You are on page 1of 7

Ringkasan intipati kandungan Bajet 2014 belanjawan Malaysia

Secara keseluruhannya Bajet 2014 menyaksikan peningkatan kira-kira RM31 billion


berbanding bajet tahun lalu iaitu sebanyak RM232.8 bilion dengan RM201.9 bilion
untuk perbelanjaan mengurus dan RM49.7 bilion bagi perbelanjaan pembangunan
Ia bertemakan Memperteguh Ketahanan Ekonomi, Memperkasa Transformasi dan
Melaksana Janji, Bajet 2014 merupakan bajet pertama selepas kerajaan Barisan
Nasional (BN) sekali lagi diberi mandat dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu
Bajet 2014 yang menggariskan lima teras utama itu juga merupakan bajet kelima
yang direncana Najib selaku Menteri Kewangan sejak 2009
Intipati Bajet 2014 Ringkasan Dan Rumusan
Kadar BR1M Dinaikkan
Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada isi rumah
berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah akan dinaikkan daripada RM500
kepada RM650
Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak
melebihi RM2,000 sebulan, nilai bantuan akan dinaikkan daripada RM250 kepada
RM300
BR1M 3.0 diperluaskan kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan
antara RM3,000 hingga RM4,000 dengan nilai bantuan sebanyak RM450

Subsidi Gula Dimansuhkan


Subsidi gula sebanyak 34 sen akan dimansuhkan mulai 26 Oktober 2013. Ini
bertujuan sebagai langkah kerajaan untuk mengurangkan masalah kesihatan
terutamanya diabetes dan kencing manis
Harga gula akan naik RM2.84 sen sekilogram mulai 26 Oktober 2013
Saya menyeru agar kita bersama-sama jaga kesihatan, kurangkan manis dalam
makanan dan minuman. Tambahkan manis dalam senyuman, kata Najib
Kakitangan Awam Terima Bonus Setengah Bulan Gaji, Minimum
RM500,persara RM250
Kerajaan mengumumkan bonus setengah bulan gaji, minimum RM500
Pesara, kerajaan juga akan memberi Bayaran Bantuan Khas Kewangan
sebanyak
RM250
Akan dibayar pada awal Januari 2014
Bantuan Persekolahan RM100 Diteruskan
Bantuan persekolahan RM100 kepada pelajar sekolah rendah dan menengah
tetap diteruskan
Kadar Baucar Buku Diteruskan
Baucar Buku RM 250 bagi setiap pelajar pra universiti dan Institut Pengajian
Tinggi di Malaysia diteruskan
Kelajuan Internet Dinaik Taraf

Kerajaan akan melaksana fasa kedua projek Jalur Lebar Kelajuan Tinggi
(HSBB) dengan usaha sama sektor swasta melibatkan pelaburan RM1.8 bilion bagi
meluaskan liputan ke bandar-bandar utama. Kelajuan Internet akan ditambah
kepada 10 Mbp
Rangkaian HSBB akan diperluas ke kawasan pinggir bandar pada kos RM1.6
bilion, dengan capaian Internet ditambah kepada antara empat dan 10 Mb
Program Perumahan Rakyat
223,000 unit rumah pada harga berpatutan
Rumah harga berpatutan akan dibina menerusi Program Perumahan Rakyat
(PPR) dengan peruntukan berjumlah RM578 juta. PPR ialah program kerajaan untuk
penempatan semula setinggan dan memenuhi keperluan tempat kediaman bagi
golongan berpendapatan rendah. Rumah-rumah PPR dijual pada paras harga
antara RM30,000 dan RM35,000 seunit di Semenanjung Malaysia dan RM40,500
seunit untuk Sabah serta Sarawak
80,000 unit rumah akan dibina menerusi program Perumahan Rakyat
1Malaysia (PR1MA) dengan peruntukan RM1 bilion dan setiap unit rumah dijual 20
peratus lebih rendah daripada harga pasaran
Kadar GST lebih rendah
Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) akan dilaksanakan mulai 1 April 2015
pada kadar enam peratus, lebih rendah daripada kadar cukai-cukai sedia ada
Bantuan yuran taska RM250 sebulan
Ibu bapa berpendapatan bulanan tidak melebihi RM900 yang menghantar
anak-anak ke taska swasta yang berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat
(JKM) akan menerima bantuan yuran taska sebanyak RM250 sebulan
Penbangunan Sukan RM239 juta
Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM239 juta dalam Bajet 2014 bagi
meneruskan kecemerlangan sukan yang merangkumi menaik taraf kompleks dan
gelanggang sukan di negara ini
Program Pertanian
Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM6 bilion untuk pelaksanaan program
pertanian yang mempunyai nilai tambah tinggi dan berdaya komersil