You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT

PANITIA SAINS KALI KE-1, 2009


SK. SRI RANTAU PANJANG (2)

Tarikh : 29 Januari 2009 (Khjamis)


Tempat : Bilik Gerakan, SK. Sri R. Panjang (2)
Masa : 12.30 Tengahari

Kehadiran : 1. TN. HJ. ALIAS B MAT BYAACOB PKP


2. PN. NORAINI BT MAT NOOR
3. PN. ZAINAB BT MOHAMAD
4. PN. ZAINON ISMAIL
5. EN. WAN ARMAN WAN HUSSIN
6. EN. HISYAM OTHMAN

Agenda Perkara Tindakan

1 Pembukaan / Ucapan Pengerusi Majlis

• Pengerusi memulakan majlis dengan baccan surah Al-


Fatihah. Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua
ahli mesyuarat kerana sudi hadir walaupun berlaku sedikit
kelewatan untuk mesyuarat kali ini

• Pengerusi berharap semua ahli mesyuarat dapat


memikul semua tanggungjawab yang diberikan dengan
hati yang ikhlas dan mestilah saling bekerjasama sebagai
satu pasukan yang kukuh.

• Selain itu, pengerusi juga berharap semua ahli


mesyuarat sentiasa memberi tunjuk ajar dan dorongan
kepadanya kerana beliau tidak mempunyai pengalaman
yang cukup. Segala tunjuk ajar yang diberikan akan
dijadikan semangat untuk terus mencapai kejayaan.

2 Mengesahkan Minit yang Lepas

• Mesyuarat bersetuju mengesahkan minit yang lepas


dengan membuat beberapa kesalahan yang kecil sahaja.
Pengesahan dicadangkan oleh En. Hisyam Othman dan
disokong oleh Pn. Zainon bt Ismail.
3 Perkara Berbangkit

• Mesyuarat berharap fail Panitia Sains mestilah Pengerusi


sentiasa dikemaskini dan isi kandungannya mestilah
lengkap kerana perkara ini sangat penting dalam
pengurusan panitia.

• Mesyuarat juga berharap jadual penggunaan bilik


sains dan buku rekod penggunaan peralatan dibuat dengan Pengerusi
lengkap dan dipaparkan. Setiausaha

• Mesyuarat juga bersepakat untuk menambahkan lagi


buku rujukan guru dengan penerbitan yang terkini dan
menempatkannya dalam bilik sains. Semua guru
sains

4 Huraian Sukatan dan Rancangan Tahunan Pelajaran


Sains

• Pengerusi menjelaskan SP dan HSP adalah perkara


yang paling utama dan sangat penting bagi semua guru
kerana merupakan panduan guru dalam melaksanakan
proses pengajaran dan pembelajaran. Pengerusi berharap
semua guru yang mengajar mestilah mempunyai sukatan
dan dijadikan rujukan yang paling utama. Pengerusi/
setiausaha
• Mesyuarat bersetuju supaya satu salinan SP dan HSP
mestilah dipegang oleh Pengerusi Panitia dan akan fotostat
untuk diberikan kepada guru yang memerlukannya.

• Setiap guru yang mengajar sains juga diminta


menyiapkan rancangan tahunan untuk memudahkan lagi
perancangan guru mengajar. Satu salinan diminta
meyerahkan satu salinan kepada Ketua Panitia untuk
simpanan.

• Mesyuarat juga dimaklumkan supaya penggunaan


Bahan Bantu Mengajar mestilah digunakan dengan
maksimum dan mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
Ini penting dalam meningkat tahap kecemerlangan murid.
5 Aktiviti Panitia Tahin 2008

5.1 TOV dan Target

• Pengerusi memaklumkan TOV murid hendaklah S/U


diperolehi daripada peperiksaan akhir tahun pada tahun
sebelumnya. Manakala bagi tahun enam pula hendaklah
membuat semula TOV dengan memberikan soalan UPSR
2008.

• Mesyuarat juga bersetuju supaya guru yang mengajar


mata pelajaran sains menyediakan TOV dan Target
masing-masing dan menyerahkan satu salinan kepada
pengerusi.

5.2 Info Sains / Sudut Sains


Pengerusi
• Mesyuarat bersetuju untuk membuat sudut info sains
yang ditempatkan di dalam dan di luar bilik darjah.
Manakala bahan-bahan hendaklah dalam bahasa inggeris.
• Mesyuarat setuju melantik Ketua Panitia untuk
menguruskannya.

5.3 Melabel tumbuh-tumbuhan di Taman Sains


Pn zainon
• Aktiviti ini juga telah dipersetujui sebagai aktiviti
tahunan Panitia

5.4 Pertandingan Buku Skrap


Pn zainab
• Mesyuarat bersetuju melantik Pn Zainab untuk
mengetui aktiviti ini. Ini kerana pengalamannya semasa
bertugas di Sekolah yang lepas.

5.5 Risalah Panitia Sains


En Hisyam
• Pada tahun ini, mengumpul risalah Panitia Sains juga
menjadi salah satu aktiviti tahunan. Ini bertujuan untuk
menambahkan bahan bacaan yang sedia ada dan untuk
mengembangkan lagi minda murid. Risalah tersebut akan
ditempatkan dalam kelas tahap 2 sahaja. Dengan ini, akan
dapat mengisi masa yang terluang dan menanamkan sifat
minat membaca murid.
6 Bajet

• Pengerusi menjelaskan peruntukkan bagi panitia sains


pada ketika ini tidak sampai lagi ke sekolah dan meminta
semua guru sains menggunakan peralatan yang sedia ada
dahulu.

• Pengerusi menjelaskan kepada mana –mana guru Pengerusi


sains yang ingin membeli peralatan sains sila senaraikan S/Usaha
dan serahkan kepada setiausaha dan akan berusaha untuk
mendapatkannya bila sumber kewangan sudah ada nanti.

7 Hal-hal Lain

• Tuan Hj Alias mengharapkan pada tahun ini pencapaian


target hendaklah lebih tinggi daripada tahun lepas. Semua Guru
Selain itu, Beliau juga mengharapkan tumpuan yang
lebih diberikan pada tahun enam demi untuk
mempertingkatkan kecemerlangan UPSR.

• Pengerusi menjelaskan penggunaan buku teks adalah


wajib iaitu buku panduan guru.

• Pengerusi juga menjelaskan peningkatan prestasi murid


mestilah diberi keutamaaan oleh guru. dan terpulang
kepada guru untuk melakukannya. dan rekod praktikal
(amali) sains mestilah dibuat kerana arahan daripada
JPN.

Penutup

Pengerusi berharap apa yang rancang dapat diambil tindakan dengan sebaik yang
mungkin. Mesyuarat di tangguhkan pada pukul 2.15 Petang.

Disediakan Oleh : Disemak Oleh :

……………………............... ……………………………..
(WAN ARMAN B. WAN HUSSIN) (PN. NORAINI BT MAT NOOR)
Setiausaha Panitia Sains Pengerusi Panitia Sains
SK. Sri R. Panjang (2) SK. Sri Rantau Panjang (2)

Disahkan Oleh :

………………………………