You are on page 1of 33

NAMA :

WAN NORAZLINA MOHAMAD SALLEH

TAJUK :

JODOH

JODOH? Huh! Jodoh tu cuma alasan aje!! Tak ada makna langsung!!
Dapat aku rasakan mataku yang seakan membuntang saat mendengar
setiap patah kata yang terbit daripada bibir suami yang baru sahaja aku
nikahi. Tadi sewaktu aku mengatakan bahawa akhirnya kami dapat
bersama kerana jodoh, Amsyar tiba-tiba sahaja ketawa. Bukan ketawa
biasa yang aku gemar, tetapi ketawa yang kedengaran seperti terlalu jelik
di telingaku.
Abang? Dan ternyata hanya itu sahaja yang mampu terluah daripada
kerongkongku. Amsyar kulihat cuma tersenyum sinis sambil melabuhkan
punggung ke atas sofa di hadapanku. Kedua bola matanya merenungku
dari atas ke bawah.
Kau tahu takkenapa aku kahwin dengan kau?
Spontan aku mengerutkan dahi. Akukau? Sejak bila ada aku dan kau
di antara kami berdua? Mana hilangnya abang dan sayang yang
selama ini kami guna? Dan..soalan jenis apa yang dia soal tadi? Aku
dengan dia sudah bercinta selama dua tahun lamanya. Bukankah
bukankah kami bernikah kerana saling mencintai?
Kitakita kanaaahhh!!! Belum pun sempat aku menyudahkan kata,
tidak semena-mena Amsyar menarik aku ke arahnya. Terjerit aku
dibuatnya dan sedar-sedar sahaja aku sudah pun berada di atas
ribaannya. Wajahnya cuma beberapa inci jauhnya daripada wajahku
sendiri.
Apaapa..abang buat ni? Tersekat-sekat suara yang terpacul daripada
mulutku. Wajahku terasa membahang. Wajah Amsyar pula masih lagi
dihiasi dengan senyuman sinis yang tersungging di bibir nipisnya.
Seketika kemudian tangan kanannya mula menjalar ke pipiku.
Apa ni??? Tanpa sedar laju sahaja aku menempelak perbuatannya.

Entah kenapa aku berasa tidak selesa dengan perlakuannya yang begitu
walhal dia adalah suamiku sendiri. Mungkin kerana Amsyar kelihatan
terlalu aneh, seperti terlalu dingin. Pelik!
Apa ni? Huh, kau ingat apa aku buat? Kau tu. Tiba-tiba Amsyar
memegang belakang leherku dan menarik wajahku mendekati mukanya.
Kasar.
Aku sedikit terpana sebelum akhirnya merenung sepasang mata suamiku
dengan tajam. Kami bersabung mata. Amsyar mencerlung tajam umpama
helang. Dan aku seperti dapat melihat suatu perasaan yang kelihatan
terlalu berlainan dalam kedua matanya. Tidak ada lagi cinta dan sayang
yang selalu kulihat buat diriku. Yang tinggal cuma.kebencian?
Hampir-hampir sahaja aku menekup mulut. Amsyar.lelaki yang paling
aku sayangi, suamiku sendiri.membenciku? Tapi...tapi kenapa?
Kau tu isteri aku. Dan aku boleh buat apa sahaja yang aku nak pada
kau.
Berdesing telingaku mendengar tutur katanya yang dingin dan mendatar.
Amsyar yang selama ini romantis dan lembut sudah hilang entah ke
mana. Yang tinggal di hadapanku kini adalah lelaki yang langsung aku
tidak kenali. Lelaki yang dinginnya terlampau!
Aku akan buat kau.menderita, bisik Amsyar ke telingaku.
Mataku membulat. Hatiku pula terasa seperti ditusuk belati yang paling
tajam, dirobek-robek dengan cukup kejam. Suami yang baru sahaja aku
nikahimahukan aku menderita?
Apa abang cakap ni? Perlahan aku menyoal kembali. Mataku sudah pun
berkaca-kaca.
Buat kesekian kalinya Amsyar mempamerkan senyuman sinisnya. Dan
dengan setiap senyuman sinis itu, secebis hatiku seperti dibawa pergi.
Tidak! Bukan dibawa pergi tetapi dibunuh kejam!

Aku kahwin dengan kau sebab aku nak hancurkan kau.


Automatik aku terbangun daripada ribaan Amsyar. Dadaku berombak laju.
Bibirku mula terketar-ketar. Tutur katanya tadi bermain-main di hujung
telingaku. Dia mahu hancurkan aku? Amsyar.lelaki yang selama ini
menjadi kekasihku sebenarnya mengahwiniku kerana mahu
menghancurkan aku? Apa semua ini???
Amsyar menyandarkan tubuhnya ke sofa dengan lagak penuh selesa.
Sebelah tangannya diangkat ke belakang leher. Matanya pula tidak lepas
daripada memandangku.
Kau ingat aku cintakan kau? Huh! Pergi jahanamlah dengan perasaan
cinta kau tu!! Tempik Amsyar tiba-tiba.
Bahuku terangkat. Terkejut!
Kau tahu tak berapa lama aku tunggu saat ni? Berapa lama aku terpaksa
berlakon cintakan kau sebab nak kau jatuh ke genggaman aku? Dua
tahun! Dua tahun aku terpaksa maniskan muka depan kau sedangkan
dalam hati niaku nak sangat cekik-cekik kau sampai mampus!!
Pantas aku menekup mulutku. Air mata yang sedari tadi hanya bergenang
di tubir mata akhirnya mula bercucuran turun. Ya Allah! Pedihnya hatiku
saat ini. Hancur lumat sekeping hati ini mendengar setiap patah kata
yang keluar daripada mulut Amsyar, suamiku.
Kekenapa? Apa Ana dah buat? Apa dosa Ana? Akhirnya aku menyoal
setelah menjatuhkan kembali tangan kananku.
Tidak semena-mena Amsyar bangun dari duduknya dan mendekatiku.
Perlahan. Matanya merenungku. Tajam sekali! Sedikit demi sedikit aku
berundur ke belakang. Namun belum pun sempat aku menjauh, Amsyar
terlebih dahulu merengkuh bahuku dengan kasar.
Sasakit Aku bersuara dengan wajah yang menyeringai kesakitan.
Kau tanya aku kenapa? Baik kau tanya papa kesayangan kau tu.apa

dia dah buat pada keluarga Adam. Tanpa mempedulikan aku yang
kesakitan, Amsyar menjawab. Dingin sekali! Seketika kemudian dia
melepaskan pegangan di bahuku dengan cukup kasar. Dek kerana tidak
dapat meneka tindakannya itu, aku terjelepuk jatuh.
Aduh! Aku mengaduh sambil memandang Amsyar yang hanya
membalas pandanganku dengan kosong.
Bangun. Jangan nak buat muka sedih kat sini, tegas suamiku itu. Tiada
langsung riak rasa bersalah atas kekasarannya tadi.
Bangunaku cakap, sambungnya lagi setelah aku hanya membatu.
Kepalanya sedikit ditundukkan padaku yang masih elok terduduk di atas
lantai.
Perlahan aku menyeka air mata di pipi dan bangun. Punggungku yang
terasa perit dibiarkan sahaja. Ah, apalah sangat rasa sakit itu jika
dibandingkan dengan betapa hancurnya hatiku saat ini!
Pergi mandi, arah Amsyar dengan tegas sambil membelakangiku.
Aku terkaku di belakang suamiku yang kelihatan tegap. Seketika
kemudian, dia menoleh dengan kening yang terangkat.
Malam ni kan malam perkahwinan kita. Mestilah kau kena bersih, kena
wangi untuk aku.
Tersirap darah panas ke wajahku. Setelah apa yang dia ucapkan tadi,
berani sungguh dia berkata begitu? Kurang ajar!
Perlahan aku menggenggam kedua tanganku. Perasaan sebak yang
sedari tadi bertamu dalam diri sedikit demi sedikit berubah menjadi
amarah. Amsyar fikir kerana dia suamiku, dia ada hak untuk menjatuhkan
maruah aku begitu? Apa dia fikir kerana aku ini seorang isteri, aku akan
biarkan dia perlakukan sewenangnya padaku? Tidak! Aku bukan
perempuan yang boleh diperkotak-katikkan begitu!
Takkan ada malam perkahwinan antara kita. Dengan berani aku

menjawab begitu.
Usai aku menyudahkan kata, kedua tangan tegap Amsyar hinggap lagi di
bahuku. Kasar dia menolak tubuh kecilku hingga melekat di dinding.
Terpana aku dengan tindakan drastik lelaki itu. Namun sesaat cuma!
Kerana selepas itu aku dengan berani mengangkat pandangan dan
merenungnya tajam. Aku mahu dia tahu bahawa walau sedalam mana
pun perasaan cinta aku pada dia, aku takkan biarkan dia hancurkan aku.
Takkan!
Kau tak layak untuk cakap macam tu. Aku akan buat apa sahaja yang
aku nak pada kau. Dan aku nak kau balas balik segala perbuatan Dato
Johari pada keluarga aku. Aku nak kau musnah
Dengan bisikan dingin itu, Amsyar mendukung dan membanting tubuh
genitku ke atas katil. Sesaat kemudian.suami yang baru aku nikahi,
suami yang sepatutnya melindungiku bertukar menjadi syaitan. Ya,
syaitan yang bertopengkan manusia!
Dan aku.apalah sangat kudratku untuk melawan tenaga seorang lelaki?
Yang termampu aku lakukan hanyalah menangis dan menjerit dengan
suara yang tersekat di celah kerongkongku.
Ya Allah!!! Selamatkan aku.
*****
KINI perkahwinanku sudah pun menginjak ke bulan ketiga. Hubunganku
dengan Amsyar masih tetap seperti waktu malam hitam itu. Dingin. Kaku.
Dan.penuh kebencian.
Ingathujung minggu ni aku ada event dengan kawan-kawan aku. Kau
kena ikut aku. Kasar suara Amsyar menegurku saat aku mahu ke bilik
tidur. Bilik yang menyimpan segala memori tentang kekejaman dan
kerakusan seorang suami kepada isterinya. Bilik yang bagiku tidak ubah
seperti neraka!
Hei, kau pekak ke, hah?? Aku cakap dengan kau ni! tengking Amsyar.

Dari hujung mataku, aku dapat melihat dengan jelas dia yang sedang
berdiri di tengah ruang tamu. Menyinga!
Saya tak nak pergi. Aku akhirnya menjawab. Keras.
Tidak semena-mena, lengan kananku direngkuh kasar. Aku tersentak.
Terperanjat dengan kemunculan Amsyar yang tiba-tiba sahaja sudah pun
berdiri di sebelahku. Entah bila dia mendekatiku, aku sendiri tidak pasti.
Sedaya upaya aku cuba menahan keperitan yang menembusi lenganku.
Aku tidak mahu memberi kepuasan padanya kerana berjaya
menyakitkanku. Tidak! Aku takkan biarkan dia gembira melihat
penderitaanku.
Kau tetap akan pergi, bisik Amsyar di hujung telingaku. Dingin.
Aku menjeling sekilas.
Tak nak.
Terlepas dengusan dari mulut Amsyar. Aku tahu dia sudah makin berang.
Kau akan ikut cakap aku, ujar Amsyar dengan cukup keras.
Tak nak! Awak tak faham ke, saya cakap tak nak!! bentakku, sedikit
menjerit. Lenganku yang direngkuh kasar tadi, aku tarik dengan kuat.
Mungkin kerana tidak menduga tindakanku, pegangan tangan Amsyar
pada lenganku terlepas.
Namun sesaat kemudian tangan Amsyar melekat pula di bawah daguku.
Terangkat wajahku dengan tindakan lelaki itu. Jari jemarinya mencengkam
rahangku dengan kuat. Dahiku berkerut menahan sakit. Bibirku pula
diketap kuat-kuat, tidak mahu membiarkan walau sedikit pun jeritan
kerana sakit meletus keluar dari mulutku.
Sedikit demi sedikit senyuman sinis tersungging di bibir Amsyar.
Kau memang berani kan, Nurul Jannah? Berani lawan aku. Kau tak sedar
ke, lagi kau lawan akulagi aku akan buat kau menderita. Keras, dingin
dan mendatar bisikan Amsyar di hujung gegendang telingaku.

Mendengar setiap patah kata yang sedemikian rupa keluar dari mulut
suamiku sendiri, aku dapat rasakan perasaan sebak dan terluka yang
menghimpit jiwa. Jantungku berkocak hebat dengan rasa hiba. Sedaya
upaya aku cuba untuk menenangkan hati dalam setiap desah nafas yang
kurasakan makin sukar untuk dilepaskan.
Ya, terlalu sesak jantung inijiwa ini dengan kebencian yang ditunjukkan
oleh suamiku, satu-satunya lelaki yang memiliki hatiku. Ya Allah! Kenapa
dia terlalu membenciku? Apakah dendam yang dia cuba balas padaku?
Soby hook or by crook, kau akan ikut aku, sambung Amsyar lagi tanpa
mempedulikan aku yang hanya membatu. Wajahku dilepaskan dengan
kasar. Terasa mahu patah rahangku dengan tindakannya itu.
Aku mengetap bibir dan menggenggam erat kedua tanganku, cuba
menahan diri daripada menitiskan air jernih yang sudah mula bertakung
di tubir mata.
Kekenapa? Kenapa awak nak saya ikut awak? tanyaku perlahan
dengan nada suara yang bergetar. Ya, bergetar dengan rasa sakit, pilu,
pedih dan perit!
Amsyar tersenyum mengejek.
Kenapa kau tanya? Its simple! Kau tutrophy wife aku. Nurul Jannah
binti Dato Johari, anak perempuan kepada pemilik ARIADA Corporation,
syarikat yang menjadi leader dalam dunia hartanah Malaysia. Dengan
lagak yang penuh angkuh, Amsyar menjawab sebelum menghentikan
kata-kata buat seketika.
Terasa seperti segenap tubuhku terkaku saat setiap bait jawapan lelaki
singgah di telingaku. Baginya, aku tidak ubah seperti trofi yang dimenangi
dalam sebuah pertaruhan. Tidak ada nilai langsung!
So, mestilah aku kena tayang-tayang kau pada kawan-kawan aku.
Amsyar mengakhiri jawapannya dengan satu renungan tajam yang
sangat jelik di mataku.

Perlahan-lahan perasaan sebak dalam hatiku bertukar kepada geram. Ya,


aku geram dengan lelaki di hadapanku ini yang benar-benar
merendahkan martabat dan nilaiku. Dia nak sangat tayangkan aku pada
kawan-kawannya, bukan? Okey, aku akan jadi seorang trophy wife yang
paling unggul.
Dan dengan bibir yang terketar-ketar, aku akhirnya menjawab. As you
wish, Amsyar.
*****
BEHAVE yourself. Jangan nak malukan aku depan kawan-kawan aku.
Perlahan Amsyar memberikan amaran di hujung telingaku. Pelukannya
pada bahuku diperkemaskan seakan-akan mahu menekankan amaran itu.
Aku mengerling sekilas ke arah suamiku itu, sebelum tersenyum sinis.
Awak tak perlu bimbang pasal tu. I know my place. Just a trophy wife. So,
Ill behave like one.
Amsyar kelihatan sedikit tersentak, lantas segera berpaling ke arahku.
What is that supposed to mean?
Aku tidak menjawab, hanya sebelah keningku yang diangkat dengan
lagak tanpa perasaan. Dan sesaat kemudian, tangan tegap Amsyar
menarik bahuku lebih dekat padanya. Sedar-sedar sahaja hujung
hidungku sudah pun melekat pada hujung hidungnya. Dekat!
Aku tergamam namun cepat-cepat aku kembali ke dunia nyata. Dengan
penuh keyakinan, aku membalas renungan tajamnya. Dadaku yang
berkocak hebat tidak dipedulikan langsung walaupun aku yakin setiap
degupan itu sebenarnya mengalunkan nama Amsyar. Ah, wahai hati
tolonglah, tolonglah berhenti menyayangi dia
Woowoooguys, jangan nak buat benda-benda pelik kat sini. Tibatiba ada suara lain yang menegur. Cepat-cepat Amsyar meleraikan sedikit
pelukannya. Namun tidak pula dijatuhkan tangan kirinya yang masih lagi

elok mendarat di bahuku.


Dari hujung mata aku dapat melihat dia tersenyum senang. Ah, pedihnya
hati ini melihat senyuman itu! Senyuman yang tidak pernah langsung dia
pamerkan buatku.
Yo, Razi!! Long time no see. Amsyar menjawab teguran seorang lelaki
yang kukira kawannya. Dan diamasih dengan senyuman itu.
So, inilah wife kau? soal lelaki yang dipanggil Razi tadi usai tiba di
hadapan kami berdua. Pandangannya tepat dihalakan padaku.
Ya, Im Jannah Dato Johari. Nice to meet you, jawabku sebelum sempat
Amsyar membuka mulut. Namaku ditekankan sedikit bersama suara yang
sengaja dilembutkan. Bibirku pula menguntum senyuman paling manis.
Dan saat itu juga aku seperti dapat mendengar dengusan kasar yang
terlepas dari mulut Amsyar.
Nama cantik, secantik tuannya balas Razi pula. Senyuman nakal
tersungging di bibirnya.
Segera aku ketawa kecil dan memegang pipi. Dan dengan lagak manja
yang disengajakan, aku menjawab. Isy, you ni...mulut manis. Segan I,
tau
Amsyar yang sudah pun menguatkan pelukannya di bahuku tidak
dipedulikan langsung. Aku tahu dia sedang marah. Tetapiada aku kisah?
Dia yang mahu aku menjadi trophy wife yang boleh dia tayang-tayangkan
pada semua, kan? Aku cuma memainkan watakku!
You pun.apa kurangnya, handsome Dengan berani, aku memuji
lelaki di hadapanku ini.
Meledak ketawa Razi sebelum dia akhirnya menghentikan tawa dan
bersuara. Am, your wife niinterestinglah. Kalau tak difikirkan dia ni wife
kau, mahunya aku
Aku apa? sampuk Amsyar tiba-tiba. Keras. Wajahnya tegang.

Aku ambil dia jadi girlfriend aku.


Terlopong aku dengan jawapan bersahaja Razi. Namun cepat-cepat aku
membuat muka selamba dan kemudian tersenyum kecil.
You ni pandai berguraulah, balasku. Berani.
Amsyar berdehem beberapa kali sebelum bersuara. Razi, kau niagakagaklah, nak masuk line pun, janganlah depan husband dia sendiri.
Sekali lagi meledak ketawa Razi. Aku pasti lelaki itu menganggap Amsyar
hanya bergurau. Tetapi aku tahusuamiku ini sedang menahan rasa
amarah dalam diri. Huh, puas hatiku kerana dapat membuat dia geram
begitu!
Kau ni, Am...takkan marah kot. Aku gurau jelah. Masih dengan sisa
tawanya. Razi membalas.
Amsyar tersenyum nipis. Nampak sangat senyuman itu dibuat-buat!
Akuaku mana ada marah. Aku tahu kau tu memang jenis yang tak
boleh tengok perempuan, jawab Amsyar seraya menepuk bahu
sahabatnya itu. Razi hanya tergelak kecil.
Tapi aku tak sangka kau ni pulak jenis yang pantang tengok lelaki,
sambungnya lagi di hujung telingaku. Berbisik dengan cukup perlahan.
Bisikannya itu hanya aku jawab dengan jelingan tajam sebelum aku
akhirnya kembali memalingkan muka ke arah Razi.
Razi, you kerja apa?
Dan aku masih dengan watakku sebagai seorang trophy wife milik
Amsyar, lelaki yang mahu memusnahkan isterinya sendiri.
*****

APA kau cuba buat tadi? soal Amsyar sebaik sahaja kami selamat tiba di
rumah.
Aku meletakkan tas tanganku di atas sofa sebelum berpaling, berhadapan
dengan suamiku. Kedua tanganku disilangkan ke dada.
Buat apa? Dengan selamba, aku menyoal kembali.
Amsyar mendegus kasar dan menghampiriku. Kini tubuh tegapnya betulbetul berada di hadapanku.Kau sengaja nak malukan aku, kan?
Pandanganku didongakkan ke atas, memandang ke dalam kedua-dua
mata Amsyar yang kelihatan merah dengan api kemarahan. Dan entah
kenapa timbul perasaan sebak dalam hatiku. Tanpa dapat ditahan-tahan,
aku mula tertanya sendiri bilalah agaknya api kemarahan itu akan lenyap
daripada mata suamiku ini?
Kau memang sengaja, kan? Lagi Amsyar menyoalku. Masih dengan
nada keras yang sangat meremukkan sekeping hatiku.
Perlahan aku menarik nafas dalam-dalam dan menayangkan wajah tanpa
perasaan.
Im just being a trophy wife. Bukan ke itu yang sepatutnya trophy wife
buat? Tayang muka pada kawan-kawan suami sendiri, layan diorang
semua? Aku menjawab, penuh berani.
Tapi aku tak suruh kau menggatal dengan diorang! tempelak Amsyar
tiba-tiba.
Aku sedikit tersentak sebelum akhirnya tersenyum sinis.
Habis tu, apa awak nak saya buat? Tunjuk muka je, biarkan awak cakap
apa saja pasal saya, biarkan awak jatuhkan maruah saya. Macam tu???
Tidak semena-mena meledak tawa Amsyar.
Maruah? Eh, kau tu ada maruah ke, hah??? Dengan lagak angkuh dan

jelik, Amsyar menyoalku.


Aapamaksud awak? Tersekat-sekat suaraku.
Kau tu tak layak nak cakap pasal maruah. Sebab kau tu.tak ubah
macam teman seranjang aku aje.
Zup! Tersentap hatiku dengan kata-kata Amsyar. Betapa remuknya hatiku
saat ini, hanya Allah yang tahu. Dapat kurasakan air mata yang sedikit
demi sedikit bertakung di tubir mata.
Kau tu cuma macam
Macam apa? sampukku perlahan.
Lambat-lambat Amsyar mendekatiku dan kemudian menundukkan kepala
sebelum akhirnya berbisik perlahan. Macam pelacur
Terpejam mataku saat perkataan itu melekat di gegendang telinga. Air
mata yang kucuba tahan-tahan tadi akhirnya menitik jua. Ya Allah!
Sanggupnya diasanggupnya suamiku sendiri mengatakan begitu
padaku.
Hei, kenapa nak menangis-nangis ni? Tadi bukan main lagi kau melayan
semua lelaki-lelaki tu sindir Amsyar tanpa langsung riak rasa bersalah
atas apa yang diucapkannya tadi.
Pantas aku menyeka air mataku.
Suka hati awaklah nak cakap apa pun. Akhirnya aku menjawab. Lemah.
Ya, aku sudah hilang kudrat untuk berhadapan dengan suamiku ini. Setiap
kali aku cuba melawan, cuba membalasakhirnya yang akan sakit adalah
aku. Hanya aku! Bukan dia!
Eh, takkan dah nak give up kut? Tadi
Apa yang tadinya??? Tanpa sedar, aku mula menjerit. Tadi saya macam
pelacur? Perempuan jalang? Itu ke yang awak nak cakap, Amsyar?

Memang pun! Aku tak pernah jumpa perempuan semurah kau!


Sekurang-kurangnya pelacur dapat bayaran, tapi kau.aku dapat kau
dengan percuma aje!!
Amsyar!!!! tengkingku lantang. Dadaku berombak laju. Dan perlahanlahan air mataku gugur lagi. Hatiku.jiwaku terasa terlampau pedih.
Perit! Sakit!
Amsyar kelihatan sedikit tercengang. Mungkin dia tidak menyangka
bahawa aku akan menempik begitu.
Awakawak memang melampau. Dengan bibir yang terketar-ketar aku
bersuara.
Terbit senyuman sinis di bibir Amsyar.
Melampau? Walau macam mana sekali pun aku melampau, takkan boleh
lawan papa kau yang tengah ada kat US tu. Dingin jawapan suamiku itu.
Aku terdiam. Teringatku pada papa yang kini sedang menguruskan urusan
perniagaannya di Colorado. Apa yang sebenarnya terjadi di antara papa
dan Amsyar?
*****
TERGAMAM aku saat jawapan papa singgah di gegendang telingaku.
Adam tu bekas rakan kongsi papa. Kami yang sama-sama memulakan
perniagaan. Tapipapapapa jadi terlalu tamak. Papa perangkap Adam
sehingga dia masuk penjara dan akhirnya papa bolot semua harta milik
dia.
Perlahan aku mencengkam dada yang terasa perit. Ya Allah! Inikah yang
dimaksudkan Amsyar? Jadi betullah papa telah hancurkan keluarga
Adamayah kandung Amsyar?
Tadi sewaktu aku menyoal papa tentang Adam sekembalinya papa dari
US, doaku agar jawapan yang bakal papa berikan tidak akan sekali-kali

menghancurkan hatiku begini. Tetapitetapi nampaknya sebaliknya yang


berlaku.
Papa.kenapa, papa? soalku dalam sendu. Sedaya-upaya aku cuba
menahan perasaan sedihku. Aku tidak mahu papa perasan akan
perubahan diriku. Ya, selama aku berkahwin dengan Amsyar, tiada siapa
yang tahu bagaimana keadaan perkahwinan kami. Mereka fikir aku
bahagia, mereka fikir aku sedang enak bermadu asmara tetapi
hakikatnyaaku menderita!
Papa meraup wajah dengan lagak penuh rasa bersalah. Aku seperti dapat
melihat kekesalan di wajah tua itu.
Bila business tu dah mula berjaya, papaentahlahpapa jadi tamak.
Papa tak nak kongsi harta, duit yang melimpah masuk tu dengan sesiapa
pun.
Sebab tu papa.papa buat macam tu? soalku kembali.
Papa terdiam sejenak sebelum akhirnya mengangguk perlahan.
Papa menyesal, sayang. Menyesal sangat. Lima bulan lepas Adam
disabitkan kesalahan, papa memang hidup mewah. Ada semuanya,
tapi.ibu Ana disahkan kanser. Waktu tu papa tahu, semuanya balasan
papabalasan atas apa yang papa buat pada Adam. Papa cuba tebus
segalanya, tapi papa.papa tak berani bagitahu polis tentang hal
sebenar.
Jadipapa diamkan diri? Papapapa melampau! Tanpa sedar, aku mula
membentak.
Ya! Memang papa melampau! Sebab tulah papa cuba cari keluarga dia,
papa mahu kembalikan hak keluarga Adam. Tapi diorang semua dah
pindah dan sampai sekarang punpapa gagal cari diorang, jelas papa
lagi, sedikit beremosi.
Papa tak gagal. Diorang ada depan mata papa, tapi yang tinggal
sekarang cuma.anak Adam, pa. Dia seorang dan diadia nak Ana yang
bayar atas segalanya, sambungku dalam hati.

Ingin sekali aku luahkan segalanya pada papa, namun melihat wajah tua
papa yang jelas lemah, hatiku jadi tidak kuat. Ya, aku tidak kuat untuk
memberitahu papa tentang Amsyar, anak Adam. Aku tidak tegar untuk
memberitahu papa bahawa Nurul Jannah, satu-satunya anak kesayangan
papa kini sedang membayar hutang bagi penderitaan yang bermula dua
puluh tahun lepas.
Papapapa jangan risau. Ana percaya ada orang yang dah bayar harga
kehancuran keluarga tu, bisikku perlahan.
Apa maksud Ana? soal papa kembali.
Aku tidak menjawab, sebaliknya hanya senyuman yang aku hadiahkan
buat papa. Senyuman yang kelat lagi hambar.
*****
SAMPAH apa yang kau masak ni, hah??
Hampir terangkat bahuku saat suara nyaring suamiku hinggap di
gegendang telinga. Namun tidak pula aku menjawab. Lidahku kelu tanpa
suara.
Hei, aku tanya kau ni. Kau pekak ke, hah?? Kali ini dahiku menjadi
mangsa tujahan jarinya. Selalunya bukan main lagi pandai menjawab.
Lambat-lambat aku mengangkat wajah. Mataku melekat pada wajah
Amsyar yang merenungku tajam. Perlahan perasaan sebak bertamu
dalam hatiku. Inilah dia lelaki yang amat aku sayangi. Yang amat aku
cintai. Yang telah papa musnahkan keluarganya.
Entah kenapa perasaan bersalah mula menggebu dalam diri. Jika
kebiasaannya aku selalu sahaja menjawab dan melawan Amsyar, hari ini
aku jadi lemah. Kerana aku tahu bahawa memang aku tidak layak pun
untuk melawan dia. Daripada awal lagi, aku dan keluargaku yang
bersalah, yang berhutang padanya. Jadi mungkin lebih baik jika aku
biarkan sahaja dia perlakukan sewenang-wenangnya padaku.

Ana minta maaf kalau abang tak suka lauk tu. Abang nak makan apa?
AnaAna masakkan yang lain. Akhirnya aku membuka mulut sambil
cepat-cepat mengambil mangkuk yang mengandungi sup ayam, lauk
yang dipanggil sampah oleh suamiku tadi. Dari hujung mata, aku dapat
melihat dengan jelas riak Amsyar yang seperti kehairanan dengan
sikapku.
Kau ni kenapa? Siap berabang..berAna lagi dengan aku.
Aku terdiam seketika sebelum akhirnya menjawab dengan perlahan.
Abang kansuami Ana, memang patut pun Ana panggil abang macam
tu.
Amsyar tiba-tiba sahaja bangun dari duduknya dan kemudian dengan
kasar dia menarik aku agar berhadapan dengannya.
Eh, kau tak payah nak berlakon macam nilah dengan aku. Kau ingat
kalau kau baik, lembut dengan aku macam ni.aku akan lepaskan kau?
Perlahan-lahan aku menggelengkan kepala.
TakAna tak minta abang lepaskan Ana. Walau apa pun yang abang nak
buat pada Ana, Ana akan biarkan saja.
Amsyar melepaskan pegangan tangannya dan meraup wajah.
Kau ni kenapa, hah? Apa yang kau cuba buat?
Terkelip-kelip mataku memandang Amsyar.
Ana tak faham. Apa yang Ana cuba buat?
Kau tak payah nak berlakon lagilah. Jannah yang aku kenaltakkan
dengan mudah biarkan orang lain pijak-pijak kepala dia, balas Amsyar.
Masih bernada kasar. Tetapi entah apa yang merasuk diriku, jawapannya
itu sedikit membuatkan aku terharu. Sekurang-kurangnya dia sebenarnya
masih mengenali aku, mengenali siapa diriku. Dan itu bermaksud.aku

mungkin ada di suatu sudut hati dia.


Ah, apa yang aku fikirkan ini? Tidak mungkin aku ada di hatinya!
Dan Amsyar yang Ana kenal akan berpegang teguh pada kata-katanya.
Aku akhirnya menjawab.
Apa maksud kau? soal Amsyar kembali dengan kerut di dahi.
Aku tersenyum kelat seraya menatap wajah serius suamiku. Wajah yang
tidak pernah langsung menghadiahkan senyuman buatku, seperti waktu
kami bercinta dulu. Pembetulan! Waktu dia berpura-pura bercinta
denganku.
Abang nak hancurkan Ana, kan? Dipersilakan. Lemah jawapanku,
selemah hati, jiwa dan semangatku.
Terlepas dengusan kasar Amsyar. Dia meraup wajah beberapa kali. Entah
kenapa, dia kelihatan bingung, resah dan serba salah. Kenapa dia harus
berperlakuan begitu? Bukankah memang ini yang dia ingini?
Kaukauni sebenarnya sedang menyindir aku, ke? Keras soalan
Amsyar.
Pantas aku menggeleng.
Tak..Ana Sebelum sempat aku menyudahkan kata, Amsyar tiba-tiba
sahaja merengkuh bahuku.
Kau jangan nak tipu. Aku tahu kau sedang menyindir aku. Kau mesti
ingat aku akan lepaskan kau kalau kau buat baik macam ni? Ah, jangan
berangan! Dan dengan teriakan itu, Amsyar menolakku kasar.
Serta merta aku terdorong ke belakang dan sedar-sedar sahaja, suatu
kesakitan yang tidak dapat aku gambarkan mula menusuk-nusuk
belakang dan perutku. Perlahan-lahan aku terduduk ke atas lantai.
Argghhh.sakitsakit ujarku sambil menekan-nekan perutku.
Wajahku menyeringai penuh kesakitan. Dari hujung mata aku dapat

melihat Amsyar yang hanya terkaku tanpa reaksi. Tercengang tanpa kata.
Abang..
Dan akhirnya, hanya kegelapan yang menyelubungiku.
*****
APA doktor cakap tadi? Aku menyoal sekali lagi.
Doktor muda yang kini berdiri di hadapanku, di sebelah Amsyar menarik
nafas dalam-dalam sebelum menghembusnya perlahan.
Kamikami mohon maaf. Tapikami tak dapat selamatkan anak dalam
kandungan puan.
Terkebil-kebil mataku cuba memahami kata-kata doktor tadi. Anak dalam
kandungan? Siapa yang mengandung? Aku ke?
Aanak?
Ya, puan. Puan hamil lapan minggu. Tetapikesan hentakan pada
belakang puan terlalu kuat. Bayi puan tak dapat kami
Suara doktor itu hanya kedengaran sayup-sayup sahaja di telingaku.
Tubuhku terasa menggigil tiba-tiba. Jadijadi, selama sebulan ini aku
sebenarnya hamil? Aku punya nyawa yang tersimpan dalam rahimku?
Dan kininyawa itu sudahtiada?
Puanpuan Suara doktor yang sama tadi muncul kembali di hujung
telingaku. Puan tak apa-apa ke? Saya tinggalkan puan dengan suami
puan, ya?
Usai mendengar perkataan suami, pantas aku berpaling pada Amsyar
yang sedari tadi diam tidak berkutik. Wajahnya kelihatan kusut. Kemudian
aku menoleh kembali pada doktor tersebut dan mengangguk.
Sempat doktor itu menepuk bahu Amsyar sebelum akhirnya berlalu pergi.

Amsyar menghampiriku dan bersuara perlahan. Errakuaku


Ana nak rehat, sampukku sebelum Amsyar sempat menyambung kata.
Tapi
Tolong keluar. Aku menyampuk lagi seraya membaringkan tubuh dan
membelakanginya. Mataku dikatup rapat-rapat. Namun aku masih dapat
merasakan pandangan Amsyar yang masih tepat pada belakangku.
Tolong keluar, bang.. Sekali lagi aku bersuara. Telingaku dapat
mendengar dengan jelas bunyi keluhan Amsyar.
Take care, ujar Amsyar lembut. Seketika kemudian, bunyi pintu yang
ditutup perlahan memenuhi ruang bilik.
Lambat-lambat aku membuka mataku kembali bersama tubuh yang
sedikit terketar-ketar. Take care? Jaga diri baik-baik? Apa lagi yang nak
dijaga setelah apa yang terjadi, Amsyar?
Kami tak dapat selamatkan anak dalam kandungan puan.
Kata-kata doktor tadi tiba-tiba sahaja terngiang-ngiang di telingaku.
Pantas aku memegang perut. Bibirku diketap kuat-kuat, cuba menahan
perasaan dalam hati. Tetapientah kenapa, aku seperti tidak dapat
merasakan apa-apa. Segalanya kosong. Malah setitik air mata pun tidak
mengalir daripada mataku.
*****
DUA minggu sudah berlalu sejak peristiwa itu. Aku kini sudah pun kembali
ke rumah. Tidak perlu lagi berada di hospital, tidak perlu lagi berada di
tempat yang mematerikan sejarah anakku pergi tanpa sempat aku temui.
Tidak! Tanpa sempat aku ketahui kewujudannya.
AnaAna nak apa-apa ke? Suara lembut Amsyar tiba-tiba sahaja
singgah di telingaku. Ya, semenjak hari ituAmsyar sudah berubah
tingkah. Tidak lagi kasar dan menakutkan. Segalanya tentang dia kini

hanyalah kelembutan dan mungkin juga kebaikan.


Tetapi, aku bukan bodoh! Aku bukan bodoh untuk menilai bahawa dia
cuma berasa bersalah atas apa yang terjadi. Namun untuk apa rasa
bersalah itu? Bukankah memang itu yang dia ingini? Kehancuran aku???
Ana panggilnya lagi.
Ana nak ke bilik, jawabku perlahan. Tetapi sebelum pun sempat aku
berlalu, Amsyar terlebih dahulu memegang pergelangan tanganku. Aku
hanya membiarkan sahaja tanpa reaksi. Tubuhku kaku. Keras.
Anaakuerrabang
Spontan aku tersenyum tawar. Abang? Sejak bila pula lelaki inisuamiku
ini pandai membahasakan dirinya abang?
Abang.abang Suara Amsyar kedengaran tersekat-sekat, seperti
terlalu sukar untuk diluahkan.
Perlahan-lahan aku menarik tanganku. Tidak mahu lagi terus melekap
dalam pegangannya. Ana nak masuk bilik. Nak rehat.
Baru sahaja aku ingin melangkah, Amsyar tiba-tiba sahaja meraihku ke
dalam pelukannya. Aku terkedu. Tubuhku kaku.
Tolongtolong jangan jadi macam ni lagi. Abang...abang minta maaf,
bisiknya perlahan. Ada nada sendu dalam suaranya.
Aku memejamkan mata buat seketika sebelum membukanya kembali.
Aku ingin mengumpul kekuatan untuk meluahkan rasa dalam hati. Dan
kemudian aku menolak tubuh suamiku. Sungguh! Aku tidak rela
bersentuhan dengannya. Walau sedikit pun!
Apa abang buat ni? soalku perlahan tanpa langsung memandang wajah
suamiku.
Buat apa? soal Amsyar kembali. Juga perlahan.
Abang minta maaf tadi. Abang tak perlu minta maaf untuk apa-apa pun,

kan?
Keluhan kecil terlepas dari mulut Amsyar sebelum dia tiba-tiba sahaja
mengangkat daguku. Memaksa aku untuk menatap wajahnya. Dan aku
dengan bersahaja membalas pandangan matanya. Namun aku dapat
rasakan betapa kosongnya pandangan mataku.
Abang.abang tahusemuanya salah abang. Abang yang
Abang tak perlu cakap apa-apa lagi. Ana fahamAna faham segalanya.
Amsyar mengerutkan dahi.
Faham apa?
Automatik aku tersenyum. Hambar, kelat, tawar!
Papa dah bagitahu Ana segalanya. Apa papa dah buat pada keluarga
abang. Betul cakap abang. Papa hancurkan keluarga abang. Papa
musnahkan segalanya. Jadi..Ana faham yang abang..abang cuma buat
apa yang sepatutnya abang buat. Ana fahamfaham sangat-sangat! Dan
Ana harapAna harap Terhenti seketika kata-kataku. Kedua tanganku
digenggam kuat-kuat sebelum akhirnya aku menyambung lagi. Ana
harap abang gembira atas apa yang dah jadi. Atas kematian
Nurul Jannah!! teriak Amsyar tiba-tiba. Cukup lantang. Terangkat
bahuku saat mendengar suaranya. Terkejut!
Apa yangAna cuba cakapkan ni? Tersekat-sekat nada suara Amsyar.
Kedengaran seperti bersalutkan rasa luluh. Tetapi, tidak mungkin! Tidak
mungkin dia akan rasa luluh, akan rasa sedihkerana memang ini
kemahuannya!
Aku mendongak dan memandang tepat ke dalam bebola mata suamiku
itu.
Abang dan berjaya hancurkan Ana. Every little piece of me dah pun
abang musnahkan. Abang dah berjaya balas dendam bagi pihak keluarga

abang. AnaAna tahu abang gembira dengan semua ni. Rasa puas hati
sangat-sangat, kan?
Jelas di mataku Amsyar yang kelihatan terpana dan kemudian
menggelengkan kepalanya beberapa kali. Namun tidak aku endahkan.
Tetap juga aku menyambung bicaraku. Congrats, abangcongrats
sangat-sangat.
Amsyar menghampiriku dan memegang kedua tanganku.
Taktak, Ana. Ana silap balasnya perlahan.
Ana tak silap. Atau pun maksud abangAna silap bila Ana ingat abang
dah berpuas hati? Tapidah tak ada apa yang tinggal pada Ana, bang.
Tak ada apa-apa lagi untuk abang hancurkan, sampukku, semakin
beremosi. Dan buat pertama kalinya setelah bayiku gagal diselamatkan,
air mata mula bertakung di tubir mataku.
Tak ada harga diri, tak ada maruah, tak ada anak sambungku lagi.
Amsyar menggeleng lagi. Matanya sedikit berkaca-kaca.
Pleasejangan cakap macam tu lagi
Aku memejamkan mata buat seketika sebelum membukanya kembali.
Setitik air mata yang jatuh kuseka perlahan.
Yang ada cumacuma nyawa Ana aje. Kalau abang still tak puas hati,
Ana serahkan nyawa Ana pada abang. Abang buatlah apa saja dengan
nyawa Ana yang tak ada nilai ni. Ana tak kisah
Tidak semena-mena melekat jari telunjuk Amsyar di bibirku. Terkedu aku
dengan tindakannya itu. Mataku terkebil-kebil memandang wajahnya
yang jelas keruh. Dan aku.aku seperti dapat melihat air mata yang
mengalir perlahan di pipinya.
Kenapa awak menangis? Awak sepatutnya gembira, kan? desis hati
kecilku.

Please, Anajangan cakap macam tu lagi.


Lambat-lambat aku menolak jari Amsyar.
Kenapa? Ana cakap benda yang betul, kan? Daripada awal perkahwinan
ni lagi, apa yang abang nak daripada Ana adalahadalah kehancuran,
kemusnahan Ana. Dan Ana sedarAna sedar, memang patut abang buat
macam tu selepas apa yang papa dah buat pada keluarga abang. Jadi Ana
akan bayar
Stop it
Ana akan bayar balik atas
Stop it, Jannah!! Stop it!! tempik Amsyar sambil menekup telinganya.
Aku tercengang.
Abangabang dah sedar. Tolong jangan cakap macam tu lagi. Abang tak
sanggup dengar Lemah suara Amsyar.
Aku tersenyum sinis. Tak sanggup dengar? Bukankah ini yang dia ingini
daripadaku? Aku sudah relakan segalanya, relakan apa sahaja yang dia
buat padaku. Aku takkan melawan lagi dan aku takkan bertahan lagi.
Bukankah dia sepatutnya bersorak kegirangan?
Tak sanggup dengar? Kenapa? Abang sedar tak abang dah menang? Dan
Ana dah kalah? Ana dah tak boleh bertahan lagi, tak boleh melawan
abang lagi. Abang sepatutnya rasa gembira
Tak, Anatak. Macam mana abang nak rasa gembira dengandengan
kematian anak kita? balas Amsyar pula.
Aku terdiam. Anak kita? Anak yang sudah dia bunuh dengan kedua-dua
tangannya itu?
Anak kita? Maksud abang, anak yang dikandung oleh perempuan yang

paling abang benci ni? Yang lebih rendah maruahnya daripada seorang
pelacur? Tanpa perasaan, aku menebak Amsyar dengan soalan yang
sangat menyakitkan hatiku sendiri.
Membuntang mata Amsyar mendengarkan kata-kataku. Dia jelas terkejut.
Namun aku tidak peduli. Biarkan sahaja dia dengan rasa terkejut itu!
Abang tahu takkadang-kadang Ana rasaAna rasa ada baiknya dia
pergi dulu, sambungku lagi.
Ana? Masih dengan wajah yang kusut, Amsyar memanggil namaku.
Sebab Ana tak nakAna tak nak anak Ana rasa apa yang Ana rasa. Ana
tak nak dia hidup dengan kebencian daripada ayah kandungnya sendiri.
So lebih baiklebih baik dia Terhenti kata-kataku saat emosi yang
kubendung dirasakan semakin menghimpit jiwa kosongku. Lambat-lambat
aku memejamkan mata dan menarik nafas dalam-dalam.
Lebih baik dia pergipergi buat selamanya. Saat itu aku membuka
mata dan pandanganku tertancap pada Amsyar yang sudah pun
terjelepuk jatuh ke atas permaidani. Kepalanya digelengkan beberapa
kali. Wajahnya basah dengan air mata.
Abangabang tahuabang berdosa. Tapi tolonglahtolonglah jangan
fikir yang abangabang gembira dengandengan kematian anak kita.
Lirih nada suara Amsyar. Wajahnya menggambarkan kesedihan dan
keperitan. Tetapi, benarkah suamiku yang berhati batu itu berperasaan
demikian? Atausemuanya hanya halusinasi aku saja?
Kenapa pulak abang tak gembira? Cant you see, abang? Im doomed,
okay? Im doomed. Bila doktor tu cakapanak Ana dah tak ada, that
means Ana dah betul-betul musnahjust as you wish Aku membalas,
masih lagi dengan bait bicara yang meremukkan hatiku sendiri.
Ana Terketar-ketar tangan Amsyar memegang kakiku, dengan lagak
memohon dan merayu.
Aku mengerling sekilas ke arahnya, dan memandang kosong ke hadapan

dengan pandangan yang berbalam-balam dek air mataku yang seperti


tidak mahu berhenti mengalir. Bibirku diketap kuat-kuat, cuba melawan
keinginanku untuk meraih suamiku ke dalam pelukan. Ya, melihat dia
begituhatiku jadi sakit. Ah, kenapa aku terlalu bodoh? Kenapa aku
masih punya perasaan pada suami yang telah membunuh zuriatnya
sendiri?
Abang berdosaberdosa pada Ana, pada anak kita. Abang biarkan hati
abang penuh dengan dendamsehinggakan abangabang sanggup buat
macam tu pada Ana. Ampunkan abangabang merayu, Ana
Terpejam mataku mendengar kata-kata suamiku. Kalaulahkalaulah
semuanya sesenang itu, pasti aku akan memaafkan dia. Tetapi
sekarang, bukan hanya aku yang jadi mangsa dendamnya, bahkan
anakku yang langsung tidak berdosa!
Abang tak pernah inginkan perkara begini jadi pada Ana dananak kita.
Abang tak mahu!! Amsyar menghentikan kata sebelum menyambung
lagi. Ana tahu tak.betapa pedihnya hati abangwaktu abang dapat
tahu yang anak kita..,anak kita dah tak ada. Abang fikirsemuanya
semuanya salah abang..
Memang salah abang pun, kan? Kalau bukan sebab abang, dia masih lagi
ada dengan Ana!! teriakku, penuh emosi.
Terdiam Amsyar mendengar tempelakku. Air mata yang sedari tadi setia
menodai pipinya terus-terusan turun.
Kedua-dua tanganku digenggam kuat-kuat. Aku mahu menghadirkan
kekuatan dalam diriku untuk melawan perasaan sayangku pada dia. Ya,
aku sedaraku sudah tidak boleh lagi membiarkan perasaanku
membelenggu diriku dan membunuhku dari dalam. Aku tidak mahu punya
perasaan ini lagi! Aku tidak relakerana semuanya terlalu menyakitkan!
Lambat-lambat aku melutut dan berhadapan dengan Amsyar. Nafasku
ditarik dalam-dalam sebelum aku bersuara perlahan. Abang
kalau..kalau abang betul-betul dah menyesal, Ana mintak abang
Membulat mata Amsyar. Pantas dia menggelengkan kepala. Dont tell

me
Tolong lepaskan Ana, sambungku, penuh keyakinan.
No!! I wont!! balas Amsyar. Sedikit menjerit.
Kenapa tak boleh? Berapa lama lagi abang nak simpan Ana? Berapa
lama lagi abang nak seksa Ana?? Lantang aku menjawab.
Perlahan-lahan Amsyar menarik kedua tanganku dan memegangnya erat.

Bukan, Anabukan. Abang bukan mahu seksa Anatapisebab abang


tak sanggup hidup tanpa Ana. Abangabang sayangkan Ana
Meledak ketawa mengejekku. Sayang? Amsyar sayangkan aku? Mustahil!
Kalau dia benar-benar sayangkan aku, mana mungkin dia memperlakukan
aku sedemikan rupa. Mana mungkin dia menyeksa aku selama ini.
Ana?
Sayang? Huh! Abang jangan nak buat lawak kat sini. Its not even
funny, sindirku selamba.
Abang tak tipuselama ni setiap kali abang sakitkan Ana, abang tak
sedar yang sebenarnyasebenarnya secebis hati abang juga hancur. Dari
dulu lagi, waktu kita couple dulu..abang sayangkan Ana. Memang pada
awalnya abang rapat dengan Ana untuk balas dendam, tapi as time goes
onabang jadi sayangkan Ana, jelas Amsyar sambil terus merenung ke
dalam mataku.
Terkebil-kebil mataku membalas pandangan mata Amsyar. Entah kenapa,
aku seperti dapat melihat keikhlasan dalam matanya yang basah itu.
Tetapi
Sedarlah, Nurul Jannahdia adalah lelaki yang telah membunuh anak
kau!

Jadi, untuk aku menerimanya lagi adalah tidak mungkin!!


Kalau cara abang sayangkan Ana adalah dengandengan sakitkan Ana
macam ni, Ana tak nak sayang abang tu. Ana tak nak!! bentakku tanpa
perasaan.
Tidak semena-mena Amsyar memegang pipiku. Terkedu aku dengan
tindakannya.
I love youI love you so muchand Im so sorry sebab buat Ana
menderita selama ni. Tapi untuk lepaskan Anaabang tak sanggup.
Sebabtak ada sesiapa lagi dalam hidup abang selain Ana
Aku membatu. Agak terkejut dengan pengakuannya yang kedengaran
tulus. Tetapi benarkah hati suamiku ini setulus pengakuan dan pandangan
matanya?
Ana hukumlah abangmacam mana sekalipun, tapibukan dengan
pergi jauh daripada abang. Please.abang merayu, sambungnya lagi.
Dalam dan tepat aku merenung ke dalam bebola mata suamiku sebelum
akhirnya menarik tangannya daripada terus melekat di pipiku. Kemudian
aku menggelengkan kepala.
Tak, abangtak. Ana dah tak cukup kuat untuk terus hidup dengan
abang. Jadijadi Ana merayutolong lepas Kata-kataku terhenti
sendiri saat Amsyar tiba-tiba sahaja menarik aku ke dalam rangkulannya.
Erat sekali! Seakan-akan tidak akan sekali-kali melepaskanku pergi.
Tidak, AnaTidak. Abang sayangkan Anaabang tak boleh lepaskan
Ana... bisiknya perlahan di hujung gegendang telingaku. Abang rela
kalau Ana nak bencikan abangnak balas dendam pada abang, tapi
jangan tinggalkan abang
Aku terdiam tanpa kata. Hanya kaku tanpa reaksi. Sungguh! Aku tidak
tahu apa yang lagi yang patut dituturkan. Yang ada dalam diriku hanyalah
perasaan tersinggung yang amat dalam. Ya, tersinggung dengan sikap
pentingkan diri suamiku ini. Ah, Amsyar memang terlampau pentingkan

diri! Waktu dia membenciku, aku diperlakukan umpama sampah yang


tiada nilaitetapi kini, tatkala dia mengaku menyayangikudia mahu aku
terus bersamanya. Apa semua ini???
Tetapitetapi, kenapa hati kecilku ingin sekali terus mendampinginya?
Kenapa aku terlalu lemah kerana tidak mampu mengusir perasaan
cintaku padanya? Kenapa aku dihadiahkan dengan perasaan sayang dan
cinta yang mendalam buat suami yang tidak henti-henti
menyakitiku...yang tidak pernah membahagiakanku? Kenapa???
Anaabang merayu, Im begging youdont leave me Lagi suara lirih
Amsyar menampar gegendang telingaku.
Aku mengetap bibirku kuat-kuat, cuba menahan diri daripada
mengatakan Ana takkan tinggalkan abang. Aku tidak mahuaku tidak
mahu terus bersamanya, terus bersama pembunuh anakku sendiri.
Tetapi.
Ana memang bodoh.kenapa Ana tak boleh tinggalkan abang?
Ah, aku kalah lagi dengan perasaanku padanya.
Pantas Amsyar meleraikan pelukan dan menatap ke dalam mataku. Betul
ke ni, sayang? Betul ke?
Menitis air mataku saat mendengar dia memanggilku sayang. Ya Allah,
betapa aku merindui panggilan itu!
Justdont hurt me, ever again balasku di sebalik esak tangisanku.
I wontabang janji. Dengan janji itu, Amsyar meraih aku ke dalam
pelukannya lagi. Dan kali ini, aku membalas pelukan itu. Erat.
Ya Allah, aku harap ini adalah keputusan yang betul
*****
ANA, terima kasih sebab sudi terima abang kembali.

Aku mengerling ke sebelah, melihat Amsyar melalui hujung mata. Dia


memandang ke hadapan, jauh ke arah pantai yang membiru. Ya, kami kini
berada di Pulau Tioman. Kata Amsyar, dia mahu menghadiahkan aku
dengan bulan madu yang tidak pernah aku nikmati. Katanya lagi, dia
mahu menghilangkan kenangan tentang kekejamannya padaku dan
menggantikannya dengan kebahagiaan yang selayaknya aku terima.
Aku pula, hanya mengikut sahaja keputusannya itu. Entahlah, suatu sudut
hatiku masih lagi sedikit takut, sedikit ragu-ragu dengan keikhlasan
Amsyar. Macam mana kalau pujukan dan rayuannya tempoh hari hanya
kerana rasa bersalah? Atau lebih dahsyat lagi, hanya kerana mahukan
aku kembali ke dalam penjara penderitaan yang dibina oleh suamiku itu?
Ana tahu tak, kenapa abang benci sangat pada papa? soal Amsyar tibatiba, masih lagi dengan lagak yang memandang ke hadapan. Langsung
tidak menoleh ke arahku.
Tersentak aku mendengarkan soalannya. Dan serta-merta juga perasaan
bersalah kembali menggebu ke dalam diri. Ya, papa yang
bertanggungjawab menghancurkan keluarga Amsyar, sedangkan Adam,
arwah bapa Amsyar tiada langsung memalitkan dosa kepada keluargaku.
Papa perangkap arwah ayah abang Perlahan aku menjawab. Ana
minta maaf bagi pihak papa.
Amsyar menggelengkan kepala. Lembut dia meraih tangan kananku dan
menggenggamnya erat. Aku menoleh ke arahnya, memandang bahagian
sisi wajahnya.
Jangan...jangan minta maaf. Bukan salah Ana. Abangabang patut sedar
yang dari dulu lagi..semuanya bukan salah Ana. Tapi, abangabang
Amsyar menghentikan kata buat seketika dan berpaling ke arahku.
Matanya kulihat sedikit berkaca-kaca.
Zup! Hatiku terasa pedih. Kedua-dua mata Amsyar kelihatan sedih sekali,
seakan menyimpan penderitaan dan keperitan yang amat dalam.
Abang hidup kerana rasa dendam ni, Ana. I keep on living sebab rasa

benci ni. Abang berusaha keras untuk berjaya pun sebab rasa dendam ni.
Sampaikan..abang..abang dah tak tahu macam mana lagi untuk hidup
kalau perasaan benci ni hilang. Sebab tulah..sebab tulah, abang rasa
abang perlu untuk terus membenci. For the sake of keeping on living.
Untuk terus hidup.
Aku membatu, hanya mataku yang terkelip-kelip melihat Amsyar.
Sungguh! Lidahku kelu. Begitu sekali perasaan benci dalam hati suamiku
ini. Sehingga ke tahap tidak mampu hidup tanpa rasa benci itu.
Dan sebab tu jugalah, abang gunakan Ana, abang peralatkan Ana. Abang
ingat..abang akan rasa puas bila dapat sakitkan anak kepada orang yang
abang peling benci. Tapi, abang silapbila abang dengan Ana waktu kita
couple dulu, abang dapat rasakan yang perasaan benci tu makin surut.
Tapiabang tetap tak boleh lepaskan perasaan benci tu pergi, Ana. Setiap
kali abang cuba bagitahu diri abang yang Ana tak bersalahwajah mak,
wajah ayah muncul dalam fikiran abang.
Setitik air mata Amsyar kulihat menitis di pipi. Dan tanpa sedar, air
mataku turut sama bertakung di tubir mata. Ya, luluh hatiku melihat dia
begitu. Lenyap sudah Amsyar yang selama ini angkuh dan keras, yang
ada di hadapanku kini cuma seorang lelaki yang berada dalam keperitan.
Mak meninggal kerana sakit, Ana. Dia tak sempat pun jumpa ayah. Dan
ayah pulameninggal dalam penjara
Aku menekup mulut. Ya Allah! Begitu sekalikah kehidupan lampau
Amsyar? Dansemuanya kerana papa.
Sebab tulahabang tanamkan dalam diri abang yang.whatever
happens, abang kena hancurkan Dato Johari, sambung Amsyar lagi,
mengakhiri ceritanya.
Perlahan aku menjatuhkan tangan kiriku yang sebentar tadi melekat di
mulut dan mengalihkannya ke atas tangan Amsyar yang masih lagi
kemas menggenggam tangan kananku. Tangannya itu kupegang erat.
Amsyar hanya menatapku tanpa kata.

Dengan bibir yang terketar-ketar dan air mata yang sudah pun menitis
membasahi pipi, aku bersuara. AbangAna..Ana
Jangan minta maaf lagi. Semua tu dah berlalu. Abang dah tak mahu
simpan dendam pada papa lagi. Dan biarlah papa tak tahu sampai bilabila pun yang abang ni sebenarnya anak Adam, sampuk Amsyar.
Spontan aku mengerutkan dahi. Kenapa?
Apa yang berlaku pada masa lampau tu, biarlah berlalu. Cukuplah kalau
papa dah sedar dan insaf atas apa yang dia dah buat. Abangabang
maafkan dia. Tenang sekali jawapan Amsyar.
Lagi laju air mataku merembes turun. Terhinjut-hinjut bahuku mengiringi
air mata. Sungguh, hatiku tersentuh. Amsyar, suamiku punya kebaikan
dalam hatinya. Dia punya keluhuran dan ketulusan yang selama ini
berselindung di sebalik hati batunya.
Hei, jangan menangis lagi... pujuk Amsyar lembut. Tangannya mula
menjalar ke pipi, menyeka air mataku.
Aku mengangkat wajah, memandang Amsyar. Abangabangbaik.
Abang baik sangat-sangat
Laju Amsyar menggelengkan kepala.
Tak..abang tak baik. Abang jahat, abang kejamabang buat Ana macammacam. Abang seksa... Terhenti kata-kata Amsyar saat jari telunjukku
mendarat di bibirnya.
Semuanya dah berlalu. Ana tak nak ingat lagi pasal tu. Apa yang Ana
tahu sekarangAna nak kita cipta kenangan baru. Yang boleh hilangkan
semua rasa sakit dalam hati Ana...dalam hati abang.
Amsyar menarik jariku yang elok melekat di bibirnya sebelum mengucup
tanganku. Penuh kelembutan. Kemudian dia menarikku ke dalam
rangkulannya. Aku membalas pelukan itu dengan rasa kasih yang
menggunung. Sungguh! Aku terlalu sayangkan dia.

Abang janjiabang akan hilangkan rasa sakit dalam hati Ana tu dengan
cinta abang buat Ana. Cuma Lembut Amsyar berbisik di gegendang
telingaku.
Cuma apa, bang? sampukku perlahan.
Janji juga pada abangAna takkan tinggalkan abang. Ana akan sentiasa
ada dengan abang.
Lambat-lambat aku mengangguk. Ana janji, bang. Ana janji
*****
LIMA TAHUN berlalu
Sayang!!
Aku menoleh. Bibirku pantas menguntum senyuman. Jelas di mataku
Amsyar yang sedang melambai-lambai dari arah kolam renang resort. Di
sampingnya Ariana sedang seronok bermain-main dengan air. Melihat si
kecil itu, makin lebar senyumanku.
Ariana, dia anak sulungku dan Amsyar.anak kedua jika anak sulungku
masih hidup. Ah, apa yang aku buat ini? Tidak sepatutnya aku
mengenangkan lagi perkara yang lepas. Aku sedar, apa yang boleh aku
lakukan kini hanyalah mendoakan kesejahteraannya di sana. Dan aku
pasti dia juga pasti sedang mendoakan aku, Amsyar dan keluarganya di
dunia ini.
Aku kini bahagia dengan kehidupanku. Amsyar, suami yang pernah
menghadiahkan kata-kata keramat Aku mahu kau hancur pada hari
pernikahanku benar-benar mengotakan janjinya. Sejak hari itu, hari yang
akuseorang isteri memohon agar diceraikan, Amsyar benar-benar telah
berubah. Tiada lagi kekerasan, kerakusan dan kekejaman seorang suami
terhadap isterinya. Yang tinggal hanyalah kasih, sayang dan cinta yang
selayaknya dilimpahkan oleh seorang suami buat isteri yang dinikahinya.
Sayang menungkan apa tu? Suara Amsyar tiba-tiba sahaja hinggap di

telingaku. Pantas aku berpaling padanya yang sedang mendukung Ariana.

Aku tersenyum. Tanganku segera mengambil Ariana dari dukungan


Amsyar sebelum mengelap tubuh kecil itu dengan tuala yang sedari tadi
berada di tanganku.
Tak nak bagitahu, ek? soal Amsyar lagi.
Aku tergelak kecil. Bukan tak mahu bagitahu. Tapi, kalau Ana bagitahu
Ana takut abang cakap Ana perasan pulak.
Amsyar mengangkat kening sebelum mencuit hidungku. Ini fikir apa,
ya?
Lagi kuat tawaku.
Betul nak tahu?
Soalanku dijawab dengan anggukan kecil Amsyar.
Abang sayangkan Ana, kan? tanyaku lembut.
Terbit kerutan di dahi suamiku.
Itu ke yang Ana fikir tadi?
Aku mengangguk sambil tersengih.
Amsyar tersenyum lebar dan kemudian menarikku agar lebih dekat
dengannya. Lembut dia berbisik di telingaku
Yes, and I will always love youInsya Allah.
**************