Misi Perdagangan dan Pemasaran Pertanian (AMIM) Misi Perdagangan dan Pemasaran Pertanian (AMIM) adalah salah satu

aktiviti yang dijalankan di bawah Program Galakan Promosi Bagi Dalam dan Luar Negara. Program ini mula dijalankan pada tahun 2004. Objektif utama misi ini adalah bagi meneroka potensi akses pasaran, menggalakkan eksport produk pertanian dan industri asas tani, mengimport peralatan pertanian seperti peralatan mesin dan jentera dan mengembangkan jalinan kerjasama dalam bidang pelaburan, pemindahan teknologi, latihan, piawaian dan akreditasi antara Malaysia dengan negara-negara luar. Antara pengisian di dalam misi ini adalah sesi business matching di antara syarikat-syarikat swasta dari Malaysia dengan pelabur-pelabur luar negara. Antara lokasi utama misi ini adalah Taiwan(tahun 2004), Amsterdam/EU (2005) dan tahun 2006 di Dubai dan Jeddah. Misi kedua yang telah dijalankan pada 19-25 Jun 2005, delegasi misi ini telah diketuai oleh Y.B. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani. Misi ini terdiri daripada beberapa komponen utama seperti business matching, seminar pelaburan dan pameran. Lawatan Y.B Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ke Research Institute For Animal Husbandary di Waiboerhoeve, Lelystaad... kelihatan lembu tenusu diberi makanan yang komponennya diadun menggunakan aplikasi komputer Penggunaan teknologi tinggi di dalam proses tanaman seperti pembesaran, sinaran pembajaan digerakkan menggunakan aplikasi komputer Lawatan ke Aalsmeer Flower Auction Mart.... keadaan di bilik auction-transaksi sedang dijalankan melalui penggunaan kombinasi compute dan produk dipamer secara fizikal Antara industri yang berkembang maju di Amsterdam selain penternakan lembu tenusu adalah industri florikultur.