetuan Yacob Mat Yim &
Rakan-Rakan),4 elemen utama yang menunjukkan seorang itu menjalankan
perniagaan pinjaman wang ialah sistem pinjaman yang berterusan terhadap sesuatu
transaksi pinjaman wang. Disebabkan itu, walaupun telah dipinda, akta ini masih lagi
tidak berjaya untuk menentukan siapa pemberi pinjam wang secara khusus kerana
takrifannya di bawah Seksyen 2 masih lagi terlalu umum dan memerlukan
pertolongan daripada mahkamah untuk menentukan samada seseorang itu pemberi
pinjam wang yang sah atau tidak.
Pada tahun 2011, Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 sekali lagi dipinda, dan
definisi pemberi pinjam wang sekali lagi diubah di mana menurut seksyan 2 akta
pindaan tersebut memperuntukkan bahawa:
pemberi pinjam wang bermaksud seorang yang menjalankan atau
mengiklankan atau mengumumkan dirinya atau mengemukakan dirinya
dengan apa cara di dalam menjalankan perniagaan memberi pinjaman wang,
sama ada dia ada menjalankan perniagaan lain atau tidak".
Namun, persoalannya ialah adakah pindaan kepada definisi pemberi pinjam wang
ini akan dapat mengurangkan permasalahan-permasalahan yang ada dalam industri
pemberi pinjaman wang ini?

3 [1954] MLJ 210

4 [2005] 7 MLJ 270

18

2.2

PEMBERI PINJAM WANG DAHULU DAN SEKARANG


Seperti yang pernah dinyatakan, pemberi pinjam wang semasa mula-mula Akta

Pemberi Pinjam Wang 1951 digubal adalah berlainan jika dibandingkan dengan
pemberi pinjam wang pada zaman sekarang. Daripada sebuah komuniti yang hanya
menjalankan aktiviti pemberi pinjaman wang berskala kecil kepada golongan miskin
dan sederhana, yang hampir sama seperti aktiviti yang dijalankan oleh ceti sebelum
akta ini digubal kepada pemberi pinjam wang yang menjalankan aktiviti memberi
pinjaman berskala besar yang membuatkan industri ini menjadi lebih kompleks dan
sukar untuk dikawalselia. Jika pada mulanya pemberi pinjam wang ini hanya
memberikan pinjaman kepada peminjam hanya dengan skala puluhan riggit hingga
ratusan ringgit sahaja, sekarang ianya berbeza kerana pinjaman minimum yang dibuat
oleh peminjam adalah dalam lingkungan ribuan ringgit, dan terdapat sesetengah
pinjaman dibuat sehingga mencapai nilai jutaan riggit. Menurut satu perbincangan
yang disertai oleh Professor Abdul Ghaffar bin Ismail dari Fakulti Ekonomi Universiti
Kebangsaan Malaysia,5 contoh pinjaman secara berskala besar yang boleh dikenalpasti
ialah pinjaman kepada peminjam-peminjam dari golongan yang melakukan
perniagaan yang menggunapakai wang yang banyak untuk dijadikan modal seperti
kontraktor pembinaan yang mendapat tender daripada kerajaan yang memerlukan
wang bagi memulakan projek yang diberikan.
Sesetengah daripada mereka terpaksa meminjam dengan pemberi pinjam wang
kerana untuk menyiapkan projek tersebut, mereka terpaksa membayar gaji pekerjapekerja yang melakukan kerja pembinaan, membeli barang-barang yang perlu untuk
kerja-kerja pembinaan dan sebagainya. Mereka hanya mendapat bayaran penuh
daripada kerajaan apabila seluruh projek itu telah siap, sebelum itu, kebanyakannya
wang yang digunakan untuk membayar gaji pekerja dan menyiapkan sesuatu projek
itu adalah menggunakan duit syarikat sendiri, yang mana, tidak mencukupi.

5 Abdul Ghaffar. Ismail. 2013. Professor Ekonomi di Fakulti Ekonomi Universiti


Kebangsaan Malaysia. Temu Bual. 2 Disember.

19

Penggubal undang-undang pada ketika itu, walaupun telah mengetahui betapa


pentingnya pengawalan yang ketat ke atas industri ini telah terlepas pandang
mengenai perubahan yang akan dilalui oleh negara ini selepas mencapai kemerdekaan.
Semasa tahun 1951, golongan peminjam wang daripada pemberi pinjam wang ini
terdiri daripada golongan-golongan yang miskin dan sederhana, dan pinjaman mereka
hanyalah berskala kecil kerana nilai matawang pada zaman itu adalah sangat tinggi.
Pada masa kini, walaupun negara telah mencapai tahap kemodenan yang tinggi dan
ekonomi yang stabil, nilai matawang Malaysia semakin jatuh jika dibandingkan
dengan tahun 1951, terutamanya selepas krisis ekonomi yang melanda Asia pada
tahun 1997 dan juga krisis ekonomi dunia pada tahun 2008 yang secara langsung,
telah menyebabkan nilai matawang negara jatuh. lantas, jumlah pinjaman wang yang
dilakukan pada masa sekarang adalah berbeza dan kebanyakannya berskala besar,
kerana pinjaman yang dibuat adalah mengikut nilai matawang semasa. Apabila nilai
matawang berubah menjadi semakin rendah, hukuman dari segi denda tidak lagi
setimpal kerana ianya adalah kecil jika dibandingkan ketika mula-mula ia digubal.
Akibatnya, ramai yang berani menggunakan kesempatan ini untuk melakukan
pinjaman dengan mengenakan kadar faedah yang tinggi, menipu peminjam,
menggunakan kekerasan dan sebagainya kerana denda yang bakal diterima adalah
tidak setimpal dengan keuntungan yang diperolehi. Situasi ini mendorong kepada
kenaikan komuniti pemberi pinjam wang tidak berlesen seperti ceti haram dan ah long
untuk beroperasi di negara ini secara langsung.
Kegiatan

ekonomi

negara

ini

merupakan

pendorong

utama

yang

menghidupkan industri ini. Perniagaan daripada pelbagai jenis sektor mula


berkembang dan taraf hidup juga makin meningkat. Peningkatan ini membawa kepada
permintaan tinggi untuk membuat pinjaman yang cepat dan senang tanpa perlu
melalui proses yang rumit seperti yang dilakukan oleh bank dan institusi kewangan
lain. Bilangan pemberi pinjam wang telah naik secara mendadak semenjak itu. Dahulu
pemberi pinjam wang ini hanya boleh dijumpai di beberapa tempat sahaja seperti di
Jalan Klyne, namun sekarang ianya telah mula beroperasi di seluruh negeri dan
semakin meningkat. Mengikut data yang dikumpul oleh Kementerian Perumahan dan
Kerajaan Tempatan, terdapat kenaikan di dalam aktiviti pemberi pinjam wang yang
sah sedang beroperasi pada ketika ini. Contohnya, sebelum akta ini dipinda pada

20

2003, pada tahun 2002 terdapat kurang pemberi pinjam wang di negeri pantai timur
jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain, dan pada ketika itu Negeri Terengganu
langsung tidak mempunyai pemberi pinjam wang yang beroperasi pada tahun itu. 6
Namun selepas pindaan dibuat pada tahun 2003, terdapat kenaikan di dalam
bilangan pengoperasi pemberi pinjam wang di seluruh negeri. Mengikut statistik yang
telah dikumpul oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan
Tempatan (KPKT) sehingga bulan Jun 2008 terdapat 2988 pemberi pinjam wang
berlesen sedang beroperasi di seluruh negeri.7
Jadual 2.1 : Laporan Tahunan KPKT Bahagian Pemberi Pinjam Wang dan Pegang
Pajak Gadai
NEGERI
Johor
Kedah
Kelantan
Melaka
N.Sembilan
Pahang
Perak
Perlis
P.Pinang

2009
330
179
19
119
159
107
305
18
440

2010
329
179
19
118
156
107
304
18
439

2011
312
164
16
105
132
109
284
13
375

2012
294
153
15
102
125
101
285
9
358

2013
283
139
13
95
117
93
268
8
330

Selangor
Terengganu
W.P Kuala Lumpur
W.P Putrajaya
W.P Labuan
Sabah
Sarawak
JUMLAH

629
27
503
0
0

623
27
498
0
0

612
25
466
0
0

643
26
455
2
0

312
3147

421
2814

421
2613

381
2568

614
25
434
2
5
417
439
3258

6 Kementerian Kesjahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan. 2002. Bilangan


Pemberi Pinjam Wang Yang Aktif Mengikut Negeri Dari Januari Hingga Disember 2002.

7 Kementerian Kesejahteraan Bandar,Perumahan dan Kerajaan Tempatan. 2008.


Bilangan Pemberi Pinjam Wang Yang Aktif Mengikut Negeri Dari Januari Hingga
Disember 2008.

21

Sumber: KPKT 2013


Menurut jadual ini, tahun 2009 menunjukkan peningkatan dengan terdapat
3147 pemberi pinjam wang yang beroperasi di seluruh negeri terutamanya di negerinegeri pantai timur seperti di Kelantan dan Terengganu. Trend kenaikan bilangan
perniagaan pemberi pinjam wang ini kemudiannya mula menurun bermula dari tahun
2010 sehingga tahun 2012 (Sabah tidak termasuk kerana tiada statistik yang
dikeluarkan). Selepas pindaan dibuat sekali lagi pada tahun 2011, industri ini
menyaksikan peningkatan secara drastik kepada bilangan pemberi pinjam wang yang
beroperasi terutamnya pada tahun 2013 yang mencatatkan bilangan tertinggi iaitu
3258 syarikat pemberi pinjam wang yang beroperasi. Jadual ini menunjukkan bahawa
pindaan terbaru ini telah menjadikan industri ini semakin berkembang.
Jadual 2.2 : Bilangan Peminjam Bagi Rekod Transaksi Pemberi Pinjam Wang Dari
2009 Hingga 2012
Tahun

Bilangan Peminjam

2009

388,728

2010

406,427

2011

421,104

2012

297,793

Sumber: KPKT 2012


Jadual ini menunjukkan bahawa permintaan bagi industri adalah semakin
meningkat setiap tahun, kecuali pada tahun 2012 yang menunjukkan penurunan yang
drastik kepada bilangan pinjaman yang telah direkodkan. Namun, jumlah transaksi
pinjaman individu yang dibuat dari tahun 2010 hingga 2012 adalah konsisten
walaupun terdapat penurun dari segi bilangan peminjam.

22

Jadual 2.3: Nilai Pinjaman Individu bagi Rekod Transaksi Pemberi Pinjam Wang
Mengikut Kaum dari 2009 sehingga 2012
Kaum
Melayu

2009
1,387,981,337.8

Nilai Pinjaman (RM)


2010
2011
1,149,870,936.1 1,060,123,674.6

2012
1,289,971,720.

Cina

0
483,473,620.79

0
406,724,981.83

0
523,129,208.68

10
299,865,385.73

India

283,754,203.61

158,503,339.12

179,015,166.89

149,113,922.35

Lain-

70,920,518.49

27,869,103.32

27,057,954.68

23,661,145.70

Lain
JUMLA

2,226,129,680.6

1,742,968,360.3

1,789,326,004.8

1,759,612,173.

88

Sumber: KPKT 2012


Menurut jadual ini, peminjam utama dalam industri ini merupakan golongan daripada
kaum Bumiputera dan Melayu yang mana jumlahnya mencecah RM 1 bilion setiap
tahun. Ini disebabkan oleh faktor kaum itu sendiri yang merupakan penduduk majoriti
di Malaysia dengan meliputi sebanyak 67.3% daripada 28.3 juta orang. 8 Disebabkan
itu, golongan ini menjadi peminjam utama oleh sebab mereka juga merupakan
golongan yang mempunyai bilangan berpendapatan rendah dan sederhana paling
banyak.

Jadual 2.4 : Bilangan Peminjam dan Nilai Syarikat bagi Rekod Transaksi Pemberi
Pinjam Wang untuk Bumiputra dan Bukan Bumiputra dari 2009
sehingga 2012
8 Jabatan Perangkaan Malaysia.
Demografi

2010. Laporan Taburan Penduduk dan Ciri-Ciri Asas

2010.

option=com_context&id=1215&Itemid=89&lang=bm

http://www.statistic.gov/index.php?

23

Kaum

2009
Bilangan

Nilai

2010
Pinjaman Bilangan

Nilai Pinjaman (RM)

Bumiputra

Peminjam (RM)
500
1,085,363,959.15

Peminjam
664
1,674,142,154.22

Bukan

626

832,041,857.77

718

380,916,083.94

Bumiputra
JUMLAH

1126

1,917,405,816.92

1382

2,055,058,238.16

Kaum

2011
Bilangan

Nilai Pinjaman

2012
Bilangan

Nilai Pinjaman

Bumiputra

Peminjam
283

(RM)
765,651,431.70

Peminjam
383

(RM)
981,906,473.88

Bukan

1889

854,434,286.12

1536

1,146,381,573.08

2169

1,620,085,717.82

1919

2,128,288,046.96

Bumiputra
JUMLAH

Sumber: KPKT 2012


Jadual 2.4 memberikan informasi mengenai pinjaman syarikat pula
menunjukkan kenaikan selepas pindaan pada tahun 2011 dibuat. Syarikat merupakan
penyumbang utama kepada kenaikan jumlah pinjaman bagi industri ini. Selain itu,
data ini menunjukkan peningkatan pinjaman oleh kedua-dua bumiputra dan bukan
bumiputra yang mana nilai pinjaman yang dibuat telah mencecah RM 2 bilion pada
tahun 2012. Dapat disimpulkan disini bahawa pinjaman peribadi adalah didominasi
oleh kaum bumiputra terutamanya kaum Melayu yang membawa purata melebihi
separuh jumlah pinjaman keseluruhan pada setiap tahun. Manakala pinjaman yang
dibuat oleh syarikat menunjukkan kebanyakannya syarikat bukan bumiputera yang
mendominasi jumlah bilangan pinjaman yang dibuat setiap tahun, namun jumlah

24

pinjaman yang dibuat adalah hampir sama dengan pinjaman yang dibuat oleh kaum
bumiputra walaupun bilanganya jauh lebih sedikit.
Laporan ini memberikan gambaran jelas bahawa kaum bumiputra lebih
memerlukan wang lebih daripada kaum lain, namun statistik ini tidak menjelaskan
apakah faktor-faktor yang mendorong kepada kumpulan ini terutamanya orang
Melayu untuk membuat pinjaman dengan sebegitu banyak. Menurut SAC Wong Wai
Loong

dari Polis DiRaja Malaysia Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (PDRM)

kebanyakan kes yang dilaporkan kepada pihaknya menunjukkan kebanyakan


peminjam adalah dari golongan peniaga-peniaga kecil, pemandu teksi, kumpulan
pekerja bergaji rendah dan golongan yang berjudi, dan kebanyakan laporan yang
diterima adalah daripada golongan kaum Melayu.
Kesimpulannya, dengan permintaan yang tinggi terhadap industri pemberi
pinjam wang, adalah penting bagi industri ini untuk mempunyai satu set undangundang yang lengkap dan efisyen bagi mengawalselia kedua-dua pemberi pinjam
wang dan peminjam kerana kegagalannya akan membawa kepada peningkatan keskes seperti ah long dan ceti haram, yang mana, boleh mencabul para peminjam,
terutamanya golongan bumiputera.

2.3

PERBEZAAN AKTA PEMBERI PINJAM WANG 1951 SELEPAS

PINDAAN
Beberapa pindaan yang telah dibuat keatas Akta Pemberi Pinjam Wang 1951
selama ia dikuatkuasakan untuk mengatasi permasalahan yang timbul akibat
perubahan yang berlaku di negara ini. Pindaan yang dilakukan menyentuh pelbagai
aspek yang mengawalselia industri ini iaitu dari segi perlesenan hinggalah kepada
hukuman yang dikenakan bagi pemberi pinjam wang yang gagal mematuhi akta ini.
Pada tahun 2003, pindaan buat kali kedua telah dibuat dan akta ini telah diperketatkan
bagi mengawal kegiatan-kegiatan pemberi pinjam wang yang melanggar peraturan.
9 Wong Wai. Loong. 2014. Pegawai Polis DiRaja Malaysia Jabatan Siasatan
Jenayah Komersil. Temu Bual, 16 April.

25

Menurut Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Chor Chee Heung, dia
menyatakan bahawa peruntukan penguatkuasaan dibawah Akta Pemberi Pinjam Wang
1951 yang longgar adalah punca kerajaan gagal mengambil tindakan secara berkesan
terhadap kegiatan pemberi pinjam wang haram. Beliau menambah dengan
menyatakan bahawa hukuman dan denda adalah terlalu ringan dan tidak setimpal
dengan situasi serta bentuk kesalahan yang dilakukan. 10 Oleh itu, pindaan kedua ini
dibuat bagi memperbaiki pelbagai aspek terutamanya dari segi perlesenan dan
hukuman. Pindaan ini telah menukar bidangkuasa pentadbiran industri ini kepada
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sahaja yang mana tertumpu
kepada hanya satu pusat bagi mentadbir segala aktiviti mengenai industri pemberi
pinjam wang di negara ini. Dibawah pindaan ini, pihak berkuasa tempatan tidak lagi
memproses permohonan lesen bagi permberi pinjam wang. Sistem perlesenan adalah
dikawal oleh Pendaftar Pemberi Pinajam Wang, Penolong Pendaftar dan Pemeriksa
Pemberi Pinjam Wang.
Di bawah undang-undang lama, sistem perlesenannya adalah longgar,
peruntukan yang terlalu umum dan lesen senang untuk didapati. Terdapat juga laporan
yang menyatakan bahawa sistem perlesenan sebelum ini mempunyai masalah yang
serius dalam pentadbirannya kerana terdapat perncaggahan. Ini kerana terdapat
banyak negeri yang tidak mempunyai peraturan bertulis atau panduan yang rasmi bagi
permohonan lesen, manakala di negeri seperti Perak mereka mempunyai satu
peraturan yang rasmi disediakan secara terperinci bagi sesiapa yang ingin memohon
termasuklah perlu melalui peperiksaan bertulis dan temu duga sebelum mendapatkan
geran lesen. Perkara seperti ini menyebabkan pihak pentadbiran gagal untuk
menguatkuasakan Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 secara berkesan, lantas membawa
kepada pengawalan industri ini dengan tidak efisyen. Kejadian ini menyebabkan
perminjam ditindas serta permberi pinjam wang mengambil kesempatan keatas
kekurangan yang terdapat di dalam akta ini.
Oleh itu, pindaan pada tahun 2003 dibuat bertujuan untuk menangani
permasalahan yang terdapat di dalam undang-undang lama iaitu untuk mempunyai
satu badan pentadbiran baru dan sistem perlesenan yang mantap bagi mengawal
10 Utusan Malaysia, 2010. 14 Oktober.

26

industri ini dengan lebih efisyen dan cekap. Terdapat hampir dua puluh peruntukan
yang menyentuh bahagian perlesenan bagi pindaan tahun 2003 berbanding
sebelumnya yang hanya mempunyai enam peruntukan bagi perlesenan. Pindaan ini
menunjukkan bahawa kerajaan ingin mempunyai satu sistem perlesenan yang
berkuasa untuk mengawal industri pemberi pinjam wang secara efisyen supaya tidak
mempunyai kesukaran untuk mengenalpasti pemberi pinjam wang yang tidak berlesen
dan pada masa yang sama memberikan perlindungan kepada peminjam.

2.3.1PERMOHONAN LESEN
Untuk mendapatkan lesen, pemohon hendaklah menghantar satu borang
permohonan bertulis kepada Pendaftar di dalam borang seperti yang telah dinyatakan
di dalam Jadual A

Peraturan-peraturan Pemberi Pinjam Wang (Kawalan dan

Perlesenan) 2003. Lesen tidak akan diberikan kepada mana-mana pemohon kecuali
pemohon mempunyai modal berbayar tidak kurang daripada RM 1, 000, 000 bagi
pemohon baru dan RM 500, 000 keuntungan selama tiga tahun berturut-turut untuk
membuat pembaharuan lesen. Peraturan baru ini akan memastikan pemberi pinjam
wang adalah layak dari segi kewangan mereka untuk menjalankan operasi sebagai
pemberi pinjam wang. Menurut Seksyen 5 Akta Pemberi Pinjam Wang 2003, seorang
pemberi pinjam wang adalah wajib untuk mempunyai lesen yang sah sebelum
memulakan operasi sebagai pemberi pinjam wang di negara ini. Mana-mana orang
yang memohon lesen pemberi pinjam wang jika mereka boleh memenuhi segala
syarat-syarat yang telah dinyatakan di dalam akta dan Peraturan-Peraturan Pemberi
Pinjam Wang (Kawalan dan Perlesenan) 2003. Walaugaimanapun, hanya satu lesen
sahaja yang boleh dimohon oleh seseorang untuk satu premis pemberi pinjam wang
seperti yang dinyatakan di bawah Seksyen 6. Oleh itu, di bawah Peraturan 3 (5) 11,
lesen berlainan adalah diperlukan bagi membuka premis perniagaan yang baru oleh
orang yang sama. Pindaan yang dibuat pada tahun 2011 tidak mengubah bahagian ini
dan masih menggunapakai peruntukan yang sama bagi permohonan lesen.
2.3.2UJIAN KESESUAIAN DAN KELAYAKAN
11 Peraturan-peraturan Pemberi Pinjam Wang (Kawalan dan Perlesenan) 2003.

27

Ujian ini diperkenalkan buat pertama kalinya dalam Akta Pemberi Pinjam
Wang (Pindaan) 2003 dibawah Seksyen 9 yang memerlukan seorang pemohon itu
untuk diuji kesesuaian dan kelayakannya sebelum pemohon diberikan lesen. Ujian ini
adalah penting untuk mengenalpasti samada seseorang itu layak atau tidak untuk
menjalankan perniagaan pemberi pinjam wang. Ini kerana undang-undang lama yang
dikatakan terlalu longgar telah memberikan maklumat yang sedikit kepada Pendaftar
Pemberi Pinjam Wang untuk mengenalpasti kelayakan seseorang pemohon untuk
mendapatkan lesen, dan telah menyebabkan berlakunya laporan bahawa lesen ini
senang untuk didapati. Dengan adanya peruntukan baru ini, Pendaftar Pemberi Pinjam
Wang mempunyai kuasa untuk tidak memberikan lesen kepada pemohon kerana
peruntukan baru ini menyatakan terdapat enam situasi dimana Pendaftar boleh
melakukan sedemikian. Enam situasi tersebut ialah sabitan jenayah di bawah Akta
Pemberi Pinjam Wang 1951 dan Kanun Keseksaan, seorang bankrap, pembatalan
lesen pemberi pinjam wang, mempunyai bukti perwatakan yang tidak baik dan tidak
sesuai untuk memegang lesen. Manakala, pindaan pada tahun 2011 menunjukkan
terdapat satu perubahan bagi peruntukan ini dibawah Seksyen 9F mengenai
penyerahan kembali lesen dengan menambah tiga Sub-Seksyen baru iaitu sub-seksyen
(3) yang menyatakan bahawa seseorang pemegang lesen hendaklah menyerahkan
lesen dengan inisiatif sendiri dengan notis bertulis kepada Pendaftar manakala subseksyen (4) menyatakan mengenai penguatkuasaan penyerahan lesen tersebut akan
bermula empat belas hari selepas Pendaftar menerima lesen dan notis tersebut.
Dibawah sub-seksyen (5) pula menyatakan pihak Pendaftar tidak akan membayar
balik kepada pemegang lesen apa-apa bayaran yang dikenakan kepada mereka di
bawah sub-seksyen (3) dan (4). Peruntukan baru ini menyatakan lagi secara spesifik
mengenai prosedur seseorang pemberi pinjam wang dalam urusan penyerahan lesen
kepada pihak Pendaftar.
2.3.3

FI
Di bawah akta pindaan 2003, permohonan untuk mendapatkan lesen pemberi

pinjam wang hanya akan dipertimbangkan apabila bayaran telah dibuat kepada

28

Pendaftar seperti yang telah dinyatakan dibawah Seksyen 5B(3), dan Peraturan 3(4) 12
iaitu sebanyak RM 2000. Sebelum pindaan ini dilakukan, amalan yang dilakukan
selama lima puluh tahun ialah bayaran yang dikenakan adalah hanya RM 120 setahun.
Amalan ini telah menyebabkan masalah kerana bayaran yang dikenakan adalah terlalu
sedikit dan kecil, ia tidak setimpal dengan nilai matawang sekarang dan tidak
mencukupi untuk menampung kos perbelanjaan di bahagian pentadbiran. Selain tu
terdapat juga bayaran bagi pembaharuan lesen seperti yang dinyatakan di bawah
Seksyen 5E(4). Pindaan tahun 2011 tidak meminda bahagian ini kerana bayaran yang
dikenakan adalah tinggi dan sesuai dengan keadaan semasa. Menurut Inspektor Noor
Azizul Rahim bin Taharim dari Bahagian Pemberi Pinjam Wang dan Pemegang Pajak
Gadai Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
(KPKT) beliau menyatakan bahawa bayaran yang dikenakan ini adalah lebih dari
mencukupi, dan bagi sesetengah pemberi pinjam wang, bayaran ini adalah terlalu
tinggi tambahnya. 13
2.3.4TEMPOH PEMBAHARUAN LESEN
Lesen pemberi pinjam wang yang dikeluarkan mesti diperbaharui dalam
tempoh masa satu tahun dan tarikh luputnnya bermula pada 30 Jun setiap tahun. Ianya
dinyatakan dibawah Seksyen 5 (5). Dengan pindaan baru seperti yang dinyatakan di
bawah Seksyen 5C, sesuatu lesen, apabila diberikan, akan sah untuk digunakan selama
tempoh dua tahun.

Seorang pemberi pinjam wang mesti membayar bayaran fi

sebanyak RM 2000 semasa permohonan pembaruan lesen dibuat mengikut Peraturan


5(3).14 Kadar bayaran ini juga dinaikkan untuk diselarikan dengan nilai matawang
12 Peraturan-peraturan Pemberi Pinjam Wang (Kawalan dan Perlesenan) 2003.
13 Noor Azizul Rahim. Taharim. 2014. Pegawai Bahagian Pemberi Pinjam Wang dan
Pemegang Pajak Gadai Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Temu
Bual, 16 April.

14 Peraturan-peraturan Pemberi Pinjam Wang (Kawalan dan Perlesenan) 2003.

29

sekarang bagi menanpung kos pentadbiran. Dibawah Seksyen 5E(3), gagal untuk
memperbarui lesen sebelum tarikh luput akan menyebabkan pemegang lesen dihalang
untuk membuat permohonan baru untuk tempoh masa dua tahun. Ia dicadangkan
untuk dilakukan sedemikian kerana tidak terdapat banyak pemberi pinjam wang
berlesen di Malaysia.Sekaligus akan meringankan lagi beban kos pentadbiran yang
ditanggung oleh Kementerian. Manakala pindaan pada tahun 2011 tidak membuat
apa-apa perubahan bagi bahagian ini.
2.3.5

BUTIR-BUTIR YANG PERLU DITUNJUKKAN PADA LESEN


Tidak ada perubahan besar yang dilakukan keatas peruntukan mengenai

keperluan untuk menunjukkan lesen di premis secara jelas keatas Akta Pemberi
Pinjam Wang 1951. Sekysen 6 menyatakan bahawa sesuatu lesen itu perlulah
mempunyai nama sebenar pemberi pinjam wang dan alamat yang dibenarkan, iaitu
alamat premis dimana perniagaan itu dijalankan. Definisi nama sebenar ialah nama
yang didapati pada tarikh kelahiran, bagi seorang individu, nama yang dinyatakan di
dalam kad pengenalan (atau nama yang didaftarkan bagi kes seperti didalam syarikat
atau firma). Manakala suatu alamat yang dibenarkan pula ialah alamat yang
dinyatakn di dalam lesen, yang mana pemberi pinjam wang dibenarkan untuk
menjalankan perniagaan seperti dinyatakan dibawah Seksyen 6(2) Akta Pemberi
Pinjam Wang 2003. Menurut Seksyen 8 pula, seorang pemberi pinjam wang yang
mengeluarkan lesennya dengan menggunakan nama selain daripada nama
sebenarnuya adalah bertanggungan dibawah kedua-dua tindakan jenayah dan sivil.
Dalam kes Menaka v Ng Siew San15, Perayu merupakan pemberi pinjam wang
berdaftar yang menjalankan perniagaanya di bawah nama AR. PR. M. Firm. Melalui
peguamnya, dia meminjamkan duit kepada Responden di bawah namanya sendiri bagi
jaminan untuk gadaian kepada beberapa tanah milik Responden. Apabila Responden
gagal membayar bayaran prinsipal bersama faedah, perayu kemudiannya telah
memfailkan satu arahan untuk penjualan tanah tersebut. Responden telah membuat
bantahan terhadap arahan penjualan tanah tersebut dengan sebab bahawa perayu telah
15 [1997] 1 MLJ 91 PC

30

menjalankan aktiviti sebagai pemberi pinjam wang di bawah nama selain daripada
nama yang dibenarkan dan telah mengambil jaminan kepada duit yang dipinjamkan
kepadanya tanpa menggunakan nama yang telah dibenarkan oleh Akta Pemberi
Pinjam Wang 1951, dan juga merupakan satu kesalahan dibawah Seksyen 8(b) dan
(c). Keputusan mahkamah Privy telah menyebelahi pihak Responden dan telah
memutuskan bahawa kedua-dua kontrak dan jaminan yang telah disepakati telah
melanggar Seksyen 8, oleh itu, tidak boleh dikuatkuasakan.
Di dalam kes lain, iaitu Chai Sau Yin v. Kok Seng Fatt

16

dimana Defendan

merupakan seorang pemberi pinjam wang dengan nama Kok Seng Fatt sebagai nama
yang dibenarkan dan dia merupakan salah seorang daripada ahli yang menjalankan
perniagaan dibawah nama Yoong Shing Finance Company, ia telah diputuskan oleh
mahkamah persekutuan bahawa perbuatannya yang memberi pinjaman dengan
menyatakan d dalam Memorandum Pinjaman dan jaminan sebagai Kok Seng Fatt of
Yoong Shing Finance Company adalah sah dan mengikut Ordinan Pemberi Pinjam
Wang 1951. Keperluan dibawah Seksyen 6 untuk meletakkan nama pemberi pinjam
wang yang sebenar dan alamat sebenar di dalam lesen pemberi pinjam wang adalah
satu peruntukan yang penting yang dikekalkan dibawah pindaan Akta Pemberi Pinjam
Wang 2003. Ini kerana ia melindungi pihak peminjam daripada mana-mana pemberi
pinjam wang yang melanggar undang-undang yang berselindung di bawah nama yang
tidak dibenarkan. Peruntukan Seksyen 6 dan kes-kes yang telah diputuskan telah
menunjukkan bahawa jikalau pemberi pinjam wang telah melakukan kesalahan
tersebut, kontrak pinjaman yang telah dimaterai oleh mereka dan peminjam yang
teraniaya adalah terbatal dan tidak boleh dikuatkuasakan. Bagi pindaan tahun 2011,
penggunaan peruntukan yang sama masih diteruskan kerana tiada apa-apa pindaan
telah dibuat keatas bahagian ini.
2.3.6KEPERLUAN MENUNJUKKAN LESEN
Dibawah pindaan tahun 2003, seorang pemberi pinjam adalah diwajibkan
untuk menunjukkan lesen di tempat-tempat yang mudah dilihat di dalam premis
dimana dia menjalankan aktiviti perniagaannya. Keperluan ini dinyatakan di bawah
16 [1966] 2 MLJ 54

31

Seksyen 5F(1) dan keperluan ini adalah merupakan satu keperluan yang baru
diperkenalkan dengan mengantikan peruntukan yang memerlukan seorang pemberi
pinjam wang untuk menaikkan satu papan yang bertulis Pemberi Pinjam Wang
Berlesen, juga di tempat yang senang dilihat diluar premis perniagaan yang
dibenarkan. Peruntukan yang memperkenalkan keperluan baru ini di bawah Seksyen
5F telah memperketatkan lagi undang-undang lama dan ianya adalah bertujuan untuk
mengawal kepentingan peminjam supaya mereka tahu bahawa mereka sedang
berurusan dengan pemberi pinjam wang berlesen. Seksyen 5F(1) juga memerlukan
pemberi pinjam wang untuk menjalankan urusniaga mereka di dalam premis yang
dibenarkan. Ia disokong oleh Peraturan 15,17 dimana ia menyatakan bahawa semua
transaksi yang dilakukan oleh pemberi pinjam wang

dengan peminjam mestilah

dilakukan di permis yang didaftarkan. Walaupun Akta 400 (Pindaan) 2003 dan
Peraturan-Peraturan Pemberi Pinjam Wang (Kawalan dan Perlesenan) 2003 tidak
menyatakan secara langsung bahawa pengutipan bayaran hutang mesti dilakukan di
premis pemberi pinjam wang, namun itulah tafsiran yang digunakan oleh Menteri.
Peruntukan baru ini nampak seperti bukan sahaja menghadkan transaksi pinjaman
wang seperti membuat perjanjian dan melepaskan hutang prisipal, di premis pemberi
pinjam wang, tetapi juga memerlukan pembayaran semula hutang dan kutipan-hutang
untuk dilakukan di premis yang sama. ketidakpatuhan ini akan menyebabkan pemberi
pinjam wang bertanggungan di bawah kesalahan jenayah, tetapi tidak membuatkan
transaksi tersebut terbatal kerana Peraturan 15 tidak menyatakan mengenai
pembatalan transaksi jika berlaku situasi seperti ini.
Namun pada 2011, pindaan pada peruntukan ini dibuat dimana dibawah subseksyen (1) ini dimana perkataan pemberi pinjam wang telah dipinda kepada
pemegang lesen dan perkataan lesen dipinda kepada lesen asal. Pindaan ini
memberi fokus kepada dua perkara iaitu pemegang lesen yang mana ia merujuk
kepada pemberi pinjam wang yang diberikan lesen kepadanya melalui Pendaftar
secara sah, dan transaksi yang dilakukan mestilah dengan memaparkan atau
menunjukkan lesen asal yang diberikan kepadanya supaya tidak berlaku kes penipuan.
Ini kerana terdapat banyak kes yang telah dilaporkan kepada pihak polis dan KPKT
yang menyatakan bahawa mereka ditipu untuk membuat pinjaman daripada pihak
17 Peraturan-Peraturan Pemberi Pinjam Wang (Kawalan dan Perlesenan) 2003.

32

yang mengaku dan menyamar sebagai pemberi pinjam wang berlesen sedangkan
mereka sebenarnya ah long atau ceti haram.
2.3.7

PEMBATALAN ATAU PENGGANTUNGAN LESEN


Seksyen 9A merupakan satu peruntukan baru yang memberi kuasa kepada

Pendaftar untuk membatalkan atau menggantung lesen mana-mana pember pinjam


wang apabila berlakunya kejadian atau situasi yang telah dinyatakan dibawah seksyen
ini. Peruntukan ini menjelaskan secara terperinci akan situasi seperti mana yang akan
menyebabkan sesuatu lesen itu dibatalkan atau digantung, kerana undang-undang
lama tidak memberi apa-apa penjelasan mengenai hal ini. Seksyen 9(1) memberikan
kuasa kepada Pendaftar untuk membatalkan atau menggantung lesen di dalam
keadaan yang mana dalam pendapat pihak Pendaftar, pemberi pinjam wang itu telah
menjalankan aktiviti yang boleh membawa kerugian terhadap kepentingan pihak
peminjam atau kepada masyarakat, atau telah melanggar mana-mana peruntukan di
bawah Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 atau peraturan-peraturan yang dibuat
dibawah akta ini, atau telah diberikan lesen melalui penipuan, kesilapan atau
kesalahnyataann, atau telah gagal untuk mengikut mana-mana syarat di dalam lesen.
Pindaan tahun 2011 masih lagi memakai peruntukan yang sama seperti pindaan tahun
2003.
2.3.8

RAYUAN
Dibawah Seksyen 9C, mana-mana pemberi pinjam wang tidak berpuas hati

dengan apa-apa keputusan yang dibuat oleh pihak Pendaftar boleh membuat rayuan
kepada Menteri untuk melawan keputusan tersebut dalam masa empat belas hari.
Rayuan tersebut mestilah dibuat secara bertulis, di dalam bahasa kebangsaan iaitu
Bahasa Malaysia (terjemahan dalam bahasa Inggeris boleh disertakan) menyatakan
alasan rayuan seperti yang dinyatakan di bawah (Peraturan 13(2) dan (3)) 18. Tiada
perubahan besar dilakukan kepada peruntukan mengenai rayuan, kecuali peruntukan
baru yang diperkenalkan ini adalah lebih tegas keatas keputusan akhir yang dibuat
oleh Menteri, seperti yang telah dinyatakan, keputusan yang dilakukan tidak boleh
18 Peraturan-peraturan Pemberi Pinjam Wang (Kawalan dan Perlesenan) 2003.

33

dipersoalkan di dalam mana-mana mahkamah. Pindaan tahun 2011 masih lagi


memakai peruntukan yang sama.
2.3.9 HUKUMAN JENAYAH
Hukuman jenayah adalah satu mekanisma yang digunakan untuk mengawal
aktiviti perlesenan, dan Akta Pemberi Pinjam Wang (Pindaan) 2003 memperuntukkan
hukuman yang tegas bagi kegagalan bagi mendapatkan lesen secara sah. Kepentingan
mempunyai lesen pemberi pinjam wang yang sah adalah dinyatakan dibawah Seksyen
5. Akta Pemberi Pinjam Wang (Pindaan) 2003 telah menyatakan secara jelas bahwa
seseorang itu boleh dikenakan hukuman denda sebanyak RM 20, 000 sehingga RM
100, 000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau keduaduanya sekali jika disabitkan bersalah, jika kesalahan sama dilakukan pemberi pinjam
wang akan menyebabkan pemberi pinjam wang bertanggungan bagi hukuman sebat
dibawah Seksyen 5 (2). Manakala pindaan tahun 2011 menunjukkan perubahan secara
mendadak mengenai hukuman-hukuman yang bakal dikenakan kepada para pemberi
pinjam wang yang gagal mematuhi peraturan yang telah diperuntukkan di bawah akta
ini. Perubahan boleh dilihat dari segi denda dimana Seksyen 5(2) telah dipinda dengan
mengenakan denda yang lebih berat iaitu RM 250,000 hingga RM 1,000,000 bagi
kesalahan menjalankan aktiviti pemberi pinjam wang tanpa lesen yang sah, atau lesen
yang telah tamat tempoh. Hukuman yang dikenakan adalah jauh berbeza dengan
hukuman yang terdapat dalam undang-undang lama, dimana denda yang dikenakan
bagi menjalankan aktiviti pemberi pinjaman wang tanpa lesen hanyalah RM 1000
sahaja. Kenaikan denda dari ini menunjukkan keseriusan kesalahan tersebut dan
bertujuan untuk menghalang pemberi pinjam wang untuk melakukan aktiviti pemberi
pinjaman wang secara tidak sah. Tujuan utama kerajaan dalam menambahbaik
kelemahan Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 dari sudut melindungi kepentingan
peminjam dalam transaksi ini boleh dilihat kepada kuasa yang diberikan kepada
penguatkuasa Akta Pemberi Pinjam Wang dan juga pihak polis untuk menangani
gejala pemberi pinjam wang yang tidak sah.
2.3.10 KUASA POLIS

34

Pindaan tahun 2003 telah memberikan kuasa yang luas kepada pihak polis bagi
menangani masalah yang timbul di dalam industri ini yang mana ianya telah
dinyatakan secara jelas di bawah Seksyen 10A hingga 10K Akta Pemberi Pinjam
Wang 1950 (Akta 400). Bidangkuasa yang diberikan kepada polis termasuk kuasa
untuk membuat penyiasatan oleh seorang Inspektor atau pegawai polis, 19 kuasa untuk
menyiasat keatas aduan yang dilaporkan dan kuasa untuk mendapatkan maklumat, 20
kuasa untuk memeriksa orang,21 kuasa untuk membuat penggeledahan dengan
waran,22 kuasa untuk membuat penahanan,23 kuasa untuk membuat penggeledahan
tanpa waran,24 kuasa untuk merampas harta boleh alih,25 kuasa untuk membuat
tindakan,26 dan kuasa unutk melepaskan harta yang dirampas.27 Menurut CP Khalil
Azlan Bin Hj. Chik dari Bahagian Penggubahan Wang Haram, 28 bidangkuasa yang
telah diberikan di dalam akta ini adalah dilaksanakan oleh tiga pihak PDRM iaitu
19 Seksyen 10A, Akta Pemberi Pinjam Wang (Malaysia) (Akta 400)

20 Seksyen 10B, Akta Pemberi Pinjam Wang (Malaysia) (Akta 400)


21 Seksyen 10C, Akta Pemberi Pinjam Wang (Malaysia) (Akta 400)

22 Seksyen 10D, Akta Pemberi Pinjam Wang (Malaysia) (Akta 400)

23 Seksyen 10E, Akta Pemberi Pinjam Wang (Malaysia) (Akta 400)

24 Seksyen 10F, Akta Pemberi Pinjam Wang (Malaysia) (Akta 400)

25 Seksyen 10G, Akta Pemberi Pinjam Wang (Malaysia) (Akta 400)

26 Seksyen 10J, Akta Pemberi Pinjam Wang (Malaysia) (Akta 400)

27 Seksyen 10K, Akta Pemberi Pinjam Wang (Malaysia) (Akta 400)

35

Jabatan Siasatan Jenayah Komersil bagi siasatan kes mengenai pemberi pinjam wang
tak berlesen. Kedua ialah Jabatan Siasatan Jenayah yang menyiasat jenayah-jenayah
harta benda dan jenayah kekerasan yang dilakukan oleh sindiket Ah Long, Ceti Haram
atau pemberi pinjam wang. Ketiga ialah Bahagian Penggubahan Wang Haram yang
merupakan pasukan tindakan khas PDRM bagi siasatan dari segi kewangan atau harta
benda yang diperolehi oleh sindiket hasil daripada kegiatan haram yang dilakukan
oleh Ah Long, Ceti Haram dan pemberi pinjam wang. Pindaan tahun 2003 ini
menunjukkan bahawa kerajaan tegas bagi menangani isu-isu seperti pemberi pinjam
wang yang tidak mengikut peraturan, dan juga isu-isu sindiket ah long dan ceti haram
yang beroperasi di negara ini.
Pada tahun 2011, peruntukan ini dipinda sekali lagi bertujuan untuk
memberikan kuasa yang lebih jelas, terperinci dan lebih luas kepada pihak polis untuk
bahagian ini. Seksyen 10B dipinda dengan meletakkan perkataan yang berpangkat
tidak rendah daripada Sarjan di bawah sub-seksyen (5). Jika pada pindaan tahun 2003
memberikan kuasa kepada pegawai polis berpangkat Inspektor dan keatas untuk
mengambil tindakan keatas apa-apa kesalahan, pindaan baru ini memberi kuasa
kepada pegawai polis yang berpangkat Sarjan yang mana merupakan lebih rendah
pangkatnya berbanding Inspektor. Pindaan ini dibuat kerana terdapat kesukaran bagi
pihak polis untuk menjalankan operasi dengan lebih efisyen apabila akta ini hanya
memberikan kuasa kepada pegawai polis berpangkat Inspektor untuk mejalankan
penyiasatan. Dibawah Seksyen 10D(1) pula, perkataan atau mana-mana keterangan
yang perlu untuk membuktikan perlakuan sesuatu kesalahan di bawah akta ini
ditambah bagi memberikan kuasa yang lebih luas kepada pihak polis untuk membuat
penggeledahan keatas premis dengan waran. Walaubagaimanapun, peruntukan ini
masih memerlukan seseorang yang berpangkat Inspektor dan bukan Sarjan untuk
membuat penggeledahan keatas mana-mana premis.
Pindaan 2011 juga memberikan kuasa kepada Inspektor polis untuk membuat
penahan orang tanpa waran seseorang itu melakukan kesalahan, cuba untuk
melakukan kesalahan atau mengesyaki bahawa seseorang itu cuba untuk melakukan
28 Khalil Azlan. Hj. Chik. 2014. Pegawai Bahagian Penggubahan Wang Haram
Polis Diraja Malaysia. Temu Bual. 22 Januari.

36

kesalahan dibawah Akta 400. Pindaan Seksyen 10E ini memberi impak yang besar
kerana polis boleh menahan seseorang tanpa perlu menunggu arahan daripada seorang
Majistret yang mana memakan masa yang lama dan secara langusng melambatkan
proses penangkapan. Pindaan ini adalah penting kerana pihak polis boleh menjalankan
penyiasatan atau operasinya dengan cepat dan tangkas. Selain itu, terdapat peruntukan
baru iaitu Seksyen 10GA dan 10GB yang memberikan kuasa tambahan kepada pihak
polis. Seksyen 10GA memberikan kuasa kepada polis berpangkat Inspektor atau
pegawai polis senior untuk memasuki dan memeriksa premis yang mereka percaya
menjalankan aktiviti perniagaan pemberi pinjam wang, mengambil gambar, merampas
dan mengambil apa-apa buku, rekod atau dokumen daripada premis yang dimasuki.
Manakala Seksyen 10GB pula memberikan mereka kuasa untuk mengakses data
komputer termasuk kata laluan, kod sulit, perisian dan perkakasan yang disimpan di
dalam komputer bagi tujuan penyiasatan. Semasa pembentangan rang undang-undang
Akta 400 di Dewan Negara, pindaan 2011 adalah bertujuan untuk memperketatkan
pengawalseliaan perjalanan perniagaan pemberi pinjam wang oleh pemegang lesen
dengan memasukkan peruntukan kesalahan obligasi yang baru. Beliau menyokong
dengan mengatakan ia satu peruntukan yang baik kerana ia memberikan satu setu
senjata kepada pihak pendakwa untuk membanteras jenayah seperti ini. 29
Konklusinya, walaupun akta ini telah dipinda beberapa kali, masih terdapat
banyak permasalahan yang timbul dalam industri ini terutamanya dari aspek sosial
dan ekonomi. Ini kerana terdapat peningkatan dari segi bilangan pemberi pinjam wang
tidak berlesen seperti ah long dan ceti haram semenjak pindaa terakhir dibuat, juga
terdpat lebih banyak aduan mengenai salah laku pemberi pinjam wang terhadap
peminjam.

29 Malaysia, Pembentangan Dewan Negara 2010, Bacaan Kali Kedua dan Ketiga,
14 Oktober 2010, (Senator Datuk Maijol Mahap)