You are on page 1of 5

5P

KONSEP 5P
Konsep 5P merupakan asas dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam
KBSR. Konsep ini merupakan aspek penting dalam pengajaran dan pembelajaran
kerana melalui proses ini pelajar dapat menyesuaikan maklumat dalam rangsangan
serta menghasilkan satu pelajaran yang bersepadu dan menyeluruh serta mengelakkan
kebosanan dalam kalangan murid.
Konsep 5P ini juga merupakan strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa
Melayu di peringkat sekolah rendah. Ia merupakan satu saranan supaya bidang
kemahiran atau bahan pengajaran dan pembelajaran disampaikan secara bersepadu
dan tidak secara berasingan.
Dalam KurikulumSTANDARD Sekolah Rendah (KSSR), konsep 5P masih
diteruskan berdasarkan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). 5P merujuk
kepada Penggabungjalinan, Penyerapan, Penilaian, Pengayaan dan Pemulihan. Tidak
banyak perbezaan dalam kedua dua Kurikulum ini dan KSSR mempunyai
penambahbaikan sesuai dengan matlamatnya melahirkan murid yang mempunyai
kreativiti dan inovasi selaras dengan dasar negara maju menjelang tahun 2020. Elemen
keusahawanan serta teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) ditekan secara ekplisit
di dalam KSSR.
A

Penggabungjalinan
Definisi:
Penggabungjalinan ialah satu sesi pengajaran dan pembelajaran yang
menyarankan supaya bidang kemahiran yang berkait rapat atau bahan pengajaran
yang mempunyai urutan yang baik tidak disampaikan secara berasingan. Strategi ini
berhasrat untuk menjadikan aspek kemahiran saling memperkukuh dan bahan
pengajaran saling melengkapi. Dalam hal ini, sesi pengajaran dan pembelajaran akan
menjadi lebih berkesan.
Ciri-ciri:
1. Penguasaan beberapa kemahiran serentak sama ada inter bidang atau intra bidang
2. Aspek tatabahasa, kosa kata dan peribahasa turut digabungjalinkan
3. Kemahiran bahasa digabungkan dalam proses P&P
Cara pelaksanaan:
Seperti yang telah diterangkan di atas, konsep penggabungjalinan ialah
menggabungkan 2 atau lebih jenis kemahiran, aktiviti atau pun bahan di dalam satu
pengajaran dan pembelajaran. Sebagai contoh, jika guru ingin menggunakan konsep
5P penggabungjalinan kemahiran di dalam teknik pengajaran dan pembelajaran, maka
guru berkenaan akan menggabungkan 2 di antara kemahiran lisan, kemahiran
membaca dan kemahiran menulis. Isi kandungan P&P guru harus melibatkan gabungan
2 di antara kemahiran bahasa tersebut. Contohnya, guru merancang ingin mengajar
murid-murid tahun 4 yang bertema Rakyat Cergas Negara Maju. Guru memilih tajuk
Bintang Badminton sebagai topik pengajarannya. Guru memilih Hasil Pembelajaran 8.2

Huraian Hasil Pembelajaran Aras 1 sebagai Fokus Utama yang memfokuskan aktiviti
guru di dalam kemahiran menulis. Sementara guru memilih Hasil Pembelajaran 5.2
Huraian Hasil Pembelajaran Aras 3 sebagai Fokus Sampingan yang memfokuskan
aktiviti guru di dalam kemahiran membaca. Jelas di sini bahawa guru tersebut
menggabungjalinkan 2 jenis kemahiran serentak di dalam satu pengajaran dan
pembelajaran iaitu kemahiran menulis dan kemahiran membaca. Langkah-langkah P&P
guru seharusnya lebih menekankan kepada fokus utamanya iaitu kemahiran menulis
sementara itu mengaplikasikan kemahiran membaca di dalam satu lembaran kerja
ataupun aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan tahap penguasaan mereka.
Konsepnya sama sahaja jika guru ingin menggabungjalinkan aktiviti dan bahan.
Di dalam penggabungjalinan aktiviti, terdapat tiga aspek aktiviti yang penting iaitu lisan,
bacaan dan kefahaman, serta tulisan. Aktiviti lisan merangkumi berbual, berbincang,
berbahas dan lain-lain. Sementara aktiviti bacaan dan kefahaman merangkumi
memahami, meringkas, memberi makna dan lain-lain serta aktiviti tulisan yang
merangkumi esei, laporan, ucapan dan sebagainya. Untuk melaksanakan
penggabungjalinan aktiviti dengan baik, guru perlu merancang aktiviti-aktiviti mengikut
urutan yang baik. Contoh:
A
Berceramah
mencatat isi
b.

Bercerita

c.

berbincang

Membaca

menulis karangan

mengesan isi

mengulas

menulis

ulasan
Di dalam penggabungjalinan bahan, guru memberikan tumpuan kepada bahan
atau tema pengajaran dan pembelajaran. Bahan itu boleh terdiri daripada bahan utama
atau bahan sokongan. Perancangan harus dibuat bagi menentukan bahan yang dipilih
sesuai dengan keperluan, pengalaman, dan tahap pencapaian murid. Di dalam
penggabungjalinan bahan boleh terdiri daripada tiga jenis bahan iaitu bahan
utama(petikan), bahan sokongan(bahan rangsangan) dan bahan lisan(rakaman). Guru
boleh menggabungjalinkan bahan-bahan ini mengikut keperluan masa yang
diperuntukkan di samping mempunyai pertalian dan urutan yang baik. Sebagai contoh:
A
b.

Berita

ulasan
Iklan

surat permohonan

temu duga

surat jawapan

B. Penyerapan
Definisi:
Di dalam KBSR penyerapan merupakan proses penyebatian dan
menyatupadukan pengetahuan atau unsur pengetahuan daripada satu mata pelajaran
lain sebagai isi pelajaran bagi sesuatu mata pelajaran yang diajar. Dalam pengajaran
Bahasa Melayu unsur ilmu, nilai, dan kemahiran bernilai tambah seperti kemahiran
berfikir, kemahiran belajar, dan kajian masa depan boleh diserapkan.
Ciri-ciri:

1. Proses menyerapkan pelbagai bidang ilmu, nilai dan kemahiran bernilai tambah dalam
P&P bahasa Melayu
2. Penyerapan kemahiran bernilai tambah
3. Peyerapan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis
4. Penyerapan semangat patriotisme dan nilai murni dalam P&P
Cara pelaksanaan:
C. Pengayaan
Definisi:
Pengayaan adalah sejenis aktiviti pembelajaran yang menarik dan mencabar
untuk memberi peluang kepada murid mengembangkan sifat ingin tahu, semangat
berdikari, daya kreativiti, dan semangat kepemimpinan. Pengayaan disediakan untuk
semua murid sama ada kumpulan cerdas, sederhana, atau lemah.
Ciri-ciri:
1. Diberi penekanan mengikut tahap kebolehan, bakat, keupayaan dan minat murid
2. Aktiviti pengayaan boleh diubah mengikut kesesuaian seperti melakukan aktiviti yang
lebih mencapar kepada murid yang sudah hasil pembelajaran awal dari jangkaan masa
3. Aktiviti pengayaan boleh dilakukan dengan bimbingan guru atau sendirian mengikut
kebolehan murid.
Cara pelaksanaan:
Sebagai seorang guru, anda perlu mengambil kira beberapa perkara semasa merancang aktiviti
pengayaan di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Untuk menarik minat murid-murid terhadap
P&P guru, guru seharusnya pandai merangka aktiviti pengayaan yang bersifat kreatif dan
eksperimental. Ini penting bagi meningkatkan proses pemahaman murid-murid di samping mengelakkan
murid-murid bosan atau jemu dengan corak P&P yang sama.
Beberapa aktiviti pengayaan boleh dijalankan diBILIK darjah yang sesuai mengikut kecerdasan
murid yang pelbagai seperti pembelajaran akses kendiri, kerja projek, bacaan tambahan, permainan
dan rekreasi, serta pembelajaran berbantukan komputer. Semua aktiviti ini mempunyai variasi dan
kaedahnya yang tersendiri serta menarik minat murid-murid dalam mengembangkan sifat ingin tahu,
semangat berdikari, daya kreativiti, dan semangat kepemimpinan. Seharusnya aktiviti-aktiviti yang
dilakukan oleh murid-murid hendaklah dilakukan dengan menggunakan daya usaha sendiri atau hasil
kendiri yang boleh memberi kesan kepada diri murid-murid.
Contoh-contoh aktiviti telah diberikan seperti di atas. Kita lihat bagaimana cara pelaksanaan
untuk aktiviti yang berbantukan komputer.

D. Pemulihan
Definisi:
Pengajaran pemulihan merupakan langkah khas yang guru lakukan untuk
membantu murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam menguasai
kemahiran asas membaca, menulis, dan mengira (3M).Pendidikan pemulihan adalah
lebih terbatas dan lebih khusus sifatnya kerana ia bertujuan membaiki kelemahan
pembelajaran. Ia melibatkan murid-murid yang lambat, iaitu mereka yang lembab
mencapai pembelajaran berbanding dengan kanak-kanak yang lain. Pencapaian
pembelajaran murid-murid ini biasanya di bawah tahap pencapaian yang sepatutnya
(Koh Boh Boon, 1982).

Ciri-ciri:
1. Aktiviti pemulihan bertujuan membantu murid menguasai hasil pembelajaran yang
belum dicapai
2. Aktiviti dilakukan mengikut kadar kemampuan murid.
Cara pelaksanaan:
Di dalam pelaksanaan aktiviti pemulihan, guru seharusnya bijak untuk
merancang aktiviti-aktiviti yang sesuai dengan tahap kecerdasan mereka.
Kita ambil contoh pemulihan di dalam bilik darjah yang menekankan
Aktiviti pemulihan boleh dilakukan melalui lima kaedah iaitu pengajaran individu,
pengajaran kumpulan kecil, pengajaran kumpulan besar, pengajran bimbingan rakan
sebaya dan juga pengajaran kolaboratif. Bagi pengajaran individu guru akan
membimbing murid bagi mengatasi masalah yang dihadapi dengan alat bantuan yang
sesuai manakala bagi pengajaran kumpulan kecil pula guru akan membimbing murid
yang berada dalam kelompok kumpulan yang sama dan mempunyai masalah yang
sama tetapi mendapat perhatian secara individu dari guru.
Pengajaran kumpulan besar pula ialah murid-murid mendapat pemulihan dalam
sebuah kelompok yang besar di mana murid-murid yang mempunyai masalah
pembelajaran yang [
Berapa langkah khas harus diambil kira ketika menjalankan langkah-langkah
pemulihan bagi memastikan objektif aktiviti pemulihan tercapai seperti membuat
perancangan dan memilih teknik pengajaran yang sesuai, menentukan masalah yang
sama tidak berulang, mengikuti kemajuan murid dengan menggunakan senarai semak
dan juga membuat penentuan aktiviti penhukuhan yang sesuai dan secocok bagi
menyelesaikan masalah. Setelah selesai proses pemulihan sebagaimana yang telah
dijadualkan satu penilaian harus dilakukan bagi menguji tahap penguasaan murid.
Penilaian ini bertujuan bagi memastikan sama ada objektif pengajaran pemulihan terlah
tercapai atau tidak dan tindakan susulan akan diambil ke atas murid.
Rasionalnya pendidikan pemulihan adalah amat penting kerana melalui pendidikan
pemulihan murid-murid yang lemah dapat diasuh dan diberikan tumpuan yang lebih
berbanding murid lain. Hal ini berlaku kerana murid adalah berbeza dari segi
pengalaman, minat dan juga kebolehan. Oleh itu murid yang lemah atau menghadapi
masalah tertentu perlulah diberi perhatian dan bimbingan. Objektif pendidikan
pemulihan diadakan adalah untuk membolehkan murid-murid menguasai kemahirankemahiran tertentu dengan mengikuti aktiviti-aktiviti alternatif yang sesuai dengan
murid.
Selain itu pendidikan pemulihan ini juga membolehkan murid-murid mendapat
layanan dan kemudahan belajar yang sesuai dengan kemampuan dan perkembangan
mental mereka di samping membolehkan murid mengurangkan masalah yang dihadapi
melalui bantuan guru-guru dan juga pihak lain. Murid juga turut diberikan peluang untuk
mencuba mengembangkan potensi diri mereka dalam pelajaran dan minat mereka
untuk mencuba ke tahap yang lebih maju serta sama-sama melibatkan diri sepenuhnya
dalam aktiviti-aktiviti sosial sama ada di dalam atau di luarBILIK darjah.
Antara faktor yang membawa kepada masalah pembelajaran ialah apabila
wujudnya perasaan tidak yakin, rendah diri dan takut dalam kalangan murid. Selain itu

masalah pembelajaran juga berlaku akibat daripada sikap negatif yang ada dalam diri
murid tersebut sendiri seperti tidak mahu mengikut kata, tingkah laku yang kurang baik
serta disiplin diri yang rendah. Faktor kecacatan sejak lahir dan selepas lahir juga turut
menyumbang kepada masalah pembelajaran. Murid yang mengalami kecacatan ini
akan ditempatkan disekolah khas yang bersesuaian dengan keadaan mereka.
E. Pentaksiran dan penilaian
Definisi:
Penilaian merupakan satu proses atau aktiviti yang sistematik untuk
memperoleh maklumat yang berguna dalam menentukan sesuatu prestasi pengajaran
dan pembelajaran Bahasa Melayu. Dalam Bahasa Melayu KBSR, penilaian merupakan
satu proses untuk menguji, mengukur, dan membuat pertimbangan mengenai
kebolehan atau kemahiran dan kefahaman murid berdasarkan objektif Pengajaran dan
Pembelajaran.
Ciri-ciri:
1. Bertujuan bagi mendapatkan maklumat untuk menentukan pencapaian sesuatu hasil
pembelajaran dan objektif P&P
2. Penilaian dilakukan secara berkala den berterusan serta tindakan susulan bagi
mengetahui tahap penguasaan dan pencapaian murid
Cara pelaksanaan:

You might also like