You are on page 1of 12

PROSIDING PERKEM VIII, JILID 3 (2013) 1340 - 1351

ISSN: 2231-962X

Pembasmian Kemiskinan Melalui Program Amanah Ikhtiar: Kajian
Kes Cawangan Kota Setar, Kedah
Syuhada Abd Halim
Doris Padmini Selvaratnam
Norlaila Abu Bakar
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia
E-mail: syuhada_abdhalim@yahoo.com.my

ABSTRAK
Pembiayaan melalui kredit mikro merupakan satu program yang diperkenalkan untuk membantu
mengatasi masalah kemiskinan. Profesor Muhammad Yunus telah memperkenalkan skim kredit mikro
menerusi model Bank Grameen bagi mengatasi masalah kemiskinan di Bangladesh. Inisiatif Bank
Grameen telah diiktiraf sebagai program pembasmian kemiskinan yang paling berjaya pada dekad
1980-an, 1990-an dan millennium baru. Matlamat kerajaan dalam membasmi kemiskinan telah bermula
sejak perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) merupakan satu
badan yang bertanggungjawab dalam menyediakan kemudahan kredit kepada golongan berpendapatan
rendah di bandar atau luar bandar di mana penyaluran kredit mikro ini adalah bertujuan untuk
menambahkan pendapatan mereka dengan menyediakan sumber pinjaman bagi memulakan perniagaan
kecil-kecilan. Kajian ini lebih menfokuskan kepada kemiskinan luar bandar iaitu dijalankan di
sembilan blok Cawangan Kota Setar, Kedah yang terdiri daripada Blok Langgar, Blok Titi Gajah, Blok
Kota Setar, Blok Kubang Rotan, Blok Kuala Kedah, Blok Tajar, Blok Kota Sarang Semut dan Blok
Pokok Tai. Objektif utama kajian ini adalah untuk mengkaji kehidupan responden sebelum dan selepas
menyertai AIM. Objektif khusus kajian ini adalah untuk (i) menganalisis sama ada pembiayaan kredit
mikro yang disediakan oleh AIM dapat meningkatkan pendapatan responden (ii) menganalisis sama
ada pembiayaan kredit mikro yang disediakan oleh AIM dapat meningkatkan taraf hidup responden.
Kaedah persampelan rawak berlapis telah digunakan di mana responden dipilih secara rawak mengikut
Pusat yang terdapat di sembilan Blok di Cawangan Kota Setar. Data diperoleh dengan mengedarkan
borang soal selidik kepada 478 responden di 27 pusat yang telah dipilih di sembilan Blok yang terdapat
di Cawangan Kota Setar, Kedah. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan Statistical Package for
Social Science (SPSS). Kaedah statistik yang digunakan dalam kajian ini ialah statistik deskriptif,
ujian-t, ujian Khi Kuas Dua. Hasil kajian menunjukkan bahawa pembiayaan kredit mikro membantu
meningkatkan pendapatan dan taraf hidup responden.
Kata kunci: kredit mikro, pendapatan, taraf hidup, kemiskinan

ABSTRACT
Financing through micro-credit is a program that was introduced to help overcome poverty. Professor
Muhammad Yunus has introduced the micro-credit scheme through the Grameen Bank model for
poverty alleviation in Bangladesh. The Grameen Bank initiative has been recognized as the most
successful poverty reduction strategy in the 1980s, 1990s and the new millennium. The government's
aim of tackling poverty started since the implementation of the New Economic Policy (NEP). Amanah
Ikhtiar Malaysia (AIM) is an organization responsible for providing credit to low-income groups in
urban or rural areas where the transmission of micro-credit is intended to supplement their income by
providing a source of loans to start small businesses. This research focuses on rural poverty in Kota
Setar Kedah. Field survey was carried out in nine blocks in Kota Setar, Kedah consisting of Block
Langgar, Block Titi Gajah, Block Kota Setar, Block Kubang Rotan, Block Kuala Kedah, Block Tajar,
Block Kota Sarang Semut, and Block Pokok Tai. The main objective of this study was to examine the
life of the respondents before and after joining AIM. The specific objectives of this study were to
analyze whether micro-credit financing provided by the AIM (i) can increase the income of the
respondents; and (ii) improve their living standard. Stratified sampling method was used, whereby the
respondents were randomly selected according to the centers available in the nine blocks in Kota
Setar. Data was collected by distributing questionnaires to 478 respondents at 27 centers that have
Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia ke VIII (PERKEM VIII)
“Dasar Awam Dalam Era Transformasi Ekonomi: Cabaran dan Halatuju”
Johor Bahru, 7 – 9 Jun 2013

Pekali Gini telah digunakan bagi mengukur ketidaksamarataan pendapatan. AIM telah memberi bantuan kewangan kepada golongan miskin.7 peratus pada tahun 2004. pembelian aset bagi memperluaskan perniagaan.5 peratus. were assisted by the enumerators. produk pinjaman . Matlamat kerajaan dalam membasmi kemiskinan telah bermula sejak perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang telah diperkenalkan pada tahun berkenaan adalah bertujuan untuk menangani ketidakseimbangan ekonomi yang ketara pada ketika itu. Zaini. Rindam dan Supian (2012) telah membuat kajian mengenai pencapaian skim kredit mikro AIM dalam landskap pembangunan luar bandar. tempat tinggal dan sebagainya untuk diri sendiri dan isi rumah. Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) adalah satu institusi yang memberi pinjaman kredit kepada mereka yang memerlukannya.5 peratus pada tahun 1970 kepada 5. 11. Hasil kajian mendapati bahawa pendapatan dari sumber projek yang dibiayai oleh mikro ini memberi kesan kesamaan (equalising effect) ke atas ketaksamarataan pendapatan. poverty. kajian ini juga menggunakan data yang diperoleh dari Kajian Penyelidikan Impak 6 AIM. Dapat dilihat sejak tahun 1971 lagi kerajaan telah menitikberatkan masalah kemiskinan. pakaian. (2012) adalah untuk melihat impak kredit mikro ke atas ketaksamarataan pendapatan di kalangan sahabat Amanah Ikhtiar di Kedah dan Kelantan. Hal ini termasuk kegiatan perniagaan kecil-kecilan. luar bandar dan miskin tegar masing-masing 2. who were unable to read or write. Keywords: micro credit. Namun persoalannya. artikel ini akan mengkaji keadaan kehidupan Sahabat sebelum dan selepas menerima pembiayaan kredit mikro daripada AIM. Malaysia telah mencatat kejayaan yang membanggakan dalam usaha membasmi kemiskinan. KAJIAN LEPAS Analisis kajian yang dilakukan oleh Saifoul et. Kedah. Kajian ini dilakukan bertujuan untuk menilai sejauhmana perkembangan cawangan. Selain itu. Kaedah kajian yang digunakan adalah kaedah temuduga yang dilakukan ke atas 495 orang responden. sikap. peningkatan syer pendapatan dari sumber projek kredit mikro akan memancu kepada pengurangan dalam jumlah ketaksamarataan. Pada tahun 2004. kekayaan. AIM akan menyediakan pembiayaan kredit mikro bagi sahabat yang ingin memulakan perniagaan atau sahabat yang ingin menambahbaik perniagaan sedia ada.al.9 peratus dan 1. Data was analyzed using the Statistical Package for Social Science 21 (SPSS). Dengan andaian ceteries paribus.Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VIII 2013 1341 been randomly selected from the nine blocks in Kota Setar. income. satu badan telah ditubuhkan bagi melaksanakan dasar-dasar pembasmian kemiskinan ini. eujudan AIM dengan membantu golongan miskin untuk memperbaiki taraf ekonomi keluarga telah menyedarkan golongan ini untuk terlibat dan mendapatkan pembiayaan kredit mikro tanpa cagaran dari Skim Pinjaman Ikhtiar yang disediakan oleh AIM. Secara keseluruhannya. luar bandar dan kemiskinan tegar. Seseorang dikatakan miskin kerana tidak mempunyai harta ataupun pilihannya terhadap barangan dan perkhidmatan bawahan (inferior) (Laily Paim & Sharifah Azizah 2010). Kajian ini akan menganalisis sama ada pendapatan dan taraf hidup Sahabat meningkat atau tidak selepas menerima pembiayaan kredit mikro daripada AIM. The statistical methods used in this study are descriptive statistics and regression analysis. pendidikan. The results show that micro-credit financing helped to improve the income and living standards of the respondents.2 peratus (Unit Perancang Ekonomi). Keadaan yang sama berlaku kepada kadar kemiskinan bandar. kadar kemiskinan bandar. iaitu mereka yang berpendapatan di bawah garis kemiskinan di seluruh negara yang ingin menjalankan aktiviti ekonomi. standard of living PENGENALAN Miskin merujuk kepada ketidakcukupan sumber untuk memenuhi keperluan hidup iaitu pendapatan yang tidak cukup untuk menyediakan makanan. pekerjaan dan pilihan penggunaan. jangkauan keahlian modal yang dikeluarkan. Respondents. Keberkesanan pembiayaan kredit mikro yang disediakan oleh AIM dilihat mampu membantu golongan ini mengembangkan kemahiran yang diperoleh oleh mereka. Objektif kajian ini ialah menganalisis impak kredit mikro ke atas ketaksamarataan pendapatan di kalangan sahabat Amanah Ikhtiar di Kedah dan Kelantan. Dalam usaha membasmi kemiskinan di Malaysia. kadar kemiskinan telah menurun daripada 49. Kemiskinan pula boleh diterangkan dengan merujuk kepada keadaan miskin seperti status ekonomi seseorang individu atau sesebuah isi rumah. adakah kesan pembiayaan kredit mikro ini mampu meningkatkan pendapatan dan taraf hidup Sahabat? Oleh itu.

Kajian ini telah menggunakan data primer iaitu melakukan soal selidik di sebelah daerah di Kedah iaitu di Baling. Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk mengumpul maklumat mengenai individu yang menerima kredit mikro dari tiga organisasi utama di Bangladesh iaitu Grameen Bank. 210 bagi cawangan BRAC dan ASA. Hasil kajian menunjukkan bahawa program AIM sangat berkesan dalam mengurangkan kemiskinan di Malaysia. Bagi menggalakkan pembangunan perusahaan mikro.al. Dalam tahun 2011. aset perusahaan dan kenderaan yang dimiliki oleh responden yang telah lama menyertai program AIM ini lebih tinggi berbanding responden yang baru menyertai program AIM. (ii) menganalisis sama ada program AIM telah membawa kepada pengurangan kemiskinan di kalangan peserta dan (iii) melihat sama ada AIM masih sesuai diteruskan di Malaysia. 100 orang baru di cawangan Grameen Bank . Doris Padmini Selvaratnam. nilai pasaran pertanian dan peralatan pengeluaran. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti kesan program AIM ke atas perusahaan mikro yang dimiliki oleh wanita miskin di kawasan luar bandar Malaysia. Data dikumpul daripada 281 responden luar bandar daripada tujuh cawangan dalam lima negeri di Semenanjung Malaysia. Manakala 42 orang lagi digugurkan dari kajian kerana maklumat mereka telah hilang. Supian dan Norziani (2012) telah membuat kajian mengenai prestasi ekonomi daripada program kredit mikro luar bandar di mana kajian kes dilakukan di Kedah. nilai pasaran stok pertanian atau bahan mentah. Joseph dan Nurul Huda (2012) adalah untuk mengkaji kesan program kredit mikro AIM ke atas aset perusahaan mikro di luar bandar Malaysia. Keberkesanan ini telah dilihat selepas 6 tahun penyertaan responden. kesedaran mengenai produk kewangan Islam dan pendapat mengenai . Jahangir et. Kelantan dan Terengganu. Kaedah kajian yang dilakukan adalah dengan melihat beberapa kajian impak yang pernah dijalankan oleh AIM sendiri dan pengkaji-pengkaji bebas sejak tahun 1990 hingga 2006. Bangladesh Rural Advancement Committe (BRAC) dan Association of Social Advancement (ASA) bagi melihat kesan kredit mikro ke atas kemiskinan dalam tempoh enam tahun. Kota Setar dan Kulim. Sik. pinjaman daripada AIM. Hasil perbincangan berdasarkan beberapa kajian lepas telah menunjukkan pencapaian skim kredit mikro AIM meningkatkan prestasi ekonomi sahabat. Objektif kajian ini dilakukan adalah untuk mengkaji prestasi ekonomi berdasarkan program AIM dengan (i) menganalisis sama ada ia mempunyai kesan dalam meningkatkan pendapatan peserta selepas penggunaan pinjaman. Kaedah persampelan rawak berstrata telah digunakan untuk menjalankan kajian ini. Kubang Pasu. AIM perlu menyediakan latihan yang mencukupi. Hasil kajian menunjukkan bahawa keberkesanan kredit mikro tidak akan berlaku dalam jangka masa pendek tetapi ia akan berkesan dalam jangka masa panjang. pendapatan dan aset yang diperoleh sebelum dan selepas meminjam daripada AIM. Dapatan kajian juga menunjukkan program kredit mikro AIM berkesan dalam meningkatkan pendapatan peserta serta mengurangkan insiden kemiskinan di kalangan peserta selepas terlibat dalam program AIM.1342 Syuhada Abd Halim. Sazali dan Malarvizhi (2010) adalah untuk melihat kesan pembiayaan kredit mikro AIM ke atas aset perusahaan mikro di Malaysia. persekitaran yang baik dan fleksibel dan mempelbagaikan program pinjaman kepada peserta AIM. Hasil kajian menunjukkan nilai pasaran semasa ternakan. Padang Terap. Pendang. Norlaila Abu Bakar dan prestasi ekonomi di kalangan peserta program AIM. Tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk menentukan sama ada pinjaman AIM menyumbang kepada peningkatan dalam pendapatan dan untuk mengenalpasti faktor-faktor lain yang menyumbang kepada peningkatan dalam pendapatan. pertanian/kelengkapan pengeluaran. Norma dan Jarita telah melakukan kajian mengenai “An economic impact assessment of a microcredit program in Malaysia: The case of Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM). perbelanjaan responden. Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengkaji kesan program mikro kredit AIM ke atas isi rumah miskin tegar terhadap aset perusahaan mikro di Semenanjung Malaysia. (2002) telah membuat kajian mengenai kesan kredit mikro ke atas kemiskinan yang dilakukan di Bangladesh. jangkauan peserta dan jumlah pinjaman yang dikeluarkan juga meningkat setiap tahun. Kaedah yang dilakukan adalah menggunakan soal selidik di mana soalan yang terdapat di dalam borang soal selidik meliputi latar belakang sosioekonomi responden. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa penyertaan program kredit mikro AIM ini telah membawa kepada peningkatan dalam aset perusahaan mikro iaitu nilai pasaran stok pertanian dan bahan mentah. Kaedah yang digunakan adalah kaedah soal selidik yang dilakukan ke atas 952 orang iaitu 432 orang lama di cawangan Grameen Bank. Kuala Muda. perdagangan aset dan jumlah aset perusahaan kecil. Kajian yang dilakukan oleh Abdullah. Kaedah kajian yang dilakukan ialah menggunakan reka bentuk keratan rentas dengan persampelan rawak berstrata di mana sampel dipilih dari tiga kawasan yang berbeza iaitu di negeri Kedah. Selain itu. stok pertanian/bahan mentah. Lima hipotesis telah dibina iaitu terdiri daripada nilai pasaran ternakan (Market value of livestock). Zaini. nilai pasaran aset perusahaan (trading assets) dan nilai pasaran aset perusahaan mikro (microenterprise assets). AIM juga dilihat sebagai pelengkap kepada program pembasmian kemiskinan yang dilakukan oleh kerajaan. Analisis kajian yang dilakukan oleh Abdullah. Kajian ini telah menggunakan regresi logit untuk mendapatkan keputusan kajian.

pemilikan aset. Faktor lain yang mempengaruhi prestasi ekonomi peserta AIM adalah tahap pendidikan. Joseph dan Sazali (2012) adalah untuk mengkaji kesan program kredit mikro AIM ke atas kualiti hidup peserta di kawasan luar bandar di Malaysia. Kaedah persampelan rawak berlapis telah digunakan untuk membuat pemilihan sampel kajian. status perkahwinan. Hasil kajian menunjukkan bahawa kebanyakan Sahabat menggunakan pinjaman yang diperoleh untuk membiayai kegiatan ekonomi yang mereka usahakan. umur. Reka bentuk pensampelan yang digunakan adalah kebarangkalian rawak strata mengikut cawangan AIM. Hasil kajian menunjukkan bahawa pembiayaan kredit mikro dapat meningkatkan kualiti hidup isi rumah miskin luar bandar di Malaysia dan dapatan kajian juga telah menunjukkan bahawa status penglibatan responden dikaitkan dengan saiz dan kualiti rumah yang di milik.0 dan E-Views 7. Manakala kaedah statistik yang digunakan adalah statistik deskriptif. Analisis kajian yang dilakukan oleh Zaimah (2010) memfokuskan kepada bagaimana Sahabat yang telah memperoleh pinjaman kredit mikro menguruskan pinjaman yang diperoleh. Pemilihan sampel dibuat secara rawak mengikut senarai daftar pusat. ujian berstatistik dan analisis regresi berganda. Kajian ini dilakukan di Mukim Tobiar dan Daerah Pendang. Analisis kajian yang dilakukan oleh AIM bersama Universiti Utara Malaysia (UUM) adalah untuk mengukur impak sosioekonomi program kredit mikro terhadap taraf kehidupan Sahabat. hasil kajian juga mendapati program kredit mikro AIM memberi kesan ke atas peluang pekerjaan dan secara tidak langsung telah memberikan kesan ke atas modal sosial dalam kalangan Sahabat. menilai impak kredit ke atas tingkat pekerjaan dan pendapatan perusahaan mikro dan mengukur persepsi Sahabat terhadap perkhidmatan yang disediakan oleh AIM. Kajian ini telah menggunakan reka bentuk keratan rentas dengan kaedah persampelan rawak berstrata bagi mengkaji sama ada penyertaan peserta dalam program pembiayaan kredit mikro AIM dapat meningkatkan kualiti hidup golongan miskin luar bandar.0 dan kaedah statistik yang digunakan adalah statistik deskriptif. Hasil kajian menunjukkan terdapat hubungan positif antara tempoh menyertai AIM. Regresi Ordinal Least Squares (OLS) telah digunakan untuk menentukan faktorfaktor yang boleh mempengaruhi pemboleh ubah tertentu. METODOLOGI Kajian ini melibatkan kaji selidik di mana data primer yang melibatkan 478 orang responden telah dikumpul. Selain itu. Analisis kajian dilakukan menggunakan perisian SPSS. Abdullah et. ujian Khi Kuasa Dua dan ujian-t. nisbah pendapatan dan nilai aset.al. Kaedah statistik deskriptif telah dilakukan. Manakala bagi pemboleh ubah bebas termasuklah tahap pendidikan. pengalaman berkaitan projek dan jumlah pinjaman dengan tingkat pendapatan yang diperoleh Sahabat. mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi pertumbuhan dan pembangunan perusahaan mikro. jumlah pinjaman dan sebagainya.Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VIII 2013 1343 produk tersebut. Analisis dilakukan menggunakan SPSS 21 (Statistical Package for Social Science). hanya 338 (70. Borang soal selidik merupakan kaedah yang digunakan untuk memungut maklumat. Hasil daripada kajian ini mengesahkan bahawa jumlah pinjaman yang diterima mempunyai hubungan positif dengan jumlah aset dan bilangan responden yang mendapat pekerjaan yang kemudiannya membawa kepada peningkatan dalam aset isi rumah. Responden yang berpendidikan adalah lebih berpengetahuan dalam mengendalikan projekprojek mereka. sebahagian pembiayaan yang diperoleh adalah untuk penambahbaikan rumah dan perbelanjaan pendidikan anak-anak Sahabat. Kedah. SPSS 16. Dapatan kajian menunjukkan bahawa prestasi ekonomi peserta AIM adalah ditentukan oleh jumlah wang yang dipinjam dari AIM. DAPATAN KAJIAN Profil Responden . Data diperoleh menggunakan SPSS12. Daripada 478 borang soal selidik yang diedarkan. Dengan mendapat jumlah pinjaman yang tinggi ia dapat membantu menjana pendapatan dan mengurangkan pengangguran dalam kalangan isi rumah.0. Data dipungut menggunakan borang soal selidik secara temubual bersemuka. Analisis kajian yang dilakukan oleh Abdullah. (2011) telah melakukan kajian mengenai kesan penyertaan dalam program kredit mikro terhadap aset yang dimiliki oleh isi rumah miskin tegar di Malaysia. Selain itu.71 %) borang soal selidik yang lengkap dapat digunakan untuk dianalisis. Kajian ini menggunakan reka bentuk keratan rentas dengan pendekatan quasi-experimental bagi mengkaji bagaimana penyertaan dalam skim kredit mikro ini memberi kesan ke atas aset isi rumah miskin tegar. Beberapa proksi telah digunakan menganggar pemboleh ubah prestasi ekonomi (pemboleh ubah bergantung) seperti pendapatan per kapita.

0 peratus kepada 32.9 peratus.1 peratus (166 orang) Sahabat mendapat pendidikan menengah atas manakala 23. Secara purata terdapat seramai 2. iaitu seramai 120 orang dan 55 orang berada dalam lingkungan 1 hingga 2 orang. Profil Pembiayaan Mikro Jadual 2 menunjukkan profil pembiayaan mikro Sahabat di Cawangan Kota Setar. Sebelum menerima pembiayaan kredit mikro daripada AIM.9%) mendapat pendidikan sehingga peringkat STPM. Taburan umur Sahabat pula menunjukkan bahawa Sahabat yang berada di antara lingkungan umur 28-37 merupakan peratusan yang tertinggi yang terlibat di dalam program pembiayaan kredit mikro iaitu sebanyak 37.4 peratus Sahabat yang mempunyai pendapatan bulanan di dalam lingkungan kurang daripada RM440.2 peratus bagi lingkungan umur 38-47 tahun. Sebanyak 82. Norlaila Abu Bakar Jadual 1 menunjukkan profil Sahabat di Cawangan Kota Setar.1 peratus (14 orang) dan Sahabat yang mendapat pendidikan sehingga sekolah rendah ialah seramai 50 orang (14. Peratusan penyertaan yang paling rendah adalah sebanyak 6. Jumlah pinjaman RM5001 ke atas menunjukkan jumlah pinjaman yang paling tinggi yang telah dibuat oleh Sahabat iaitu sebanyak 62.4 peratus dan 4.3 peratus diikuti 27.5 peratus berada dalam lingkungan 18-27 tahun dan 12. Mendapat galakan dari Sahabat AIM dan mendapat sokongan daripada Sahabat kumpulan masing-masing menunjukkan peratusan sebanyak 24. Skim Pinjaman Wibawa (I-Wibawa) dan Skim Pinjaman Wawasan (I-Wawasan) masing-masing menunjukkan peratusan sebanyak 5. Manakala 82 orang dan 27 orang Sahabat masing-masing mempunyai bilangan ahli isi rumah dalam lingkungan 7 orang ke atas dan 1 hingga 2 orang.9 peratus dan 18. Impak Skim Kepada Pendapatan Sahabat Jadual 3 menunjukkan jumlah pendapatan bulanan Sahabat sebelum dan selepas menerima pembiayaan kredit mikro daripada AIM. Tempoh penyertaan yang tertinggi adalah dalam lingkungan lebih daripada 5 tahun iaitu sebanyak 54.1 peratus. RM3001-RM4000 sebanyak 6. Tahap pendidikan Sahabat menunjukkan bahawa 49. Begitu juga dengan pendapatan dalam lingkungan RM441 hingga RM750 mengalami pengurangan dari 27.1344 Syuhada Abd Halim. RM2001-RM3000 sebanyak 11. Taraf perkahwinan Sahabat di 27 buah Pusat menunjukkan bahawa seramai 284 orang (84%) Sahabat telah berkahwin.7%) iaitu berada dalam lingkungan 5 hingga 6 orang diikuti dengan tanggungan yang berada dalam lingkungan 3 hingga 4 orang iaitu sebanyak 26.0 peratus (88 orang). terdapat 36. Taraf pinjaman Sahabat yang tertinggi adalah Skim Pinjaman Ikhtiar Mesra (I-Mesra) iaitu sebanyak 58. 19.7 peratus.7 peratus (80 orang) mendapat pendidikan menengah rendah. Manakala.5 peratus.6 peratus (2 orang) adalah etnik India dan beragama Hindu. Seramai 336 orang Sahabat adalah etnik Melayu dan beragama Islam dan 0. Menambah pendapatan keluarga merupakan kedua tertinggi mengapa Sahabat menyertai AIM iaitu seramai 62. Jumlah pendapatan telah mengalami peningkatan iaitu dari 24. Umur minimum Sahabat adalah 24 tahun manakala umur maksimum adalah 75 tahun.RM1000 sebanyak 2.0 peratus selepas menerima pembiayaan kredit mikro daripada AIM. Skim Pinjaman Bistari (I-Bistari).1 peratus.2 peratus adalah ibu tunggal dan selebihnya tidak pernah berkahwin.3 peratus. Terdapat beberapa sebab mengapa Sahabat menyertai program AIM. Doris Padmini Selvaratnam. Terdapat seramai 20 orang (5.2 peratus.7% (185 orang) diikuti dengan 23.4 peratus kepada 0.6%) diikuti dengan 3 hingga 4 orang.8 peratus Sahabat menyertai AIM kerana memudahkan mereka mendapatkan modal kewangan untuk menjalankan projek mereka.82 orang bagi setiap isi rumah.8%).5 peratus bagi pendapatan . manakala 14. 4.9 peratus diikuti dengan Skim Pinjaman Sejahtera (I-Sejahtera) sebanyak 32.7peratus.5 peratus.6 peratus dan RM1001-RM2000 serta RM500 .2 peratus sebelum menerima pembiayaan kredit mikro daripada AIM kepada 16.6 peratus.4 peratus berada di lingkungan 48-67 tahun.1 peratus diikuti dengan RM4000-RM5000 sebanyak 14. selepas menerima pembiayaan daripada AIM pendapatan di bawah RM440 telah berkurang daripada 36. Jumlah tanggungan yang tertinggi yang ditunjukkan ialah di antara lingkungan 5 orang ke atas iaitu seramai 154 orang (45. Lain-lain lebih merujuk kepada meningkatkan taraf hidup sebanyak 2. Skim Pinjaman Ikhtiar Srikandi (I-Srikandi) pula merupakan kedua tertinggi iaitu sebanyak 47.6 peratus (198 orang). Sahabat yang tidak mempunyai pendidikan adalah sebanyak 4.8 peratus (23 orang) Sahabat iaitu yang baru menyertai skim pembiayaan kredit mikro iaitu yang berada dalam lingkungan kurang dari 1 tahun. Namun.4 peratus (79 orang) yang berada dalam lingkungan 3 hingga 4 tahun. bilangan ahli isi rumah menunjukkan bahawa bilangan isi rumah yang tertinggi ialah seramai 141 orang (41. Selebihnya Sahabat tidak mempunyai tanggungan. Taburan umur yang paling rendah adalah seorang iaitu yang berada di lingkungan 68-77 tahun.

3 peratus Sahabat yang mempunyai status tanah milik kerajaan dan selepas menerima pembiayaan kredit mikro daripada AIM hanya 7.9 peratus kepada 22. Status tanah milik keluarga mengalami pengurangan sebanyak 3 peratus (10 orang) iaitu dari 36.5 peratus.6 peratus Sahabat yang menyewa tanah tempat kediaman mereka.000. rumah sewa 18.6 peratus dalam lingkungan RM3001 hingga RM4000. Manakala pemilikan rumah milik keluarga telah berkurang sebanyak 4.5 peratus.4 peratus kepada 1.005.7 peratus sebelum menerima pembiayaan kredit mikro daripada AIM kepada 17. jenis pemilikan rumah.005. 14.005.000. Terdapat 18. Namun. Ini menunjukkan bahawa bilangan bilik tidur mempengaruhi peningkatan taraf hidup Sahabat selepas menerima pembiayaan kredit mikro daripada AIM. Nilai signifikan bagi jumlah pendapatan bulanan Sahabat sebelum dan selepas menggunakan Khi Kuasa Dua (Pearson Chi-square) ditunjukkan dalam jadual.9 peratus diikuti dengan 32 peratus bagi perbelanjaan dalam lingkungan RM1001 hingga RM2000. Selepas menerima pembiayaan kredit mikro daripada AIM.6 peratus.000.7 peratus. 3.000. Nilai signifikan bagi status tanah tempat kediaman Sahabat sebelum dan selepas menggunakan Khi Kuasa Dua (Pearson Chi-square) ditunjukkan dalam jadual. peralatan dapur dan rumah serta anggaran perbelanjaan bulanan Sahabat.6 peratus kepada 14. Sebelum menerima pembiayaan kredit mikro daripada AIM 37 peratus Sahabat memiliki tanah sendiri.1 peratus selepas menerima pembiayaan kredit mikro daripada AIM. Bagi status tanah milik kerajaan pula. Bilangan bilik tidur Sahabat menunjukkan bahawa sebelum menerima pembiayaan kredit mikro daripada AIM.9 peratus Sahabat memiliki tiga buah bilik sebelum menerima pembiayaan kredit mikro daripada AIM dan selepas menerima pembiayaan kredit mikro daripada AIM berlaku peningkatan kepada bilangan Sahabat yang memiliki tiga bilik iaitu seramai 53.005.4 peratus (15 orang) selepas Sahabat menerima pembiayaan kredit mikro daripada AIM. Sahabat yang mempunyai dua bilik tidur pula ialah sebanyak 37. Begitu juga Sahabat yang memiliki 4 buah bilik ke atas.2 peratus dalam lingkungan RM2001 ke atas.9%. Jadual 4 menunjukkan status tanah.5 peratus.Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VIII 2013 1345 dalam lingkungan RM751 hingga RM1000. Ini menunjukkan bahawa terdapat peningkatan dalam jumlah pendapatan selepas Sahabat menerima pembiayaan kredit mikro daripada AIM. Nilai p bagi ujian Khi Kuasa Dua ialah 0. Bagi pemilikan rumah Sahabat pula. Ini menunjukkan bahawa status tanah mempengaruhi peningkatan taraf hidup Sahabat selepas menerima pembiayaan kredit mikro daripada AIM. Nilai signifikan bagi jenis pemilikan rumah Sahabat sebelum dan selepas menggunakan Khi Kuasa Dua (Pearson Chisquare) ditunjukkan dalam jadual.5 peratus selepas menerima pembiayaan kredit mikro daripada AIM. rumah sewa 18. Nilai signifikan bagi bilangan bilik tidur Sahabat sebelum dan selepas menggunakan Khi Kuasa Dua (Pearson Chi-square) ditunjukkan dalam jadual. Nilai p bagi ujian Khi Kuasa Dua ialah 0. Jika berlaku peningkatan selepas menerima pembiayaan kredit daripada AIM maka taraf hidup Sahabat menunjukkan peningkatan. pemilikan rumah sendiri menunjukkan peratusan yang paling tinggi sebelum menerima pembiayaan kredit mikro daripada AIM iaitu sebanyak 50 peratus diikuti dengan milik keluarga 29 peratus.5 peratus (49 orang) memiliki sebuah bilik tidur dan bilangan ini telah berkurang kepada 4. 11. iaitu p<0. perbelanjaan kurang daripada RM1000 adalah yang tertinggi iaitu sebanyak 63. sebelum menerima pembiayaan kredit mikro daripada AIM. bilik tidur dan anggaran perbelanjaan bulanan Sahabat sebelum dan selepas menerima pembiayaan kredit mikro daripada AIM. Sebanyak 39. selepas menerima pembiayaan kredit mikro daripada .5 peratus menjadikannya 59.5 peratus dan lain-lain pemilikan rumah 2. berlaku peningkatan pada pemilikan rumah sendiri sebanyak 9.7 peratus yang mempunyai status tanah mereka milik kerajaan. iaitu p<0. Berlaku peningkatan dari 7. Ini menunjukkan bahawa pemilikan rumah mempengaruhi peningkatan taraf hidup Sahabat selepas menerima pembiayaan kredit mikro daripada AIM.1 peratus sebelum menerima pembiayaan kredit mikro daripada AIM kepada 33. iaitu p < 0.5 peratus kepada 28.6 peratus dalam lingkungan RM2001 hingga RM3000 dan 0.4 peratus (15 orang) menjadikannya 24. bilangan bilik tidur. sebelum menerima pembiayaan kredit mikro daripada AIM hanya 8. Nilai p bagi ujian Khi Kuasa Dua ialah 0. Impak Skim Kepada Taraf Hidup Sahabat Impak terhadap taraf hidup Sahabat dilihat dari status tanah yang di miliki. Bilangan Sahabat yang memiliki tanah sendiri telah meningkat selepas mereka menerima pembiayaan kredit mikro daripada AIM iaitu sebanyak 44. Nilai p bagi ujian Khi Kuasa Dua ialah 0.3 peratus.6 peratus dan lain-lain pemilikan 8 peratus.4 peratus dalam lingkungan RM1001 hingga RM2000 dan 0. jenis pemilikan rumah.9% iaitu sebelum mereka menerima pembiayaan kredit mikro daripada AIM dan pengurangan juga telah berlaku selepas mereka menerima pembiayaan kredit mikro daripada AIM iaitu kepada 24. Namun bilangan ini telah berkurang kepada 14. iaitu p < 0. Anggaran perbelanjaan bulanan Sahabat pula menunjukkan bahawa.

Bagi perbelanjaan maksimum pula.000. Ini menunjukkan bahawa sofa dan kabinet mempengaruhi peningkatan taraf hidup Sahabat selepas menerima pembiayaan kredit mikro daripada AIM. Bagi dapur gas pula.8 peratus dan seterika elektrik meningkat dari 96.1 peratus (335 orang) selepas menerima pembiayaan kredit mikro daripada AIM. RM2001 hingga RM3000 sebanyak 8. iaitu p<0. katil.9 peratus yang memiliki televisyen sebelum menerima pembiayaan kredit mikro daripada AIM kepada 98.6 peratus kepada 89. radio dan seterika elektrik mempengaruhi peningkatan taraf hidup Sahabat selepas menerima pembiayaan kredit mikro daripada AIM. iaitu p>0. jadual menunjukkan bahawa sebanyak 45. Ini menunjukkan bahawa peti sejuk dan dapur gas mempengaruhi peningkatan taraf hidup Sahabat selepas menerima pembiayaan kredit mikro daripada AIM.2 peratus kepada 80.9 peratus. katil meningkat dari 69.005.2 kepada 94.0 peratus Sahabat memiliki peti sejuk sebelum menerima pembiayaan kredit mikro daripada AIM dan bilangan ini telah meningkat kepada 98.000.1346 Syuhada Abd Halim.1 peratus. iaitu p < 0.3 peratus Sahabat memiliki meja/kerusi makan sebelum menerima pembiayaan kredit mikro daripada AIM dan bilangan ini semakin meningkat kepada 89. kabinet meningkat dari 37. mesin basuh meningkat dari 74.005. sebelum menerima pembiayaan kredit mikro daripada AIM perbelanjaan minimum Sahabat-sahabat di Cawangan Kota Setar adalah RM3230 manakala selepas menerima pembiayaan kredit mikro daripada AIM telah mengalami peningkatan kepada RM3930.7 peratus (327 orang) memiliki dapur gas sebelum menerima pembiayaan kredit mikro daripada AIM dan telah meningkat kepada 99. Jadual 5 menunjukkan nilai signifikan peralatan dapur Sahabat seperti peti sejuk dan dapur gas sebelum dan selepas menerima pembiayaan kredit mikro daripada AIM dengan menggunakan Khi Kuasa Dua (Pearson Chi-square). df = 337.8 peratus.005 juga menunjukkan bahawa perbelanjaan bulanan Sahabat mempengaruhi peningkatan taraf hidup Sahabat selepas menerima pembiayaan kredit mikro daripada AIM.1 peratus selepas menerima pembiayaan kredit mikro daripada AIM.001.3.2 peratus. Ini menunjukkan bahawa televisyen tidak mempengaruhi peningkatan dalam taraf hidup Sahabat selepas menerima pembiayaan kredit mikro daripada AIM. Perbelanjaan minimum sebelum menerima pembiayaan kredit mikro daripada AIM bagi Sahabat-sahabat di Cawangan Kota Setar adalah sebanyak RM 215 manakala selepas menerima pembiayaan kredit mikro daripada AIM. Nilai p bagi ujian Khi Kuasa Dua ialah 0.005. berlaku peningkatan sebanyak RM55 menjadikan perbelanjaan minimum selepas menerima pembiayaan kredit mikro adalah sebanyak RM270.000<0. iaitu p < 0.005.005. terdapat perubahan di dalam perbelanjaan bulanan Sahabat iaitu perbelanjaan dalam lingkungan kurang daripada RM1000 sebanyak 42. sebanyak 96.05).59.3 peratus. Ini menunjukkan meja/kerusi makan. kipas angin meningkat dari 94. radio meningkat dari 48. Ini menunjukkan bahawa mesin basuh dan kipas elektrik mempengaruhi peningkatan taraf hidup Sahabat selepas menerima pembiayaan kredit mikro daripada AIM. Nilai p bagi ujian Khi Kuasa Dua untuk sofa dan kabinet ialah 0. Doris Padmini Selvaratnam. Sebanyak 92.7 peratus kepada 98.17 manakala selepas menerima pembiayaan kredit mikro daripada AIM adalah sebanyak RM1259. RUMUSAN DAN PERBINCANGAN . Bagi peralatan rumah pula. Begitu juga dengan peralatan rumah seperti sofa yang telah meningkat dari 18. Norlaila Abu Bakar AIM. Jadual 5 pula menunjukkan peralatan dapur dan peralatan rumah Sahabat sebelum dan selepas Sahabat menerima pembiayaan kredit mikro daripada AIM. RM1001 hingga RM2000 sebanyak 47. p < 0. katil.834. Nilai signifikan peralatan rumah Sahabat seperti meja/kerusi makan. Purata keseluruhan perbelanjaan sebelum menerima pembiayaan kredit mikro daripada AIM adalah RM963.000.3 peratus kepada 77. Manakala nilai p bagi ujian Khi Kuasa Dua untuk mesin basuh dan kipas elektrik ialah 0. iaitu p<0.1 peratus kepada 98.8 peratus selepas menerima pembiayaan kredit mikro daripada AIM. Hipotesis null ditolak dan keputusan kajian menunjukkan bahawa perbelanjaan bulanan Sahabat mempengaruhi peningkatan taraf hidup Sahabat selepas menerima pembiayaan kredit mikro daripada AIM.6 peratus dan RM3001 hingga RM4000 sebanyak 1. Namun peningkatannya tidak begitu ketara iaitu dari 97. Nilai p bagi ujian Khi Kuasa Dua untuk televisyen ialah 1.5 peratus.8 peratus yang memiliki televisyen selepas menerima pembiayaan kredit mikro daripada AIM.3 peratus. Nilai p bagi ujian Khi Kuasa Dua ialah 0. Peralatan rumah seperti televisyen juga menunjukkan peningkatan.9 peratus kepada 97.8 peratus. radio dan seterika elektrik sebelum dan selepas menggunakan Khi Kuasa Dua (Pearson Chi-square) ditunjukkan dalam jadual.002. Keputusan ujian-t menunjukkan bahawa keputusan kajian adalah signifikan (t= -10. Nilai p ialah 0.

Berdasarkan purata Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2009 di negeri Kedah. Peningkatan dalam tahap kesihatan. Bimbingan dan latihan berterusan kepada usahawan-usahawan dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah telah membantu meningkatkan keyakinan dalam diri dan meningkatkan taraf hidup mereka. kemudahan infrastruktur. seramai 215 orang iaitu 63. mesin basuh. perubahan yang jelas bukan sahaja dari segi pendapatan malah berlaku perubahan dalam pemilikan harta benda.3 peratus. kipas elektrik dan seterika elektrik menunjukkan peningkatan yang positif. Peralatan dapur seperti meja/kerusi makan. Jika ditinjau dari perubahan yang berlaku kepada Sahabat. peralatan rumah dan bilangan bilik tidur telah memberikan keselesaan hidup kepada Sahabat-sahabat.6 peratus Sahabat yang berada di bawah PGK. sofa. PGK bagi kawasan luar bandar adalah sebanyak RM720 sebulan (Malaysian Urban Rural Nation Indicators Network on Sustainable Development. radio. Majoriti Sahabat berbelanja dalam lingkungan RM1001 hingga RM2000 sebulan.4 peratus berpendapat bahawa AIM juga mampu meningkatkan pendapatan mereka. Jumlah pendapatan yang diperolehi oleh Sahabat sebelum dan selepas menerima pembiayaan kredit mikro daripada AIM telah menunjukkan perubahan yang positif. Peralatan dapur seperti peti sejuk dan dapur gas juga menunjukkan peningkatan berdasarkan ujian Khi Kuasa Dua yang telah lakukan iaitu peti sejuk dan dapur gas mempengaruhi peningkatan taraf hidup Sahabat selepas menerima pembiayaan kredit mikro daripada AIM. (1983) yang menyatakan bahawa jika kelemahan fizikal seperti tahap kesihatan yang rendah.7 peratus begitu juga dengan pemilikan rumah sendiri telah mengalami peningkatan dari 50 peratus kepada 59. jenis pemilikan rumah. Hal ini turut dinyatakan oleh Chambers. 2011). jika tahap kesihatan Sahabat kurang baik maka mereka tidak berkeupayaan untuk bekerja dengan lebih baik. Sebaliknya. Sebelum Sahabat menerima pembiayaan kredit mikro daripada AIM. walaupun 42.9%) menunjukkan bahawa 83. selepas menerima pembiayaan kredit mikro daripada AIM bilangan Sahabat yang berada di bawah PGK semakin berkurang kepada 57 orang (16. tidak berkeupayaan dan kekurangan zat makanan akan memberi kesan kepada keupayaan individu untuk bekerja dan memperoleh pendapatan. kabinet. peralatan dapur dan peralatan rumah serta perbelanjaan bulanan Sahabat yang menunjukkan taraf kehidupan mereka bertambah baik. Status tanah milik sendiri telah mengalami peningkatan dari 37 peratus kepada 44. AIM telah berjaya melaksanakan peranan utamanya untuk mengurangkan kemiskinan negara melalui pembiayaan kredit mikro yang diberikan kepada Sahabat. Perbelanjaan bulanan juga menunjukkan perubahan yang positif iaitu perbelanjaan yang kurang daripada RM1000 telah berkurang dari 63.3 peratus kepada 74. katil.6 peratus Sahabat berada di bahawa Menengah Rendah tetapi semangat mereka untuk berusaha keluar dari kemiskinan telah berjaya dilakukan. R. Begitu juga dengan bilangan bilik tidur di mana Sahabat mampu menambah bilangan bilik tidur.Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VIII 2013 1347 Tahap pendidikan yang tinggi sangat penting bagi setiap individu kerana pendidikan tinggi mampu menjana peluang pekerjaan yang lebih baik dalam membantu meningkatkan pendapatan. Sahabat dilihat telah mampu memiliki peralatanperalatan rumah selepas mereka menerima pembiayaan kredit mikro daripada AIM. kos sara hidup dan lain-lain telah menunjukkan Sahabat telah memiliki taraf hidup yang lebih baik (World Bank Development 1990: Poverty).5 peratus. 97. Dalam kajian yang dilakukan di AIM Kota Setar. Ini diperkuatkan lagi kenyataan-kenyataan yang menyokong keberkesanan AIM iaitu mereka bersetuju bahawa AIM wajar diteruskan dan diperluaskan di seluruh negara dan AIM merupakan salah satu cara yang dilihat berkesan dalam membasmi kemiskinan di Malaysia. Secara keseluruhannya. Penglibatan Sahabat dalam AIM juga mampu meningkatkan pendapatan sekaligus membolehkan mereka menikmati taraf hidup yang lebih baik berbanding dengan keadaan sebelum mereka menerima . Kesannya individu tersebut terpaksa bergantung kepada ahli keluarga yang lain untuk menjaganya dan keadaan ini menyebabkan ahli keluarga tidak berpeluang untuk bekerja. Dari hasil kajian yang diperoleh terbukti bahawa terdapat perubahan dalam status tanah. Namun. Berdasarkan pandangan umum Sahabat terhadap AIM.1 peratus Sahabat telah melepasi PGK setelah menerima pembiayaan kredit mikro daripada AIM. Peningkatan dalam peralatan dapur.9 peratus selepas menerima pembiayaan kredit mikro daripada AIM menunjukkan bahawa Sahabat berkeupayaan untuk bekerja dengan lebih baik. Peningkatan pendapatan ini telah membuktikan bahawa program AIM telah berjaya menyumbangkan pulangan yang lumayan kepada Sahabat yang menyertainya.9 peratus kepada 42. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa pembiayaan kredit mikro yang diberikan oleh AIM dan penyertaan Sahabat dalam AIM telah mengubah taraf kehidupan mereka. Ini menunjukkan bahawa pembiayaan kredit mikro yang diberikan oleh AIM dan penyertaan Sahabat dalam AIM mampu meningkatkan jumlah pendapatan bulanan mereka sekaligus mengurangkan insiden kemiskinan di Malaysia.9 peratus Sahabat bersetuju bahawa pembiayaan kredit yang diberikan oleh AIM mampu meningkatkan taraf hidup mereka dan 99. Peningkatan tahap kesihatan Sahabat dari 63. bilik tidur.

AM. 228-237. et. al. Norlaila Abu Bakar pembiayaan kredit mikro dan menyertai program AIM. Pencapaian skim kredit mikro Amanak Ikhtiar Malaysia (AIM) dalam lanskap pembangunan luar bandar: Satu penilaian. 2012. 2011. Jarita. Pembasmian Kemiskinan Di Malaysia: Pengalaman Amanah Ikhtiar Malaysia. 2011.gov. 2012. Abdullah. Abdullah. Vol. et. Malaysia Journal of Society and Space. Laily Paim & Sharifah Azizah.0 . Unit Perancang Ekonomi. Amanah Ikhtiar Malaysia Chambers. RUJUKAN Abdullah. Rural poverty: Putting the last first. 2012.1: 1-14 Saifoul Zamzuri.4 0. al.. Zaimah Ramli. No4. Penerbitan UPM: Serdang. (1983). al. 2012. 1: 132-141 Zaini.al. World Bank Development. Jahangir. An Economic Impact Assessment Of A Microcredit Program In Malaysia: The Case Of Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM). Pembangunan Lestari Keluarga Miskin Melalui Kewangan Mikro :Penemuan Kajian Impak 6. The Impact Of Micro-Credit On Poverty: Evidence From Bangladesh. et. 2010. Zaini. Vol.. Selain itu..1.. manfaat yang boleh diperoleh oleh Sahabat ialah manfaat kepada pembaikan rumah dan peluang pendidikan anak-anak Sahabat. AL.MS. Pengurusan Kredit Mikro Di Kalangan Wanita. Examining The Effect Of Amanah Ikhtiar Malaysia’s Microcredit Program On Their Clients Quality Of Life In Rural Malaysia. et.O..al. et. No.al. http://www. JADUAL 1: Profil Responden Pemboleh ubah Agama:Islam Hindu Kristian Buddha Bilangan Sahabat (orang) Peratus (%) 336 2 0 0 99. 12. 2011.6 0. D. Amanah Ikhtiar Malaysia & Universiti Kebangsaan Malaysia. Penerbit: Universiti Sains Malaysia. No. Vol 5(22): 9286-9296. Kadar Kemiskinan Mohamed Zaini.aim. Kemiskinan di Malaysia: Isu Fundamental dan Paparan Realiti. AM.al.8. R. al.. 2002. International Journal of Business and Society. Examining The Effect Of Amanah Ikhtiar Malaysia’s Microcredit Program On Microenterprise Assets In Rural Malaysia. Dengan adanya AIM ini. AM. Laman Web Amanah Ikhtiar Malaysia. Impact Of Amanah Ikhtiar Malaysia’s Microcredit Schemes On Hardcore Poor Households Quality Of Life. Pulau Pinang Norma.1348 Syuhada Abd Halim.. International Research Journal of Finances and Economics. et. 2010.4. Jilid 1. Examining The Effect Of Participation In Microcredit Program On Assets Owned By Hardcore Poor Households In Malaysia. No. et.. The Economic Performance Of The Amanah Ikhtiar Malaysia Rural Microcredit Programme: A Case Study In Kedah. International Journal Of Economics and Finance. kehidupan Sahabat-sahabat akan berubah dan kemiskinan di Malaysia dapat dikurangkan. Doris Padmini Selvaratnam.my Malaysian Urban Rural Nation Indicators Network on Sustainable Development. Vol. Longman. et. 2010. Impak kredit mikro ke atas ketaksamarataan pendapatan di kalangan sahabat Amanah Ikhtiar di Kedah dan Kelantan. 2010. 1990: Poverty Reduction and Equity.0 0. Pembiayaan kredit mikro yang disediakan oleh AIM telah membantu mereka untuk mengubah corak kehidupan mereka. Pembiayaan yang diberikan membolehkan mereka memulakan projek perniagaan dan menambah baik projek perniagaan yang sedia ada. AM. 2012. Vol 5.O. Abdullah.

7 24.9 2.0 0.2 84.24 3 4 27 88 141 82 338 8.5 45.4 100.4 0.0 66 126 92 42 11 1 338 42 tahun 24 tahun 75 tahun 19.7 49.82 3 3 14 50 80 166 20 8 338 4.8 14.0 JADUAL 2: Profil Pembiayaan Mikro Pemboleh ubah Tempoh Penyertaan:Kurang dari 1 tahun 1 hingga 2 tahun Bilangan Sahabat (orang) Peratus (%) 23 51 6.3 100.1 .8 23.0 26.9 100.1 5.0 6 48 384 338 1.0 9 55 120 154 338 2.3 27.8 15.2 12.6 0.0 2.7 16.1 14.6 100.4 3.3 35.0 336 2 0 0 338 99.0 100.Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VIII 2013 1349 Lain-lain Jumlah Etnik:Melayu India Cina Lain-lain Jumlah Taraf Perkahwinan:Bujang/Tidak berkahwin Ibu Tunggal Berkahwin Jumlah Umur:18 hingga 27 tahun 28 hingga 37 tahun 38 hingga 47 tahun 48 hingga 57 tahun 58 hingga 67 tahun 68 hingga 77 tahun Jumlah Min Minimum Maksimum Tanggungan:Tiada 1 hingga 2 orang 3 hingga 4 orang 5 orang ke atas Jumlah Min Median Mod Bilangan isi rumah:1 hingga 2 orang 3 hingga 4 orang 5 hingga 6 orang 7 orang ke atas Jumlah Min Median Mod Tahap Pendidikan:Tidak bersekolah Sekolah Rendah SRP/PMR Dan Setaraf Dengannya (Menengah Rendah) SPM Dan Setaraf Dengannya (Menengah Atas) STPM Dan Setar Dengannya Sijil/Diploma/Ijazah Dan Setaraf Dengannya Jumlah Sumber: Kaji selidik 2013 0 338 0.5 37.3 100.0 100.0 41.0 3.3 0.

0 0.7 33. Jenis Pemilikan Rumah.6 14. Doris Padmini Selvaratnam.6 100.5 100.5 96 28.8 24.0 151 112 26 29 338 44.0 198 162 15 14 109 19 58.RM1000 RM1001 .9 4. Norlaila Abu Bakar 3 hingga 4 tahun Lebih daripada 5 tahun Jumlah Sebab menyertai AIM:Mudah mendapat modal kewangan untuk menjalankan projek Mendapat galakan dari sahabat AIM sebelum ini Mendapat sokongan daripada sahabat sekumpulan Menambah pendapatan keluarga Lain-lain Jumlah Taraf Pinjaman:Skim Pinjaman Ikhtiar Mesra Skim Pinjaman Ikhtiar Srikandi Skim Pinjaman Wibawa Skim Pinjaman Wawasan Skim Pinjaman Sejahtera Skim Pinjaman Bistari Jumlah Pinjaman:RM500 – RM1000 RM1001-RM2000 RM2001-RM3000 RM3001-RM4000 RM4001-RM5000 RM5001 dan ke atas Jumlah Sumber: Kaji selidik 2013 79 185 338 23.5 100.3 18.6 2.2 5.5 6.6 47.00 338 100.0 18.7 2.RM2000 RM2001 ke atas Jumlah Nilai p Sumber: Kaji selidik 2013 Sebelum Selepas Bilangan Peratus % Bilangan Peratus % 123 36.5 39 11.7 100.9 18.4 4.4 100.RM750 RM751 .0 29.0 JADUAL 3: Jumlah Pendapatan Bulanan Sahabat Jumlah Pendapatan Bulanan kurang daripada RM440 RM441 .5 1.2 54 16.0 36.7 14.5 24.4 3 0.7 11.4 54.2 338 100.6 14.00 0.1 100.0 280 84 62 212 7 338 82.1 100.6 9 9 39 22 49 210 338 2.1 32.1350 Syuhada Abd Halim.0 201 83 49 5 338 59.7 2.1 7.4 3 0.0 0.9 75 22.1 8.9 92 27.0 110 32.000 169 98 63 8 338 50. Bilangan Bilik Tidur Sahabat dan Anggaran Perbelanjaan Bulanan Pemboleh ubah Status Tanah:Milik sendiri Milik keluarga Milik kerajaan Sewa Jumlah Nilai p Jenis Pemilikan Rumah:Milik sendiri Milik keluarga Sewa Lain-lain Jumlah Nilai p Sebelum Bilangan Peratus % 125 122 27 63 338 Selepas Bilangan Peratus % 37.000 .5 62.3 62.000 JADUAL 4: Status Tanah.0 81 24.

8 2.2 97.000 0.3 37.3 334 335 98.17 RM270 RM3930 RM1259.9 7.6 1.000 45.3 47.1 77.5 10.000 0.7 27 11 8.1 96.9 22.0 15 84 180 59 338 4.6 69.1 98.8 99.9 48.9 98.7 100.1 5.0 RM 215 RM3230 RM963.9 0.8 2.9 53.2 97.3 17.8 100.7 81.8 80.000 .9 32.000 0.000 0.8 25.0 143 160 29 6 338 42.4 30.9 39.0 3.5 100.RM2000 RM2001 .3 301 262 302 318 334 271 331 334 334 89.0 0.5 89.0 3.59 -10.1 51.2 1.002 0.9 94.7 62.000 216 108 12 2 338 63.1 1.7 185 276 211 104 785 175 85 20 11 54.RM4000 Jumlah Minimum Maksimum Min Paired Sampel Test (Ujian-t) Nilai p Sumber: Kaji selidik 2013 49 128 135 26 338 1351 14.3 94.Prosiding Persidangan Kebangsaan Ekonomi Malaysia Ke VIII 2013 Bilangan Bilik Tidur:1 2 3 4 ke atas Jumlah Nilai p Perbelanjaan Bulanan:kurang daripada RM1000 RM1001 .2 0.002 0.8 98.000 1.7 5.4 24.2 74.3 8.9 3.6 0.8 37 76 36 20 4 67 7 4 4 10.0 96.2 0.834 0.9 1.RM3000 RM3001 .000 JADUAL 5: Peralatan Dapur Dan Peralatan Rumah Sahabat Pemboleh ubah Bil (Ada) Peralatan Dapur :Peti sejuk 311 Dapur gas 327 Peralatan Rumah:Meja/kerusi makan 153 Sofa 62 Kabinet 127 Katil 234 Televisyen 331 Radio 163 Mesin Basuh 252 Kipas Elektrik 318 Seterika Elektrik 327 Sumber: Kaji selidik 2013 Sebelum % Bil (Tiada) % Bil (Ada) Selepas % Bil (Tiada) % Nilai p 92.001 0.5 37.2 19.1 4 3 1.3 18.001 0.6 100.