You are on page 1of 2

PENCEMARAN UDARA

Pencemaran udara bermaksud satu keadaan yang melibatkan bahan kimia,jirim zarahan yang
terkandung dalam udara sehingga berlakunya perubahan dan ketidakselesaan.Bahan-bahan
tersebut terampai di udara dan memberi kesan negative kepada manusia,tumbuhan dan
haiwan.Bahan-bahan ini akan memasuki kedalam tubuh manusia melalui pernafasan dan berupaya
menyekat pengaliran oksigen ke dalam salur-salur darah.
Menurut Wark dan Warner(1901)pencemaran udara sebagai kehadiran satu atau lebih bahan
pencemar atau gabungannya didalam atmosfera dalam kuantiti tertentu pada suatu jangka waktu
yang boleh menyebabkan darurat kepada kehidupan manusia,haiwan atau menganggu suasana
kehidupan.
Menurut Wikipedia Bahasa melayu,pencemaran udara ialah pelepasan bahan kimia berbahaya ke
dalam atmosfera.
JENIS BAHAN PENCEMAR
Sulfur dioksida,karbon monoksida,nitrogen dioksida dan ozon,allergen dan plumbum dan logamlogam lain.
JENIS PENCEMARAN UDARA
Pencemaran udara primer
Satu penghasilan sulfur monoksida dan karbon monoksida akibat daripada proses pembakaran
yang tidak lengkap.Proses ini menyebabkan zarah-zarah yang halus akan terampai-ampai di udara
dan member kesan negative kepada kesihatan manusia.Kebiasaan pencemaran ini dibebaskan
melalui ekzos kenderaan,kawasan industry dan penggunaan dapur arang atau kayu.
Pencemaran udara sekunder
Satu tindakbalas sulfur dioksida yang bergabung dan terus membentuk bersama gas-gas yang
tidak diperlukan oleh benda hidup.Sulfur dioksida memerlukan gas seperti karbon monoksida dan
sulfur monoksida untuk membentuk gas-gas lain.Contohnya gabungan sulfur dioksida,sulfur
monoksida dan wap air akan menghasilkan asid sulfuric.Tindakbalas antara pencemar primer
dengan gas terampai di atmosfera akan menghasilkan peroksid asetil nirat (PAN).

PUNCA PENCEMARAN UDARA


Pencemaran udara boleh berpunca daripada pelepasan asap kenderaan,penghasilan bahan
pencemaran oleh kilang asbestos,simen atau bateri kereta.Selain itu,pembakaran di tempat
pelupusan,pembakaran terbuka di Bandar dan pembakaran hutan yang berleluasa juga boleh
menyebabkan pencemaran udara berlaku.Bahan-bahan seperti sampah sarap,sisa makanan dan
sebagainya juga dapat mendorong berlakunya pencemaran udara melalui aktiviti-aktiviti manusia
seperti pembakaran sampah.Ada sesetengah masyarakat yang masih menggunakan kaedah
memasak cara lama iaitu penggunaan arang atau kayu untuk memasak juga mendorong berlaku
pencemaran tersebut.Pencemaran tersebut juga boleh berpunca dari sumber-sumber semulajadi
seperti gunung berapi,pembakaran sisa-sisa kayu atau jerami-jerami padi secara
berleluasa.Namun demikian,bahan pencemar udara juga boleh terhasil menerusi kegiatan di
kawasan pendalaman seperti penyemburan racun makhluk perosak,perlombongan yang
menghasilkan habuk atau amalan pertanian seperti pendebungaan dan penyemburan baja secara

penyerakan habuk atau debu akibat tiupan angina,letusan gunung berapi,tiupan wap air oleh
ombak dan sebagainya.
KESAN PENCEMARAN UDARA
KESIHATAN MANUSIA
Kesan utama kepada kesihatan manusia adalah system pernafasan.Gas-gas seperti karbon
monoksida akan meracuni system pengangkutan oksigen dalam darah akan melambatkan
tindakbalas manusia sehingga menyebabkan mengantuk,penyakit lelah dan mengurangkan fungsi
paru-paru.Bahan tercemar seperti nitrogen oksida akan menyebabkan edema dan pendarahan
pulmonary.Contoh bahan tersebut ialah gas ozon,ia boleh menimbulkan inflamasi pada paruparu.Manakala habuk,asap,kabus,wap ataubahan-bahan lain juga akan menjejaskan mata dan
penglihatan manusia.Hasil kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia(WHO)menyatakan sebanyak tiga
juta manusia mati setiap tahun disebabkan oleh pencemaran udara.Ini menunjukkan,ia adalah tiga
kali lebih tinggi daripada jumlah kematian yang disebabkan kemalangan kenderaan di jalan raya.