You are on page 1of 32

PENGENALAN

Sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai bangsa dan


budaya, Malaysia merupakan negara yang mempunyai pelbagai
seni budaya dan kesan tinggalan sejarah yang menarik minat
pelancong datang ke Malaysia. Kepelbagaian adat resam yang
terhasil

daripada

penduduk

bangsa

dan

etnik

menghasilkan

pelbagai produk budaya tradisional yang pelbagai. Kepelbagaian


kaum di Malaysia mencorakkan kepelbagaian dari aspek pakaian
tradisional, makanan tradisi, seni muzik, perayaan, permainan dan
lain-lain (Abdul Latif Abu Bakar, 2011).

Walau bagaimanapun sehingga kini, budaya dan warisan


tradisional bangsa-bangsa di Malaysia masih mampu dipertahankan
kerana faktor agama dan budaya masyarakat itu sendiri. Selain itu
ia amat penting bagi sektor pelancongan. Bangsa-bangsa di
Malaysia berbangga dengan adat budaya mereka sendiri dan
berharap

ia

terus

dipertahankan.

Tamadun

sesuatu

bangsa

selalunya dapat dilihat pada warisan seni budayanya. Warisan


budaya ini harus dikekalkan kerana mempunyai identiti tersendiri.
Budaya tradisional mencakupi amalan dan cara hidup pelbagai
kaum di negara kita (Abdul Latif Abu Bakar, 2011).

Hal ini termasuklah pakaian, makanan, adat resam, seni,


permainan dan sebagainya. Tetapi kini, warisan budaya tradisional
negara kita semakin lenyap ditelan arus pemodenan. Amalan
budaya tradisional kita melambangkan sifat majmuk masyarakat
kita. Misalnya, keunikan permainan tradisional dari pelbagai kaum
yang merangkumi pelbagai bentuk permainan yang beraneka dan
kepelbagaian. Budaya dan warisan adalah merupakan salah satu
aset negara yang penting dan melambangkan kepada identiti
sesebuah negara (Abdul Latif Abu Bakar, 2011).

Budaya tradisional kita juga menunjukkan budi pekerti


masyarakat Malaysia. Budaya tradisional juga dapat memupuk
perpaduan negara. Budaya perlu dikekalkan demi kesinambungan
tamadun kita. Melalui budaya tradisional, kita mengetahui asal usul
kita. Dengan ini, kita tidak akan lupa daratan. Sebaliknya, kita akan
sedar tentang kesulitan hidup nenek moyang kita. Dari sini kita
akan mendapat iktibar. Dengan ini, rakyat kita tidak dihanyutkan
oleh budaya Barat. Jadi generasi muda harus mengenali asal usul
sendiri. Untuk mengembangkan budaya tradisional, rakyat mesti
didedahkan kepada kekayaan warisan budaya negara. Oleh itu,
untuk menjaga warisan budaya agar tidak ketinggalan zaman
langkah pemuliharaan haruslah dilaksanakan oleh kita sebagai
generasi muda yang ingin menjadikan warisan sebagai satu agenda
2

tradisi yang tidak dilupakan oleh masyarakat kini (Noriati A. Rashid,


2011).

PENGERTIAN BUDAYA
Perkataan

budaya

dalam

bahasa

Melayu

berasal

daripada

perkataan Buddi atau Budayyah dalam bahasa Sanskrit yang bererti


budi dan akal. Sementara itu, kebudayaan atau Culture dalam
bahasa Inggeris berasal daripada perkataan Culure dalam bahasa
Yunani yang bererti mengerjakan tanah. Sesetengah pendapat
mengatakan bahawa dengan mengerjakan tanah, manusia mulai
hidup sebagai pengeluar makanan (food gathering). Oleh yang
demikian, daripada bajak inilah dikatakan wujudnya artifak yang
manusia adalah berbudaya (Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri,
2011).

Definisi yang paling tepat dan kebanyakan definisi budaya yang


dikemukakan selepas itu ialah modifikasi daripada definisi yang
dikemukan adalah sesuatu keseluruhan yang kompleks yang
meliputi pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral, undangundang, adat resam dan kebiasaan yang diperoleh manusia sebagai
anggota masyarakat. Kebudayaan ialah keseluruhan pengertian,

nilai,

norma,

ilmu

kemasyarakatan,

pengetahuan

keagamaan

selain

serta

struktur-struktur

penghasilan

seni

dan

intelektual yang membentuk ciri-ciri khas sesebuah masyarakat.


Daripada kesemua pengertian ini, kebudayaan bolehlah disimpulkan
sebagai keseluruhan cara hidup manusia termasuk hasil ciptaan
dan pemikiran yang sesuai dengan kehendak rohani dan jasmani
yang menjadi amalan untuk kesejahteraan hidup sesuatu kelompok
masyarakat (Wendy Griswold, 1995).

Kandungan sesuatu kebudayaan itu merangkumi pelbagai unsur


yang semuanya dapat digolongkan kepada dua bahagian iaitu
budaya kebendaan yang merangkumi seluruh hasil ciptaan manusia
seperti rumah, bangunan, perabot, alat perhubungan, pakaian,
senjata,

pinggan

mangkuk,

dan

pelbagai

alat

buatan

dan

pertukangan manusia. Contohnya, orang Melayu mempunyai rumah


yang berbeza dengan orang Inggeris atau orang Eskimo (Suhanim
Abdullah, 2012).

Kebudayaan bukan kebendaan pula termasuklah seluruh


kepercayaan,

dongeng,

adat

istiadat,

perhubungan,

struktur

sosial,

bahasa,

peraturan,

sistem

politik,ekonomi,

idea,

ideologi,

alat

undang-undang

dan

falsafah,

dan

sebagainya.
4

Sebagai contoh, tabu untuk berkahwin dengan saudara perempuan


sendiri adalah sebahagian daripada budaya bukan kebendaan.
Budaya itu dapat dilihat dari aspek perlakuan dan hasil perlakuan
anggota-anggota masyarakat. Perlakuan manusia didorongkan oleh
berbagai-bagai aspek lain, seperti norma, nilai, peraturan, adat
resam, kepercayaan, undang-undang dan sebagainya. Perlakuan ini
adalah

hasil

dari

berbagai-bagai

proses

dan

ini

juga

yang

melahirkan berbagai peralatan budaya (Ismail Yusoff, 2012).

PENGERTIAN WARISAN
Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan pelbagai
warisan budaya yang menggambarkan pola kehidupan masyarakat
pelbagai kaum. Keunikan seni budaya di Malaysia seperti makyong,
tarian singa, tarian kathak, tarian bhangra, wayang kulit, batik serta
songket perlu dipertahan dan diperkukuh sebagai warisan kepada
generasi muda. Menurut Jabatan Warisan Negara, warisan ialah
sesuatu yang diterima secara turun temurun daripada satu generasi
ke satu generasi. Sesuatu warisan itu perlu diwarisi dan dikekalkan
kerana warisan tersebut menggambarkan cara hidup dan jati diri
sesuatu bangsa yang pelbagai kaum. Oleh itu, warisan budaya
haruslah dikekalkan agar menjadi satu pengekalan budaya secara

tradisi

(http://www.heritage.gov.my/index.php/ms/kenali-

kami/sejarah-penubuhan).

Namun begitu, pendefinisian yang telah digariskan oleh Jabatan


Kebudayaan dan Kesenian Negara sudah cukup untuk menjelaskan
betapa agungnya warisan kebudayaan yang terdapat dalam ruang
lingkup masyarakat di negara ini. Warisan ditafsirkan sebagai
sesuatu yang diwarisi daripada generasi yang terdahulu. Warisan
merupakan khazanah negara yang pernah dan sedang dimiliki oleh
seseorang atau sesuatu kelompok masyarakat dan manusia sejagat
yang

menjadi

tanggungjawab

dikekalkan. Oleh itu,

bersama

untuk

dilindungi

dan

warisan budaya harus dikekalkan bagi

mengekalkan keasliannya (http://www.jkkn.gov.my/ms/sejarah).

Warisan adalah elemen yang erat kaitannya dengan sejarah , di


mana ada warisan di situ ada nilai sejarah di dalamnya. Warisan
juga boleh dikategorikan sebagai sesuatu yang diwarisi secara
turun-temurun. Menurut kamus dewan, warisan boleh bermaksud
dengan harta peninggalan, harta pusaka, sesuatu yang diwarisi,
sesuatu yang turun-temurun atau peninggalan. Warisan juga adalah
sesuatu yang diturunkan dari satu generasi ke generasi yang lain.
Manakala

menurut

UNESCO

pula

yang

bermaksud

warisan
6

kebudayaan yang merangkumi kedua-dua warisan budaya yang


kelihatan dan yang tidak kelihatan. Jelaslah, warisan menunjukkan
maksud yang berbeza yang boleh memberi kefahaman dan
penghayatan

kepada

masyarakat

(http://www.heritage.gov.my/index.php/warisan-tidakketara/pengenalan).

PENGERTIAN PEMULIHARAAN BUDAYA DAN WARISAN


Pemuliharaan bermaksud usaha memulihkan dan memelihara
sumber alam semulajadi dengan bijak dan sistematik supaya dapat
dinikmati oleh generasi akan datang. Pemuliharaan merupakan satu
proses menjaga dan mengawasi sesebuah warisan bersejarah dari
dimusnahkan atau dibaikpulih tanpa perancangan dan pengurusan
yang sistematik. Pemuliharaan melibatkan kerjakerja yang cuba
mengekalkan keadaan asal sesebuah warisan bersejarah seperti
mana yang asal dan dapat mengekalkan kepentingan kebudayaan
(Syed Zainol Abidin Idid, 1995).

Konsep pemuliharaan warisan yang diterima dan dipraktik oleh


sejagat ialah Keaslian dalam Pemuliharaan Warisan. Keaslian
boleh dianggap sebagai satu aspek estetik manakala proses untuk
mengembalikannya adalah perkara etika. Oleh yang demikian,
7

dalam pemuliharaan kecantikan bukan menjadi ukuran tetapi


bagaimana mengembalikan warisan seperti yang asal. Proses
menjaga

termasuklah

pemuliharaan,

pembaikan,

pembinaan

semula dan penyesuaian dan biasanya lebih daripada salah satu


kombinasi diperlukan. Tujuan utama pemuliharaan ialah untuk
menjaga kepentingan budaya dengan pengekalan fabrik melalui
kaedah

pemuliharaan

yang

betul

dikurangkan dan kualiti terjaga. Oleh

supaya

kerosakan

dapat

itu, pemuliharaan warisan

haruslah dikekalkan supaya generasi yang akan datang dapat


mengetahui dan melihat sendiri warisan budaya yang ada di
Malaysia

(http://www.heritage.gov.my/index.php/ms/kenali-

kami/sejarah-penubuhan).

PEMULIHARAAN WARISAN BUDAYA DI MALAYSIA


Pemuliharaan

bangunan bersejarah di Malaysia adalah di bawah

tanggungjawab Jabatan Warisan Negara (JWN). Pembangunan dan


perkembangan

pemuliharaan

bangunan warisan berada

pada

kepentingan negara apabila Akta Warisan Kebangssaan 2005 (Akta


645) diluluskan di Parlimen. Akta ini telah diwartakan pada 31
Disember 2005 dan berkuatkuasa pada tarikh 1 Mac 2006. Dengan
adanya Akta 645 ini maka Akta Benda Purba 1976 (Akta 168) dan
Akta Harta Karun 1957 (Akta 542) telah dimansuhkan. Akta Warisan
8

Kebangsaan 2005 mengadakan peruntukan bagi pemuliharaan dan


pemeliharaan Warisan Kebangsaan, warisan semulajadi, warisan
kebudayaan ketara dan tidak ketara, warisan kebudayaan bawah air
dan perkaraperkara lain yang berkaitan. Pada 1 Mac 2006 juga Jabatan Warisan
Negara telah ditubuhkan. Penubuhan dan penstrukturan fungsi dan
tugas di bawah Jabatan Warisan Negara telah meningkatkan lagi
pembangunan bidang pemuliharaan warisan di Malaysia (Syed
Zainol Abidin Idid, 1995).

Bangunan Bersejarah
Sebagaimana yang kita semua maklum, Malaysia merupakan
sebuah negara yang sedang pesat membangun. Namun begitu,
dicelah-celah arus pembangunan yang pesat ini terdapatnya
bangunan-bangunan yang penuh dengan kesan sejarah yang
menarik disamping mempunyai reka bentuk seni bina yang unik
seperti bangunan pentadbiran kerajaan, stesen keretapi, sekolah,
masjid, istana dan lain-lain lagi. Bangunan-bangunan bersejarah ini
perlu dipulihara dengan sebaik mungkin daripada pupus ditelan
arus pembangunan. Ia merupakan satu bidang yang melibatkan
kerja pemuliharaan, pengekalan, dan penjagaan ke atas bangunan
bersejarah

dilakukan

berkenaan. Selain

bagi

memanjangkan

usia

bangunan

itu, ia bertujuan untuk memastikan bangunan


9

bersejarah yang dipulihara bebas daripada sebarang masalah


kerosakan bangunan dan terpulihara dari segi reka bentuk seni bina
dan bahan binaannya (Syed Zainol Abidin Idid, 1995).

Sebahagian besar daripada bangunan bersejarah ini tidak


dipulihara dengan baik dan kebanyakan daripadanya berada dalam
keadaan yang buruk disebabkan oleh faktor kerosakan bangunan.
Lebih malang lagi ada di antara bangunan bersejarah ini sedang
diancam kemusnahan kerana diabaikan oleh pemilik asal dan
dirobohkan

atas

desakan

pembangunan

serta

kurangnya

keprihatinan masyarakat dalam usaha untuk memulihara bangunan


bersejarah. Namun begitu, dengan pengiktirafan dan penyenaraian
Bandaraya Melaka dan Georgetown sebagai Tapak Warisan Dunia
oleh UNESCO yang juga dikenali sebagai The Historic Cities of The
Straits of Malacca di bawah kategori Tapak Warisan Budaya pada
7hb Julai 2008, telah sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada
masyarakat

umum

di

Malaysia

tentang

kepentingan

untuk

memulihara dan menghargai warisan yang terdapat di negara ini


terutama

sekali

bangunan

bersejarah

(http://www.heritage.gov.my/sejarah-penubuhan).

10

Secara umumnya kesedaran terhadap kepentingan untuk


memulihara

bangunan

bersejarah

adalah

merupakan

satu

tanggungjawab yang harus dipikul oleh setiap individu dalam


masyarakat dan bukannya dibebankan ke atas pihak kerajaan
semata-mata. Bangunan bersejarah yang terdapat pada sesebuah
negara wajar dipulihara kerana ia memiliki nilai emosi, budaya dan
kegunaan yang tidak ternilai harganya. Tanpa usaha pemuliharaan
yang berterusan, dikhuatiri bangunan bersejarah ini akan terus
lenyap ditelan zaman. Antara contoh bangunan bersejarah yang
terdapat di Malaysia yang wajar dipulihara adalah seperti Bangunan
Stadthuys di Bandar Hilir di Melaka, Balai Besar di Alor Setar, Kedah
dan Muzium Sejarah Nasional di Kuala Lumpur Wilayah Persekutuan
(Syed Zainol Abidin Idid, 1995).

Prinsip Asas Pemuliharaan Bangunan Bersejarah


Kejayaan dalam setiap kerja pemuliharaan bangunan bersejarah
menurut

pendapat

adalah

berdasarkan

kepada

prinsip

asas

pemuliharaan itu sendiri jika ianya dipatuhi. Sehubungan dengan


itu, bagi memastikan kerja pemuliharan bangunan bersejarah
dijalankan dengan teknik dan kaedah pemuliharaan yang betul,
maka pemahaman terhadap prinsip asas pemuliharaan adalah amat

11

penting serta perlu diketahui dan dipatuhi seterusnya perlu


diamalkan (Syed Zainol Abidin Idid, 1995).

Prinsip yang perlu dilakukan adalah meminimumkan gangguan


seperti

membaik

pulih

hanya

struktur

dan fabrik

bangunan

bersejarah yang rosak sahaja manakala yang masih elok perlulah


dikekalkan keasliannya. Sesuatu bangunan seharusnya kekal pada
tempat asalnya. Mana-mana perubahan struktur bangunan baru
hanya dibenarkan sekiranya itu merupakan satu-satunya cara untuk
menyelamatkan struktur berkenaan. Oleh itu, bangunan yang ingin
diubahsuai haruslah mempunyai kriteria yang telah ditetapkan
(Syed Zainol Abidin Idid, 1995).

Prinsip am pemuliharaan bangunan juga adalah dengan


menjalankan kajian saintifik dan ujian makmal bagi mengenalpasti
kandungan dan sifat bahan binaan serta tahap kerosakannya.
Keputusan kajian saintifik dan ujian makmal dapat dijadikan bukti
sokongan dalam membuat sebarang keputusan terhadap kerja
pemuliharaan yang akan dilakukan kelak. Dengan melakukan ujian
tersebut, bangunan yang ingin dipulihara akan selamat dan kekal
dengan konsep asal bangunan tersebut (Syed Zainol Abidin Idid,
1995).
12

Prinsip mendokumentasikan kerja pemuliharaan yang menjadi


amalan penting kerana ia dapat digunakan sebagai bahan rujukan
terhadap kerja penyelenggaraan bangunan bersejarah pada masa
akan datang. Prinsip ini memudahkan proses mendokumentasikan
maklumat sebelum membuat pemuliharaan terhadap bangunan
tersebut. Oleh itu, jika berlaku keretakan pada bangunan tersebut
ini akan memudahkan bagi pengkaji menilai kembali struktur asal
yang digunakan dan memudahkan membuat rujukan terhadap
proses penyelengaraan bangunan tersebut (Syed Zainol Abidin Idid,
1995).

Prinsip mengaplikasikan kaedah pemuliharaan yang terbukti


berkesan bagi memastikan setiap pendekatan pemuliharaan yang
digunakan semasa kerja pemuliharaan tidak akan mendatangkan
sebarang masalah kepada bangunan bersejarah yang dipulihara.
Segala corak penyusunan bangunan seperti saiz, bentuk, corak
binaan, bahan warna dan perhiasan mempunyai peranan dan
memberi kesan imej atau identiti sesuatu bangunan tidak terjejas
(Syed Zainol Abidin Idid, 1995).

13

Kepentingan Pemuliharaan Bangunan Bersejarah


Seperti

yang

kita

sedia

maklum,

Malaysia

wujud

daripada

ketamadunan silam iaitu Kesultanan Melayu Melaka dan kerajaan


awal, seperti Kerajaan Langkasuka, Kerajaan Kedah Tua. Sementara
itu, beberapa kerajaan lain di Pantai Timur Semenanjung. Malaysia
pernah

dijajah

selama

446

tahun

dan

akhirnya

mencapai

kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Sejarah penubuhan kerajaan ini


pastinya banyak meninggalkan bangunan bersejarah sama ada
yang

bercirikan

tempatan

mahupun

Eropah.

Sejak

UNESCO

mengiktiraf bandar Melaka dan Georgetown sebagai bandar warisan


bersejarah atau tapak warisan dan ketamadunan dunia, barulah
timbul

kesedaran

tentang

kepentingan

bangunan-bangunan

bersejarah (Syed Zainol Abidin Idid, 1995).

Bangunan bersejarah memberi banyak manfaat dari sudut


pelancongan. Hal ini demikian kerana bangunan bersejarah dapat
menarik pelancong sama ada pelancong tempatan mahupun
pelancong dari luar negara untuk melawat negara kita. Kita sedia
maklum bahawa bangunan ini juga menjadi salah satu faktor
dominan pelancong bercuti di negara kita selain menyaksikan
kehebatan bangunan yang moden seperti Menara Berkembar
Petronas. Kehalusan seni bina dan keunikan reka bentuk bangunan
14

tersebut mampu menjadi tarikan para pelancong untuk berkunjung


ke tempat tersebut.

Sebagai contoh, bangunan Sultan Abdul

Samad di Kuala Lumpur mempunyai unsur seni yang tiada tolok


bandingnya.

Di samping itu, pelancong juga dapat melawat

bangunan bersejarah dan menyaksikan monumen-monumen yang


terdapat di

lokasi yang dikunjungi di samping menyaksikan

keindahan alam semula jadi dan artifak-artifak di dalam muzium


dan galeri seni lukis.

Sebagai contohnya, bangunan lama

hendaklah diubah suai untuk dijadikan muzium, galeri seni lukis dan
pusat pelancongan (Syed Zainol Abidin Idid, 1995).

Bangunan bersejarah lama dapat memberikan teladan dan


iktibar kepada masyarakat terutamanya golongan remaja.

Kita

sedia maklum bahawa remaja pada hari ini kurang mempunyai


kesedaran diri terutamanya berkaitan dengan sejarah Malaysia.
Dengan adanya bangunan bersejarah di negara kita. Sekurangkurangnya mereka dapat menjadikannya sebagai panduan hidup
mereka.

Sebagai contohn, Kota A Famosa di Melaka yang

merupakan sebuah kubu pertahanan yang kukuh telah dibina oleh


Portugis setelah mereka berjaya menakluki Melaka dapat dijadikan
iktibar. Jika kita menghayati sejarah, di sebalik bangunan tersebut
serta mengambil pengajaran daripada peristiwa yang berlaku maka

15

kita dapat terus mara tanpa mengulangi kesilapan yang dilakukan


oleh masyarakat terdahulu (Syed Zainol Abidin Idid, 1995).

Salah satu kepentingan bangunan bersejarah

ialah dapat

dijadikan sebagai bukti kukuh tentang peristiwa sejarah yang telah


berlaku kepada generasi akan datang. Kita sedia maklum bahawa
bangunan bersejarah bermaksud bangunan yang dibina untuk
memperingati seseorang tokoh yang telah berjasa atau peristiwa
penting yang pernah berlaku. Walaupun Malaysia telah mencapai
kemerdekaan

selama

lebih

daripada

50

tahun,

kesan

yang

ditinggalkan oleh penjajah kolonial seperti British, Belanda, dan


Portugis masih dapat dilihat dan perlu dijaga serta dilestarikan. Di
samping itu, bangunan bersejarah amat penting untuk generasi kini
dan juga generasi yang akan datang kerana dengan kewujudan
bangunan bersejarah kita dapat membuktikan bahawa sejarah
Malaysia yang telah dibukukan oleh penulis-penulis yang terkenal
merupakan sesuatu yang realistik dan bukanlah cerita-cerita
dongeng, mitos atau legenda semata-mata. Sebagai contoh, zaman
kegemilangan bandar pelabuhan Melaka pada abad ke-15 dan abad
ke-16 dapat dirasai dengan wujudnya Pintu Gerbang Porta de
Santiago, Gereja Christ, Bangunan Stadhuys dan Gereja St. Paul.
Selain itu, Kota Cornwallis, Masjid Kling, Gereja St. Georgetown
Pulau Pinang dapat mengimbas kembali detik-detik sejarah negara
16

yang pernah dijajah pada suatu masa dahulu dan juga dapat
membuktikan berlakunya penjajahan awal pemerintahan British di
Semenanjung Tanah Melayu pada akhir abad ke-18 (Syed Zainol
Abidin Idid, 1995).

Bangunan bersejarah lama juga turut memainkan peranan yang


penting dalam pendidikan di negara kita khususnya kepada para
pelajar dan penyelidik.

Kita sedia maklum bahawa pelbagai ilmu

akan dapat dipelajari dengan memahami dan mengkaji bangunan


dan

monumen

lama.

Sebagai

contoh,

dengan

terdapatnya

bangunan dan pancutan Air Horse di sekitar Dataran Merdeka dan


Masjid Jamek di pertemuan Sungai Gombak dan Klang di Kuala
Lumpur, seseorang dapat mengetahui bukan sahaja kepentingan
Kuala Lumpur dalam era kolonial British tetapi juga kehidupan dan
kebudayaan masyarakat penjajah dan tempatan pada ketika itu.
Bangunan Kelab Diraja Selangor dan Dataran Merdeka telah dibina
bagi kemudahan sosial dan rekreasi khasnya kepada rakyat British
dan Eropah yang berkhidmat di Tanah Melayu pada akhir abad ke19 (Syed Zainol Abidin Idid, 1995).

Pemuliharaan bangunan bersejarah juga dapat mengekalkan


keaslian seni bina sesuatu bangunan. Sebagai contoh, Masjid
17

Ubudiah yang terletak di Kuala Kangsar yang telah dirasmikan


pembukaannya oleh Sultan Jalil Karamatullah Shah pada tahun
1917 masih kekal bentuknya seperti asal. Masjid berbentuk oktagon
ini dipulihara dengan mengekalkan keaslian seni binanya supaya
tidak lapuk dek hujan tidak lekang dek panas. Menurut sejarah
pembinaanya,

batu

marmar

yang

digunakan

sebagai

bahan

binannya telah diimport dari Itali (Syed Zainol Abidin Idid, 1995).

Permainan Tradisional
Kini warisan budaya tradisional menghadapi ancaman kepupusan.
Budaya tradisional mencakupi amalan dan cara hidup pelbagai
kaum di negara kita. Hal ini termasuklah pakaian, makanan, adat
resam, seni, dan sebagainya. Tamadun sesuatu bangsa selalunya
dapat dilihat pada warisan seni budayanya. Warisan budaya ini
harus dikekalkan kerana mempunyai identiti tersendiri. Budaya
melambangkan

identiti

sesebuah

negara.

Amalan

budaya

tradisional kita melambangkan sifat majmuk masyarakat kita.


Misalnya, permainan tradisional pelbagai kaum yang unik dan
beraneka ragam. Budaya tradisional kita juga menunjukkan budi
pekerti masyarakat Malaysia (Wazir Jahan Karim, 1990).

18

Masyarakat berbilang kaum di Malaysia mempunyai pelbagai


jenis kebudayaan yang digarap daripada pelbagai keturunan.
Kebudayaan ini disatukan menjadi satu kebudayaan yang unik
kerana

hampir

setiap

keturunan

mempunyai

adat

sehingga

membentuk kebudayaan masing-masing. Permainan tradisional


telah berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang
dilalui oleh nenek moyang masyarakat masing-masing. Asas
penting yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada
masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita.
Namun, permainan tradisional tidak dimainkan lagi oleh kanakkanak zaman kini. Mereka suka kepada permainan moden dan lebih
mencabar. Oleh itu, pengekalan permainan tradisional pelbagai
kaum di Malaysia haruslah dipergiatkan dan tidak dilupakan oleh
masyarakat kini (Wazir Jahan Karim, 1990).

Antara jenis permainan tradisional masyarakat melayu adalah


batu

seremban.

Permainan

ini

dimainkan

oleh

kanak-kanak

perempuan sama ada secara individu atau berpasangan. Ianya


dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga empat orang
atau lebih. Biasanya ia menggunakan guli kaca, biji getah dan ketul
batu yang kecil. Seterusnya, permainan congkak. Alatan yang
digunakan adalah papan congkak dan buah congkak. Kadangkadang sebagai ganti papan congkak, lubang-lubangnya dibuat di
19

atas tanah. Sementara biji-biji congkak pula ialah guli-guli kaca,


buah getah, biji saga, batu-batu kecil dan sebagainya. Setiap papan
congkak hanya boleh dimainkan oleh dua orang sahaja. Namun
terdapat banyak lagi permainan tradisional melayu iaitu sepak
takraw, gasing,

dan wau. Permainan tradisional ini semakin

dilupakan oleh masyarakat melayu sendiri, walaupun mereka tahu


ini adalah salah satu budaya yang perlu diwarisi sejak dari dulu lagi.
Mereka menganggap permainan ini adalah permainan lapuk dek
zaman (http://www.jkkn.gov.my/ms/traditional-games).

Bagi permainan tradisional masyarakat Cina pula ialah mahjong


atau mahjung yang merupakan permainan untuk empat orang yang
berasal dari China. Mahjong membabitkan kemahiran, strategi, dan
pengiraan, termasuk juga satu tahap nasib. Bergantung kepada
variasi yang dimainkan, nasib boleh menjadi isu remeh atau faktor
utama kejayaan. Di Asia, mahjong juga popular sebagai perjudian
dan sebagai permainan komputer. Selain itu, yo-yo cina ialah
permainan dari China yang mempunyai dua cakera yang sama saiz
dan panjang. Yo-yo cina akan sentiasa berpusing pada tali yang
diikat pada dua batang kayu kecil. Pemain akan memegang hujung
kedua-dua kayu dan mengimbangi yo-yo daripada jatuh. Permainan
tradisional lain iaitu Xiang Qi dan Go juga semakin kurang

20

dipermainkan kerana mereka menganggap permainan tradisional


membosankan (Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri, 2011).

Permainan tradisional masyarakat India ialah Kabadi. Kabadi


ialah sebuah permainan yg dibentuk dalam permainan tradisional
India. Dalam satu permainan, dua pasukan dibentuk yang mana
terdiri daripada tujuh pemain. Satu pasukan akan menghantar
penyerang kepada pasukan pihak lawan, yang mana bertujuan
untuk menyentuh salah seorang daripada pemain pihak lawan
sebelum patah balik kepada pasukannya. Selain itu, permainan
permainan tradisional India adalah

Chanturanga. Sejak awal permainan ini

sudah memperkenalkan dua pihak yang bermain, perbezaan buah


catur

dengan

kekuataan

yang

berbeza,

dan

kemenangan

bergantung pada buah terakhir, atau dalam catur moden ditandai


dengan tumbangnya sang raja. Dalam catur kuno, papan catur
memiliki 100 kotak atau lebih (Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad
Sabri, 2011).

Permainan tradisional ini masih diadakan sehingga kini tetapi


terdapat perbezaan antara permainan dahulu dan permainan
sekarang. Permainan-permainan dahulu seperti permainan wau,
tarian naga atau permainan gasing mempunyai ciri-ciri kesenian
21

yang

melambangkan

Malaysia.

Aktiviti

keindahan

ini

dan

kebiasaannya

berkumpulan dimana mereka

keharmonian
akan

rakyat

dilakukan

di

secara

mempunyai minat yang sama.

Manakala bagi permainan sekarang, biasanya adalah permainan


komputer yang tidak melambangkan apa-apa dan tidak perlu
dilakukan oleh sekelompok manusia serta tidak dapat mengeratkan
hubungan antara manusia seperti permainan dahulu. Selain itu,
permainan komputer akan menyebabkan ketagihan di kalangan
pemain. Permainan dahulu biasanya bersifat harmoni berbeza
dengan

permainan

sekarang

yang

berunsur

ganas

seperti

permainan-permainan komputer seperti counter strike yang bersifat


ganas yang mendapat sambutan hangat daripada golongan remaja
lelaki (Wazir Jahan Karim, 1990).

Ini jelas terbukti bahawa permainan tradisional di Malaysia kini


semakin kurang mendapat sambutan oleh masyarakat. Masyarakat
merasakan permainan tradisional adalah salah satu permainan kuno
dan membosankan. mereka juga merasakan permainan tradisional
adalah permainan yang tidak memberi cabaran dan aksi yang
mencabar

dalam

melakukann

permainan.

Justeru

itu,

untuk

memartabatkan dan memulihara kembali tradisi zaman nenek


moyang yang telah diwarisi ini, terdapat pelbagai kaedah dan cara
bagi

memulihkan

kembali

permainan

ini

dari

pandangan
22

masyarakat. Ini sekali gus dapat menonjolkan dan menaikkan lagi


permainan tradisional ke peringkat antarabangsa (Noriati A. Rashid,
2011).

Pemuliharaan Permainan Tradisional


Arus

modenisasi

dan

globalisasi

yang

pesat

berkembang

menyebabkan permainan tradisional sudah semakin dipandang


rendah dan disisihkan oleh masyarakat kita daripada arus perdana.
Permainan tradisional adalah merujuk kepada permainan budaya
yang sudah diamalkan oleh sesebuah masyarakat untuk satu
tempoh yang tertentu sebagai pengisi masa lapang. Negara kita
kaya dengan pelbagai jenis permainan tradisional yang tak lapuk
dek hujan dan tak lekang dek panas. Kebanyakan daripada
permainan tersebut kurang diketahui oleh generasi muda. Hal ini
membayangkan bahawa permainan tradisional berkenaan akan
lenyap

ditelan

zaman

jika

tiada

usaha

diambil

untuk

mengetengahkannya dalam kalangan khalayak ramai khususnya


generasi masa ini. Oleh itu, pemuliharaan permainan tradisional
haruslah ditingkatkan bermula daripada individu itu sendiri (Noriati
A. Rashid, 2011).

23

Langkah awal yang boleh dilakukan dalam menangani isu ini


ialah kerajaan menyediakan lebih banyak tempat-tempat atau
gelanggang untuk memudahkan rakyat memainkan permainan ini.
Kewujudan gelanggang ini memberi peluang kepada semua lapisan
masyarakat

untuk

bersama-sama

menikmati

permainan

ini.

Kekerapan bermain permainan ini berupaya untuk mewujudkan satu


kesedaran yang hakiki terhadap permainan budaya mereka ini. Oleh
itu, pembinaan gelanggang yang cukup oleh pihak yang terlibat
mampu memberi nafas baru kepada kesenimbungan permainan
warisan budaya ini (Abdul Latif Abu Bakar, 2011).

Selain itu, pihak sekolah boleh menjadikan permainan


tradisional ini sebagai salah satu bentuk aktiviti kokurikulum yang
disertai oleh pelajar. Tindakan ini memastikan pelajar kita terdedah
dengan jenis-jenis permainan tradisional sejak muda lagi dan
memahami kepentingan mengekalkan permainan ini. Kesedaran
yang dipupuk sejak awal ini mampu memberi impak yang
mendalam dalam jiwa seseorang pelajar sehinggalah mereka
memasuki alam dewasa. Jadi, pihak sekolah wajib menjadikan
permainan ini sebagai satu aktiviti sekolah yang penting untuk
disertai

oleh

pelajar.

sekaligus,

permainan

tradisional

tidak

disisihkan oleh semua golongan anak muda kini (Zuraidah A. Majid,


2011).
24

Sebagai remaja, mereka perlu menanamkan semangat cinta


akan budaya terutama permainan tradisional.

Hal ini adalah

kerana, permainan tradisional merupakan budaya masyarakat


Malaysia sejak dahulu dan perlu diteruskan dan dipelihara agar
dikenali oleh generasi akan datang. Sesuatu yang baik itu perlu
dipupuk dan ditanam dalam diri sejak kecil sesuai dengan
peribahasa, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Jika asasnya
telah kukuh maka secara langsung remaja masa ini tidak akan
segan

silu

mempertahankan

dan

memartabatkan

permainan

tradisional ini (Zuraidah A. Majid, 2011).

Seterusnya, usaha mengadakan pelbagai kempen cintai


permainan tradisional merupakan satu kaedah yang mampu untuk
mempopularkan permainan tradisional di negara kita. Kempen ini
perlu dijalankan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara
secara terancang dan berkesan dengan kerjasama pihak media
cetak dan media elektronik seperti akhbar dan televisyen. Pihak
media massa perlu menyiarkan rencana dan dokumentari untuk
memperkenalkan permainan tradisional di negara kita seperti wau,
gasing, congkak dan lain-lain. Selain memperkenalkan sejarah dan
cara bermain, pihak media perlu memberikan kesedaran kepada
25

orang ramai akan kepentingan permainan tradisional kepada


masyarakat dan negara (Noriati A. Rashid, 2011).

Pihak kerajaan juga perlu memainkan peranan. Pihak kerajaan


hendaklah mengadakan pesta permainan tradisional pada setiap
tahun.

Setiap

negeri

mestilah

mengambil

bahagian

untuk

memeriahkan pesta tersebut. Contohnya, Festival Layang-layang di


Pasir Gudang, Johor bukan sahaja disertai oleh rakyat tempatan
malahan masyarakat antarabangsa. Tegasnya, pihak kerajaan
haruslah

memainkan

peranan

dan

memastikan

permainan

tradisional diminati oleh rakyat (Noriati A. Rashid, 2011).

Remaja hendaklah berusaha mempopularkan permainan


tradisional agar permainan tersebut terus terpelihara dan mendapat
tempat di hati masyarakat Malaysia umumnya dan generasi muda
khususnya. Maka golongan muda perlu berganding bahu dan
meminta bantuan golongan yang lebih tua agar permainan
tradisional terus dimartabatkan dan diketengahkan dalam pelbagai
situasi dan aktiviti. Kedua-dua golongan boleh saling bekerjasama
sebelum nasi menjadi bubur. Khazanah ini perlu dipelihara dan
dikekalkan di negara ini dengan menggunakan pelbagai pendekatan

26

sesuai

agar

permainan

tradisional

ini

menjadi

permainan

kegemaran mereka (Noriati A. Rashid, 2011).

KESIMPULAN
Lazimnya warisan budaya atau warisan tradisonal sering dikaitkan
dengan peradaban atau

tamadun sesuatu bangsa. Dalam hal ini

budaya tradisional melambangkan sifat majmuk masyarakat kita.


Selain itu, budaya tradisional juga boleh memupuk perpaduan
negara. Hal ini demikian kerana rakyat majmuk di negara kita
memiliki nilai-nilai tradisional yang murni. Akta Warisan Negara
2005 yang dikuatkuasa pada bulan Mac 2006 akan membolehkan
satu pendekatan pemeliharaan dan pemuliharaan produk warisan
negara yang ketara dan tidak ketara secara lebih selaras dan
bersepadu. Akta ini meliputi langkah
memastikan

amalan

pemeliharaan

dan

penguatkuasaan bagi
arkeologi

mematuhi

piawaian dunia (Zuraidah A. Majid, 2011).

Pelaksanaan akta ini akan memudahkan proses mengenalpasti


dan menentukan bangunan, monumen dan tapak yang mempunyai
27

kepentingan sejarah untuk diwartakan sebagai zon bersejarah.


Selain itu, kemajuan teknologi telah membuatkan hilangnya warisan
yang dulunya sangat dibanggakan. Selain itu, adakah kita sedar
yang sebenarnya permainan tradisional yang kita warisi sejak dulu
lagi semakin lama semakin dilupakan dan hilang bersama dengan
peredaran zaman (Syed Zainol Abidin Idid, 1995).

Banyak faedah yang boleh diperolehi dari permainan tradisional


seperti

boleh

menyihatkan

mengeratkan

badan,

kerana

silaturahim

sesama

mengeluarkan

peluh

manusia,
dan

dapat

memelihara warisan budaya zaman berzaman. Selain itu, negara


dapat mempromosikan permainan tersebut sebagai salah satu
aktiviti yang perlu diperkenalkan kepada pelancong-pelancong yang
datang ke Malaysia. Ia juga akan menjadi kebanggaan rakyat
Malaysia sendiri (Wazir Jahan Karim, 1990).

28

LAMPIRAN

Bangunan Stadthuys di Bandar Hilir, Melaka (1641)

29

Balai Besar di Alor Setar, Kedah (1735)

Muzium Sejarah Nasional di Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan


(1888)

30

Congkak

Mahjong

Kabadi

Gasing

Go

Chanturanga

RUJUKAN

31

Abdul Latif Abu Bakar. (2011). Adat Melayu Serumpun. Kerajaan


Negeri Melaka Perbadanan Muzium Melaka: Perzim.
Ahmad Zaharuddin Sani Ahmad Sabri. (2011). 3 Ethnics Under One
Roof. Managing Ethnic Relation Malaysian Style: Lambert
Academic Publishing.
Ismail Yusoff & Suhanim Abdullah, (2012). Hubungan Etnik. Kuala
Lumpur: Pearson.
Noriati A. Rashid & Zuraidah A. Majid. (2011). Budaya dan
Pembelajaran. Selangor Darul Ehsan: Oxford Fajar.
Syed Zainol Abidin Idid (1995). Pemeliharaan Warisan Rupa Bandar.
Kuala Lumpur: Badan Warisan Malaysia.
Wazir

Jahan

Karim.

(1990).

Emotions

Of

Culture

Malay

Perspective. Oxford New York: Oxford University Press.


Wendy Griswold. (1994). Cultures and Societies In A Changing
World. London: Pine Forge Press.
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara. Diakses pada 15 April
2015 di http://www.jkkn.gov.my/ms/
Jabatan

Warisan

Negara.

Diakses

pada

15

April

2015

di

http://www.heritage.gov.my/

32