You are on page 1of 34

Saturday, 9 November 2013

Modul PSV3111
TAJUK 1

Konsep Pengujian, Pengukuran dan Penilaian

SINOPSIS

Apabila pemahaman tentang konsep dapat didalami dengan betul, maka fungsi
’pengujian dan penilaian’ sebagai indikator pencapaian atau penguasaan pelajar dalam
sesuatu kemahiran, akan memberi maklum balas atau gambaran yang sebenar tentang
keupayaan pelajar. Seterusnya dapat meningkatkan lagi kualiti pengajaran guru itu
sendiri.
Modul ini memperkenalkan konsep dan kaedah pengujian, pengukuran dan penilaian di
sekolah rendah. Modul ini juga meliputi ciri-ciri utama ujian, bentuk-bentuk penilaian dan
membezakan di antara penilaian berasaskan norma dan kriteria.

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir modul ini, peserta kursus akan dapat;
i.
ii.
iii.

Menjelaskan konsep dan matlamat pengujian, pengukuran dan penilaian dalam pendidikan;
Menjelaskan konsep kesahan, kebolehpercayaan, keobjektifan, kebolehtadbiran dan
kemudahtafsiran;
Membezakan bentuk penilaian formatif, sumatif, pra kelayakan dan diagnostik serta penilaian
alternatif.

KERANGKA TAJUK-TAJUK

1.1

Pengertian dan Tujuan Pengajaran dan Penilaian

Penilaian memainkan peranan penting dalam pendidikan. Penilaian dilakukan dalam semua
aspek pendidikan bagi mengenal pasti status semasa dan seterusnya bagi tujuan
perancangan program penambahbaikan pendidikan. Dalam pengajaran dan pembelajaran di
bilik darjah, penilaian dilakukan bagi mengetahui sama ada guru ‘mengajar’ dan pelajar
‘belajar’.
Justeru itu, penilaian pengajaran dan pembelajaran perlu dilakukan dengan sempurna dan
berkesan. Bukti-bukti empirikal tentang sesuatu pengajaran dan pembelajaran yang diperoleh
menggunakan pengukuran perlu dianalisis. Memandangkan pengukuran di bilik darjah sering
menggunakan ujian, pengujian merupakan salah satu aspek utama dalam bidang penilaian
pengajaran.

Seseorang guru biasanya merangka objektif dan kandungan pelajaran yang hendak diajar
sebelum merancang strategi dan kaedah pengajaran tajuk berkenaan. Kemudian, beliau akan
menyediakan soalan sama ada untuk kuiz, ujian atau peperiksaan. Dalam merancang dan
membina soalan, adalah penting agar soalan-soalan tersebut relevan, sesuai dan menepati
objektif tajuk pembelajaran yang dirancang serta kandungan yang diajar.
Seterusnya, kertas jawapan pelajar perlu diperiksa, diskor, dianalisis dan ditafsir bukan
sahaja untuk membuat penilaian yang adil terhadap penguasaan pelajar dalam kursus yang
diajar, malah bagi mengenal pasti kekuatan dan kelemahan soalan dan seterusnya
pengajaran pensyarah. Justeru pemahaman terhadap konsep penilaian, pengukuran dan
pengujian, ciri-ciri utama soalan ujian, matlamat mereka bentuk soalan formatif, sumatif, pra
kelayakan dan diagnostik serta norma dan kriteria sangat penting bagi seseorang pensyarah
bagi memastikan pengajaran dan penilaiannya bermutu dan adil.
1.2

Konsep Pentaksiran

Pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti
mengumpul, merekod, memberi skor, menginterpretasi, menghurai maklumat tentang
pembelajaran seseorang bagi tujuan tertentu.
1.2.1 Definisi Pentaksiran
Satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang
produk sesuatu proses pendidikan.

1.2.2 Tujuan pentaksiran
i.
iii.

Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran
ii. Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran
Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran
iv. Memperbaiki pengajaran pembelajaran

1.2.3 Prinsip Pentaksiran

1.3

Pengertian Pengujian

Pengujian merupakan proses mengaturkan satu siri tugasan untuk diselesaikan supaya
pemerhatian tepat dibuat tentang penguasaan pelajar dalam sesuatu bidang atau mata
pelajaran. Ujian adalah alat ukur. bagi mengukur ‘penguasaan’ pelajar dalam sesuatu kursus.
Ujian mengandungi satu set tugasan (dalam bentuk tugasan) yang berdasarkan sesuatu
kursus bagi merangsang pelajar untuk ‘menunjukkan’ tahap penguasaan mereka dalam
kursus berkenaan. Tahap penguasaan pelajar biasanya dikuantifikasikan dengan memberi
skor kepada jawapan yang diberi.
Memandangkan ujian merupakan alat ukur yang sering digunakan untuk mendapatkan bukti
empirik bagi tujuan penilaian pengajaran dan pembelajaran di sekolah, tumpuan perlu diberi
bagi membina ujian yang bermutu, mentadbir ujian berkenaan dengan betul dan mentafsir
dapatannya dengan tepat. Kita perlu memastikan penilaian terhadap keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan dengan sempurna dan boleh dipertahankan.

‘D’ atau ‘E’. Sebagai contoh pelajar yang cemerlang dalam sesuatu mata pelajaran sains mungkin dipilih untuk mewakili sekolah. Melalui pengredan pelajar. penempatan. b. diperbaiki dan dipertingkatkan. a. guru boleh menganalisis dan mengesan kelemahan yang ada supaya strategi dan kaedah pengajaran guru boleh diubahsuai. kaunseling dan bimbingan pelajar. Penilaian di bilik darjah boleh membantu para guru menambah baik pengajaran mereka dan pembelajaran pelajar. Dengan adanya maklumat gred. Sekiranya tidak berkesan. kita boleh memberitahu ibu bapa dan pihak berkaitan tentang prestasi akademik pelajar khususnya berbanding dengan prestasi pelajar lain. Diagnosis Satu daripada tujuan pengujian ialah untuk mendiagnos kesukaran yang dihadapi dalam pengajaran dan pembelajaran. Sekiranya berkesan. Guru boleh mengred pencapaian pelajar kepada kategori ‘lulus’ atau ‘gagal’. 1.1 Tujuan Pengujian Pengajaran dan Pembelajaran Tujuan utama pengujian ialah untuk menghasilkan bukti yang boleh digunakan bagi membuat penilaian terhadap pengajaran dan pembelajaran. guru akan lebih yakin untuk meneruskan strategi dan kaedah pengajarannya.3. Skor dan keputusan ujian juga digunakan bagi pemilihan pelajar untuk mengikuti kursus tumpuan bidang tertentu. nasihat. sokongan. Rangsangan luaran seperti penghargaan. guru dan ibu bapa boleh memainkan peranan membantu dan seterusnya melibatkan diri dalam proses pendidikan pelajar. c.Satu daripada cara-cara memastikan ini berlaku ialah dengan menjalankan pengujian yang berkualiti. Diagnosis pengajaran diperlukan bagi mengesan sejauhmana pengajaran guru berkesan. Pengredan Pengujian juga dilakukan bagi tujuan pengredan pelajar. Pemilihan dan Penempatan Seringkali juga skor dan keputusan ujian digunakan sebagai asas bagi pemilihan dan penempatan pelajar. skor ujian digunakan sebagai asas bagi pengredan. pemilihan. . ‘sederhana’ atau ‘cemerlang’ atau gred ‘A’. Selain matlamat diagnosis pengajaran dan pembelajaran. bantuan dan kerjasama dari pihak-pihak yang terbabit dengan pendidikan pelajar khususnya ibu bapa sangat penting bagi meransang kemajuan dan pembangunan pelajar di sekolah. ‘lemah’. ‘B’ ‘C’.

. Kaunseling dan Bimbingan Keputusan dan skor ujian boleh digunakan untuk membantu pelajar supaya berdaya maju. iii. Berasaskan keputusan ujian. Keputusan ujian juga membantu para guru dan kaunselor untuk memberi khidmat bimbingan misalnya bagi memandu pelajar menceburi bidang kerjaya yang diminati. 1.4. semasa atau selepas satu sesi pengajaran guru berdasarkan sesuatu pembelajaran spesifik atau keseluruhan kurikulum. Proses menilai dapat memberi maklumat tentang pencapaian objektif pelajaran. Mengetahui keupayaan. Menolong guru mengetahui sejauh manakah pelajar mereka telah dapat menguasai atau mempelajari perkara yang telah disampaikan.4 Konsep Penilaian Penilaian merupakan satu proses memperolehi maklumat kuantitatif bagi menentukan perubahan tingkah laku dan membuat pertimbangan menilai. kemahiran atau pengetahuan asas yang sedia ada pada pelajardalam perkara yang hendak diajar. para guru dan kaunselor boleh membantu pelajar mengenal pasti kelemahan dan kekuatan masing-masing supaya program dan tindakan intervensi dilakukan bagi memperbaiki keadaan pelajar. Membandingkan pencapaian pelajar dengan teman-teman sekelasnya atau dengan peringkat kelas yang sama di sekolah.1 Tujuan Penilaian i. 1. kaedah mengajar seorang guru dan keberkesanan kurikulum. ii. Dijalankan sebelum.d.

Memandangkan penilaian sumatif dibuat pada akhir kursus. pelaporan penilaian formatif amat sesuai dirumuskan sebagai “menguasai” atau “tidak menguasai” sesuatu isi unit pelajaran. Justeru ujian yang dibina perlu mencerminkan tujuan dan masa sesuatu penilaian dilakukan. Penilaian Sumatif Penilaian sumatif pula digunakan bagi menentukan tahap penguasaan pelajar dalam keseluruhan kursus. kajian kes. seminar dan oral pelajar. Latihan . Terdapat dua jenis penilaian berdasarkan kepada masa dan tujuan pelaksanaan penilaian iaitu penilaian formatif dan sumatif. Dengannya puncapunca kelemahan pelajar dapat dikesan. Penilaian yang dibuat berasaskan tujuan dan masa boleh dikelaskan kepada penilaian formatif. Pencapaian ujian formatif tidak sesuai digred. Membolehkan guru menilai bahan-bahan dan teknik serta kaedah pengajaran mereka. 1. a. Penilaian sumatif biasanya dilakukan pada akhir sesi kursus. v. portfolio. Penilaian formatif sangat berguna bagi tujuan diagnosis. Penilaian pengajaran juga boleh dilakukan melalui pelbagai hasil pembelajaran pelajar seperti disertasi. b. vi. pra kelayakan dan diagnostik dan alternatif. Penggunaan penilaian formatif sangat ditekankan di sekolah.4.2 Jenis-Jenis Penilaian Banyak cara kita boleh mengkelaskan penilaian. Penilaian formatif juga boleh meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar.iv. Membolehkan pelajar mengetahui kelemahan-kelemahan mereka dalam sesuatu kemahiran atau bidang itu dan segera pula memperbaikinya. bengkel. Contoh penilaian sumatif ialah ujian akhir semester. Skor penilaian sumatif banyak digunakan bagi tujuan pemilihan dan penempatan pelajar ke alam pembelajaran yang lebih tinggi. projek. Memandangkan laporan penilaian formatif adalah untuk tujuan diagnosis kelemahan pelajar dalam unit-unit pelajaran. Menentukan pelajar yang tinggi keupayaan dan yang amat lemah dalam pencapaian mereka. Penilaian formatif dilakukan bagi memastikan pelajar telah menguasai setiap unit pelajaran sebelum mereka diperkenalkan dengan unit pelajaran baru seterusnya. Penilaian Formatif Penilaian formatif digunakan untuk mengesan kemajuan yang dicapai oleh pelajar dalam unitunit pelajaran yang diajar. skor-skor dari penilaian sumatif biasanya lebih berguna untuk tujuan melaporkan kemajuan pelajar daripada memperbaiki kelemahan awal pengajaran pensyarah dan pembelajaran pelajar. Penilaian formatif dapat menentukan samada pelajar telah bersedia untuk mengikuti pelajaran berikutnya yang lebih tinggi dan rumit. sumatif.

guru dapat mengesan kelemahan dan kekuatan pelajar agar pembetulan serta penambahbaikan yang berkaitan boleh lakukan. Penilaian Pra Kelayakan dan Diagnostik Penilaian pra kelayakan digunakan sebagai petunjuk sama ada pelajar berpontensi. bersedia dan mempunyai kecerdasan.Ujian Pencapaian Ujian pencapaian mengukur secara khusus sejauh mana pelajar telah menguasai isi sesuatu kursus yang diajar. bakat dan minat terhadap sesuatu bidang yang ingin beliau ceburi. Penilaian diagnostik pula dilakukan sebagai cara untuk mengesan sama ada pelajar sudah bersedia untuk mengikuti pelajaran seterusnya.c. . . . Sekiranya beliau belum bersedia. Ujian pencapaian mempersoalkan apa yang pelajar telah belajar? Seringkali ujian pencapaian merujuk kepada ujian bagi mengukur tingkah laku pengajaran dan pembelajaran kognitif. afektif dan psikomotor.Ujian Kecerdasan Ujian kecerdasan adalah ujian yang direka khusus untuk mensampel secara luas pelbagai fungsi mental (pemikiran) supaya dapat menganggarkan tahap intelektual am seseorang individu.

portfolio. d. . kita dapati ketiga-tiga konsep berkenaan mempunyai perkaitan rapat dalam proses mendapatkan tahap keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. kefahaman dan pemikiran mereka. Di antara teknik yang digunakan dalam ujian prestasi ialah menghendaki pelajar merakam sebahagian aktiviti.Ujian Prestasi Ujian prestasi adalah ujian yang memerlukan pelajar menunjukkan pemahaman dan kemahiran mereka dalam melakukan aktiviti atau siri aktiviti seharian. Teknik portfolio juga sering digunakan bagi memeriksa hasil kerja pelajar. projek. kajian kes. Antara penilaian alternatif ini adalah penilaian terhadap disertasi. Penilaian pengajaran di sekolah sering melibatkan penilaian berdasarkan hasil pembelajaran yang ditunjukkan oleh pelajar. Melalui teknik portfolio guru boleh menentukan sama ada kerja yang dilakukan memenuhi kehendak soalan ujian. seminar.. menemubual pelajar bagi mengesahkan kebolehan. Tujuan atau objektif sesuatu penghakiman produk P&P membabitkan ketiga-tiga aspek bekenaan. bengkel dan oral pelajar. PERKAITAN 3P Berdasarkan rajah di atas. Ujian prestasi memberi rangsangan kepada pelajar untuk memperkenal dan mengembangkan aktiviti pemikiran dan taakulan mereka berasaskan kepada kurikulum yang diajar. Penilaian Alternatif Penilaian prestasi yang menegaskan bahawa kaedah penilaian ini memberi satu alternatif kepada pengujian kertas dan pensil tradisional.

Mengumpul Maklumat TAJUK 2 JENIS-JENIS PENTAKSIRAN  SINOPSIS .

Menjelaskan jenis-jenis pentaksiran yang boleh dijalankan oleh pihak penilai. ii. peserta kursus akan dapat. iii. Pendidikan Seni perlu memenuhi keperluan pelajar-pelajarnya untuk mendapatkan keupayaan dan kemahiran tersebut. Penilaian pendidikan seni boleh dijadikan sebagai petunjuk untuk membuat diagnosis bagi membantu pelajar yang bermasalah. Disamping keupayaan ini menerusi pendidikan seni juga pelajar diberi peluang untuk membina kemahiran psikomotor dalam berbagai-bagai bidang kemahiran. Ini adalah teras kepada pembelajaran Pendidikan Seni. Sejauhmanakah pencapaian pelajar-pelajar dalam membina keupayaan. Begitu juga dengan pembinaan berbagai nilai bagi menyuburkan domain afektifnya.Pembelajaran pendidikan seni secara umumnya adalah untuk membina keupayaan bagi menghargai dan mendiskriminsi apa yang dilihat oleh mata. kemahiran dan memupuk nilai tersebut dicapai? Sejauhmanakah pencapaian dan berkesannya pengajaran dalam mata pelajaran ini? Untuk menjawab persoalan ini. Literasi visual ini juga meliputi keupayaan menghargai dan memanipulasi bahasa tampak yang menghendaki seseorang itu berkeupayaan untuk membaca imej-imej visual. Membezakan bentuk – bentuk pentaksiran. Konsep Pentaksiran Dalam konteks pendidikan. pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai. satu proses penilaian perlu dilakukan. Pentakiran dapat dirumuskan seperti carta di bawah. Mekanisma untuk mendapatkan maklumat tersebut adalah dengan mengadakan pengukuran. . HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir modul ini. pengujian atau penilaian. mengumpul. merekod. memberi skor dan menginterpretasikan maklumat tentang hasil pembelajaran seseorang pelajar bagi tujuan tertentu. Menjelaskan konsep pentaksiran yang pelbagai.  i.

pengujian dan pengukuran. . Merupakan satu proses untuk menghasilkan nilai kuantitatif untuk menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan dalam pembelajaran juga bertujuan untuk memberi maklumat tentang pencapaian akademik. kemahiran atau sikap iv. Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran iii.i. Tujuan Pentaksiran Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran ii. Merangkumi aspek penilaian.

1.Memikirkan 2. kemahiran dan strategi dengan memberi maklum balas dan atau hasilan dalam konteks atau realiti yang bermakna.1 Jenis Pentaksiran 2. seperti yang disebut oleh seperti . Mengikut Rudner & Boston (1994) Pentaksiran autentik adalah proses yang memerlukan kanak-kanak mendemonstrasikan pengetahuan.1 Pentaksiran autentik Bererti mengevaluasi pengetahuan atau keahlian pelajar dalam konteks yang mendekati dunia sebenar atau kehidupan nyata sedekat mungkin. Pentaksiran autentik digunakan yang disebut oleh HillS (1993).

penyelesaian masalah. . Dalam erti kata lain.Eisner (19 80) kanak-kanak membuat pengamatan. kemahiran sosial. b) Perlu diperkenalkan sistem pentaksiran yang telus untuk ibu bapa dan kanak-kanak c) Perlu ada program jambatan di sekolah dengan program di sekolah dan kesinambungan subjek. membuat tafsiran dan tanggapan seterusnya melahirkan konsep. Ciri-ciri Pentaksiran Autentik Pentaksiran autentik adalah untuk pemahaman yang lebih jelas dalam menganalisis keperluan kaedah penilaian ini dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak. Umumnya pentaksiran autentik merupakan satu sistem penilaian yang sesuai untuk dicadangkan sebagai satu sistem yang bermakna dalam bidang pendidikan seni visual dengan rasional lain seperti yang berikut: a) Perlu ada sistem yang mentaksir secara autentik atau bermakna untuk perkembangan kanak-kanak: . Ia juga melibatkan pentaksiran yang dilakukan secara berterusan. dan simulasi terhadap situasi dunia sebenar. Indikator profisensi melalui aktiviti melakukannya. Antara ciri-cirinya ialah: i. (1992). ii. pemahaman mendalam. Menilai pemahaman melalui penampilan tugasan yang dilaksanakan. kejayaan. motivasi dan sikap pada aktiviti yang releven. sikap terhadap persekitaran. penilaian autentik ini merupakan amalan yang membabitkan kanakkanak secara realistik dalam menilai kemajuan mereka sendiri. pentaksiran autentik ini juga merupakan suatu proses yang melibatkan pelbagai bentuk pengukuran prestasi yang boleh mereflek tahap pembelajaran pelajar.Brown (19 80) mendapati bahawa pengalaman kanak-kanak dalam memerhati ketika melukis atau membuat lakaran mengembangkan pemikiran yang kritis. Menurut Grace. . ‘Realistik’ dan ‘bermakna’ merupakan terma yang sering digunakan dalam pentaksiran autentik. (Sumber: Buku Educational Assessment of Students).Pentaksiran autentik ini meliputi pentaksiran dari pelbagai aspek merangkumi pengetahuan pelajar.

Kesimpulan Pentaksiran Autentik Pentaksiran autentik yang disarankan dapat mengukur kemajuan kanak-kanak dari pelbagai aspek perkembangan kanak-kanak. iv. Pihak sekolah menggunakan maklumat yang diperoleh untuk menentukan kaedah yang terbaik untuk membantu menangani masalah yang dirasakan perlu. Contoh-contoh pentaksiran autentik. Kaedah pentaksiran ini juga akan dapat memperbaiki penyediaan guru dalam proses pernbelajaran dan perkembangan kanak-kanak untuk kesediaan ke alam persekolahan yang lebih tinggi.  Dapat mengungkapkan secara total seberapa baik pemahaman akademik mereka.  Menghubungkan pembelajaran dengan pengalaman mereka sendiri. 2. Subjek menganalisis. Tidak hanya memilih matapelajaran yang tertentu sahaja.2 Pentaksiran Hasil Pembelajaran Definisi kepada pentaksiran hasil pembelajaran adalah proses pengumpulan data yang memberitahu sama ada aktiviti atau pengalaman yang disediakan telah memberi kesan kepada mereka yang terlibat atau dalam kata lain. Sekolah yang terlibat sebagai pihak yang menentukan hasil pembelajaran yang diharapkan.  Menangani teknologi dan berfikir sistematik. Subjek membina maksud yang tersirat.rakan sebaya  Mendemostrasikan hasil karya dalam pameran seperti Science fair (pameran Sains) atau Art show ( pertunjukan Seni)  Menunjukkan keterampilan yang dimiliki dalam bentuk pengumpulan portfolio. v. Pendektan yang yang dikemukan dikemukan oleh oleh MONTGOMERY tentang pentaksiran berasaskan berasaskan hasil pembelajaran.iii. Kebaikan kaedah penilaian autentik ini kepada pelajar . Keputusan yang diperolehi mestilah berdasarkan nilai keberkesanan aktiviti yang dijalankan bukan kepada sesorang individu sahaja.  Persembahan tarian  Mempersembahkan karya tulis asli kepada rakan. adakah hasil yang dipelajari mampu memberi perubahan kepada individu yang terlibat.  Mengungkapkan dan memperkuatkan penguasaan kompetensi mereka. . Berpusatkan kanak-kanak. dunia mereka dan masyarakat luas. Penilaian yang diadakan mestilah bersifat berterusan. mensintesis dan mengaplikasi. Pihak penilai mestilah berakauntabiliti dan berkepimpinan dalam menjalankan penilaian.

.

Kebaikan kaedah pentaksiran hasil pembelajaran ini boleh dikategorikan bahagian. kepada 3 .

penyelidikan. penulisan.3 Pentaksiran “Performance Based” Definisi kepada Pentasiran Performaced Based ialah proses yang menggunakan subjek penglibatan murid dalam sesuatu aktiviti yang dijalankan. Kaedah ini mengkhendaki pelajar menggunakan pengetahuan dengan bermakna juga menghendaki pelajar mahir menggunakan pelbagai kemahiran (contohnya. Pembelajaran yang berterusan akan berlaku kerana penilaian bersifat berterusan. 2. Murid akan cuba menguasai hasil pembelajaran yang spesifik. Pentaksiran ini memacu sekolah ke arah yang lebih cemerlang. kemahiran komunikasi dan kemahiran berfikir secara kritis). perdebatan. Memberi pelajar peluang untuk memperbaiki dan melakukan penambahbaikan melalui pemikiran kritis dari masa ke semasa .Kesimpulan Pentaksiran ini mempertingkatkan pembelajaran berdasarkan penilaian yang sistematik. Pentaksiran lebih terarah kepada program yang afektif bukan bebentuk individu.

2. Mengukur berdasarkan keupayaan. Motivasi dapat menggerakkan manusia untuk menampilkan suatu tingkah laku kearah pencapaian suatu tujuan. pengetahuan. 3.jenis Pentaksiran Performanced Based: 1.dalam memperoleh kejayaaan pada masa hadapan. Portfolio (dapatan hasil kerja) Kaedah ini selalu digunakan untuk menilai pencapaian individu murid dari semasa ke semasa.5 Pentaksiran dan Motivasi Suatu variabel perantara yang digunakan untuk menerangkan faktor-faktor dalam diri individu. kemampuan yang ada dalam dunia sebenar. Motivasi tidak dapat terlihat dari luar. Ianya juga suatu cara yang membolehkan penilaian terhadap murid dibuat secara keseluruhannya. Kaedah pentaksiran berpusat (simulasi berdasarkan situasi sebenar). mempertahankan dan menyalurkan tingkah laku ke arah suatu tujuan tertentu. yang dapat membangkitkan. Merangsang pelajar menggunakan kombinasi kemahiran.  sesuatu yang menggerak dan mengarahtuju seseorang dalam tindakannya sama ada secara negatif atau positif  Pengarah Tujudan Penggerak Tindakan  Darjah Kesungguhan  Stimulator / semangat Tiga Kategori Motivasi . Jenis. Pentaksiran ini dapat dinilaikan seperti bahan contoh daripada murid seperti :Bahan penulisan Persembahan Gerak kerja projek 2. Pentaksiran akan dibuat berdasarkan kepada penglibatan murid dan keberkesanan penyelesaian masalah dalam sesuatu situasi yang diberikan. Motivasi berhubungan dengan kekuatan (dorongan) yang berada di dalam diri manusia. Tingkah laku dapat dilandasi oleh berbagai macam motivasi.

berpendapat konsep kendiri boleh dilihat dalam 2 cara. Penilaian kendiri membolehkan pelajar menilai. Motif Primer : Dibawa sejak lahir & bukan hasil proses belajar     Faali/psikologis Keinginan untuk makan & minum ii. peribadi bagi seseorang individu yang unik dan dinamik lahir daripada interaksinya dengan persekitaran. persepsi dan konsep kendiri berbanding dengan orang lain dan persekitarannya. pelajar merupakan penilai terbaik terhadap pembelajaran mereka. Terdapat juga kajian yang dilakukan mengenai cara memahami konsep kendiri. Motif Sekunder: Tumbuh sebagai hasil proses belajar Tidak berhubungan dengan proses faali  2. pula menyatakan kendiri merupakan suatu organisasi.i. Carl Rogers (1950). kadang-kadang pelajar sendiri juga tidak mengenal keupayaan sendiri tanpa membuat refleksi. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Hall dan Landsay seperti yang dipetik oleh Staats (1963). Guru tidak mungkin akan mengetahui apa yang pelajar benar-benar tahu atau berupaya mengetahui. pertimbangan dan penilaian. mendefinisikan konsep kendiri sebagai suatu gambaran persepsi seseorang tentang ciri-ciri dan kebolehannya. dan seterusnya mengenal diri sendiri. Motif Umum: Dibawa sejak lahir & bukan hasil proses belajar  Tidak berhubungan dengan proses faali tubuh manusia  Kebutuhan kasih sayang. Hal tersebut seterusnya akan menentukan ciri tingkah laku perasaan dan fikiran. Hal ini meliputi persepsi tentang diri dan alam sekelilingnya melalui dirinya dan juga perasaan tentang kebolehannya meliputi keyakinan dan harga dirinya. Dari segi psikologi. iaitu:  tanggapan diri seseorang individu  proses yang menentukan tingkah laku seseorang individu Syarifah Alawiah (1987). Untuk membina konsep kendiri seseorang juga menerima penilaian daripada orang lain. rasa ingin tahu & diperhatikan   iii.6 Kebutuhan berprestasi & berkuasa Pentaksiran Konsep kendiri Konsep kendiri merupakan penilaian seseorang terhadap dirinya atau cara dia menganggap tentang dirinya secara positif atau negatif. Namun. .

mengurangkan kebergantungan pelajar pada guru dalam kelebihan dan kekurangan/kekuatan dan kelemahannya dalam sesuatu bidang/kemahiran. Penialian kendiri boleh juga dibuat dengan pelajar yang berkenaan menstruktur sendiri segala butiran yang hendak dinilai dan kriteria yang hendak dicapai. penilaian kendiri. sama ada dalam bentuk senarai semak atau sebagainya.Fungsi Dalam pembelajaran. 2. baik di dalam mahupun di luar bilik darjah. • melatih pelajar menilai setiap langkah atau pembelajaran mereka berpandukan instrumen seperti senarai semak atau alat rubrik • membimbing pelajar melaporkan dapatan penilaian masingmasing. mengukur dan membuat refleksi terhadap kekuatan dan kelemahan kendiri dalam penguasaan sesuatu kemahiran atau disiplin ilmu. Proses menganalisis dan membuat refleksi terhadap penilian mengenai dirinya sendiri itulah menjadi “penilaian kendiri” Konsep Kendiri Positif Seseorang itu percaya dan yakin kepada diri sendiri secara lebih sihat. dan • membolehkan pelajar sentiasa bersikap kritis terhadap kerjanya. dan kesannya terhadap proses pembelajaran seterusnya. • • • • membolehkan pelajar secara individu. Bagi memastikan penilaian kendiri dilaksanakan dengan berkesan dan menepati matlamatnya guru hendaklah • meyakinkan pelajar tentang kepentingan penilaian kendiri dalam proses pembelajaran • mengemukakan soalan-soalan yang boleh membantu pelajar membuat penilaian kendiri. memberi panduan kepada pelajar tentang dari mana dia harus memulakan perancangan bagi pembelajaran seterusnya. kemudian meminta kerjasama rakan sebayanya (individu/kumpulan) membuat penilaian terhadap dirinya. mempunyai minat yang baik dan objektif serta tidak terlalu sensitif. Ia juga meliputi sikap terbuka dan memberi pendangan jika wujud keadaan yang tidak baik dan stabil. Dapatan itu kemudian dikumpul dan dianalisis sendiri oleh pelajar tersebut. Kaedah: 1. memberi keyakinan kepada pelajar tentang peranannya dalam menilai perkembangan diri dan pencapaiannya. Ciri-ciri Konsep Kendiri Positif  Menghargai  Memuji orang lain  Puas hati dengan pencapaian .

Portfolio v.  HASIL PEMBELAJARAN Pendidik akan memahami dengan lebih lanjut lagi mengenai :i. Hasil Kerja ( Produk ) . Murah hati  Mudah berkawan  Puas hati dengan dirinya  Berpuas hati dengan bahan-bahan kepunyaannya  Peramah Ciri-ciri Konsep Kendiri Negatif  Cenderung untuk merasa salah  Takut kepada kegagalan  Sering merasa bimbang  Cepat berkecil hati walaupun melibatkah masalah kecil  Pencapaian akademik yang rendah  Tidak gemar kerja mencabar  Kurang keyakinan pada diri sendiri  Kurang berminat untuk mendapatkan maklum balas  Melihat diri sebagai kurang menarik dari segi personality TAJUK 3 Bentuk Pentaksiran Pendidikan Seni Visual  Sinopsis Keberkesanan P & P tidak akan dapat diketahui sehingga pelajar-pelajar di uji sejauh mana tahap kefahaman mereka. Penilaian formatif ii. Oleh itu satu mekanisme seharus nya di cari bagi menilai pencapaian mereka. Pelajar-pelajar ini dinilai dengan pelbagai cara dan kaedah yang dapat meneliti dengan lebih perinci serta keesahan nya. Beberapa kaedah serta cara yang dikemukakan seharus nya dapat membantu guru khas nya dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual yang menilai pelajar mereka dengan pelbagai cara untuk melihat ’produk’ yang dihasilkan pelajar. Penilaian Sumatif iii. Pemerhatian iv.

 KERANGKA TAJUK-TAJUK 3. dijalankan sepanjang masa dan maklumat yang diperolehi daripada penilaian ini digunakan  secara terus menerus.1 PENILAIAN FORMATIF Penilaian formatif adalah penilaian yang dibuat secara berterusan. bercorak ujian diagnostik yakni yang dapat memberikan input akan masalah yang dihadapi murid dalam mengikuti pembelajaran. latihan yang diberikan guru dan ujian di bilik darjah yang tidak ditentukan gred. untuk menilai keberkesanan pengajaran guru dan pembelajaran pelajar bagi setiap tajuk yang diajar. . iaitu sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran. Prosedur Penilaian Formatif Menentukan topik pembelajaran.   Ciri-ciri : dijalankan bagi tujuan memperoleh maklumat bagi memperbaiki kurikulum.  dijalankan sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran berlangsung  maklumat yang diperolehi hendaklah digunakan serta merta dalam memperbaiki pengajaran dan pembelajaran agar pelajar dan guru sama-sama memperolehi manfaat daripadanya  Contoh: sesi soal jawab.

maka penekanan harus diberikan dan mungkin diperlukan dikecilkan kepada sub-topik tertentu. Sukatan pelajaran mengandungi beberapa topik yang seharusnya dihabiskan sepanjang sesi persekolahan untuk satu tahun. gurus seterusnya mengaitkan semua elemen berkenaan yang terdapat dalam satu-satu topik agar saling bertautan dan tidak terpisah. simbol. guru akan mengadakan ujian formatif untuk melihat tahap penguasaan sesuatu topik. memperlihatkan bahawa kebanyakan pelajar sudah menguasai topik berkenaan.  Sebelum beralih kepada topik lain.  Topik berdasarkan sukatan pelajaran disusun mengikut peringkat kesukaran.  Dalam hal ini apabila keputusan menunjukkan 80% hingga 90% pelajar telah menunjukkan penguasaan terhadap sesuatu topik. Menyatakan aspek dan tahap pencapaian bagi sesuatu topik pembelajaran. membaca dan lain-lain mengikut keperluan topik berkenaan.  Seandainya topik tersebut mempunyai cakupan yang luas. maka guru boleh menentu tahap penguasaan muridmurid dalam bilik darjah terhadap satu-satu topik berkenaan.  Dengan cara ini guru akan dapat memastikan murid-murid menguasai sesuatu sub-topik tertentu terlebih dahulu sebelum meneruskan kepada topik-topik seterusnya.  Setelah pemeringkatan mengikut tahap perlakuan selesai.  Setelah aspek berkenaan ditentukan.  Guru menentukan kebolehan pelajar dalam mengenal warna.  Guru perlu menyusun elemen-elemen yang terdapat dalam topik-topik pembelajaran pada peringkat perlakuan tertentu dengan berdasarkan taksonomi pendidikan. . Menghubungkaitkan elemen-elemen yang terdapat dalam setiap topik.

tulis semula. hukum. pasti. dll. peristiwa dll daripada pembelajaran yang lepas. Pilih. membuat ramalan. menyatakan idea-idea utama dalam ayat sendiri. mengenal idea. formula. menafsir dan mengkritik Pilih. menyelesaikan masalah. menterjemah draf. terangkan. tarikh. susun. labelkan. . fakta asas. cari. pilih. kembangkan. hasilkan. Membentuk soalan ujian. Bina graf daripada data. Bezakan. terangkan. memberi contoh kepada konsep. menterjemah. kesilapan. termasuk menyelesaikan masalah menggunakan prinsip. Penilaian Membuat pertimbangan termasuk memberi rasional atas alasan dalaman atau luaran. buktikan. bezakan fakta daripada pendapat. Analisis Sesuatu yang kompleks dipecahkan kepada yang kecil. ISTILAH Nyatakan. kaedah. definisi teori. namakan. Penggunaan Menggunakan maklumat dalam situasi yang baru. Bina. usaha tersendiri. hukum. berikan alasan.  Dilakukan selepas penentuan elemen-elemen berkenaan  setiap elemen berkenaan seharusnya diuji kepada pelajar sekurang-kurangnya satu soalan. teori. membuat klasifikasi. kritikan.1 Taksonomi Kognitif Bloom (1956) TAHAP Pengetahuan Ingat kembali. mencantum idea menjadi satu. ramalkan. selesaikan. Kefahaman Mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada satu bentuk yang lain.Jadual 3. kenali struktur organisasi. Sintesis Menyepadu. kaitan kenal di antara bahagian. bina alat.

Dengan cara ini. menjadikan murid sentiasa bersedia untuk menduduki siri ujian yang dijalankan dan dengan itu memerlukan ketekunan dan tumpuan kepada topik-topik pembelajaran .  Tindakan susulan harus dilaksanakan berdasarkan keputusan ujian yang diperolehi.  guru juga dapat menentukan pendekatan yang lebih baik dalam penyampaian. meningkatkan pencapaian pelajar pada akhir sesuatu pelajaran.  mengubah suai pengajaran seseorang guru. memperbaiki kualiti serta dapat meramal pencapaian pelajar.Mencadangkan langkah susulan. menolong murid-murid menguasai sesuatu unit atau topik pembelajaran dan ini  memungkinkan mereka memperolehi pencapaian yang lebih baik pada akhir penggal atau semester persekolahan. Hal ini melalui perbandingan yang boleh dibuat antara pencapaian murid sekarang dengan pencapaian murid-murid lalu melalui rekod ujian formatif yang telah dikendalikan dan mencatatkan masalah yang dihadapi oleh murid-murid dahulu serta langkah penyelesaian yang telah diambil. maka tindakan selanjutnya yang harus diambil oleh guru ialah mengulang semula topik berkenaan atau mengubah suai pendekatan penyampaian agar murid-murid boleh menguasai topik tersebut.    Tujuan Penilaian Formatif: memperbaiki pengajaran pembelajaran. Menjadi satu kepuasan kepada seseorang guru apabila beliau dapat meningkatkan pencapaian murid-murid dari semasa ke semasa.  Contoh: murid-murid masih menunjukkan kelemahan ketara dalam sesuatu topik. guru dapat mengekalkan prestasi pelajar dan meramal pencapaian pada akhir penggal persekolahan.  Guru mengetahui tahap penguasaan sesuatu topik pembelajaran di samping kesukaran yang dihadapi oleh murid-murid.  guru dapat meninggi dan mengekalkan pencapaian yang memuaskan. memperlihatkan kelemahan-kelemahan yang wujud sama ada pada penyampaian guru atau  penguasaan murid dan seterusnya guru akan memperbaiki agar murid dapat menguasai dengan lebih baik.  memberikan bimbingan pembelajaran kepada murid-murid.

Ini bagi memastikan kesahan ujian yang bakal dilaksanakan dan kebolehpercayaan keputusan yang diperolehi. jumlah item.ciri: lebih menumpukan menilai tahap penguasaan pelajar dalam satu-satu topik pembelajaran untuk menentukan pencapaian pelajar pada akhir sesuatu penggal persekolahan dan digunakan untuk menentukan keberkesanan sesuatu kurikulum secara keseluruhan  Langkah-langkah membentuk ujian sumatif : Membentuk jadual penentuan ujian yang mengandungi maklumat yang lengkap berkaitan  objektif.3. penilaian sumatif bertujuan untuk menentukan pencapaian pelajar pada akhir penggal persekolahan atau akhir tahun yang juga dapat menentukan keberkesanan sesuatu kurikulum. Setiap item haruslah menguji objektif pelajaran yang telah ditetapkan . Menggubal soalan-soalan yang berkaitan dengan isi dan perlakuan yang ingin diuji. yang bertujuan untuk menilai pencapaian akhir pelajar. tempoh penilaian. kandungan dan sebagainya. Berbeza dengan penilaian formatif yang lebih menumpukan kepada penilaian penguasaan pelajar dalam sesuatu tajuk. Ciri.2 PENILAIAN SUMATIF   Penilaian sumatif ialah penilaian yang dibuat pada akhir pengajaran ( akhir penggal/ akhir tahun). bentuk item.

Pemerhatian juga merupakan alternatif yang ada dalam mengumpul maklumat atau pengumpulan data selain soal selidik dan temuduga. Ini dapat  mengelakkan berlakunya bias dalam pemberian markah murid-murid. Menguji item tersebut terlebih dahulu melalui ujian rintis kepada sampel pelajar bagi  memastikan ujian yang bakal dijalankan itu benar-benar sah dan boleh dipercayai serta dapat membaiki kelemahan-kelemahan yang wujud pada item berkenaan. kesahan dan kebolehpercayaan berkenaan serta memastikan pilihan jawapan yang disediakan (distraktor) dapat berperanan dengan baik   Tujuan : membantu murid-murid secara individu dalam meningkatkan pencapaian. ketunggalan item. Melalui pemerhatian. Menggunakan kaedah ini. serta melihat tingkah laku subjek sama ada dari jauh atau dari dekat. daya diskriminasi item.  memperlihatkan peringkat pencapaian yang berbeza mengikut kumpulan 3. Ini berdasarkan skor yang diperolehi oleh pelajar dalam penilaian yang dijalankan. Kaedah pemerhatian ini banyak digunakan dalam bidang sains tulen yang menjalankan kajian dalam makmal sains dan bidang sains sosial. esei dan sebagainya. memberikan gred kepada murid-murid berdasarkan pencapaian yang ditunjukkan dalam  peperiksaan yang diadakan. Misalnya mengelompokkan item mengikut bentuk yang  sama. Item objektif diasingkan dengan item mengisi tempat kosong. penyelidik dapat mengamati sesuatu tingkah laku subjek berpandukan pemboleh ubah-pemboleh ubah yang telah dikenal pasti.  dijadikan petunjuk dalam memulakan sesuatu kursus baru yang berkaitan. . Mengumpul item secara sistematik. Menyiapkan skema pemarkahan bagi tujuan penyemakan kertas ujian. mendengar. penyelidik atau pemerhati perlu rnemerhati sampel-sampelnya dalam tempoh masa yang tententu. Biasanya ciri-ciri yang ingin diperhati adalah sangat halus dan terperinci dan ini menjadikan keputusan yang dibuat lebih tepat. mengiktiraf kebolehan dan kemahiran yang dimiliki oleh pelajar. Menyediakan arahan yang jelas tentang apa yang seharusnya murid lakukan dalam  menjawab setiap soalan yang dikemukakan. Peranan penyelidik ialah sebagai pemerhati terhadap perubahan-perubahan tingkah laku. Menganalisis item yang telah ditadbir secara rintis bagi mengetahui aras kesukaran item.3 PEMERHATIAN Kaedah Pemerhatian Pemerhatian Kaedah pemerhatian merupakan satu kaedah penyelidikan yang digunakan untuk mengukur pemboleh ubah penyelidikan. Item juga boleh disusun mengikut susunan topik atau mengikut aras kemahiran kognitif. Misalnya menyusun soalan bermula aras rendah diikuti aras lebih tinggi.

paras tafsiran pemerhati juga akan mempengaruhi ketepatan maklumat mengenai tingkah laku yang diperhatikan. Dengan kata lain. Selain isu mengenai generalisasi ini. semua kemungkinan tingkah laku yang berlaku seharusnya upaya dikenal pasti dan tidak bertindan antara satu sama lain. Semakin kecil unit tingkah laku digunakan untuk merekod pemerhatian. Tingkah laku saling berkaitan antara satu sama lain. isu yang lain ialah pensampelan tingkah laku. Sistem pengkodan kategori tingkah laku oleh Flanders (1974) adalah satu contoh kaedah merekod maklumat yang melalui kaedah ini proses merekod maklumat dapat dilakukan dengan mudah dan tepat. paras tafsiran pemerhati. Selain itu. Tingkah laku yang berkait dan berlaku berterusan ini perlu dikategorikan ke dalam golongan yang eksklusif. Kesukaran mengadakan piawaian dalam paras tafsiran pemerhati sering menjejaskan ketepatan dan kesempurnaan data yang diperoleh. unit tingkah laku. Kaedah pemerhatian juga sering digunakan dalam penyeliaan praktikum kaunseling dan latihan mengajar di kalangan kaunselor dan guru pelatih. sementara sesetengah yang lain boleh digunakan dalam pelbagai penyelidikan. penyelidik perlu membuat perancangan yang baik dan teliti. Persampelan tingkah laku merujuk kepada jenis kejadian yang hendak dijadikan sampel. generalisasi dan penggunaan serta pensampelan tingkah laku. Penggunaan unit tingkah laku yang kecil akan meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan pemerhatian. kesan kebisingan terhadap tingkah laku agresif dan kebimbangan di kalangan individu yang menghadiri temuduga. sah. semakin senang tingkah laku tersebut diperhati dan direkodkan. Kategori-kategori tersebut memperincikan ciri-ciri tingkah laku yang perlu diperhati dan direkodkan. Menurut Kerlinger (1973). . mempunyai fokus. Umumnya tingkah laku yang kompleks terjadi secara berterusan dan agak mustahil penyelidik dapat memerhati tingkah laku tersebut secara berterusan. dan mestilah dicatatkan secara rapi dan betul. Sebelum membuat pemerhatian. dan boleh dipercayai. kesan kesesakan terhadap kecenderungan pemberontakan. Bagi mengatasi masalah ini. terdapat beberapa kategori pemerhatian iaitu kategori tingkah laku. dilakukan secara sistematik. Perhatian khusus perlu diberikan dalam membuat generalisasi sesuatu tingkah laku kerana sesetengah tingkah laku bersifat khusus untuk penyelidikan tertentu sahaja.Kaedah pemerhatian sesuai digunakan khususnya apabila penyelidik mengkaji perkembangan tingkah laku sesuatu unit sosial. sementara pensampelan masa pula merujuk kepada perwakilan masa yang dapat mewakili masa berlakunya tingkah laku yang diperhati. Setiap pemerhatian mestilah mempunyai tujuan tertentu. Catatan yang dibuat mestilah tepat. penyelidik mestilah membuat pensampelan sama ada pensampelan tingkah laku atau pun pensampelan masa. misalnya mengkaji perkembangan tingkah laku kanak-kanak.

Data-data yang diperoleh lebih tulen dan ini akan menyumbang kepada ketepatan maklumat yang dikumpul. Maklumat yang tepat akan menyumbang pula kepada keputusan yang lebih tepat. Pemerhatian boleh dibuat dengan bantuan peralatan seperti alat-alat rakaman termasuk teropong. Tempat pemerhatian mestilah memberi peluang semaksimum mungkin kepada pemerhati untuk membuat . penyelidik memainkan dua peranan iaitu sebagai peserta dan pemerhati. dan kamera video. Kebaikan kaedah ini ialah responden kajian mungkin tidak menyedari akan kehadiran pemerhati dan dengan itu ia akan menunjukkan tingkah laku yang tulen dan tidak berpurapura.Jenis-jenis Pemerhatian Pemerhatian Peserta Jenis pemerhatian ini melibatkan pemerhati menjadi seorang daripada ahli dalam kumpulan yang hendak diperhati dan pada masa yang sama ia membuat pemerhatian. kaset.teliti dan tepat dan ini akan menyumbang kepada dapatan kajian yang lebih sah serta boleh dipercayai. Pemerhatian Bukan Peserta Jenis pemerhatian ini memerlukan pemerhati memilih tempat yang sesuai untuk membuat pemerhatian. • Penyelidik boleh memastikan bahawa maklumat yang diperoleh daripada pemerhatian benarbenar dari sampel yang ingin dikaji bukan wakil sampel yang telah dikenal pasti. jelas. Menggunakan kaedah ini juga memungkinkan maklumat-maklumat yang tersembunyi atau yang tidak dijangka dapat diperhati di peringkat awal. Kelemahan Kaedah Pemerhatian • Sampel yang diperhati mungkin berlakon apabila tingkah laku mereka diperhati dan diteliti. Kebaikan Kaedah Pemerhatian • Pemerhatian terhadap sampel-sampel kajian adalah lebih terperinci. Menggunakan kaedah pemerhatian ini. Kebaikan kaedah pemerhatian jenis ini ialah penyelidik dapat mengalami sendiri aktivitiaktiviti yang dirancangkan dan ini menjadikan dapatan pemerhatian lebih sah dan boleh dipercayai. • Sampel mungkin merasa tidak selesa dan senang hati apabila tingkah laku mereka diperhati. .pemerhatian secara teliti terhadap segala gerak geri ahli kumpulan atau individu yang diperhati. • Maklumat yang diperoleh daripada pemerhatian sama ada dijangka atau tidak boleh menjadi bahan rujukan penting dalam kajian.

portfolio Pendidikan Seni Visual berasaskan kepada kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. fahaman. Rakaman Proses Pembelajaran Rakaman proses pembelajaran ini merangkumi beberapa kecerdasan dan ia dikaitkan dengan alat penilaian benar.4 Portfolio Pengenalan Dalam Pendidikan Seni Visual. Justeru. bentuk portfolio menampakkan kajian. Melalui portfolio Pendidikan Seni Visual. bahan atau teknik tertentu. Bahan ini dikumpulkan dan dipersembahkan secara terancang. selain mendokumenkan urutan proses kerja. 3. kemahiran dan pemikiran serta penyataan perasaan pelajar.• Pemerhati yang tidak bertanggungjawab mungkin akan membuat pemerhatian yang tidak konsisten dan sesuka hati mereka. Bahan bukti ini mengandungi pengetahuan. budaya. yang turut melibatkan proses penyelesaian masalah dan membuat keputusan. lni disebabkan portfolio Pendidikan Seni Visual. dan nilai. ilustrasi atau gambar yang menjadi sebahagian peristiwa penting untuk dikongsi bersama pihak lain • Petunjuk keupayaan dan refleksi pelajar tentang proses kerja serta hasil kerja seni Dari segi konsep. turut menuntut kemahiran mencetuskan idea secara kritis untuk melakukan penggubahan secara kreatif. . eksperimen dan penentuan berhubung dengan hasil yang hendak dibuat. Proses ini dirakamkan dalam portfolio supaya ia menjadi bahan bukti untuk tatapan dan mampu juga menjadi salah satu alat penilaian benar dalam proses pembelajaran pelajar. • Pemerhati mungkin bias terhadap sampel yang diperhatikan disebabkan faktor lain seperti perbezaan ras. penyimpanan atau dokumentasi bahan bukti proses pembelajaran pelajar adalah digalakkan. Bentuk Portfolio Portfolio Pendidikan Seni Visual lebih merupakan portfolio dokumentasi proses sepanjang kerja seni dilakukan dan bukan sekadar portfolio persembahan. sama ada melalui alat. semua pihak dapat melihat : • Himpunan rakaman urutan proses hasilan kerja pelajar • Contoh hasil kerja pelajar • Penyataan perasaan pelajar semasa proses pembelajaran Pendidikan Seni Visual • Hasil penulisan. Pelajar patut dapat merancang proses kerja dengan memastikan masalah yang akan ditempuh sebelum dan sepanjang melakukan kerja dan berupaya pula menentukan keputusan muktamad dalam membuat pilihan bagi mendapat hasil kerja yang terbaik. perancangan.

bergantung kepada keupayaan dan kemampuan fizikal pelajar. lakaran. antaranya: Kecerdasan linguistik seperti : . menjimatkan. rangka sebenar dan persembahan boleh dihasilkan melalui sebarang bentuk. pentadbir dan guru lain mengetahui kemajuan pembelajaran pelajar Memberi peluang kepada pelajar bersama mengusahakan hasil kerja sendiri Menentukan kriteria bagi membandingkan hasil kerja seorang pelajar dengan pelajar yang lain Cadangan Kandungan Portfolio Kandungan portfolio seboleh mungkin dapat merakamkan beberapa kecerdasan.Secara umumnya bentuk portfolio yang dicadangkan mengandungi 4 aspek : Kajian • • • Pemerhatian dan pengamatan Koleksi bahan serta rekod daripada bahan rujukan yang sesuai dengan kegiatan Rumusan dan pertimbangan dalam membuat pemilihan • Lakaran Eksperimentasi melalui lakaran dan lukisan sebelum mendapat idea yang konstruktif ‘Pewujudan Idea’ Perkembangan lakaran berkaitan tema atau tajuk • • • Rangka Sebenar Merangka reka cadang atau model Menentukan alatan dan bahan Prototaip (jika berkaitan) • Persembahan Portfolio • Ringkas. sekolah dan kemudahan yang ada kemungkinan besar pelajar akan menyediakan portfolio dalam bentuk seperti: • Jurnal • Diari • Laporan • Kompilasi catatan yang dijilid • Beberapa helaian kertas yang di kokot • Ataupun mungkin disket/cakera padat terdapat beberapa kegunaan portfolio secara umum. Antaranya : • • • • • • Untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada hasil kerja dan pencapaian pelajar Untuk membantu pelajar membuat refleksi terhadap hasil keria sendiri Untuk membantu ibu bapa. kemas dan mudah digunakan Keempat-empat aspek yang meliputi kajian. menarik dan tepat • Mengikut urutan • Bersih.

keaslian.visual seperti: Lakaran. Kriteria-kriteria yang relevan dalam penilaian adalah gubahan. cetakan. kegiatan penilaian kendiri Sampel latihan refleksi kendiri Soal selidik Carta kemajuan Catatan refleksi tentang hasil kerja sendiri 3. . Semasa proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual. Penilaian secara lisan dan interaksi ialah satu kaedah penilaian di mana guru berinteraksi dengan murid untuk mengetahui tahap penguasan murid terhadap aspek seni. teka teki. Aktiviti-aktiviti lisan yang boleh dijalankan ialah soal jawab. penguasan kemahiran berfikir dan belajar. perasaan dan perubahan sikap murid. carta aliran Sampel gambar 2 dimensi dan 3 dimensi. temubual. catan. Perkara-perkara yang boleh dinilai secara lisan adalah penguasan pengetahuan. kemahiran berkomunikasi dalam bahasa seni dan menilai potensi murid dalam kemahiran berfikir. interpretasi. seminar. kemahiran. forum. gambar rajah. bekerjasama.• • • • • • • • • • • • • Catatan pra penulisan Draf projek penulisan Huraian bertulis tentang tajuk /tema/kajian Proses Penyelesaian masalah Kecerdasan ruang-. kolaj. montaj. peta minda. senarai semak. Aspek afektif juga boleh dinilai oleh guru semasa menggunakan kaedah pemerhatian.5 Hasil Kerja Pemerhatian hasil kerja adalah penilaian pencapaian kebolehan dan kemahiran murid yang diperlihatkan pada hasil kerja. fungsi. perkembangan daya kreatif dan mengenalpasti perlakuan emosi. keselamatan. peta minda.ketelitian dan kesempurnaan. Kecerdasan interpersonal seperti : Maklum balas bertulis daripada rakan sebaya. kuiz. guru dan pihak lain Laporan rakan sebaya Kecerdasan interpersonal seperti: Catatan jurnal Esei.nilai-nilai yang sesuai diperhatikan adalah kebersihan dan keteraturan. kreativiti dan kemasan. pemahaman konsep. lakonan dan sumbangsaran. ketekunan. kemahiran berbahasa seni dan sosial.

Penilaian secara penulisan pula dapat mengesan dan mengukur perkembangan dan pemahaman murid dalam pelbagai aspek pengetahuan serta merekod proses dalam bentuk folio. analisis. Murid juga digalakkan membuat kajian. Penilaian menggunakan kaedah penulisan dapat merangsang pemikiran mur id secara logikal. kefahaman. eksperimentasi serta membuat perancangan. aplikasi. . proses dan teknik serta kemahiran bahasa seni dan kemahiran berfikir. kritikal dan analitikal. guru dapat menilai tahap penguasan pengetahuan. Melalui penilaian ini. sintesis dan penilaian. pemahaman konsep. Pembinaan soalansoalan obejktif dan subjektif harus menggambarkan pembelajaran secara keseluruhan yang menitikberatkan aras kesukaran berasaskan Taxonomy Bloom seperti pengetahuan.