OUM HBSS 1203 HALATUJU PEMBANGUNAN NEGARA

1. PENDAHULUAN Dasar luar Negara merupakan polisi sesebuah Negara dalam menjalinkan hubungan antarabangsa dengan negara lain. Sehubungan itu, Malaysia sebagai sebuah negara merdeka dan berdaulaut perlu menentukan dasar luar negara bagi mewujudkan hubungan persahabatan, keamanan dan kemakmuran sejagat. Merujuk kepada Profesor Madya Dr.Mokhtar Muhammad¹ di dalam bukunya iaitu Perhubungan Antarabagsa- Cabaran dan Harapan (2005), Perhubungan antarabangsa adalah kepada semua bentuk interaksi antara ahli – ahli masyarakat antarabangsa sama ada melibatkan kerajaan atau tidak, iaitu perhubungan antara kerajaan – kerajaan dunia ataupun antara pertubuhan – pertubuhan atau organisasi – organisasi bukan kerajaan. Ia meliputi analisis dasar luar ataupun proses politik di antara negara. Ia juga merangkumi semua bentuk perhubungan sama ada perhubungan politik, perdagangan, kebudayaan, sukan, perundingan ekonomi, sosial dan sebagainya. Perhubungan antarabangsa adalah satu bentuk perhubungan yang perlu oleh setiap negara di dunia. Kebanyakkan negara yang menjalankan perhubungan antarabangsa mempunyai kepentingan yang tersendiri sama ada untuk sendiri dari segi politik, ekonomi dan sosial. Perhubungan antarabangsa inin juga boleh dikatakan sebagai bentuk campur tangan negara – negara yang berkepentingan seperti Amerika Syarikat yang menjalankan hubungan antarabangsa dengan Kuwait. Kuwait menjadi perhatian atau kepentingan kepada Amerika Syarikat kerana sumber minyak asli yang merupakan hasil utama Kuwait yang dapat dikongsi bersama Amerika Syarikat. Perhubungan antarabangsa juga telah lama wujud dan ia berlaku sehingga hari ini. ¹ Profesor Madya Dr. Mokhtar Muhammad adalah ketua Program Kewartawanan di Fakulti
Komunikasi & Pengajian Media, Universiti Teknologi Mara(UITM).

Azman Bin Salleh 750312-02-5163

1

OUM HBSS 1203 HALATUJU PEMBANGUNAN NEGARA

1.2 Dasar – dasar kerajaan Apa itu dasar? Menurut modul OUM HBSS1203 Halatuju Pembangunan Negara (2007) memetik bahawa dasar merupakan suatu garis panduan pentadbiran atau pegangan mengenai suatu idea atau gagasan yang tersusun rapi. I juga merupakan garis panduan pentadbiran yang merangkumi segala arahan, peraturan dan pedoman iaitu sebagai landasan dalam melaksanakan cita – cita yang terkandung didalamnya demi mencapai matlamat kepimpinan negara ke arah sebuah negara yang gemilang dan maju. Dasar – dasar kerajaan adalah dirangka di dalam suatu jangka masa yang panjang. Ia merangkumi dasar – dasar yang dibentuk sebelum kemerdekaan dan dasar – dasar yang din=bentuk selepas itu. Kita semua tahu bahawa dasar – dasar yang digubal sebelum merdeka adalah dipengaruhi oleh dasar yang dibawa oleh British iaitu ia mempunyai elemen dasar pecah dan perintah. Ia lebih cenderung kepada mengeksploitasika sumber negara menetapkan penempatan kaum bagi bertujuan mengawal sebarang kebangkitan atau reformasi untuk menentang kerajaan atau pemerintah pada masa itu. Namun, selepas kemerdekaan di capai, dasar – dasar baru telah digubal untuk memberi kesejahteraan kepada rakyat yang merdeka. Antara dasar – dasar negara Malaysia yang telah digubal selepas kemerdekaan ialah: • • • • • • • • • • •
Azman Bin Salleh 750312-02-5163

1956-1960 Rancangan Malaya Pertama 1961-1965 Rancangan Malaya Kedua 1965-1970 Rancangan Malaysia Pertama 1971-1975 Rancangan Malaysia Kedua 1976-1980 Rancangan Malaysia Ketiga 1981-1985 Rancangan Malaysia Keempat 1986-1990 Rancangan Malaysia Kelima 1991-1995 Rancangan Malaysia Keenam 1996-2000 Rancangan Malaysia Ketujuh 2001-2005 Rancangan Malaysia Kelapan 1971-1990 Dasar Ekonomi Baru
2

OUM HBSS 1203 HALATUJU PEMBANGUNAN NEGARA

• •

1991-2000 Dasar Pembangunan Nasional 2001-2010 Dasar Wawasan Negara

Ini adalah antara dasar – dasar negara Malaysia yang telah digubal semenjak kemerdekaan sehinggalah sekarang. Selain itu, Malaysia juga telah menggubal dasar luar negaranya sendiri. Malaysia mula mengambil alih tanggungjawab menjaga hal ehwal luarnya sebaik sahaja merdeka dari jajahan British pada 31 Ogos 1957. Perdana menteri akan memainkan peranan yang penting dan berpengaruh dalam menentukan halatuju dasar luar yang diuruskan secara profesional oleh diplomat terlatih di Kementerian Luar Negeri atau lebih dikenali sebagai Wisma Putra pada masa itu.

2. Dasar Luar Negara 2.1 Definisi dan Konsep Menurut Chamil Wariya didalam bukunya Dasar Luar Era Mahathir(1989) ada menyatakan bahawa dasar luar ialah alat atau instrument yang diperlukan oleh sebuah negara untuk berinteraksi dengan sebuah negara yang lain, baik yang berjiran dengannya atau yang berada jauh darinya. Melalui dasar luar ini, sesebuah negara menyatakan pendirian mereka terhadap perkembangan dan pergolakan yang berlaku di luar sempadan negara dalam hubungan antarabangsa. Dasar luar juga mencerminkan sikap yang berkecuali yang tidak mengikat pada mana – mana negara kuasa besar. Dasar luar juga boleh mencorak pemencilan atau pengasingan seperti mana yang diamalkan oleh Myanmar satu waktu dahulu yang mengambil pendirian menyisihkan negara itu daripada pergolakan yang berlaku di luar. Dasar luar juga boleh memperlihatkan sikap yang memihak kepada salah suatu kuasa besar dunia yang mempunyai idealogi politik dan sistem eknomi yang berlawanan dan bertentangan. Dasar luar juga boleh memperlihatkan sikap sesebuah negara tentang peranannya dalam senario politik antarabangsa sama ada ia ingin memainkan peranan pasif atau aktif dalam forum – forum dunia.

Azman Bin Salleh 750312-02-5163

3

OUM HBSS 1203 HALATUJU PEMBANGUNAN NEGARA

Menurut Profesor Madya Dr. Mokhtar Muhammad di dalam bukunya Perhbungan Antarabangsa – Konsep dan Konteks (2005), menyebut bahawa dasar luar adalah dasar yang diamalkan oleh sesebuah negara di dalam menjalin hubungan dengan sebuah negara lain. Dasar luar merujuk kepada tindakan atau idea yang dibuat pembuat dasar untuk menyelesaikan sesuatu masalah atau membawa perubahan suasana politik antarabangsa. Dasar juga merujuk kepada keputusan yang dibuat oleh pemimpin negara untuk dijadikan garis panduan bagi memilih tindakan adil dengan situasi tertentu dalam hal ehwal antarabangsa. Dasar luar amat penting kerana ia boleh mempengaruhi tingkah laku negara serta perhubungan politik di peringkat antarabangsa, wilayah atau serantau. Tingkah laku merujuk kepada tindakan yang diambil oleh negara ke atas satu sama lain dan bertujuan mencapai aspirasi jangka panjang atau matlamat jangka pendek. Kesimpulannya, definisi dan konsep dasar luar negara merujuk kepada langkah – langkah atau peranan yang diambil dan di tentukan oleh pemimpin negara bagi menjaga keamanan dan kestabilan politik, ekonomi dan sosial negara di peringkat antarabangsa.

Azman Bin Salleh 750312-02-5163

4

OUM HBSS 1203 HALATUJU PEMBANGUNAN NEGARA

2.2 Objektif dan matlamat dasar luar negara Merujuk kepada tulisan Chamil Wariya di dalam bukunya yang berjudul Dasar Luar Era Mahathir(1989), ada menyebut bahawa objektif dan matlamat utama dasar luar negara ialah memanjangkan kepentingan sesebuah negara itu di luar sempadannya. Ini kerana setiap negara yang merdeka dan berdaulat mempunyai nilai – nilai asas yang ingin dipertahankan daripada dimusnahkan atau dicerobohi oleh pihak – pihak lain di luar terutama yang bermusuhan dengannya. Nilai asas ini juga terangkum sebagai keselamatan nasional sesebuah negara. Malaysia, sendiri mempunyai dasar luarnya sendiri dan antara objektif dan matlamat dasar luar Malaysia ialah berbaik – baik dengan semua negara, menjamin keselamatan rakyat dan negara, memelihara kepentingan nasional dan mengekalkan kedaulatan negara, menggalakkan pembangunan dan kemajuan ekonomi serta mengamalkan keamanan sejagat melalui kerjasama antarabangsa. Selain itu, antara matlamat dan objektif dasar luar Malaysia adalah untuk menjadi warga dunia yang peka dan bertanggungjawab dalam usaha memupuk kesejahteraan dunia. Antara contoh – contoh penglibatan Malaysia di dalam menjaga keamanan dunia ialah melalui misi keamanan yang dilaksanakan oleh organisasi seperti AMAN MALAYSIA, MERCY dan berbagai jenis bantuan lagi yang disumbangkan pada mangsa – mangsa bencana dan peperangan. Jelaslah bahawa matlamat dan objektif sebuah dasar luar negara adalah satu proses yang kompleks. Ia bergantung kepada beberapa faktor di dalam negeri dan faktor – faktor yang menglilingi negeri berkenaan. Yang nyata ialah peranan pemimpin sesebuah negara memainkan peranan penting tentang arah dasar luar negaranya.

Azman Bin Salleh 750312-02-5163

5

OUM HBSS 1203 HALATUJU PEMBANGUNAN NEGARA

3. Prinsip Asas Dasar Luar Negara. Merujuk kepada Modul OUM HBSS 1203, Halatuju Pembangunan Negara (2007), menyebut bahawa antara prinsip – prinsip dasar luar ngara Malaysia ialah dasar luar negara bukan merupakan sesuatu yang statik; ia sentiasa berubah mengikut perkembangan – perkembangan yang berlaku di dalam dan di luar negeri. Kesinambungan kepada dasar dalam negeri yang membawa tujuan melindungi dan memajukan kepentingan – kepentingan nasional. Kebanyakkan pembentukan dasar luar Malaysia secara lazimnya berusaha keras bagi membantu perkembangan ekonomi dalam negeri dengan membawa masuk ramai para pelabur asing. Secara lazimnya, kesemua dasar luar negara Malaysia ditentukan oleh Perdana Menteri dengan bantuan kabinet dan dilaksanakan oleh Wisma Putra iaitu Kementerian Luar Negeri. Sebagai contoh prinsip dasar luar Malaysia ialah peranan Malaysia di dalam peranan penting dalam hubungan negara – negara Islam atau lebih dikenali sebagai Organization of Islamic Countries ( OIC) yang mana mengiktirafkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam di dunia. Ini kerana Malaysia mengamalkan Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan : ’ agama islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama – agama lain boleh diamalkan dengan aman damai di mana – mana bahagian Persekutuan’. Oleh yang demikian, Malaysia adalah antara negara islam yang mengamalkan dasar berbaik – baik dengan negara lain kecuali Israel. Malaysia juga mengecam negara – negara barat kerana memandang serong terhadap kebangkitan Islam serta mengutuk penindasan ke atas rakyat Islam di bumi Palestin serta mengutuk pendudukan Amerika Syarikat ke atas Iraq. Antara lain prinsip – prinsip dasar luar yang diamalkan oleh Malaysia ialah sebagai anggota Komanwel, Malaysia telah bersuara lantang menentang dasar apartied yang dilaksanakan di Afrika Selatan kerana telah menyalahi hak asasi manusia. Malaysia merasakan ketidak adilan telah berlaku terhadap kaum kulit hitam yang berada di Afrika Selatan. Prinsip ini menunjukkan bahawa dalam apa jua ketidak adilan yang berlaku di serantau dunia, Malaysia tetap mengutuk dan menentang dengan cara yang baik.
Azman Bin Salleh 750312-02-5163

6

OUM HBSS 1203 HALATUJU PEMBANGUNAN NEGARA

Jelas di sini bahawa antara prinsip dasar luar yang diamalkan oleh Malaysia adalah bertujuan untuk mengamalkan demokrasi sedunia dan mengutuk andainya terdapat kepincangan yang berlaku ke atas sesebuah negara yang di beri ketidak adilan.

3.1 Faktor – faktor pertimbangan dalam pembentukan Dasar Luar Negara Antara faktor – faktor yang mempengaruhi pertimbangan di dalam pembentukan sesuatu dasar luar negara ialah kepentingan nasional. Apa itu kepentingan nasional? Menurut Joseph Frankel (1987), kepentingan nasional adalah konsep terpenting dalam dasar yang diamalkan oleh sesebuah negara. Perkataan ’nasional’ itu sendiri merujuk kepada bangsa dan negara. Maka ia bermaksud matlamat umum yang berterusan dicapai melalui kepentingan negara. Kepentingan itu tidak harus ditafsirkan dengan sempit sehingga mengenepikan pertimbangan mral, agama dan sebagainya. Kepentingan nasional dasar luar Malaysia ialah bertujuan berwaspada dan berhati – hati dalam hubungannya dengan negara – negara lain agar sentiasa di dalam keadaan yang baik dan tidak berteraskan kekerasan. Contohnya, Malaysia menganggotai ASEAN agar keselamatan Malaysia terjamin di serantau Asia Tenggara dengan menjalankan hubungan baik dengan negara – negara jiran seperti Thailand, Indonesia, Singapura, Brunei dan Filipina dan selebihnya. Ini bermakna, kepentingan nasional dititikberatkan di dalam sesebuag dasar luar yang digubal agar keamanan dan kestabilan negara terjamin. Faktor lain yang dapat dilihat ialah dari segi ekonomi. Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan pasaran bebas dan dengan ini Malaysia telah menjalinkan hubungan baik dengan negara – negara lain di dunia di dalam usaha memajukan ekonomi negara Malaysia. Contohnya, sejak zaman penjajahan British lagi, Malaysia merupakan antara negara pengeluar bijih timah dan getah maka melalui ruang ekonomi, Malaya pada ketika itu telah

Azman Bin Salleh 750312-02-5163

7

OUM HBSS 1203 HALATUJU PEMBANGUNAN NEGARA

menjalinkan hubungan ekonomi dengan negara – negara maju seperti Amerika Syarikat dan British untuk memajukan ekonomi. Setelah merdeka, Malaysia telah mengambil langjah – langkah untuk menggalakkan pelabur asing untuk melabur di Malaysia. Maka pada tahun 1980, Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu telah melancarkan Dasar Pandang Ke Timur. Melalui dasar ini, Malaysia mengharapkan pelabur – pelabur dari Timur seperti Jepun dan Korea dapat memasuki pasaran di Malaysia seterusnya membantu Malaysia membangun seperti negara mereka. Faktor berikut yang mempengaruhi pembentukan dasar luar Malaysia ialah melalui Piagam Pertubuhan Bangsa – Bangsa Bersatu atau PBB. Malaysia mula menganggotai PBB pada tahun 1957 iaitu selepas kemerdekaan. PBB yang ditubuhkan secara rasminya pada tahun 1945 iaitu selepas Perang Dunia Kedua apabila Liga Bangsa telah dibubarkan setelah gagal menghalang berlakunya Perang Dunia Kedua. Pada awal penubuhannya PBB hanya dianggotai oleh 51 buah negara sahaja namun sehingga 2002, keanggotaannya telah meningkat kepada 189 buah negara. Negara – negara yang menganggota PBB harus akur dengan piagam PBB iaitu satu perjanjian antarabangsa yang menggalurkan prinsip – prinsip asas hubungan antarabangsa. Empat prinsip asas yang ditetapkan oleh PBB ialah setiap dasar luar negara anggota PBB perlu² : • • • Menjamin keamanan dan keselamatan dunia Menggalakkan hubungan berbaik – baik antara negara anggota Bekerjasama dalam menyelesaikan masalah antaranbangsa dan melindungi hak asasi manusia tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit • Menjadi pusat bagi mengharmonikan tindakan negara – negara anggota Lantaran itu, dasar – dasar luar negara Malaysia yang dibentuk haruslah mengikuti piagam PBB yang telah ditetapkan seperti di atas.

² Rujukan daripada Buku Teks Tingkatan 5, Bab 9, Malaysia Dalam Kerjasama Antarabangsa, hlm 245.
Azman Bin Salleh 750312-02-5163

8

OUM HBSS 1203 HALATUJU PEMBANGUNAN NEGARA

Faktor lain yang mempengaruhi pertimbangan dan pembentukan dasar luar Malaysia ialah faktor Geografi. Kita semua tahu bahawa Malaysia terletak dikedudukan yang strategi di Asia Tenggara. Sejarah telah membuktikan bahawa Melaka dahulunya adalah pusat perdangan di Asia Tenggara yang terkenal. Malah ia menjadi pusat perkembangan ekonomi serantau Asia Tenggara pada masa dahulu. Maka kedudukan Malaysia yang bersempadan dengan hampir kebanyakkan negara di rantau ini seperti Thailand, Indonesia, Singapura, Filipina dan Brunei telah mempengaruhi penggubalan dasar luar negara Malaysia. Contohnya, perairan negara Malaysia telah menjadi laluan utama kapal perdagangan maka penggubalan akta luar negara perlu diselaraskan agar keselamatan Malaysia dan serantau terjamin. Selain itu, ia juga mempengaruhi faktor kebanjiran pendatang asing untuk mencari peluang pekerjaan di Malaysia maka, akta – akta yang berkaitan telah digubal bago mengelakkan berlaku sebarang masalah dan ancaman kepada negara. Ini berikutan kedudukan Malaysia yang strategim dan berada di tengah – tengah negara ASEAN. Terdapat beberapa perkara lagi yang boleh dikaitkan atau menjadi faktor kepada pertimbangan dalam pembentukan dasar luar Malaysia sepert dari segi bekas jajahan British, sudut agama Islam, Dasar Berkecuali dan Prinsip Hidup Bersama. Kesimpulannya, faktor – faktor inilah yang telah diambilkira oleh pihak kerajaan di dalam menggubal dasar luar negara agar kestabilan dan keselamatan nasional negara Malaysia terjamin dan rakyat hidup aman sejahtera.

Azman Bin Salleh 750312-02-5163

9

OUM HBSS 1203 HALATUJU PEMBANGUNAN NEGARA

3.2 Perkembangan Dasar Luar Malaysia Tahap Pertama – Tunku Abdul Rahman ( 1957-1970) Dasar luar Malaysia pada tahap pertama telah mengamalkan dasar pro-Barat yang antikmunis serta dasar berbaik – baik dengan negara Komenwel. Ini kerana pada zaman berikut, pengaruh komunis telah menular ke Malaysia dan dasar luar ketika itu menentang sekeras – kerasnya komunis yang ingin masuk ke dalam negara Malaysia. Untuk menyekat pengaruh tersebut, Malaysia tekah menandatangani satu perjanjian iaitu Perjanjian Pertahanan Inggeris- Tanah Melayu atau juga dikenali sebagai AngloMalayan Defence Treaty (AMDA) pada tahun 1956. Antara butir perjanjian tersebut ialah pihak British akan menawarkan bantuan kepada Malaysia sekiranya diserang oleh mana – mana negara. Pada masa itu, Malaysia juga mengamalkan dasar berbaik – baik dengan negara jiran di dalam Dasar Kerjasama Serantau. Hal ini adalah sisebabkan berlakunya krisis dengan negara jiran terutama selepas Malaysia telah mencapai kemerdekaan. Ia adalah berlakunya konfrantasi antara Malayasia dan Indonesia pada tahu 1963 – 1965, terputusnya hubungan dengan Filipina pada tahun 1963-1965 dan penarikan diri Singapura dari Malaysia dapa tahun 1965. Usaha – usaha untuk memulihkan hubungan tersebut telah giat dijalankan dan terbukti dengan beberapa perjanjian yang telah dimetrai. Antaranya ialah, Malaysia telah menandatangani perjanjian menubuhkan Pertubuhan Negara – Negara Asia Tenggara (ASA) pada tahun 1961 bersama – sama Thailand dan Filipina, MAPHILINDO pada tahun 1962 bersama – sama Indonesia dan Filipina serta ASEAN pada tahun 1967 bersama – sama Thailand, Indosesia, Filipina dan Singapura. Pada era zaman Tunku Abdul Rahman juga, Malaysia sebagai sebuah negara yang berbilang bangsa dan agama yang mana juga memberi kebebasan sepenuhnya kepada rakyatnya mengamalkan budaya hidup dan agama masing – masing telah mewujudkan dasar anti – apertied yang diamalkan di Afrika Selatan. Malaysia menolak sebarang hubungan diplomatik dengan negara Afrika Selatan sehinggalah undang – undang dasar apartied itu dihapuskan oleh negara berkenaan

Azman Bin Salleh 750312-02-5163

10

OUM HBSS 1203 HALATUJU PEMBANGUNAN NEGARA

Pada tahun 1970, Malaysia juga telah menganggotai Pergerakan Negara – Negara Berkecuali atau juga dikenali sebagai NAM. Matlamat utama penubuhan NAM adalah untuk mengekalkan keamanan dunia dengan tidak menyokong blok Barat atau blok Komunis. Antara sebab Malaysia menganggotai NAM adalah berlakunya pertukaran Dasar Luar Malaysia yang berdasarkan por-Barat dan Antikomunis kepada dasar berbaik – baik dengan semua negara. Selain itu, antara prinsip perjuangan NAM ialah mengelakkan campur tangan asing ke dalam hal ehwal sesebuah negara, menghormati hak asasi manusia, menyelesaikan sebarang pertelingkahan antara negara melalui perundingan dan menghormati kedaulatan sesebuag negara. Malaysia juga pernah memberikan beberapa usul yang berkaitan kepentingan negara membangun, isu Palestin, kerjasama ekonomin dan isu benia Antartika di dalam sidang kemuncak NAM yang ketujuh di Delhi pada tahun 1987. Antara dasar lain yang diamalkan oleh Malaysia pada era pemerintahan Tunku Abdul Rahman ialah Perkhidmatan Tentera di Bawah PBB. Malaysia telah memainkan peranan penting dalam PBB sewaktu menyelesaikan konflik antarabangsa. Malaysia seringkali dipilih menjadi tentera pendamai di bawah PBB di dalan menjaga keamanan negara yang mengalami konflik. Antara negara yang pernah ditwarkan oleh Malaysia ialah di Congo pada tahun 1960 dalam mendamaikan mereka daripada perang saudara, 1989 di Namibia dengan membantu negara tersebut mencapai kemerdekaan dan pada tahun 1990-an ke negara Iraq sebagai pemerhati PBB.

Azman Bin Salleh 750312-02-5163

11

OUM HBSS 1203 HALATUJU PEMBANGUNAN NEGARA

Tahap Kedua : Tun Abdul Razak (1971-1976) dan Tun Hussein Onn (19761981) Antara dasar luar yang diamalkan oleh Malaysia semasa era Tun Abdul Razak ialah Malaysia mula menganggotai Pertubuhan Persidangan Islam atau lebih dikenali sebagai OIC. Walaupun sebenarnya OIC adalah ilham Tunku Abdul Rahman yang mana melihat beliau telah memgang dan memainkan peranan yang sangat penting di dalam penubuhan OIC namun dasar – dasarnya telah disambung oleh Tun Abdul Razak. Malah Malaysia juga menjadi tuan rumah persidangan OIC pada tahun 1974. Di dalam buku teks Tingkatan 5 dalam bab Malaysia dalam Kerjasama Antarabangsa(hlm 241) ada menyatakan bahawa menjelang tahun 1970-an dasar luar Malaysia mula berubah kepada dasar berkecuali dan berbaik – baik dengan semua negara. Perubahan dasar luar ini disebabkan kurangnya peranan yang dimainkan oleh AMDA dan kurangnya pengaruh Britain di timur. Malaysia juga telah mengisytiharkan konsep Zon Aman, Bebas dan Berkecuali atau Zone of Peace, Freedom and Neurtrality (ZOPFAN) bersama – sama dengan anggota ASEAN. Malaysia juga menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara berfahaman komunis seperti China, Jerman Timur, Korea Utara, Vietnam Utara dan Mongolia. Antara lain dasar luar yang diamalkan pada tahap kedua ini ialah dengan mengadakan hubungan diplomatik dengan negara Vietnam pada tahun 1976 dengan usaha mengatasi masalah pelarian Vietnam yang masuk ke Malaysia. Selain itu dasar berkecuali telah diteruskan oleh Tun Hussein Onn yang menggantikan Tun Abdul Razak pada Januari 14 1976 sebagai perdana menteri dengan memberi keistimewaan dalam hubungan dengan negara jiran Malaysia di dalam ASEAN.

Azman Bin Salleh 750312-02-5163

12

OUM HBSS 1203 HALATUJU PEMBANGUNAN NEGARA

Tahap Ketiga: Era Tun Dr. Mahathir Mohamad – (1981-2003) Apabila Tun Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri Malaysia pada 16 Julai 1981, beliau telah meneruskan dasar – dasar luar Malaysia yang telah sedia ada. Namun beliau turut juga memberi beberapa penekanan dan dasar baru yang lebih berbentuk maju kehadapan. Pertama sekali, tun Mahathir mementingkan hubungan Malaysia dengan negara – negara ASEAN terutama dari segi hubungan ketenteraan dan ekonomi. Pada awal pemerintahannya, Tun Mahathir telah mewwujudkan satu Program kerjasama Teknik Malaysia bagi bertujuan membantu negara – negara membangun iaitu negara – negara kecil di selatan pasifik dan Afrika dengan bantuan bidang – bidang kepakaran yang terdapat di Malaysia. Melalui bantuan itu, bukan sahaja membawa manfaat kepada mereka malah jua kepada Malaysia dengan terhidangnya peluang – peluang perniagaan dan dapat menaikkan nama Malaysia di mata dunia. Pada tahun 1982, Tun Mahathir telah melancarkan dasar Buy British Last iaitu arahan supaya tidak memberi layanan yang istimewa kepada syarikat dari British di mana jika ada syarikat lain yang menawarkan perniagaan yang sama maka syarikat lain di beri keutamaan. Ini menimbulkan keadaan yang tegang antara Malaysia dan British. Namun dasar ini tidak lama kerana pada tahun 1983, dasar ini telah ditamatkan atas hasil rundingan Tun Mahathir dengan Perdana Menteri British iaitu Puan Margaret Thacther di London. Pada Februari 1982, Tun Mahathir telah melancarkan satu lagi dasar luar negara Malaysia iaitu Dasar Pandang Ke Timur. Ini adalah merujuk kepada kejayaan Jepun dan Korea Selatan menjadai sebuah negara indusrti baru di Timur. Chamil Wariya didalam bukunya yaqng berjudul Dasar Luar Era Mahathir (1989) ada menyebut bahawa Malaysia harus mencontohi Jepun dengan melatih sebilangan pengurus mahir dari sektor swasta di samping meluaskan kemahiran tenaga kerja melalui pengajaran di pusat latihan vokasional dan teknikal di Malaysia. Selain itu ia juga memberi peluang bagaimanan orang – orang Jepun dapat menanam nilai – nilai seperti sikap yang betul terhadap pekerjaan dan semangat di dalam sesuatu pekerjaan selain di atas tuntutan pembangunan ekonomi Malaysia.

Azman Bin Salleh 750312-02-5163

13

OUM HBSS 1203 HALATUJU PEMBANGUNAN NEGARA

Pada tahun 1986 pula, Tun Mahathir melancarkan dasar luar Malaysia dengan kerjasama dengan negara – negara selatan. Persetujuan diperolehi dan satu suruhanjaya Selatan – selatan ditubuhkan sebagai fungsi kerjasama antara negara – negara membangun. Negara – negara selatan adalah terdiri dari negara – negara di Asia, Afrika dan amerika Latin kerana terletak di kawasan selatan hemisfera bumi. Kesimpulannya berdasarkan tiga tahap yang telah diketengahkan, didapati Malaysia telah berubah daripda dasar Pro-Barat kepada dasar berkecuali dan berbaik – baik dengan negara jiran dan semua negara kecuali Israel serta memberikan penekanan kepada hubungan dua hala yang lebih cantik dan dapat memantapkan ekonomi negara. Kini di era pemerintahan Dato’ seri Abdullah Haji Ahmad Badawi yang mana masih meneruskan dsasar yang telah ditetapkan oleh perdana menteri yang terdahulu telah menjadikan Malaysia sebuah negara yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

4. Pengiktirafan
Azman Bin Salleh 750312-02-5163

14

OUM HBSS 1203 HALATUJU PEMBANGUNAN NEGARA

Melalui dasar luar Malaysia, Malaysia telah terkenal di mata dunia dan telah banyak menerima pengiktirafan di atas penglibatan Malaysia di dalam menangani isu – isu dan masalah serantau. Nama Malaysia kini terkenal di seluruh dunia sebagai sebuah negara aman yang sering menghulurkan bantuan dari segi kemanuasiaan dan bersuara lantang terhadap ketidakadilan yang berlaku terhadap negara – negara yang di tindas. Di sini akan kita bincangkan pengiktirafan yang diterima oleh Malaysia dari tiga aspek atau bidang iaitu dari bidang ekonomi, politik dan isu alam sekitar. a. Bidang Ekonomi Di dalam bidang ekonomi, Malaysia telah diiktiraf sebangai antara negara membangun yang paling pesat membangun. Melalui kerjasama serantau ASEAN yang juga dikenali sebagai EAEC atau juga dikenali sebagai Perundingan Ekonomi Asia Timur yang dimulakan oleh Malaysia telah diiktiraf berjaya dan banyak membantu negara – negara Asean membangun dari segi ekonomi. Malaysia juga diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa – Bangsa Bersatu atau juga dikenali sebagai PBB untuk menjadi ahli Bank Dunia, iaitu bank antarabangsa yang bertujuan untuk membantu negara ahli PBB yang sedang membangun bagi bantuan dari segi kewangan. Malah Malaysia juga dilantik menjadi ahli Lembaga Gabenor Bank Pembangunan Islam di dalam Pertubuhan Persidangan Islam atau OIC. Antara lain sumber daripada Buku teks Tingkatan 5 Malaysia dalam Kerjasama Antarabangsa (hlm 251) ada memetik bahawa Malaysia memainkan peranan penting dalam sidang kemuncak G-15 yang pertama telah diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 1990. Melalui sidang tersebut, usul Malaysia telah diterima dalam projek kerjasama dalam bidang sains dan teknologi serta penubuhgan Pusat pertukaran Data Pelaburan Perdagangan dan Teknologi Selatan atau juga dikenali sebagai South Invesment, Trade and Technology Data Exchange Center (SITTDEC), penubuhan Sistem Keistimewaan Perdagangan Global atau Global System of Trade Preference (GSTP) dan juga penubuhan kemudahan kredit dan mekanisme kewangan pembiayaan perdagangan. b. Bidang Politik
Azman Bin Salleh 750312-02-5163

15

OUM HBSS 1203 HALATUJU PEMBANGUNAN NEGARA

Malaysia menerima banyak pengiktirafan dunia melalui bidang politik. Antara pengiktirafan yang diterima oleh Malaysia ialah ketika menjadi wakil pengamam PBB dalam usaha membantu negara yang ditimpa konflik. Antaranya ialah di Congo atau Zaire pada t6ahun 1960, Namibia pada tahun 1989, 1990- di sempadan Iraq dan Iran, di Kampuchea dan Bosnia. Pada sidang kemuncak Ketujuh NAM di New Delhi 1987, Malaysia menyuarakan usul membantu negara – negara membangun, isu Palestin dan isu Benua Atartika. Pada sidang yang kelapan pula Malaysia menyusulkan isu penghapusan dasar apartied di Afrika Selatan dan di beri penghormatan menjadi Naib Presiden dalam sidang kemuncak NAM di Belgrade, Yugoslavia. Selain itu, Malaysia juga diiktiraf di dalam ASEAN yang mengamalkan dasar berkecuali di mana dasar tersebut diiktiraf oleh kuasa besar dunia. Suara – suara pemimpin Malaysia sering didengar oleh pihak dunia seperti isu benua Antartika. Ini terbukti apabila Tun Mahathir dengan lantang meminta agar Benua Antartika diwartakan sebagai warisan bersama manusia sejagat kerana ianya tidak berpenghuni tetapi mempunyai sumber alam yang boleh diterokai. Sebelum itu banyak negara – negara di dunia berebut dan mengaku kedudukan Atartika di bawah mereka namun berikutan kelantangan Tun Mahathir maka wujudlah Treatri Antartika yang menjaga dan menjalankan kajian di kawasan tersebut. Kesimpulannya, Malaysia telah mendapat pengiktirafan dunia di dalam memainkan peranannya dari segi politik. Ini berikutan suara lantang Malaysia terutama pada zaman pemerintahan perdana menteri Malaysia yang ke empat iaitu Tun Mahathir Mohamad yang banyak memperjuangkan isu – isu penindasan, hak asasi manusia dan membantu menyelesaikan masalah dalaman negara – negara yang mengalami masalah politik dalaman. Peranan Malaysia di mata dunia tidak dapat dipertikaikan lagi.

c. Bidang isu alam sekitar.
Azman Bin Salleh 750312-02-5163

16

OUM HBSS 1203 HALATUJU PEMBANGUNAN NEGARA

Pengiktirafan yang diterima oleh Malaysia ialah pemilihan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai presiden bagi Persidangan Penyalahgunaan dan Pengedaran Haram Dadah Antarabangsa (ICDAIT) dalam mesyuarat yang diadakan di Geneva, Switzerland pada tahun 1987. untuk menunjukkan betapa mengambil beratnya tentang isu dadah ini, Malaysia telah menetapkan hukuman mati ke atas pesalah mengedar dadah dan hukuman ini diiktiraf oleh dunia dan diikuti oleh kebanyakkan negara lain. Isu alam sekitar yang lain ialah suara lantang Malayasia terhadap hak warisan semua sejagat bagi isu benua Antartika di mana benua itu kaya dengan hasil alam yang menjadi rebutan banyak negara – negara di barat. Akhirnya dunia akur dengan tuntutan Malaysia agar benua tersebut dijadikan warisan semua sejagat dan hasilnya dikongsi bersama seluruh dunia. Selain itu, Malaysia menerima pengiktirafan melalui kerjasama di dalam bidang kesihatan dan perubatan yang bernaung di bawah Pertubihan Kesihatan Dunia atau lebih dikenali sebagai World Health Organization (WHO). United Nations for Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) juga telah mengiktiraf Malaysia di dalam peranan dan kerjasama melalui bidang sains dan teknologi. Melalui ASEAN juga , suara Malaysia diiktiraf dalam isu Senjata Nuklear. Ini berikutan dalam mensyuarat negara – negara ASEAN pada tahun 1984, Menteri – menteri luar negara ASEAN telah bersetuju memutuskan bahawa ASEAN adalah zon bebas senjata nuklear. Mana – mana kapal yang membawa senjata nuklear tidak akan dibenarkan melalui perairan dan menggunakan pelabuhan di negara – negara di bawah ASEAN. Ini juga menunjukkan kepada dunia tentang konsep ZOPFAN yang diamalkan oleh ASEAN. Kesimpulannya, Malaysia turut menerima pengiktirafan dunia di dalam menangani masalah isu alam sekitar. Selain yang dibincangkan di atas, banyak lagi isu – isu yang telah mengemukakan prinsip Malaysia di mata dunia seperti isu jerebu, pemanasan global dan sebagainya. Seiring dengan itu, kerajaan Malaysia terus mengambil langkah – langkah meningkatkan dan menaikkan nama Malaysia di seluruh dunia. 5. Penutup
Azman Bin Salleh 750312-02-5163

17

OUM HBSS 1203 HALATUJU PEMBANGUNAN NEGARA

Rumusan Kesimpulannya, dapat kita lihat di sini perjalanan dasar luar Malaysia yang bertitik tolak mulanya selepas kemerdekaan yang mana dari dasar proBarat dan antikomunis, telah banyak dipengaruhi oleh Barat terutama British yang menjajah negara. Namun, pihak pemerintah negara telah mengambil inisiatif dengan mengamalkan dasar berkecuali dan berbaik – baik dengan semua negara di dunia kecuali Israel. Penubuhan ASEAN juga telah diiktiraf oleh dunia. Selain itu, peranan ZOPFAN sebagai satu perjanjian yang menjamian keselematan negara Malaysia daripada ancaman ketetenteraan negara lain. Dari segi ekonomi pula, melalui dasar luarnya, Malaysia telah membangun dengan pesat dan menjadi contoh kepada negara – negara membangun yang lain. Blok ekonomi yang dibentuk melalui EAEC telah membuka mata dunia bahawa negara – negara kecil juga mampu mengangani masalah ekonomi dan menjaga kestabilan ekonomi mereka sendiri. Malaysia juga menerima banyak pengiktirafan oleh dunia di dalam menangani isu – isu global dan penglibatan dalam mesej keamanan melalui PBB malah beberapa pertubuahn Malaysia telah iakui oleh dunia seperti peranan MERCY dan Aman Malaysia. Akhir kata, Dasar Luar Malaysia yang mengutamakan kesejahteraan dan keamanan seluruh dunia banyak memberi kesan yang positif kepada Malaysia sendiri. Ketokohan para pemimpin yang dimiliki oleh Malaysia telah banyak membantu Malaysia terkenal di mata dunia. Malaysia kini mampu meneruskan cabarannya sebagai sebuah negara yang membangun untuk menjadi negara maju yang aman damai, cemerlang, gemilang dan terbilang.

6. BIBLIOGRAFI
Azman Bin Salleh 750312-02-5163

18

OUM HBSS 1203 HALATUJU PEMBANGUNAN NEGARA

Chamil Wariya, 1989, Dasar Luar Era Mahathir, Fajar Bakti Sdn. Bhd. Selangor Darul Ehsan. Frankel, Joseph (1987). Hubungan Antarabangsa Dalam Dunia. Yang Sedang Berubah. Terjemahan Husin Mohammad. Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur Kementerian Pelajaran Malaysia. Buku Teks Tingkata Lima ’Malaysia Dalam Kerjasama Antarabangsa’, Bab 9, Dewan Bahasa dan Pustaka. Kuala Lumpur. Mokhtar Muhammad, Prof. Madya Dr. (2005) Perhubungan AntarabangsaKonsep & Konteks, Ebiza Pack Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. Mokhtar Muhammad, Prof. Madya Dr. (2005) Perhubungan AntarabangsaCabaran & Harapan, Ebiza Pack Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. . Open Universiti Malaysia, (2007). HBSS 1203 Halatuju Pembangunan Negara, Meteor Doc. Sdn. Bhd. Selangor Darul Ehsan.

Azman Bin Salleh 750312-02-5163

19

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful