You are on page 1of 52

Hak cipta Panel Penulis IPG/BPG

TOPIK 2
ASAS PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK

Konsep Perkembangan Awal kanakkanak

Konsep semulajadi lawan


pemupukan
Amalan bersesuaian dengan
Aspek perkembangan
kanak-kanak

Kecerdasan Pelbagai

Konsep
Jenis-jenis Kecerdasan
Pelbagai

TOPIK 2
ASAS
PERKEMBANGAN
AWAL KANAKKANAK

PETA MINDA TOPIK 2 :


ASAS PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK

22

Perkembangan fizikal
Perkembangan Kognitif
Perkembangan Bahasa
Perkembangan Emosi
Perkembangan social
Perkembangan Kreativiti
Perkembangan Moral &
Kerohanian

Hak cipta Panel Penulis IPG/BPG

ASAS PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK


2.1

KONSEP PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK

Konsep Pertumbuhan
Merujuk kepada perubahan fizikal dan struktur badan secara kuantitatif
Akan terhenti atau mengalami sedikit perubahan pada tahap kematangan
Suatu proses yang lengkap dan sempurna : dapat diukur dengan nyata. Cth: hayat
manusia 1 bulan 65 tahun
Mengikut corak tertentu yang berdasarkan proses kematangan yang dialami. Cth: bayi
baru lahir (berbaring) ke bayi 7 bulan (duduk)
Struktur mendahului fungsi struktur sesuatu kumpulan otot menjadi lengkap sebelum
digunakan sepenuhnya. Cth: bayi otot terbina dahulu sebelum berguna untuk duduk
Konsep Perkembangan
Proses perubahan individu menyesuaikan diri dengan persekitaran secara kualitatif
Berlaku secara berterusan hasil daripada pengalaman dan pembelajaran
Suatu perubahan yang sistematik dan berterusan dalam diri individu sejak azali (rahim
ibu) sehingga kematian
Semua kanak-kanak mengikut corak perkembangan yang sama satu peringkat ke
peringkat seterusnya
Prinsip perkembangan kanak-kanak berlaku secara berperingkat. Cth: bayikanak2
remajadewasa
Proses Prinsip perkembangan bersifat berterusan- kadar perkembangan kanak-kanak
tidak sama seperti kadar Prinsip perkembangan orang dewasa
Prinsip perkembangan banyak dipengaruhi oleh faktor baka dan persekitaran : amalan
pemakanan, keluarga dll
Prinsip perkembangan berlaku mengikut kadar berlainan perkembangan intelektual
kanak-kanak berkadar lebih cepat berbanding fizikal
Prinsip perkembangan bahagian-bahagian anggota tubuh badan adalah organisma
antara satu sama lain dan mempengaruhi keseluruhan organisma berlaku secara
serentak & seimbang. Cth; cubit peha kanan, peha kiri terasa sakit

23

Hak cipta Panel Penulis IPG/BPG

2.1.1 Konsep semulajadi lawan pemupukan (Nature vs nurture)

Ciri-ciri perwarisan yang dibawa oleh ibu bapa kepada anak-anak


Ciri-ciri seperti : warna kulit, saiz fizikal, warna mata dan lain-lain.
Diperturunkan melalui gen-gen ibu bapa kepada anak-anak
Boleh menguasai penyuburan fizikal dan mental
Menetapkan had keupayaan, kemampuan mental kita sama ada pandai atau tak pandai.

Faktor Kebakaan
1. Kromosom
Bahan kimia heliks dubel bergelang panjang dan nipis
Terdapat dalam nukleus setiap sel
Mengandungi butir-butir halus yang menentukan kesemua sifat jasmani
Sel badan manusia mengandungi 46 kromosom
Ovum perempuan mengandungi kromosom XX
Sperma lelaki mengandungi kromosom XY
Jika ovum disenyawakan oleh kromosom XY, bayi lelaki akan dilahirkan
Jika ovum disenyawakan oleh kromosom XX, bayi perempuan dilahirkan
2. Gen
o
o
o
o

Gen perkembangan yang membawa maklumat baka atau sifat yang diwarisi dari
satu generasi ke satu generasi
Terdiri daripada DNA (deoksiribonuleik)
DNA mengandungi fosfat, 4 asid iaitu adenin, guanin, timina dan sitosin
Bayi yang dilahir menerima separuh gen ibu dan separuh daripada bapa

24

Hak cipta Panel Penulis IPG/BPG

Gen dominan : gen yang mempunyai sifat yang kuat


Gen resesif : gen yang mempunyai sifat yang lemah

Faktor Pemupukan
- Segala benda yang ada di sekeliling unit-unit kebakaan
- Segala kuasa luar nyata yang kompleks yang boleh mempengaruhi tingkah laku individu
- Antaranya:-

Usia ibu yang mengandung


Kesihatan ibu
Amalan pemakanan
Ketenangan mental dan emosi
Kebersihan
Riadah
Pengambilan ubat atau dadah
Pengambilan alkohol
Cara gaya hidup ibu bapa
Kesan X-ray
Faktor Rh darah
Doa dari ibu bapa

2.1.2 Amalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak (ABP)


Perkembangan saling berkaitan dan mempengaruhi antara satu sesuatu domain kognitif
afektif dan psikomotor.
- Guru perlu merancang pengalaman pembalajaran yang menggalakkan perkembangan
murid secara optimum bermakna dan bersepadu
Perkembangan berlaku mengikut urutan.
- Guru harus menyediakan persekitaran pembelajaran yang sesuai untuk memupuk
kemahiran, pengetahuan dan kebolehan murid dari yang mudah kepada yang mencabar
Kadar perkembangan kanak-kanak berbeza dari segi minat, keperluan, kekuatan,
personaliti, emosi, daya pembelajaran, pengalaman dan latar belakang keluarga.
Guru menerima keadaan murid ini seadanya dan menyediakan aktiviti yang sesuai
dengan mereka
Perkembangan adalah berterusan.
- Guru peka akan pengalaman sedia ada murid dan merancang aktiviti yang boleh
menggalakkan pengalaman pembelajaran yang bermakna
Perkembangan adalah berperingkat-peringkat.
Guru perlu menyediakan aktiviti untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran
melalui pengalaman yang sebenar menggunakan pelbagai media kepada yang lebih
kompleks.
Perkembangan dipengaruhi faktor baka dan persekitaran.
Guru harus mempelajari dan memahami sosio-budaya yang memberi kesan kepada

perkembangan dan pengalaman pembelajaran murid dan menyediakan aktiviti yang


menyuburkan potensi murid ke peringkat optimum.
Kanak-kanak adalah pelajar aktif.
- Guru harus menggalakkan kemahiran sosial dan pengalaman sebenar untuk
membantu murid memahami dunia mereka.

25

Hak cipta Panel Penulis IPG/BPG

2.2

Konsep main penting kepada murid


- Guru hendaklah memberi peluang murid menjalankan pelbagai aktiviti berasaskan
konsep belajar melalui bermain sambil untuk meningkatkan perkembangan
ke peringkat optimum.
Proses perkembangan meningkat melalui aktiviti yang mencabar.
- Guru harus menyediakan aktiviti-aktiviti yang mencabar dan meransang minda murid
untuk meningkatkan tahap perkembangan dan pengalaman pembelajarannya.
Murid mempunyai pelbagai gaya pembelajaran.
- Guru perlu membantu murid dengan memberi peluang mereka menunjukkan
kemahiran dan pengalaman yang telah dikuasai /dilalui.
Penglibatan komuniti penting dalam perkembangan pembelajaran kanak-kanak.
Mereka rasa selamat, dihargai apabila keperluan dipenuhi.
- Guru harus memastikan dan mengambil berat tentang aspek pemakanan, kesihatan
dan keselamatan murid.
- Guru perlu mempunyai hubungan rapat dengan ibu bapa
Untuk menggunakan ABP dalam pelaksanaan kurikulum guru perlu faham tentang :
- murid yang diajar
- kandungan kurikulum dan apa yang perlu diajar,
- bila hendak mengajar
- cara menilai perkembangan
- menyesuaikan kurikulum dengan kebolehan murid
- keperluan dan minat
- latar belakang dan sosio-budaya murid.

ASPEK PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

2.2.1 Perkembangan Fizikal

Perkembangan kanak-kanak dari bayi hingga prasekolah merupakan satu proses


pertumbuhan fizikal yang berlaku secara berperingkat.
Ia melibatkan kuantiti dari segi berat, tinggi dan pertumbuhan otot-otot motor.
Walaupun umur kanak-kanak sama tetapi pertumbuhan dan perkembangan
berbeza.
Perkembangan fizikal merangkumi pertumbuhan anggota badan dan organ-organ,
gerakbalas fisiologi, kewujudan tanda-tanda kematangan fizikal serta perubahan
dalam keupayaan motor dan sebagainya
Dua aspek penting pertumbuhan dan perkembangan motor
Rentak perkembangan berubah-ubah dalam 4 peringkat:
Peringkat perkembangan yang pesat (Pralahir hingga 2 tahun)
Peringkat pertumbuhan yang lambat (2 hingga 12 tahun)
Peringkat pertumbuhan yang pesat (12 hingga 18 tahun)
Pertumbuhan yang lambat atau tertentu apabila dewasa.
Perkembangan Cephalocaudal - Perkembangan bermula daripada kepala ke paras
pinggang dan kaki.

26

Hak cipta Panel Penulis IPG/BPG

Perkembangan Proximodistal - Perkembangan bermula daripada bahagian yang


terdekat dengan tubuh badan ke perhujung anggota.
Jenis Saiz Badan

3 jenis bentuk badan:


Ektomorf - saiz tubuh kecil kurus dan tinggi, kadar perkembangan fizikal agak
lambat dan kadar penambahan tinggi memakan masa yang lebih panjang.
Mesomorf - tubuh badan pejal & berisi (penambahan otot,berak badan
perkembangan fizikal yang lain turut berlaku dengan lebih cepat pada setiap
peringkat umur)
Endomorf tubuh badan lebih bulat dan mengandungi lebih banyak lemak
Corak Perkembangan Fizikal Kanak-kanak
Umur
0 - 3 tahun

3 4 tahun

Perkembangan
- Kemahiran fizikal berkembang dgn pantas
- Duduk & merangkak;belajar & mula berlari
- Kemahiran pergerakan kecil berkembang spt boleh
mengumpul & mengutip objek kecil
- Menggunakan sudu & garfu utk makan
- Menggenggam & melepaskan objek
-

Kemahiran fizikal meningkat


Menunggang basikal roda tiga, turun naik tangga, menukar2
langkah, berlari, melompat dgn 2 kaki terangkat, berjalan
sepanjang palang seimbang, memanjat peralatan padang
permainan, pakaian dipakai & ditanggalkan sendiri
Menangkap bola dgn tangan dikeluarkan, berjalan
mengundur & berjengket
Memegang barangan
Melompat dgn bertukar2 kaki
Menunggang basikal 2 roda
Berkasut roda
Melontar dgn agak tepat
Menangkap bola dgn tangan
Membuat balik kuang
Bermain dgn permainan yg memerlukan kemahiran fizikal
Perkembangn otot kecil meningkat
Koordinasi mata & tangan berkembang
Kwsn otot mula meningkat
Mula kehilangan gigi
Kanan @ kidal

Kemahiran fizikal menjadi penting dlm konsep kendiri


Tahap tenaga tinggi
Kadar tumbesaran perlahan
Kawasan otot kecil baik
Gigi kekal tumbuh

5 6 tahun

7 8 tahun

27

Hak cipta Panel Penulis IPG/BPG

Susuk tubuh dan struktr wajah berubah

2.2.2 Perkembangan Kognitif

Perkembangan
Kognitif

Teori-teori Asas
Perkembangan
Kognitif

Perkembangan
Kognitif melalui
bahan manipulatif

Teori- Teori Asas Perkembangan Kognitif


i.

Jean Piaget
Ahli psikologi Swiss & salah seorang penyelidik yang berpengaruh dalam bidang

pembangunan psikologi abad ke 20.


Awalnya bergiat dalam bidang biologi dan falsafah serta menggelarkan dirinya sebagai

ahli epistemologi genetik.


Pandangan Piaget selalunya dibandingkan dengan Lev Vygotsky (1896-1934), yang
melihat lebih kepada interaksi sosial (social interaction) yang merupakan sumber utama

kognitif dan tingkah laku.


kanak-kanak akan melalui peringkat perkembangan kognitif yang sama tetapi pada usia

yang berbeza
Persekitaran tidak membentuk kognitif kanak-kanak, sebaliknya kanak-kanak membina
pengetahuan mereka secara aktif untuk memahami persekitarannya, melalui aktiviti
penerokaan.

4 konsep pemerolehan maklumat dan pengalaman baru mengikut teori piaget iaitu skema
(schema), penyerapan (asimilation), akomodasi (accomodation), dan keseimbangan.
Skema

28

Hak cipta Panel Penulis IPG/BPG

Skema = pra konsep tentang sesuatu objek melalui pengalaman yg dilaluinya hari demi
hari; mungkin tidak tepat

Skema bermaksud satu struktur kognitif

Skemata bermaksud lebih dari satu struktur kognitif

Kanak-kanak membina skemata hari demi hari

Skemata berubah dan bertambah melalui proses adaptasi (asimilasi dan akomodasi)

Contoh: Fatin melihat arnab, anak kucing. Fatin akan membina skema: arnab = anak
kucing (lembut, kecil)

Asimilasi

Asimilasi : Proses memasukkan maklumat ke dalam skemata sediaada.


merupakan proses kognitif yang menyatukan maklumat-maklumat baru atau
Pengalaman-pengalaman baru ke dalam skema yang sedia ada, iaitu penyerapan
(fitting) maklumat baru ke dalam struktur sedia ada. Asimilasi berlaku sepanjang masa
Kerana manusia sentiasa melalui pelbagai maklumat dan pengalaman.

Contoh: Apabila saya mengatakan baju anda berwarna biru, saya akan mengingat yang
baju itu berwarna biru gelap atau biru cair.

Akomodasi

Akomodasi = mengubahsuai skema sedia ada untuk memahami maklumat baru

Contoh atas: Bapa terdengar Fatin menyebut kucing apabila melihat arnab, bapa
membetulkannya. Tengok dia melompat, tidak mengiau, makan karot.

Fatin mendapat maklumat baru

Fatin mengubahsuai struktur kognitifnya kepada 2 skemata; skema kucing dan skema
utk arnab

Contoh lain: bola dan belon, ayam dan itik.

Perimbangan

Maklumat baru yang berjaya diserap oleh kanak-kanak menunjukkan tahap


Keseimbangan tercapai. Sebaliknya jika ia tidak dapat diserap, maka maklumat
Itu akan diubahsuai melalui pengubahsuaian skema atau mencipta skema yang baru.
Jikalau maklumat baru itu dapat disesuaikan, maka tahap keseimbangan akan tercapai.

29

Hak cipta Panel Penulis IPG/BPG

Peringkat Perkembangan Mengikut Tahap


Peringkat Sensorimotor (0-2 tahun);

Juga dikenali sebagai deria motor

Bayi banyak menggunakan deria dan kebolehan motor (pergerakan)

Mula-mula tidak ada kewujudan objek sehingga boleh menguasai konsep kewujudan
objek.

Daripada aksi refleks kepada aktiviti berulang-ulang ke aktiviti bermatlamat

Akan membina pelbagai skemata dlm usaha memahami persekitarannya

Proses peniruan,ingatan dan pemikiran bermula kekekalan objek.

Daripada tindakan reflektif kepada tindakan bertujuan.

Peringkat Praoperasi (2-7 Tahun);

Perkembangan bahasa dan pemikiran simbolik awal

Logik 1 hala: tiada konsep pemuliharaan & tidak berfikir berbalik.

Egosentrik: Monolog kolektif

Kanak-kanak mula menggunakan keupayaan mereka berfikir secara simbolik


(menggunakan perkataan semasa bertutur) tetapi tahap pemikiran masih tidak mengikut
logik dan mudah diperdaya oleh persepsi yg berlainan

Tidak mampu menguasai konsep pengekalan

Peringkat Operasi Konkrit (7-11 Tahun)

Memahami berfikiran berbalik (Reversibility).

Memahami konsep pemuliharaan.

Boleh mengkelas dan menyusun

Menyelesaikan masalah dalam bentuk logik sempurna.

Peringkat Operasi Formal (12 Tahun Ke Atas)

Menyelesaikan masalah abstrak dengan logik.

Pemikiran saintifik.

Prihatin kepada identiti diri dan isu sosial.

Egosentrik remaja.

30

Hak cipta Panel Penulis IPG/BPG

ii.

Vygotsky

Percaya bahawa perkembangan kognitif berlaku dalam persekitaran sosiobudaya

Kebanyakan daripada kemahiran kognitif kanak-kanak terhasil daripada interaksi sosial


kanak-kanak dengan ibu bapa, orang dewasa lain, rakan sebaya dan guru

Tema teori Vygotsky ialah perkembangan kognitif berlaku dalakm konteks sosial

Kemahiran kognitif kanak-kanak diperoleh melalui bimbingan orang yang lebih dewasa

yang menjadi model dan menstrukturkan pengalaman pembelajaran kanak-kanak


Proses bimbingan ini dikenali sebagai scalffolding. Konsep scaffolding. Scaffolding :
sokongan sementara pada binaan. Pelajar beransur-ansur menerima tanggungjawab

dari sedikit kepada sepenuhnya ke atas pembelajaran


Pembelajaran ini berlaku dalam zone of proximal development (ZPD)

Konsep Zon Perkembangan Proksimal

Menurut beliau, faktor-faktor yang berpengaruh


seseorang

individu

berfikir

adalah

dalam pembentukan bagaimana

berdasarkan

sejarah

masyarakatnya

dan

pengalamannya dalam masyarakat itu.

Sebenarnya terdapat dua tahap perkembangan kognitif. Yang pertama adalah tahap
yang dicapai oleh seseorang apabila dia berfungsi secara bersendirian yang dikenali
sebagai tahap perkembangan sebenar (actual development) dan tahap kedua ialah
paras yang lebih tinggi yang seseorang itu berpotensi mencapainya (potential
development) apabila mendapat bimbingan daripada pihak yang lebih berkebolehan.
Jarak di antara kedua tahap ini dikenali sebagai zon of proximal development.

31

Hak cipta Panel Penulis IPG/BPG

ZPD menjelaskan bahawa setiap individu boleh belajar dan perlu dibantu oleh orang
dewasa untuk meningkat daripada kebolehan maksimum yang boleh dicapainya secara
individu.

Kanak-kanak akan mencapai tahap pencapaian terendah mengikut kebolehannya tanpa


dibantu oleh oleh orang lain,

Sebaliknya dia tidak boleh mencapai tahap pencapaian yang lebih tinggi, walaupun
dibantu oleh orang lain jika telah mencapai kepada zon perkembangan proksima atau
tertinggi.

Jarak di antara tahap perkembangan sebenar dilakukan secara bersendirian dan tahap
perkembangan potensi yg dicapai dgn bimbingan orang dewasa

Pengertian Ingatan
Ingatan ialah kebolehan manusia unutk menerima maklumat, memproses dan menyimpan serta
mengeluarkan segala maklumat itu untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Terdapat 3
peringkat ingatan iaitu pengkodkan/ingatan deria, penyimpanan dan ingatan kembali.
Pengkodan (Peringkat Rakaman)
- Input deria menerima rangsangan daripada persekitaran.
- Menerima dan mengubah maklumat input deria ke dalam kod-kod yang boleh diproses oleh
ingatan untuk dirakam.
- Maklumat tidak penting dilupai manakala maklumat yang bermakna dirakamkan dalam bentuk
kod

32

Hak cipta Panel Penulis IPG/BPG

Penyimpanan
- Peringkat ini merujuk kepada penyimpanan dan pemilihan maklumat oleh otak.
- Kod yang bermakna disimpan dengan teratur.
- Masuk ke ingatan jangka pendek ( untuk menyelesaikan masalah).
- Masuk ingatan jangka panjang (untuk di kekalkan untuk masa yang lama).
Ingatan Kembali
- Peringkat ini merujuk lepada maklumat penting yang telah dikodkan yang diingat kembali
untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.
Pengertian Metakognitif
Metakognitif adalah kesedaran berfikir tentang apa yang diketahui dan apa yang tidak diketahui.
Dalam konteks pembelajaran, mengetahui bagaimana untuk belajar, mengetahui kemampuan
dan gaya belajar yang dimiliki, dan mengetahui strategi belajar terbaik untuk belajar secara
lebih efektif.
Perkembangan Kognitif Melalui Pengunaan Bahan Manipulatif
Bahan manipulatif ialah bahan yang konkrit
Bahan yang boleh dipegang dan dimanipulasikan oleh kanak-kanak
Bahan yang kanak-kanak boleh gunakan secara langsung untuk bermain, meneroka,
membina, menguji, membilang.
Contoh: butang, bongkah, manek, batu, penutup botol dll.
Kegunaan bahan manipulatif
Bahan manipulatif berguna untuk kanak-kanak menguasai kemahiran kognitif seperti
* pengelasan
* mengenal konsep ruang,
* mengenal konsep nombor,
* melakukan proses sains dan
* membuat penyelesaian masalah

33

Hak cipta Panel Penulis IPG/BPG

2.2.3

Perkembangan Bahasa

Perkembangan Bahasa

Konsep :
- Pemerolehan
Bahasa
- Perkembangan
Bahasa
-Pembelajaran
Bahasa

Teori Pemerolehan
Bahasa:

Peringkat
Perkembangan
Bahasa
mengikut Umur

- Behaviourisme
- Navitis
- Konstruktivisme
- Interaksionalis

Perkembangan
Bahasa KanakKanak

Konsep Bahasa

Bahasa ialah sistem undang-undang tatabahasa dan semantik yang membuatkan

pertuturan menjadi bermakna.


Pertuturan pula ialah perlakuan membentuk dan penyambungan bunyi-bunyi bahasa.
Bahasa adalah suatu saluran yang membolehkan kanak-kanak menyusun dan
mengutarakan idea serta pengalamannya.

Pemerolehan Bahasa

Penguasaan bahasa bermula dengan memahami percakapan yang didengar dan diikuti

oleh kebolehan bertutur.


Kebolehan bertutur dan menggunakan bahasa ini bukan sahaja dapat merapatkan
perhubungan kanak-kanak dengan orang lain, malah ia membolehkan kanak-kanak

membina konsep berkenaan alam dan manusia di persekitarannya.


Bayi membentuk konsep tentang objek dalam persekitarannya sebelum tanda pertama

bahasa muncul.
Kanak-kanak yang berumur dua tahun sudah dapat memahami maksud sesuatu
perkataan (Dollaghan, 1985).

34

Hak cipta Panel Penulis IPG/BPG

Semasa membesar kanak-kanak mempelajari perkataan baru dengan membandingkan


perkataan yang sudah diketahui oleh mereka (Bloom, 1998; Menyuk, Liebergott &
Schultz, 1995)

Perkembangan Bahasa

Perkembangan bahasa yang baik memerlukan suasana sosioemosi yang selamat dan

pengalaman yang menggembirakan.


Apabila kanak-kanak dapat berfikir dan berkomunikasi dengan menggunakan perkataan
yang mewakili objek dan peristiwa di persekitaran mereka, kemampuan mereka berfikir
dan menggambarkan dengan perkataan meningkat dan mengatasi

batasan masa dan

ruang.
Melalui perkembangan bahasa ini, kanak-kanak mula mengenali dunia secara simbolik
dengan perantaraan bahasa yang mudah seperti tanda-tanda, lubang, objek dan

perkataan.
Pengalaman menggunakan bahasa secara lisan amat penting dalam mereka

mengembangkan bahasa kanak-kanak.


Kemahiran berkomunikasi berkait rapat dengan menggunakan bahasa (kemahiran
linguistik) dan kemahiran berinteraksi. Menerusi penerokaan dan berinteraksi, kanakkanak dapat membina dan mengaplikasikan konsep baru.

Pembelajaran Bahasa

Kanak-kanak belajar bahasa melalui berbagai-bagai cara. Antaranya dengan meniru


bunyi yang pernah didengari. Mereka mendengar pertuturan daripada orang lain dan

meluahkannya dengan cara tertentu.


Bunyi perkataan adalah magic kepada kanak-kanak. Contohnya, kanak-kanak pada
peringkat prasekolah tertarik degan permainan lagu berantai. Perkataan magic ini mula
diperolehi apabila kanak-kanak mula bermain dengan bahan. Selepas menghafal dan
menghasilkan semula perkataan tersebut, mereka akan mempelbagaikan dan
manipulasikannya dengan pelbagai keadaan, membina perkataan yang lucu, mudah,
mereka cerita khayalan daripada pengalaman sendiri.

Teori Pemerolehan Bahasa

35

Hak cipta Panel Penulis IPG/BPG

1. Teori Behavioris

Teori behavioris cuba menghuraikan pertalian antara psikologi dengan bahasa

melalui pendekatan yang dapat dialami dan diamati secara lansung atau fizikal.
Mereka yang sealiran dengan teori ini terdiri daripada ahli-ahli psikologi seperti J.B

Watson, E.R Guthrie, E.L Thorndike, I.P Pavlov dan B.F Skinner.
Menurut Thorndike, semua pemerolehan bahasa manusia berlaku melalui proses
cuba jaya. Watson pula berpendapat bahawa semua tingkah laku manusia
merupakan

gerak

balas

terlazim,

manakala

Gurhrie

menyatakan

bahawa

rangsangan dan gerakbalas mestilah berlaku secara bersama-sama untuk

mewujudkan pembelajaran.
Skinner pula telah mengkaji dan memperbaiki teori behavioris dengan pandangan
bahawa pengukuhan adalah asas dalam proses pembelajaran dan berlaku apabila

diberi ganjaran.
Bagi golongan aliran behavioris, penguasaan bahasa adalah satu proses mekanis
yang tidak memerlukan daya mental tetapi diperoleh melalui latihan dan

pengulangan.
Golongan ini juga mementingkan pengukuhan dalam pembelajaran yang dapat
ditimbulkan melalui ganjaran. Ganjaran dapat mendorong pengulangan, dan apabila
pengulangan berlaku, maka secara tidak langsung akan menjadi penguasaan atau

pemerolehan bahasa.
Teori pembentukan biasaan ini juga menekankan kemahiran lisan. Kemahiran
mendengar dan bertutur ini ditegaskan kerana kedua-dua kemahiran ini mempunyai
hubungan yang rapat dan mudah untuk dikuasai berbanding dengan aktiviti

membaca dan menulis.


Dalam teori ini, pengukuhan, pemerhatian, sifat-sifat ingin tahu dan aktiviti meniru
adalah menjadi faktor utama dalam pengguasaan bahasa.

2. Teori Nativisma

Chomsky mengatakan bahawa otak manusia telah diprogramkan secara semulajadi


untuk membolehkan ia bertutur dan memahami bahasa sama seperti keupayaan

36

Hak cipta Panel Penulis IPG/BPG

berjalan.
Beliau mengenal pasti sistem ini sebagai LAD ( Language Acquisition device ) yang
bergantung kepada sel-sel dalaman selebrum korteks. LAD inilah yang akan
membolehkan kanak-kanak menganalisa bahasa yang mereka dengar dan
membolehkan mereka membentuk tatabahasa yang betul.

3. Teori Pembelajaran Kod Kognitif

Teori Kod Kognitif atau mentalis menganggap pemerolehan bahasa sebagai satu proses
pemikiran yang melibatkan aktiviti mental.

Teori ini menjelaskan bahawa bahasa adalah pengetahuan yang dihasilkan oleh sesuatu
proses dalam otak dan saraf. Kanak-kanak memperoleh bahasa kerana bahasa sudah
terancang untuk berkembang dalam diri kanak-kanak tersebut dari segi biologis.

Sejak dilahirkan lagi, kanak-kanak telah mempunyai alat pemerolehan bahasa


(Language Acquisition Device LAD) yang membolehkan kanak-kanak itu memperolehi
dan menguasai bahasa yang didedahkan.

Jean Piaget, E.H. Lenneberg, Robin, Lakoff, D. Slobin, Chomsky dan V. Hamboldt
pendukung teori ini. V. Hamboldt misalnya, menekankan kreativiti wujud dalam otak atau
pemikiran penutur bahasa itu. Beliau menegaskan bahawa bahasa itu dibawa sejak
kanak-kanak dilahirkan dan penutur-penutur boleh menghasilkan unit-unit lingualistik
yang tidak terhad bilangannya. Seperti Hamboldt, Chomsky juga berpendapat bahawa
setiap manusia yang dilahirkan sudah dibekalkan dengan kebolehan untuk berbahasa
apabila sampai masanya.

Menurut golongan mentalis lagi, seseorang itu mempunyai kecekapan ( competence ),


iaitu rumus-rumus yang ada dalam mental, dan prestasi ( performance ) yang
merupakan aspek penggunaan bahasa oleh penutur berdasarkan kecekapan.

Lenneberg berpendapat bahawa sebelum kanak-kanak boleh bertutur, kanak -kanak


terlebih dahulu menguasai kebolehan memahami dan membezakan bunyi-bunyi yang
berlainan.

37

Hak cipta Panel Penulis IPG/BPG

Aliran mentalis juga, menegaskan ciri-ciri kesejagatan nahu bagi setiap bahasa di dunia
ini mempunyai hubungan dengan kognitif. Peranan kognitif pada otak manusia inilah
yang menjadikan penghasilan bahasa itu bersifat kreatif.

4. Teori Pembelajaran Interaksionalis

Teori ini menganggap bahawa perkembangan bahasa kanak-kanak melibatkan dua


aspek iaitu proses mental dan interaksi bahasa.

Menurut model ini kanak-kanak perlu didedahkan kepada interaksi linguistik supaya
mereka boleh menggambarkan makna kognitif dalam bentuk-bentuk lingusitik yang jelas
dan tepat.

Oleh itu kanak-kanak perlu memahami dan menggunakan tatabahasa dengan betul. Ini
membantu mereka berkomunikasi dalam masyarakat.

Selain itu aktiviti bahasa yang bermakna dan menarik membantu kanak-kanak
menguasai dan memperbaiki penggunaan sistem bahasa dan seterusnya dapat
menggunakannya dengan fasih dan lancar.

Peringkat Perkembangan Bahasa Mengikut Umur


Umur

Perkembangan bahasa

Baru lahir 2 bulan

Menangis dan senyum


Lebih suka kepada suara manusia

2 4 bulan

Bermain dengan bunyi vokal seperti aa-aa-aa-aa-aa


ataupun oo-oo-oo-oo

6 9 bulan

Mencantum bunyi konsonan dengan bunyi vokal untuk


menghasilkan sukukata seperti ima-ma-ma-ma-ma atau
ba-ba-ba-ba
Mula menunjukkan gerak tangan.

9 12 bulan

Mencantum
pertama.

sukukata

38

dan

menghasilkan

perkataan

Hak cipta Panel Penulis IPG/BPG

1 1 1/2 tahun

Mencantumkan beberapa perkataan mudah untuk menjadi


ayat yang pendek.

2 4 tahun

Menyebut gabungan 3 perkataan


Gemar bercakap boleh berbual dengan ayat yang lebih
panjang.
Suka menyebut perkataan yang baru dan suka menyanyi.

4 6 tahun

Menghasilkan gabungan 4 5 perkataan.


Sebutan bertambah baik
Mengulang dan dapat mengubahsuai seni kata lagu
ataupun pantun yang mudah.
Mula bertanya berbagai soalan.
Mula membaca dengan sendiri.

Peringkat Perkembangan Bahasa Kanak-Kanak


Perkembangan bahasa kanak-kanak dapat dilihat daripada segi kemampuan menerima,
memahami, dan melahirkan semula. Kemampuan di atas berkembang beransur-ansur mengikut
masa saling berkait antara satu sama lain. Kanak-kanak akan dapat membuat huraian dengan
lebih baik dan cekap dalam situasi perbualan. Menurut pakar bahasa, kemampuan tersebut
merujuk kepada 4 aspek dalam penguasaan bahasa kanak-kanak iaitu;
1) Fonologi - Menghasilkan bunyi, perkataan, ayat dan cerita
2) Semantik - Memahami maksud perkataan, ayat, cerita
3) Sintaksis - Pembinaan struktur ayat.
Fonologi
Fonologi adalah kebolehan melahirkan bunyi, perkataan dan ayat.

Corak perkembangan

fonologi pada umumnya sama bagi semua kanak-kanak, tidak kira bahasa apa yang dituturkan.
Pada umumnya, bayi akan mengeluarkan perkataan pertama pada usia 9 hingga 12 bulan.
Dalam perkembangan fonologi, kanak-kanak menghasilkan bagi secara rambang. Ini berlaku di
peringkat agahan. Mula-mula ia memperoleh fonem-fonem yang kasar dan ketara perbezaan

39

Hak cipta Panel Penulis IPG/BPG

fiturnya, tetapi kemudian ia maju kepada fonem-fonem yang lebih halus dan seni perbezaan
fiturnya.

peringkat menangis

peringkat rengekan

peringkat ajukan satu sukukata yang bermakna ( ma, cu, bum)

peringkat ajukan dua sukukata ( mama,baba, tata, dedi, susu)

Semantik
Semantik ialah kebolehan memahami percakapan yang didengari. Penguasaan bahasa oleh
kanak-kanak akan bermula dengan mamahami percakapan yang didengar dan diikuti pula
dengan kebolehan bertutur. Dalam perkembangan semantik, kanak-kanak mula berupaya
menguasai beberapa patah perkataan.

Kanak-kanak sering membuat kesalahan, terutama

semasa memberi makna perkataan itu. Hasil daripada interaksi dengan persekitarannya dalam
pelbagai konteks, kanak-kanak akan memepelajari konsep-konsep daripada yang konkrit
kepada yang lebih abstrak dan mula dapat menyusun perkataan mengikut tatabahasa.
Perkembangan semantik kanak-kanak adalah seperti yang berikut :
Umur
6 -12 bulan

Kebolehan Semantik

Dapat

dinamakan.
Perbendaharaan kata bertambah 1 hingga 3 perkataan sebulan

11 tahun

memahami

perkataan

serta

menunjuk

objek

yang

pada usia 1 tahun.

Perbendaharaan kata terdiri daripada orang


( mama, abah) dan benda maujud ( bola,
kasut )

1 -2 tahun

memahami arahan mudah seperti tepuk tangan

Perbendaharaan

kata

bertambah

seminggu.

40

10

hingga

20

perkataan

Hak cipta Panel Penulis IPG/BPG

Perbendaharaan kata terdiri merangkumi perbuatan (bye,bye),


tempat (mana, sana) dan keadaan (habis)

2 3 tahun

Perkembangan perbendaharaan kata diiringi dengan menyifatkan


objek.

Dapat memahami perkataan yang lebih abstrak seperti perasaan


seperti marah ataupun sifat nama seperti comel.

4-6 tahun

Lebih banyak perbendaharaan kata (1000 perkataan )

Dapat menamakan objek atau kejadian dan mengkategorikan.

Berlaku cetusan perbendaharaan bahasa (10,000 perkataan pada


hujung peringkat prasekolah )

Memahami lawak jenaka dan metafora

Memahami cerita lisan atau yang dibaca dalam buku.

Memahami dan menghafal senikata lagu ataupun puisi.

Sintaksis
Dalam perkembangan sintaksis, kanak-kanak menguasai ujaran yang terdiri daripada satu
perkataan ( one word utterance) ketika berumur satu tahun dan maju kepada ujaran dua
perkataan (two word utterance) ketika menjangkau umur 2 tahun. Setiap ujaran dapat
merujuk bebrapa makna mengikut susunan kata atau konteks untuk menggambarkan
penafian pertanyaan dan sebagainya. Ayat padat dan ringkas , banyak menggunakan kata
inti (contains word) dan kurang atau tiada langsung menggunakan kata tugas (function
words).
Setelah meningkat pada umur lima tahun barulah kanak-kanak itu menyamai bahasa orang
dewasa. Pada umur lima tahunkanak-kanak akan berupaya menghasilkan ayat pasif atau
ayat yang lebih kompleks dan dapat mengenal struktur dalaman dan hubungannya dengan
struktur luar.

41

Hak cipta Panel Penulis IPG/BPG

Kanak-kanak umur satu setengah tahun boleh melakukan dengan tepat arahan mudah
seperti ambilkan selipar ibu ( Go get Mummys slippers )

Mana botol sayang ? ( Wheres your bottle )

Kanak-kanak pada umur awal 12 hingga 18 bulan sudah boleh guna perkataan dengan
intonasi yang berbeza. Here is mama. This is mamas hat. (Bloom: 1976)

Pada umur 18 bulan ayat dengan dua perkataan mula digunakan seperti :
-

Ayat penyata (declarative) My toy, Daddys car, adik punya.

Ayat naf (negative) Daddys not there, Ayah belum balik, Adik tak buat.

Ayat perintah/seru (imperative): Dont do that, Daddy?


Janganlah, janganlah kacau, jangan kacau adik

Pembelajaran Bahasa Kedua.


Masyarakat Malaysia adalah masyarakat yang berbilang kaum. Penguasaan bahasa kedua
ataupun ketiga menjadi suatu kebiasaan kepada kebanyakan kanak-kanak. Mereka dapat
menguasai dua bahasa ataupun lebih melalui dua proses:
i)

Memperolehnya secara spontan (simultaneous acquisition), apabila kanak-kanak


sering mendengar atau menggunakannya pada awal usia zaman kanak-kanaknya.

ii)

Memperolehnya secara turutan (sequential acquisition) apabila kanak-kanak


mempelajari bahasa kedua selepas menguasai bahasa yang pertama. Apabila
kanak-kanak

terus

menggunakan

kedua-dua

bahasa

secara

kerap

untuk

berkomunikasi, mereka akan berkebolehan menggunakan kedua-dua bahasa secara


fasih,selepas mereka mengatasi perbezaan semantik, fonologi dan sintaksis antara
kedua-dua bahasa tersebut. Kanak-kanak selalunya mengambil masa 1 tahun bagi
menguasai bahasa kedua selepas menguasainya bahasa yang pertama ( Reich,
1986)
2.2.4 Perkembangan Emosi

Perkembangan
Emosi
42

Hak cipta Panel Penulis IPG/BPG

Konsep

Jenis Emosi

Kecerdasan
Emosi

Konsep Perkembangan Emosi

Berasal daripada perkataan Greek "emovere" yang bermaksud "utk keluar".

Emosi adalah perasaan atau afek yang melibatkan satu gabungan rangsangan fisiologi
seperti degupan jantung yang laju dengan tingkahlaku yang nyata seperti senyum atau
menyeringai (Santrock;1998)

Emosi merupakan tindakbalas atau kebangkitan yang ditonjolkan keluar terhadap


sesuatu perkara atau objek, orang atau keadaan yang bertindak balas sebagai
rangsangan kepada perasaan emosi.

Ahli fisiologi bersependapat bahawa emosi melibatkan perasaan, gerak hati, tindakbalas
fisiologi dan pernyataan emosi.

Fungsi Emosi

Sebagai satu cara bagi kanak-kanak berkomunikasi untuk memberitahu dan

menyatakan keperluan mereka


Melaras keperluan dan konflik social
Langkah awal menyesuaikan diri dengan dunia sosial

* Kanak-kanak lebih mahirmenunjukkan emosi dari memahami emosi

Peranan Emosi

Emosi amat penting dalam kehidupan kanak-kanak

43

Hak cipta Panel Penulis IPG/BPG

Perasaan (pengalaman emosi) merupakan matlamat yang hendak dicapai. Emosi


tambahkan keseronokan kepada pengalaman sehari-hari kerana ia menjadi penggerak

kepada tindakan & memberi makna kepada bentuk tindakan yang diambil
Emosi juga mempengaruhi persepsi & tingkah laku seseorang terhadap orang lain &

persekitaran
Emosi tentukan corak penyesuaian yang akan diambil.

Jenis Emosi / Perasaan Dan Implikasi Pada Kanak-Kanak


Menurut teori perkembangan psikososial Erikson, bayi mula membentuk emosi sejak
lahir. Persekitaran dan orang di sekeliling akan mempengaruhi emosi bayi. Perkembangan
emosi yang sihat membolehkan kanak-kanak membesar sebagai individu yang sempurna.
Perkembangan awal emosi kanak-kanak akan kelihatan melalui tindak balas tangisan atau
ketawa dan seterusnya berkembang sehingga kanak-kanak menguasai perkembangan emosi
yang stabil serta dapat membuat penilaian apabila berada pada tahap dua pada usia 5-6 tahun.
-

Perasaan Gembira: bantu kanak-kanak/ remaja berfikir bagaimana melahirkan


rasa seronok dan menggalakkan mereka bercakap tentang sesuatu yang mereka
suka tentangnya

Rasa marah: bantu mencari jalan bagaimana menghadapi halangan untuk


dapatkan sesuatu yang dicitakan & mengenal erti kesabaran, belajar melahirkan
perasaan

geram

dalam

bentuk

yang

bersesuaian

dan

mencari

jalan

penyelesaian.
-

Takut: rasa terancam suatu motivasi ingin memastikan keselamatan diri dari
aspek fizikal dan psikologi Merangsang kanak-kanak melahirkan fikiran dan
perasaan takutnya sebagai jaminan untuk memperolehi ketenangan dan
ketenteraman.

Sedih: kehilangan, tidak mendapat apa yang dikehendaki menjadikan kanakkanak berusaha lebih mendapat apa yang dicita, mencurah persaan dan berfikir
bagaimana mengatasi rasa sedih.

44

Hak cipta Panel Penulis IPG/BPG

Geli: selalunya dikaitkan dengan makanan, bau dan pandangan suatu yang
semulajadi menjadikan seseorang kanak-kanak berhati-hati agar tidak terkena
apa yang dia geli. Perasaan ini perlu dihormati dan bantu mereka mencari sebab
mengapa mereka berperasaan begitu.

Cemas: Asalkan tidak keterlaluan, sebenarnya ia membantu kanak-kanak


berusaha mengambil langkah mengelak diri dari menghadapi masalah, belajar
menahan perasaan bimbang dan bertindak proaktif untuk menunjukkan sesuatu
yang terbaik

Malu: menjadikan kanak-kanak menyedari kepentingan perilaku yang baik dan


mengelak dari melakukan sesuatu yang dikatakan memalukan bantu mereka
mengawal tingkahlaku mereka sendiri

Rasa bersalah: wujud bila kanak-kanak melakukan sesuatu yang dianggap


keluar dari standard tingkahlaku yang baik Dia akan berusaha untuk tidak
dianggap bersalah dengan berakhlak sebaik mungkin dan sekiranya kesalahan
tetap atau telah dilakukan, perasaan ini merangsang kanak-kanak meluahkan
perasaan dan menyedari agar berusaha untuk tidak mengulangi pada waktu
yang lain.

Rasa bangga: tercetus bila seseorang kanak-kanak terasa dihormati / dihargai


oleh orang lain atau bila ia mencapai apa yang diharapkan Ransang kanakkanak bertingkahlaku

baik dan bekerjasama. Ransang mereka untuk

meluahkan perasaaan contoh, kenapa mereka rasa bangga. Beri peluang


berkongsi rasa bangga, puas dan gembira

Peringkat Perkembangan Emosi


Tahap
Tahap 1

Emosi
Peringkat awal pantulan (ketawa dan menangis )
bulan - suka dan duka

45

Hak cipta Panel Penulis IPG/BPG

Bayi - 2 tahun

6 bulan - takut, jijik dan marah


12 bulan gembira dan kasih sayang
18 bulan cemburu mulai timbul
2 tahun keriangan terserlah

Emosi tidak tenteram


Lebih banyak perasaan mahu dikasihi
Mahu tumpuan yang lebih
Takut kegelapan
Mulai cemburu
Mempunyai perasaan malu
Tidak suka diarah

Perasaan ingin menjadi dewasa.


Kanak-kanak lelaki suka meniru perbuatan bapa.
Kanak-kanak perempuan suka meniru perbuatan ibu.

Perasaan romantis hadir


Kanak-kanak tertarik kepada yang berlainan jantina
Takut kegelapan, kebakaran dan kematian
Tahap cemburu yang amat tinggi
Sering merasa diketepikan

3 tahun

Tahap 2
3 4 tahun
4- 5 tahun

5-6 tahun

Perasaan dan jiwa semakin stabil


Pergantungan kepada keluargasemakin berkurangan
Lebih berdikari dan bersemangat melakukan yang disuruh
Semangat untuk terus hidup semakin tinggi
Belajar membeza betul dan salah
Label baik bagi yang seronok dan jahat bagi yang sakit
Mula membentuk kata hati , struktur nilai dan moral

Kecerdasan Emosi
Konsep IQ dan EQ

46

Hak cipta Panel Penulis IPG/BPG

Intelligence dikaitkan dengan keupayaan mental melakukan proses kognitif seperti


membaca, menulis, mengira dan menyelesaikan masalah.

Alfred Binnet dan Theodore Simon; 1905- memperkenalkan ujian kecerdasan yang
digunakan sehinggai kini. IQ dikaitkan dengan kejayaan , namun tidak semua yang
mempunyai IQ tinggi berjaya dalam hidup. Perkembangan pesat dalam bidang sains
otak atau neurology mendapati

emosi dapat mempengaruhi kecerdasan (EQ)

EMOTIONAL QUOTIENT

Intellegence test really assess skill in assimilating new information in solving new
problems. This bios toward crystallized rather than fluid knowledge can be astounding
consequences and individual can lose his entire frontal lobes, in the process becoming
redically different person unable to display any initiative or to solve new problem and yet
may continue to exhibit an IQ close to genius level.Gardner

Kecerdasan Emosi (EQ)

Daniel Goleman, seorang profesor dari Universitas Harvard menjelaskan bahwa ada
ukuran lain yang menentukan tingkat kejayaan seseorang. Dalam bukunya yang
terkenal, Emotional Intelligence, membuktikan bahwa tingkat emosional manusia lebih
mampu memperlihatkan kejayaan seseorang.

Menurut beliau lagi, jika seseorang lahir dengan kecerdasan intelektual (IQ) yang cukup,
sia-sia saja dia mencuba dengan segala cara untuk mendapatkan IQ yang superior
(genius), begitu pula sebaliknya. Tetapi, Emotional Quotient (EQ) dapat dikembangkan
seumur hidup dengan belajar.

Kecerdasan Emosional (EQ) tumbuh seiring pertumbuhan seseorang sejak lahir hingga
meninggal dunia. Pertumbuhan EQ dipengaruhi oleh lingkungan, keluarga, dan contohcontoh yang didapat seseorang sejak lahir dari orang tuanya.

Kecerdasan Emosi berkaitrapat dengan banyak aspek penting, yang semakin sulit
didapatkan pada manusia moden, iaitu:

47

Hak cipta Panel Penulis IPG/BPG

empati (memahami orang lain secara mendalam)


mengungkapkan dan memahami perasaan
mengendalikan amarah
kemandirian
kemampuan menyesuaikan diri
disukai
kemampuan memecahkan masalah antara peribadi ketekunan
kesetiakawanan
keramahan
sikap hormat

Ibu bapa adalah orang yang pertama harus mengajarkan kecerdasan emosi kepada
anaknya dengan memberikan teladan dan contoh yang baik.

Agar anak memiliki kecerdasan emosi yang tinggi, orang tua harus mengajar anaknya
untuk :
-

membina hubungan persahabatan yang hangat dan harmonis


bekerja dalam kelompok secara harmonis
berbicara dan mendengarkan secara efektif
mencapai prestasi yang lebih tinggi sesuai aturan yang ada (sportif)
mengatasi masalah dengan teman yang nakal
berempati pada sesama
memecahkan masalah
mengatasi konflik
membangkitkan rasa humor
memotivasi diri bila menghadapi saat-saat yang sulit
menghadapi situasi yang sulit dengan percaya diri
menjalin keakraban

Jika seseorang memiliki IQ yang tinggi, ditambah dengan EQ yang tinggi pula, orang
tersebut akan lebih mampu menguasai keadaan, dan merebut setiap peluang yang ada
tanpa membuat masalah yang baru.

Mengenal Dan Menguruskan Emosi Sendiri

Apabila kanak-kanak mengenali emosi dirinya sendiri, ini bermakna mereka sudah
matang menilai dirinya.

Banyak aktiviti yang dapat dilakukan bagi menggambarkan emosi marah, suka, terkejut,
sedih, gembira dan sebagainya.
-

Aktiviti melukis gambar muka marah di papan putih :

48

Hak cipta Panel Penulis IPG/BPG

Selepas melukis, guru bertanyakan apakah perasaan yang dipaparkan dalam


gambar tersebut.
-

Tulis perkataan marah, suka, terkejut, sedih, gembira di papan putih. Suruh
kanak-kanak mencari pasangan dan lukis muka marah, kemudian tunjukkan
kepada pasangan masing-masing.

Bercerita berkenaan diri sendiri mengapa marah, suka, terkejut, sedih dan
gembira.

Bercerita berkenaan keluarga sendiri.

Lakukan aktiviti seperti :


Berbual mesra dengan guru daripada buku cerita yang dibaca.
Berbual mesra dengan kawan-kawan berdasarkan pengalaman.
Berlakon dengan kawan-kawan berdasarkan skrip yang disediakan oleh guru.

Memupuk Emosi Positif


Permainan berperaturan seperti tengteng dan dam-ular akan menggalakkan kanakkanak belajar bersabar menunggu giliran, tekun dan tabah serta cuba mengawal
perasaan apabila menghadapi kekalahan dalam permainan. Selain daripada membina
perasaan positif, kanak-kanak juga digalakkan mematuhi ajaran agama seperti selain
daripada berusaha, reda kepada takdir dan berdoa kepada tuhan.
Cara mengesan emosi kanak-kanak

Mengenalpasti kanak-kanak keperluan khas


Mengumpul maklumat kesihatan kanak-kanak
-

kesihatan ibu bapa

penglihatan, pendengaran, tingkah laku dan lain-lain

Memproses maklumat / data


Menganalisis maklumat / data
Mengambil tindakan susulan
Dilakukan secara sekali atau berperingkat-pringkat (periodical)

49

Hak cipta Panel Penulis IPG/BPG

Membina Emosi Sihat

Guru, ibu bapa mahupun rakan sebaya menjadi Role model kepada kanak-

kanak. Sikap atau tingkahlaku merekas sering dijadikan ikutan


Guru perlu menerapkan tingkahklaku social yang baik melalui sktiviti berbentuk

simulasi, main peranan atau kumpulan


Penerapan nilai secara langsung/ tidak langsung adalah perlu.

2.2.5 Perkembangan Sosial

Perkembangan Sosial

Konsep Sosialisasi

Teori Erickson

Tingkahlaku Sosial

Teori kecekapan
Sosial

Kepekaan terhadap kanakkanak kurang upaya

50

Hak cipta Panel Penulis IPG/BPG

Konsep Sosialisasi

Perkembangan sosial merupakan satu proses apabila kanak-kanak berhubung


dengan orang lain mengikut cara yang dapat diterima oleh masyarakat dan

budayanya.
Melalui proses sosialisasi (atau penerapan nilai sosial) yang bermula sejak
seseorang bayi dilahirkan, diharapkan kanak-kanak ini dapat membuat

penyesuaian sosial mengikut pengharapan masyarakat apabila mereka besar.


Kemahiran sosial termasuk berkongsi, bekerjasama dan mematuhi peraturan.
Kemahiran ini melibatkan komunikasi secara lisan atau bukan lisan. Dalam
sosialisasi, perkembangan kanak-kanak berlaku secara peniruan dan modelling.

Cara Perkembangan Sosial


Peniruan
Social Cognitive Theory examines the processes involved as people learn from observing
others and gradually acquire control over their own behaviour
( Bandura 1986, 1997 )

Kanak-kanak belajar melalui pemerhatian mereka terhadap persekitaran. Persekitaran


mewujudkan rangsangan yang akan ditiru oleh kanak-kanak. Melalui proses peniruan ini
kanak-kanak akan membentuk suatu idea bagaimana tindakan dilaksanakan dan
apakah kesannya.

Menurut Teori Pembelajaran Peniruan Bandura, terdapat beberapa cara peniruan iaitu ;
-

Proses tiruan mudah iaitu meniru secara langsung

Proses tiruan melalui sekatlakuan dan taksekatlakuan.

Proses tiruan melalui elisitasi apabila melihat perlakuan orang lain.

Peniruan berlaku secara langsung dan secara tak langsung. Bandura (1986)
mengemukakan 4 unsur penting;
-

Attention ( Tumpuan/pemerhatian )

Retention (penyimpanan)

51

Hak cipta Panel Penulis IPG/BPG

Reproduction ( mengingat/mengeluarkan )

Motivation and Reinforcement ( Peneguhan )

Model/pemerhatian

Tingkah laku kanak-kanak adalah dipelajari melalui peniruan atau pemodelan.


Orang diperhatikan sebagai model.Proses pembelajaran melalui pemerhatian tingkah

laku model sebagai permodelan (modelling).


Model tingkah laku dan sikap yang diingini

Jadikan rakan sebaya murid sebagai model

Pastikan murid sedar tingkah laku baik menjadi peneguhan kepada orang lain

Arah murid popular/pandai melakukan aktiviti sukar sebagai model kepada yang lain

Guna teknik think aloud

Guna peneguhan vicarious

Galakan disiplin arahan kendiri murid

Teori Erik Erickson

Teori Erik Erikson dikenali sebagai Teori Perkembangan Psikososial Erikson

Menggabungkan tiga faktor yang mempengaruhi perkembangan individu, iaitu

i)Faktor kendiri

ii)Emosi

iii)Sosial

Beliau menjelaskan bahawa manusia mempunyai keperluan asas yang sama dan
perkembangan mereka bergantung kepada tindak balas terhadap keperluan tersebut.
Perkembangan kanak-kanak berlaku mengikut tahap tertentu.

Erikson percaya bahawa setiap tahap mempunyai konflik tertentu yang perlu diatasi
supaya tidak menjejaskan perkembangan kanak-kanak.

52

Hak cipta Panel Penulis IPG/BPG

Peringkat Perkembangan Sosial Erickson


1.

Kepercayaan lwn tidak ketidakpercayaan: Lahir-18 bulan

Bayi mesti menjalin kasih sayang dan kepercayaan dengan pengasuh atau sebaliknya
membentuk perasaan tidakpercaya.
2.

Autonomi lawan malu/keraguan: 18 bulan-3tahun

Tenaga kanak-kanak disalurkan untuk perkembangan kemahiran fizikal seperti berjalan,


menggenggam. Kanak-kanak belajar mengawal emosi tetapi sebaliknya mungkin membentuk
perasaan malu sekiranya tidak diuruskan dengan baik.
3.

Inisiatif lwn perasaan bersalah: 3-6 tahun

Kanak-kanak menjadi lebih mendesak dan berinisiatif tetapi sebaliknya berkemungkinan


keterlaluan sehingga menimbulkan perasaan bersalah.
4.

Ketekunan lwn rasa rendah diri: 6-12 tahun

Kanak-kanak mesti menghadapi pembelajaran kemahiran baru atau sebaliknya menghadapi


risiko perasaan rendah diri, kegagalan dan tidak cekap.

5.

Identiti lwn kekeliruan identiti: 12-18 tahun

Remaja mesti berjaya mencari identiti dalam pekerjaan, peranan jantina, politik dan agama, jika
tidak perasaan rendah diri akan timbul.
6.

Kerapatan lwn pengasingan: 18-35 tahun

Dewasa akan membina hubungan rapat atau sebaliknya merasa terasing jika tidak mahir
membina hubungan.
7.

Generativiti lwn pemusatan kendiri (stagnasi) 35-60 tahun

Setiap dewasa mencari jalan untuk memuaskan hati dan menyokong generasi akan datang
atau sebaliknya hanya memusatkan kepada perkembangan /aktiviti diri.
8.

Kesepaduan lwn putus asa: 60 tahun-akhir hayat

53

Hak cipta Panel Penulis IPG/BPG

Kemuncak perkembangan di mana perasaan diterima dengan perasaan kepuasan atau merasa
tidak diterima dan putus asa dengan kehidupannya.

Perkembangan Kecekapan Sosial

Interaksi rakan sebaya


- Interaksi dengan rakan sebaya merupakan kecenderungan berkawan dengan
-

rakan yang seusia dengannya.


Melalui interksi ini, kaank-kanak dapat mengenalisiapakah dalam kalangan
kanak-kaank yang sama identity dengannya. Kanak- kanak ini juga dapat

mempelajari tingkahlaku sesama mereka


Interaksi sosial berlaku melalui perbualan, konflik serta koperatif ketika bermain
bersama-sama

Persahabatan
- Diperingkat ini pengaruh rakan memainkan perana utama
- Kanak-kanak yang tidak mempunyai masalah dalam bersosial mudah diterima
-

dan menyertai sesuatu kumpulan persahabatan


Terdapat dua jenis keadaan semasa menjalinkan persahabatan. Pertama
kehadirannya diterima atau kedua, tersish/terasing.

Perkembangan Peranan Jantina


- Kanak-kanak mulai mengenali identiti dan perbezaan jantina dan melabel
-

mengikut jantina
Walaupun kanak-kanak belum mengetahui secara jelas tentang identity jantina
mereka, mereka mula memahami antara lelaki dan perempuan berbeza
keupayaan, kemahiran tertentu dam minat

Peranan guru
-

Perlu menyemai rasa kasih sayaing dan hormat-menghormat dalam diri murid
Belajar / melaksanakan aktiviti kumpulan
Aktiviti tidak hanya terhad dalam bilik darjah
Pendekatan berkualiti mengambilkira aspek amalan bersesuaian dengan kanak-

kanak
Membimbing murid agar persepsi kanak-kanak terhadap perbezaan jantina
diterima sebagai anugerah Allah yang patut disyukuri

54

Hak cipta Panel Penulis IPG/BPG

Tingkah Laku Prososial

Di dalam kehidupan bermasyarakat manusia, sifat tolong menolong adalah merupakan


tingkah laku yang penting bagi menjamin kehidupan bermasyarakat yang selesa dan
harmoni. Manusia bukan sahaja memberi pertolongan kepada orang orang yang tidak
dikenali tetapi juga kepada orang yang tidak dikenali. Tingkah laku ini dikenali sebagai
tingkah laku menolong atau tingkah laku prososial. Tingkah laku menolong ialah tingkah
laku yang memberi faedah atau keuntungan kepada orang lain.

Tingkah laku prososial merujuk kepada tindakan sukarela yang bertujuan untuk
menolong ataupun memberi faedah kepada individu ataupun individu yang lain
(Eisenberg and Mussen 1989, ms 3). Definisi ini merujuk kepada tindakan tersebut
berbanding motivasi yang terhasil antara tindakan tersebut. Tingkah laku prososial
melibatkan pelbagai aktiviti seperti berkongsi menyelesaikan masalah orang lain,
menyelamat dan menolong.

Konsep Tingkahlaku Prososial

Mengikut ahli psikologi kognitif tingkahlaku prososial bergantung kepada perkembangan


kefahaman terhadap diri dan orang lain serta kebolehan untuk memahami emosi orang
lain.

Shantz ( 1975 ) menyatakan sebagai kebolehan kanak-kanak memahami orang lain.


Kanak-kanak prasekolah menghadapi kesukaran memahami emosi dan kehendak orang
lain sehinggalah ia mencapai tahap operasi konkrit

pada usia 6 tahun dan dapat

mengatasi egosentrik mereka.


Jenis-jenis tingkah laku prososial

Menurut Sandra Anselmo , terdapat dua jenis tingkah laku prososial iaitu :
a ) Kerjasama - Bronfenbrenner ( 1970 ) menyatakan kerjasama menggalakkan
pemikiran kita. Manakala persaingan menggalakkan pemikiran saya
b ) Pengorbanan - tingkah laku yang menguntungkan orang lain bukan pihak yang
melakukan tindakan.

55

Hak cipta Panel Penulis IPG/BPG

Kepekaan Terhadap Kanak-Kanak Kurang Upaya

Kanak-kanak kurang upaya memerlukan persekitaran yang dibentuk

khas dan

diubahsuai mengikut keperluan mereka bagi meminimakan kesan akibat daripada


masalah yang dialami dan untuk meningkatkan proses pembelajaran dalam pelbagai
kemahiran.

Mereka juga memerlukan para profesional yang cekap dalam memenuhi keperluan asas
kanak-kanak dan cekap dalam meningkatkan proses pembelajaran dan kemahirankemahiran spesifik yang diperlukan oleh mereka.

Kepentingan Intervensi Awal Kanak-Kanak Keperluan Khas

Membantu para ibu bapa untuk memenuhi harapan mereka

Membantu kanak-kanak berkeperluan khas

belajar untuk berinteraksi dengan

persekitaran mereka dan hidup secara berdikari

Meningkatkan perkembangan kanak-kanak berkeperluan khas dari segi kognitif,


motor, komunikasi, permainan, sosial, kemahiran kendiri (tandas, pakaian, makan),
keyakinan diri dan pengawalan diri.

Membentuk kemahiran sosial yang sihat sepanjang masa

Membantu kanak-kanak berkeperluan khas

mengguna dan mengaplikasikan

kemahiran-kemahiran yang diperolehi dalam situasi yang bersesuaian

Guru perlu menggunakan strategi pengajaran normal dalam membantu mereka


menyesuaikan diri dalam kelas biasa.

Mengelak bertambahnya masalah atau kebergantungan kepada perkhidmatan yang


khusus

Ciri-Ciri Kanak-Kanak Berkeperluan Khas

Tidak memahami dan menghayati apa yang dilihat

Lupa sebahagian benda

Tidak boleh mengawal otot

56

Hak cipta Panel Penulis IPG/BPG

Keliru arah

Tingkahlaku yang tidak menentu

Mengusik atau mencuit orang

Tenaga yang berlebihan

Masalah motor kasar

Masalah tingkah laku

2.2.6 Perkembangan Kreativiti

Perkembangan
Kreativiti

Konsep
Kreativiti

Prinsip
Kreativiti

Konsep Kreativiti

57

Teori
Kreativiti

Hak cipta Panel Penulis IPG/BPG

Kreativiti bermaksud proses berterusan merujuk kepada keupayaan seseorang untuk


memproses maklumat yang menghasilkan sesuatu yang baru dan asli dengan
menggunakan imaginasi, penerokaan dan hubungan baru.

Mendefinisikan kreativiti sebagai kebolehan mencipta produk kreatif yang baru, asli dan
unik yang menunjukkan tahap kejayaan yang tinggi dalam bidang yang berkaitan.

Kreativiti boleh didefinisikan dengan melihat kepada empat jenis:


-

Bentuk ciri-ciri individu

Tingkahlaku untuk mencapai kreativiti

Hasil yang diperolehi daripada proses

Keadaan persekitaran yang sesuai untuk kegiatan kreatif

Individu yang kreatif adalah mereka yang mampu menjana pemikiran untuk mencipta
barang atau perkhidmatan baru atau melaksanakan idea baru yang masih belum dicuba
oleh orang lain. Kreatif bermaksud kebolehan atau kemampuan mencipta dan
menyatukan idea secara unik atau membuat sesuatu yang baru.

Prinsip Kreativiti

Kreativiti adalah aktiviti yang penting di dalam kehidupan seharian kita.


Kreativiti bukanlah sesuatu yang kabur, tersembunyi dan tidak boleh dinyatakan
dengan spesifik. Kreativiti boleh dijelaskan, ditentukan sifat-sfatnya, boleh diajar

secara langsung untuk menambah kuasa kreativiti murid.


Kreativiti di dalam apa bidang sekalipun termasuklah di dalam bidang sains,
matematik, bahasa, ekonomi, perubatan dan bidang-bidang lain mempunyai

persamaan iaitu hasilnya mempunyai sifat kreatif apabila dijelmakan.


Kreativiti boleh dikerjakan secara individu, kelompok dan berkumpulan.

Kreativiti boleh diajar kepada murid dengan syarat-syarat berikut:

58

Hak cipta Panel Penulis IPG/BPG

Kreativiti boleh dibangunkan secara individu dan berkumpulan. Tugas guru


adalah membantu murid sedar akan kepentingan kreativiti dan membekalkan

bahan-bahan serta menentukan bidang-bidang kreativiti dengan jelas.


Unsur emosi dan perasaan lebih utama daripada unsur kognitif di dalam kreativiti
Perkara yang tidak logik lebih penting daripada perkara yang logik di dalam

proses kreativiti.
Unsur perasaan yang tidak logik hendaklah diberi peluang untuk dijelaskan
supaya menambah keberhasilan di dalam penyelesaian masalah.

Teori Kreativiti : (Torrance)

Ellis Paul Torrance atau lebih dikenali sebagai Paul Torrance merupakan
penyelidik dan ahli akademik yang tersohor dalam bidang kreativiti. Kerja-kerja
penyelidikannya di dalam mendalami bidang ini telah berjaya mengembangkan

bidang kreativiti. Beliau juga telah diiktiraf dengan gelaran Bapa Kreativiti.
Dalam model beliau yang dinamakan The Thereshold Hypothesis, beliau cuba

mencari hubungan antara kreativiti dan kecerdasan.


Ellis Paul Torrance mendapati bahawa orang yang mempunyai daya kreativiti
tinggi

biasanya

mempunyai

kecerdasan

intelek

yang

tinggi.

Walau

bagaimanapun, beliau berpendapat bahawa kecerdasan sahaja tidak memadai.


Sebaliknya terdapat faktor-faktor lain yang turut mempengaruhi daya kreatif

tersebut.
Torrance (1989) mendefinisikan kreativiti sebagai suatu proses menjadi sensitif
kepada masalah, kekurangan dari segi pengetahuan, elemen, harmoni dan
sebagainya; mengidentifikasikan masalah, mencari penyelesaian, membuat
andaian atau mencipta hipotesis tentang kekurangan, menguji semula hipotesis,
cuba mengubahnya, menguji lagi dan akhirnya membuat generalisasi terhadap

dapatan kajian.
Pada tahun 1976, Torrance adalah orang pertama yang mencipta kaedah untuk
menguji kreativiti. Kaedah tersebut dikenali sebagai Torrance Tests Of Creative
Thinking.

Ujian kreatif Torrance meliputi empat aspek iaitu:


i. Kefasihan (Fluency)

59

Hak cipta Panel Penulis IPG/BPG

Kefasihan merujuk kepada kebolehan menghasilkan idea-idea yang berbeza dan untuk
menyelesaikan sesuatu masalah. Contoh aplikasi ialah menyenaraikan beberapa kegunaan
sebuah botol air mineral.
ii. Keanjalan (Flexibility)
Penghasilan idea yang berpunca daripada kebolehan melihat sesuatu dari perspektif yang
berlainan

serta

penggunaan

pelbagai

kaedah

dan

pendekatan.

Aplikasinya

ialah

membayangkan diri menjadi unta untuk sehari.


iii. Keaslian (Originality)
Keaslian bermakna penghasilan idea yang unik atau luar biasa. Keaslian juga merupakan
kebolehan menyusun semula maklumat tentang sesuatu topik dengan cara yang baru dan
berlainan. Aplikasinya ialah memikirkan cara menunggang basikal yang berlainan daripada
kebiasaan.
iv. Huraian (Elaboration)
Huraian merupakan kaedah memperbaiki idea dengan menambahkanbbutir-butir lanjut supaya
lebih jelas dan mudah difahami. Aplikasinya seperti menceritakan dengan terperinci hari
pertama anda ke Sekolah. Gunakan sebanyak mana butiran yang boleh dalam membuat
huraian.
2.2.7

Perkembangan Moral & Kerohanian

Perkembangan
Kerohanian & Moral

Konsep Moral

Teori Perkembangan
Moral Kolberg

Konsep Moral

60

Konsep Kerohanian

Hak cipta Panel Penulis IPG/BPG

Moral dari segi bahasa didefinisikan sebagai akhlak, tabiat, perangai, budi, adab, sifat
semula jadi, maruah, watak, amalan agama atau rupa batin seseorang.

Moral merupakan bahan yang dikaji oleh etika manakala etika adalah ilmu yang
melengkapinya.

Teori Tahap Perkembangan Moral Kohlberg

Tahap 1 dikenali Pra-Konvensi Penaakulan Moral.


-

Tahap 1, terdiri daripada peringkat 1 dan peringkat 2.


Peringkat 1 dikenali sbg Orientasi Taati Hukuman (murid takut hukuman dan

denda drp guru).


Peringkat 2, dikenali Orientasi Penneguhan Kendiri (Individu menentukan

dirinya betul atau tidak).


Tahap 2 dikenali sebagai Orientasi Penaakulan Moral.
-

Individu adalah berdasarkan sokongan, kebenaran,ekspektasi keluarga dan nilai

tradisional orang lain.


Tahap 2, terdiri peringkat 3 dan peringkat 4.
Peringkat 3 dikenali sebagai Orientasi Lelaki Baik Bertemu Perempuan Baik.

Individu akan membuat sesuatu yg disenangi oleh orang lain.


Peringkat 4 ialah peringkat Orientasi Undang-undang Dan Peraturan.
(undang-undang adalah mutlak, pihak autoriti mesti dihormati.

Tahap 3 dikenali sbg Post-Konvensi Penaakulan Moral. Ia terdiri drp peringkat 5 yg


dikenali sebagai Orientasi Kontrak Sosial. (standard hak individu ditetapkan secara
sosial).

61

Hak cipta Panel Penulis IPG/BPG

Konsep Kerohanian

Kerohanian atau rohani, dalam maksud terhad, merujuk kepada perkara-perkara yang
berkaitan dengan roh. Manakala dalam maksud yang lebih luas, membawa maksud
semangat intrinsik yang dipunyai oleh segala jirim di dunia. Walaupun begitu rohani
selalu dikaitkan dengan perasaan dalaman manusia yang melibatkan emosi kendiri dan
penaakulan strategik.

Kesucian rohani sangat ditekankan dalam agama. Kesucian rohani membawa maksud
keadaan mental yang logik dan mementingkan kebaikan manusia sejagat dan baharulah

62

Hak cipta Panel Penulis IPG/BPG

kebaikan individu itu sendiri. Rohani setiap individu merupakan penentu moral sosial
masyarakat itu dan penetapan undang-undang.

Undang-undang penting dalam mengawal rohani manusia yang dijadikan bercampur


baur di antara emosi positif dan emosi negatif dengan intuisi dan objektif bagi
mencorakkan secara optimum manusia yang sempurna dari segi kelakuan dan
personaliti.

Rohani yang kacau dikaitkan juga dengan emosi negatif dari segi psikologi.Manakala
rohani yang sempurna selalu juga dikaitkan dengan aktiviti beragama individu yang
tekun dan perbuatan baik yang banyak dilakukan oleh individu itu.

Dalil Al-Quran & Hadis- Hak Anak Dalam Islam


1. Hak Untuk Hidup

Firman Allah dalam QS Al-Isra ayat 31:

Artinya: " Dan janganlah kamu membunuh anak-anakmu karena takut kemiskinan.
Kamilah yang akan memberikan rezeki kepada mereka dan juga kepadamu.
Sesungguhnya membunuh mereka adalah suatu dosa yang besar.

Demikian juga untuk menjaga keselamatan janin, Islam telah mensyariatkan agar
pelaksanaan hukuman (had) terhadap wanita hamil ditangguhkan sampai ia melahirkan.
Sebagaimana sabda Rasulullah saw:

"Apabila ada seorang di antara wanita membunuh secara sengaja, ia tidak boleh dijatuhi
hukuman mati sampai ia melahirkan anaknya, jika ia memang sedang hamil. Dan
bilamana seorang wanita berzina, ia tidak boleh dirajam sampai ia melahirkan anaknya
jika ia sedang hamil dan sampai ia selesai merawatnya." (HR Ibnu Majah).

2. Hak Mendapatkan Nama Yang Baik

63

Hak cipta Panel Penulis IPG/BPG

Abul Hasan meriwayatkan bahwa suatu hari seseorang bertanya kepada Nabi
Muhammad saw: "Ya Rasulullah, apakah hak anakku dariku?" Nabi menjawab:"Engkau
baguskan nama dan pendidikannya, kemudian engkau tempatkan ia di tampat yang
baik."

Sabda Rasulullah saw yang lain: "Baguskanlah namamu, karena dengan nama itu kamu
akan dipanggil pada hari kiamat nanti." (HR Abu Dawud danIbnu Hibban)

Nama anak adalah penting, kerana nama dapat menunjukkan identiti keluarga, bangsa,
bahkan aqidah.

Islam menganjurkan agar orangtua memberikan nama anak yang menunjukkan identitas
Islam, suatu identiti yang melintasi batas-batas kebangsaan, geografi, etnis, dan
kekerabatan. Selain itu nama juga akan berpengaruh pada konsep diri seseorang.

3. Hak Penyusuan Dan Pengasuhan (Hadhonah)

"Para ibu hendaknya menyusui anak-anaknya selama dua tahun penuh, yaitu bagi yang
ingin menyempurnakan penyusuan. (QS Al Baqoroh 233)

Penelitian medic dan psikologi menyatakan bahwa masa dua tahun pertama sangat
penting bagi pertumbuhan anak agar tumbuh sihat secara fisikal, rohani dan emosi.

Selama masa penyusuan anak mendapatkan dua perkara:


-

Yang pertama: anak mendapatkan makanan berkualiti yang tiada bandingannya.,


sekaligus mengandung antibodi yang membuat anak tahan terhadap serangan
penyakit.

Yang kedua : anak mendapatkan dakapan kehangatan, kasih sayang dan


ketenteraman yang kelak akan mempengaruhi suasana kejiwaannya di masa
mendatang. Perasaan mesra, hangat, dan penuh cinta kasih yang dialami anak
ketika menyusu pada ibunya akan menumbuhkan rasa kasih sayang yang tinggi
kepada ibunya.

4. Hak Mendapatkan Kasih Sayang

64

Hak cipta Panel Penulis IPG/BPG

Rasulullah saw mengajarkan kepada kita untuk menyangi keluarga, termasuk anak di
dalamnya. Ini berarti Beliau saw mengajarkan kepada kita untuk memenuhi hak anak
terhadap kasih sayang.

Sabda Rasulullah saw:"Orang yang paling baik di antara kamu adalah yang paling
penyayang kepada keluarganya."

Rasulullah mengajarkan untuk mengungkapkan kasih sayang tidak hanya secara verbal,
tetapi juga dengan perbuatan.

Pada suatu hari Umar menemukan beliau saw merangkak di atas tanah, sementara dua
orang anak kecil berada di atas punggungnya. Umar berkata:"Hai anak, alangkah
baiknya rupa tungganganmu itu." Yang ditunggangi menjawab:"Alangkah baiknya rupa
para penunggangnya". Betapa indah susasana penuh kasih sayang antara Rasul saw
dengan cucu-cucu beliau.

Seorang ahli (Dorothy Law Nolte) berujar:"Jika anak dibesarkan dengan kasih sayang
dan persahabatan, ia belajar menemukan cinta dalam kehidupan." Bila orang tua gagal
mengungkapkan rasa sayang pada anak-anaknya, anak-anak tersebut tak akan mampu
menyatakan sayangnya kepada orang lain.

5. Hak Mendapatkan Perlindungan Dan Nafkah Dalam Keluarga

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 233:


Artinya;" Dan kewajiban ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dangan
cara yang maruf"

Kemudian firman Allah dalam surah Ath - Thalaq ayat 6:


Artinya:"Tempatkanlah mereka (para isteri) di mana kamu bertempat tinggal menurut
kemampuanmu"

65

Hak cipta Panel Penulis IPG/BPG

Apabila kepala keluarga tidak dapat mencukupi nafkah keluarganya, atau ayah telah
meninggal dunia, maka wali dari anak (diantaranya bapa saudara dari ayah, saudara
laki-laki, dan datuk) diberi kewajipan memberi nafkah keluarga tersebut.

Apabila jalur kerabat tidak ada yang mampu mencukupkan nafkah anak, maka
negaralah yang berkewajiban memberi nafkah kepada anak. Negara menyalurkan zakat
atau sumber keuangan lain yang hak kepada keluarga yang tidak mampu.
Bagaimanapun keadaannya, tidak pernah seorang anak harus menafkahi dirinya sendiri.

6. Hak Pendidikan Dalam Keluarga

QS At-Tahrim ayat 6:

Artinya:"Wahai orang-orang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api


neraka"

Rasulullah juga mengajarkan betapa besarnya tanggung jawab orang tua dalam
pendidikan anak. Sabdanya saw:"Tidaklah seorang anak yang lahir itu kecuali dalam
keadaan fitrah. Kedua orangtuanya yang menjadikan ia Yahudi, Nasrani atau
Majusi."(HR Muslim).

Anak pertama kali mendapatkan hak pendidikannya di keluarga, sebelum ia


mendapatkan pendidikan di sekolah.

Mendidik anak adalah tanggung jawab bersama antara ibu dan ayah, sehingga
diperlukan pasangan yang seaqidah, dan sepemahaman dalam pendidikan anak. Jika
tidak demikian tentunya sulit mencapai tujuan pendidikan anak dalam keluarga.

Anak pertama kali mendapatkan pengajaran nilai-nilai tauhid dari kedua orang tuanya,
demikian juga mengenai ajaran-ajaran Islam yang lain. Anak mendapatkan pendidikan
yang lebih banyak berupa contoh (teladan) dari kedua orang tuanya, di samping
pendidikan dalam bentuk lisan, pembiasaan dan hukuman

7. Hak Mendapatkan Kemudahan Sebagai Warga Negara

Sebagai warga negara, anak juga mendapatkan haknya akan keperluan asas yang
disediakan secara umum oleh negara kepada semua warga negara. Keperluan asas

66

Hak cipta Panel Penulis IPG/BPG

yang disediakan secara umum oleh negara meliputi: pendidikan di sekolah, kesihatan,
dan keamanan.

Masa kecil adalah masa yang sesuai untuk membentuk keperibadian seseorang.
Sekiranya kanak-kanak dibiarkan bebas tanpa bimbingan, dibimbangi terjebak dengan
penyakit jumunus shaba (kegilaan masa kecil) iaitu kecenderungan melakukan perkara
buruk, derhaka dan mengikut jalan kesesatan yang berpunca dari pengaruh hawa nafsu
dan syaitan

Cara Membimbing Anak


Enam Tahun Pertama

Kasih sayang dari pihak kedua orangtua, terutama ibu PENTING Agar anak belajar

mencintai orang lain


Membiasakan anak berdisiplin mulai dari bulan-bulan pertama dari awal kehidupannya
MISALNYA membiasakan anak untuk menyusu dan buang hajat pada waktu-waktu

tertentu dan tetap


Jadi teladan yang baik bagi anak dari permulaan kehidupannya.
Biasakan dengan adab umum yang mesti dilakukan dalam pergaulan MISALNYA berdoa
sebelum makan, tidak menghisap jari, tidak memakai pakaian atau seluar yang pendek
dan lain-lain

Usia Setelah Enam Tahun

Kenalkan Allah dengan cara yang sederhana sesuai dengan tingkat pemikirannya
Jelaskan tentang hukum yang jelas dan tentang halal-haram MISALNYA tentang
kewajiban menutup aurat, berwudhu, shalat, mencuri dan melihat kepada yang

diharamkan
Ajarkan dan biasakan membaca Al Qur'an dengan betul
Ajarkan tentang hak-hak orang tua
Kenalkan tokoh-tokoh tauladan (sahabat dan lain-lain)
Ajarkan tentang norma-norma yang berlaku dalam masyarakat
Kembangkan rasa percaya diri & tanggung jawab dalam diri anak

67

Hak cipta Panel Penulis IPG/BPG

Masa Remaja

Perlakukan anak sebagai orang dewasa


Ajarkan kepada anak hukum-hukum akil baligh dan ceritakan kepadanya kisah-kisah
yang dapat mengembangkan dalam dirinya sikap takwa dan menjauhkan diri dari hal

yang haram.
Berikan dorongan untuk ikut serta melaksanakan tugas-tugas rumah tangga, seperti

melakukan pekerjaan yang membuatnya merasa bahwa dia sudah besar.


Mengawasi dan menyibukkan waktunya dengan kegiatan yang bermanfaat
Carikan teman yang baik.

Kesalahan Dalam Pengasuhan Anak

Ucapan pendidik tidak sesuai dengan perbuatan ( "Hai orang-orang yang beriman
mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat? Amat besar kebencian di

sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan." (Ash Shaff : 2-3).
Kedua orangtua tidak sepakat atas cara tertentu dalam pendidikan anak. Membiarkan

anak jadi korban televisyen/internet/telefon bimbit


Menyerahkan tanggung jawab pendidikan anak kepada guru/pembantu atau pengasuh

semata-mata.
Pendidik menampakkan kelemahannya dalam mendidik anak.
- Berlebihan dalam memberi hukuman dan balasan
- Berusaha mengekang anak secara berlebihan
- Mendidik anak tidak percaya diri dan merendahkan pribadinya

2.3. KECERDASAN PELBAGAI

Kecerdasan
Pelbagai

Konsep

Jenis-jenis
kecerdasan pelbagai

Konsep

68

Hak cipta Panel Penulis IPG/BPG

Howard

Gardner

(1983),

memperkenalkan

pelbagai

kecerdasan

dan

percaya

kecerdasan melibatkan kebolehan seseorang menyelesaikan masalah atau mencipta

sesuatu hasil kerja.


1993-percaya kecerdasan melibatkan kebolehan seseorang untuk menyelesaikan

masalah atau mencipta sesuatu hasil karya dalam konteks budayanya.


Menentang pendapat yang mengatakan kecerdasan seseorang boleh dikenal pasti
melalui ujian IQ.

Jenis-jenis Kecerdasan Pelbagai

1. Kecerdasan Logik-Matematik

Kebolehan menggunakan logik, corak nombor, penaakulan


Murid-murid yang mempunyai kecerdasan ini mempunyai kebolehan untuk berfikir

secara logik, mengenalpasti nombor geometrik dan numerik dengan mudah.


Kebolehan murid menggunakan penaakulan induktif dan deduktif, menyelesaikan

masalah yang abstrak dan masalah berkaitan nombor dengan mudah.


Suka menggunakan komputer dan kalkulator serta alat-alat pengiraan.

Aplikasi

memberi banyak latihan matematik yang mencabar.

menganalisis komponen-komponen masalah sebelum menyelasaikannya secara


sistematik.

Contoh Tokoh : ALBERT EINSTEIN, MADAM CURIE

69

Hak cipta Panel Penulis IPG/BPG

2. Kecerdasan Bahasa Linguistik


Kepekaan terhadap suara dan makna yang tersirat dan tersurat dalam perkataan seperti

yang diperolehi oleh penulis, penyajak dan sasterawan.


Kebolehan semulajadi murid dalam memperolehi,membentuk dan pemprosesan

bahasa.
Murid-murid ini juga mempunyai kemahiran petah bercakap atau bertutur.
Kecerdasan ini merujuk kepada kebolehan atau keupayaan manusia untuk
menggunakan operasi asas bahasa secara jelas.

Aplikasi

- Memperbanyakkan rangsangan-rangsangan dalam bentuk puisi,lirik-lirik lagu


dan permainan bahasa.

3. Kecerdasan Muzikal

Penggunaan irama, lagu, melodi dan rentak seperti yang dilakukan oleh pemuzik.
Berkebolehan untuk mencipta atau mentafsirkan muzik.
Mempunyai kemahiran bermain alat muzik dan berkebolehan menggunakan elemen

asas muzik.
Individu yang mempunyai kecerdasan ini boleh mengecam/peka terhadap ton dan kuasa

emosi muzik dengan mudah.


Boleh menghafal lirik dengan mudah
Suka belajar dalam situasi-situasi pembelajaran yang diiringi dengan muzik.
Peka kepada nada, rentak dan bunyi serta bergerak balas kepada elemen-elemen yang
melibatkan perasaan

Aplikasi

- Guru harus mendedahkan pelbagai jenis muzik.

Contoh Tokoh : P. RAMLEE, MOZART


4. Kecerdasan Spatial/Ruang

Kebolehan memahami dan memanipulasi konsep ruang, persepsi dan objek visual

seperti yang dilakukan oleh pelukis dan arkitek.


Murid dapat mempersepsikan gambar dan imej dengan mudah.
Menceritakan kembali pengalaman-pengalaman yang pernah mereka lalui.
Suka melukis, menceritakan apa yang difikirkan melalui peta, carta dan gambar rajah.
Mempunyai keupayaan menghasilkan ruang pandangan dunia yang dipindahkan ke

dalam imej mental.


Keupayaan ini amat diperlukan bagi kerja-kerja binaan, ukur bahan dan kejuruteraan.
Mereka yang mempunyai kecerdasan ini juga boleh menawan atau meneroka lautan
luas, meneroka angkasa dan mendaki gunung.

Aplikasi

- Memperbanyakkan aktiviti-aktiviti konsep ruang dan visual seperti pergerakan

70

Hak cipta Panel Penulis IPG/BPG

kreatif, melukis, pembelajaran berasaskan eksplorasi dan eksperimentasi


Contoh Tokoh - AZHAR MANSOR, NEIL ARMSTRONG

5. Kecerdasan Kinestatik

Kebolehan mengawal pergerakan tubuh badan seperti yang dilakukan oleh olahragawan

dan penari.
Melibatkan penggunaan tubuh bagi menyelesaikan masalah, mencipta sesuatu serta

menyatakan idea dan juga perasaan.


Dapat mengawal dan mentafsir pergerakan badan dan objek di sekeliling mereka.
Suka mengimbangi keharmonian fizikal dan minda dan suka bersukan dan tidak boleh

duduk setempat untuk masa yang lama.


Suka menyertai pertandingan sukan dan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang
mencabar.

Aplikasi

- Memperbanyakkan aktiviti-aktiviti bermain yang melibatkan

penggunaan koordinasi motor kasar dan halus murid. Golongan : olahragawan, pakar
bedah, penari dan gimnastik

Contoh Tokoh - BABE RUTH , TIGER WOODS

6. Kecerdasan Interpersonal

Memahami suasana, tingkah laku manusia dan bertindak dengan kesesuaian suasana

seperti yang dilakukan oleh kaunselor dan jurujual.


Melibatkan kebolehan individu untuk memahami dan berkomunikasi dengan orang lain.
Berkebolehan untuk berinteraksi, berkerjasama dan memotivasi rakan sebaya untuk

mencapai matlamat yang sama.


Dikenalpasti melalui mereka yang mempunyai ramai kawan, suka bergaul, mempunyai

penglibatan yang tinggi dalam aktiviti luar sekolah.


Mempunyai kecerdasan emosi yang tinggi dan mempunyai sifat empati dan belas

kasihan kepada orang lain.


Sekiranya dia adalah pemimpin ataupun ketua jabatan, mampu bekerja dan berhubung
secara berkesan dengan pekerjanya.

Aplikasi

menggalakkan aktiviti berkumpulan

71

Hak cipta Panel Penulis IPG/BPG

Contoh Tokoh - ANNE SULLIVAN (guru kepada Helen Keller yang buta, pekak dan
bisu)

Kecerdasan Intrapersonal

Berkebolehan untuk mengenali diri sendiri dan menjadi manusia yang berguna kepada

masyarakat.
Mempunyai keyakinan diri yang tinggi terhadap kebolehan diri sendiri dan mempunyai

kebolehan memimpin.
Mempunyai ciri-ciri berdikari,suka menyendiri, mempunyai pegangan dan prinsip hidup

sendiri serta mempunyai azam yang kuat untuk berjaya.


Memahami perasaan, motivasi, keperluan, kekuatan dan kelemahan diri sendiri dan

berkuasa mengawal mendisplinkan diri seperti yang diperolehi oleh ahli agama.
Dimiliki oleh mereka yang mempunyai pengetahuan mengenai diri sendiri yang juga
melibatkan perasaan, niat dan matlamat hidup.

Aplikasi
: menggalakkan aktiviti penulisan, perdebatan dan
sebagainya.Kecerdasan ini adalah sukar untuk dinilai.

Contoh tokoh : CARL JUNG, EBBINGHAUS

Kecerdasan Naturalis

Sangat peka terhadap isu-isu alam sekitar dan gemar mempelajari tentang flora dan

fauna.
Mereka juga sangat menghargai alam semulajadi.
Dimiliki oleh mereka yang mencintai alam semula jadi.
Mereka mudah mengenal dan mengingati nama tumbuh-tumbuhan dan juga haiwan.
Mereka juga gemar meneroka hutan dan memelihara binatang.
Mereka yang mempunyai kecerdasan ini cenderung bekerja sebagai pengawal hutan

atau di Jabatan Perhutanan.


Antara sikap pelajar yang tergolong dalam kumpulan ini, suka mengumpul spesies
rama-rama, boleh mengenal pasti nama tumbuhan, suka memelihara kucing dan
sebagainya.

APLIKASI: menggalakkan aktiviti lawatan dan berkaitan alam semulajadi.

Kecerdasan Existential

72

Hak cipta Panel Penulis IPG/BPG

Adalah kecerdasan yang dimiliki oleh mereka yang lazimnya mempunyai kepekaan dan
keupayaan menjawab persoalan yang berkaitan dengan kewujudan manusia dan juga

kematian.
Golongan ini turut memiliki sensitiviti yang kuat terhadap permasalahan individu di

sekelilingnya.
Lazimnya mereka yang tergolong dalam kumpulan ini adalah mereka yang taat kepada
ajaran agama masing-masing.

APLIKASI

Contoh tokoh : IMAM, BILAL, GURU-GURU AGAMA ISLAM

: menggalakkan aktiviti kemasyarakatan, keagamaan.

73

You might also like