You are on page 1of 12

Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah


(ICRC) ialah institusi kemanusiaan persendirian yang
bertapak di Geneva, Switzerland. Negara-negara
yang menandatangani keempat-empat Konvensyen
Geneva tahun 1949 dan juga Protokol-protokol
Tambahan tahun 1977 dan 2005, memberi mandat
kepada ICRC untuk melindungi mangsa-mangsa
konflik bersenjata antarabangsa serta konflik dalam
negeri. Mangsa-mangsa tersebut termasuk mangsa
kecederaan perang, tawanan, pelarian, orang awam
serta mangsa lain yang tidak turut berperang. [3]
ICRC ialah sebahagian daripada Pergerakan Palang
Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa [4]
bersama dengan Persekutuan Antarabangsa dan 186
Persatuan Kebangsaan. [5] Ia pertubuhan yang tertua
dan paling dihormati dalam Pergerakan tersebut dan
juga merupakan salah satu daripada pertubuhan yang
paling diiktiraf di dunia, setelah memenangi tiga Hadiah
Keamanan Nobel, pada tahun 1917, 1944 dan
1963.[6]

Isi kandungan
1 Sejarah
1.1 Solferino, Henry Dunant dan
Penubuhan ICRC
1.2 Perang Dunia I
1.3 Perang Dunia II
1.4 Selepas Perang Dunia Kedua
2 Kematian
3 Holokus
4 Peperangan Iraq
5 Ciri-ciri
6 Misi
7 Taraf Undang-undang
8 Pembiayaan dan Hal-hal Kewangan
9 Tanggungjawab di dalam Pergerakan
10 Organisasi
11 ICRC di Malaysia
11.1 Penglibatan dengan Angkatan
Tentera Malaysia

Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah


(ICRC)

Jenis Organisasi kemanusiaan


Ditubuhkan 1863
Lokasi Geneva, Switzerland
Ketua Peter Maurer, Presiden
Yves Daccord, Ketua Pengarah
Lapangan Kemanusiaan
Fungsi Perlindungan mangsa peperangan,
pelarian, dan tahanan.
Belanjawan CHF 1156 juta (2010)[1]
173 m for headquarters
983.2 m for field operations
Kakitangan Lebih 1,400 dalam operasi lapangan dan
11,000 pekerja tempatan [2]
Laman web www.icrc.org (http://www.icrc.org)

11.2 Mengukuhkan kerjasama dengan


agensi-agensi di bawah Kementerian
Dalam Negeri
11.3 Mempromosikan UndangUndang Kemanusiaan Antarabangsa
11.4 Bekerjasama dengan Universitiuniversiti
11.5 Membolehkan keluarga-keluarga
untuk terus berhubung dengan orang
yang tersayang
11.6 Perkongsian dengan Kementerian
Pendidikan
12 Rujukan

Sejarah
Solferino, Henry Dunant dan Penubuhan ICRC
Sehingga pertengahan abad ke-19, sistem kejururawatan tentera yang teratur
dan tetap untuk mangsa perang tidak wujud dan tiada pertubuhan yang
selamat dan terlindung untuk menampung dan merawat mangsa yang cedera di
medan perang. Dalam bulan Jun 1859, ahli perniagaan berbangsa Switzerland
Henry Dunant sedang dalam perjalanan ke Italy dan apabila tiba di pekan
kecil Solferino, beliau menyaksikan Pertempuran Solferino, sebahagian
daripada Peperangan Austro-Sardinia.
Dalam masa sehari sahaja, seramai 40,000 orang askar daripada kedua-dua
pihak telah terkorban ataupun dibiarkan sahaja cedera di medan perang.
Dunant terkejut melihat akibat dahsyat pertempuran tersebut, kesengsaraan
askar yang cedera, serta kekurangan rawatan perubatan dan penjagaan asas
yang hampir tidak wujud. Beliau meninggalkan tujuan asal perjalanannya dan
menumpukan sepenuh perhatiannya terhadap rawatan dan penjagaan mereka
yang cedera. Beliau telah menguruskan bantuan pertolongan dengan
merangsangkan penduduk tempatan untuk membantu tanpa diskriminasi.

Henry Dunant, penulis A


Memory of Solferino
(Kenangan Solferino).

Setelah pulang ke rumah beliau di Geneva, beliau telah menulis buku bertajuk
A Memory of Solferino (Kenangan Solferino) yang telah diterbitkan dengan menggunakan wangnya sendiri
pada tahun 1862. Beliau menghantar salinan-salinan kepada tokoh-tokoh utama politik dan tentera di merata
Eropah. Di samping itu, beliau menggalakkan penubuhan organisasi-organisasi bantuan sukarela kebangsaan
untuk menolong merawat askar-askar cedera dalam masa peperangan. Beliau juga menyeru perkembangan trititriti antarabangsa untuk menjamin keberkecualian dan perlindungan untuk mereka yang cedera di medang
perang serta ahli-ahli perubatan dan hospital medan perang.
Pada tahun 1863 di Geneva, Henry Dunant telah menubuhkan "International Committee for Relief to the
Wounded" (Jawatankuasa Antarabangsa untuk Bantuan kepada Orang Cedera). Dalam bulan Oktober,
persidangan antarabangsa yang dianjurkan oleh jawatankuasa tersebut telah diadakan di Geneva untuk
menghasilkan langkah-langkah yang mungkin diambil untuk memperbaiki rawatan perubatan di medan perang.
Antara cadangan-cadangan yang termaktub dalam resolusi muktamad persidangan tersebut, yang diterima pakai
pada Oktober 29, 1863, adalah:

Penubuhan persatuan-persatuan bantuan kebangsaan untuk askar cedera;


Keberkecualian dan perlindungan untuk askar cedera;
Penggunaan angkatan sukarelawan untuk bantuan pertolongan di medan perang;
Penganjuran persidangan-persidangan tambahan untuk menggubal konsep-konsep tersebut ke dalam trititriti antarabangsa yang sah di sisi undang-undang;
Pengenalan lambang perlindungan umum yang tersendiri untuk kakitangan perubatan di medan perang,
yakni gelang lengan putih bercorak palang merah.
Setahun kemudian, kerajaan Switzerland mempelawa kerajaan-kerajaan kesemua negara Eropah, serta
Amerika Syarikat, Brazil, dan Mexico, untuk menghadiri suatu persidangan diplomatik rasmi. Sebanyak enam
belas buah negara telah menghantar seramai dua puluh enam orang perwakilan ke Geneva. Pada 22 haribulan
Ogos, 1864, persidangan tersebut telah menerima pakai Konvensyen Geneva pertama "for the Amelioration of
the Condition of the Wounded in Armies in the Field" (demi Memperbaiki Keadaan Orang Cedera dalam
Angkatan Tentera di Medan Perang). Konvensyen tersebut mengandungi sepuluh perkara, yang telah
menetapkan buat pertama kalinya rukun-rukun yang sah di sisi undang-undang yang menjamin keberkecualian
dan perlindungan bagi askar-askar yang cedera, kakitangan perubatan di medan perang, dan institusi-institusi
kemanusiaan yang khusus di dalam konflik bersenjata. Tambahan lagi, konvensyen tersebut telah mentakrifkan
dua keperluan khusus bagi pengiktirafan persatuan bantuan kebangsaan oleh Jawatankuasa Antarabangsa:
Persatuan kebangsaan tersebut perlu diiktiraf oleh kerajaan kebangsaannya sendiri sebagai persatuan
bantuan mengikut konvensyen tersebut, dan
Kerajaan kebangsaan negara berkaitan mestilah negara yang telah menandatangani Konvensyen Geneva.
Dalam tahun-tahun berikutan, persatuan-persatuan kebangsaan telah ditubuhkan di hampir semua negara di
Eropah. Pada tahun 1876, jawatankuasa tersebut telah menerima pakai nama "International Committee of the
Red Cross" (Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah) (ICRC). Lebih banyak negara telah menandatangani
Konvensyen Geneva dan mula menghormatinya dalam amalan ketika konflik bersenjata. Dalam masa yang
singkat sahaja, Palang Merah telah meraih momentum yang besar sebagai pergerakan yang dihormati
antarabangsa, dan persatuan-persatuan kebangsaan telah menjadi semakin popular sebagai tempat untuk
membuat kerja sukarela.
Apabila Hadiah Nobel Keamanan yang pertama telah dianugerahkan pada tahun 1901, Jawatankuasa Nobel
Norway telah memilih untuk menganugerahkan hadiah tersebut secara bersama kepada Henry Dunant dan
Frederic Passy, seorang pencinta damai antarabangsa yang unggul.
Pada tahun 1906, Konvensyen Geneva 1864 telah disemak semula bagi kali pertama. Setahun kemudian,
Konvensyen Hague X, yang telah diterima pakai di Persidangan Damai Antarabangsa Kedua di Hague, telah
melanjutkan bidang kuasa Konvensyen Geneva kepada peperangan laut. Sejurus sebelum bermulanya Perang
Dunia Pertama pada tahun 1914, dan 50 tahun selepas penubuhan ICRC dan penerimapakaian Konvensyen
Geneva pertama, sudah terdapat 45 buah persatuan bantuan kebangsaan di seluruh dunia. Pergerakan tersebut
telah memperluaskan dirinya ke luar Eropah dan Amerika Utara ke Amerika Tengah dan Selatan, Asia dan
Afrika.

Perang Dunia I
Dengan tercetusnya Perang Dunia I, ICRC menghadapi cabaran yang hebat yang hanya mampu diharungi
melalui kerjasama yang erat dengan persatuan-persatuan kebangsaan Palang Merah. Jururawat-jururawat
Palang Merah dari serata dunia, termasuk Amerika Syarikat dan Jepun, datang membantu perkhidmatan
perubatan angkatan-angkatan tentera negara-negara Eropah yang terlibat dalam perang tersebut. Apabila

peperangan tercetus, ICRC menubuhkan "International Prisoners-of-War" ("POW") Agency (Agensi Tawanan
Perang Antarabangsa), yang mempunyai seramai 1,200 ahli kakitangan yang kebanyakannya sukarelawan
menjelang akhir tahun 1914.
Menjelang akhir peperangan, Agensi tersebut telah menyerahkan sebanyak lebih kurang 20 juta pucuk surat dan
perutusan, 1.9 juta buah bungkusan, dan sumbangan kewangan berjumlah lebih kurang 18 juta Swiss franc
kepada tawanan perang dari semua negara yang terlibat. Tambahan pula, hasil daripada usaha Agensi tersebut,
seramai 200,000 orang tawanan telah ditukar di antara pihak-pihak yang berperang, dibebaskan daripada
tahanan dan dikembalikan ke negara asal mereka. Kad indeks organisasi Agensi tersebut telah mencecah
sebanyak 7 juta rekod dari tahun 1914 ke tahun 1923, dengan setiap kad mewakili seorang tahanan ataupun
individu yang hilang. Kad indeks telah membolehkan pengenalan seramai lebih kurang 2 juta orang tawanan
perang serta kemampuan untuk menghubungi keluarga mereka.
Semasa keseluruhan peperangan, ICRC memantau pematuhan pihak-pihak berperang dengan Konvensyen
Geneva semakan 1907 dan mengemukakan aduan tentang pelanggaran kepada negara berkaitan. Apabila
senjata kimia digunakan semasa peperangan ini bagi pertama kalinya dalam sejarah, ICRC telah membantah
kuat menentang penggunaan jenis senjata yang baru ini. Walaupun tiada mandat daripada Konvensyen Geneva,
ICRC cuba mengurangkan kesengsaraan penduduk awam. Dalam wilayah yang ditetapkan secara rasmi sebagai
wilayah yang ditakluk, ICRC mampu membantu penduduk awam berdasarkan atas Laws and Customs of War
on Land (Undang-undang dan Adat Peperangan di Darat) tahun 1907 yang ditetapkan oleh Konvensyen
Hague. Konvensyen ini juga merupakan asas undang-undang untuk kerja ICRC dengan tawanan perang. Di
samping kerja Agensi Tawanan Perang Antarabangsa yang disebut di atas, lawatan pemeriksaan ke kem-kem
tawanan perang juga dikendalikan. Sebanyak 524 buah kem di seluruh Eropah telah dilawati oleh 41 orang
perwakilan dari ICRC sehingga tamat peperangan.
Dari tahun 1916 hingga tahun 1918, ICRC telah menerbitkan beberapa poskad dengan gambar pemandangan
dari kem-kem tawanan perang. Pemandangan tersebut menggambarkan tawanan-tawanan menjalankan aktivitiaktiviti harian seperti pengedaran surat-surat dari rumah. Tujuan ICRC adalah untuk memberi sedikit sebanyak
harapan serta ketenangan jiwa kepada anggota keluarga tawanan-tawanan dan juga untuk mengurangkan
ketidakpastian mereka mengenai nasib orang-orang tersayang. Selepas tamat peperangan, ICRC telah mengatur
penghantaran pulang seramai kira-kira 420,000 orang tawanan balik ke negara asal mereka. Pada tahun 1920,
kerja penghantaran pulang telah diserahkan kepada League of Nations (Liga Bangsa-bangsa) yang baru
ditubuhkan, yang telah seterusnya membentuk League of Nations High Commissioner for Refugees
(Pesuruhjaya Tinggi Pelarian Liga Bangsa-bangsa).
Setahun sebelum tamat peperangan, ICRC menerima Hadiah Nobel Keamanan 1917 untuk kerja masa
peperangannya yang cemerlang. Ini merupakan satu-satunya Hadiah Nobel Keamanan yang dianugerahkan
dalam tempoh masa dari tahun 1914 sehingga tahun 1918. Pada tahun 1923, Jawatankuasa tersebut telah
mengubahkan dasarnya mengenai pemilihan ahli-ahli baru. Sehingga masa itu, hanya warganegara-warganegara
dari kota Geneva yang layak berkhidmat dalam Jawatankuasa tersebut. Had ini telah diperluaskan supaya
merangkumi warganegara-warganegara Switzerland. Sebagai akibat langsung daripada Perang Dunia I,
protokol tambahan kepada Konvensyen Geneva telah diterima pakai pada tahun 1925 yang mengharamkan
penggunaan gas-gas penyesak nafas atau beracun dan agen-agen biologi sebagai senjata. Peristiwa-peristiwa
Perang Dunia I dan aktiviti-aktiviti ICRC masing-masing telah meningkatkan reputasi dan kuasa Jawatankuasa
tersebut dengan ketara di kalangan masyarakat antarabangsa dan juga telah membawa kepada perluasan
kecekapannya.
Seawal tahun 1934, suatu rangka cadangan untuk konvensyen tambahan bagi perlindungan penduduk awam
ketika konflik bersenjata telah diterima pakai oleh Persidangan Antarabangsa Palang Merah. Malangnya,
kebanyakan kerajaan tidak berminat untuk melaksanakan konvensyen ini, dan justeru itu ianya dihalang
daripada mula berkuatkuasa sebelum permulaan Perang Dunia Kedua.

Perang Dunia II
Asas undang-undang bagi kerja ICRC semasa Perang Dunia II merupakan Konvensyen Geneva semakan
1929. Aktiviti-aktiviti Jawatankuasa adalah serupa seperti semasa Perang Dunia I dan menjelang akhir
peperangan, 179 orang perwakilan telah menjalankan 12,750 lawatan ke kem-kem tawanan perang di 41 buah
negara. Agensi Maklumat Pusat Tawanan-tawanan Perang mempunyai kakitangan seramai 3,000 orang, kad
indeks yang mengesan tawanan-tawanan mengandungi sebanyak 45 juta kad, dan 120 juta perutusan telah
diserahkan oleh Agensi tersebut. Satu halangan utama adalah bahawa Palang Merah Jerman yang dikawal Nazi
enggan bekerjasama dengan ketetapan-ketetapan Geneva termasuk pelanggaran terang-terangan seperti
deportasi orang-orang Yahudi dari Jerman dan pembunuhan beramai-ramai yang dijalankan di kem-kem
konsentrasi yang dikendalikan oleh kerajaan Jerman. Tambahan pula, dua lagi pihak utama kepada konflik
tersebut, iaitu Kesatuan Soviet dan Jepun, bukan negara yang menandatangani Konvensyen Geneva 1929 dan
tidak diwajibkan di sisi undang-undang untuk mematuhi peraturan-peraturan konvensyen.
Semasa peperangan, ICRC gagal mencapai perjanjian dengan Jerman Nazi mengenai layanan terhadap tahanantahanan di kem-kem konsentrasi, dan ia akhirnya berhenti mengenakan tekanan demi untuk mengelakkan
gangguan kepada kerjanya dengan tawanan perang. ICRC juga gagal bertindakbalas terhadap maklumat yang
dapat dipercayai mengenai kem-kem penghapusan serta pembunuhan orang Yahudi Eropah secara beramairamai. Ini masih dianggap sebagai kegagalan terbesar dalam sejarah ICRC. Selepas November 1943, ICRC
telah diberi kebenaran untuk menghantar bungkusan-bungkusan kepada tahanan-tahanan di kem konsentrasi
yang mempunyai nama dan lokasi yang dapat dikenalpasti.
Satu lagi contoh semangat kemanusiaan yang unggul adalah Friedrich Born (1903-1963), seorang perwakilan
ICRC di Budapest yang telah menyelamatkan nyawa kira-kira 11,000 hingga 15,000 orang Yahudi di Hungary.
Marcel Junod (1904-1961), seorang doktor dari Geneva, merupakan seorang lagi perwakilan yang terkenal
semasa Perang Dunia Kedua. Cerita pengalamannya, yang termasuk menjadi salah seorang daripada orang
asing pertama melawat Hiroshima selepas bom atom digugurkan, boleh dibaca dalam buku Warrior without
Weapons (Pahlawan tanpa Senjata).
Pada tahun 1944, ICRC menerima Hadiah Nobel Keamanannya yang kedua. Sama seperti masa Perang Dunia
I, ia menerima satu-satunya Hadiah Keamanan yang dianugerahkan semasa tempoh utama peperangan, iaitu
1939 hingga 1945. Pada akhir peperangan, ICRC bekerjasama dengan persatuan-persatuan kebangsaan
Palang Merah untuk menguruskan bantuan pertolongan kepada negara-negara yang paling terjejas.

Selepas Perang Dunia Kedua


Sebagai tindak balas kepada pengalaman daripada Perang Dunia II, Konvensyen Geneva Keempat, iaitu
Konvensyen baru relative to the Protection of Civilian Persons in Time of War (berhubung dengan
Perlindungan Orang-orang Awam dalam Masa Peperangan), telah ditetapkan. Tambahan lagi, protokolprotokol tambahan bertarikh Jun 8, 1977 bertujuan untuk memastikan bahawa konvensyen-konvensyen boleh
dipakai untuk konflik-konflik dalaman seperti perang saudara. Hari ini, empat konvensyen bersama-sama
dengan protokol-protokol tambahannya mengandungi lebih daripada 600 perkara, suatu perkembangan yang
menakjubkan berbanding dengan hanya 10 perkara dalam konvensyen pertama tahun 1864.
Bagi meraikan ulang tahunnya yang keseratus pada tahun 1963, ICRC, bersama-sama dengan Persekutuan
Antarabangsa Persatuan-persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah, menerima Hadiah Nobel
Keamanannya yang ketiga. Sejak tahun 1993, individu-individu yang bukan warganegara Switzerland
dibenarkan berkhidmat sebagai perwakilan Jawatankuasa di luar negara, suatu tugas yang sebelumnya dihadkan
kepada warganegara-warganegara Switzerland sahaja. Sesungguhnya, sejak itu, peratusan kakitangan yang
bukan warganegara Switzerland telah meningkat kepada lebih kurang 35%.

Pada tarikh Oktober 16, 1990, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memutuskan untuk memberi status
pemerhati kepada ICRC bagi sesi-sesi perhimpunannya serta mesyuarat-mesyuarat jawatankuasa kecilnya,
yang merupakan status pemerhati yang pertama yang diberikan kepada pertubuhan swasta.
ICRC meneruskan kegiatan-kegiatannya di sepanjang dekad 1990-an. Ia telah memecahkan kesenyapan
medianya yang lazim apabila ia mengecam pembunuhan etnik di Rwanda pada tahun 1994. Ia berhempas pulas
untuk menghalang jenayah-jenayah yang berlaku di dalam dan di sekitar Srebrenica pada tahun 1995 tetapi
mengakui: Kami perlu mengiktiraf bahawa walaupun kami telah berusaha untuk menolong beribu-ribu orang
awam yang telah diusir secara paksa dari bandar dan walaupun rakan-rakan sekerja kami di tempat kejadian
amat berdedikasi, keberkesanan ICRC ke atas berlakunya tragedi tersebut amat terbatas sekali. [7] Ia telah
sekali lagi pada tahun 2007 mengumumkan pendiriannya, kali ini untuk mengutuk pencabulan hak asasi manusia
yang dahsyat oleh kerajaan tentera Burma termasuk buruh paksa, kebuluran dan pembunuhan lelaki,
perempuan dan kanak-kanak. [8]

Kematian
Pada akhir Perang Dingin, kerja ICRC telah menjadi semakin merbahaya. Semasa dekad ke-1990-an, lebih
ramai orang perwakilan telah kehilangan nyawa mereka daripada mana-mana detik dalam sejarah, terutamanya
semasa bekerja dalam konflik bersenjata tempatan dan dalaman. Kejadian-kejadian ini sering menunjukkan
sikap kurang hormat terhadap peraturan-peraturan Konvensyen Geneva serta lambang-lambang
perlindungannya.

Holokus
Dengan mengambil bahagian dalam upacara 1995 untuk memperingati pembebasan kem konsentrasi Auschwitz,
Presiden ICRC, Cornelio Sommaruga, berusaha untuk menunjukkan bahawa pertubuhan ini penuh insaf tentang
betapa seriusnya Holokus serta betapa pentingnya untuk megekalkan kenangannya, demi untuk mengelakkan
keulangan peristiwa tersebut. Beliau memberi penghormatan kepada mereka yang telah menderita ataupun
mengorbankan nyawa mereka semasa perang dan mengisytiharkan rasa kesal bagi kesilapan-kesilapan yang lalu
serta kekurangan-kekurangan Palang Merah berkaitan dengan mangsa-mangsa kem konsentrasi. [9]
Dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan pada 27 Januari 2005, iaitu ulang tahun ke-60 pembebasan
Auschwitz, ICRC telah menyatakan:
Auschwitz juga melambangkan kegagalan terbesar dalam sejarah ICRC, diburukkan lagi kerana ICRC
tidak cukup tegas dalam mengambil langkah untuk membantu mangsa-mangsa penganiayaan Nazi.
Kegagalan ini akan sentiasa kekal dalam ingatan ICRC, bersama-sama dengan tindakan-tindakan
berani perwakilan-perwakilan ICRC individu pada masa itu. [10]

Peperangan Iraq
Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah telah melaporkan pada tarikh Mac 17, 2008 bahawa tiada
pengurangan dalam krisis kemanusiaan di Iraq selepas permulaan peperangan tersebut dalam tahun 2003.
Walaupun terdapat peningkatan terhad dalam keselamatan di sesetengah kawasan, keganasan bersenjata masih
mempunyai kesan yang dahsyat. Orang-orang awam terus terkorban dalam persengketaan. [11]

Ciri-ciri

Cogan kata asal Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah adalah Inter Arma Caritas (Di Tengah-tengah
Peperangan, Perbuatan Amal). Ia telah mengekalkan cogan kata ini sementara pertubuhan-pertubuhan Palang
Merah lain telah menerima pakai cogan kata lain. Oleh kerana kedudukan Geneva di bahagian Switzerland yang
bertutur Perancis, ICRC juga dikenali dengan nama Perancisnya yang asal iaitu Comit international de la CroixRouge (CICR). Walaupun demikian, ICRC mempunyai empat bahasa rasmi (Bahasa Arab, Bahasa Inggeris,
Bahasa Perancis dan Bahasa Sepanyol). Lambang rasmi ICRC adalah Palang Merah di atas latar belakang
putih (bendera Switzerland yang tersongsang) dengan perkataan-perkataan "COMITE INTERNATIONAL
GENEVE" mengelilingi palang.

Misi
Kenyataan misi rasmi berkata Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) adalah pertubuhan saksama,
berkecuali, dan bebas dengan misi khusus kemanusiaan untuk menjaga nyawa dan maruah mangsa-mangsa
peperangan serta keganasan dalaman dan untuk menyediakan bantuan kepada mereka. Ia juga mengarah dan
menyelaras bantuan antarabangsa dan berusaha untuk mempromosikan dan mengukuhkan undang-undang
kemanusiaan serta prinsip-prinsip kemanusiaan sejagat. [12] Tugas-tugas asas Jawatankuasa tersebut, yang
diperolehi daripada Konvensyen Geneva dan statut-statutnya sendiri, ([1]
(http://www.icrc.org/Web/Eng/siteeng0.nsf/iwpList130/E1B071F72AF9BAB4C1256B66005C48D6))adalah
seperti berikut:
untuk memantau pematuhan pihak-pihak yang berperang dengan Konvensyen Geneva
untuk menguruskan rawatan dan penjagaan bagi mereka yang tercedera di medan perang
untuk menyelia layanan tawanan-tawanan perang dan membuat pengantaraan sulit dengan pihak-pihak
berkuasa penahan
untuk membantu usaha mencari orang yang hilang dalam konflik bersenjata (perkhidmatan mengesan)
untuk menguruskan perlindungan dan jagaan bagi penduduk-penduduk awam
untuk bertindak sebagai pengantara berkecuali di antara pihak-pihak yang berperang
ICRC telah merangka tujuh prinsip asas dalam tahun 1965 yang telah diterima pakai oleh keseluruhan
Pergerakan Palang Merah. [13] Mereka adalah kemanusiaan, kesaksamaan, keberkecualian, kebebasan,
kesukarelawan, perpaduan dan kesejagatan. [14]

Taraf Undang-undang
ICRC merupakan satu-satunya pertubuhan yang dinamakan secara tersurat di bawah Undang-undang
Kemanusiaan Antarabangsa (UUKA) sebagai pihak berkuasa pengawal. Mandat undang-undang ICRC
berpunca daripada empat Konvensyen Geneva tahun 1949, serta Statut-statutnya sendiri. ICRC juga
menjalankan tugas-tugas yang tidak dimandat secara khusus di bawah undang-undang, seperti melawat
tawanan-tawanan politik di luar konflik dan menyediakan bantuan semasa bencana alam.
ICRC adalah persatuan swasta yang didaftarkan di Switzerland yang telah menikmati keistimewaan khas dan
kekebalan undang-undang dengan pelbagai tahap di dalam wilayah Switzerland selama bertahun-tahun serta
yang digambarkan sebagai menyamai kedaulatan de facto. Pada tarikh Mac 19, 1993, dasar undang-undang
bagi layanan khas ini telah diwujudkan melalui perjanjian formal di antara kerajaan Switzerland dengan ICRC.
Perjanjian ini memelihara perlindungan penuh kesemua harta ICRC di Switzerland termasuk ibu pejabat dan
arkibnya, memberi ahli-ahli dan kakitangan kekebalan undang-undang, mengecualikan ICRC daripada semua
cukai dan yuran, menjamin pemindahan barang-barang, perkhidmatan dan wang secara terlindung dan bebas
cukai, memberi ICRC keistimewaan komunikasi yang selamat pada tahap yang sama dengan kedutaankedutaan asing, dan memudahkan perjalanan Jawatankuasa keluar masuk negara Switzerland.

Bertentangan dengan tanggapan ramai, ICRC bukan entiti berdaulat seperti Sovereign Military Order of Malta
(Arahan Tentera Berdaulat Malta), dan juga bukan pertubuhan antarabangsa, sama ada jenis bukan kerajaan
mahupun kerajaan. ICRC menghadkan keahliannya kepada warganegara Switzerland sahaja, dan juga tidak
seperti banyak pertubuhan bukan kerajaan, ia tidak mempunyai dasar keahlian terbuka dan tidak terhad bagi
individu-individu oleh kerana ahli-ahli barunya dipilih oleh Jawatankuasa sendiri. Walaupun demikian, sejak awal
dekad 1990-an, ICRC menggaji orang dari seluruh dunia untuk berkhidmat di medan pertugasannya dan di Ibu
Pejabatnya. Dalam tahun 2007, hampir separuh daripada kakitangan ICRC bukan warganegara Switzerland.
ICRC mempunyai keistimewaan khas dan kekebalan undang-undang di banyak negara, berdasarkan atas
undang-undang kebangsaan di negara-negara tersebut, berdasarkan atas perjanjian-perjanjian di antara ICRC
dengan kerajaan-kerajaan masing-masing, atau, dalam sesetengah kes, berdasarkan atas jurisprudens
antarabangsa (seperti hak perwakilan-perwakilan ICRC untuk tidak menjadi saksi di hadapan tribunal
antarabangsa).

Pembiayaan dan Hal-hal Kewangan


Belanjawan tahun 2010 ICRC berjumlah kira-kira 1156 juta Swiss franc. [15] Semua bayaran kepada ICRC
dibuat secara sukarela dan diterima sebagai derma berdasarkan dua jenis rayuan yang dikeluarkan oleh
Jawatankuasa tersebut: Rayuan Ibu Pejabat tahunan untuk meliputi kos-kos dalaman dan Rayuan Kecemasan
untuk misi-misi individu. Jumlah belanjawan bagi tahun 2009 terdiri daripada lebih kurang 996.9 juta Swiss
Franc (85% daripada jumlah keseluruhan) untuk kerja lapangan dan 168.6 juta Swiss France (15%) bagi koskos dalaman. Dalam tahun 2009, belanjawan bagi kerja lapangan telah meningkat sebanyak 6.9% dan
belanjawan dalaman sebanyak 4.4% berbanding dengan tahun 2008, disebabkan terutamanya oleh peningkatan
dalam jumlah dan skop misi-misi di Afrika yang melebihi purata.
Kebanyakan daripada pembiayaan ICRC datang daripada Switzerland and Amerika Syarikat, diikuti rapat oleh
negara-negara Eropah yang lain dan Kesatuan Eropah. Bersama dengan Australia, Kanada, Jepun dan New
Zealand, mereka menyumbang lebih kurang 80-85% daripada belanjawan ICRC. Kira-kira 3% datang
daripada hadiah peribadi, dan yang selebihnya datang daripada persatuan-persatuan kebangsaan Palang Merah.
[16]

Tanggungjawab di dalam Pergerakan


ICRC bertanggungjawab untuk mengiktirafkan persatuan bantuan di sisi undang-undang sebagai persatuan
kebangsaan rasmi Palang Merah atau Bulan Sabit Merah and justeru itu menerima masuk persatuan tersebut ke
dalam Pergerakan. Peraturan-peraturan tepat bagi pengiktirafan ditakrifkan dalam statut-statut Pergerakan.
Selepas pengiktirafan oleh ICRC, persatuan kebangsaan tersebut diterima masuk sebagai ahli Persekutuan
Antarabangsa Persatuan-persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah. ICRC dan Persekutuan tersebut
bekerjasama dengan persatuan-persatuan kebangsaan individu dalam misi-misi antarabangsanya, terutamanya
dari segi sumber-sumber manusia, bahan dan kewangan dan menyelenggarakan logistik di lokasi. Menurut
Perjanjian Seville 1997, ICRC adalah agensi peneraju Palang Merah di dalam konflik sementara organisasiorganisasi lain dalam Pergerakan menjadi peneraju di dalam situasi bukan konflik. Persatuan-persatuan
kebangsaan akan menjadi peneraju terutamanya apabila konflik berlaku di dalam negara sendiri.

Organisasi
ICRC mempunyai ibu pejabatnya di Geneva dan mempunyai pejabat-pejabat luar di dalam 80 buah negara.
Daripada 2,000 pekerja profesionalnya, kira-kira 800 orang bekerja di ibu pejabat di Geneva dan 1,200 orang
ekspatriat merupakan pekerja lapangan. Lebih kurang separuh daripada pekerja-pekerja lapangan berkhidmat
sebagai perwakilan yang menguruskan operasi-operasi ICRC di negara-negara berbeza sementara separuh lagi

merupakan pakar-pakar seperti doktor, ahli agronomi, jurutera atau jurubahasa. Di dalam delegasi-delegasi,
kakitangan antarabangsa dibantu oleh lebih kurang 13,000 pekerja kebangsaan, menjadikan jumlah kakitangan
di bawah kuasa ICRC seramai kira-kira 15,000. Delegasi-delegasi juga sering bekerja rapat dengan Persatuan
Kebangsaan Palang Merah di negara di mana mereka bertapak dan justeru itu dapat meminta bantuan daripada
sukarelawan-sukarelawan Palang Merah Kebangsaan untuk membantu dalam sesetengah operasi ICRC.

ICRC di Malaysia
Pejabat Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) di Kuala Lumpur menempatkan Delegasi Serantau
yang meliputi aktiviti-aktiviti di Malaysia, Singapura, Brunei Darussalam dan Jepun, serta Pusat Sumber
Serantau yang menyokong kerja Delegasi-delegasi ICRC di Asia Tenggara dan Asia Timur.
ICRC telah hadir di Malaysia semenjak awal dekad 1970-an, bekerjasama dengan pihak-pihak berkuasa
dalam melawat orang dalam tahanan serta mempromosikan dan menyebarkan Undang-undang Kemanusiaan
Antarabangsa (UUKA) selaras dengan mandatnya yang telah diberikan di bawah Konvensyen Geneva tahun
1949. Hari ini, ICRC telah menjalin hubungan kerja yang erat dengan beberapa Kementerian termasuk
Kementerian Luar Negeri Malaysia, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pertahanan Malaysia dan
Kementerian Dalam Negeri; Angkatan Tentera Malaysia dan Polis, Jabatan Peguam Negara, serta lain-lain
pihak berkepentingan.

Penglibatan dengan Angkatan Tentera Malaysia


Penjalinan hubungan yang kukuh dengan Angkatan Tentera Malaysia merupakan unsur penting dalam usaha
ICRC untuk bekerjasama dengan pembuat-pembuat keputusan dalam bidang ketenteraan di semua peringkat.
[17] ICRC membantu pihak Angkatan Tentera untuk memasukkan UUKA ke dalam pengajaran dan latihannya.
Hasil daripada sumbangan ICRC, dalam tahun 2007 sukatan pelajaran latihan Angkatan Tentera Laut telah mula
merangkumi mata pelajaran UUKA. ICRC terus menyokong pembangunan latihan UUKA di dalam Angkatan
Tentera Darat dan Tentera Udara.
Di atas jemputan Angkatan Tentera, ICRC kerap mengadakan taklimat bagi pegawai-pegawai kanan tentera di
Kolej Kakitangan Tentera, Pusat Peperangan Bersama (PESAMA), Pusat Pengaman di Port Dickson dan Unit
Perubatan Tentera di Kem Terendak [18], Melaka. ICRC dan Angkatan Tentera Malaysia bersama-sama
menganjurkan pelbagai seminar dan bengkel yang membabitkan tajuk-tajuk berkenaan dengan undang-undang
konflik bersenjata (UUKB). ICRC menaja pegawai-pegawai terpilih ke luar negara untuk menghadiri kursuskursus UUKB dan juga menyertai latihan-latihan tentera di Malaysia seperti EX Keris Strike.

Mengukuhkan kerjasama dengan agensi-agensi di bawah Kementerian Dalam


Negeri
ICRC telah meneruskan usaha untuk memupuk hubungan kerja dengan beberapa jabatan di bawah
Kementerian Dalam Negeri. Memandangkan kepakaran ICRC dalam isu-isu berkaitan dengan penahanan serta
pengalaman lamanya dalam membantu pihak-pihak berkuasa untuk memenuhi keperluan kemanusiaan bagi
orang yang dinafikan kebebasan, ICRC sedang bekerjasama dengan Jabatan Imigresen berkenaan isu
pendatang-pendatang haram dalam tahanan.
Satu projek kerjasama yang baru muncul adalah dengan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, di mana
sukarelawan-sukarelawannya merupakan antara orang yang pertama bertindak balas jikalau terdapat kematian
secara beramai-ramai berikutan daripada bencana alam. Bersama dengan Jabatan tersebut, ICRC sedang
menghasilkan modul latihan mengenai pengurusan mayat manusia jika terdapat kematian secara beramai-ramai
demi membenarkan keluarga-keluarga mangsa untuk dimaklumkan tentang nasib orang yang tersayang.

ICRC turut menemui pegawai-pegawai tertinggi Polis Diraja Malaysia bagi membincangkan peluang-peluang
untuk kerjasama dalam masa hadapan, termasuk menganjurkan bengkel-bengkel penguatkuasaan undangundang bagi pegawai-pegawai kanan polis berkenaan dengan Piawai-piawai Kepolisan Antarabangsa dan hak
asasi manusia. Baru-baru ini, ICRC telah menganjurkan sesi taklimat untuk lebih daripada 200 pegawai
Malaysia yang sedang menunggu untuk dihantar ke misi Pengaman Malaysia PBB ke Timor Timur, Sudan dan
Lubnan. Sesi-sesi taklimat mengenai peranan, mandat dan aktiviti-aktiviti ICRC telah diadakan dengan
pegawai-pegawai kanan polis di Ibu Pejabat PDRM di Bukit Aman, Kuala Lumpur, Kolej Polis di Cheras dan
Pusat Latihan Polis di Ulu Kinta.

Mempromosikan Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa


ICRC mempromosikan pemeteraian dan kesertaan ke dalam triti Undang-Undang Kemanusiaan Antarabangsa
(UUKA) serta memberi nasihat kepada Negara-negara mengenai langkah-langkah perundangan dan
pentadbiran untuk melaksanakan triti tersebut. Bagi tujuan ini, ICRC mengendalikan pelbagai latihan, bengkel
dan acara untuk mempertingkatkan tahap kesedaran UUKA di kalangan agensi-agensi kerajaan dan institusiinstitusi pendidikan utama. [19] Ia telah menghasilkan pangkalan data perundangan dan undang-undang model
yang telah diterima-pakai oleh Negera-negara, termasuk Malaysia (contohnya Akta Konvensyen Geneva 1962,
Akta Pelaksanaan Konvensyen Periuk Api Pembinasa Anggota 2000, Akta Konvensyen Senjata Kimia 2006).
ICRC menyokong kerja Jawatankuasa Kebangsaan UUKA dan sehingga kini, 93 Jawatankuasa Kebangsaan
seumpana ini wujud di serata dunia. Dalam tahun 2007, Jawatankuasa Undang-undang Kemanusiaan
Antarabangsa Malaysia (JUKAM) telah ditubuhkan. JUKAM dipengerusikan oleh Menteri Luar Negeri. Hari
ini, Jabatan Penyelidikan, Triti dan Perundangan Antarabangsa, di bawah Kementerian Luar Negeri, bertindak
sebagai sekretariat JUKAM. ICRC terus berusaha untuk mempromosikan UUKA di Malaysia menerusi
JUKAM dan agensi-agensi kerajaan individu serta Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia. [20]

Bekerjasama dengan Universiti-universiti


Sejak tahun 2004, ICRC telah menganjurkan pelbagai seminar, ceramah, simposium, serta pertandingan
perdebatan dan mahkamah moot bersama-sama dengan institusi-institusi seperti Universiti Malaya, Universiti
Kebangsaan Malaysia, Universiti Sains Malaysia, [[Universiti Islam Antarabangsa Malaysia], Universiti Utara
Malaysia dan Universiti Teknologi MARA. ICRC turut menyokong usaha-usaha pihak-pihak berkuasa universiti
untuk merangka sukatan pelajaran model mengenai UUKA untuk dimasukkan ke dalam kursus-kursus
akademik berkaitan dengan undang-undang, sains politik dan hak asasi manusia.

Membolehkan keluarga-keluarga untuk terus berhubung dengan orang yang


tersayang
Selaku sebahagian daripada rangkaian pertalian keluarga Pergerakan Antarabangsa Palang Merah dan Bulan
Sabit Merah, ICRC dengan kerjasama Bulan Sabit Malaysia menyediakan perkhidmatan pengesanan dan
perkhidmatan-perkhidmatan lain kepada keluarga-keluarga yang perlu menghubungi orang yang tersayang
mereka setelah dipisahkan akibat daripada situasi konflik, bencana atau kejadian-kejadian lain. [21]
ICRC bekerjasama dengan penuh ketelusan dengan pihak-pihak berkuasa berkenaan untuk memastikan
bahawa orang dalam tahanan di luar negara (termasuk Guantanamo Bay) dapat berutus dengan keluargakeluarga mereka melalui pertukaran Perutusan Palang Merah.

Perkongsian dengan Kementerian Pendidikan

Sejak tahun 2002, ICRC telah bekerja rapat dengan Kementerian Pendidikan untuk mempromosikan
persepaduan program pelajaran Penerokaan Undang-undang Kemanusiaan (PUUK)[22] di sekolah-sekolah. Ini
telah tercapai dalam tahun 2007 apabila bahagian-bahagian berkaitan dalam modul PUUK telah disepadukan
ke dalam sukatan pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, yang sedang diajar di seluruh negara
kepada pelajar-pelajar berusia 15 tahun. Dianggap sebagai paling maju di
Asia, kerjasama di antara Kementerian Pendidikan dengan ICRC sering
disebut sebagai kajian kes amalan terbaik untuk menunjukkan bagaimana
untuk bersama-sama menghasilkan program PUUK.
Dalam tahun 2009, ICRC telah menyerahkan program tersebut kepada
Kementerian Pendidikan dan Bulan Sabit Malaysia, yang merupakan rakan
kongsi kebangsaan ICRC dalam Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit
Merah. Kini, ICRC kekal sebahagian daripada proses perundingan dan
latihan demi menyokong pembangunan program PUUK dengan lebih lanjut
lagi.

Perutusan Palang Merah dari


d, Poland, 1940.

Rujukan
1. "ICRC Financing and budget"
(http://www.icrc.org/web/eng/siteeng0.nsf/htmlall/section_finances_and_budget).
2. "ICRC The ICRC and its human resources" (http://www.icrc.org/Web/Eng/siteeng0.nsf/htmlall/jobs).
3. "Discover the ICRC" (http://www.icrc.org/Web/eng/siteeng0.nsf/html/p0790). 2007. Diperoleh pada
2009-05-12. p.6.
4. http://www.redcross.int/
5. http://www.ifrc.org/who/movement.asp?navid=03_08
6. "Nobel Laureates Facts Organizations" (http://nobelprize.org/nobel_prizes/lists/organizations.html). Nobel
Foundation. Diperoleh pada 2009-10-13.
7. Mgevand-Roggo, Batrice. Srebrenica remembering the missing
(http://www.icrc.org/Web/Eng/siteeng0.nsf/html/srebrenica-editorial-050705)
8. "Red Cross Condemns Burman 'Abuses'" BBC News. 29 Jun 2007. http://news.bbc.co.uk/2/hi/asiapacific/6252024.stm
9. "ICRC in WW II: the Holocaust"
(http://www.icrc.org/web/eng/siteeng0.nsf/iwpList74/359CC4EF8A1E5C72C1256B66005B2171). Diperoleh
pada 2007-10-19..
10. ICRC: Official Statement (2005-01-27). "Commemorating the liberation of Auschwitz"
(http://www.icrc.org/web/eng/siteeng0.nsf/html/68zeb2?opendocument). Diperoleh pada 2007-10-19..
11. "Reports: 'Disastrous' Iraqi humanitarian crisis"
(http://edition.cnn.com/2008/WORLD/meast/03/17/iraq.humanitarian/index.html). CNN. 2008-03-17. Diperoleh
pada 2008-03-17..
12. ICRC. The Mission.
(http://www.icrc.org/HOME.NSF/060a34982cae624ec12566fe00326312/125ffe2d4c7f68acc1256ae300394f6e?
OpenDocument). 7 May 2006.
13. David P Forsythe, The Humanitarians: The International Committee of the Red Cross, (Cambridge,
NY:Cambridge University Press, 2005), 161.
14. ICRC. 1 Jan 1995. The Fundamental Principles (http://www.icrc.org/web/eng/siteeng0.nsf/htmlall/57jmft?
opendocument).
15. ICRC. 1 Dec 2009 Key Data for ICRC Emergency and Headquarters Appeals 2010
(http://www.icrc.org/Web/Eng/siteeng0.nsf/html/appeals-keydata-011209).
16. Forsythe, The Humanitarians, 233.
17. http://www.kdsriklang.org/index.php?option=com_k2&view=item&id=104:undang-undang-kemanusiaanantarabangsa-uuka
18. http://www.mrsmkm.edu.my/terendak/
19. http://web6.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=597545
20. www.redcrescent.org.my/
21. http://www.icrc.org/eng/resources/documents/faq/rfl-faq-2011-03-09.htm

21. http://www.icrc.org/eng/resources/documents/faq/rfl-faq-2011-03-09.htm
22. http://www.ehl.icrc.org/index.php?Itemid=499&id=273&option=com_content&task=view

Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/w/index.php?


title=Jawatankuasa_Antarabangsa_Palang_Merah&oldid=3484034"
Kategori: Rencana dengan pautan luar mati dari October 2010 Palang Merah
Pemerhati Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu Penerima Hadiah Keamanan Nobel
Pertubuhan antarabangsa Pertubuhan berpangkalan di Switzerland Pertubuhan diasaskan pada 1860-an
Laman ini diubah buat kali terakhir pada 09:11, 10 September 2014.
Teks disediakan dengan Lesen Creative Commons Pengiktirafan/Perkongsian Serupa; terma-terma
tambahan mungkin terpakai. Lihat Terma-Terma Penggunaan untuk butiran lanjut.

You might also like