You are on page 1of 5

BUDAK DULU BUDAK LA

Budak dulu kalau jumpa cikgu


Tunduk malu, tersipu-sipu,
Sampai belaga dada dengan dagu,
Saha lengkong kot jauh tak mau bagi bertemu
Mulut terkunci, kelu membisu.

Budak la kalau jumpa cikgu


Tak dak segan silu
Saha-saha angkat bahu
Saja-saja bukak kancing atas baju
Kot-kot ada la tersesat sehelai dua, bulu
Sa kata nak bagi lalu
Jawabnya cikgu la nak kena elak tak mau belaga bahu

Budak dulu kalau nampak guru besar,


Jauh lagi dah terketar-ketar
Kepala lutut habis longgar
Tak ketahuan hala tak ketahuan habark
Habis peluh sejuk peluh panas semua keluar
Habis sentot hat luar dan hat dalam seluar

Budak la kalau jumpa guru besar ka pengetua


Dia main acan lut saja
Pengetua musing kot ni, dia musing kot sana
Tak dak rasa takut, tak dak rasa curiga
Tak dak rasa gerun tak dak rasa apa
Bukan dia kira cikgu tu DG54 ka DG52.

Budak dulu teretib lendit

Berjalan pun ayu kaki dikapit


Rambut sikat rapi cucuk pulak sepit
Dok jauh-jauh jantan betina tak buleh duduk kepit-kepit
Dok meloko dalam kelas sampailah cikgu terebit.

Budak la pantang cikgu lambat masuk


Jadi gila babi macam kena sampuk
Dia jerit sana dia jerit sini macam orang lalok
Tak dok dengan sopan tak dok dengan elok
Ada-ada saja benda dia buat, dia ketuk
Ada juga pi tandas pakat kongsi hisap rokok
Atau pi cari junior pakat tumbuk.
Pot belakang stor pakat berimpun dah jadi macam lubuk.

Budak dulu kalau bersembang


Cerita pasai posa pasai semayang
Budak la kalau bersembang
Ceita pasai gossip atau tajuk wayang
Atau telefon awek panggil nama sayang

Budak dulu lepas sekolah pakat kena pi mengaji Mukadam


Kalau tak buleh ubah rasa malu muka naik merah padam
Hat yang benak payah nak buleh, sah-sah la kena godam.
Ustaz marah saja dunia naik kelam
Siang cerah benderang rasa gelap gelemat serupa malam

Budak la lepas sekolah tak terus balik


Pakat pi ronda-ronda pekan dan shopping kompleks
Semua benda dia pegang dia kelebek
Beli dak jugak terus saja go back

Budak dulu kalau cikgu bagi denda

Balik rumah tak berani nak cerita kat sapa-sapa


Silap-silap bebirat pungkur atau kena getu paha
Silap-silap singgah penumbuk atau singgah kayu tiga tengah dua
Atau penampar jepun singgah di muka.
Pak jegei saja dah berambu ayark mata.

Budak la kalau cikgu denda


Dia balik cerita hat seinci jadi sedepa
Semua salah cikgu saja
Yang pak pun satu
Sa kata dengar anak balik mengadu
La la tu juga jadi marah naik hantu
Tak dak soai selidik terus melulu
Jom pi sekolah hang tunjuk hat mana satu
Nak pukui nak jengkai dahi cikgu

Atau telefon wartawan surat khabar


Benda hat kecik dah jadi besar
Benda hat secoet dah jadi panjang lebar
Biar semua orang tau biar cerita tersebar
Buat repot polis biar cikgu kita ajar.

Siasat punyat siasat baru timbui cerita


Budak tu memang la bergaris sikit di kepala
Cikgu tak buat apa pun cuma tunjai kepala
Dia balik cerita cikgu tampar sampai terpusing sekali dua

Budak dulu pi sekolah jalan kaki


Habis kematu tumit kanan tumit kiri
Rembiang beg besar sorang-sorang diri

Penuh buku yang cikgu bagi


Sarat buku latihan yang pak beli di koperasi
Beg pulak besar sampai kena buku lali
Bab beg berat, bab buku banyak, depa dah mangli.

Budak la macam-macam fesyen beg pakat kilik


Beg besar mahai cantik
Ada pulak yang isi dengan alat-alat solek
Buku latihan buku teks, ilek.

Pasai melawan cikgu budak dulu tak berani


Cikgu jerekah saja satu sekolah sunyi sepi
Kalau ayark menitik pun buleh dengar sebiji-biji
Muka sorang-sorang takut pucat kesi

Budak la bab melawan cikgu nombor satu


Cikgu kata lagu ni dia kata lagu tu
Cikgu dok ajar di depan depa pakat menyerangguh dagu
Pakat dok bersoksek-soksek hang aku
Kalau kena Tanya, kelippok kelippok tak tau apa satu.

Tu la sikit cerita budak la budak dulu


Sama-sama la kita renung kita tengok depa punya kelaku
Nak buat macam mana dah rezeki kita jadi cikgu
Ajar la sungguh-sungguh dengan niat yang satu
Nak jadikan ummah yang kamil ummah yang bersatu
Bukan kerana SSM atau 13% gaji baru.

sekuat mana pun rindu saya pada awak..


sayang saya pada awak...
cinta saya pada awak...
Andainya ALLAH tidak mengizinkan awak untuk saya..

maka itulah takdir yang harus saya terima...


*kita hanya merancang...ALLAH yang menetukan...

You might also like