P. 1
REPORT LI 3

REPORT LI 3

|Views: 35,664|Likes:
Published by kanak2ribena

More info:

Categories:Types, Resumes & CVs
Published by: kanak2ribena on Feb 17, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

04/13/2015

pdf

text

original

10.1.1 Prakata

Kerja tapak merupakan salah satu daripada bidang tugas yang perlu

dilakukan oleh seseorang arkitek. Arkitek atau wakil yang menguruskan sesuatu

projek diwajibkan ke tapak untuk melihat perkembangan kerja pembinaan bagi

sesuatu projek di tapak binaan. Tugas arkitek di tapak bina ialah meninjau kerja-

kerja pembinaan yang sedang dijalankan untuk menilai peratusan siap kerja

pembinaan projek tersebut. Kemudian pihak arkitek akan mengeluarkan satu surat

yang dipanggil µSijil Nilai Kerja¶ untuk diberikan kepada pihak bank.

Selain arkitek, pihak-pihak lain seperti kontraktor, jurutera, pemilik dan

semua pihak yang terlibat perlu turun ke tapak untuk memastikan kerja pembinaan

berjalan dengan lancar. Selain itu, ia juga bertujuan mengelak penipuan di dalam

skop kerja masing-masing. Masing-masing mempunyai peranan dan tanggungjawab

yang tersendiri untuk memastikan semua kerja yang dilakukan sempurna yang

disertai dengan sikap amanah dan jujur.

Kerja-kerja yang dijalankan mungkin mengambil masa lebih satu tahun. Jadi

setiap peringkat-peringkat siap kerja haruslah dicatit supaya sebarang masalah

yang terjadi akan dapat diselesaikan apabila mengetahui punca masalah tersebut.

Dengan adanya laporan siap kerja dari kontraktor kepada pihak arkitek, segala

masalah termasuk masalah penipuan dapat dielakkan keran laporan tersebut boleh

dianggap sebagai bukti.

Antara aspek yang perlu dititikberatkan oleh pihak arkitek ialah:

y Kerja-kerja asas dan pertapakan bangunan tersebut.

y Rangka konkrit bertetulang bangunan.

MOHD ZAKKI BIN ABDUL GHANI 17DSB07F012

HILMI

FARIDAH

A R C H I T E C T S S D N . B H D

99

DIPLOMA SENI BINA

y Dinding-dinding bangunan beserta rangka-rangka pintu terpasang pada

tempatnya.

y Memasang bumbung dan pendawaian elektrik, saluran paip(tanpa lengkap),

paip gas(jika ada) dan penyaluran serta pengkabelan telefon dalaman(jika

ada) pada bangunan tersebut.

y Kerja-kerja pembentungan bagi bangunan tersebut.

y Kerja-kerja perparitan bagi projek tersebut.

y Pembinaan jalan bagi projek tersebut.

Semua kerja-kerja tinjauan perlu mempunyai peratusan-peratusan tersendiri

yang akan ditentukan oleh pihak arkitek selepas tinjauan tapak. Perkara ini amat

penting dalam sesebuah kerja pembinaan kerana ia akan meninggalkan kesan

dalam jangka masa panjang jika terjadi sebarang kejadian yang tidak diingini

disebabkan tiada tinjauan dilakukan semasa pembinaan sedang dijalankan.

Banyak kes penipuan yang dilakukan oleh pihak yang terlibat dalam

pembelian barang seperti simen, pasir dan sebagainya. Sebagai contoh satu

kejadian pada projek rumah berkembar. Mereka yang tidak jujur hanya

menggunakan separuh sahaja penggunaan µparti wall¶. Dinding ini adalah dinding

yang digunakan untuk kedua-dua rumah. Jadi tidak hairanlah penipuan seperti ini

tidak dapat dihidu. Kesimpulannya, tinjauan tapak ini adalah untuk mengelakkan

perkara-perkara seperti ini terjadi.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->