You are on page 1of 18

PANDUAN

PROGRAM IHYA RAMADHAN


SEKOLAH RENDAH (SK/SJK)
DAN SEKOLAH MENENGAH (SMK/SMJK/SBP)
TAHUN 2013M/1434H

Disusun semula oleh


Unit Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam
Sektor Pendidikan Islam
JABATAN PELAJARAN PERAK
JUN 2013

PANDUAN PROGRAM IHYA RAMADHAN


SEKOLAH RENDAH (SK/SJK) DAN
SEKOLAH MENENGAH (SMK/SMJK/SBP)
2013M / 1434H
1. PENGENALAN
Bulan Ramadhan adalah anugerah agung dari Allah untuk umat Islam seluruhnya
bagi menambah amalan demi meraih ganjaran dan ketaqwaan yang dijanjikanNya. Amalan sunat seperti solat sunat tarawih, tadarus al-Quran, tazkirah, iftar
jamaie, sedekah dan seumpamanya adalah amat digalakkan dilaksanakan
khususnya di dalam bulan Ramadhan al-Mubarak. Oleh itu pelbagai aktiviti
agama seharusnya dilaksanakan di dalam bulan Ramadhan ini khususnya,
sebagai penjana untuk memantapkan lagi program pengukuhan sahsiah pelajar
dan warga sekolah.
2. MATLAMAT
Menjana dan menyelaras program pembangunan modal insan di semua sekolah
agar penghayatan Ramadhan dapat meningkatkan keutuhan sahsiah peribadi
dan kredibiliti warga sekolah supaya cita-cita melahirkan generasi khaira ummah
tercapai.
3. OBJEKTIF
3.1 Melahirkan warga sekolah yang memiliki sahsiah diri yang mulia, berbudi
pekerti, berhemah dan cintakan ajaran Islam khususnya di dalam
Ramadhan al Mubarak.
3.2 Mewujudkan suasana keakraban, kemesraan dan seronok beramal ibadat
dalam bulan Ramadhan demi menyemarakkan amalan secara jamaie
serta seimbang dalam mengendalikan urusan duniawi dan ukhurawi.
3.3 Melahirkan rasa bersyukur dengan nikmat keselesaan hidup dan
kesihatan di kalangan warga sekolah serta turut sama bersimpati
memberi sumbangan untuk mereka yang kurang bernasib baik.
3.4 Sebagai satu wadah menjelas dan berkongsi ilmu serta pengalaman
dalam menghayati keberkatan, kepentingan, tuntutan dan cabaran
beramal sepanjang Ramadhan.
3.5 Memantap dan menyemarakkan lagi ukhuwah islamiah antara warga
sekolah dengan masyarakat setempat dan para ibu bapa pelajar.
4. SASARAN
4.1. Pelajar-pelajar
4.2. Guru dan staf sokongan
4.3. Ibu Bapa Pelajar
5. TEMPAT
Premis sekolah dan kawasan sekitar

6. CADANGAN PROGRAM IHYA RAMADHAN


6.1.

Aktiviti Utama
a. Program Di Ambang Ramadhan
b. Tadarus Quran Pelajar dan guru-guru serta staf sokongan
( Sepanjang Bulan Ramadhan)
c. Ceramah Perdana / Forum Perdana
d. Majlis Khatam Al-Quran
e. Solat Tarawih
f. Qiamullail
g. Sumbangan Fakir Miskin
h. Iftar Jamaie
i. Banner ( Labbaika Ya Ramadhan )
j. Majlis Perutusan Aidil Fitri
k. Risalah Ramadhan
l. Pertandingan-pertandingan seperti : kuiz, hafazan, khat, buku skrap,
teka silangkata, gubahan bunga coklat, menulis khutbah aidil fitri,
anyaman ketupat dan lain-lain yang berasaskan Ihya' Ramadhan
dan Aidil Fitri

6.2.

Aktiviti Elektif
a.
b.
c.
d.
e.
f.
g.
h.
i.
j.
k.
l.
m.
n.

Kuliah Zohor
Kuliah Subuh
Tazkirah Murid
Usrah
Bacaan Mathurat
Ceramah Nuzul al-Quran / Badar Kubra
Gotong Royong / Keceriaan Surau
Majlis Tahlil
Tazkirah 5 minit Perhimpunan Pagi
Kelas tafaqquh staf
Forum pelajar
Tayangan DVD
Penghayatan Dhuha
Cenderamata petugas Ihya Ramadhan ( Pelajar )

7. CADANGAN PROGRAM PERDANA IHYA RAMADHAN


7.1.

Pengisian program ini sekurang-kurangnya seperti berikut :


a.
b.
c.
d.

7.2.

Forum Perdana / Ceramah Perdana


Iftar Jamaie
Tadarus al-Quran / Khatam al-Quran
Penyediaan Juadah Berbuka secara gotong-royong ( nasi, lauk pauk,
BBQ dll jika sesuai )
e. Penyediaan Bubur Lambuk secara gotong-royong ( jika sesuai )
f. Solat Tarawih
g. Qiamullail
h. Kuliah subuh
i. Penyampaian hadiah pertandingan
Sasaran / penyertaan program ini seperti berikut :

a. Pegawai Jabatan Pelajaran Perak / Pejabat Pelajaran Daerah


b. Pimpinan masyarakat setempat
c. Pengetua / Guru Besar atau wakil sekolah yang berhampiran
d. PIBG sekolah
e. Warga sekolah seluruhnya
7.3.

Tarikh :
Ia ditetapkan oleh pihak pengurusan sekolah.

8. Jawatankuasa Pelaksana Program Perdana Ihya Ramadhan


8.1.

Jawatankuasa Induk
Pengerusi
Pengetua / Guru Besar
Timbalan Pengerusi
Penolong Kanan Pentadbiran
Naib Pengerusi 1
Penolong Kanan HEM
Naib Pengerusi 11
Penolong Kanan Ko-Kurikulum
Setiausaha
Setiausaha MAKDIS
Penolong Setiausaha
Guru Pendidikan Islam

8.2

Ahli Jawatankuasa
a.
b.
c.
d.
e.
f.
g.
h.
i.
j.
k.
l.
m.
n.
o.
p.
q.
r.
s.

t.
4

JK
JK
JK
JK
JK
JK
JK
JK
JK
JK
JK
JK
JK
JK
JK
JK
JK
JK
JK
JK

Urusetia
Protokol dan Sambutan
Tadarus al-Quran
Majlis Khatam al-Quran
Majlis Qiamulail
Solat Tarawih
Ceramah Perdana
Rakaman & Dokumentasi
Pengacaraan dan Bacaan Doa
Persiapan Dewan dan Khemah
Hiasan Pentas
Keselamatan dan Kebajikan
Seranta dan Siaraya
Jamuan
Hadiah dan Cenderamata
Cenderahati
Risalah dan Brosur
Pertandingan
Penyambut Tetamu
Tugas-Tugas Khas

10.

Faedah-Faedah Yang Dijangka Diperolehi


10.1 Dapat menjana kemesraan dan semangat ukhuwah yang mantap
antara warga sekolah.
10.2 Dapat menerapkan cinta kepada sumber ilmu dan menghayati
kepentingan beramal dengan ajaran Islam khususnya di sepanjang
Ramadhan.
10.3 Melahirkan rasa simpati dan prihatin di antara warga sekolah kepada
orang yang kurang bernasib baik dan yang memerlukan pertolongan.
10.4 Mendapat pengetahuan dan pengalaman secara langsung dari
ilmuan dalam slot rawdhatul ilmi seketika bersama ilmuan.
10.5 Mewujudkan kembali budaya bergotong royong mengendalikan majlis
antara warga sekolah.

11.

Penilaian
Laporan pelaksanaan program hendaklah dihantar secara dalam talian
melalui portal www.spiperak.bpi.edu.my dan satu salinan (secara
hardcopy) kepada Unit Pendidikan Islam, Pejabat Pelajaran Daerah
sebelum atau pada 13 September 2013.
( Sila rujuk kepada Lampiran 2 )

12.

Perkara Yang Dipohon


Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Perak memohon semua
Pengetua / Guru Besar dan warga sekolah mengambil maklum dan
bekerjasama untuk melaksanakan dan menjayakan Program Ihya
Ramadhan 1434H / 2013M.

Disediakan oleh:
Unit Pengurusan Dakwah dan Syiar Islam
Sektor Pendidikan Islam
Jabatan Pelajaran Perak

Lampiran 1

KAEDAH PELAKSANAAN AKTIVITI IHYA RAMADHAN


1. Program Di Ambang Ramadhan
Tarikh :
Ditetapkan oleh urusetia
Tempat :
Ditetapkan oleh urusetia
Tempoh Masa :
30 minit
Sasaran:
Seluruh warga sekolah
Objektif :
1. Melahirkan rasa syukur dengan kedatangan bulan yang penuh berkat dan
menambat jiwa raga warga sekolah rasa seronok untuk beramal ibadat
sepanjang Ramadhan.
2. Memberi penjelasan dan kefahaman berkaitan kelebihan bulan Ramadhan
dan amalan yang wajar digarap untuk mencapai maqam muttaqin.
3. Menghebahkan program yang dirancang
makluman semua warga sekolah.

sepanjang

Ramadhan

untuk

Kaedah Pelaksanaan :
a. Diadakan sempena Perhimpunan Mingguan atau Perhimpunan Pagi Sekolah
b. Ucapan Khas oleh Pengetua / Guru Besar
c. Tayang Multimedia berkaitan aktiviti sepanjang Ramadhan.
2. Tadarrus Al-Quran Guru dan Staf
Tarikh :
Setiap hari bekerja dalam bulan Ramadhan
Tempat :
Ditetapkan oleh urusetia
Masa :
Ditetapkan oleh urusetia
Objektif :
1. Melahirkan rasa cinta dan seronok membaca al-Quran secara berkumpulan.
2. Melaksanakan tahsin al-Quran di kalangan warga pendidik dan staf dengan
dibimbing oleh seorang fasilitator atau qari.
3. Memahami dan menghayati intisari ayat-ayat al-Quran yang dibaca untuk
diamalkan dalam kehidupan.
Kaedah Pelaksanaan :

a. Guru dan staf dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang ditetapkan oleh
urusetia.
b. Setiap kumpulan membaca mengikut juzuk yang ditetapkan
c. Bacaan secara tartil, disemak dan ditashih oleh fasilitator
d. Selesai tadarrus semua warga pendidik dan staf disarankan solat berjemaah
bersama pelajar di Surau.
3. Tadarrus Al-Quran Pelajar
Tarikh :
Setiap hari persekolahan dalam bulan Ramadhan
Tempat :
Ditetapkan oleh urusetia
Masa :
Ditetapkan oleh urusetia
Sasaran:
Pelajar yang telah membaca al-Quran
Objektif :
1. Melahirkan rasa cinta dan seronok membaca al-Quran secara berkumpulan.
2. Melaksanakan tahsin al-Quran di kalangan pelajar dengan dibimbing oleh
seorang fasilitator atau guru
3. Memahami dan menghayati intisari ayat-ayat al-Quran yang dibaca untuk
diamalkan dalam kehidupan.
Kaedah Pelaksanaan :
a.
Semua pelajar diarah berkumpul di surau/kelas dalam keadaan berwuduk
b.
Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang ditetapkan oleh
urusetia.
c.
Setiap kumpulan membaca mengikut juzuk yang ditetapkan.
d.
Bacaan secara tartil, disemak dan ditashih oleh fasilitator atau guru.
4. Ceramah Perdana / Forum Perdana
Tarikh:
Ditetapkan oleh urusetia
Masa :
2 jam
Sasaran :
Seluruh warga sekolah
Objektif :
1. Sebagai satu wadah menjelas dan berkongsi ilmu serta pengalaman dalam
menghayati
keberkatan, kepentingan, tuntutan dan cabaran beramal sepanjang
Ramadhan.

Kaedah Pelaksanaan :
a. Program ini dicadangkan hanya sekali dalam bulan Ramadhan.
b. Penceramah ditetapkan oleh pihak sekolah.
c. Pelaksanaan program ini boleh digabungkan dengan Program Perdana Ihya
Ramadhan atau ia dilaksanakan secara berasingan mengikut kesesuaian
pihak sekolah.
d. Disarankan diadakan soalan kuiz selepas sesi ceramah. (ikut kesesuaian
pihak sekolah)
e. Hadiah atau cenderahati disediakan untuk pemenang.
f. Tajuk yang dicadangkan seperti berikut :
i Ramadhan Menjana Kecemerlangan Hidup
ii- Pembentukan Sahsiah Diri Melalui Madrasah Ramadhan
iii- Mencontohi Kehidupan Generasi Qurani
iv- Lain-lain tajuk yang sesuai.
5. Majlis Khatam Al-Quran
Tarikh :
Ditetapkan oleh pihak sekolah
Tempat :
Ditetapkan oleh urusetia
Masa :
Ditetapkan oleh urusetia
Sasaran :
Seluruh warga sekolah
Objektif :
1. Menzahirkan rasa syukur kerana dapat mengkhatam bacaan al-Quran
khususnya di bulan Ramadhan.
2. Menyemarak rasa cinta dan menjunjung tinggi ajaran Islam yang disarankan
al-Quran.
3. Menyuburkan budaya membaca al-Quran selaras dengan saranan Rasulullah
saw.
Kaedah Pelaksanaan :
a. Majlis boleh dilaksanakan pada hari Program Perdana Ihya Ramadhan atau
dibuat secara berasingan mengikut kesesuaian perancangan pihak sekolah.
b. Pilih pelajar mengikut kelas sebagai peserta Khatam al-Quran.
c. Keutamaan peserta Khatam al-Quran dipilih di kalangan pelajar yang lancar
bacaan al-Quran.
d. Semua warga sekolah dan tetamu berkumpul di Surau atau Dewan Sekolah.
e. Peserta Khatam al-Quran diarak dengan diiringi oleh bunga manggar, bunga
telur dan paluan kumpulan kompang.
f. Majlis dipimpin oleh seorang khalifah atau guru pembimbing dan diikuti oleh
semua peserta khatam al-Quran sehingga selesai.
g. Majlis diakhiri dengan bacaan doa khatam dan selawat beramai-ramai dan
bunga telur dan bunga rampai diedarkan kepada semua hadirin.
h. Semua hadirin disarankan berpakaian kebangsaan di majlis berkenaan.

6. Qiamullail
Tarikh :
Sekali setiap cuti hujung minggu
Tempat :
Ditetapkan oleh urusetia
Masa :
1 jam sebelum bersahur
Sasaran:
Keutamaan pelajar yang tinggal di asrama sahaja manakala pelajar yang tinggal
bersama keluarga digalakkan terlibat.
Objektif :
1. Memberi kesedaran dan melatih pelajar untuk menghayati kelebihan ibadat
qiamullail.
2. Membentuk jati diri di kalangan pelajar dengan bermunajat dan berqiamullail.
3. Melahirkan kesedaran, keinsafan dan berusaha mencari kelebihan malam
Lailatul Qadr.
Kaedah Pelaksanaan :
a. Semua pelajar diarah berkumpul di surau dalam keadaan berwuduk
b. Pilih imam di kalangan pelajar atau imam jemputan untuk memimpin
qiamullail.
c. Solat sunnat yang disarankan ialah solat sunat tahajjud, taubat, tasbih dan
witir.
d. Qiamullail diakhiri dengan doa.
e. Pelajar bergerak ke dewan makan untuk bersahur.
7. Tabung Sumbangan Fakir Miskin
Tarikh :
Sepanjang Ramadhan
Tempat :
Ditetapkan oleh urusetia
Masa :
Ditetapkan oleh urusetia
Sasaran:
Seluruh warga sekolah
Objektif :

1. Melahirkan rasa bersyukur dengan nikmat keselesaan hidup dan kesihatan di


kalangan warga sekolah turut sama bersimpati memberi sumbangan untuk
mereka yang kurang bernasib baik.

Kaedah Pelaksanaan :
a. Pelancaran tabung dilancarkan oleh Pengetua / Guru Besar pada hari
pertama persekolahan di bulan Ramadhan.
b. Kempen mengisi tabung setiap hari melalui tazkirah ringkas di perhimpunan
pagi atau selepas solat.
c. JK Tabung berusaha mendapatkan sumbangan dari individu atau syarikat.
d. JK Tabung mendapatkan senarai pelajar miskin dari setiap guru kelas.
e. Penyampaian sumbangan dilaksanakan pada hari Perutusan Aidil Fitri oleh
Pengetua / Guru Besar.
8. Iftar Jamaie
Tarikh :
Pada masa program Perdana Ihya Ramadhan
Tempat :
Ditetapkan oleh urusetia
Masa :
Ditetapkan oleh urusetia
Sasaran:
Seluruh warga sekolah
Objektif :
1. Melahirkan warga sekolah yang memiliki sahsiah diri yang mulia, berbudi
pekerti, berhemah dan cintakan ajaran Islam khususnya di dalam Ramadhan
al Mubarak.
2. Mewujudkan suasana keakraban, kemesraan dan seronok beramal ibadat
dalam bulan Ramadhan demi menyemarakkan amalan secara jamaie serta
seimbang dalam mengendalikan urusan duniawi dan ukhurawi.
Kaedah Pelaksanaan :
a. Semua warga sekolah dan tetamu berkumpul di dewan makan / tempat
majlis.
b. Tazkirah / ceramah mengenai fadhilat Ramadhan oleh seorang guru
Pendidikan Islam / penceramah jemputan.
c. Membaca doa berbuka.
d. Berbuka puasa.
e. Warga sekolah dan tetamu bergerak ke surau untuk solat Maghrib.
9. Banner / Seranta
Tarikh :

10

Akhir Syaaban
Tempat:
Ditetapkan oleh urusetia
Masa :
Sepanjang Ramadhan.
Objektif :
1. Untuk menyemarakkan bulan keberkatan melalui slogan yang menarik.
Kaedah Pelaksanaan :
a.
JK Banner memilih cogankata atau slogan yang menarik untuk diletak
dalam kain banner.
b.
Letakkan banner dilokasi yang strategik dan dapat dibaca oleh semua
warga sekolah.
c.
Layout banner berasaskan kreativiti pihak sekolah dan sesuai dengan
suasana Ramadhan.
10. Majlis Perutusan Aidil Fitri Oleh Pengetua / Guru Besar
Tarikh :
Ditentukan oleh sekolah
Tempat :
Dewan Besar Sekolah
Tempoh Masa :
1 jam
Sasaran:
Seluruh warga sekolah
Objektif :
1. Melahirkan rasa syukur dengan kemenangan berjaya melaksanakan ibadat
sepanjang Ramadhan.
2. Memantapkan kefahaman cara menyambut perayaan di dalam Islam.
3. Memberi penjelasan dan kefahaman berkaitan kelebihan puasa 6 hari bulan
syawal.
Kaedah Pelaksanaan :
a. Diadakan sempena Perhimpunan Mingguan atau Perhimpunan Pagi Sekolah.
b. Ucapan Khas oleh Pengetua / Guru Besar.
c. Penyampaian Sumbangan Tabung kepada pelajar yang kurang bernasib baik.
d. Tayang Multimedia rakaman aktiviti sepanjang Ramadhan.
11. Masak Bubur Lambuk dan Bakar Lauk Pauk (BBQ )
Tarikh :
Ditetapkan oleh sekolah
Tempat :

11

Ditetapkan oleh urusetia


Tempoh Masa :
Ditetapkan oleh urusetia.
Sasaran:
Seluruh warga sekolah
Objektif :
1. Mewujudkan suasana keakraban, kemesraan dan seronok beramal ibadat
dalam bulan Ramadhan demi menyemarakkan amalan secara jamaie serta
seimbang dalam mengendalikan urusan duniawi dan ukhurawi.
Kaedah Pelaksanaan :
a. Ia diurusetiakan oleh Jawatankuasa Khas yang dilantik
b. Masak secara bergotong royong diketuai oleh seorang memilik pengalaman
dalam bidang tersebut.
c. Lantik Jawatankuasa Kecil yang menjayakan program ini.
12. Pelaksanaan Aktiviti Elektif Ihya Ramadhan
Tarikh :
Ditetapkan oleh sekolah
Tempat :
Ditetapkan oleh urusetia
Tempoh Masa :
Ditetapkan oleh urusetia.
Sasaran:
Seluruh warga sekolah
Objektif :
1. Menyemarakkan
bermanafaat.

lagi bulan keberkatan dengan pelbagai aktiviti yang

2. Membangunkan pembinaan modal insan yang seimbang dari segi jasmani,


emosi, rohani dan intelek.
Kaedah Pelaksanaan :
a. Pihak sekolah disarankan untuk memilih melaksanakan aktiviti elektif
mengikut kesesuaian pihak sekolah.
b. Pelaksanaan program tersebut berasaskan kreativiti pihak sekolah.
c. Setiap pelajar diberi peluang untuk membangunkan bakat dan daya
kepimpinan melalui slot tazkirah ringkas dalam perhimpunan pagi atau
selepas solat
d. Setiap warga pendidik dan staf digarap tenaga dan fikiran mereka secara
aktif untuk menjayakan setiap aktiviti yang dirancang.

12

Lampiran 2
CONTOH FORMAT
LAPORAN PROGRAM IHYA RAMDAHAN
SEKOLAH ___________________
TAHUN _______
1. Pengenalan
Bulan Ramadhan adalah tetamu agung dari Allah untuk umat Islam
menambah amalan demi meraih ganjaran dan ketaqwaan yang dijanjikan
Allah Taala. Amalan sunat seperti solat sunat tarawikh, tadarus al-Quran,
tazkirah, iftar jamaie, sedekah dan seumpamanya adalah amat digalakkan
dilaksanakan khususnya di dalam bulan Ramadhan al-Mubarak.
2. Carta Organisasi
3. Objektif

3.1
3.2

Melahirkan warga sekolah yang memiliki sahsiah diri yang mulia,


berbudi pekerti, berhemah dan cintakan ajaran Islam.
Sebagai satu medium menjelas dan memberi kefahaman
kepentingan, tuntutan dan cabaran beramal di Bulan Ramadhan.

4. Aktiviti
a.

Aktiviti Utama Program Ihya Ramadhan


(i )
(ii)
(iii)
asar

Kelas Tadarrus al-Quran


Mengadakan Majlis Khatam al-Quran
Solat berjemaah; sesi pagi solat zohor dan sesi petang solat
manakala sekolah berasrama solat berjemaah lima waktu dll

b.

Aktiviti Elektif
(i )
(ii)

c.

Pertandingan hafaz al-Quran


Pertandingan Hias Bunga Coklat dll

Program Perdana

5. Data
(i)

13

Tadarrus al-Quran
a. Pelajar dibahagikan kepada 10 kumpulan mengikut tingkatan
b. Setiap kumpulan diketuai oleh seorang fasilitator dll

( ii )

Majlis Khatam al-Quran

a. Telah diadakan pada 23 Ramadhan 1434H

b. Tetamu kehormat yang dijemput ialah YB Ahli Parlimen Kawasan


dll.
6. Gambar/ fotografi
BORANG MAKLUM BALAS
PROGRAM IHYA RAMADHAN SEKOLAH _____________________
2013M/1434H
Nama Sekolah

: ..

Alamat Sekolah :
No. Telefon

E-mail Sekolah : ..
Bil

Aktiviti

Tarikh
Pelaksanaan

Kumpulan
Sasaran

Jumlah
Terlibat

Cadangan / Komentar

Tandatangan Pengetua / Guru Besar


Sekolah

(
)

14

Cop

Tarikh : ..
Nota :
1. Sila isi dan kembalikan ke Unit Pendidikan Islam, Pejabat Pelajaran Daerah
sebelum atau pada 13 September 2013.
2. Pelaporan kepada Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pelajaran Perak adalah
secara dalam talian melalui www.spiperak.bpi.edu.my sebelum atau pada 13
September 2013.
PANDUAN TUGAS JAWATANKUASA
PROGRAM IHYA RAMADHAN
1. Setiausaha dan Urusetia
Tugas
- Melantik JK Pengelola / JK Pelaksana
- Mengurus surat menyurat
- Menyelaras dan menyelia persiapan Jawatankuasa
- Mengadakan raptai
2. Protokol
Tugas
-

dan Sambutan
Melantik AJK Kecil
Menyediakan pasukan kompang dan silat.
Menguruskan penyediaan bunga manggar telur, bunga rampai,
pulut kuning,
Roset dan lain-lain yang diperlukan.
- Memastikan protokol majlis berjalan lancar.

3. Tadarrus al- Quran


Tugas
- Melantik AJK Kecil
- Menguruskan pembahagian kumpulan tadarrus.
- Menentukan pengagihan atau sukatan kumpulan tadarrus
- Memberi taklimat kepada pelajar, guru dan staf
- Memastikan perjalanan tadarrus berjalan lancar.
4. Majlis Khatam al-Quran
Tugas
- Mengurus dan membimbing pelajar khatam Alquran
- Mengetuai Majlis Khatam al-Quran
- Memimpin bacaan doa khatam al-Quran.
5. Majlis Qiamullail
Tugas
- Melantik AJK Kecil
- Memilih imam Qiamullail
- Mengurus dan menyediakan bahan edaran
- Menguruskan persiapan majlis
6. Ceramah Perdana / Forum Perdana
Tugas
- Melantik AJK Kecil
- Memberi cadangan senarai nama ahli forum dan tajuk forum
- Menyediakan Pengerusi Forum
- Menyediakan soalan-soalan untuk dikemukakan kepada ahli panel
- Menyediakan tempat forum
- Memastikan peralatan yang diperlukan
7. Rakaman & Dokumentasi

15

Tugas

- Melantik AJK Keci;


- Menguruskan rakaman video sepanjang majlis berjalan
- Menguruskan petugas photografi
- Mengurus dan menyimpan segala bahan dokumentasi yang
berkaitan majlis.

8. Pengacaraan dan Bacaan Doa


Tugas - Menyediakan teks doa yang sesuai dengan majlis
-Memimpin bacaan doa
-Menyediakan Aturcara Pentadbiran setelah berbincang dengan
Setiausaha
-Menyediakan skrip pengacaraan majlis
-Melantik juru acara majlis
-Memastikan majlis berjalan lancar.
9. Persiapan Tempat dan Khemah
Tugas
- Melantik AJK Kecil
- Menyediakan tempat duduk VIP, tetamu dan jemputan
- Menyusun atur kedudukan mengikut keutamaan
- Memastikan kekemasan dewan semasa dan selepas majlis
- Memastikan alat siaran berfungsi dengan baik ketika majlis
berjalan dan mencukupi
- Menyediakan alternatif lain sekiranya berlaku gangguan elektrik
10.

Hiasan Pentas
Tugas - Melantik AJK Kecil
- Menyediakan hiasan pentas
- Menguruskan penyediaan latar pentas ( backdrop )
- Hias meja dan tempat duduk VVIP

11.

Keselamatan dan Kebajikan


Tugas
- Melantik AJK Kecil
- Menyediakan tempat parking kenderaan yang sesuai.
- Mengurus taklimat kepada petugas
- Menyediakan peralatan kecemasan jika perlu.

12.

Seranta dan Siaraya


Tugas - Melantik AJK Kecil
- Menyediakan sepanduk dan memasangnya di tempat-tempat
tertentu
- Menghubungi pihak media untuk membuat liputan jika perlu

13.

Jamuan
Tugas - Melantik AJK Kecil
- Menyediakan menu VIP, tetamu jemputan dan peserta
- Menyediakan anggaran dan tempahan menu jamuan
- Menentukan tempat dan bentuk jamuan
- Menyediakan petugas jamuan VIP dan tetamu
- Memastikan bekalan jamuan mencukupi
- Menguruskan persiapan dan hidangan bubur lambuk dan BBQ.
- Mengurus bil pembayaran tempahan jamuan kepada pihak
bertangunggjawab.

16

14.

Hadiah dan Cendermata


Tugas - Melantikk AJK Kecil
- Menyediakan cenderamata kepada VVIP
- Mengurus door gift kepada tetamu jika disediakan.
- Mengurus penyerahan cenderahati kepada petugas di kalangan
pelajar sepanjang Ramadhan.
- Menyediakan hadiah / cenderamata untuk penceramah / panel
forum
- Mengurus hadiah/ cenderamata ketika penyampaian hadiah

15.

Bubur Lambuk dan BBQ


Tugas - Melantik AJK Kecil
- Mengurus penyediaan bahan dan peralatan untuk menyediakan
bubur lambuk dan BBQ
- Mengurus pembelian bahan yang diperlukan untuk bubur lambuk
dan BBQ

16.

Jemputan dan Sambutan


Tugas - Melantik AJK Kecil
- Mengurus jemputan Tetamu Kehormat
- Menyediakan kad jemputan
- Menyenaraikan nama para jemputan untuk diberikan kepada JK
Urusetia
- Membuat jemputan kepada para tetamu
- Mengurus sambutan Tetamu Kehormat
- Menyedia tempat rehat Tetamu Kehormat
- Bekerjasama dengan JK Persiapan Tempat untuk menentukan
tempat duduk mengikut susun atur keutamaan
- Membuat penyelarasan dengan urusetia
- Mengiringi dan menunjuk arah Tetamu Kehormat
- Mengedar Buku Program kepada para jemputan

17.

Risalah dan Brosur


Tugas - Melantik AJK Kecil
- Menentukan isi kandungan, bentuk dan saiz
- Mendapatkan senarai nama jawatankuasa kerja
- Berbincang dengan pengerusi dan setiausaha kontens broucher
- Mengurus layout broucher yang sesuai dengan majlis.

18.

Pertandingan
Tugas - Melantik AJK Kecil
- Membuat promosi kategori pertandingan
- Menyediakan borang penyertaan pertandingan
- Melantik hakim setiap pertandingan
- Mengurus pemenang setiap pertandingan
- Berbincang dengan JK Hadiah, jenis hadiah yang sesuai untuk
setiap
pemenang
19.

Penyambut tetamu
Tugas - Menyambut Tetamu semasa majlis diadakan.
- Mengiringi tetamu dan memandu arah tetamu untuk ke tempat
duduk yang disediakan

17

- Mengiringi tetamu atau jemputan khas sehingga selesai majlis.


20.

Tugas-Tugas Khas
Tugas - Membantu Urusetia dalam melancarkan lagi persiapan dan
penyediaan majlis.
- Membantu melaksanakan tugas-tugas khas.
- Menyelaras mana-mana tugas yang dipertanggungjawabkan oleh
Pengerusi.

18

You might also like