You are on page 1of 20

KANDUNGAN

No.

Isi Kandungan

Muka surat

Isi Kandungan
1.0

Pengenalan

2.0

Latar Belakang murid

2.1

Perbezaan Pencapaian Akedemik Penggal ke-2

3.0

Faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian murid

3.1 faktor endogen (baka)

3.1.1 kesihatan pelajar

3.1.2 pemakanan

3.1.3 faktor eksogen (persekitaran)

3.2 faktor baka

3.3 faktor persekitaran

3.4 faktor yang mempengaruhi pembelajaran

10

3.4.1 kecderdasan

10

3.4.2 ingatan dan lupaan

11

Langkah-langkah yang boleh diambil guru untuk pelajar lemah

12

4.1Mengadakan aktiviti simulasi dan main peranan

12

4.2Menubuhkan kumpulan bimbingan rakan sebaya

13

4.3 Menempatkan pelajar tersebut duduk bersama pelajar


beakademik

14

4.0

1
2-3

baik

5.
0
6.
0

4.4 Menyediakan rancangan pengajaran dan pembelajaran


yang menarik

14

Kesimpulan

15

Lampiran-keputusan Pelajar A Dan Pelajar B 2013


Rujukan

16-17
18

HBEF2103 PSIKOLOGI PENDIDIKAN


1.0Pengenalan

Menurut Alfred Binet,Theodore dan Guiford (Borich & Tombari,1997),kecerdasan


adalah diwarisi dan tidak dapat dipertingkatkan melalui pengajaran.Manakala Howard
Gardner et al(1996)pula tidak bersetuju dengan pendapat mereka.Beliau berpendapat bahawa
kecerdasan yang diwarisi boleh dipertingkatkan melaui proses pembelajaran serta
menyediakan persekitaran yang kondusif membolehkan pembelajaran yang berkesan berlaku.
Helen Bee(1995) pula mengatakan sahsiah adalah diwarisi daripada ibu atau bapa
melalui baka.Menurut beliau,tret personaliti adalah diwarisi daripada ibu bapa dan ia
berkekalan

pada

individu

sepanjang

hayatnya.Kajian

Loehlin,1992,Plomin,1994

dalam(Shaffer,1999)mengatakan sebahagian besar dimensi personality adalah mewarisi


baka.Contohnya,seseorang yang berpersonaliti ekstrovert lebih suka bersosial dan selalu
menunjukkan kegembiraannya jika dibandingkan dengan yang berpesonaliti introvert yang
suka berseorangan,pemalu dan kurang selesa bergaul dengan orang ramai.
Dalam tugasan ini,satu kajian telah dijalankan ke atas dua orang murid sekolah
rendah.Seorang murid berakademik baik,manakala seorang lagi berakademik lemah.Tugasan
ini mengkaji sejauh manakah factor-faktor tertentu mempengaruhi pencapaian akademik
kedua-dua orang murid tersebut berpandukan teori-teori Psikologi Pendidikan dan disokong
dengan kajian-kajian yang dijalankan.,
Berikut adalah latar belakang dua orang pelajar yang dipilih untuk menjalankan kajian
ini.

2.0Latar belakang dua orang murid sekolah rendah yang dipilih untuk kajian.

Biodata Murid A

1. Nama:Pang Yong Jun


2. Jantina:Lelaki
3. Tarikh Lahir:10-05-2002
4. Tempat Lahir:Kuching
5. Umur:11 tahun
6. Darjah:5
7. Keturunan:Cina
8. Agama:Buddha
9. Ketinggian:149 cm
10. Berat Badan:46kg
11. Alamat rumah:No.313,Lorong 10B,Taman Paradise,Batu 9 ,Jalan
Penrissen
12. Bilangan adik beradik: 4 orang (4 orang lelaki)
13. Anak keberapa:Ketiga
14. Jarak rumah dan sekolah:2 km
15. Kenderaan ke sekolah:Kenderaan sendiri
16. Kelakuan:A
17. Pekerjaan Bapa:Guru Matematik Tambahan sekolah menengah
18. Pekerjaan Ibu: Guru Bahasa Melayu sekolah menengah
19. Kesihatan:Baik
20. Bahasa Pertuturan di rumah:(i)Mandarin (ii)Bahasa Inggeris
21. Kehadiran :195/195 hari

Biodata Murid B

1.Nama:Phang Kok Chiang


2.Jantina:Lelaki
3.Tarikh Lahir:25-11 -2002
4.Tempat Lahir:Kuching
5.Umur:11 tahun
6.Darjah:5
7.Keturunan:Cina
8.Agama:Buddha
9.Ketinggian:137 cm
10.Berat Badan:35 kg
11.Alamat rumah:No.56, Lorong 13B RPR Jalan Landeh , Kuching
12. Bilangan adik beradik: 6 orang (5 orang perempuan dan seorang lelaki)
13.Anak keberapa:Ke-lima
14.Jarak rumah dan sekolah:6 km
15.Kenderaan ke sekolah:Bas sekolah
16.Kelakuan:B
17.Pekerjaan Bapa:Buruh kasar (tidak tentu)
18. Pekerjaan Ibu: Suri rumah tangga
19esihatan:Ashma
20.Bahasa Pertuturan di rumah:(i)Hakka (ii)Mandarin
21. Kehadiran :185/195 hari

2.1 Perbezaan Pencapaian Akedemik Penggal ke-2


Mata pelajaran /

Pang Yong Jun

Phang Kok Chiang

Nama Murid
Bahasa Cina

74%

(B)

27%

(D)

81.6% (A)

32%

(D)

78 %

30% ( D)

(Kefahaman)
Bahasa Cina
(Penulisan)
Bahasa Malaysia

(B)

(Kefahaman)
Bahasa Malaysia

82.8% (A)

26%

(D)

Bahasa Inggeris

86.6% (A)

17.6% (E)

Matematik

94% (A)

19.4% (E)

Sains

88.2% (A)

22.4% (D)

(Penulisan)

3.0Faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian akademik


3.1Faktor Endogen (Baka)

(Buss&Plomin,1997)mengatakan bahawa individu akan mewarisi sifat fizikal ibu


bapanya

seperti ketinggian, bentuk badan, warna kulit, warna mata, warna

rambut,temperamen dan sebagainya.Ini menunjukkan bahawa faktor Endogen memainkan


peranan yang penting dalam perkembangan manusia,terutamanya dari segi pencapaian
akademik pelajar.

3.1.1Kesihatan pelajar
Jika dikaji dari segi kedatangan pelajar ke sekolah,didapati pelajar A jarang ponteng
atau tidak menghadiri kelas manakala pelajar B sering tidak hadir.Selepas ditanya ,pelajar
B memberitahu guru bahawa dia telah jatuh sakit , pelajar B menghidap menyakit Ashma
sejak kecil.
Ketidakhadirannya

menyebabkan dia tidak dapat mengikut pelajaran yang

disampaikan oleh guru.Setelah dikaji dengan mendalam lagi, didapati pula murid ini
berasal dari keluarga miskin. Dia mempunyai enam orang adik-beradik. Bapanya bekerjar
sebagai buruh kasar, tetapi kerjanya tidak tentu, kebanyakan masa dia mengganggur di
rumah. Ibunya mengatakan bahawa semasa dia mengandung,dia kurang makan makanan
yang seimbang.Tambahan pula,ibunya mengidap penyakit darah tinggi.Kesihatan ibu yang
kurang cergas akan diwarisi oleh anaknya.
Menurut Shryock(1991),ibu yang mengandung mesti menjaga kesihatannya dengan
memakan makanan yang seimbang.Selain itu,penggunaan gula dan garam harus
dikurangkan

untuk

mengelakkan

penyakit

kencing

manis,darah

tinggi

dan

preaklamsia.Ibu yang sihat akan melahirkan bayi yang sihat.Kesemua faktor ini akan
mempengaruhi pencapaian akademik pelajar tersebut.

3.1.2Pemakanan

Pelajar B biasanya tidak bersarapan ke sekolah manakala pelajar A pergi ke sekolah


lepas bersarapan.. Didapati Pelajar B tidak dapat menumpukan perhatian dan tidak
berdaya semasa sesi kelas dijalankan jika dibandingkan dengan pelajar A.Pelajar B
sentiasa mengantuk semasa aktiviti-aktiviti kelas diadakan.Dia tidak mahu menyertai
kegiatan kumpulan.
Pemakanan yang seimbang dan cukup dapat membekalkan keperluan seharian
manusia

untuk

menjalankan

aktiviti

harian

dan

membantu

kanak-kanak

memperkembangkan jasmaninya dengan sempurna. Zat makanan yang tidak mencukupi


akan menyebabkan tumbesaran terbantut dan kadar perkembangan otak lambat.

3.1.3Faktor Eksogen (Persekitaran)


Rahil dan Habibah(2002)yang memetik pernyataan Penteori behaviorisme,Watson(18781958),iaitu:
Give me a dozen healthy infants,well-formed,and in my own special world to bring
them up in and Ill guarantee to take any one at random and train him to become any type
of specialist I might select-doctor,lawyer,artist,merchant,chief ,and yes,even beggarman
and thief,regardless of his talents,penchants,tendencies,abilities,vocations and race of his
ancestors
Menurut Rahil &Habibah(2002),persekitaran merupakan segala rangsangan yang
mempengaruhi

perkembangan

individu.Coon(2000)pula

mengatakan

persekitaran

ialahThe sum of all external conditions affecting development,especially the effects of


learning.
(a) Keluarga
Menurut Baumrind(1995), otoritatif merupakan cara asuhan yang paling efektif,iaitu
memberi kebebasan kepada anak untuk berkembang tetapi meletak batasan untuk
diikuti.Sebenarnya,ibu bapa mempengarhi pembentukan sahsiah anak-anak mereka.

Menerusi

temubual

dengan

pelajar

B,saya

mendapati

keluarganya

tidak

menitikberatkan pelajarannya.Selalunya saya mendapati pelajar tersebut tidak menyiapkan


kerja rumahnya pada masa yang ditentukan.
Menurutnya,ibubapanya sibuk membuat kerja,tiada masa menemani dia atau memberi
tunjuk ajar kepada dia. Lagipun ibu bapanya tidak berpendidikan tinggi .Ibu bapa yang
kurang prihatin terhadap pelajaran anak-anak menyebabkan anak-anak hilang panduan
pada hakikatnya,umur ini memerlukan tunjuk ajar daripada keluarganya. Pelajar B hanya
bergantung kepada kakak sulung yang belajar di tingkatan 3 untuk membimbing
pelajarannya pada masa lapang ( kakak sulungnya kerja sebagai pembantu kedai selepas
masa persekolahan, hanya balik lepas pukul 9 malam.)
Manakala ibu bapa pelajar A pula sangat mementingkan pelajarannya,selalu merujuk
kepada guru perkembangan yang terkini berkenaan dengan anaknya. Mereka juga
membimbing anaknya di rumah setiap malam dan menghantar Pelajar A ke pusat tuisyen.
Ini jauh berbeza dengan kelakuan yang ditunjukkan oleh ibu bapa pelajar B.
Kanak-kanak yang diasuh dan dididik dengan cara yang baik akan mengalami
perkembangan potensi,tingkah laku dan emosi dengan sempurna.
(b) Tempat tinggal
Didapati jarak tempat tinggal pelajar B dengan sekolah lebih kurang 6 km. Pelajar B
hendak menaiki bas sekolah ke sekolah dan begitu juga semasa pulang. Tempat tinggal
juga merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi perkembangan manusia daripada
segi pembelajaran dan gaya kehidupannya.
Pada kebiasaannya,individu yang tinggal di kawasan bandar lebih beroptimistik
,terbuka fikirannya dan bercita cita melanjutkan pelajarannya ke luar negeri jika
dibandingkan dengan individu yang tinggal di kawasan luar Bandar.Pelajar B tinggal di
kawasan RPR di mana penduduk kawasan itu dari golongan pendapatan rendah dan kurang
mengambilberat pengajaran anak-anak mereka.
Manakala pelajar A pula tinggal di kawasan perumahan mewah. Ibu-bapanya guru
sekolah menengah. Mereka lebih mementingkan pencapaian akedemik jika dibandingkan

dengan pelajar B.Mereka mempunyai pengangkutan sendiri untuk menghantar anak-anak


mereka ke sekolah dan kelas tuisyen. Pelajar B yang berasal dari keluarga miskin tidak
mempunyai kenderaan sendiri dan keluarganya pun tidak mampu menghantarkannya ke
kelas tuisyen.Ini merupakan salah satu faktor yang menyebabkan pelajar B berakademik
lemah.

3.2 Faktor Baka


Menurut Borich dan Tombari(1997),perbezaan individu ialahIndividual diffences are
the variations we observe among members of any group in a particular
characteristic,such as temperament,energy level,friendship patterns and parent-child
attachement.
Daripada definisi di atas,jelas mengatakan bahawa perbezaan individu adalah variasi
yang boleh diperhatikan daripada ciri-ciri tertentu seseorang individu seperti
temperaman,tahap tenaga,pola persahabatan dan hubungan ibu bapa dengan anakanaknya.
Didapati pelajar B mudah marah,tidak tabah,stail pertuturan yang kurang bersopansantun dan pemalu. Sebenarnya,temperaman merupakan tret personality,emosionaliti dan
pola tingkah laku yang sebahagian besarnya diwarisi daripada ibu bapanya.
Selain itu,didapati pelajar B kurang bertenaga ,berastamina atau mudah penat semasa
kegiatan sukan dijalankan.Ini bermaksud tahap tenaga pelajar ini agak rendah daripada
pelajar lain.Faktornya mungkin disebabkan oleh tahap tenaga yang diwarisi oleh ibu bapa
rendah.
Di samping itu,didapati pelajar B mempunyai pola persahabatan pencilan,iaitu dia
tidak memilih sesiapa sebagai sahabatnya dan orang lain pula tidak ada memilihnya
sebagai sahabat.
Dia tidak suka bermain dan tidak berinteraksi dengan orang lain atau tidak aktif di dalam
ko-kurikulum atau kesenian.Ini mungkin disebabkan oleh pola yang diwarisi ibu

bapanya.Semasa saya bertemu dengan bapa pelajar B,didapati bapanya tidak bertegur sapa
dengan saya walaupun saya mengucapkan selamat pagi dengannya.Ini menunjukkan pola
persahabatan ibu bapa telah mempengaruhi anaknya.
Manakala pelajar A pula,dia mempunyai sepasang ibu bapa yang menitikberatkan
pelajarannya bahkan tatasusilanya dipentingkan juga.Ibu bapanya akan menegur sapa
dengan guru dengan senyuman yang mesra.Ini telah mempengaruhi pola persahabatan
anaknya.Anaknya iaitu pelajar A suka berinteraksi dengan kawan lain,aktif dalam kokurikulum.Oleh itu,dia mempunyai lebih ramai kawan jika dibandingkan dengan pelajar
B. Pelajar A merupakan Johan pertandingan Ping Pong dan tempat Ke-3 pertandingan
Bahasa Inggeris pada tahun 2013.

3.3 Faktor Persekitaran


Faktor persekitaran juga merupakan salah satu faktor yang mempengaruhi
pertumbuhan dan perkembangan seseorang individu.Menurut Papalia (2001),persekitaran
adalah perkara bukan genetik yang banyak mempengaruhi seseorang individu.
Ini jelas dilihat melalui pelajar B.Didapati pelajar B kurang mesra dengan kedua ibu
bapanya.Bentuk asuhan keluarganya berbentuk abaikan iaitu tiada penglibatan keluarga.Ibu
bapanya sibuk dengan hal lain manakala anaknya diabaikan.Mereka langsung tidak sedar
akan kelakuan anaknya di sekolah atau di rumah.Mereka sentiasa tidak peka terhadap
kehidupan anaknya iaitu bertindak permisif. Bentuk asuhan begini telah menyebabkan anak
mereka kurang kemahiran bersosial dengan orang lain.Kebebasan yang diberi tiada batasan
sehingga tidak bermotivasi untuk belajar.
Manakala pelajar A pula mempunyai sepasang ibu bapa yang menitikberatkan
pelajarannya .Mereka selalu mesra dengan anak mereka.Mereka sentiasa berkomunikasi
secara lisan dengan anak mereka.Mereka menggalakkan anak-anak mereka berdikari,memberi
keyakinan kepada anak mereka di samping memberi sedikit kawalan tentang tingkah laku
anak-anak. Mereka juga menitikberatkan perkembangan anaknya secara menyeluruh seperti
mengajar anak mereka mematuhi peraturan ,berdisiplin dan sebagainya.

Didapati pelajar A sentiasa menunjukkan personaliti yang positif ,bersosial baik


dengan kawan lain dan mempunyai harga diri yang baik.Faktor yang positif

ini telah

mempengaruhi pencapaian pelajar A sehingga mencapai akademik yang cemerlang.


3.4 Faktor yang mempengaruhi pembelajaran
Didapati pelajar B tidak berminat tentang apa yang disampaikan oleh guru. Kadangkala,dia diam berseorangan atau tidak menunjukkan minat untuk mengambil bahagian dalam
aktiviti kumpulan.Ini mungkin disebabkan oleh gaya pengajaran guru yang kurang menarik
dan membosankan.Selain itu,isi kandungan yang disampaikan oleh guru mungkin kurang
sesuai dengan tahap pertumbuhan dan perkembangannya.

3.4.1Kecerdasan
Menurut Piaget(1950),kecerdasan adalah kebolehan individu berfikir atau menaakul
dalam usahanya untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran.Didapati pelajar B mempunyai
kecerdasan logic-matematik kerana dia mempunyai pencapaian yang tertinggi antara semua
subjek yang dipelajarinya.Ini mungkin disebabkan dia mahir memanipulasikan nombor dan
pengiraan.Dia berkeupaya menyatakan sesuatu secara deduktif atau induktif serta mampu
menggunakan corak-corak abstrak dan perhubungannya.
Selain itu,didapati pelajar B kurang mempunyai kecerdasan bahasa-linguistik.Ini jelas
dilihat daripada pencapaian akademiknya yang bermarkah rendah seperti matapelajaran
Bahasa Malaysia,Bahasa Cina dan Bahasa Inggeris.Inimungkin disebabkan kekurangan
membaca. Kita mesti memupukkan tabiat membaca sejak kecil .Menerusi sikap suka
membaca, pengetahuan kita akan bertambah dengan penambahan kosa kata yang dipelajari.
Pelajar B ini berakademik rendah dalam matapelajaran bahasanya mungkin disebabkan
keluarganya tidak mampu membeli buku bacaan,kamus dan sebagai untuknya. Tambahan
pula,keluarganya tidak menitikberatkan pelajarannya.
Manakala pelajar A pula,dia banyak membaca suratkhabar, buku cerita, majalah dan
sebagainya. Semasa mengalami kesulitan atau kesusahan, ibu bapanya akan menolongnya
atau mencari akal untuk menyelesaikannya. Weshler(1975)mengatakan kecerdasan adalah

10

kebolehan seseorang memahami alam sekitarnya,dirinya dan kepakaran yang dimilikinya


untuk membantunya menghadapi cabaran hidup.
3.4.2 Ingatan dan lupaan
Ingatan

merupakan

maklumat

yang

disimpan

dalam

ingatan

jangka

panjang.Sebenarnya,maklumat ini boleh dikeluarkan semula jika dikehendaki yang


melibatkan proses pengkodan,penyimpanan dan pengeluaran(Melton,1963,dalam Roediger
III,ms262).Menurut beliau,pengkodan merupakan proses mendapatkan maklumat manakala
penyimpanan pula ialah proses menyimpan maklumat dan terbentuknya memory
trace.Pengeluaran pula merupakan pengeluaran dan penggunaan maklumat dalam simpanan
otaknya.
Lupaan pula merujuk kepada kegagalan seseorang untuk mengingatkan sesuatu yang
pernah dalam memorynya. Menurut Slavin(1997), kegagalan mengingatkan sesuatu mungkin
disebabkan maklumat belum sempat diproses dan disimpan dalam ingatan jangka panjang.
Pelajar B berakademik rendah mungkin disebabkan keusangan. Maklumat yang
didapati hilang atau lupa disebabkan peredaran masa, kurang membuat ulangkaji dan
sebagainya.Selain itu,minat terhadap matapelajaran tersebut juga akan mempengaruhi
pencapaiannya.Misalnya,pelajar biasanya akan mengingati fakta dalam jangka masa yang
panjang bagi matapelajaran yang mereka minati.

11

4.0.Langkah-langkah yang boleh diambil guru untuk pelajar yang lemah


Saya akan mencalonkan pelajar B untuk menyertai program RMT di sekolah kerana
di bawah Rancangan makanan yang dilancarkan oleh kerajaan untuk murid dari keluarga
miskin, diharap pelajar dapat makan makanan yang seimbang.Dengan adanya badan yang
sihat ,pelajar B dapat mengikuti pelajaran yang disampaikan oleh guru

4.1 Mengadakan aktiviti simulasi dan main peranan


Menurut Borich dan Tombari(1997),Pendekatan pembelajaran konstruktivisme
menyediakan peluang kepada pelajar untuk membina kefahaman terhadap pelajaran yang
dipelajarinya dengan mewujudkan jaringan dan hubungan antara fakta dan ideanya.Dalam hal
ini,pelajar hendaklah memainkan peranan yang aktif untuk memahami terhadap pelajaran
yang dipelajarinya.
Saya sebagai guru pelajar B akan memberi peluang dan mengalakkan pelajar tersebut
mengemukakan pandangannya tentang sesuatu topik yang telah dipelajari atau berkongsi
persepsi dengan kawan-kawannya. Selain itu,saya juga akan mengadakan aktiviti simulasi dan
main peranan untuk mengalakkan pelajar B mengambil bahagian untuk memberi peluang
kepada dia menubuhkan keyakinan terhadap dia sendiri dan mendorong dia terus belajar.
Menurut Woolfolk(1998),Constructivist perpectives-View that emphasizes the active
role of the learner in building understanding and making sense of information.Dari
pernyataan atas,jelas bahawa mengikut teori pembelajaran konstraktivisme,pelajar perlu
mengambil bahagian dengan aktif dalam usaha memahami dan memberi makna kepada
maklumat yang dipelajari.Seterusnya,menghubungkannya dengan maklumat terdahulu yang
telah diasimilasinya,dan menjadikan maklumat tersebut miliknya dengan membina kefahaman
atau membuat interpretasi ke atas maklumat tersebut(Cheek,1992)
Selain itu,saya juga akan melaksanakan pengajaran berpusatkan pelajar.Reka bentuk
pengajaran bermodel ASSURE akan diaplikasikan seperti memilih kaedah dan media yang
sesuai dengan tahap pelajar B.Selain itu,pelajar B juga digalakkan merenung kembali setiap

12

pelajaran yang dipelajari dengan membuat latihan berbentuk latih tubi, memintanya
menghubungkaitkan idea asal dengan idea yang baru dipelajari.

4.2 Menubuhkan kumpulan bimbingan rakan sebaya


Pengaruh Persekitaran yang negatif dari ibu bapa,keluarga,masyarakat atau media
massa yang tidak peka dan prihatin menyebabkan pelajar B tidak dapat menumpukan
perhatian terhadap pelajarannya.Berkaitan dengan persoalan ini,saya sebagai gurunya akan
kenal pasti dahulu punca masalah berkenaan.Lepas itu,saya akan menganalisis tingkah laku
yang negatif serta cuba memahami secara mendalam faktor-faktor yang menyebabkan
persoalan itu..
Seterusnya,saya akan mengadakan sesi bimbingan untuk menimbulkan kesedaran
bahawa tingkah laku agresif tidak menguntungkan.Seterusnya, saya akan menumbuhkan
bimbingan rakan sebaya dan mewujudkan persekitaran kelas yang mengukuhkan tingkah laku
positif seperti menggunakan pelajar-pelajar yang popular untuk menunjukkan tingkah laku
model untuk membantu pelajar B menyelesaikan kesulitan-kesulitan yang dihadapi olehnya.
Saya akan membentukkan kumpulan-kumpulan yang terdiri daripada pelajar yang
pandai dan pelajar yang lemah supaya pelajar lemah seperti pelajar B dapat meniru tingkah
laku pelajar yang pandai, dan seterusnya meningkatkan pencapaiannya.
Menurut Skinner(1953),gerak balas boleh diperkuatkan atau dihapuskan,jika diberikan
peneguhan sebaik saja gerak balas ditunjukkan.Peneguhan positif akan digunakan kepada
pelajar B jika tingkah laku yang positif ditunjukkan.Peneguhan positif ini merupakan ganjaran
untuk memotivasikan pelajar B setelah dia melakukan sesuatu kerja atau menjawab
soalan.Ganjaran yang diberikan boleh berbentuk ,kepujian, hadiah,tepukan,senyuman dan
sebagainya.
Bagi pelajar B,saya mengambil keputusan memberikan cop kepadanya sebagai
ganjaran.Sebaliknya,saya akan tolakkan copnya jika dia melakukan kesalahan.Cop yang
dikumpul sampai bilangan yang ditetapkan akan diberi hadiah.

13

4. 3 Menempatkan pelajar tersebut duduk bersama pelajar berakademik baik


Menurut

teori

Bandura(1963),pembelajaran

melalui

pemerhatian

merupakan

pembentukan asas tingkah laku manusia.Melalui pemerhatian terhadap proses dan hasil
perubahan tingkah laku orang lain,individu tersebut secara tidak langsungnya akan
mempelajari tingkah laku tersebut.Proses tiruan melalui proses elisitasi timbul apabila melihat
perlakuan orang lain.Contohnya,apabila pelajar B melihat pelajar lain yang berakademik baik
mendapat pujian atau hadiah,lalu timbul keinginan dalam dirinya untuk mendapatkan prestasi
yang baik.
Saya akan menempatkan pelajar B duduk bersama pelajar yang berakademik
baik.Melalui proses peniruan,diharap pelajar B dapat memerhatikan pelajar berakademik
baik , dari segi cara atau gaya belajar , sikap semasa guru menyampaikan pelajaran dan
sebagainya .Saya berharap palajar B akan cuba meniru perlakuan model tersebut. Lepas
itu,pelajar tersebut akan menyimpan kelakuan atau langkah-langkah yang dibuat oleh model
itu ke dalam ingatannya.Pelajar itu akan melakukan tingkah laku yang ditiru itu pada situasi
yang sesuai.Sekiranya,tingkah laku yang diperlihatkan itu menerima peneguhan positif
daripada orang lain,peniruan itu akan mengulangi.
4. 4 Menyediakan rancangan pengajaran dan pembelajaran yang menarik
Mengenai Pelajar B yang berakademik lemah,dan mempunyai kendiri yang
rendah,saya akan menyediakan satu sistem pembelajaran yang bermula daripada peringkat
asas iaitu dari mudah ke rumit.Ini dapat memastikan pelajar tersebut menguasai kemahiran
yang disampaikan oleh guru dan tidak ketinggalan
Untuk memastikan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran, saya akan
merancangkan pengajaran saya dengan meliputi lapan fasa pengajaran yang berinteraksi
dengan lapan fasa pembelajaran.
Pada

permulaannya,

saya

akan

mengaktifkan

motivasi,lepas

itu,saya

akan

memberitahu muri-murid berkenaan objektif pembelajaran hari tersebut.Saya akan


menayangkan visual atau gambar untuk menarik perhatian murid.Seterusnya,saya akan
menolong murid meransang ingatan mereka.

14

Di samping itu,saya akan menyediakan panduan pelajaran dan menyampaikan isi


kandungan pelajaran hari tersebut. Lepas itu,saya akan menolong murid membuat
peyimpanan. Saya akan menolong murid B mengingati isi pelajaran yang disampaikan oleh
cikgu ke dalam otaknya .

5.0 Kesimpulan
Berdasarkan tugasan yang telah saya siapkan ini,saya lebih berpendapat bahawa
pencapaian akademik seseorang baik atau lemah dipengaruhi oleh faktor persekitaran iaitu
faktor eksogen.
Menurut

NAEYC(National

Children),perkembangan

kognitif

Association
kanak-kanak

For

the

dipengaruhi

Education
oleh

of

persekitaran

young
yang

melingkungi rumah dan sekolah iaitu perkaitan ibu bapa dengan rumah,guru dengan
sekolah.Ini jelas menunjukkan bahawa faktor persekitaran memainkan peranan yang penting
dalam perkembangan manusia.Contohnya,walaupun seseorang individu membawa baka yang
kurang cerdas daripada ibu bapanya tetapi dia mempunyai keadaan yang mendorong
perkembangannya seperti mempunyai guru yang bertanggungjawab,rakan yang suka
maju,iklim bilik darjah yang kondusif akan mendorong individu tersebut terus maju jika dia
berusaha bersungguh-sungguh dan mendapat bantuan daripada rakan sebaya semasa
mengalami kesulitan.
Selain itu,guru juga haruslah membuat persediaan mengajar yang mencukupi seperti
menyediakan bahan yang berlainan dan sesuai dengan tahap pertumbuhan dan perkembangan
murid-murid untuk menyeronokan dan menarik minat murid-murid.

15

6.0 Lampiran-keputusan Pelajar A Dan Pelajar B 2013


Pelajar A

16

Pelajar B

17

Rujukan
Bandura , A. (1986 ) . Social foudations of thought and action : A social cognitive theory .
Englewoods Cliffs , NJ : Prentice Hall .
Berk , E. L. (1989 ). Child development , Boston : Allyn & Bacon .
Ee Ah Meng.(1996).Psikologi Pendidikan 1: psikologi perkembangan (semester 1).Shah
Alam.Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.
Kamarudin Hj. Husin.(1993).Pedagogi 3.Penggunaan psikologi dalam bilik darjah.Petaling
Jaya:Longman Malaysia.
Mahmood Nazar Mohamed.(1990).Pengantar psikologi satu pengenalan asas kepada jiwa
dan
tingkah laku manusia, Kuala Lumpur.Dewan Bahasa Pustaka.
Sang M.S.(2001).Psikologi Pendidikan untuk kursus Diploma Perguruan Semester
1.Selangor.Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
Slavin,R.E.(1997).Educational psychology,Theory and Practice.5th ed.Boston:Allyn and
bacon.
Sharifah Alwiah Alsagoff.(1987).Psikologi pendidikan 1.Longman Malaysia Sdn Bhd.

18

19