You are on page 1of 22

JAMALUDDIN BIN ABU BAKAR

720629065019001
OUMH 3203

PENDAHULUAN

D ewasa ini kita sering disajikan dengan paparan tentang kemusnahan


alam sekitar atau lebih tepat lagi pencemaran alam sekitar. Paparan
bukan sahaja melalui surat khabar dan majalah malahan televisyen juga acap
kali membuat liputan tentang pencemaran ini. Terlebih dahulu, mari kita fahami
apa yang dimaksudkan dengan pencemaran alam sekitar.

Pencemaran ialah perbuatan mencemarkan atau mengotorkan.


Pencemaran alam ialah perbuatan mencemarkan kebersihan alam sekeliling
dgn sampah-sarap dan sebagainya. Pembuangan bahan-bahan buangan
secara tidak terkawal boleh mengakibatkan pencemaran alam sekitar.  Selain
itu, pencemaran merupakan kehadiran atau penambahan sesuatu bahan
semulajadi atau bukan semulajadi ke dalam alam persekitaran, sehingga
merosakkan sebahagian atau keseluruhan ekosistem. Pencemaran ialah
sebarang perubahan atau gangguan fizikal, kimia, dan biologi pada mana-mana
alam sekitar yang menyebabkan keseimbangan alam terjejas. Pencemaran
juga boleh didefinisikan sebagai pengumpulan bahan-bahan yang tidak sesuai
kepada kehidupan di persekitaran kita.  Bahan-bahan yang tidak sesuai ini
dipanggil bahan-bahan pencemar.

JENIS-JENIS PENCEMARAN

Terdapat beberapa jenis pencemaran alam sekitar yang terjadi di


Malaysia. Antaranya ialah:

 Pencemaran udara
 Pencemaran air

 Pencemaran bunyi

1
JAMALUDDIN BIN ABU BAKAR
720629065019001
OUMH 3203

 Pencemaran tanah

 Pencemaran cahaya atau sinaran

 Pencemaran haba atau terma

 Pencemaran alam marin

Pencemaran Udara

Pencemaran udara merupakan pengotoran udara dengan bahan cemar


pada kepekatan yang dapat mengganggu kebolehan penyerakan udara secara
normal. Pencemaran udara mungkin boleh memberi kesan terhadap kesihatan,
keselamatan dan keselesaan manusia ataupun harta benda. Pencemaran
udara berlaku bila terdapat bahan-bahan pencemar di udara. Contoh bahan-
bahan pencemar ini ialah habuk, debu, asap dan gas-gas beracun. Bahan
pencemar udara berbentuk gas beracun adalah seperti karbon
monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida, dan hidrokarbon.

Pencemaran Air

Pencemaran air termasuklah pembuangan sisa toksik ke dalam sungai


oleh kilang-kilang, pembuangan sisa pertanian seperti najis haiwan dan racun
makhluk perosak ke dalam sungai dan tasik. Selain daripada itu, tumpahan
minyak dari kapal juga boleh menyebabkan pencemaran air. Bahan buangan
seperti ammonia, sianida dan sisa-sisa asid akan menyebabkan keracunan
kepada hidupan sungai dan laut. Ianya mengancam kehidupan di air yang
boleh menyebabkan kematian.

Pencemaran Bunyi

2
JAMALUDDIN BIN ABU BAKAR
720629065019001
OUMH 3203

Pencemaran bunyi berlaku apabila kebisingan melebihi 80dB


mengganggu keselesaan. Untuk pengetahuan, kenyaringan udara disukat
dalam unit decibel (dB). Kenyaringan bunyi yang disyorkan oleh WHO adalah
kurang daripada 55 dB. Jika seseorang terdedah secara berterusan di
persekitaran bunyi yang melebihi 80 dB, beliau akan mengalami sakit kepala,
gangguan emosi dan yang paling teruk boleh menyebabkan seseorang itu
menjadi pekak. Pencemaran bunyi berlaku daripada bunyi enjin kenderaan,
tempat hiburan atau pasar malam, pengorek jalan, pemotong rumput dan
sebagainya.

Pencemaran Tanah

Tumpahan minyak dan sisa kimia boleh menyebabkan tanah menjadi


tidak sesuai untuk tumbuhan hidup di kawasan tersebut. Contohnya, apabila
tumpahan minyak berlaku di kawasan padang, rumput di situ terjejas dan
mungkin menyebabkannya tidak dapat hidup. Pencemaran tanah juga boleh
terjadi akibat aktiviti penggondolan bukit, pembuangan sampah-sarap di
merata-rata tempat, penyemburan racun serangga serta aktiviti pembinaan,
perlombongan dan pembalakan.

Contoh paling mudah yang dapat kita lihat ialah peristiwa tanah runtuh
yang berlaku semenjak kebelakangan ini. Kebanyakan peristiwa tanah runtuh
tersebut berlaku akibat penggondolan tanah di kawasan tanah tinggi untuk
dijadikan kawasan petempatan. Peristiwa terbaharu yang berlaku ialah di
Kampung Pasir, Hulu Klang yang mengakibatkan 4 orang terbunuh.

Pencemaran Cahaya atau Sinaran

Pembakaran terbuka menyebabkan sinaran terjejas akibat jerebu, jarak


penglihatan rendah dan fotosintesis kurang berkesan.  Asap yang berlebihan di
udara daripada pembakaran terbuka akan menyebabkan alam sekeliling

3
JAMALUDDIN BIN ABU BAKAR
720629065019001
OUMH 3203

berjerebu. Ianya berlaku akibat pembakaran hutan bagi kegiatan pertanian


seperti yang berlaku di Kalimantan dan Sumatera, Indonesia. Akibatnya asap
yang berlebihan hasil daripada pembakaran itu telah menyebabkan berlakunya
jerebu bukan sahaja di kawasan Kalimantan dan Sumatera bahkan negara kita
juga turut terjejas. Pada tahun 2005, negara kita telah mengalami jerebu yang
amat teruk sehingga beberapa kawasan di sekitar Lembah Klang terpaksa
diisytiharkan darurat. Pembinaan bangunan yang tinggi juga boleh
menyebabkan cahaya tidak dapat sampai ke tanah. Seterusnya, ia akan
menyebabkan pokok kurang mendapat cahaya dan ini menyebabkan
permasalahan bagi tumbuh-tumbuhan untuk melakukan proses fotosintesis.
Pencemaran radiokatif juga amat merbahaya. Salah satu peristiwa yang tidak
dapat dilupakan oleh dunia ialah letupan kilang radioaktif di Chernobyl, Rusia.

Pencemaran Haba atau Terma

  Pencemaran haba atau terma merupakan pencemaran yang diakibatkan


oleh peningkatan suhu terutamanya dalam proses-proses industri.
Pencemaran haba atau terma akan mengubah suhu air dan udara, yang
seterusnya akan memberi kesan negatif terhadap organisma akuatik. Sebagai
contoh, haba yang dibebaskan dari janakuasa, secara tidak langsung akan
memanaskan air sungai. Ini akan menyebabkan pertumbuhan bakteria dan
mengurangkan jumlah oksigen di dalam air. Seterusnya, ia akan menyebabkan
ikan-ikan di dalam sungai mati.

Pencemaran Alam Marin

Pencemaran alam marin adalah satu lagi jenis pencemaran alam sekitar.
Ianya baru sahaja diketengahkan. Seharusnya kita semua sedar bahawa alam
marin juga merupakan sebahagian daripada alam sekitar kita. Pencemaran
alam marin lebih tertumpu kepada kemusnahan terumbu karang. Salah satu
contoh kemusnahan alam marin ialah di sekitar perairan Pulau Sipadan, Sabah.

4
JAMALUDDIN BIN ABU BAKAR
720629065019001
OUMH 3203

Ekoran daripada kedegilan kontraktor, sebahagian besar kawasan terumbu


karang seluas 372.4 meter persegi yang hidup sejak beratus tahun dahulu telah
musnah dalam sekelip mata.

PUNCA-PUNCA PENCEMARAN  

Kenderaan dan Janakuasa

Pembakaran bahan api untuk kenderaan dan janakuasa yang tidak


sempurna menghasilkan gas karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen
dioksida dan plumbum atau asap. Biasanya asap yang dibebaskan merupakan
bahan pencemar alam sekitar yang paling ketara. Asap mengandungi zarah
karbon yang terhasil daripada pembakaran bahan api. Apabila karbon ini
terdapat dengan banyak di atmosfera, ia boleh menyebabkan wap air
terkondensasi di sekelilingnya pada cuaca yang sejuk dan membentuk asbut.

Bahan pencemar yang lain ialah gas berasid seperti oksida sulfur dan
oksida nitrogen. Gas-gas ini bertindak dengan oksigen dan wap air untuk
membentuk asid yang turun bersama air hujan sebagai hujan asid. Hujan asid
ini serta bahan pencemar yang lain memberi beberapa kesan yang buruk ke
atas kesihatan manusia serta haiwan yang lain, tanaman, bangunan dan iklim.

Industri Perkilangan

Pencemaran juga boleh berlaku akibat aktiviti perkilangan seperti


pembuangan sisa toksik ke dalam sungai dan tasik. Antara contoh yang dapat
dilihat ialah pembuangan sisa cecair dan pepejal kilang kelapa sawit, getah,
plastik dan sebagainya. Kilang-kilang perindustrian seperti kilang melebur bijih,
kilang kertas, kilang papan, kilang kimia (baja, insektisid dan herbisid)
perindustrian pembinaan dan kilang radioaktif juga menghasilkan banyak gas-
gas beracun dan bahan-bahan lain ke udara. Bahan pencemar yang terhasil
termasuklah gas beracun seperti sulfur dioksida dan nitrogen dioksida serta

5
JAMALUDDIN BIN ABU BAKAR
720629065019001
OUMH 3203

debu-debu. Bahan-bahan ini bukan sahaja menyebabkan pencemaran udara


dan tanah tetapi ia juga boleh menyebabkan penyakit bronkitis, lelah, sakit
mata dan paru-paru serta kanser respirasi.

Industri Pertanian

Pencemaran daripada industri pertanian adalah disebabkan oleh hasil


buangan cecair atau pepejal secara tidak terancang. Bahan buangan seperti
aliran air yang bercampur dengan racun makhluk perosak, baja, sisa makanan
dan najis haiwan dialirkan ke dalam sungai atau sesuatu kawasan.
Kebiasaanya ia berlaku di tempat-tempat yang jauh dari pandangan
masyarakat sekeliling. Ianya boleh menyebabkan pencemaran air dan tanah.
Penghasilan debu yang berlebihan daripada pembajakan dan asap daripada
proses pembakaran pula meenyebabkan berlakunya pencemaran udara.

Pembalakan Tidak Terancang

Kegiatan pembalakan yang tidak terancang menyebabkan negara kita


kehilangan banyak kawasan tadahan hujan. Ini menyebabkan berlakunya
banjir kilat seperti yang kerap berlaku di kawasan sekitar Kuala Lumpur.
Ketiadaan kawasan tadahan hujan juga menyebabkan berlakunya hakisan
yang akhirnya membawa kepada tragedi tanah runtuh. Peristiwa tanah runtuh
seumpama ini banyak berlaku di negara kita sejak kebelakangan ini.

Industri Perkapalan

Tumpahan minyak akibat pelanggaran kapal atau pengurusan tidak


sempurna di kawasan persisiran pantai boleh mengakibatkan pencemaran.
Ianya akan menyebabkan kemusnahan kepada hidupan laut seperti ikan dan
karangan laut. Keadaan ini menyumbang kepada kekurangan sumber
makanan khususnya makanan laut dan juga menjejaskan ekonomi penduduk
setempat khususnya di kawasan perkampungan nelayan. Apabila pantai

6
JAMALUDDIN BIN ABU BAKAR
720629065019001
OUMH 3203

negara kita kotor, bukan sahaja pelancong luar negara malahan rakyat
tempatan juga tidak berminat untuk melancong. Fenomena ini akan
menjejaskan industri pelancongan negara.

Pembakaran Terbuka

Pembakaran terbuka untuk selalunya terjadi akibat aktiviti pertanian dan


pembangunan. Pembakaran terbuka menyebabkan peningkatan kepekatan
gas karbon dioksida dan karbon monoksida yang menyebabkan kesan rumah
hijau. Selain itu, asap yang berlebihan di udara menyebabkan jerebu.

Pencemaran juga boleh berlaku akibat pembakaran hutan bagi kegiatan


pertanian seperti yang berlaku di Kalimantan dan Sumatera, Indonesia.
Akibatnya asap yang berlebihan hasil daripada pembakaran itu telah
menyebabkan berlakunya jerebu bukan sahaja di kawasan Kalimantan dan
Sumatera bahkan negara kita juga turut terjejas.

Pada tahun 2005, negara kita telah mengalami jerebu yang amat teruk
sehingga beberapa kawasan di sekitar Lembah Klang terpaksa diisytiharkan
darurat. Ini kerana jerebu yang terjadi mengakibatkan penduduk di kawasan itu
mengalami sesak nafas, asma dan jarak penglihatan yang terlalu dekat. Ia
membahayakan kerana boleh mengakibatkan kemalangan.

Kesan Rumah Hijau

Kesan rumah hijau (greenhouse effect) ialah kesan pemanasan


atmosfera terhadap bumi. Gelombang cahaya matahari melalui udara diserap
oleh bumi. Bumi kemudiannya memancarkan semula tenaga ini sebagai
gelombang haba dan diserap oleh udara, terutamanya oleh karbon dioksida.
Karbon dioksida di atmosfera bertindak seperti kaca di dalam rumah hijau
dimana kaca menukarkan jarak gelombang cahaya yang memasuki rumah

7
JAMALUDDIN BIN ABU BAKAR
720629065019001
OUMH 3203

kaca menjadi semakin memanjang dan membebaskan haba dalam rumah kaca
dan memerangkap haba tersebut.

CARA-CARA MENGATASI PENCEMARAN

Malaysia ialah sebuah negara yang sedang membangun dengan pesat.


Pembangunan yang pesat ini menyebabkan kualiti alam sekitar juga turut
terjejas. Masalah pencemaran alam yang kian meruncing kebelakangan ini
umumnya terjadi akibat tindakan manusia itu sendiri. Kegiatan-kegiatan seperti
perindustrian, pembangunan dan pertanian telah menyumbang kepada
peningkatan masalah ini. Oleh itu, kerjasama semua pihak termasuk orang
awam, badan-badan koperat, badan bukan kerajaan dan pihak kerajaan
seharusnya bersatu bagi membendung masalah ini. Langkah-langkah
berkesan yang perlu diambil untuk melindungi kualiti alam sekitar termasuklah:

Kesedaran Terhadap Tanggungjawab Sosial

Sebagai pengusaha terutama sekali pengusaha kilang, mereka


seharusnya memikirkan kesan jangka masa panjang aktiviti yang dijalankan
oleh mereka. Jangka masa panjang di sini bukan bererti 30 atau 50 tahun
tetapi jangka masa 100 tahun ataupun 200 tahun. Kebanyakan pengusaha
cuma mengambil kira kesan dalam jangka masa 30 hingga 50 tahun. Ini
sebenarnya adalah tidak mencukupi kerana banyangkan jika beratus-ratus
kilang sebegitu didirikan. Tentu kadar pencemarannya adalah jauh lebih tinggi.
Para pengusaha terutama pengusaha kilang secara besar-besaran patutlah
mendapatkan nasihat daripada Jabatan Alam Sekitar sebelum sesuatu operasi
perindustrian dijalankan.

Pengguna juga boleh memainkan peranan yang terpenting dalam


menangani masalah pencemaran. Sebagai seorang pengguna yang
bertanggungjawab, kita perlulah memilih barangan yang mendatangkan

8
JAMALUDDIN BIN ABU BAKAR
720629065019001
OUMH 3203

pencemaran yang kurang sekali. Tanpa permintaan terhadap barangan yang


mendatangkan pencemaran, pengusaha kilang juga akan mula menggunakan
bahan-bahan yang lebih sesuai dengan alam sekitar. Sebagai contoh, kita
sebagai pengguna sepatutnya memilih racun serangga dalam tin aerosol yang
tidak mengandungi CFC.

Pendidikan Alam Sekitar

Untuk membentuk rakyat yang bertanggungjawab kepada alam sekitar,


mereka perlulah mempunyai kesedaran. Untuk memupuk kesedaran di
kalangan rakyat, cara yang terbaik ialah melalui pendidikan. Sebab-sebab
pendidikan alam sekitar ini perlu ialah kerana ia dapat membentuk sikap positif
diri terhadap alam sekitar. Dengan adanya kesedaran pada seseorang
individu, dia akan sedar tentang betapa pentingnya kualiti alam sekitar yang
tinggi dikekalkan. Ini kerana mereka sudah tahu apa masalah yang mungkin
akan timbul akibat sesuatu perbuatan yang tidak bertanggungjawab yang
mencemarkan alam sekitar.

Pendidikan alam sekitar mula diperkenalkan secara formal pada


peringkat rendah melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dalam
mata pelajaran Kajian Tempatan. Seterusnya adalah pada peringkat
menengah melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM),
khususnya dalam mata pelajaran sains seperti Biologi. Peringkat ketiga dan
terakhir ialah di pengajian tinggi. Salah satu contohnya ialah melalui kursus
Sains Alam Sekitar dan Biologi Persekitaran. Pendidikan alam sekitar kepada
masyarakat umum pula disampaikan melalui media massa. Peranan media
massa dapat membantu. Antara media massa yang memainkan peranan yang
penting ialah surat khabar, majalah, televisyen dan radio. Selain itu, terdapat
juga agensi kerajaan dan swasta yang mengadakan kempen dan ceramah.

Penggubalan dan Penguatkuasaan Undang-Undang

9
JAMALUDDIN BIN ABU BAKAR
720629065019001
OUMH 3203

Kementerian Sains dan Alam Sekitar melindungi alam sekitar melalui


penggubalan dan penguatkuasaan undang-undang atau akta ke atas orang
ramai. Undang-undang mengenai pelbagai jenis pencemaran harus memberi
panduan tentang langkah-langkah yang perlu dijalankan untuk mengawal kadar
pencemaran, terutamanya dari kilang-kilang perindustrian. Kerajaan Malaysia
telah menggubal pelbagai undang-undang, peraturan dan akta untuk
melindungi dan mencegah pencemaran alam sekitar. Ianya bertujuan untuk
melindungi alam sekitar. Diantaranya ialah :

a) Akta Kualiti Alam Sekitar 1974, 1984 (pindaan)


 Mula dikuatkuasa pada 1 April 1988.
 Berkaitan dengan udara bersih, kelapa sawit, getah, gas
kenderaan, kumbahan, fluen industri dan juga bahan-bahan
buangan kilang.
 Penguatkuasaan dibuat oleh Jabatan Alam Sekitar.

b) Peraturan Kenderaan Bermotor ( Kawalan Pelepasan Asap, 1977)


 Dikuatkuasa pada 15 Mac 1978.
 Asap ekzos tidak boleh melebihi 50 HSU (Hartridge Smoke Unit).
 Semua kenderaan bermotor perlu dipasang dengan alat-alat
kawalan yang boleh memerangkap gas-gas berbahaya seperti
karbon monoksida.

c) Peraturan Kualiti Alam Sekitar ( Minyak Kelapa Sawit, 1977)


 Dikuatkuasa pada 1 Julai 1978.
 Berkaitan dengan beberapa parameter kualiti air seperti BOD,
pepejal termendak, pH dan suhu.
 Perlaksanaan dibuat berperingkat-peringkat.

Penggunaan Teknologi

10
JAMALUDDIN BIN ABU BAKAR
720629065019001
OUMH 3203

Penggunaan teknologi moden untuk mengurangkan pencemaran alam


sekitar adalah amat penting. Sebagai contohnya, tanpa teknologi moden,
adalah tidak mungkin untuk membersihkan tumpahan minyak di laut. Dengan
adanya teknologi moden, sisa pepejal seperti surat khabar lama, majalah lama,
kertas, kain, bahan plastik dan kaca dapat dikitar semula. Ini sudah tentu dapat
mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh pengurusan sisa pepejal
yang tidak sempurna.

Bahan-bahan buangan industri pertanian boleh diubah kepada bahan-


bahan yang berguna dan kurang bahaya. Sebagai contoh, sampah sarap
boleh dijadikan bahan api untuk menghasilkan tenaga elektrik. Hampas
pertanian seperti hampas kelapa sawit boleh digunakan untuk menghasilkan
metana.

Selain itu, dengan adanya teknologi moden, penapis udara telah dicipta
dan dipasang pada ekzos kenderaan dan cerobong asap kilang-kilang
perindustrian. Penggunaan petrol tanpa plumbum juga merupakan satu hasil
daripada penggunaan teknologi moden. Ini dapat mengurangkan kandungan
plumbum dalam atmosfera yang bahaya kepada kesihatan manusia.

Penyelidikan ke atas minyak kelapa sawit sebagai pengganti bahan api


fosil adalah satu usaha yang menggalakkan dalam mengatasi masalah
pencemaran alam sekitar. Dengan adanya teknologi moden, jentera-jentera
dan mesin-mesin dapat diubahsuai supaya menggunakan bahan api baru ini.
Dengan penggunaan bahan api baru ini, ia dapat mengurangkan pecemaran
alam sekitar.

Amalan Harian di Rumah

Masalah pencemaran alam bermula dari diri kita sendiri. Oleh itu, kita
seharusnya memulakannnya dengan amalan harian di rumah seperti

11
JAMALUDDIN BIN ABU BAKAR
720629065019001
OUMH 3203

membuang sampah ke dalam tong yang disediakan, memasukkan bahan-


bahan yang boleh dikitar semula ke dalam tong kitar semula, kurangkan
penggunaan racun serangga dan bahan Clorofluorocarbon (CFC). Kita juga
seharusnya mendidik diri agar tidak membuang sisa minyak ke dalam sinki di
mana minyak seharusnya dibungkus dan dibuang dalam tong sampah.
Perbuatan membuang minyak di dalam sinki menyebabkan air sukar dirawat.
Selain itu, kita mesti elakkan daripada melakukan pembakaran secara terbuka

Kitar Semula

Mengitar semula bermaksud memproses atau menggunakan semula


bahan buangan seperti kertas bekas kaca atau plastik, tin aluminium, kertas
dan cebisan kayu. Kitar semula juga bermaksud proses yang sangat selamat
kepada alam sekitar kerana ia dapat mengurangkan tahap pencemaran. Selain
itu, kitar semula juga dapat mengurangkan pembakaran sampah sarap secara
terbuka. Kempen kitar semula dapat kita saksikan di televisyen. Seharusnya,
semua rakyat Malaysia harus faham tentang warna yang digunakan untuk
pengasingan iaitu coklat, jingga dan biru. “Coklat untuk kaca, biru kertas punya
tin untuk jingga dan plastik juga.”

Pameran

Pameran yang dimaksudkan di sini ialah pameran segala bahan yang


berkaitan dengan isu pencemaran. Pameran ini boleh dilakukan di sekolah-
sekolah dan juga tempat-tempat awam seperti kompleks membeli-belah.
Pameran ini bolehlah merangkumi isu-isu alam sekitar, sebab-sebab
pencemaran, kesan-kesannya dan apa yang boleh dibuat untuk mengurangkan
kadar pencemaran.

Bahan-bahan menarik seperti carta, poster dan keratan surat khabar


bolehlah dipamerkan. Selain itu, pita video dan slaid-slaid yang berkenaan

12
JAMALUDDIN BIN ABU BAKAR
720629065019001
OUMH 3203

dengan pencemaran juga boleh ditayangkan. Pameran sebegini boleh


meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat dan mengajar masyarakat
untuk melindungi alam sekitar.

Kempen

Menyertai sesuatu kempen untuk melindungi alam sekitar adalah


sesuatu yang sihat dan amat digalakkan. Kempen-kempen ini dapat memberi
kesan yang mendalam terhadap peserta-pesertanya. Dalam kempen-kempen
ini, peserta-peserta akan diajar tentang pentingnya menjaga alam sekitar.
Kempen kitar semula dapat menggalakkan pengguna untuk mengitar semula
bahan yang boleh dikitar semula. Secara tidak langsung juga, peserta akan
belajar untuk berjimat-cermat.

Sahabat alam telah menjalankan pelbagai aktiviti seperti menanam


pokok-pokok bunga, membersihkan kawasan yang kotor dan sebagainya.
Penanaman pokok bunga akan mencantikkan pemandangan sesuatu kawasan.
Selain itu, ia juga dapat menapis debu yang berterbangan di udara. Tumbuhan
hijau juga adalah penting untuk mengurangkan kandungan karbon dioksida
yang boleh menyebabkan kesan rumah hijau.

Kempen cintai sungai juga banyak membantu melaui aktiviti


membersihkan kawasan sungai. Selain membersih, mereka juga menanamkan
kesedaran kepada penduduk tempatan tentang kepentingan sungai kepada
manusia amnya.

Pertandingan

Pertandingan seperti kuiz tentang pencemaran alam sekitar boleh


meningkatkan pengetahuan dan kesedaran tentang pentingnya melindungi
alam sekitar. Dengan mengadakan kuiz, peserta akan cuba memahami
apakah itu pencemaran. Dalam proses ini, mereka akan mendapat

13
JAMALUDDIN BIN ABU BAKAR
720629065019001
OUMH 3203

pengetahuan tersebut. Mereka juga mungkin akan mencari penyelesaian


kepada masalah pencemaran. Ini sudah tentu akan membawa kebaikan
kepada peserta itu dan alam sekitar.

Pertandingan melukis poster yang berkaitan pencemaran juga adalah


baik. Ia bukan sahaja memberi kesedaran kepada peserta sahaja tetapi
mesejnya juga akan sampai kepada orang ramai. Selain pertandingan yang
telah disebutkan, pertandingan menulis karangan dan sajak juga dapat
memberikan kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan menjaga
alam sekitar.

Pendedahan Media Massa

Pada hari ini media massa memainkan peranan yang penting dalam
membentuk cara pemikiran semua pengguna. Oleh itu, dengan adanya
pendedahan media massa tentang isu pencemaran, masyarakat umum akan
berhati-hati dalam menanggani masalah pencemaran. Setakat ini, media
massa yang paling banyak membuat pendedahan tentang isu pencemaran
ialah majalah dan surat khabar. Televisyen juga ada membuat pendedahan ini.
Salah satu contoh berkesan adalah kempen kitar semula yang menerangkan
warna-warna yang digunakan untuk pengasingan iaitu biru, coklat dan jingga.

Projek Riadah Alam Sekitar

Salah satu cara yang paling berkesan untuk meningkatkan kesedaran


tentang pencemaran ialah melalui Projek Riadah Alam Sekitar (PRIAS). Projek
ini telah memberi kesan yang hebat kepada diri saya. Melalui projek ini, saya
telah membuat kajian yang mendalam tentang pencemaran udara, pencemaran
air, penipisan ozon, kesan rumah hijau, sisa toksik, sisa pepejal dan kitar
semula. Saya juga menjadi lebih peka kepada isu-isu semasa dunia

14
JAMALUDDIN BIN ABU BAKAR
720629065019001
OUMH 3203

terutamanya yang berkaitan dengan pencemaran. Oleh itu, saya rasa projek ini
memang satu projek yang baik dan patut diteruskan.

Penggunaan Petrol Tanpa Plumbum

Penggunaan petrol berplumbum telah menyumbang peratusan


pencemaran udara yang tinggi. Petrol berplumbum berupaya menghasilkan
karbon monoksida yang membahayakan kualiti udara kerana mengandungi
kadar plumbum yang tinggi. Untuk mengatasi masalah ini penggunaan petrol
tanpa plumbum diperkenalkan pada 1990. Petrol tanpa plumbum dapat
mengurangkan plumbum di dalam petrol daripada 0.4 gram per liter kepada
0.15 gram per liter.

Kaedah Pelupusan Sampah

Kaedah pelupusan sampah oleh pihak-pihak tertentu hendaklah dikaji


semula supaya tidak berlaku pembakaran secara terbuka. Sesetengah pihak
berkuasa telah menggunakan sistem menimbus sisa bandaran seperti
menimbus kawasan bekas lombong. Cara ini digunakan bagi mengelakkan
pembakaran secara terbuka.

PENUTUP

Pembangunan sains dan teknologi juga perlu dilihat dari sudut negatif
yang memberi kesan buruk kepada alam sekitar. Memang penemuan baru
baik kepada pembangunan manusia tetapi, tidak semuanya memberi faedah
yang banyak malah ada sesetengahnya yang memberi kesan buruk melebihi
kebaikan yang sepatutnya. Pengkajian dan penilaian perlu seiring dengan
mengambilkira sudut kejejasan terhadap alam sekitar. Kemudahan perlu
diberikan kepada kajian yang cenderung membaikpulih alam sekitar sebagai
rangsangan.

15
JAMALUDDIN BIN ABU BAKAR
720629065019001
OUMH 3203

Inilah beberapa perkara penting dalam usaha menjaga alam sekitar.


Secara ringkas, masyarakat perlu sedar bahawa setiap perbuatan mereka akan
memberi kesan kepada alam sekitar dalam ukuran kecil atau besar. Bukanlah
umur panjang menjadi impian tetapi umur panjang dengan tahap kesihatan
yang baik yang diharapkan. Kalau hidup seribu tahun sekalipun tetapi sentiasa
berada dalam keadaan sakit yang memudaratkan dari segi rohani, aqli dan
jasmani, apalah erti kehidupan tersebut. Jawapannya terletak pada diri kita
sendiri sebagai penghuni alam ini.

Rasulullah (s.a.w.) pernah menyebut di dalam hadith yang diriwayatkan


oleh Imam Al-Hakim bahawa rebutlah lima perkara sebelum datang lima
perkara iaitu muda sebelum tua, masa sihat sebelum sakit, masa kaya sebelum
miskin, lapang sebelum sibuk, dan hidup sebelum mati. Janganlah menunggu
keadaan tidak mengizinkan baru kita mencari ikhtiar. Kaedah sedia ada
pengurusan alam sekitar tidak akan berkesan sekiranya semua pihak leka dan
tidak memahami falsafah sebenar pengurusan alam sekitar.

16
JAMALUDDIN BIN ABU BAKAR
720629065019001
OUMH 3203

17
JAMALUDDIN BIN ABU BAKAR
720629065019001
OUMH 3203

RUJUKAN

http://ahba.tripod.com/notakt06.html

http://www.geocities.com/RainForest/Canopy/3145/cara.html

http://www.edutraining.cc/pendidikan/semester2/Manusia%20dan%20alam
%20sekitar.htm

http://members.fortunecity.com/prias 98/

http://cloud.prohosting.com/zaim87/biologi bab ekosistem terancam.htm

http://agrolink.moa.my/moa1/newspaper/pengairan/ud980212.html

Kamus Dewan. (1995). Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Mohd. Hazli Hassan. (2006). Mingguan Malaysia. 28 Mei, 2006.

Yulpisman Asli. (2006). Mingguan Malaysia. 4 Jun, 2006.

18
JAMALUDDIN BIN ABU BAKAR
720629065019001
OUMH 3203

ISI KANDUNGAN

PENDAHULUAN 1

JENIS-JENIS PENCEMARAN

Pencemaran Udara 2

Pencemaran Air 2

Pencemaran Bunyi 2

Pencemaran Tanah 3

Pencemaran Cahaya atau Sinaran 3

Pencemaran Haba atau Terma 4

Pencemaran Alam Marin 4

PUNCA-PUNCA PENCEMARAN  

Kenderaan dan Janakuasa 5

Industri Perkilangan 5

Industri Pertanian 6

Pembalakan Tidak Terancang 6

Industri Perkapalan 6

Pembakaran Terbuka 7

19
JAMALUDDIN BIN ABU BAKAR
720629065019001
OUMH 3203

Kesan Rumah Hijau 7

CARA-CARA MENGATASI PENCEMARAN

Kesedaran Terhadap Tanggungjawab Sosial 8

Pendidikan Alam Sekitar 9

Penggubalan dan Penguatkuasaan Undang-Undang 9

Penggunaan Teknologi 10

Amalan Harian di Rumah 11

Kitar Semula 12

Pameran 12

Kempen 13

Pertandingan 13

Pendedahan Media Massa 14

Projek Riadah Alam Sekitar 14

Penggunaan Petrol Tanpa Plumbum 15

Kaedah Pelupusan Sampah 15

PENUTUP 15

RUJUKAN 17

20
JAMALUDDIN BIN ABU BAKAR
720629065019001
OUMH 3203

OUMH 3203
Professional Ethics

Name: Jamaluddin bin Abu Bakar


Program: BEMATH
Matric No: 720629065019001
Tel: 019-9926737
E-mail: jamaluddinab@oum.edu.my

Tutor: En. Abdul Aziz bin Abdullah


Learning Centre: PPT Kuantan

21
JAMALUDDIN BIN ABU BAKAR
720629065019001
OUMH 3203

Semester: May / 2006

22

You might also like