You are on page 1of 2

APAKAH MAKSUD KESELAMATAN SERANTAU

BY MEGA USAHAWAN | PUBLISHED SATURDAY, 1 JUNE 2013

Keselamatan serantau adalah bermaksud tiada ancaman yang boleh mencetuskan konflik di
kalangan negara serantau khususnya rantau Asia Tenggara. Konflik ini adalah merujuk kepada
pengeseran yang besar sehingga boleh menjejaskan hubungan dua hala seperti bantahan
diplomatik, penarikan duta dan konflik yang boleh membawa kepada peperangan. Pasca 9/11
telah menyaksikan berlakunya ketidakstabilan serantau kerana beberapa isu iaitu isu keganasan
global, isu keselamatan maritim, isu keselamatan tenaga dan isu tuntutan bertindih terhadap
beberapa pulau di rantau Asia Tenggara.
Diantara 4 isu yang di ketengahkan itu, isu keganasan adalah paling domina yang telah mewarna
pasca 9/11. Dalam isu keganasan ini, Malaysia berada dalam keadaan paling sukar kerana JI
telah meletakkan malaysia sebagai 'founder financial' kepada pengerakan JI. Malaysia tidak
banyak pilihan kecuali bertindak bersama US untuk memerangi keganasan global. Dalam soal
ini, malaysia telah mengambil tindakan cekap dengan menahan 80 orang anggota KMM melalui
Akta Keselamatan Dalam Negeri ( ISA ) yang di katakan salah satu rangkaian JI. Peranan
Malaysia pasca 9/11 dapat di lihat secara jelas di mana selain daripada menangani keganasan,
Malaysia juga menangani konflik keselamatan maritim di Selat Melaka, keselamatan tenaga dan
tuntutan bertindih terhadap beberapa pulau di rantau Asia Tenggara.

MENGAPA US INGIN MENGUASAI SELAT


MELAKA
BY MEGA USAHAWAN | PUBLISHED SATURDAY, 1 JUNE 2013

Selat Melaka merupakan laluan maritim yang paling sibuk dengan anggaran
urusniaga US$390 billion setahun

berbanding Selat Sunda US$40 billion dan Selat

Lombok US$5 bilion setahun. Kapal dari US yang melalui Selat Melaka membawa
minyak dan gas berbanding kapal-kapal yang melalui Selat Sunda dan Selat Lombok
yang membawa bijih besi. Penguasaan US di Selat Melaka secara tidak langsung
akan memberi kelebihan kepada US untuk menjadi kuasa berganda sebagai kuasa
superpower dunia. Pada dasarnya US bimbang dengan kebangkitan China dan India
kerana kedua-dua negara ini juga berhasrat untuk menjadi kuasa besar serantau
dan sentiasa berusaha mengintai peluang untuk menguasai Selat Melaka.
Cadangan US untuk menempatkan tentera marim di Selat Melaka atas alasan untuk
memerangi keganasan maritim telah di tolak oleh malaysia kerana bimbang ianya
merupakan campur tangan secara langsung US dalam rantau Asia Tenggara.Namun
begitu, Malaysia bersetuju untuk berbincang dengan US keadah bersama menangani
keganasan dan bertukar maklumat risikan. Oleh sebab itu pada tahun 2003,
malaysia telah menubuhkan Agensi Penguatkuasaan Maritim ( APM ) bagi tujuan

menjaga keselamatan di perairan Selat Melaka terutamanya menangani keganasan.


malaysia harus membuktikan keupayaan bagi menangani keganasan dan perlanunan
di Selat Melaka supaya timbul keyakinan terhadap kuasa-kuasa besar khususnya
Amerika Syarikat terhadap kemampuan malaysia mengawal selia perairan selat
Melaka.