You are on page 1of 26

PENGHARGAAN

Pertama sekali, saya ingin melahirkan syukur ke hadrat Allah di atas segala
petunjuk dan hidayah-Nya.
Alhamdulillah, Kerja Kursus Geografi ini telah berjaya disiapkan dengan
ilham, kurnia dan petunjuk yang telah dianugerahkan oleh-Nya.
Selain itu, ucapan terima kasih juga akan ditunjukkan kepada kedua-dua ibu
bapa yang saya hormati selama-lamanya. Mereka dengan sabar dan penuh
semangat menolong saya dalam tugasan ini. Sebagai contoh, mereka
memberi dorongan, galakan dan tunjuk ajar sepanjang saya melakukan
kerja kursus ini sehinggalah selesai.
Di samping itu, penghargaan juga diberikan kepada guru Geografi saya iaitu
Cik Syuhada. Beliau telah banyak memberi tunjuk ajar kepada saya semasa
saya melakukan kerja ini. Saya berasa amat bersyukur kerana beliau sudi
meluangkan masa dengan saya.

Page

Tambahan lagi, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
rakan-rakan saya iaitu Haikal, Julie, Aina dan Ben sudi membantu saya
semasa saya mengalami masalah dalam kerja kursus. Mereka sangat baik
hati dan saya amat menghargai akan pertolongan mereka.

PENDAHULUAN

Kawasan kajian yang telah dipilih adalah Brinchang, Cameron Highland.


Brinchang merupakan sebuah pekan yang terletak di kawasan tanah tinggi
Cameron Highland, di mana pertanian merupakan sektor utama penduduk
setempat.Keadaan cuaca yang sejuk di sekitar 12 darjah celcius dan bentuk
muka bumi yang berbukit-bukau membolehkan pelbagai jenis tanaman
hidup dengan subur di kawasan tanah tinggi tersebut. Keadaan ini juga
menjadi tarikan utama kepada sektor pelancongan di kawasan tersebut.
Antaranya, sayuran seperti kobis, sawi, tomato dan lobak merah. Terdapat
pelbagai jenis teh juga turut ditanam di kawasan Cameron Valley iaitu teh
jenis green tea, peppermint, earl grey dan banyak lagi. Kebanyakan
tanaman di sini telah dibawa dan dijual di pasar malam yang terkenal di
pekan Brinchang iaitu Pasar Kea Farm. Pasar ini menjual pelbagai tanaman
yang segar dengan harga yang amat murah.
Di samping itu, pelbagai jenis kaktus,bunga segar dan cenderamata turut
dijual. Barangan yang paling menarik perhatian pelanggan untuk membeli
adalah bantal berbentuk strawberi kerana ia merupakan cenderamata yang
unik selain payung, beg dan selipar. Harga yang ditawarkan amat
berpatutan bagi pelanggan yang ingin mencari barang untuk dijadikan
kenangan.
Tempat yang patut dilawati selain Pasar Kea Farm ialah Taman Rama-rama.

Page

bayaran RM5.00 sahaja.

Pelbagai spesies rama-rama yang cantik boleh dilihat di sini dengan harga

Page

Tempoh masa yang diambil untuk menjalankan kajian ini adalah dua
minggu. Tempoh kajian ini mengambil masa yang lama kerana saya ingin
mengambil kitaran penuh yang terjadi di sini. Saya ingin melihat
bagaimana proses penanaman di sini dijalankan. Kemajuan pelancongan,
keadaan cuaca dan cara hidup penduduk setempat turut saya kaji.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti jenis bentuk muka
bumi di Brinchang sama ada tanah pamah, tanah tinggi, pinggir laut atau
saliran.
Tanah pamah merupakan tanah yang rata dan beralun. Sebagai contoh,
Dataran Kedah-Perlis. Tanah tinggi pula terbentuk daripada gunung lipat
tua. Contohnya, Banjaran Crocker di Sabah. Fakta bagi pinggir laut adalah
ia mempunyai pelbagai ciri bentuk muka bumi pinggir pantai. Sebagai
contoh, Port Dickson merupakan pantai berpasir. Sistem saliran mempunyai
pola saliran yang menghubungkan cara cawangan sungai dan sungai
utama. Contoh pola saliran adalah pola reranting.
Jenis bentuk muka bumi ini mempengaruhi beberapa faktor iaitu jenis tanih,
saliran dan suhu.
Selain itu, tujuannya adalah untuk mengenalpasti jenis kegiatan ekonomi
utama yang dilakukan oleh penduduk di Brinchang. Kegiatan ekonomi yang
biasa terdapat di Malaysia adalah pembalakan, pertanian, perlombongan,
perikanan dan perindustrian.
Pembalakan amat penting bagi rakyat Malaysia untuk bekerja atas dasar
permintaan yang tinggi daripada ramai pihak yang menghasilkan perabot.
Perindustrian merupakan aktiviti pembuatan, penghasilan barangan untuk
perdagangan.

Page

Di samping itu, objektif lain adalah untuk mengkaji potensi pelbagai bentuk
muka bumi terhadap kegiatan penduduk di Brinchang. Bentuk muka bumi
bagi Brinchang adalah tanah tinggi.

Pertanian mengeluarkan barangan makanan. Perikanan merupakan


pekerjaan bagi penduduk yang tinggal berhampiran dengan pantai. Hasil
perlombongan yang terdapat di Malaysia adalah bijih timah, emas, arang
batu dan bijih besi.

Page

Antara potensi bagi tanah tinggi adalah pusat perlancongan kerana suhu
yang sederhana. Selain itu, potensi yang lain adalah kawasan tadahan air
seperti Banjaran Titiwangsa. Di samping itu, tanah tinggi merupakan sumber
kayu balak kerana diliputi hutan hujan tropika yang membekalkan kayukayu beharga seperti meranti dan keruing. Seterusnya, pusat jana kuasa
hidroelektrik juga potensi bagi kawasan tanah tinggi kerana ia mempunyai
banyak sungai yang megalir deras. Akhir sekali, ia sesuai dijadikan kawasan
pertanian kerana iklim yang sederhana.

KAWASAN KAJIAN
(a)

Peta Negeri

Page

Brinchang terletak di Cameron Highland, Pahang. Peta negeri di bawah


menunjukkan kedudukan Brinchang di dalam negeri Pahang.

Page

Peta Lakar Kawasan Kajian(I)

Peta Lakar Kawasan Kajian(II)

Page

Peta Topografi

(b)

Huraian Kawasan Kajian

Kawasan kajian saya adalah Brinchang, Cameron Highlands di Pahang.


Kawasan ini terkenal dengan tanaman teh, sayur-sayuran, buah-buahan dan
banyak lagi. Kawasan ini juga terletak di tengah-tengah kawasan yang
begitu pesat dengan pembangunan.
i)

Jaringan Lebuhraya

Terdapat dua laluan ke Brinchang di mana kedua-dua laluan tersebut adalah


dari Lebuhraya Utara-Selatan iaitu kira-kira 65km dari laluan keluar Tapah
atau 70km dari laluan keluar Simpang Pulai. Hanya pengangkutan darat
sahaja yang menghubungkan Brinchang ke kawasan jalan tanah rendah. Ini
adalah disebabkan oleh bentuk muka buminya yang berbukit bukau.
Selain jaringan lebuhraya tersebut, kedudukan Brinchang yang terletak
dalam Cameron Highlands membolehkan Brinchang menjadi terkenal.
Cameron Highlands merupakan salah satu tempat perlancongan yang
terkenal di Malaysia.

ii)

Bentuk muka bumi

Ketinggian Brinchang dari aras laut adalah 1600 meter dengan purata suhu
tahunan 18 darjah celcius. Bentuk muka bumi yang berbukit bukau di
samping cuaca yang sederhana membolehkan penduduk menjalankan
aktiviti pertanian, perhutanan dan pelancongan. seperti sayur-sayuran,
buah-buahan, pelbagai jenis teh, kaktus, bunga-bunga yang segar dan
sebagainya

Kawasan Brinchang telah dihuni oleh rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
Majoritinya adalah kaum Melayu diikuti Cina dan India dan lain-lain bangsa.
Kepelbagaian bangsa dan budaya menjadikan pekan Brinchang meriah
dengan aktiviti penduduk setempat yang berbeza.

Budaya

Page

iii)

iv)

Pendidikan

Terdapat tadika, sekolah kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan


di Brinchang.

v)

Kemudahan

Terdapat pembangunan, perkhidmatan kesihatan, stesen minyak, bank dan


bekalan elektrik di Brinchang. Ini memudahkan pelancong untuk
mendapatkan keperluan asas apabila melancong di sana.

vi)

Jarak Dari Bandar Terdekat

Page

10

Bandar terdekat dengan Brinchang ialah Tanah Rata. Pekan Tanah Rata
lebih besar berbanding Brinchang. Tanah Rata menyediakan pusat rekreasi
untuk para pelancong yang berminat untuk meneroka alam semula jadi
seperti Alam Rimba di Jalan Besar, Tanah Rata. Terdapat juga lot-lot kedai
yang menjual cenderamata, buah-buahan dan sebagainya untuk dibawa
pulang. Tanah Rata juga menyediakan pelbagai kemudahan bagi para
pelancong.

KAEDAH KAJIAN
(a) Kaedah pemerhatian
Kaedah ini penting untuk melihat apa yang ada di kawasan kajian seperti
jenis bentuk muka bumi, kegiatan ekonomi utama yang dilakukan oleh
penduduk, potensi pelbagai bentuk muka bumi dan lain-lain yang berkaitan
dengan kajian. Semua yang dilihat dicatatkan dalam buku catatan.
Pemerhatian dibuat dengan cara membuat tinjauan dan penglihatan
kawasan kajian. Pemerhatian dibuat terhadap jenis bentuk muka bumi yang
terdapat di Brinchang.
(b)
Kaedah temubual
Temu bual dibuat dengan cara bertanya atau mengemukakan soalan,
meminta pandangan atau pendapat daripada orang tertentu. Ini dilakukan
secara langsung mahupun tidak langsung apabila bertemu dengan
seseorang. Temu bual sering dilakukan di tempat yang menarik perhatian
seperti kedai cenderamata. Biasanya temu bual dilakukan terhadap orang
ramai.
(c) Kaedah soalselidik
Soal selidik dibuat dengan bertanyakan soalan dan meminta pandangan
daripada orang ramai. Selain itu, soalselidik juga dibuat dengan menyelidik
kawasan kajian.

Page

(e) Internet
Internet adalah cara untuk mendapatkan maklumat selain rujukan
perpustakaan. Pencarian untuk mencari maklumat boleh dicari di Google,
Yahoo dan Bing. Ia merupakan kaedah yang paling sesuai dan praktikal.

11

(d) Rujukan perpustakaan/ peta


Kaedah Rujukan ialah cara untuk mendapatkan maklumat yang terdapat
dalam peta dan perpustakaaan. Kaedah ini dilakukan di perpustakaan yang
berhampiran. Antara bahan rujukan adalah peta topografi, buku rujukan ,
buku teks dan akhbar.

DAPATAN KAJIAN
1) Jadual data
1.1 Jantina

1.2 Umur

Page

12

1.3 Bangsa

1.4 Pekerjaan

1.5 Tujuan Utama

Page

13

1.6 Sumber Rujukan

1.7 Tempat Menarik

Page

14

1.8 Kekerapan Datang

2) Grafik Data
2.1 Jantina

Page

15

2.2 Umur

2.3 Bangsa

Page

16

2.4 Pekerjaan

2.5 Tujuan Utama

Page

17

2.6 Sumber Rujukan

2.7 Tempat-Tempat Menarik

Page

18

2.8 Kekerapan Datang

3.0

Huraian Mengenai Kegiatan Ekonomi Penduduk di kawasan kajian.

Di kawasan tanah tinggi, terdapat beberapa kegiatan ekonomi yang berlaku


di tanah tinggi iaitu Brinchang, Cameron Highland. Kegiatan yang utama di
Brinchang ialah pertanian. Kebanyakan hasil pertanian di sini ialah tanaman
hawa sederhana. Sebagai contoh, tanaman teh. Kegiatan di sini banyak
terdapat di Brinchang kerana suhu yang rendah memudahkan tanaman
hidup dengan subur. Penduduk di Cameron Highland amat bergantung
kepada pertanian. Selain daripada mengutip tanaman teh, terdapat juga
ladang strawberi di Brinchang. Tanah Tinggi Cameron menghasilkan kirakira 75% daripada jumlah pengeluaran teh di Malaysia.
Selain
daripada
kegiatan
pertanian,
terdapat
juga
kegiatan
perlancongan.Kebanyakan pelancong amat menyukai tanah tinggi Cameron
Highland kerana suhu yang rendah iaitu kira-kira 17 darjah celcius. Di
tempat-tempat tersebut, terdapat hotel, kemudahan rekreasi dan padang
golf.Terdapat beberapa pusat perlancongan yang terdapat di sini seperti
taman rama- rama, ladang strawberi dan ladang teh. Selain daripada itu,
mereka boleh pergi melihat pokok kaktus dan bunga bunga yang segar.
Pada waktu malam, mereka boleh pergi ke Pasar Malam Brinchang. Di
sana, terdapat banyak barangan cenderahati yang boleh dibawa pulang.
Antaranya ialah rantai kunci, dompet dan bantal. Terdapat juga makanan
yang dijual di sana seperti marshmallow, madu dan banyak lagi.

Page

19

Di samping itu, kegiatan ekonomi yang terdapat di Cameron Highland ialah


kegiatan perniagaan.contoh tempat berniaga ialah Pasar Malam Brinchang.
Ramai penduduk suka berniaga barang seperti makanan, pakaian,
permainan dan barang-barang lain. Mereka menjualnya dengan harga yang
berpatutan dan ia menarik perhatian pelanggan untuk membeli. Sikap
mereka yang mesra dan ramah juga adalah faktor ramai pelanggan datang
ke kedai mereka. Barangan di sana juga berkualiti dan tahan lama.

Seterusnya ialah kegiatan perkhidmatan. Penduduk di sini juga berkhidmat


untuk pelancong seperti pemandu pelancong. Mereka membawa pelancong
sekitar tanah tinggi Cameron Highland dan memberitahu tentang
keistimewaan tentang tanah tinggi tersebut. Selain pemandu pelancong,
terdapat juga beberapa kegiatan perkhidmatan seperti doktor, cikgu dan
banyak lagi perkhidmatan yang di Cameron Highland. Kegiatan
perkhidmatan ini banyak meningkatkan ekonomi penduduk di sini.
Kemajuan ekonomi yang pesat di kawasan tanah tinggi telah menarik
perhatian ramai penduduk bertumpu di sini. Ini telah membawa kepada
perkembangan hidup penduduk. Semakin ramai penduduk memerlukan
banyak pengangkutan. Di sini pengangkutan yang ada ialah pengangkutan
darat. Contoh pengangkutan ialah kereta, lori, motorsikal dan banyak lagi. Di
Cameron Highland terdapat juga jaringan pengankutan yang
menghubungkan Cameron Highland dengan lebuh raya.

Page

20

Faktor bentuk muka bumi yang berbukit-bukau mempengaruhi kegiatan


ekonomi penduduk di sini. Bentuk muka bumi yang tinggi menggalakkan
peduduk di sini menanam tanaman hawa sederhana seperti strawberi dan
anggur kerana suhunya yang serendah 17 darjah celcius. Buah-buahan,
sayur-sayuran dan bunga-bungaan turut ditanam di sini. Kebanyakan hasil
tanaman di sini dieksport ke negeri-negeri lain untuk dijual. Hanya tanah
tinggi seperti Cameron Highland yang boleh menghasilkan tanaman hawa
sederhana yang segar dan murah. Hasil eksport hasil tanaman ini
menambahkan lagi pendapatan negara.

RUMUSAN

Di kawasan kajian ini, saya menyedari betapa bertuahnya penduduk di


Brinchang kerana mereka mempunyai kawasan yang amat sesuai seperti
pelancongan dan pertanian. Mereka sepatutnya bersyukur akan nikmat yang
diberi oleh Tuhan kerana tempat adalah salah satu kegiatan ekonomi
terpenting di Malaysia.
Jadi, kita tidak harus merosakkan tempat ini dengan sesuka hati seperti
pembalakan haram dan penerokaan tanah yang tidak terkawal. Kejadian ini
akan membawa banyak bencana alam dan merugikan negara.

Page

21

Oleh itu,masyarakat kita haruslah prihatin akan kebersihan dan keselamatan


tempat ini supaya generasi yang akan datang dapat menggunakan tempat
ini lagi.

LAMPIRAN (borang temubual)


SURVEY AKTIVITI : AKTIVITI PELANCONGAN DI CAMERON HIGHLAND
IDENTITI RESPONDEN
NAMA:
1 Jantina
2 Umur (Tahun)
3 Bangsa
4 Pekerjaan
5 Tujuan Utama

Lelaki
20-29
30-39
Melayu
India
Awam
Pelajar
Melancong
Mengikut
keluarga

Perempuan
40-50
Lebih 50
Cina
Lain-lain
Swasta
Sendiri
Membelibelah
Lain-lain

Dari mana anda mengetahui mengenai Cameron Highland?

a.
b.
c.
d.
2.

Akhbar
Internet
Media masa
Keluarga / Rakan
Apakah tempat paling menarik di Cameron Highland bagi anda?

a.
b.
c.
d.

Ladang Teh Cameron Valley


Pasar Malam Brinchang
Ladang Strawberi Brinchang
Taman Rama-Rama

Page

1.

22

Sila bulatkan jawapan yang paling sesuai.

3.

Berapa kali kekerapan anda pergi ke Cameron Highland?

a.
b.
c.
d.

1-3 kali
4-6 kali
Lebih 6 kali
Tidak pernah

Page

23

4.
Apakah cadangan anda untuk menambah perhatian pelancong di
Cameron Highland?

Page

24

Gambar-Gambar

Keratan Akhbar

Page

25

Di Gunung Brinchang

RUJUKAN
Buku
Chong Yong Choi, 2012. Geografi Tingkatan 1. P.Jaya: Media Network Sdn
Bhd
Edison Chen 2012. Peta Dunia KBSM. K. Lumpur: Fajar Bakti
Internet
Google Search: en.wikipedia.org/wiki/ Cameron_Highlands
Climate Data . org. Retrieved 2013-11-02
Orang Sumber

Page

26

Cik Dalilah Najwa, Setiausaha Brinchang