You are on page 1of 12

PENGGUNAAN PETAK KETINGTING DALAM MEMBANTU MURID

LEMAH TAHUN 5 MENAMBAH DUA PECAHAN WAJAR DENGAN
PENYEBUT YANG BERBEZA SEHINGGA 10
Oleh:
Nursyafiqah bt Zulfaker, Mazlan b Ibrahim
Jabatan Matematik, IPG Kampus Dato’ Razali Ismail
syafiqahzulfaker@gmail.com , ibmazlan@ipgmkdri.edu.my
ABSTRAK
Refleksi terhadap PdP mendapati bahawa sebahagian murid menghadapi kesukaran
untuk menambah dua pecahan wajar yang berbeza penyebut. Pelbagai jenis kesilapan
dapat dikesan melalui pemerhatian, temu bual serta analisis dokumen seperti lembaran
kerja, buku latihan dan ujian diagnostik. Oleh itu, kajian tindakan ini dijalankan
bertujuan untuk membantu meningkatkan kemahiran murid lemah Tahun 5 dalam
menambah dua pecahan wajar yang berbeza penyebut sehingga 10. Peserta kajian
dibimbing untuk menguasai kemahiran menambah pecahan dengan menggunakan Petak
Ketingting. Peserta kajian terdiri daripada empat orang murid lelaki yang dipilih
berdasarkan ujian diagnostik. Pengumpulan data menggunakan instrumen ujian,
analisis dokumen dan temu bual. Data kualitatif di analisis secara deskriptif mengikut
peserta kajian. Kajian mendapati intervensi yang digunakan berjaya membantu semua
peserta kajian menguasai kemahiran penambahan pecahan wajar dengan penyebut yang
berbeza. Ciri bahan konkrit dan mesra pengguna adalah kekuatan utama Petak
Ketingting. Di samping itu, masih terdapat beberapa kelemahan yang boleh ditambah
baik untuk kajian akan datang.
Kata kunci: Petak Ketingting, Penambahan dua pecahan wajar dengan penyebut
berbeza.

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang efektif dapat dilaksanakan sekiranya seseorang guru
bijak merancang suatu aktiviti yang boleh menarik minat murid mengikuti sesi PdP di dalam bilik
darjah. Berdasarkan pengalaman ketika menjalani praktikum fasa pertama di Sekolah Kebangsaan
Felda Kerteh (1), pengkaji telah mendapati bahawa timbul masalah dalam menguasai kemahiran
penambahan dua nombor pecahan wajar yang tidak sama penyebut. Pengkaji berpendapat bahawa
masalah ini mungkin berpunca daripada kelemahan pengkaji dalam menerangkan konsep penambahan
pecahan wajar secara jelas dan terperinci. Walau bagaimanapun, tempoh masa yang terhad selama
sebulan mengekang pengkaji untuk mengenalpasti masalah sebenar murid-murid dengan lebih
mendalam.
Tambahan pula, masalah yang sama telah dapat dikenalpasti apabila pengkaji mula menjalani
praktikum fasa ketiga di Sekolah Kebangsaan Durian Mas, Manir dalam tempoh masa selama tiga
bulan. Pengkaji telah ditugaskan oleh pihak pentadbir untuk mengajar subjek Matematik bagi Tahun 5
Cerdas dimana kelas ini merupakan kelas yang terakhir daripada dua kelas aliran Tahun 5. Majoriti
murid kelas ini berasal dari keluarga bertaraf sederhana dan berpencapaian rendah dalam matematik
dimana mereka agak lemah dalam tajuk penambahan pecahan. Sepanjang melaksanakan proses PdP,
pengkaji telah dapat mengenalpasti kesilapan yang sering dilakukan oleh murid-murid dalam
menambah pecahan. Berdasarkan analisis skrip jawapan ujian diagnostik dan lembaran kerja, didapati
bahawa murid telah salah faham konsep penambahan dua pecahan wajar dengan penyebut berbeza.
Rajah berikut menunjukkan antara contoh kesilapan yang dilakukan oleh murid:

pengkaji mendapati bahawa murid telah mempunyai sedikit pengetahuan tentang penambahan pecahan dimana dapat dilihat murid cuba untuk samakan penyebut dengan mendarab silang. Jadi. Selain itu.Rajah 1: Antara Kesilapan Murid dalam Item 4 Ujian Diagnostik dan Item 2 Lembaran Kerja. Namun begitu. Masalah ini turut disokong oleh Amar Sadi (2007) yang mengatakan bahawa pelajar kerap melakukan kesilapan dengan menambah pengangka dengan pengangka dan penyebut dengan penyebut. Hal ini adalah kerana murid telah menyamakan pemahaman tentang penambahan pecahan dengan penambahan nombor bulat. Hal ini dapat dilihat melalui Rajah 3 seperti berikut: Rajah 3: Contoh Kesilapan Algoritma Murid dalam Item 2 Lembaran Kerja. terdapat juga murid yang telah melakukan kesilapan algoritma dalam menambah pecahan seperti rajah berikut: Rajah 2 : Contoh Kesilapan Algoritma Murid dalam Item 1 Lembaran Kerja. Berdasarkan Rajah 2. Selain itu. . didapati bahawa murid telah menambah pengangka dengan pengangka dan penyebut dengan penyebut. pengkaji telah menjalankan satu kajian tindakan bagi meningkatkan kemahiran murid lemah dalam menambah dua pecahan wajar yang berbeza penyebut dengan berbantukan Petak Ketingting. mereka hanya menambah pecahan mengikut pemahaman mereka dalam menambah nombor bulat. murid hanya mendarabkan penyebut sahaja tanpa mendarabkan pengangka dengan nilai yang sama. Bagi mengatasi masalah ini. terdapat juga murid yang menjalankan operasi darab untuk menyamakan penyebut tetapi murid mendarabkan nilai pecahan dengan pengangka yang sama di mana sepatutnya mendarabkan nilai pecahan dengan penyebut yang sama secara bersilang. Berdasarkan rajah diatas.

guru harus mengembangkan pengajarannya daripada peringkat konkrit kepada separa konkrit dan akhirnya kepada peringkat abstrak. Satu masalah yang dihadapi oleh guru matematik ialah bagaimana untuk memudahkan murid memahami penambahan pecahan dan bagaimana hasil tambahnya dapat digambarkan. Bagi mengatasi masalah ini. dan b ialah bukan sifar. Selain itu. Kedua-dua kaedah ini dapat mengatasi masalah pendaraban dan dapat membantu dalam mencari nilai setara untuk menyamakan penyebut. kelemahan kedua-dua kaedah ini ialah murid cenderung untuk melakukan kecuaian dalam menyamakan penyebut serta memerlukan penelitian dalam menanda simpang atau membina petak sifir. dengan a dan b adalah nombor integer. Menurut Kamaluddin (1996). 2010).SOROTAN LITERATUR Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat. Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (1998) dalam buku Konsep dan Aktiviti PdP untuk Sekolah Rendah. konsep penambahan pecahan ialah dimana hanya pecahan yang penyebutnya sama boleh ditambah dan penambahan itu terhad kepada pengangka sahaja. satu kaedah alternatif menggunakan Petak Ketingting telah direka bagi membantu meningkatkan kemahiran penambahan pecahan dimana menurut Bas Braams (2003). menurut Amar Sadi (2007) pelajar kerap melakukan kesilapan dengan menambah pengangka dengan pengangka dan penyebut dengan penyebut dimana ini merupakan antara kesilapan utama yang telah dikenalpasti dalam kajian ini. Oleh itu.1970 iaitu pembelajaran konsep matematik ialah konsep konkrit dan konsep abstrak (Nor Hasnida & Nik Noralhuda. . Pernyataan ini disokong oleh teori yang ditegaskan oleh Gagne. Pengertian ini disokong oleh Kaufmann & Schwitters (2000) dimana pecahan ditakrifkan sebagai nombor nyata yang berbentuk a/b. piktorial dan abstrak digunakan dalam Matematik. perkataan pecahan bermaksud nombor yang mewakili sebahagian daripada keseluruhan dimana nombor ditulis dalam bentuk p/q dengan p ialah pengangka dan q ialah penyebut. Maka dapat disimpulkan bahawa penambahan pecahan wajar yang berbeza penyebut memerlukan untuk menyamakan penyebut terlebih dahulu sebelum melakukan operasi tambah kepada pengangka. kaedah alternatif untuk setiap operasi perlu dikenalpasti untuk dijadikan satu algoritma bagi meningkatkan kemahiran asas. Kajian lepas berkaitan dengan inovasi sedia ada bagi tajuk penambahan pecahan wajar yang berbeza penyebut ini dapat dilihat melalui kajian Ridzuan (2013) yang menggunakan “Cross Ticking Method” dan juga Suzieyana (2012) yang menggunakan kaedah “Trans 100” di mana kaedah ini menggabungkan penggunaan transperansi dan petak seratus. Kenyataan ini disokong oleh Tajuddin (2002) dalam kajiannya mendapati bahawa murid didapati banyak melakukan kesilapan yang melibatkan penambahan pecahan dengan pecahan jika dibandingkan dengan kesilapan yang melibatkan penambahan pecahan dengan nombor bulat. Pernyataan ini turut disokong oleh Sousa (2007) yang menyatakan bahawa hasil yang optimum akan dapat dicapai sekiranya pendekatan konkrit. Namun begitu. murid perlu dibimbing membina kefahaman tentang konsep dan kemahiran matematik melalui manipulasi objek konkrit dan gambar rajah serta pemikiran yang bersistem sebelum diperkenalkan kepada simbol dan algoritma yang merupakan perwakilan secara abstrak.

Setelah semua peserta kajian menjalani Intervensi pada setiap sesi tersebut. Kedua-dua ujian ini dilaksanakan bagi melihat perkembangan peserta kajian dalam menguasai kemahiran yang difokuskan setelah menggunakan kaedah yang diperkenalkan oleh pengkaji. Proses pengumpulan data melalui temu bual terlibat dalam dua sesi dimana sesi pertama telah dilaksanakan selepas Ujian Pra diambil dan sesi temu bual kedua dilakukan setelah peserta kajian menduduki Ujian Pasca. Data kualitatif dianalisis secara deskriptif mengikut peserta kajian. Terdapat dua ujian yang dilaksanakan oleh pengkaji bagi memperoleh maklumat untuk mengetahui bagaimana kaedah yang diperkenalkan dapat membantu mereka menyelesaikan soalan operasi penambahan pecahan wajar yang melibatkan penyebut yang berbeza. Pengkaji juga menggunakan set soalan yang sama bagi kedua-dua ujian. Objektif Menentukan bagaimana penggunaan Petak Ketingting dapat meningkatkan kemahiran murid lemah 5 Cerdas dalam menyelesaikan operasi penambahan dua pecahan wajar dengan penyebut yang berbeza sehingga 10. Peserta kajian telah menjawab 6 soalan dan diberikan masa selama 30 minit untuk menyelesaikan ujian terbabit. Ujian Pra bertujuan untuk mengenalpasti tahap pencapaian awal peserta kajian terhadap tajuk penambahan pecahan dan mengenalpasti pengetahuan sedia ada peserta kajian. Pengumpulan data menggunakan instrumen ujian. Manir dalam menambah dua pecahan wajar yang berbeza penyebut sehingga 10 dengan menggunakan Petak Ketingting. Sesi ujian ini masih lagi mengekalkan bilangan soalan dan peruntukan masa yang sama. sesi temu bual ini juga telah dijalankan secara individu terhadap keempatempat peserta kajian di tempat yang ditetapkan bagi mendapatkan pendapat mereka serta perasaan yang mereka alami sebelum dan selepas kaedah yang diperkenalkan pengkaji digunakan oleh mereka. Ujian Pasca ini bertujuan untuk mengenalpasti sebarang kekuatan dan kelemahan serta penambahbaikan yang boleh dilakukan pada kajian-kajian seterusnya. Ujian Pra telah diberikan kepada peserta kajian yang telah dipilih sebelum penggunaan Petak Ketingting diperkenalkan kepada mereka.TUJUAN KAJIAN Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk meningkatkan kemahiran murid lemah Tahun 5 Cerdas Sekolah Kebangsaan Durian Mas. analisis dokumen dan temu bual. pengkaji telah menganalisis menggunakan pelbagai jenis dokumen seperti video rakaman dan gambar sebagai bukti kajian sepanjang sesi intervensi sehingga tamat proses kajian. Persoalan Kajian Bagaimanakah penggunaan Petak Ketingting dapat membantu murid lemah 5 Cerdas menyelesaikan operasi penambahan dua pecahan wajar dengan penyebut yang berbeza sehingga 10? METODOLOGI KAJIAN Kajian tindakan ini melibatkan murid lemah tahun 5 yang terdiri daripada empat orang murid lelaki. . cuma kedudukan soalan sahaja diubah. Di samping itu. Hal ini bagi mengetahui pendapat dan penilaian mereka terhadap intervensi yang dijalankan serta kaedah yang telah diajarkan kepada mereka. peserta kajian diuji semula melalui Ujian Pasca. Semua peserta kajian dipilih berdasarkan kepada pencapaian dalam ujian diagnostik. Selain itu. Selain itu. Ujian ini dilaksanakan setelah para peserta kajian diperkenalkan dengan penggunaan Petak Ketingting. Ujian yang telah dilaksanakan ialah Ujian Pra dan Ujian Pasca.

.SPESIFIKASI INTERVENSI Bagi membantu peserta-peserta kajian dalam menyelesaikan soalan penambahan pecahan wajar yang tidak sama penyebut. penggunaan Petak Ketingting telah diperkenalkan. Jadual 1 Langkah-langkah penggunaan Petak Ketingting LANGKAH PENGGUNAAN PENERANGAN 1. peserta kajian dikehendaki untuk mengisi bulatan yang kosong dengan hasil darab silang mengikut kod warna yang sama. Alat ini merupakan inovasi daripada kaedah tradisional iaitu kaedah darab silang tetapi diubahsuai kepada bentuk Petak Ketingting agar murid mudah untuk mengingati algoritma kemahiran menambah pecahan. 2 1 1 2 ×3  Seterusnya. 1 1 2 3 Contoh soalan : + = ____________ + 1 2 × 1 3 2. 1 1 2 3 Contoh soalan : + = ____________ 3 +  Peserta kajian dikehendaki untuk mengisi lukisan segiempat dalam Petak Ketingting ini dengan soalan penambahan pecahan wajar yang tidak sama penyebut seperti berikut. Rajah 4 : Petak Ketingting Berikut merupakan langkah-langkah penggunaan Petak Ketingting yang diperkenalkan oleh pengkaji.

Rajah 5 : Contoh buku latihan Matematik yang dilukis oleh Hakim. Hakim merupakan antara murid yang agak lambat dan . Hakim gemar melukis dimana dia sering melukis dan menconteng bukubuku dan lembaran dengan pelbagai lukisan. Pada Intervensi 3. peserta kajian menyelesaikan operasi penambahan pecahan wajar yang tidak sama penyebut dengan menambah nombor dalam bulatan sebagai pengangka dan nombor di dalam separa bulatan sebagai penyebut dan ditulis seperti berikut. 5. Selain itu. peserta kajian dikehendaki untuk mengisi separa bulatan yang kosong dengan hasil darab dua nombor di atas bentuk separa bulatan tersebut bagi mendapatkan penyebut yang sama. Berdasarkan rajah diatas. DAPATAN KAJIAN Berdasarkan kajian tindakan ini. Sewaktu sesi PdP. Hakim (bukan nama sebenar) merupakan seorang murid yang rajin membantu guru dimana dia merupakan murid pertama yang akan menawarkan diri apabila guru meminta bantuan. pengkaji telah melaksanakan 3 sesi intervensi bagi membantu peserta kajian menguasai kemahiran menambah pecahan wajar dengan penyebut yang berbeza dimana pada Intervensi 1. peserta kajian perlu menjawab 6 item soalan tanpa menggunakan alat Petak Ketingting. pengkaji telah memperkenalkan penggunaan Petak Ketingting kepada peserta kajian dan pada Intervensi 2 peserta kajian perlu melukis kembali Petak Ketingting dan menjawab 4 soalan. dapat dilihat bahawa Hakim merupakan seorang murid yang kreatif dan berimaginasi tinggi. 1 1 2 3 Contoh soalan : + = ____________ 3+2 5 6 6  Peserta kajian melaksanakan operasi penambahan pecahan seperti biasa. 1 1 2 3 Contoh soalan : + = ____________ 3+ 2 1 1 2× ×3  Kemudian. 1 1 2 3 Contoh soalan : + = ____________ 3 + 1 2 1 3+2 2× 3 6 6  Seterusnya.3. Berdasarkan kajian tindakan ini. 6 4.

Rajah 7 : Contoh Kesilapan Hakim dalam Item 2 dan 6 Ujian Pra. Hakim telah menunjukkan minatnya tehadap alat ini dan mula menawarkan diri untuk mencuba beberapa soalan yang diberikan oleh pengkaji. Pernyataan ini disokong oleh temu bual bersama Hakim dimana pengkaji menanyakan bagaimana Hakim mendapatkan jawapan bagi soalansoalan tersebut. Hakim juga tidak menunjukkan sebarang jalan pengiraan bagi menyelesaikan soalan-soalan tersebut. Semasa menganalisis setiap item. pengkaji telah menjalankan tiga sesi Intervensi bagi membantu Hakim meningkatkan kemahiran menambah dua pecahan wajar yang tidak sama penyebut. sewaktu sesi temu bual dijalankan. Berikut merupakan antara kesilapan yang dilakukan oleh Hakim sewaktu menjawab Ujian Pra. Hakim juga kurang keyakinan diri dimana Hakim sering meniru hasil kerja murid lain semasa latihan diberikan. pengkaji dapat melihat perubahan Hakim sewaktu pengkaji memperkenalkan alat Petak Ketingting dan menerangkan caracara penggunaanya.” (PK02-TB01-B14) Ini menunjukkan bahawa Hakim telah salah faham konsep penambahan pecahan wajar dengan melakukan operasi penambahan seperti nombor bulat. Hakim menyatakan. Hal ini kerana Hakim suka berkhayal dan suka menconteng dan melukis di buku latihan menyebabkan Hakim cepat hilang tumpuan di dalam kelas dan memerlukan perhatian yang lebih sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran di kelas. Pernyataan ini dapat dibuktikan melalui rajah berikut: Rajah 6 : Hakim Meniru Hasil Kerja Murid Lain dan Tidak Menumpukan Perhatian Semasa PdP. Sewaktu sesi Intervensi yang pertama ini. . Bagi menangani masalah yang dikesan melalui hasil analisis Ujian Pra tersebut. pengkaji mendapati bahawa Hakim telah salah menjawab semua soalan dimana kesilapan utama yang sering dilakukan oleh Hakim dapat dilihat pada keenam-enam item dimana Hakim telah menambah pecahan wajar tanpa menyamakan penyebut terlebih dahulu. tak ingat nak buat macamana. Setelah melaksanakan Ujian Pra ke atas Hakim. Berdasarkan rajah diatas.“Mula-mula saya tambah.sering ketinggalan dalam memahami pembelajaran yang dilaksanakan. Pada pemerhatian pengkaji. pengkaji telah menganalisis keenam-enam item yang dijawab oleh Hakim bagi mengenalpasti kesilapan yang dilakukan semasa menyelesaikan penambahan dua pecahan wajar dengan penyebut yang berbeza sehingga 10. Sesi Intervensi yang pertama merupakan sesi pengenalan kepada alat yang diperkenalkan oleh pengkaji iaitu Petak Ketingting. “Tak tahu. Hakim menjawab. Begitu juga apabila ditanya mengapa Hakim telah salah semua soalan. pengkaji dapat menyimpulkan bahawa Hakim telah salah faham konsep penambahan pecahan dimana Hakim menambah pecahan seperti menambah nombor bulat di mana Hakim telah menambah terus pengangka dengan pengangka dan penyebut dengan penyebut tanpa menyamakan penyebut terlebih dahulu.” (PK02-TB01-B06). Saya tambah nombor atas dengan yang atas dan nombor bawah dengan nombor bawah.

Hakim telah menunjukkan sikap yang positif apabila Hakim cuba bersaing dengan peserta kajian lain untuk melukis Petak Ketingting dengan cepat.” Berikut merupakan contoh item soalan serta jalan pengiraan yang ditunjukkan oleh Hakim yang dianalisis oleh pengkaji bagi sesi Intervensi pertama ini. Berdasarkan pemerhatian pengkaji semasa sesi Intervensi ini dilaksanakan.” yang membawa maksud soalan yang diberikan dapat dijawab dengan mudah oleh Hakim. Hakim telah diberikan sehelai kertas A4 kosong dan diminta untuk melukis kembali alat Petak Ketingting yang digunakan semasa sesi Intervensi pertama bagi menguji sama ada Hakim masih mengingati hasil pembelajaran yang dilaksanakan pada sesi Intervensi 1. Hakim juga mengatakan bahawa. Hakim juga kelihatan seronok menyelesaikan soalan yang diberikan dan menyatakan bahawa.Rajah 8: Hakim Menggunakan Petak Ketingting. Rajah 9 : Item 3 Sesi Intervensi 1 Hakim Berdasarkan Rajah 9. Hal ini telah menunjukkan satu peningkatan yang baik dimana Hakim telah mula berminat untuk mengikuti pembelajaran. “Seronok la cikgu. . Hakim merupakan seorang murid yang suka melukis dan melalui intervensi ini pengkaji telah dapat melihat bakat Hakim dimana Hakim telah dapat melukis 5 Petak Ketingting dalam hanya beberapa saat sahaja. “Dulu susah cikgu. jawab soalan guna alat ini. Berdasarkan rajah diatas. Hal ini menunjukkan bahawa cara atau teknik yang digunakan oleh pengkaji telah dapat meningkatkan kemahiran Hakim bagi menjawab soalan penambahan dua pecahan wajar yang tidak sama penyebut. tapi sekarang rasa senang pulak. Hakim telah memberi tumpuan dan fokus yang baik semasa menggunakan Petak Ketingting. . Berikut merupakan contoh Petak Ketingting yang dilukis oleh Hakim. Rajah 10: Petak Ketingting yang Dilukis oleh Hakim. Pada sesi Intervensi 2 ini. didapati bahawa Hakim telah menunjukkan peningkatan dalam kemahiran menambah pecahan wajar dimana Hakim telah menunjukkan langkah pengiraan dengan betul.

Berdasarkan analisis skrip jawapan Hakim.Seterusnya. Tambahan pula. Hakim telah menunjukkan peningkatan yang sangat baik apabila Hakim telah menyatakan jawapan akhir bagi soalan tersebut dalam bentuk pecahan termudah. Rajah 11 menunjukkan algoritma yang ditunjukkan oleh Hakim semasa menjawab soalan yang diberikan oleh pengkaji pada akhir sesi Intervensi 2. didapati bahawa Hakim lebih fokus dan berhati-hati dalam membuat pengiraan dan telah menunjukkan langkah pengiraan satu-persatu dengan lebih tersusun dan sistematik. Bagi menguji kemahiran yang dikuasai oleh Hakim. pengkaji mendapati bahawa Ujian Pasca perlu diadakan bagi menentukan keberkesanan sesi-sesi Intervensi yang telah diadakan tersebut. Pada Intervensi 3.” yang bermaksud Hakim cuba untuk menjawab item berikutnya tanpa bantuan pengkaji. Rajah 11: Item 3 dan 4 Sesi Intervensi 2 Hakim. Hakim juga telah menunjukkan peningkatan dimana Hakim sudah mula yakin untuk menjawab soalan tanpa bantuan pengkaji dan peserta kajian lain dengan mengatakan. “Dulu susah cikgu. Hakim juga mengatakan bahawa. Setelah sesi Intervensi sebanyak tiga kali diadakan untuk setiap peserta kajian. tapi sekarang rasa senang pulak. pengkaji mendapati Hakim telah dapat menjawab keenam-enam soalan dengan betul.” yang bermaksud soalan yang diberikan dapat dijawab dengan mudah oleh Hakim. Hakim telah diberikan 4 soalan penambahan dua pecahan wajar yang berbeza penyebut dan perlu menyelesaikan soalan tersebut menggunakan Petak Ketingting yang telah dilukis bagi mengetahui penguasaan Hakim terhadap kemahiran tersebut. pengkaji telah memberikan soalan dalam lembaran kerja pada akhir sesi intervensi. pengkaji telah memberikan beberapa contoh soalan bagi membimbing peserta kajian menyelesaikan soalan penambahan dua pecahan wajar yang tidak sama penyebut menggunakan Petak Ketingting yang dilukis serta menyatakan jawapan akhir dalam bentuk pecahan termudah. Pengkaji telah mendapati bahawa Hakim telah dapat menunjukkan langkah-langkah pengiraan mengikut urutan yang betul. Berdasarkan Rajah 12. “Kita nak cuba buat sendiri lah cikgu. Rajah 12: Item 3 dan 4 Sesi Intervensi 3 Hakim. pengkaji mendapati Hakim telah mengaplikasikan kaedah dari alat Petak Ketingting yang telah diperkenalkan oleh pengkaji . Setelah menganalisis skrip jawapan item daripada Ujian Pasca ini. Ujian Pasca ini terdiri daripada 6 item dan diberikan masa selama 30 minit.

Walau bagaimanapun. Para peserta kajian telah menunjukkan algoritma dengan lebih tersusun dan sistematik. Selain itu.” (TB02-PK02B18). kesemua peserta kajian telah menunjukkan perubahan tingkah laku yang positif dimana mereka menunjukkan minat mempelajari Matematik dengan memberikan fokus yang baik sepanjang sesi-sesi Intervensi di laksanakan. . Pengkaji mendapati bahawa Hakim telah dapat menunjukkan langkah algoritma dengan betul serta dapat menyatakan jawapan akhir dalam bentuk pecahan termudah dengan tepat pada item 1. dan 6.tapi kalau cikgu ajar cara senang macam ni. Kenyataan ini dapat dilihat melalui temu bual dimana Hakim mengatakan “Suka belajar Matematik. Hakim juga menyatakan bahawa Hakim berminat untuk mempelajari Matematik apabila diberikan kaedah yang mudah seperti Petak Ketingting. Secara keseluruhannya.5. Hakim telah cuai dalam mempermudahkan pecahan dimana Hakim telah melakukan kesilapan mencari pecahan yang setara bagi menyatakan jawapan akhir yang teringkas. Rajah 14: Item 2 Ujian Pasca Hakim. Contoh item-item yang telah dijawab dengan betul oleh Hakim boleh dilihat pada rajah dibawah..dengan baik. keempat-empat peserta kajian telah menunjukkan peningkatan dari segi penguasaan kemahiran menambah dua pecahan wajar dengan penyebut yang berbeza sehingga 10 dengan baik. Bagi jawapan item 2.4. Rajah 13: Item 5 dan 6 Ujian Pasca Hakim. peningkatan sebanyak 97% ini telah membuktikan bahawa penggunaan kaedah Petak Ketingting yang diperkenalkan oleh pengkaji telah dapat meningkatkan kemahiran Hakim dalam menambah dua pecahan wajar yang tidak sama penyebut. Tambahan pula.3. Pencapaian ini turut disokong melalui temu bual yang dijalankan oleh pengkaji dimana Hakim telah dapat menyatakan algoritma yang betul dalam menjawab soalan Item 3 (TB02-PK02-B8).

Zanzali (2010) yang mengatakan bahawa penggunaan BBM dapat meningkatkan kefahaman dan menarik perhatian pelajar untuk lebih fokus dan memahami konsep yang diajar. 1-7.pdf A. Namun begitu. Bas Braams. (2010). Tambahan pula. pengkaji telah menyedari akan kepentingan seseorang guru itu menyiasat dan mengetahui masalah-masalah yang dihadapi oleh murid dalam sesuatu pembelajaran serta menambah baik amalan dalam proses PdP. The Many Ways of Arithmetic in UCSMP Everyday Mathematics. penggunaan bahan bantu mengajar yang menggunakan pendekatan bentuk permainan dan warna yang digunakan telah dapat menarik minat murid untuk mempelajari Matematik. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka. kajian tindakan ini telah memberi peluang kepada pengkaji untuk menjana idea yang kreatif dan efektif untuk digunakan dalam pedagogi dengan membuat analisis serta rujukan ilmiah dimana hal ini selaras dengan hasrat dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) yang ingin membentuk guru yang kreatif dan inovatif dalam menghasilkan pembelajaran yang berkualiti. al. Sesi-sesi intervensi yang telah dilaksanakan telah berjaya membantu peserta kajian menguasai kemahiran menambah pecahan. Johor: Universiti Teknologi Malaysia. Sebagai penambahbaikan. Hal ini disokong oleh A.(2007). Kajian tindakan ini telah dapat meningkatkan tahap profesionalisme pengkaji sebagai seorang bakal guru terlatih dimana melalui kajian ini.uaeu. Dalam samping itu. Kamus Dewan Edisi Keempat. UGRU Journal. .com/em-arith. bulatan dan separa bulatan itu sendiri telah dapat membantu peserta kajian mengingati algoritma dengan mudah sebagai salah satu cara alternatif.ae/ugrujournal/ugrujournal_files/sr5/min. New York University. (2005). piktorial dan abstrak digunakan dalam Matematik. kajian ini terbatas kepada penambahan dua pecahan wajar sahaja serta memerlukan inovasi lain untuk menerangkan konsep pecahan dalam konteks kehidupan sebenar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. pengkaji mendapati penggunaan bentuk Petak Ketingting yang terdiri daripada bentuk segi empat sama. murid-murid perlulah diajar dan didedahkan dengan suatu teknik yang dapat membantu mereka menyelesaikan sesuatu masalah dengan cara yang mudah diingati. Selain itu. penggunaan Petak Ketingting telah dapat membantu murid lemah Tahun 5 dalam kemahiran menambah dua pecahan wajar dengan penyebut yang berbeza sehingga 10. pengkaji mencadangkan untuk mengaplikasikan kaedah Petak Ketingting ini dalam perisian ICT untuk mewujudkan suasana interaktif serta mengembangkan penggunaan kaedah ini dalam topik penambahan dan penolakan nombor bercampur. kaedah ini dapat meminimakan kesilapan murid dimana kebarangkalian untuk murid cuai dalam algoritma adalah rendah. Diakses dari http://www. Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia (1998). Hal ini adalah kerana pengkaji telah mengaplikasikan pembelajaran bermula daripada peringkat konkrit. (2003).KESIMPULAN Secara keseluruhannya. Hajah Noresah et. Diakses dari http://www. Tuntasnya. Konsep dan Aktiviti Pengajaran Pembelajaran Matematik: Pecahan untuk Sekolah Rendah. Kaedah Petak Ketingting ini merupakan suatu kaedah yang mudah dan menarik dimana murid hanya perlu mengingat bentuk petak ketingting yang dilukis bagi menyamakan penyebut dan melakukan operasi penambahan pecahan.ugru.nychold. 5.html. Misconceptions in Numbers. Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Di Kalangan Guru Pelatih Utm yang Mengajar Matapelajaran Matematik. RUJUKAN Amar Sadi. piktorial dan seterusnya kepada peringkat abstrak dimana menurut Sousa (2007) hasil yang optimum akan dapat dicapai sekiranya pendekatan konkrit. Tambahan pula. Zanzali.ac.

(2000). Tajuddin Salleh. Prosiding Penyelidikan Kebangsaan IPTA. Pemahaman Konseptual dan Prosedural Matematik Pelajar . (2013). CA: Corwin Press. Perbandingan Analisis Kesilapan Semasa Menambah Nombor Bulat Dengan Pecahan dan Pecahan Dengan Pecahan. D. Universiti Kebangsaan Malaysia. USA: Brooks Cole. Nor Hasnida Che Md Ghazali & Nik Noralhuda Nik Mohamed (2010).(2002). . Suzieyana. 4456). Mohd Ridzuan.edu/1470543/PEMAHAMAN_KONSEPTUAL_DAN PROSDURAL_MATEMATIK_PELAJAR.Kaufmann & Schwitters. Terengganu: Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail. Keberkesanan Penggunaan Trans100 Dalam Membantu Murid Menyelesaikan Masalah Penambahan Pecahan Tidak Sama Penyebut Bagi Murid Lemah Tahun 5 Pintar. Diakses dari http://www. How the Brain Learns Mathematics. (2007).A. “Cross Ticking Method” Membantu Murid Tahun 4 Menyelesaikan Penambahan dan Penolakan Pecahan Tidak Sama Penyebut.academia. 2000. (hlm. (2012). Algebra For College Students (Worksheets and Study Guide for Kaufmann and Schwitters) Paperback – January 1. Fakulti Pendidikan. Sousa. Terengganu: Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail. Thousand Oaks.