You are on page 1of 4

l

Eksperimen 2 Inersia(Inkuiri berstruktur)


1. Inferens :
Inersia bergantung kepada jisim objek
2. Hipotesis :
Apabila jisim objek bertambah maka inersia bertambah.
3. Tujuan :
Untuk mengkaji hubungan di antara jisim dan inersia
4. Pembolehubah:
Manipulasi
: jisim objek (plastisin)
Bergerak balas
: tempoh ayunan
Dimalarkan : bilangan ayunan bilah gergaji.
5. Senarai alat radas:
Bilah gergaji, plastisin, apit-G, jam randik.
6. Susunan radas:

7. Prosedur eksperimen
1 . Sebuah neraca inersia disediakan seperti dalam gambar di atas
2. Bilah gergaji diapitkan secara mengufuk dan diketatkan.
3. seketul plastisin berjisim 20.0 g dilekatkan pada hujung bilah gergaji yang
bebas.
4. Plastisin disesarkan sedikit dengan sudut kurang daripada 10 O untuk
mengayunkannya secara mengufuk . Masa untuk 20 ayunan lengkap
direkodkan sebagai t1. Eksperimen ini diulangi untuk mendapatkan bacaan
t2. Bacaan dicatatkan dalam jadual.

l
5.Prosedur 3 dan 4 diulang untuk plastisin yang berjisim 40.0 g, 60.0 g, 80.0g
dan 100.0 g.
6. Graf tempoh melawan jisim dilukiskan.
6.Penjadualan Data:
Jisim, m (g)
20.0
40.0
60.0
80.0
100.0

t1
10.0
11.0
12.8
15.0
17.0

Masa,t,(s)
t2
10.2
11.4
12.8
15.0
17.0

t
10.1
11.2
12.8
15.0
17.0

Tempoh,T =t/20 (s)


0.51
0.56
0.64
0.75
0.85

7. Plot graf
(rujuk lampiran)
8. Analisis data
Graf menunjukkan graf lengkungan yang menunjukkan hubungan
semakin bertambah jisim semakin bertambah tempoh (inersia).
9. Hipotesis:
Hipotesis diterima. Apabila jisim objek bertambah maka inersia bertambah.