You are on page 1of 3

Pro Forma Kursus

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Dengan Kepujian


(Internship)
Nama Kursus

Internship

Kod Kursus

INT3101

Kredit

Tempoh

4 Minggu

Semester

Prasyarat

Pelajar telah melalui PBS dan Praktikum


1. Merancang, mengurus dan melaksanakan aktiviti dalam situasi sebenar di
sekolah;
2. Menunjukkan komitmen yang tinggi kearah kecemerlangan, akauntabiliti,
dan integriti dalam melaksanakan tugas;
3. Membina hubungan dan kerjasama dengan rakan sejawat untuk
meningkatkan kejelekitan pasukan;
4. Berkomunikasi dengan pelbagai cara dalam pelbagai situasi dalam
lingkungan komuniti sekolah;

Hasil
Pembelajaran

5. Mengurus masa, emosi dan tekanan secara berkesan sesuai dengan


sahsiah seorang guru;
6. Membuat refleksi dan menilai amalan pengajaran pembelajaran serta
menjana idea baru untuk penambahbaikan yang berterusan;
7. Menunjukkan usaha menangani pelbagai cabaran untuk memenuhi
kehendak program pendidikan semasa
8. Menampilkan ciri-ciri kepemimpinan bersesuaian dengan tanggungjawab
yang diberikan.
9. Menunjukkan inisiatif ke arah meningkatkan profesionalisme kendiri
secara berterusan.

Sinopsis

Internship merupakan peringkat transisi profesional yang bertujuan


mengaitkan pengalaman dalam amalan profesional pelajar dengan tugas guru
permulaan. Pelajar dikehendaki merancang, melaksana dan menilai aktiviti
yang berkaitan dengan pengajaran pembelajaran di luar bilik darjah dan
aktiviti rutin sekolah yang telah menjadi budaya sekolah. Pada peringkat ini,
pelajar perlu menunjukkan sifat kepemimpinan dalam pengurusan pelbagai
aktiviti sekolah dengan seliaan guru pembimbing. Internship juga memberi
peluang
kepada pelajar untuk meningkatkan keyakinan diri, jati diri,
ketahanan diri, membentuk sifat kepemimpinan serta memupuk nilai
profesionalisme keguruan ke arah pembentukan guru permulaan yang
berkesan.

Kandungan
Kursus

Bil.
1.
1.1
1.2
1.3
2.
2.1
2.2
2.3
2.4
2.5
2.6
2.7
2.8
2.9
2.10
2.11

Komponen

Tempoh

Pengurusan aktiviti di luar bilik darjah


Kepemimpinan
Pengurusan
Penglibatan dan sumbangan
Profesionalisme guru
Sikap dan sahsiah
Interpersonal dan intrapersonal
Amalan refleksi
Hubungan profesional
Komunikasi
Amalan etika profesion keguruan
Komitmen
Keyakinan Diri
Jati Diri
Ketahanan
Penambahbaikan berterusan
JUMLAH

Penilaian

Penilaian dilakukan oleh pengurus sekolah dan


berdasarkan aspek-aspek di atas dengan merujuk :
-

4 Minggu

guru

pembimbing

Laporan daripada pihak pengurus sekolah dan guru pembimbing


Portfolio
Pengurusan aktiviti/ projek
Pembentangan hasil aktiviti/ projek

Wajaran markah untuk Internship : 10%

Rujukan
Asas

Rujukan
Tambahan

Kementerian Pelajaran Malaysia.(


). Garis panduan pengalaman
berasaskan sekolah. Putrajaya: Bahagian Pendidikan Guru.
Kementerian Pelajaran Malaysia.(
Bahagian Pendidikan Guru.

). Garis panduan praktikum. Putrajaya:

Kementerian Pelajaran Malaysia.(


Bahagian Pendidikan Guru.

). Garis panduan Internship. Putrajaya:

Baird, B.N. 1999. The Internship, practicum and field placement handbook.
New Jersey: Prentice Hall.
Parkay, F.W. & Stanford, B.H. 2004. Becoming a teacher. (6th Ed.). Boston:
Allyn and Bacon.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (1994). Kurikulum Bersepadu Sekolah
Rendah (KBSR) secara menyeluruh. Kuala Lumpur: Pusat
Perkembangan Kurikulum.

Aktiviti-aktiviti Di Luar Bilik Darjah yang Dicadangkan oleh Pengurus


Sekolah:
1. merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang bersifat outdoor,
seperti lawatan belajar ke muzium sejarah dan seni, zoo negeri, taman botani,
pertanian, dll.
2. membantu dalam mengendalikan kursus kepemimpinan bagi Lembaga
Pengawas Sekolah, Pengawas Perpustakawan, dll.
3. Merancang, mengendali dan menilai aktiviti sukan, persatuan dan unit
beruniform
4. mengendalikan program grooming untuk murid lelaki dan perempuan
5. mengurus perhimpunan pagi serta memberi ucapan tentang sesuatu tajuk
yang menarik
6. mengurus aktiviti membaca, mengarang, di sudut pembacaan sekolah, dll.
7. membina kolam ikan, muzium sekolah, pusat kaji cuaca, dll.
8. mengurus pertandingan kebersihan kelas, perbahasan, Hari Kantin, Hari
Sukan, Hari Terbuka, Hari Bersama Ibu Bapa, dll.
9. mengendalikan kursus motivasi, teknik soal jawab, kelas bimbingan, dll.
10. membantu menghasilkan sumber pengajaran pembelajaran di PKG
11. menganjurkan kursus latihan dalam perkhidmatan di peringkat sekolah
12. mengumpul dan memahami pekeliling perkhidmatan (PKPA) yang telah
dikeluarkan oleh KPM