You are on page 1of 25

UNDANG-UNDANG KONTRAK

P2114 / UNIT

2/1

UNIT
UNIT 22

OBJEKTIF
OBJEKTIF AM
Untuk memberi pengetahuan kepada pelajar
mengenai

undang-undang

kontrak

yang

merupakan sebahagian daripada undangundang perdagangan.

OBJEKTIF KHUSUS
Diakhir unit ini pelajar semestinya boleh :
a.Menerangkan penubuhan kontrak dan
menyenaraikan elemen-elemen kontrak.
b.Menjelaskan elemen-elemen kontrak.
POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

UNDANG-UNDANG KONTRAK

P2114 / UNIT

2/2

c. Membezakan terma-terma kontrak.

2.0 PENGENALAN
Undang undang kontrak di Malaysia ditadbirkan oleh Akta Kontrak 1950 (AK
1950). AK 1950 mengandungi peruntukan mengenai pembentukan kontrak,
pelaksanaannya dan peruntukan berkaitan dengan agensi, walau bagaimanapun ia
tidak merangkumi segala aspek undang-undang kontrak. Oleh yang demikian
rujukan kepada undang-undang Inggeris dibenarkan apabila wujud kekurangan di
dalam AK 1950 melalui peruntukan Seksyen 3 dan 5 Akta Undang-undang Sivil
1956.
2.1 DEFINISI DAN PEMBENTUKAN KONTRAK
Definisi Kontrak
Merujuk kepada seksyen 2(h) AK 1950 maksud kontrak ialah perjanjian yang boleh
dikuatkuasakan oleh undang-undang. Ia adalah perjanjian yang akan mengikat
pihak-pihak yang berkontrak. Jika ada pihak yang tidak menepati perjanjian ini,
maka pihak lain boleh dan berhak mengambil tindakan undang-undang.

Contoh 2.1 :
Seta menjual kasut kepada Haiza dengan harga RM500. Seta bersetuju
untuk membeli dan membayar jumlah tersebut . Oleh itu wujud kontrak
antara Seta dan Haiza.
POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

UNDANG-UNDANG KONTRAK

P2114 / UNIT

2/3

Bukan semua perjanjian merupakan kontrak, tetapi semua kontrak adalah


perjanjian. Perjanjian akan menjadi kontrak sekiranya ia memenuhi elemen-elemen
kontrak yang ditetapkan. Jika di dalam mana-mana perjanjian terdapat sesuatu yang
tidak mematuhi atau bertentangan dengan mana-mana elemen tersebut, perjanjian
itu bukanlah kontrak dan tidak boleh dikuatkuasakan.
Pembentukan Kontrak
Sesuatu kontrak terbentuk samada secara mudah atau kompleks. Pembentukan
kontrak mudah tidak melibatkan formaliti tertentu. Contoh kontrak mudah ialah
kontrak yang dibuat secara lisan atau tersirat daripada perlakuan pihak-pihak yang
berkontrak.
Bentuk kontrak yang bersifat kompleks pula ialah kontrak yang dibuat dengan teliti
dan secara bertulis. Contoh yang jelas ialah kontrak jual beli rumah yang dimasuki
oleh pembeli dan pemaju perumahan di mana dokumen-dokumen tertentu
diperlukan.

Apa yang
dimaksudkan oleh
tersirat daripada
perlakuan pihak??
yang berkontrak?
Boleh berikan
contoh.

Contoh perlakuan di sini


ialah seperti mengganguk,
maknanya bersetuju. Atau
pun perjanjian jual beli
yang di buat memerlukan
pembeli membayar deposit
RM 200. Jika pembeli
membayar RM200,
perlakuan pembeli itu
menandakan pembeli
bersetuju dengan kontrak
itu.

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

UNDANG-UNDANG KONTRAK

P2114 / UNIT

2/4

AKTIVITI
AKTIVITI2a
2a

1. Tandakan / bagi jawapan yang berkaitan dengan AK 1950.


Mentadbir undang-undang kontrak
Guna pakai di Semenanjung Malaysia sahaja
Berpandukan sistem Common Law
2. Jelaskan bagaimanakah kontrak terbentuk.
3. Huraikan apakah yang dimaksudkan oleh Seksyen 10(1) AK 1950.
4. Bezakan antara perjanjian dan kontrak.
5. Ruja berjanji akan membayar RM7,000 kepada Suja sekiranya Suja pergi
memukul Buja, musuh Ruja. Suja bersetuju. Adakah wujud kontrak antara
Ruja dan Suja.

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

UNDANG-UNDANG KONTRAK

P2114 / UNIT

2/5

MAKLUM
MAKLUMBALAS
BALAS2a
2a

1. / melaksanakan undang-undang kontrak


/ berpandukan sistem Common Law
2. Kontrak terbentuk apabila kesemua syarat atau elemen kontrak dipenuhi.
3. Seksyen ini memperuntukkan bahawa sesuatu perjanjian itu ialah kontrak yang
boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang jika dibuat oleh pihak yang layak
berkontrak, tiada paksaan, ada balasan dan mempunyai tujuan yang sah disisi
undang-undang.
4. Perjanjian
Bukan semua perjanjian adalah kontrak. Perjanjian menjadi kontrak apabila
memenuhi elemen-elemen kontrak.
Kontrak
Semua kontrak adalah perjanjian. Ia meliputi semua elemen penting kontrak.
Kontrak yang sah boleh dikuatkuasakan di mahkamah sekiranya berlaku
perlanggaran kontrak oleh pihak yang berkontrak.
5. Kontrak tidak wujud kerana tujuan kontrak adalah salah disisi undang-undang.

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

P2114 / UNIT

UNDANG-UNDANG KONTRAK

2/6

2.2 ELEMEN-ELEMEN KONTRAK


Bagi memastikan sesuatu hubungan adalah kontrak, maka elemen-elemen seperti
yang dinyatakan dalam Rajah 2.1 di bawah perlu wujud :
TAWARAN

PENERIMAAN

ELEMENELEMEN
KONTRAK

BALASAN

KETENTUAN

NIAT

KEUPAYAAN

Rajah 2.1 : Elemen-elemen kontrak


2.2.1

TAWARAN
Definisi
Mengikut seksyen 2(a) AK1950 tawaran bolehlah didefinisikan sebagai
apabila seseorang menyatakan kesediaannya kepada seseorang yang lain untuk
melakukan sesuatu atau menahan diri dari melakukan sesuatu, dengan maksud
untuk memperolehi persetujuan orang itu untuk berbuat sesuatu atau menahan diri
dari berbuat sesuatu.

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

P2114 / UNIT

UNDANG-UNDANG KONTRAK

2/7

Tawaran boleh disimpulkan sebagai kesediaan pembuat tawaran untuk menjalin


satu kontrak yang mengikat apabila tawaran itu dipersetujui oleh pihak penerima
tawaran.
Kepada siapa tawaran boleh ditujukan
Bagi menjelaskan lagi sesuatu tawaran boleh ditujukan kepada siapa, sila rujuk
Rajah 2.2.

TAWARAN

INDIVIDU

Tawaran kepada individu


tertentu atau khusus.
Hanya individu tersebut
yang boleh membuat
penerimaan.

UMUM

Tawaran kepada umum atau


khalayak ramai.
Hanya sesiapa yang
mengetahui berkenaan
tawaran tersebut boleh
membuat penerimaan
dengan memenuhi syarat
tawaran.

Rajah 2.2 : Tawaran boleh ditujukan kepada individu atau umum


Contoh Kes : CARLILL LWN CARBOLIC SMOKE BALL CO. LTD.(1892)
Mahkamah memutuskan bahawa sesuatu tawaran boleh ditujukan kepada umum.
Walau bagaimanapun hanya sesiapa yang tampil melaksanakan syarat tawaran
tersebut dianggap sebagai penerima.

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

P2114 / UNIT

UNDANG-UNDANG KONTRAK

2/8

Perbezaan di antara tawaran dan pelawaan tawaran


Tawaran adalah berbeza daripada pelawaan tawaran. Pelawaan tawaran adalah satu
keadaan di mana seseorang itu hanya ingin melakukan perundingan tetapi tiada niat
untuk terikat dengan syarat-syarat dalam perundingan berkenaan. Satu pihak
menawar kepada pihak yang satu lagi untuk membuat tawaran dan seterusnya
tertakluk kepadanya samada untuk menerima atau menolak tawaran tersebut.

Apakah contoh
pelawaan
tawaran ???

3 contohnya ialah ;
pelelong mempelawa orang
ramai membuat tawaran.
Peragaan barang di kedai
layan diri. Pekedai
mempelawa orang ramai
membuat tawaran
pembelian.
Pengiklan mempelawa
orang ramai membuat
tawaran.

Contoh Kes : HARRIS LWN NICKERSON (1873)


PHARMACEUTICAL SOCIETY OF LTD LWN BOOTS
CASH CHEMIST LTD (1953)
PARTRIDGE LWN CRITTENDAN (1968)

Komunikasi tawaran
Tawaran mestilah dikomunikasi kepada penerima tawaran. Tanpa komunikasi yang
lengkap, tawaran tidak akan berkesan. Seksyen 4(1) AK1950 menyatakan bahawa
komunikasi tawaran adalah lengkap apabila tawaran itu sampai kepada pengetahuan
pihak kepada siapa cadangan itu dibuat. Prinsip ini menekankan bahawa seseorang
tidak boleh menerima sesuatu tawaran sekiranya beliau tidak mengetahui tentang
tawaran tersebut.

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

P2114 / UNIT

UNDANG-UNDANG KONTRAK

2/9

Pembatalan tawaran
Pembatalan tawaran boleh dilakukan pada bila-bila masa sebelum komunikasi
penerimaannya menjadi lengkap terhadap pencadang.
Contoh 2.2:
Jika Ali membuat tawaran kepada Abu untuk menjual keretanya, Ali
boleh membatalkan tawaran tersebut bila-bila masa sebelum Abu
membuat penerimaan atau bersetuju membeli kereta tersebut.

Ini dinyatakan di dalam seksyen 5(1)AK1950 iaitu sesuatu cadangan boleh


dibatalkan pada bila-bila masa sebelum komunikasi penerimaannya adalah lengkap
terhadap pencadang tetapi tidak selepasnya.
Merujuk kepada Seksyen 6 AK 1950 sesuatu tawaran akan terbatal apabila berlaku
keadaan-keadaan seperti di bawah
i.

Notis pembatalan oleh pihak pencadang


Contoh Kes : BYRNE & CO LWN LEON VAN TIENHOVEN &
CO (1880).

ii.

Luput tempoh yang telah ditetapkan untuk membuat penerimaan


atau luput waktu yang munasabah jika tidak dinyatakan tempoh.
Contoh Kes : RAMSGATE VICTORIA HOTEL CO. LTD VS
MONTEFIORE(1866)

iii.

Penerima tawaran telah menolak tawaran tersebut atau melanggar


syarat terdahulu iaitu kehendak seperti yang telah ditetapkan apabila
ingin membuat penerimaan. Pelanggaran syarat ini boleh berlaku
apabila wujud tawaran balas.
Contoh kes : HYDE LWN WRENCH (1840)

iv.

Apabila pencadang mati atau sakit dan fakta ini diketahui oleh
penerima sebelum membuat penerimaan.

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

UNDANG-UNDANG KONTRAK

P2114 / UNIT

2 / 10

2.2.2

PENERIMAAN
Definisi
Penerimaan mengikut seksyen 2(d) AK 1950 ialah apabila orang kepada siapa
tawaran itu dibuat menyatakan persetujuan dengan cadangan itu maka bolehlah
dikatakan bahawa tawaran itu diterima. Suatu cadangan bila diterima akan menjadi
janji
Penerimaan bolehlah disimpulkan sebagai persetujuan penerima kepada syaratsyarat yang terkandung di dalam kontrak
Cara penerimaan
Penerimaan hendaklah jelas, mutlak dan tidak bersyarat. Ini boleh dirujuk di dalam
seksyen 7(a)AK1950 untuk menjadikan sesuatu cadangan itu sebagai janji, maka
penerimaan mestilah mutlak dan tidak bersyarat.
Contoh Kes: HYDE VS WRENCH (1840)
Penerimaan hendaklah dibuat secara biasa dan munasabah, melainkan jika tawaran
itu menetapkan cara penerimaannya. Sekiranya penerima tidak mematuhi cara yang
ditetapkan, maka perjanjian tidak akan wujud. Ini boleh dirujuk di dalam seksyen
7(b)AK1950 yang menyatakan bahawa untuk menjadikan sesuatu tawaran itu janji,
maka penerimaan itu mestilah dinyatakan secara biasa atau munasabah, melainkan
jika tawaran itu menetapkan cara penerimaan.
Komunikasi penerimaan
Untuk menjadikan perjanjian sah, maka penerimaan mestilah dikomunikasikan.
Komunikasi penerimaan bermaksud penerima tawaran mestilah membuat sesuatu
perbuatan penerimaan yang positif dan sekiranya penerima hanya mendiamkan diri
maka tidak wujud penerimaan. Ini berlaku kerana komunikasi penerimaan dianggap
lengkap apabila ianya sampai kepada pengetahuan pihak pencadang.

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

P2114 / UNIT

UNDANG-UNDANG KONTRAK

2 / 11

Walau bagaimanapun terdapat pengecualian kepada fakta seperti yang diterangkan


di atas di mana penerimaan tidak perlu dikomunikasikan kepada pembuat tawaran
dalam keadaan di mana tawaran adalah ditujukan kepada umum, penerimaan yang
dibuat tidak perlu dikomunikasikan dan sudah mencukupi sekiranya penerima
menunaikan syarat yang telah ditetapkan dalam tawaran. Ini dinyatakan di dalam
seksyen 8 AK 1950.
Penerimaan melalui pos
Kaedah am menyatakan bahawa penerimaan hanya sah apabila dikomunikasikan
kepada pembuat tawaran. Walau bagaimanapun pengecualian diberi kepada
penerimaan yang dibuat secara pos. Seksyen 4(2)(a) AK 1950 menyatakan bahawa
komunikasi adalah lengkap terhadap pencadang, apabila komunikasi penerimaan itu
telah dimasukkan ke dalam perjalanan pengiriman kepadanya, di mana ianya berada
diluar kuasa penerima. Ini bermakna penerimaan telah lengkap kepada pembuat
tawaran walaupun penerimaan belum sampai kepadanya.
Contoh kes: IGNATIUS LWN BELL (1913)
Mahkamah memutuskan bahawa apabila surat atau telegram penerimaan telah
dihantar oleh penerima maka pembuat tawaran akan terikat oleh penerimaan
tersebut walaupun surat atau telegram itu terlewat tiba atau hilang dalam perjalanan.
Tempoh Penerimaan
Penerimaan

hendaklah dibuat dalam tempoh

yang

munasabah.

Seksyen

6(b)AK1950, menyatakan bahawa sesuatu tawaran akan luput jika penerimaan tidak
dikomunikasikan dalam masa yang munasabah atau dalam tempoh yang ditetapkan
dalam tawaran.
Contoh Kes: RAMSGATE VICTORIA HOTEL CO. LTD LWN MONTEFIORE
(1971)

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

UNDANG-UNDANG KONTRAK

P2114 / UNIT

2 / 12

Pembatalan Penerimaan
Penerimaan boleh dibatalkan pada bila-bila masa sebelum penerimaan itu sampai
kepada pengetahuan pembuat tawaran. Seksyen 5(2)AK1950 menyatakan sesuatu
penerimaan boleh dibatalkan pada bila-bila masa sebelum penerimaannya lengkap
terhadap penerima dan tidak selepasnya.
Bagi penerimaan secara pos, penerimaan boleh dibatalkan selagi surat penerimaan
tersebut belum sampai kepada pengetahuan pihak pembuat tawaran.
Banyaknya elemen kontrak, 6
semuanya, kontrak boleh wujud
tak kalau hanya elemen tawaran
dan penerimaan saja dipenuhi?

2.2.3

Kontrak tidak boleh wujud jika hanya


elemen tawaran dan penerimaan yang
dipenuhi. Ingat. Kesemua elemen
kontrak mestilah dipenuhi secara
serentak dan bukanya alternatif.

BALASAN
Sesuatu kontrak memerlukan balasan. Balasan ialah sesuatu yang mempunyai nilai
di sisi undang-undang dan menjadi asas kepada persetujuan yang dicapai. Balasan
telah ditakrifkan di dalam seksyen 2(d) AK1950 seperti berikut menurut kehendak
pembuat janji, apabila penerima janji atau siapa saja yang telah membuat atau
menahan diri dari membuat sesuatu, atau membuat atau menahan diri dari membuat
sesuatu, maka perbuatan atau penahanan diri atau janji itu adalah disebut balasan
untuk janji itu.

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

UNDANG-UNDANG KONTRAK

P2114 / UNIT

2 / 13

Contoh 2.3:
Rafi membeli sepasang kasut dengan harga RM50 daripada Rafa, maka
balasan Rafa kepada Rafi adalah sepasang kasut dan balasan Rafi kepada
Rafa adalah wang berjumlah RM50.

Jenis Balasan
a. Balasan Belum Dilaksanakan (eksekutori)
Merupakan balasan atau janji yang belum dilaksanakan tetapi akan
dilaksanakan.
Contoh 2.4 :
Ali beli kereta dngan harga RM30,000 dan berjaji akan bayar harga
tambahan sebanyak RM500 sekiranya kereta tersebut dihantar kerumah
beliau.

b. Balasan Dilaksanakan (executed)


Merupakan janji yang perlu dilaksanakan terlebih dahulu sebelum janji yang
yang satu lagi. Janji ini selalunya diberikan untuk membalas sesuatu perbuatan.
Contoh 2.5 :
Ali menawarkan RM500 kepada sesiapa yang menjumpai motosikalnya
yang hilang.

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

UNDANG-UNDANG KONTRAK

P2114 / UNIT

2 / 14

c. Balasan Lampau
Merupakan janji yang dibuat bagi membalas perbuatan yang telahpun
dilakukan.
Contoh 2.6 :
Ali telah menyelamatkan Abu daripada lemas. Setelah selamat Abu telah
berjanji untuk memberi RM200 kepada Ali. Sekiranya Abu tidak memberi
saguhati berkenaan, maka beliau boleh didakwa.

Perjanjian Tanpa Balasan


Mengikut kaedah am, perjanjian tanpa balasan adalah tidak sah dan perjanjian itu
tidak akan mengikat pihak yang berkontrak. Seksyen 26 AK1950 memperuntukkan
bahawa mana-mana kontrak yang dibuat tanpa balasan adalah tidak sah. Namun
begitu terdapat pengecualian terhadap seksyen 26 di mana kontrak yang dibuat
masih sah walaupun tiada balasan dan ini melibatkan keadaan seperti di bawah.
a. perjanjian yang dibuat berdasarkan kasih sayang.
b. perjanjian untuk memberi pampasan ke atas kerja yang dibuat secara sukarela.
c. perjanjian memberi pampasan kepada mereka yang boleh dipaksa dari sisi
undang-undang.
d. perjanjian untuk membayar hutang yang dibatas oleh statut.
Kecukupan Balasan
Balasan tidak semestinya mencukupi atau berpadanan. Ini bermakna sesuatu
balasan yang diberikan oleh penerima janji tidak semestinya berharga atau
mempunyai nilai yang berpadanan dengan sesuatu yang diberikan oleh pembuat
janji.
Contoh Kes: PHANG SWEE KIM VS BEH I HOCK (1964)

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

P2114 / UNIT

UNDANG-UNDANG KONTRAK

2 / 15

Balasan dari Pihak Ketiga


Apa yang dapat disimpulkan dari seksyen 2(d) AK1950 ialah sesiapa sahaja boleh
memberi balasan walaupun dia bukanlah pihak yang berkontrak.
Contoh Kes: KERPA SINGH VS BARIAN SINGH
VENKATA CHINNAYA VS VERIKATARAMAYA (1881)

2.2.4

NIAT
Perjanjian antara dua pihak tidak semestinya menjadi satu kontrak yang sah
sehingga ada bukti yang menunjukkan bahawa wujud niat untuk mengadakan
hubungan yang mengikat disisi undang-undang antara kedua-dua pihak yang
berkontrak. Elemen niat dirujuk di dalam seksyen 2(a) dan seksyen 2(d) AK 1950
sebagai dengan maksud dan kehendak. Kewujudan niat adalah sukar untuk dilihat
secara zahir kerana ia merupakan sesuatu yang ada pada hati. Oleh itu untuk
menentukan

kewujudan

niat

di

dalam

sesuatu

kontrak,

undang-undang

membahagikan perjanjian kepada dua perkara :


a. perjanjian dibentuk dengan niat untuk mengadakan hubungan perniagaan atau
perdagangan yang mengikat disisi undang-undang.
b. Perjanjian kekeluargaan, domestik atau sosial yang mana pihak terlibat tiada
niat untuk mengadakan hubungan yang mengikat disisi undang-undang.
Contoh Kes: BALFOUR VS BALFOUR (1919)
MERRIT VS MERRIT (1970)

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

UNDANG-UNDANG KONTRAK

P2114 / UNIT

2 / 16

2.2.5

KETENTUAN
Ketentuan perlu wujud di dalam sesuatu kontrak untuk menjadikan ianya sah.
Ketentuan di sini adalah bermaksud kontrak yang dimasuki perlulah mengandungi
peruntukan yang nyata dan tentu (tidak samar-samar).
Seksyen 30 AK 1950 menyatakan perjanjian-perjanjian yang mana maknanya tidak
tentu atau tidak boleh ditentukan adalah batal. Ketidaktentuan di dalam sesuatu
kontrak boleh berlaku di dalam keadaan berikut:
a. bahasa yang digunakan kabur atau samar-samar.
b. Kegagalan untuk mencapai perjanjian terhadap perkara pokok atau syarat utama
perjanjian.
Contoh Kes : KARUPPAN CHETTI LWN SUAH THIAN (1916)

2.2.6

KEUPAYAAN
Undang-undang mewajibkan pihak-pihak yang berkontrak mestilah berupaya untuk
memasuki kontrak. Menurut seksyen 11 AK1950, seseorang yang layak membuat
kontrak mestilah seorang yang dewasa, berakal sempurna dan tidak hilang
kelayakan untuk berkontrak.
Dewasa
Mengikut Akta Umur Dewasa 1971 seseorang dikatakan sebagai dewasa apabila
mencapai umur 18 tahun. Oleh itu, untuk memasuki kontrak seseorang itu perlu
berusia 18 tahun ke atas. Walau bagaimanapun, Akta Umur Dewasa tidak
merangkumi perkara-perkara berikut:a. Perkahwinan, pembahagian harta dan pengambilan anak angkat.
b. Agama dan upacara keagamaan.
c. Sebarang undang-undang bertulis yang menentukan had umur dewasa.
POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

UNDANG-UNDANG KONTRAK

P2114 / UNIT

2 / 17

Contoh Kes : TAN HEE JUAN LWN THE BOON KEAT (1934)
Kanak-kanak tidak boleh memasuki kontrak dan batal sama sekali, kecuali untuk
tiga keadaan iaitu keperluan, biasiswa dan insurans
Contoh kes : KERAJAAN MALAYSIA LWN GURCHARAN SINGH (1971)
Berakal Sempurna
Seseorang yang ingin memasuki kontrak mestilah memahami isi kandungan kontrak
yang dipersetujui. Ini dinyatakan di dalam seksyen 12(1) AK 1950 di mana pihak
yang berkontrak mestilah tahu tanggungjawab dan hak-hak di dalam kontrak. Dapat
disimpulkan seseorang yang berakal sempurna layak untuk memasuki kontrak, dan
seseorang yang tak berakal sempurna tidak boleh memasuki kontrak, tetapi jika
hanya sesekali tak berakal sempurna, kontrak boleh dimasuki semasa dia berada
dalam keadaan berakal sempurna. Peruntukan ini dinyatakan di dalam seksyen
12(2) AK 1950.
Tidak Hilang Kelayakan
Seseorang dikatakan hilang kelayakan membuat kontrak jika ia dilarang oleh manamana undang-undang di mana ia tertakluk. Jika seseorang ingin memasuki kontrak
maka perlulah dipastikan bahawa tidak ada mana-mana undang-undang yang
menghalangnya berkontrak.

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

UNDANG-UNDANG KONTRAK

P2114 / UNIT

2 / 18

AKTIVITI
AKTIVITI2b
2b

1. Senaraikan elemen-elemen penting kontrak.


2. Satu ______________terbentuk apabila satu pihak menerima tawaran dari
pihak yang lain.
3. Jelaskan apakah yang dimaksudkan oleh seksyen 2(b) AK1950.
4. Huraikan apakah yang dimaksudkan oleh perjanjian tanpa balasan.

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

UNDANG-UNDANG KONTRAK

P2114 / UNIT

2 / 19

MAKLUM
MAKLUMBALAS
BALAS2b
2b

1. Elemen-elemen kontrak
a. Perjanjian (tawaran dan penerimaan)
b. Balasan
c. Niat
d. Ketentuan
e. Keupayaan
2. Perjanjian
3. Seksyen 2(b) AK1950 menyatakan apabila seseorang kepada siapa cadangan
dibuat menyatakan persetujuan dengan cadangan itu maka bolehlah dikatakan
cadangan itu diterima.
Seksyen ini adalah merujuk kepada penerimaan iaitu elemen kedua penting
selepas tawaran kerana jika tawaran yang dibuat tidak diterima maka kontrak
tidak akan wujud.
4. Perjanjian tanpa balasan ialah penerimaan yang dibuat dan balasan tidak
diperlukan. Perjanjian yang dikategorikan seperti ini ialah perjanjian yang
dibuat berdasarkan kasih sayang semulajadi antara pihak yang berkontrak.

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

UNDANG-UNDANG KONTRAK

P2114 / UNIT

2 / 20

2.3

TERMA-TERMA KONTRAK
Sesuatu kontrak yang sah adalah boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang.
Apabila sesuatu kontrak ditandatangani, maka pihak-pihak yang berkontrak
mempunyai hak atau memikul tanggungjawab kontrak tersebut. Hak dan
tanggungjawab kontrak terkandung di dalam terma-terma kontrak. Walau
bagaimanapun terma kontrak perlulah dibezakan dengan representasi.

Terma :
Sesuatu
kenyataan semasa
perundingan yang
diniatkan untuk
menjadi syarat
kontrak

Representasi :
Sesuatu kenyataan
semasa perundingan
yang tidak diniatkan
untuk menjadi syarat
kontrak.

Klasifikasi Terma-terma Kontrak


Terma-terma kontrak terbahagi kepada dua iaitu syarat dan waranti. Syarat
merupakan tanggungjawab utama kepada pihak-pihak yang berkontrak manakala
waranti merupakan syarat-syarat yang berkaitan dengan tanggungjawab utama
tersebut.

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

UNDANG-UNDANG KONTRAK

P2114 / UNIT

2 / 21

Perlanggaran syarat akan mengakibatkan kontrak terbatal, walau bagaimanapun


pihak yang tidak bersalah boleh menganggapnya sebagai perlanggaran waranti
sahaja. Perlanggaran waranti tidak membatalkan kontrak sebaliknya pihak yang
tidak bersalah hanya boleh menuntut gantirugi sahaja.

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

P2114 / UNIT

UNDANG-UNDANG KONTRAK

2 / 22

AKTIVITI
AKTIVITI2c
2c

1.

Bezakan terma-terma kontrak.

2.

Lengkapkan teka silangkata di bawah.


1
2

Menegak :
1.

Pihak yang tidak bersalah boleh menamatkan kontrak

Mendatar:
2.

Perlanggarannya tidak menjejaskan kontrak

3.

Kenyataan yang dibuat semasa perundingan diniatkan untuk menjadi


syarat kontrak

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

UNDANG-UNDANG KONTRAK

P2114 / UNIT

2 / 23

MAKLUM
MAKLUMBALAS
BALAS2c
2c

1.

Terma :
Sesuatu kenyataan semasa perundingan yang diniatkan untuk menjadi syarat
kontrak
Representasi :
Sesuatu kenyataan semasa perundingan yang tidak diniatkan untuk menjadi
syarat kontrak.

2.

1. Syarat
2. Waranti
3. Terma

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

UNDANG-UNDANG KONTRAK

P2114 / UNIT

2 / 24

PENILAIAN KENDIRI

Soalan 1
Ah Chun berumur 15 tahun memasuki kontrak lisan dengan Restoran Kemasik bagi
membenarkan beliau mengambil makanan tengahari selama 3 bulan. Ah Chun
hanya dikehendaki membayar hutangnya pada hujung bulan. Apabila tiba masanya
Ah Chun enggan bayar. Jelaskan kesan kontrak dalam situasi ini.

Soalan 2
En Santan telah menjualkan kereta Volvo model tahun 1991 kepada Syed Lemak
dengan harga RM1,000. En Santan telah memohon perintah mahkamah untuk
mengistiharkan perjanjian batal dengan alasan balasan tidak mencukupi. Jelaskan
kesan kontrak dalam situasi ini.

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

P2114 / UNIT

UNDANG-UNDANG KONTRAK

2 / 25

MAKLUM BALAS
PENILAIAN KENDIRI

Jawapan 1
Kontrak adalah batal kerana pihak yang berkontrak iaitu Ah Chun masih berada di
bawah umur dan tidak layak untuk berkontrak. Restoran Kemasik tidak boleh
mendakwa Ah Chun kerana kontrak yang dimasuki oleh mereka adalah tidak sah.

Jawapan 2
Kontrak adalah sah. En Santan tidak boleh membatalkan tawaran itu sekiranya Syed
Lemak telah bersetuju untuk membeli. Walaupun alasan En Santan RM1,000 yang
dibayar oleh Syed Lemak sebagai balasan adalah tidak memadai, tetapi kontrak itu
masih sah.

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA