You are on page 1of 18

Bab 1: Konsep & Model Kurikulum

BAB 1: Konsep & Model Kurikulum

Se Setelah selesai Bab ini, anda akan dapat:
a)
b)
c)
d)

Menerangkan maksud kurikulum
Membezakan di antara kurikulum sebagai produk dan proses
Membezakan di antara beberapa model pembangunan kurikulum
Menjelaskan kurikulum yang ditulis, diajar dan ditaksir

Ri 1.1 Mukadimah
1.2 Apakah kurikulum?
1.3 Model-model kurikulum
a) Model Tyler
b) Model Taba
c) Model Saylor & Alexander
1.4 Tonggak pendidikan UNESCO
1.5 Kurikulum yang ditulis, diajar dan
ditaksir

Bab 1: Konsep dan Model Kurikulum
Bab 2: Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR)
Bab 3: Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah
Rendah
Bab 4: Dokumen Standard Kurikulum
Tahun 1 & 2
Bab 5: Dokumen Standard Kurikulum
Tahun 3 & 4
Bab 6: Pemikiran Menakul
Bab 7: Pemikiran Kreatif & Inovasi
Bab 8: Keusahawanan dan Kurikulum Bahasa
Melayu
Bab 9: Teknologi Maklumat dan Kurikulum
Bahasa Melayu

Ringkasan
Rujukan

1

khusunya tentang kurikulum. Kini lebih ramai ahli masyarakat yang berpendidikan tinggi amat minat memberi pendapat tentang apa yang diajar di sekolah serta aktiviti-aktiviti lain yang berlaku di sekolah. Oleh itu masayarakt berhak menyoal bagaimana sekolah menyediakan generasi akan datang memainkan peranan sebagai rakyat kelak.1 Mukadimah TAJUK-TAJUK BERITA          “Pelajar dibebankan dengan banyak keja rumah? “Pelajar Tahaun 6 tidak boleh membaca dalam Bahasa Melayu” “Pelajar bosan dengan pengajaran Bahasa Melayu” “Guru tidak dapat memberi perhatian individu kerana sukatan pelajaran terlalu padat” “Guru hanya mengajar apa yang ada dalam buku teks” “Kemahiran berfikir perlu dipertingkatkan” “Ibu bapa kurang melibatkan diri dalam pelajaran anak mereka” “Pendidikan seni dan musik diabaikan di sekolah rendah” “Sekolah sangat bertumpu kepada peperiksaan awam” Tersenaraikan di atas ialah beberapa penyataan akhbar. 2 .  Sesetengah pihak pula meminta dikurangkan isi-kandungan yang diajar dan bertumpu kepada perkembangkan pemikiran kritis dan kreatif. Sejauh manakah penyataanpernyataan tersebut adalah benar? Sudah tentu anda pernah didedahkan kepada pernyataanpernyataan di atas dalam akhbar dan majalah. Perlu ditegaskan bahawa kurikulum ialah suatu kontrak atau perjanjian di antara masyarakat dengan pihak berkuasa mengenai bagaimana generasi muda akan dididik. konsep dan prinsip sesuatu mata pelajaran. Pernyataan-pernyataan ini mencerminking keprihatinan masyarakat tentang apa yang sedang berlaku dalam sekolah.Bab 1: Konsep & Model Kurikulum 1. Kadangkala sukar mendapat persetujuan tentang apa sebenar masyarakat mahu sekolah melakukan!  Sesetengah pihak meminta sekolah mengajar supaya pelajar dapat menguasai fakta.

2 APAKAH KURIKULUM? Seperti istilah-istilah lain dalam pendidikan.1 Kereta kuda Roman berlumba di currere. Kekeliruan ini mencerminkian nilai dan perspektif berbeza yang dipegang oleh ahli masyarakat. adalah amat sukar mendapat persetujuan tentang definisi ‘kurikulum’. ibu bapa. b) Laporkan isu-isu lain tentang kurikulum yang kini dipertikaikan.1).   The New International Dictionary mentakrif kurikulum sebagai sesuatu bidang ilmu yang diajar oleh sesuatu institusi pendidikan atau latihan. The Oxford English Dictionary mendefinisi kurikulum sebagai kursus-kursus yang diajar oleh sekolah. pelajar. Kurikulum menjadi keprihatinan semua. kurikulum pun perlu berubah mengikut kehendak zaman. ahli politik. kurikulum memberi kesan kepada kita semua. pada zaman penjajahan Inggeris. Perkataan kurikulum berasal daripada perkataan Bahasa Inggeris ‘curriculum’ yang berasal daripada perkataan Latin currere yang merujuk kepada balapan bujur dimana kereta kuda Roman berlumba (Lihat Gambar 2. 1. Apabila masyarakat berubah. pusat latihan atau universiti. Sama ada kita mentafsir kurikulum secara sempit sebagai senarai mata pelajaran yang perlu diajar atau secara meluas sebagai segala pengalaman yang dikuasai pelajar. Contohnya. sama ada guru. sistem pendidikan di Malaya (ketika itu) bertumpu kepada penghasilan kerani dan pembantu pejabat untuk bekerja dalam sistem pentadbiran penjajah.1 AKTIVITI PEMBELAJARAN a) Bincangkan bersama pelajar lain mana-mana TIGA pernyataan yang disenaraikan. Kelihatan masyarakat masih keliru tentang apakah yang mereka mahu sekolah lakukan. ahli akademik.Bab 1: Konsep & Model Kurikulum  Sesetengah pihak lain berpendapat sekolah tidak memberi tumpuan yang mencukupi kepada perkembangan watak atau karektor pelajar. 3 . Gambar 2. ahli perniagaan atau orang biasa. 1.

aktiviti pembelajaran.  Kamus Dewan mentakrifkan kurikulum sebagai skop dan isi kandungan sesuatu mata pelajaran di sekolah atau institusi pendidikan John Goodlad 4 . konsep-konsep dan tugas-tugas yang hendak diperolehi. suatu alat yang menyasarkan untuk membawa perubahan kelakuan di kalangan pelajar akibat aktiviti-aktiviti yang terancang dan termasuk semua pengalaman pembelajaran yang diterima oleh pelajar dengan bimbingan sekolah  Cronbleth (1992) mendefinisi kurikulum dengan menjawab tiga soalan: Apakah pengetahuan.  Schubert (1987) mentakrikan kurikulum sebagai kandungan sesuatu mata pelajaran.Bab 1: Konsep & Model Kurikulum Setiap individu mempunyai definsi tersendiri tentang kurikulum. hasil pembelajaran dan pengalaman yang diingini. kemahiran dan nilai yang diajar? Bagaimana pelajar harus menguasainya?  Grundy (1987) mendefinisi kurikulum sebagai satu program aktiviti (oleh guru dan pelajar) yang direka bentuk supaya pelajar akan mencapai objektif pelajaran dan persekolahan. objektif. pelbagai ahli falsafah. Sejak abad ke 20. hasil budaya serta satu agenda mereformasi masyarakat  Pratt (1980) menyifatkan kurikulum sebagai suatu dokumen tertulis yang menerangkan secara sistematik matlamat. kemahiran dan nilai yang patut di ajar? Apakah kegunaan pengetahuan. apabila Franklin Bobbitt yang digelar “Bapa Kurikulum” menerbitkan bukunya The Curriculum pada 1918. Sekumpulan kecil mengaitkan kurikulum sebagai segala pengalaman pengajaran-pembelajaran yang dialami pelajar semasa di sekolah.  Goodlad and Su (1992) mentakrifkan kurikulum sebagai satu pelan yang mengandungi peluang pembelajaran untuk sesuatu waktu tertentu dan tempat. aktiviti-aktiviti yang dirancang. Ramai orang mengaitkan kurikulum dengan sukatan pelajar (Adakah anda bersetuju?).  Hass (1987) memberi definisi yang lebih luas dengan mengatakan bahawa kurikulum termasuk segala pengalaman yang berkait dengan sesuatu program pendidikan yang bertujuan mencapai matlamat dan objektif tertentu. kandungan. pakar dan pengamal telah mengutarakan definisi kurikulum masing-masing:  Tanner (1980) mendefinisi kurikulum sebagai hasil dan pengalaman pembelajaran yang terancang yang dilaksanakan oleh sekolah. prosedur penilaian dan sebagainya sesuatu mata pelajaran.

 Bagaimana ia harus diukur atau dinilai (penaksiran). strategi mengajar. Boston: Little.  Kita harus sedar bahawa sekiranya kurikulum ditakrifkan terlalu sempit. terdapat persetujuan bahawa kurikulum ialah:  Apa pelajar harus mengetahui (pengetahuan atau kandungan).  Sebaliknya. Berbagai-bagai takrifan kurikulum menunjukkan bidang itu adalah dinamik dan sentiasa berubah.Bab 1: Konsep & Model Kurikulum Oliva (1982) merumuskan Kurikulum sebagai:         Mata pelajaran yang diajar disekolah Isi-kandungan Bahan pengajaran dan pembelajaran Objektif pembelajaran Kaedah mengajar Kaedah pentaksiran Segala yang dialami di dalam dan luar sekolah Segala aktiviti yang dirancang dan tidak dirancang [Source: Peter F. ia merupakan suatu usaha yang tidak merugikan kerana ia menggalakkan penerokaan bermacam-macam kemungkinan. 5 . 1998). p. 1982.  Bagaimana sistem pendidikan harus disusun (konteks). pengalaman politik serta latar belakang budaya masyarakat (Ornstein dan Hunkins. Walau pun banyak masa dibelanja untuk mentakrif kurikulum. konsepsi pembelajaran manusia.  Apa pelajar harus lakukan (kemahiran). Oliva. Brown & Adakah anda keliru dengan definisi yang berbeza ini? Tidak mengapa! Ia adalah petanda Company. ia sukar dilaksanakan kerana ia terbuka kepada tafsiran yang berbeza yang mungkin mengelirukan guru yang melaksanakannya. 5] baik! Mempunyai pelbagai definisi kurikulm tidak semestinya sesuatu yang tidak baik. Ia juga mencerminkan kepelbagaian falsafah. kemungkinan besar kita meninggalkan atau mengabaikan ciri-ciri penting yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran kerana ia tidak dimasukkan dalam pelan kurikulum. jika takrifan kurikulum kita terlalu umum.  Bagaimana ia harus diajar (pengajaran). Walau pun terdapat pelbagai definisi kurirulum. Developing the Curriculum.

Ralph Tyler 1902-1994 Dalam bukunya bertajuk Basic Principles of Curriculum and Instruction (1949). bagaimana kita mendefinisi kurikulum mencerminkan andaian kita tentang dunia (Cornbleth. bagaimana kita belajar dan bagaimana kita bertindak. Model kurikulum menggariskan pendekatan. beliau mengutarakan EMPAT soalan dasar yang digelar the Tyler Rationale atau Rasional Tyler seperti berikut: 6 . “kurikulum ialah segala pengalaman yang diarah. pengetahuan. dirancag. a) Model Kurikulum Tyler Ralph Tyler telah memperkenalkan suatu model kurikulum pada tahun 1949 yang masih digunakan hingga hari ini. . 1992). Menurut beliau. dikelola dan dilaksnakan oleh pihak sekolah untuk mencapai matlamat pendidikan yang ditentukan”. kaedah dan prosedur pembangunan kurikulum serta pelaksanakan dan penilaian kurikulum. dan Hilda Taba. Cara kita menggubal sesuatu kurikulum amat penting kerana ia mencerminkan konsepsi kita tentang bagaimana kita berfikir. Beberapa model kurikulum telah dikemukakan oleh pakar-pakar kurikulum dan di antaranya ialah oleh Ralph Tyler. Je a) Apakah yang dimaksudkan dengan kurikulum? b) Jelaskan persamaan dan perbezaan pandangan pakar-pakar tentang kurikulum.Bab 1: Konsep & Model Kurikulum Kurikulum ialah sesuatu rancangan yang menyatakan hasil pembelajaran yang ingin dicapai. ramai penggubal menggunakan sesuatu model kurikulum sebagai panduan. c) Apakah definisi anda tentang kurikulum? 1.3 Model-Model Kurikulum Dalam pembangunan kurikulum untuk sesuatu mata pelajar. Pendek kata. kemahiran dan tingkah laku serta pengalaman pembelajaran yang disusun untuk membolehkan pelajar menguasainya melalui pendidikan dan latihan.

Hilda Taba 1902-1967 7 . Bagaimana menyusun pengalaman pembelajaran untuk pengajaran yang berkesan? 4. Memilih kaedah mengajar serta bahan bantu mengajar bagi menyampaikan kandungan dengan berkesan 4.Bab 1: Konsep & Model Kurikulum 1. Kemungkinan apabila objektif yang ingin dicapai terlalu sukar kerana pelajar tidak mempunyai pengetahuan atau kemahiran sedia ada yang boleh menimbulkan kesulitan menguasai kandungan. Menilai hasil pembelajaran secara formatif dan sumatif untuk menentukan sama ada objek tercapai Kelemahan Model Tyler Model kurikulum yang dicadangkan Ralph Tyler tidak memberi perhatian kepada latar belakang dan kebolehan pelajar yang sedia ada. Bagaimana keberkesanan pengalaman pembelajaran dinilai? 1.1 di atas): 1. Apakah objektif yang ingin dicapai? 2.1 Model Ralph Tyler Dengan perkataan lain (lihat Rajah 1. Memilih kandungan serta menyusan dalam unit-unit kecil dengan urutan daripada mudah ke lebih kompleks 3. Tentukan objektif serta hasil pembelajaran yang ingin dicapai 2. Penilaian 3. Bagaimana memilih pengalaman pembelajaran untuk mencapai objektifobjek ini? 3. Kurang jelasnya hakikat belajar mengajar. terlalu menekankan pada hasil pembelajaran yang boleh mengkonkong kreativiti. Objektif 2. Menyusuan Pengalaman Pembelajaran Untuk Pengajaran Rajah 1. kerana seringkali pembelajaran terjadi di luar tujuan-tujuan tersebut. Pengalaman Pembelajaran 4.

objektif. saintifiik dan berorientasi penyelidikan.Apakah yang pelajar memerlukan seperti kemahiran berfikir kritis & kreatif.Membentuk objektif selaras dengan keperluan pelajar. menyelesaikan masalah matematik. 8 . Penilaian 1.2 Model Hilda Taba Langkah-Langkah Pengembangan Kurikulum Menurut HILDA TABA Langkah 1: Menentukan Keperluan .Bab 1: Konsep & Model Kurikulum b) Model Kurikulum Taba Hilda Taba. Langkah 3: Pemilihan Isi Kandungan – Memilih isi kandungan yang relevan. MODEL TABA 1. Ciri ini berlainan dengan Model Tyler yang tidak mengutamakan peranan guru dalam perkembangan kurikulum. berfikir seperti ahli sains dan sebagainya. seorang ahli pedidikan mencadangkan model kurikulum yang sistematik. Mengentukan Keperluan 7. Langkah 2: Pembentukan Objektif . Pemilihan Isi Kandungan 4. mencipta sesuatu yang baharu. Menurut beliau pembinaan kurikulum harus mengambil kira pandangan dan pendapat guru. Penyusunan Pengalaman Pembelajaran 3. Penyususun Isi Kandungan 5. Pembentukan Objektif 6. Pemilihan Pengalaman Pembelajaran Rajah 1. Model kurikulum yang dicadangkan disifatkan sebagai “bawah-atas” (bottoms-up) kerana guru memainkan peranan utama. berkomunikasi dengan berkesan. signifikan dan berguna selaras dengan objektif-objektif. Guru merupakan faktor utama dan memainkan peranan aktif dalam pengembangan sesuatu kurikulum.

pemerhatian) Tujuan (pemulihan. pensijilan) Bentuk ( formatif. a) b) c) d) e) Apakah model kurikulum? Jelas empat soalan yang dikemukakan dalam Model Tyler.perhatian diberi kepada    Jenis ( ujian bertulis.Bab 1: Konsep & Model Kurikulum Langkah 4: Penyusunan Isi Kandungan – seperti berikut:     urutan daripada senang hingga ke kompleks. manakala Model Tyler lebih menitikberatkan kepada memberi arahan atau preskriptif dan oleh itu disifatkan sebagai ‘deduktif’. menentukan kandungan relevan untuk pelajar yang diajar serta bersesuaian dengan pelajar yan diajar. Model Taba dianggap sebagai menggunakan pendekatan ‘induktif’ manakala Model Tyler dianggap sebagai menggunakan pendekatan ‘deduktif’. Mengapakah Model Taba disifatkan sebagai ‘induktif’ manakala Model Tyler disifatkan sebagai ‘deduktif’? 9 . daripada konkrit ke abstark mengikut tahap kematangan murid menurut minat murid berdasarkan tahap pencapaian dan kebolehan murid Langkah 5: Pemilihan Pengalaman Pembelajaran – Memilih aktivti-aktiviti pemebalajaran yang bersesuaian dengan kandungan yang disampaikan serta melibatkan murid secara aktif dan menyeluruh. Juga Model Taba lebih memberi perhatian kepada inovasi dan kreativi dalam kalangan guru. Langkah 6: Penyusunan dan Organisasi Pengalaman Pembelajaran – Merancang dengan teliti. Apakah cirri utama Model Taba? Senaraikan perbezaan di antara Model Tyler dengan Model Taba. pengayaan. lisan. Model Taba bertumpu kepada mendapat pendapat dan pandangan guru dan oleh itu disifatkan sebagai ‘induktif’. sumatif) Model Taba lebih menitikberatkan pada bagaimana mengembangkan kurikulum sebagai suatu proses perbaikan dan penyempurnaan kurikulum. Langkah 7: Penilaian .

.. Apabila 10 . tumpuan mungkin diberi kepada bidang pengetahuan yang ingin disampaikan.4 Kurikulum sebagai Produk. iaitu kurikulum sebagai kandungan. perlombongan. sukatan pelajaran untuk mata pelajaran geografi terdiri daripada topik-topik seperti bentuk muka bumi. Adalah dicadangkan bahawa jika guru memperlihat kurikulum sebagai ‘kandungan’. tolak.3 Tiga pendekatan kurikulum i) Kurikulum Sebagai Kandungan Ramai orang mengaitkan kurikulum dengan sukatan pelajaran yang merupakan dokumen yang menyenaraiakan topik-topik yang harus diajar bagi sesuatu mata pelajaran.. Termasuk dalam topik-topik ini ialah konsep. Rajah 1.3). Kerap kali guru menggunakan buku teks yang menerangkan urutuan topik atau struktur logik mata pelajaran kerana ia ditulis untuk menepati kehendak sukatan pelajaran.Bab 1: Konsep & Model Kurikulum 1. kegiatan manusia seperti pertanian. urbanisasai dan seterusnya. darab. Proses dan Kandungan Jika anda mengkaji dengan teliti definisi-definisi kurikulum yang di utarakan oleh pakarpakar di atas. kurikulum sebagai produk dan kurikulum sebagai proses (Lihat Rajah 1. Huraian sukatan pelajaran memperincikan topik-topik sesuatu mata pelajaran yang patut diajar. kurikulum boleh dilihat daripada TIGA sudut.. perusahaan. prinsip dan kemahiran yang perlu dikuasai oleh pelajar. Produk Kandungan Proses KURIKULUM sebagai. Contohnya. pecahan dan sebagainya. tumbuh-tumbuhan. Contohnya. tambahan. iklim. mata pelajaran seperti matematik mungkin terdiri daripada topik-topik seperti nombor.

Iaitu. Bahayanya ialah apabila guru berfokus kepada kompetensi dan kemahiran kecil-kecilan semata-mata dan tidak melihat pelajar secara keseluruhan. kemahiran dan nilai yang diperlukan untuk berfungsi dengan berkesan dalam masyarakat. Bilik darjah diandaikan sebagai makmal dimana guru mencuba idea-idea yang dinyatakan dalam kurikulum atau sukatan pelajaran. kurikulum bukanlah hanya suatu pakej yang terdiri daripada sukatan pelajaran. Apakah perbezaannya? Kurikulum sebagai proses ialah interaksi yang berlaku di antara guru. Guru menterjemahkan idea-idea dalam kurikulum ke dalam bilik darjah. 1949). Penggubal tidak boleh hanya duduk di pejabat dan cuba membuat spekulasi tentang apa yang diperlukan masyarakat. aktiviti pembelajaran yang melibatkan pelajar dan sebagainya. kemahiran dan nilai yang perlu dikuasai oleh pelajar (Bobbitt. kebolehan. Walau pun ia permudahkan pengukuran. pelajar dan kandungan sesuatu mata pelajaran. sikap. memerhati dan memahami apakah yang diperlukan oleh pelajar apabila mereka keluar bekerja kelak dan berfungsi sebagai ahli masyarakat. Tumpuan pendekatan ini ialah penyenarain produk atau hasil pembelajaran (learnng outcomes) yang ingin dicapai yang seterusnya menentukan kandungan’ yang hendak disampaikan. ia mungkin menghadkan pengajaran kepada pemerolehan fakta. Guru menguji sama ada proses-proses yang dilaksanakan dalam bilik darjah berjaya atau tidak dan faktor11 . ii) Kurikulum Sebagai Produk Kurikulum juga boleh dilihat sebagai ‘produk’ atau ‘hasil’. Tujuan kurikulum ialah membawa perubahan ketara dalam tingkah laku pelajar (Tyler. kurikulum sebagai produk merujuk kepada pengetahuan. ia boleh menyebabkan guru bertumpu kepada kompetensi dan kemahiran yang agak kecil dan kurang penting. Untuk mengukur produk atau hasil pembelajaran. Ia diandaikan seperti satu senarai membeli-belah yang ditandakan untuk menunjukkan pelajar telah lulus atau telah mempelajari sesuatu. ‘kaedah mengajar’ yang bersesuaian dan menilai sama ada produk tercapai. kompetensi dan kemahiran yang perlu dikuasai oleh pelajar perlu diperincikan lagi. iii) Kurikulum Sebagai Proses Kita telah melihat ‘kurikulum sebagai kandungan’ dan ‘kurikulum sebagai produk’. Penggubal sesuatu kurikulum hendaklah menurun ke padang. Menurut pendekatan ini. Kini kita lihat ‘kurikulum sebagai proses’. huraian sukatan pelajaran & buku teks yang harus diajar (iaitu pendekatan kurikulum sebagai kandungan) atau hanya senarai tingah laku yang telah ditetapkan dan perlu dicapai oleh semua pelajar (iaitu pendekatan kurikulum sebagai produk). konsep dan prinsip sesuatu mata pelajaran. 1918). Dengan perkataan lain. tingkah laku. Ia adalah tentang apa yang berlaku dalam bilik darjah seperti soalan-soalan yang dikemukakan oleh guru kepada pelajar.Bab 1: Konsep & Model Kurikulum kurikulum disamakan dengan kandungan.

pelajar mempunyai suara dan peranan dalam apa yang sedang berlaku dalam sesi pengajaran-pembelajaran. menggunakan analogi resipi dalam buku masakan. Begitu juga dengan guru yang menterjemah kurikulum mengikut ‘selera’ murid yang diajar.] Tonggak 1: Belajar untuk mengetahui (learning to know). (1997) The Treasure Within. Pendekatan kurikulum sebagai proses tidak menganggap pelajar sebagai objek dan tugas guru cuma mencurahkan maklumat. Sebaliknya.5 Tonggak Pendidikan UNESCO Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang kita akan membincang dengan lebih mendalam dalam Bab 2 telah menggunakan EMPAT tonggak pendidikan UNESCO yang telah diperkenalkan pada tahun 1993.    Menguasai ilmu dengan mendalam serta meluas tentang sesuatu bidang Mengetahui cara belajar Mengetahui dunia sekeliling 12 . Belajar untuk MENGETAHUI Belajar untuk MELAKUKAN Belajar untuk HIDUP BERSAMA Belajar SEPANJANG HAYAT [sumber: Ragnar Müller. Seorang chef yang handal akan mengubah sesuatu resipi mengikut selera. Berlin: Luchterhand. Adalah menjadi hasrat bahawa tonggak ini dijadikan panduan pendidikan. Pendekatan kurikulum sebagai produk menumpukan perhatian kepada ‘mengajar’ apa yang dinyatakan dalam dokumen sukatan pelajaran manakala pendekatan kurikulum sebagai proses menekankan proses pemikiran yang wujud dikalangan pelajar dan mencari makna. Stenhouse (1975).Bab 1: Konsep & Model Kurikulum faktor yang menghalang mempertingkatkan pembelajaran. UNESCO report for Education for the 21st Century. 1. Fokus ialah terhadap interaksi dan fokus beralih daripada pengajaran kepada pembelajaran (from teaching to learning).

kemahiran yang dikembangkan. kemahiran. Kurikulum pendidikan telah dianalisis berdasarkan tiga dimensi:  Apa-apa yang ditulis dalam kurikulum. dan  Apa-apa yang diuji dalam peperiksaan. PMR. dan nilai murid yang diuji. menggariskan apa yang perlu diajar oleh guru. dan SPM.6 Kurikulum Ditulis. Diajar dan Ditaksir Kementerian telah mendapatkan bantuan UNESCO dan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk menilai beberapa aspek pelaksanaan kurikulum di Malaysia. kemahiran. sama ada dalam peperiksaan awam seperti UPSR. dan nilai yang dipupuk dalam diri murid. atau “kurikulum untuk pentaksiran” pengetahuan.  Apa-apa yang diajarkan di dalam kelas. atau “kurikulum yang diajarkan” merangkumi pengetahuan yang diperoleh. atau “kurikulum bertulis” pengetahuan.Bab 1: Konsep & Model Kurikulum Tonggak 2: Belajar untuk bertindak atau melakukan (learning to do)    Menguasai kemahiran tentang sesuatu bidang Menyiapkan diri untuk tenaga kerja masa depan Mengaplikasi ilmu Tonggak 3: Belajar untuk membentuk personaliti (learning to be)    Dapat berdikari Menjadi insan yang berguna Membuat keputusan yang bijak Tonggak 4: Belajar untuk hidup bersama (learning to live together)    Hidup harmonis dan kerjasama Memahami dan menghagai orang lain Hormati orang lain Jelaskan Empat Tonggak pendidikan yang dikemukakan oleh UNESCO dan kaitkan dengan kurikulum Bahasa Melayu. dan nilai yang membentuk kandungan kurikulum. atau melalui pentaksiran berasaskan sekolah secara formatif atau sumatif yang sering menjadi asas kepada proses pengajaran dan pembelajaran 13 . 1.

Dengan erti kata lain.  Kedua. potensi sebenar KBSR dan KBSM pada dasarnya tidak dapat dilaksanakan di dalam bilik darjah. dan satu badan beruniform untuk memastikan mereka memperoleh pelbagai jenis pengalaman. Dalam usaha memperkaya pengalaman murid dalam aktiviti kokurikulum dan memastikan murid didedahkan kepada kepelbagaian kaum di Malaysia. KSSR akan dilaksanakan di sem ua sekolah rendah. manakala Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) akan mula dilaksanakan untuk murid Tingkatan 1 pada tahun 2017. termasuk sekolah kebangsaan dan swasta. Terdapat dua punca berlakunya perkara ini. bersama-sama menjayakan aktiviti kokurikulum.  Pertama. satu kelab. Kementerian melaksanakan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) secara berperingkat. 14 . KSSR yang dikaji semula juga akan dilaksanakan pada tahun 2017 Kementerian telah membangunkan kurikulum bertulis menggunakan pelbagai tanda aras daripada pelbagai sistem pendidikan berpencapaian tinggi supaya selaras dengan standard antarabangsa. Selain pembelajaran akademik.Bab 1: Konsep & Model Kurikulum KURIKULUM BERTULIS menjelaskan pendidikan holistik berdasarkan standard antarabangsa. program dan inisiatif untuk membangunkan komponen ini dilaksanakan sewaktu persekolahan formal dan melalui pelbagai aktiviti kokurikulum selepas waktu persekolahan. Menjelang tahun 2016. guru amat kurang menerapkan kemahiran berfikir aras tinggi dalam pengajaran seperti yang dihasratkan dalam kurikulum. Kurikulum yang diajar dan kurikulum untuk pentaksiran mesti selaras dengan kurikulum bertulis. Tanda aras antarabangsa ini juga selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan bagi menghasilkan kurikulum yang sesuai dengan konteks Malaysia. kurikulum yang diajar di dalam bilik darjah dan diuji pada peringkat peperiksaan awam sepatutnya sejajar dengan hasrat kurikulum bertulis. Pada tahun 2011. Kurikulum yang sedang dilaksanakan ialah Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). dengan penekanan pada aspek pengetahuan dan kemahiran yang dihasratkan sesuai dengan peringkat umur murid. program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) dijalankan bagi membolehkan murid dari pelbagai jenis sekolah. Semua murid digalakkan supaya menyertai satu sukan. kerapkali tidak dimasukkan dalam rancangan pengajaran harian berbanding dengan kandungan kurikulum yang akan diuji dalam peperiksaan.Selama ini. KURIKULUM YANG DIAJARKAN . kurikulum ini memberikan tumpuan kepada aspek kerohanian serta kebolehan dari segi kesenian dan sukan untuk pembangunan murid secara holistik. kandungan dan kemahiran yang dianggap oleh guru tidak akan diuji dalam peperiksaan awam.

walaupun di dalam satu kelas yang sama. Kementerian Pendidikan Malaysia. Bab 4. kreatif. cabarannya ialah peperiksaan awam yang dilaksanakan sekarang tidak menguji kesemua kemahiran yang dihasratkan dalam sistem pendidikan negara (Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025. dan inovatif (Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025. dan inovatif. kreatif. pendidikan holistik. KURIKULUM UNTUK PENTAKSIRAN . analisis kertas peperiksaan Bahasa Inggeris UPSR 2010 dan 2011 menunjukkan bahawa hampir 70% soalan menguji kemahiran asas pengetahuan dan pemahaman. seperti pembelajaran bersepadu. termasuk aplikasi. Satu kajian semula yang dijalankan oleh Pearson Education Group terhadap kertas peperiksaan Bahasa Inggeris UPSR dan SPM mendapati bahawa tahap pentaksiran boleh ditingkatkan melalui soalan yang menguji kemahiran berfikir aras tinggi. Bab 4. Walau bagaimanapun. Sebagai contoh. Sekiranya kurikulum baharu ini hendak dilaksanakan seperti yang dihasratkan. pendidikan holistik. Peperiksaan awam yang bercorak sumatif tidak sepatutnya berimpak negatif terhadap murid. sintesis. seperti merangka rancangan pengajaran dan bahan untuk disesuaikan dengan keperluan murid pelbagai tahap dan prestasi.Bab 1: Konsep & Model Kurikulum KSSR kini menitikberatkan kemahiran berfikir aras tinggi dan merupakan satu langkah jelas ke arah transformasi kurikulum. dan penilaian. h:4-4). Laporan UNESCO menunjukkan bahawa kebanyakan guru masih belum dapat mengetahui dan memahami konsep asas falsafah dan objektif kurikulum dan implikasinya kepada pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. 15 . seperti merangka rancangan pengajaran dan bahan untuk disesuaikan dengan keperluan murid pelbagai tahap dan prestasi. Sekiranya kurikulum baharu ini hendak dilaksanakan seperti yang dihasratkan. dan SPM patut dimansuhkan. KSSR kini menitikberatkan kemahiran berfikir aras tinggi dan merupakan satu langkah jelas ke arah transformasi kurikulum. yang diperlukan ialah kemahiran penyampaian pembelajaran yang lebih kompleks.Isu guru mengajar untuk peperiksaan sering kali menjadi perdebatan awam sehingga timbul persoalan sama ada peperiksaan UPSR. Laporan UNESCO menunjukkan bahawa kebanyakan guru masih belum dapat mengetahui dan memahami konsep asas falsafah dan objektif kurikulum dan implikasinya kepada pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. analisis. yang diperlukan ialah kemahiran penyampaian pembelajaran yang lebih kompleks. walaupun di dalam satu kelas yang sama. seperti pembelajaran bersepadu. Kementerian Pendidikan Malaysia. h:4-4). PMR.

Oleh itu. Kementerian Pendidikan Malaysia. gred UPSR murid tidak lagi akan ditentukan melalui peperiksaan awam sahaja.Bab 1: Konsep & Model Kurikulum Lembaga Peperiksaan (LP) telah memulakan beberapa langkah penambahbaikan untuk memastikan pentaksiran dijalankan secara holistik. menyeluruh. Kementerian Pendidikan Malaysia. LP melaksanakan format pentaksiran berasaskan sekolah yang lebih holistik. seperti yang dihasratkan oleh dasar Kementerian. Pada tahun 2014. dan selari dengan kurikulum yang berbentuk rujukan standard (Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025. terdapat beberapa mata pelajaran yang akan dinilai melalui peperiksaan dan pentaksiran pusat. Bab 4. Perubahan ini diharapkan dapat mengurangkan penekanan. Walau bagaimanapun. selaras dengan KSSR. a) Apakah perbezaan di antara kurikulum yang bertulis. Format peperiksaan SPM tidak berubah kerana kebanyakan mata pelajaran akan dinilai melalui peperiksaan berpusat. Pada tahun 2011. yang diajar dan yang ditaksir? b) Sejauh manakah perbezaan ini nyata untuk mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah anda? c) Apakah perubahan-perubahan yang akan dilakukana pada pentaksiran menurut Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025? 16 . h:4-4). Kementerian kini berusaha mengukuhkan latihan guru bagi memastikan guru dapat menyediakan soalan ujian yang dapat menilai dengan tepat standard yang telah ditetapkan dalam kurikulum dan pemarkahan dijalankan mengikut tahap yang ditetapkan berbanding dengan standard relative (Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025. PMR akan digantikan dengan pentaksiran berasaskan sekolah dan pentaksiran pusat. kepada pengajaran untuk peperiksaan. Format ini juga dapat memberi guru maklumat secara berkala untuk mengambil langkah penambahbaikan bagi murid mereka. h:4-4). Format pentaksiran baharu ini membolehkan murid dinilai berdasarkan keberhasilan yang lebih luas dalam jangka masa yang lebih panjang. Guru menghadapi kesukaran membentuk instrumen pentaksiran bagi komponen pentaksiran sekolah. tetapi digabungkan dengan pentaksiran berasaskan sekolah dan pentaksiran pusat. Maklum balas awal mengenai pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah menunjukkan bahawa guru masih belum memahami dan menguasai sepenuhnya perubahan yang berlaku. Pada tahun 2016. guru dapat menumpukan lebih masa untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih bermakna seperti yang dihasratkan melalui kurikulum (Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025. Kementerian Pendidikan Malaysia. Bab 4. h:4-4). Bab 4.

dikelola dan dilaksnakan oleh pihak sekolah untuk mencapai matlamat pendidikan yang ditentukan.  Model kurikulum yang dicadangkan oleh Hilda Taba disifatkan sebagai “bawah-atas” (bottoms-up) atau induktif kerana guru ditanya dan memainkan peranan utama. adalah amat sukar mendapat persetujuan tentang definisi ‘kurikulum’.  Jika anda mengkaji dengan teliti definisi-definisi kurikulum yang di utarakan oleh pakar-pakar.  Kurikulum yang diajar dan kurikulum untuk pentaksiran mesti selaras dengan kurikulum bertulis. dirancag.  Menurut Ralph Tyler kurikulum ialah segala pengalaman yang diarah. 17 . kemungkinan besar kita meninggalkan atau mengabaikan ciri-ciri penting yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran kerana ia tidak dimasukkan dalam pelan kurikulum.  Kurukulum yang diamalkan disekolah-sekolah Malaysia terbahagi kepada tiga dimensis: kurikulum yang ditulis.  Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) menggunakan EMPAT tonggak pendidikan UNESCO yang telah diperkenalkan pada tahun 1993.  The New International Dictionary mentakrif kurikulum sebagai sesuatu bidang ilmu yang diajar oleh sesuatu institusi pendidikan atau latihan.  Kita harus sedar bahawa sekiranya kurikulum ditakrifkan terlalu sempit. kurikulum sebagai produk dan kurikulum sebagai proses. kaedah dan prosedur pembangunan kurikulum serta pelaksanakan dan penilaian kurikulum.  Model kurikulum menggariskan pendekatan.  Tanner (1980) mendefinisi kurikulum sebagai hasil dan pengalaman pembelajaran yang terancang yang dilaksanakan oleh sekolah. kurikulum yang diajar dan kurikulum yang ditaksir.Bab 1: Konsep & Model Kurikulum  Perlu ditegaskan bahawa kurikulum ialah suatu kontrak atau perjanjian di antara masyarakat dengan pihak berkuasa mengenai bagaimana generasi muda akan dididik. kurikulum boleh dilihat daripada TIGA sudut.  Seperti istilah-istilah lain dalam pendidikan. iaitu kurikulum sebagai kandungan.

Chapter 1: Overview of curriculum processes and products. and Hunkins. Kementerian Pendidikan Malaysia. K. Bab 4. (1989). A. R.htm. M. Smith. F. The encyclopedia of informal education.Bab 1: Konsep & Model Kurikulum Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025. (1998). h:4-4. www.org/biblio/b-curric. Curriculum: Construction and Critique. MA: Allyn & Bacon. NJ: Prentice-Hall. 2000) Curriculum theory and practice. Upper Saddle River. (2000). London: Routledge. (200). Alistair. E. R. Boston.infed. London: Falmer Press. Introduction to philosophy of education. Woods. Ornstein. Curriculum: An integrative introduction. 18 . = Sowell. principle and issues.N. (1996. Curriculum: Foundations.