You are on page 1of 11

PERMULAAN PERSETIAAN

PERSEKUTUAN
Bab 2.1 DASAR CAMPUR TANGAN BRITISH DI NEGERI-NEGERI MELAYU
SEBAB-SEBAB CAMPUR TANGAN BRITISH DI NEGERI-NEGERI MELAYU
i. Kekayaan hasil bumi negeri-negeri Melayu menarik perhatian British
-Negeri-negeri Melayu kaya dengan bijih timah, emas, bijih besi dan arang
batu
-Pihak British ingin menguasai Perak, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan
sebelum jatuh ke tangan kuasa barat lain.
ii. Revolusi perindustrian di Eropah
- British ingin menguasai negeri-negeri tersebut utk mndptkn bekalan bijih
timah yang berterusan.
iii. Terusan Suez dan kapal wap merancakkan persaingan
-Pembukaan Terusan Suez dan penciptaan kapal wap dpt memendekkan dan
mempercepat jarak perjalanan.
iv. Kebimbangan campur tangan kuasa Eropah yg lain
-Kemasukan kuasa Eropah seperti Belanda, Perancis dan Sepanyol ke Asia
Tenggara membimbangkan pihak British.
-British tidak mahu kepentingan perniagaannya diancam
v. Pertukaran kerajaan mengubah dasar British
-Parti Konservatif telah mengambil alih kepimpinan British drpd Parti Liberal.
-Parti ini mengubah dasar kpd campur tgn di negeri-negeri Melayu
vi. Desakan pedagang British

2.2 Keadaan Di Perak, Selangor, Negeri Sembilan Dan Pahang Memberi


Peluang Campur Tangan British
(a) Ketidakstabilan di Perak
-Pergaduhan sesama kongsi gelap Ghee Hin dan Hai San. Kejadian ini telah mencetuskan
Perang Larut menjejaskan perusahaan bijih timah. Ngah Ibrahim telah melantik Kapten
Speedy utk membntu menamatkan kekacauan di Larut.
-Keadaan mnjadi smkin buruk akibat perebutan pewarisan takhta Perak. Apabila Sultan Ali
mangkat pada tahun 1871, Raja Ismail (Raja Bendahara) telah dilantik sbgai Sultan
Perak. Raja Abdullah tidak berpuas hati dan menganggap pelantikan itu tidak sah. Raja
Abdullah menulis surat kpd Andrew Clarke, iaitu Gabenor Negeri-negeri Selat supaya
mengiktiraf beliau sbgai sultan. Permohonan beliau memberi peluang kpd British utk
campur tangan di Perak.
-Andrew Clarke telah memanggil pembesar-pembesar Melayu dan Pemimpim kongsi gelap
Cina berunding di pangkor utk menamatkan kekacauan di Perak. Hasil perundinganitu
termeterainya Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874.
-Syarat-syarat Perjanjian Pangkor 1874:
i. Raja Abdullah diakui sebagai Sultan Perak yg sah
ii. Raja Ismail dilantik sbgai Raja Muda.
iii. Sultan msti menerima seorang Residen British yang akan menasihatibaginda dlm
smua hal kecuali agama Islam dan adat-istiadat Melayu.
iv. Residen, Penolong Residen, Sultan dan pembesar Melayu akan dibayar gaji drpd
pungutan hasil mahsul Perak.
v. Ngah Ibrahim kekal sbgai Menteri Larut dan akan menerima seorang penolong
Residen.
vi. Menteri Larut bertnggungjwb membiayai kembali segala usaha mengembalikan
keamanan di Perak.

(b) Perang Klang di Selangor


-Pada tahun 1857, Sultan Abdul Samad ditabal mnjadi Sultan Selangor
tetapi hanya berkuasa di Langat. Apabila Raja Sulaiman mangkat,
daerah Klang diserahkan kpd Raja Abdullah dan ini menimbulkan
rasa tidak puas hati Raja Mahadi, iaitu Putera Raja Sulaiman. Raja
Abdullah telah memajukan perlombongan bijih timah dgn
membawa masuk buruh-buruh Cina. Menjelang tahun 1860, daerah
Klang telah berkembang menjadi pusat pengeluar bijih timah.
-Pada tahun 1867, Raja Mahadi menyerang dan menguasai Klang.
Sultan Abdul Samad melantik menantunya Tengku Kudin untuk
menamatkan Perang Klang. Tengku Kudin tidak diterima pembesar
Selangor kerana beliau bukan anak negeri Selangor. Tengku Kudin
meminta bantuan British dan British mengambil kesempatan ini utk
mendesak Sultan Abdul Samad mengambil Residen British tetapi
gagal.
-Pada tahun 1873, kapal dagang British dari Melaka diserang
berhampiran Kuala Langat. Pada tahun 1874 pula, rumah api yang
dibina oleh British di Tanjung Rachado telah diserang. Kedua-dua
peristiwa ini telah memberi peluang kepada British untuk mendesak
Sultan Abdul Samad menerima Residen British. J.G. Davidson
dilantik sbgai Residen British yng pertama, manakala Frank
Swettenham dilantik sbgai Penolong Residen.

(c) Perbalahan di Sungai Ujong, Negeri Sembilan


-Pada 1872, Dato Kelana Syed Abdul Rahman menjadi
pemerintah di daerah Sungai Ujong. Persengketaan berlaku
antara Dato Kelana Syed Abdul Rahman dengan Dato Bandar
Kulop Tunggal kerana Dato Kelana Syed Abdul Rahman telah
menandatangani perjanjian dgn British pada April 1874 tanpa
berunding dengan Dato Bandar. British kemudiannya
mengiktiraf Dato Kelana sbgai pembesar Sungai Ujong.
-Dato Bandar Kulop Tunggal enggan menerima perjanjian
tersebut dan menyebabkan berlakunya pertempuran di antara
kedua-dua belah pihak. Dato Kelana berjaya menewaskan
Dato Bandar dan beliau kemudiannya di buang negeri ke
Singapura.
-Pada tahun 1895, semua daerah di Negeri Sembilan telah
disatukan mnjadi Negeri Sembilan. Tunku Muhammad Ibni
Yamtuan Antah ditabalkan sbgai Yang Dipertuan Besar Negeri
Sembilan yng pertama. Martin Lister menjadi Residen British
yang Pertama.

(d) Perluasan Kuasa British di Pahang


-Pada tahun 1886, Frank Swettenham dan Frederick Weld,
Gabenor Negeri-negeri Selat memujuk Sultan Ahmad
menerima Residen British tetapi gagal.
-Pada tahun 1887, British meminta bantuan Sultan Abu Bakar
dari Johor untuk memujuk Sultan Ahmad menerima
pengaruh British. Berikutan itu, Hugh Clifford dilantik
sebagai wakil British. British tidak berpuas hati kerana wakil
British mempunyai kuasa yang terhad.
-Pada tahun 1888, seorang warganegara British berbangsa
Cina bernama Go Hui dibunuh di kawasan istana di pekan.
British menggunakan peristiwa pembunuhan ini untuk
mendesak Sultan Ahmad menerima Residen British dengan
alasan baginda tidak mampu mewujudkan keamanan di
Pahang.
-Sejak itu bermulalah campur tangan British secara langsung
dalam pentadbiran negeri Pahang.

2.3 Residen Menggugat Kuasa Sultan dan Pembesar


Bidang Tugas Residen:
i. Memaksa Sultan Menerima Nasihat
-Residen menasihati sultan dalam semua perkara kecuali yang berkaitan
dengan agama Islam dan adat istiadat Melayu. Nasihat Residen mesti
dipatuhi.
ii. Mencampuri adat
-Tindakan British menghapuskan amalan perhambaan dianggap
melampaui bidang kuasa mereka. Bagi sultan dan pembesar, amalan
perhambaan adalah adat turun-temurun dalam masyarakat Melayu.
iii. Menguasai Pentadbiran
-Pelaksanaan sistem Residen menyebabkan sultan dan pembesar
kehilangan kuasa kerana Residen yang kuasa kerana Residen yang
bertanggungjawab menjalankan semua urusan pentadbiran negeri.
iv. Mengambil alih pungutan cukai
-Residen mengambil alih hak memungut cukai yang selama ini dipegang
oleh sultan dan pembesar. Pungutan cukai dilakukan oleh Pegawai
Majistret dan Pemungut Hasil.

2.4 Pengukuhan Kuasa British Melalui Pembentukan Negerinegeri Melayu Bersekutu


-Setiap Residen tidak diberikan panduan jelas untuk
menjalankan tugas. Ini menyebabkan Residen menjadi
terlalu berkuasa.
-Gabenor Negeri-negeri Selat di Singapura juga gagal
mengawal kuasa Residen.
-Pentadbiran di setiap negeri berResiden tidak seragam
kerana mempunyai undang-undang sendiri.
-Kelemahan sistem Residen menyebabkan negeri-negeri ini
disatukan dibawah sebuah pentadbiran yang dikenali
sebagai NEGERI-NEGERI MELAYU BERSEKUTU (NNMB) atau
PERSEKUTUAN 1896.

Faktor lain bagi Penubuhan Negeri-negeri Melayu


Bersekutu
1)
2)
3)
4)

Krisis kewangan Pahang


Perkongsian perkhidmatan pakar
Faktor keselamatan
Sistem perhubungan

Kepentingan Perjanjian Persekutuan


Pengenalan
- Tujuan Persekutuan dibentuk ialah untuk mengawal kuasa residen di
keempat-empat buah negeri iaitu Perak, Selangor, Negeri Sembilan, dan
Pahang.
- Selain itu penubuhan Persekutuan juga bertujuan menyeragamkan
pentadbiran di kempatempat negeri berkenaan.
-Memberi bantuan kewangan kepada Pahang.
Isi
Syarat-syarat Perjanjian Persekutuan 1896
-Sultan-sultan menerima nasihat daripada residen jeneral dalam semua
hal kecuali dalam hal agama Islam dan adat istiadat Melayu.
-Negeri-negeri Melayu terdiri daripada Perak, Selangor, Negeri Sembilan,
dan Pahang. Jawatan residen jeneral dibentuk dan bersetuju membantu
negeri-negeri yang memerlukan bantuan mengikut nasihat kerajaan
British.
-Pembentukan jabatan jabatan pusat seperti Jabatan Kerja Raya, Jabatan
Hutan, dan Jabatan Kehakiman. Antara ketua-ketua jabatan yang dilantik

Kepentingan Persekutuan dari segi ekonomi


-Kestabilan politik meyakinkan pemodal-pemodal Eropah
dan saudagar-saudagar Cina dari Negeri-Negeri Selat
untuk melabur di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.
-Perusahaan bijih timah dan getah berkembang pesat.
Tanah Melayu muncul sebagai pengeluar terbesar getah
dan bijih timah dunia.
-Kemudahan infrastruktur dan sisteni perhubungan
bertambah maju.
-Pendapatan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu meningkat.
-Perkembangan ekonomi membawa kepada pertambahan
penduduk yang pesat ekoran kemasukan golongan imigran
India dan China.
-Munculnya bandar-bandar baru seperti seperti Kuala
Lumpur, Ipoh, Seremban, danAmpang. --Perkhidmatan
sosial seperti pendidikan dan kesihatan turut disediakan.

Persekutuan dari segi politik


-Pembentukan Persekuhian 1896 menyebabkan raja-raja
Melayu dan Majlis Mesyuarat Negeri di keempat-empat
negeri kehilangan kuasa pentadbiran kerana kuasa
dimiliki sepenuhnya oleh residen jeneral.
-Persekutuan merintis kepada penyatuan negeri-negeri
Melayu.
-Ekoran rasa tidak puas hati di kalangan raja-raja Melayu
terhadap Persekutuan, Durbar atau --Majlis Raja-Raja
Melayu dibentuk.
-Ketidakpuasan hati raja-raja Melayu juga membawa
kepada pelaksanaan dasar pengagihan kuasa. Dasar ini
bertujuan mengembalikan sesetengah kuasa kerajaan
pusat kepada kerajaan negeri.
Kesimpulan
Kemajuan dalam bidang ekonomi nampak ketara ekoran
penubuhan Persekutuan 1896. Walau bagaimanapun
pembangunan yang berlaku tidak menyeluruh di semua
kawasan, tetapi hanya ditumpukan di kawasan-kawasan
yang ada kepentingan dengan pihak penjajah British. Dari