Bab 1: Ju berbual dengan Mak Cik Noraini yang sedang mengoreng karipap di ruang dapur.

Tiba-tiba dia terlihat ibunya, Lia dan bapanya Jeffri yang sedang berada di kebun kecil berhampiran rumah mereka. Sambil memetik kacang panjang, Jeffri meminta Lia supaya memasak sayur itu dan bukan orang gaji mereka, mak Cik Noraini. Baginya masakan Lia adalah yang paling sedap. Jagung yang mereka tanam pula masih muda dan Jeffri juga mahu supaya Lia memasaknya apabila sudah boleh dipetik nanti. Hubungan yang terlalu mesra antara suami isteri itu kurang disenangi oleh Ju dengan alasan Ju telah dewasa dan sepatutnya mereka berdua tidak berbuat demikian. Mak Cik Noraini mengatakan bahawa kemesraan ibu bapa Ju itu adalah disebabkan mereka berdua terlalu saling menyayangi. Bab 2: Dua minggu kemudian, Ju balik dari sekolah dengan menaiki bas kerana ibunya Cikgu Intan Maliana dijemput oleh bapanya disebabkan Lia pening dan tidak sedap badan. Petang itu, Ju ditinggalkan berdua dengan Mak Cik Noraini kerana ibu bapanya ke hospital. Semasa membuat kerja sekolah Ju terkenang hubungan kasih sayang antara ibu dengan bapanya yang amat mesra dan berharap dia juga akan mendapat suami yang penyayang seperti bapanya. Semasa Mak Cik Noraini menghidangkan bubur jagung, Ju masih mengenangkan hubungan ibu dengan bapanya. Mak Cik Noraini kerap menegur perbuatan Ju yang suka berangan. Menurut Mak Cik Noraini, bapanya pernah mencintai seorang bakal dotor tetapi hubungan cinta itu putus. Bapanya juga pernah mencintai seorang doktor tetapi hubungan mereka juga putus kerana doktor tersebut sudah menjadi tunangan orang. Akhirnya bapa Ju menemui ibunya, Lia sehingga cinta mereka semakin erat. Ibu dan bapanya balik dari hospital dengan girang. Apabila diberitahu bahawa Lia mengandung, Ju berasa amat gembira kerana akan mendapat seoranmg adik. Walau bagaimanapun Mak Cik Noraini berasa amat bimbang dengan berita itu kerana Lia pernah mengalami komplikasi yang teruk semasa mengandung kali pertama dahulu. Jeffri memberitahu Mak Cik Noraini bahawa semua yang telah dan akan berlaku adalah ketentuan Tuhan. Bab 3: Suatu hari Ju pulang lewat dan terdengar perbualan antara ibunya, Lia dengan Mak Cik Noraini. Mak Cik Noraini yang bimbang Lia sedang mengandung menyarankan supaya Lia menggugurkan kandungannya. Hal ini disebabkan Lia pernah tidak sedarkan diri akibat tumpah darah semasa melahirkan Ju. Anak yang dilahirkannya pula terlalu kecil, menghidap demam kuning serta sukar dijaga kerana alah pada susu tepung. Ju menegaskan beliau tidak akan menggugurkan kandungannya kerana kandungan itu adalah permintaan Jeffri. Dia amat menyayangi Jeffri dan sanggup berkorban untuk suami yang amat disayanginya. Ju mengajak bapanya untuk bermain tenis di Kelana Jaya tetapi Jeff menolak dengan alasan terlalu penat. Ju memberitahu bahawa dia akan mengajak ibunya bermain tenis jika bapanya enggan. Jeff tidak membenarkannya kerana Lia sedang mengandung.

Akhirnya dia mengalah dan petang itu dia bermain tenis bersama Ju. Semasa bermain tenis, Ju terkenangkan kehebatan bapanya dalam sukan itu sehingga beliau digilai oleh ramai gadis. Ibunya juga pernah bercerita bahawa ayahnya selalu ditegur oleh gadis walaupun pada waktu itu ibunya ada di sisi. Semasa mengelamun, muka Ju terkena bola yang dipukul oleh bapanya. Seorang gadis menegur bapanya lalu berbual. Ju berasa tidak senang dan akhirnya Jeff memperkenalkan gadis itu iaitu Aisyah (pelajar kolejnya) kepada Ju. Akhirnya mereka bertiga minum di sebuah kedai. Ju berasa kurang senang apabila ayahnya berbual dengan Aisyah. Akhirnya ju bangun dan mengajak bapanya balik. Dalam perjalanan, apabila ditanya oleh Ju, Jeff menceritakan bahawa Aisyah tinggal di Jalan SS 7/5, Kelana Jaya. Ju bimbang jika ayahnya terpikat dengan gadis cantik yang baru dikenalinya itu.

Bab 4: Ju turun menemui ibunya yang sedang menunggu di luar kereta dengan agak lewat. Dia menceritakan kelewatan itu disebabkan ada rakannya yang meminjam nota geografinya kerana notanya lebih lengkap. Lia yang mengajar di sekolah yang sama untuk Tingkatan 1 hingga 3, memarahi Ju kerana meminjamkan buku itu sedangkan rakannya juga belajar seperti Ju. Lia meminta Ju duduk di kerusi belakang kereta kerana rakannya, Cikgu Suzie hendak menumpang kereta ibunya ke bengkel tempat dia membetulkan keretanya yang rosak. Dalam perjalanan, Suzie menasihati Lia supaya memikirkan dirinya yang sedang mengandung. Suzie bimbang kerana semasa melahirkan anak pertama, lia pernah pengsan dan bayinya pula hampir maut kerana menghidap demam kuning. Lia memberitahu bahawa melahirkan anak itu bukan sesuatu yang memudaratkan malah dia sanggup berkorban untuk suaminya yang tersayang yang inginkan anak itu. Apabila terus diasak oleh Suzie, Lia agak berang dan sebelum turun di bengkel, Lia memberitahu bahawa dia amat menyayangi suaminya sedangkan Suzie tidak tahu akan nilai kasih sayang itu kerana dia belum berkahwin. Bab 5: Empat bulan lagi Lia akan melahirkan kandungannya. Semasa di kebun kecilnya, Lia memberitahu jeffri bahawa dia berasa bimbang sekiranya sesuatu yang buruk akan berlaku semasa dia melahirkan kandungannya nanti. Jeffri menenangkan isterinya dan berharap Lia akan tabah dan menerima ketentuan daripada Tuhan. Lia menyatakan dia sedikit bimbang tetapi tidak pernah menyesali perbuatannya yang ingin memenuhi kehendak suaminya yang amat disayangi. Jeff memujuk isterinya lalu memeluk dan mencium bibirnya. Perbuatan mereka dilihat oleh Ju dengan rasa yang kurang senang. Dia memberitahu Mak Cik Noraini bahawa ibu bapanya tidak sepatutnya berbuat begitu kerana dia (Ju) telah dewasa. Ju bertanyakan Mak Cik Noraini keadaan dirinya semasa dilahirkan. Menurut Mak Cik Noraini, saiz Ju hanya sebesar anak kucing dan sering pula menangis dan sukar

untuk dijaga. Ju minum susu ibunya yang diperah oleh seorang doktor perempuan. Kesukaran membesarkan Ju itulah yang menyebabkan Mak Cik Noraini terlalu menyayangi Ju seperti anaknya sendiri. Bab 6: Di tempat kerja Jeffri, pelajarnya bernama Aisyah sering berjumpa dan bertanya pelajaran daripada Jeffri serta menumpang Jeffri untuk pulang ke rumahnya di Kelana Jaya. Dia juga pernah mengajak Jeffri minum tetapi Jeffri menolaknya. Aisyah ialah anak seorang hartawan. Dalam kereta, Ju menyindir bapanya supaya berkahwin satu lagi sebagai cara untuk menduga hati bapanya. Jeffri memberitahu dia tidak boleh berbuat demikian kerana tidak mahu menduakan Lia yang dicintainya. Dia juga berseloroh tidak mahu tidur di luar rumah kerana Lia marah apabila dia berkahwin lagi. Bab 7: Ju telah masuk ke tingkatan lima dan saat ibunya melahirkan anak kedua yang dijangka lelaki telahpun tiba. Jeffri sibuk membeli barang keperluan bayi. Perbuatannya itu ditegur oleh Mak Cik Noraini bahawa perbuatan membeli barang sebelum bayi dilahirkan adalah tidak baik dan boleh membawa bencana. Jeffri memberitahu bahawa segala yang bakal berlaku adalah takdir Tuhan dan bukan disebabkan perbuatannya membeli barang-barang itu. Kira-kira pada pukul 4.00 pagi ketika sedang lena tidur, Ju dan Mak Cik Noraini dikejutkan oleh Jeffri dalam keadaan cemas kerana Lia telah sampai waktu untuk bersalin. Keadaan Lia amat membahayakan dan dia hanya mampu berdiam diri kerana kesakitan. Dalam keadaan cemas tersebut, Lia dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Cheras. Sebelum masuk ke wad bersalin, Lia meminta ampun kepada Jeffri dan meminta dia meredakan apa jua yang bakal berlaku. Jeffri memujuk isterinya supaya bersabar dan memberitahu bahawa tiada apa-apa perkara yang buruk bakal berlaku. Setelah itu, Jeff, Ju dan Mak Cik Noraini menunggu di luar wad bersalin itu. Bab 8: Pada pagi itu seorang doktor keluar dari bilik bersalin dan memberitahu Jeffri bahawa Lia menghadapi komplikasi dan perlu dibedah. Jeffri menandatangani borang persetujuan. Jeffri hanya mampu berdoa agar Lia selamat. Selepas menunggu, seorang doktor menemui Jeffri dan memberitahu bahawa Lia telah selamat melahirkan bayi kembar Siam tetapi bayinya mati dalam kandungan. Isterinya, Lia pula dalam keadaan koma. Ju dan Mak Cik Noraini menangis tetapi sebagai seorang lelaki, Jeff tidak mengalirkan air mata walaupun sangat sedih. Selepas menguruskan mayat anaknya, Jeffri membawa Ju dan Mak Cik Noraini. Melihat keadaan Lia, timbul kekesalan di hati Jeffri kerana mahukan Lia mengandungkan anak lagi. Jeffri memberitahu perkara yang berlaku kepada rakan-rakannya di kolej serta rakan Lia di Sekolah Seri Gading. Mereka datang memberi penghormatan untuk anak Jeffri yang diberi nama Ahmad dan Muhammad sebelum dikebumikan pada pukul 2.00 petang. Mereka juga menasihati Jeffri supaya bersabar dan menguatkan imannya. Aisyah turut datang berziarah dan memberitahu bahawa perkara yang berlaku ada hikmah di sebaliknya.

Bab 9: Lia masih lagi koma dan terlantar di hospital. Ju dihantar oleh bapanya ke sekolah dan meminta supaya Ju menunggunya ketika hendak balik nanti walaupun Ju memberitahu ingin menaiki bas. Sebelum meninggalkan sekolah itu, Jeff mencium pipi Ju dan memberitahu bahawa dia amat menyayangi anaknya itu. Ju sedar ayahnya sedang dalam keadaan bimbang jika ibunya, Lia akan meninggalkan mereka berdua. Rasylan seorang pelajar baru yang berwajah Pan Asian menegurnya dan memberitahu bahawa Ju amat beruntung mempunyai ibu bapa yang penyayang. Dia menyatakan hasrat untuk berkenalan dengan ibu dan bapa Ju. Di dalam kelas, Rasylan sentiasa mengerling Ju kerana meminati Ju. Semasa kelas Matematik Cikgu Suzie, Cikgu Suzie memberitahu bahawa dia ingin mengikut Ju dan ayahnya untuk melawat Lia di hospital. Di kelas, seorang pelajar bernama Lindar mengumpat guru sejarahnya, Cikgu Raymond Brian yang tidak hadir ke sekolah hari itu dengan mengatakan bahawa Cikgu Brian menghantar kekasihnya bersalin. Perbuatan Linda ditegur oleh Ju kerana bimbang akan diketahui oleh Cikgu Brian. Sebelum balik, Rasylan menemui Jud an mengajaknya untuk keluar bersama. Tujuannya hanyalah untuk mengenali Ju dengan lebih rapat kerana dia mendengar cerita bahawa Ju seorang pelajar yang pintar. Ju menolaknya dengan alasan dia ingin melawat ibunya di hospital Bab 10: Ju mengikut bapanya menaiki kereta untuk melawat ibunya. Cikgu suzie mengikut dengan keretanya di belakang. Sesampainya di hospital mereka bertiga menemui Lia yang sedang koma. Jeffri sempat bercakap dengan Lia bahawa dia datang bersama Ju dan Suzie. Jeffri juga memberitahu supaya Lia cepat sedar. Keadaan ini membuatkan hati Ju terlalu sayu. Pada hari yang lain semasa bapanya lewat pulang kerana ada sesi kaunseling dengan pelajarnya di kolej, Ju mengulang kaji di bilik bacaan bapanya. Tiba-tiba dia terjumpa sekeping gambar ibu dan bapanya semasa baru berkahwin. Wajah ibunya sungguh manis dan bapanya pula sangat kacak. Ju juga terjumpa album bapanya yang mengandungi surat Jeffri kepada Lia. Surat itu menyebut bahawa Jeffri amat berterima kasih kepada Lia yang sanggup menyayangi dan menjadi isterinya. Ju turut melihat gambar bapanya mendokongnya semasa berusia 3 bulan dan gambar ketika hari jadi Ju yang pertama. Mak Cik Noraini mengajaknya makan bersama tetapi Ju memberitahu bahawa dia ingin berehat. Mak Cik Noraini ialah sepupu bapanya. Suami dan anaknya meninggal dunia akibat kemalangan ketika dalam perjalanan dari Johor ke Bidor manakala dia terselamat. Mak Cik Noraini diambil bekerja dengan Jeffri dan apabila Ju dilahirkan, dialah yang menjaga Ju sehingga dewasa. Akibatnya Mak Cik Noraini terlalu menyayangi Ju seperti anaknya sendiri.

Ju terkenangkan rakannya, Murni yang memusuhinya sejak ibunya koma dan tidak datang mengajar. Murni juga menghasut rakan-rakan lain supaya membenci Ju. Puncanya ialah Murni pernah dimarahi oleh Lia kerana tidak menyiapkan tugas yang diberinya. Rasylan memujuk Ju supaya bersabar dengan perkara yang berlaku. Ju menangis kerana sifatnya sebagai anak yang dimanjakan oleh ayah dan ibunya. Rasylan menjelaskan bahawa Ju masih belum matang dan pengalaman akan mengajar Ju menjadi tabah apabila dewasa kelak. Mak Cik Noraini masuk dan mengajak Ju makan. Ju menjelaskan bahawa dia amat merindui ibunya. Mak Cik Noraini sedih dan memeluk ju. Apabila bapanya balik, bapa Ju menasihati Ju supaya tabah dan tidak mengikutkan perasaan. Jeff memberitahu anaknya itu bahawa dia lebih merindui Lia dan terasa kehilangan kawan yang paling rapat dalam hidupnya. Petang itu Ju mengajak bapanya, Jeffri untuk melawat ibunya di hospital. Jeffri memberitahu bahawa dia telah melawat ibunya kerana sesi kaunseling telah dibatalkan. Semasa sedang makan bersama, Azizah menelefon Jeffri dan bertanyakan keadaan Lia. Keadaan ini menyebabkan Ju berasa kurang senang tetapi hanya memendamkan perasaannya. Bab 11: Ketika baru balik dari menduduki peperiksaan, Ju terdengar perbualan Jeffri dengan Mak Cik Noraini. Mak Cin Noraini mengesyorkan supaya Jeff berkahwin lain kerana Lia koma dan tidak dapat berbuat apa-apa lagi. Jeffri menolak cadangan itu kerana baginya Lia tiada penggantinya di samping hendak menjaga hati Ju. Ketika duduk di sofa, Ju dan bapanya berbual tentang peperiksaan yang telah diduduki oleh Ju. Jeff percaya anaknya akan lulus dengan cemerlang. Ju juga meminta kebenaran bapanya untuk mengikut Rasylan ke rumahnya yang terletak di Andalas, Kelang. Jeff agak keberatan kerana berasakan Ju masih terlalu mentah tentang pesangannya. Sebaliknya Jeff mencadangkan supaya Ju mengajak Rasylan datang ke rumahnya untuk berkenalan dengannya dahulu. Ju setuju dengan cadangan bapanya. Bab 12: Sudah 8 bulan Lia koma. Semasa Aisyah menelefon Jeff yang sedang sembahyang, Ju sempat berbual dengan Aisyah tentang keadaan ibunya. Aisyah mengajak Jeff bermain tenis tetapi ditolak oleh Jeff dengan alasan terlalu sibuk. Jeff mengesyorkan Aisyah bermain tenis dengan Ju. Balik daripada menduduki peperiksaan terakhir, Ju terperanjat melihat ambulans di depan rumah. Ibunya telah dibawa balik dan ditempatkan di bilik khas yang serba lengkap dan baru walaupun masih koma. Tujuan Jeff adalah supaya mereka dapat menjaga Lia dengan lebih baik dan menemani Lia dengan lebih kerap. Aisyah datang mengajak Ju bermain tenis tetapi ditolak oleh Ju dengan alas an ingin menjaga ibunya. Jeff menasihati Ju agar tidak mungkir janji. Akhirnya Ju pergi juga. Dalam perjalanan, Ju serta Aisyah berbual tentang perancangan masa depan Ju. Aisyah menasihati Ju supaya belajar manakala tugas menjaga ibunya akan dibuat oleh bapanya,

Jeff. Selepas bermain tenis, Ju mengikut Aisyah ke rumah Aisyah kerana Aisyah ingin mandi dan menukar pakaian. Ju sempat berkenalan dengan ibu dan bapa Aisyah yang merupakan orang kaya. Ju dan Aisyah sampai ke rumah pada waktu malam. Ju telah dimarahi oleh bapanya kerana tidak menepati masa yang dijanjikan. Malam itu Jeff berbicara lagi dengan Lia yang masih koma tentang tujuan dia membawa Lia balik ke rumah. Dia juga berbual tentang harapannya melihat Ju Berjaya mendapat ijazah seperti yang diimpikan oleh Lia dahulu. Bab 13: Malam itu Jeff dan keluarganya hanya makan bubur dengan alasan agar mereka dapat merasakan kehidupan golongan yang hidup susah. Ju pula memberitahu bapanya bahawa makanan itu hanya sesuai untuk orang sakit seperti ibunya. Ju juga hairan bagaimana ibunya akan sembuh jika tidak diberi sebarang makanan. Jeff menjelaskan bahawa segala-galanya adalah bergantung kepada Tuhan. Malam itu, sekali lagi Jeff berbicara dengan Lia seolah-olah Lia dalam keadaan sedar. Ju dapat merasakan bapanya sedang menghadapi tekanan yang amat hebat tetapi kagum dengan sikap bapanya yang terlalu menyayangi ibunya dan mengambil berat. Rasylan datang dan memperkenalkan diri sebagai anak Datuk Mustakim Bahadur. Jeffri mengungkit bahawa Jeff ialah anak angkat Datuk Mustakim dan sebelum itu telah menjadi anak angkat JKM. Jeffri juga menceritakan bahawa Datuk Mustakim telah melanggar ibu dan bapanya semasa dalam perjalanan balik daripada sembahyang terawih. Bapanya meninggal dunia dan ibunya lumpuh. Datuk Mustakim takut untuk bertemu dengan Jeffri tetapi ada memberi wang perubatan ibunya sehinggalah ibunya meninggal dunia. Rasylan mencadangkan untuk mempertemukan Datuk Mustakim dengan Jeff tetapi ditolak oleh Jeff dengan alasan bahawa segala-galanya telah terlambat.

Allah Is The Only One Oh...Friends Allah Is Only One He Has No Partner Or Son He Has Made Us And Everything All Beasts All Fowls All Birds That Sing The Sun The Moon The Lovely Sky The Land The Hills And The Mountain High He Knows Whatever We Thing Or Act Because Allah Sees The Real Fact And Only He Does What He Wills And He Makes He Saves He Keeps Forever The Same No Age No Youth He Is Perfaction And He Is Truth Almighty Allah And He Is Wise He Has No Place No Shape No Size Forever The Great Is Our God And Always To Be Adored

Kejadian keracunan makanan di sekolah sering berlaku sejak kebelakangan ini. Berikan pendapat anda tentang punca-punca keracunan makanan di sekolah. Kebelakangan ini kejadian keracunan makanan di sekolah-sekolah sering menjadi tajuk utama dalam akhbar-akhbar tempatan.Perkara yang menjadi persoalan kepada kita adalah mengapakah perkara ini semakin kerap berlaku? Apakah tiada tindakan yang diambil untuk menanganinya dari terus berlaku? Semua persoalan ini tentunya sentiasa bermainmain di fikiran kita.Apakah punca yang menyebabkan kejadian ini terus berlaku? Antara punca utama keracunan makanan di sekolah adalah disebabkan sikap pengusaha kantin yang mengabaikan aspek kebersihan dalam penyediaan makanan. Kebanyakan daripada mereka hanya mementingkan keuntungan semata-mata dan kurang mengambil berat tentang kualiti makanan yang dijual. Sehubungan dengan ini, mereka tidak akan mempedulikan sama ada makanan tersebut boleh dijual atau tidak kepada para pelajar. Sebagai contoh mereka tidak mencuci dengan sempurna bahan mentah yang digunakan sebelum memasak sesuatu hidangan. Perbuatan mereka ini boleh diibaratkan umpama anjing makan muntahnya.Sikap ini jika dibiarkan berterusan pastinya akan membawa kepada keracunan makanan. Selain itu, terdapat pengusaha yang tidak menjaga persekitaran kawasan kantin. Kawasan di sekeliling kantin dan dapur dibiarkan kotor tanpa penjagaan yang sewajarnya. Dengan ini, kawasan tersebut akan dicemari dengan pelbagai jenis haiwan dan serangga yang membawa pelbagai jenis kuman. Sebagai contoh, serangga seperti lipas, semut, cicak, tikus dan sebagainya akan berkeliaran dan kadangkala masuk ke dalam makanan. Sewajarnya sikap ini dijauhi bagi mengelakkan makanan daripada tercemar. Di samping itu, sikap para pelajar yang kurang menitikberatkan aspek kebersihan diri juga merupakan punca berlakunya keracunan makanan di sekolah. Kebanyakan pelajar memandang remeh kepada soal kebersihan diri dan kualiti sesuatu makanan.Sehubungan dengan itu, mereka akan mengabaikan aspek kebersihan dan membeli makanan yang sudah tercemar. Sebagai contoh, mereka tidak mencuci tangan dengan sabun sewaktu hendak menjamah sesuatu makanan. Selagi pelajar tidak mengambil berat soal kebersihan diri, pastinya masalah ini akan terus berlarutan. Konklusinya, pelbagai punca telah dikenalpasti menyebabkan berlakunya keracunan makanan di sekolah. Masalah ini boleh diatasi dengan menamatkan kontrak pengusaha yang terlibat dengan masalah ini. Dengan ini, akan dapat memberi pengajaran kepada pengusaha kantin yang lain supaya sentiasa peka dalam soal kebersihan di kantin sekolah.Jelaslah bahawa masalah ini akan dapat diatasi sekiranya punca-punca kepada permasalahan ini dapat ditangani secara bersepadu.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful