You are on page 1of 19

Sekapur Sirih

Masyarakat yang maju dan saintifik adalah hasrat wawasan 2020 . Masyarakat
yang maju dan saintifik sentiasa bersedia menerima perubahan untuk menjadi lebih
baik. Kemajuan pula bererti berubah daripada keadaan sedia ada kepada keadaan yang
lebih baik. Fikiran terbuka untuk menerima idea baru dan berubah mengikut objektif
yang dikehendaki amat penting.
Menurut Carnall ( 1991 ) perkara yang pasti akan berlaku untuk setiap
organisasi adalah perubahan. Perubahan adalah satu keperluan dan setiap organisasi
pasti akan menghadapinya. Perubahan adalah agenda khas dalam pengurusan di alaf
baru. Perubahan terpaksa dilakukan kerana wujudnya globalisasi, negara tanpa
sempadan, peningkatan teknologi komputer dan internet di hujung jari serta
persaingan antara kelompok.
Pihak yang ingin membuat perubahan secara lansung akan berhadapan dengan
pelbagai rintangan . Perubahan yang ingin dilakukan melibatkan pelbagai implikasi
positif dan negatif yang dijangka dan yang tidak dapat diramalkan. Sekiranya
perubahan yang ingin dilakukan tidak telus, penolakan dan sabotaj akan terjadi.
Agen perubahan utama ialah pendidikan. Pendidikan dan latihan merupakan
wahana terpenting di dalam pembangunan sumber manusia ke arah pencapaian
matlamat pembangunan negara. Pendidikan bertaraf dunia atau `world class akan
menentukan kejayaan perubahan insan. ( Mohd najib , 1997 )

Berikut ialah beberapa objektif perubahan pendidikan

Mengurangkan konflik

Meningkatkan daya pengeluaran

Meningkatkan motivasi

Michael Fullan (1998 ) menyatakan secara ringkas faktor yang menekan kepada
perubahan dasar pendidikan iaitu :

Pendidikan dilihat mampu menyelesaikan apa sahaja masalah. Masyarakat


mahukan setiap anggotanya bijak menghadapi sebarang risiko dan tidak mahu
ketinggalan. Pendidikan menjadi sasaran perubahan terpenting.

Tekanan luar yang dibawa masuk seperti pengimportan teknologi baru dan
nilai serta penghijrahan penduduk

1.0 Pengenalan Kumpulan Kajian PLG 525 Tahun 2010

Kumpulan kami terdiri daripada empat pelajar Sarjana Pentadbiran dan


Pengurusan. Kami telah berbincang dan mengambil keputusan untuk melakukan
satu kajian perubahan dalam organisasi pendidikan yang dikenali sebagai Sekolah
Penanda Aras atau Benchmark School. Ahli kumpulan semuanya merupakan
warga pendidik yang mempunyai latar belakang yang agak menarik dan berbeza.
Berikut ialah pengenalan ringkas setiap ahli kumpulan :
1. En Tan Eng Choung (ketua kumpulan)
- Bertugas di SMK Lunas dan merupakan seorang guru Bahasa
Inggeris Tingkatan 5. ( add if you have more)

2. Pn Puvaneswari Vadivelloo
- Bertugas di SMK Alma Bukit Mertajam, merupakan guru
Bahasa Inggeris PMR, Pendidikan Moral dan Pendidikan Sivik
-

& Kewarganegaraan Ting 5.


Guru Cemerlang Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan dan

Jurulatih Utama negeri Pulau Pinang.


Penulis buku dan ABM subjek Pendidikan Moral dan

Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan.


3. Pn Lee Pin Looi ( add about yourself)
4. Cik Ong Ai Lean ( add about yourself)

2.0 Sejarah Kelahiran Sejarah Sekolah Penanda Aras

Pada tahun 1970, Irene W. Gaskins, Ed. D. telah menemui sekolah


penanda aras. Pada masa itu, sekolah penanda aras dijalankan sebagai satu
program kecil dan sambilan. Program ini dijalankan di dalam kelas. Di bawah
pimpinan beliau, program ini bertukar menjadi sekolah yang beroperasi secara
bersendirian dan sepenuh masa. Ia terletak di kampus yang berukuran 23 akra
dan dikeliling oleh pokok-pokok. Irene Gaskins memegang jawatan sebagai
pengetua sekolah tersebut.

Pada tahun 2007, beliau meletak jawatan sebagai Ketua sekolah


tersebut

tetapi

beliau

masih

meneruskan

usaha

mengadakan

dan

mengendalikan kajian dalam bidang literasi dan kajian berasaskan arahan.


Beliau juga selalu dijemput untuk menerbitkan hasil dapatan kajian beliau
dalam jurnal ilmiah.

Usaha Dr Irene Gaskins turut dibantu oleh Dr Robb. Beliau turut


memberi komitment terhadap kajian berasaskan arahan. Kajian berasaskan
arahan ini telah akhirnya menjadi dasar pendidikan bagi Sekolah Penanda Aras
atau Benchmark School.

Sekolah penanda aras telah dipilih sebagai sebuah sekolah dasar yang
menunjukkan keunggulan dalam pendidikan Amerika. Pada tahun 1988 dan
1991, Sekolah penanda aras telah menerima geran daripada James S.
McDonnell Foundation. Tujuannya adalah untuk mengembangkan programprogram berasaskan ilmu pengetahuan kognitif

yang memberi penekanan

pada cara belajar. Kemudiannya, sekolah itu bertukar nama menjadi Sekolah
Aplikasi Kebangsaan Foundation.
3.0 Latar Belakang Sekolah Penanda Aras di Malaysia
Dunia pendidikan mestilah peka dengan dunia luaran. Michael Fullan
menjelaskan bahawa perubahan yang berlaku di sekeliling dunia pendidikan menjadi
tekanan lansung kepada pengurusan sekolah. Goodland mendapati sekolah selalu
menjadi sasaran perubahan. Guru pula dilihat sebagai agen perubahan minda. Institusi
pendidikan bukan sesuatu yang jumud dan tidak boleh berubah. Pendidikan bukanlah
katak di bawah tempurung. Sebaliknya pendiidikanlah yang berperanan membawa
manusia keluar daripada tempurung. Pengurusan institusi pendidikan mestilah
berganjak kepada perspektif baru supaya dapat berperanan secara signifikan dan
berkesan dengan perubahan-perubahan yang berlaku di sekelilingnya.
Kementerian Pelajaran Malaysia telah menerbitkan Pelan Induk
Pembangunan

Pendidikan.

Berdasarkan

Pelan

Induk

Pembangunan

Pendidikan (2006-2010) oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, sesebuah

institusi harus memberi fokus untuk melonjakkan kecemerlangan institusi


pendidikan tersebut dengan membentuk kluster kecemerlangan sekolah
berasaskan bidang khusus (niche area). Sekolah yang dikenalpasti daripada
kluster ini akan dijadikan penanda aras dan showcase pada peringkat
antarabangsa selaras dengan usaha membangunkan sistem pendidikan
berkualiti dan bertaraf dunia..... Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri
Pelajaran Malaysia, (2009 ), Dengan adanya Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan, maka sekolah-sekolah penanda aras telah diwujudkan di seluruh
Malaysia.
Program Sekolah Penanda Aras adalah salah satu kaedah yang boleh
membantu melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan. Penanda aras
merupakan satu proses berterusan atau istiqamah untuk mengenalpasti,
mempelajari, mengubahsuai serta melaksanakan amalan terbaik sesebuah
organisasi (sekolah). Sedia dimaklumi, beberapa sekolah yg dianggap tersohor di
negara kita sering dilawati oleh pelawat dari kalangan orang pendidikan. Sekolah
yang sering dilawati pastinya memiliki ciri-ciri kekuatan yg menjadi tarikan
pengunjung ke sekolah tersebut.
Menyedari hakikat tersebut Unit Kurikulum Jabatan Pelajaran Negeri Pulau
Pinang memulakan usaha-usaha perlu bagi mewujudkan SEKOLAH PENANDA
ARAS ke arah mencapai matlamat & objektif dalam pembangunan pendidikan.

3.1. Senarai Sekolah Penanda Aras Di Malaysia

Negeri

Sekolah

Perlis

1.

Sekolah Kebangsaan Sena

2.

Sekolah Menengah Sains Tuanku


Syed Putra

3.
Kedah

Sekolah Menengah Kebangsaan

Derma
1.
Sekolah

Kebangsaan

Bukit

Pinang
2.

Sekolah Menengah Kebangsaaan


Kulim

3.

Sekolah Menengah Kebangsaan


Sultanah Asma

4.

Sekolah Menengah Sultan Abdul


Halim

Pulau Pinang

5.

Sekolah Menengah Sains Pokok

1.

Sena
Sekolah Menengah Kebangsaan
Teluk Bahang

2.

Sekolah Menengah Kebangsaan


(P) St George

3.

Sekolah Menengah

Sains Tun

Syed Sheh Shahabudin


4.

Sekolah Menengah Kebangsaan


Abdullah Munsyi

5.

Sekolah Menengah Kebangsaan


Alma, Bukit Mertajam.

6.

Sekolah

Menengah

Jenis

Kebangsaan Jit Sin Bukit Mertajam


7.
Perak

Sekolah Menengah Kebangsaan

1.

Datuk Hj Abdul Kadir, Kepala Batas


Sekolah Kebangsaan Seri Bayu

2.

Kolej Melayu Kuala Kangsar

3.

Sekolah Convent Kota Taiping

4.

Sekolah Menengah Vokasional Seri


Manjung

5. Sekolah Menengah Clifford


6. Sekolah Menengah Kebangsaan Seri
Perak
7.

Sekolah

Menengah

Kebangsaan

Tengku Menteri
8. Sekolah Tuanku Abdul Rahman
Selangor

9. Sekolah Menengah Sains Teluk Intan


1.
Sekolah Menengah Kebangsaan
Perempuan Sri Aman
2.

Kolej Islam Sultan Alam Shah

3.

Sekolah Seri Puteri

4.

Sekolah Sultan Alam Shah

5.

Sekolah Menengah Kebangsaan


Putrajaya Presint

6.

Sekolah Menengah Kebangsaan


(P) Sri Aman

7.
Kuala Lumpur

Sekolah Menengah Kebangsaan

Sungai Pusu
1.
Sekolah Menengah Kebangsaan

Aminuddin Baki
2.

Sekolah Kebangsaan Seri Bintang


Utara

3.

Sekolah Kebangsaan Taman Tun


Dr Ismail 1

4.

Sekolah

Kebangsaan

Bukit

Damansara
5.

Sekolah Menengah Kebangsaan


Victoria

6.
Melaka

Sekolah Kebangsaan Seri Bintang

Selatan
1.
Sekolah

Menengah

Sains

Muzaffar Syah
2.

Sekolah Menengah Kebangsaan


Dato'Dol Said

Negeri Sembilan
1.

Sekolah

Datuk

Abdul

Razak

(SDAR)

Pahang

2.

Kolej Tunku Kurshiah (TKC)

3.

Sekolah Dato Abdul Razak

1. Sekolah Kebangsaan Peramu Jaya


2. Sekolah Kebangsaan Seri Biram
3. Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul
Rahman Talib
4.

Sekolah
Agama

Menengah
Tengku

Kebangsaan

Ampuan

Hajjah

Afzan
5. Sekolah Sultan Haji Ahmad Shah,
Terengganu

Pekan
1.
Sekolah Kebangsaan Kuala Besut
2.

Sekolah Menengah Kebangsaan


Agama Sheikh Abdul Malik

3.

Sekolah Menengah Kebangsaan


Matang

4.

Sekolah Menengah Sains Sultan


Mahmud

Johor

5.
1.

Sekolah Menengah Sains Dungun


Sekolah Kebangsaan Kangkar
Pulai 2

2.

Sekolah Tun Fatimah

3.

Sekolah Kebangsaan Bandar Baru


Uda

4.

Sekolah Menengah Sains Kota


Tinggi

5.

Sekolah Menengah Kebangsaan


Agama Segamat

6.
Sarawak

Sekolah Menengah Kebangsaan

Dato' Penggawa Barat


1. Kolej Datuk Patinggi Abang Haji
Abdillah

Sabah

2.

Sekolah

Menengah

Kebangsaan

1.

Bahasa Malaysia
Sekolah Menengah

Kebangsaan

Elopura
2.

Sekolah Menengah Sains Sabah Kota

Kinabalu
1.
Sekolah Zainab (2) Kota Bharu

Kelantan

2.

Sekolah Kebangsaan Bandar Baru


Uda 2

3.

Sekolah Menengah Pasir Puteh

4.

Sekolah Menengah Kam

5.

Sekolah Menengah Dato Ahmed


Maher

6.

Sekolah Menengah Sains Tengku

Muhamad Faris Petra


(* Cuma sebahagian nama sekolah penanda aras ditulis di sini)

4.0 Kajian Kes.


Sehubungan dengan itu satu kajian kes telah dilakukan oleh kumpulan kami
terhadap perubahan yang berlaku dalam sekolah penanda aras.. Sekolah pilihan
kami ialah : SMK Alma Bukit Mertajam yang telah mendapat taraf
Sekolah

Penanda

Aras

bagi

subjek

Pendidikan

Sivik

&

Kewarganegaraan Sekolah Menengah Pulau Pinang pada tahun


2009. Melalui kajian ini kami akan menumpukan perhatian pada aspek-aspek
perubahan yang telah dilalui oleh sekolah tersebut sebagai Sekolah Penanda Aras.
Kajian ini dilakukan berdasarkan perubahan dalam satu sekolah sahaja.

4.1 Profil Sekolah : Satu kajian perubahan dalam organisasi

Sekolah Penanda Aras pilihan ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Alma.


Sekolah ini terletak di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Profil sekolah :

Nama sekolah : SMK ALMA BUKIT MERTAJAM


Alamat sekolah : SMK Alma, Jalan Bukit Minyak, 14000 Bukit Mertajam,
Pulau Pinang.
Tahun ditubuhkan

: 1995

Pengetua kini : Pn Manisha bt Ahmad


Jumlah guru

: 80

Jumlah murid 1500


Subjek : PENDIDIKAN SIVIK & KEWARGANEGARAAN
Ketua Panitia Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan : Puvaneswari Vadivelloo

5.0 ABSTRAK

Kajian kualitatif dan kuantitatif ini menggunakan reka bentuk kajian kes. Kaedah
tinjauan menggunakan soal selidik telah dijalankan terhadap 70 orang guru
yang dipilih secara rawak di SMK Alma, Bukit Mertajam. Instrumen-instrumen

kajian yang digunakan adalah melalui pemerhatian dan borang selidik berskala
Likert. Item-item soal selidik ini direka sendiri oleh pengkaji. Data kajian
dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan inferensi. Hasil kajian
mendapati, guru di SMK Alma ini telah mengetahui kewujudan Sekolah Penanda
Aras dan dapat menerima perubahan yang dilakukan dalam menghadapi persaingan
dengan sekolah-sekolah Penanda Aras yang lain. Analisis ujian-t menunjukkan tidak
terdapat perbezaan min yang signifikan dalam menerima perubahan setelah mendapat
penarafan sebagai Sekolah Penanda Aras di kalangan guru. Analisis ujian-t juga
mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam gaya pengajaran guru
setelah menerima perubahan.

Keberkesanan pengajaran banyak bergantung kepada sejauh mana guru berjaya


mencapai objektif pengajarannya dalam membantu murid-murid belajar apa yang
diajarkan. Justeru, guru merupakan penggerak dan pendorong utama kepada
semua proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di dalam bilik darjah.
Kedua-dua peranan tersebut amat penting dalam usaha meningkatkan keinginan
murid untuk terus menerokai pengetahuan baru yang kadangkala menjangkaui
batasan keupayaan murid untuk belajar. Oleh itu, guru harus menggunakan segala
kemahiran yang ada untuk menarik minat murid, bukan sahaja untuk meneruskan
proses pembelajaran, malah melangkah batasan keupayaan optima mereka untuk
belajar. Selain dapat membantu murid mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran
dengan lebih mudah, guru juga perlu prihatin terhadap perkembangan dan
keperluan semasa murid (Juliawati 2006; Ruslin et al. 2003).

6.1 Pernyataan Masalah


Menurut Wan Mohd Zahid (1996), sistem pendidikan perlu bersifat dinamik.
Maka, reformasi pendidikan terpaksa dilakukan untuk memenuhi kehendak semasa.
Lantaran itu, pada tahun 2002, sistem pendidikan di Malaysia telah dirombak
berikutan kepentingan serta keperluan dalam menghadapi arus globalisasi. Pada abad
Ke-21, negara menghadapi cabaran baru kesan daripada globalisasi, liberalisasi,

pengantarabangsaan. Malaysia kini sedang memasuki fasa 15 tahun yang kedua


ke arah mencapai Wawasan 2020. Selaras dengan itu, salah satu agenda penting
kerajaan adalah untuk membangunkan satu sistem pendidikan bertaraf dunia. Oleh
itu Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mempunyai tanggungjawab yang
amat besar dalam membangunkan modal insan yang bersifat menyeluruh,
progresif, bermoral dan beretika tinggi selain daripada melahirkan modal insan
berpengetahuan dan berkemahiran. Dalam tempoh 10 tahun akan datang KPM
berhasrat :Membangunkan modal insan dengan ciri-ciri individu dan masyarakat
bangsa Malaysia yang maju
Memastikan akses, ekuiti dan kualiti yang menjadi tunjang agenda
pendidikan dapat diteruskan
Merintis dan menerajui perubahan demi melonjakkan sistem dan institusi
pendidikan ke tahap dunia pada tahun 2020
Demi mencapai matlamat ini, sekolah penanda aras telah diwujudkan untuk
memastikan sesebuah institusi pendidikan dapat melakukan perubahan untuk
melonjak ke tahap kecemerlangan pendidikan.

7.1 OBJEKTIF KAJIAN

8.0 HIPOTESIS KAJIAN

Sebanyak dua hipotesis nol dibina bagi menjawab soalan-soalan kajian yang
dicadangkan, iaitu:
Ho1: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di kalangan guru dalam menerima
perubahan setelah mendapat penarafan sebagai Sekolah Penanda Aras .

Ho2: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi gaya pengajaran guru setelah
menerima perubahan

9.0 REKA BENTUK KAJIAN


Penyelidikan ini ialah satu kajian yang berbentuk tinjauan menggunakan soal
selidik sebagai alat kajian. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal perubahan yang
telah dialami di SMK Alma Bukit Mertajam sejak menerima taraf sebagai Sekolah
Penanda Aras Pendidikan Sivik & Kewarganegaraan. Oleh itu, aspek demografi
guru diambil kira dalam mengenal pasti perubahan yang diterima oleh mereka.
Antara aspek demografinya ialah jantina, bangsa, umur, pengalaman mengajar dan
jawatan. Alat kajian berbentuk soal selidik diedarkan kepada sampel kajian dan
kemudiannya dikumpulkan untuk dianalisis.

10.0 SAMPEL KAJIAN


Jadual 1 menunjukkan sampel kajian yang terdiri daripada para guru di SMK Alma
Bukit Mertajam. Seramai 70 orang sampel kajian telah dipilih daripada 80 orang
guru di SMK Alma Bukit Mertajam. (Data SMK Alma Bukit Mertajam, September
2010).

JADUAL 1. Jumlah guru di SMK Alma Bukit Mertajam.


Jantina/ Bangsa

Melayu

Cina

India

Lelaki

18

01

02

Perempuan

48

03

08

Jumlah

66

04

10

BIBLIOGRAFI

Chua Yan Piaw (2006). Kaedah Penyelidikan. Kuala Lumpur. Mc Graw Hill.
Grasha, A.F. & Hicks, N.Y. 2000. Intergrating teaching styles and learning

styles with instructional technology. College Teaching 48(1): 2-15.


Grasha, A.F. 1996. Teaching with styles: A practical guide to enhance learning

by understanding learning and teaching styles. NewYork: Alliance Publisher.


High performance schools benchmark of educational excellence (2009)
dipetik pada September, 2, 2010 daripada
http://www.mysinchew.com/node/31386

History-Benchmark School (n.d) dipetik pada September, 2, 2010 daripada

http://www.benchmarkschool.org/history.html
Hussein Mahmood ( 1997 ) , Kepimpinan dan Keberkesana Sekolah. DEB
Kuala Lumpur.

Jaafar Muhamad ( 1997 ) , Kelakuan Organisasi . Leeds Publications. Kuala


Lumpur.

Noraini Idris (2010). Penyelidikan dalam Penyelidikan. Kuala Lumpur. Mc

Graw Hill.
Prosiding Pendidikan Negara Abad ke-21, hlm. 10-23. Bangi: Penerbitan

Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.


Sekolah Berprestasi Tinggi Tahun 2010. (2010) dipetik pada September 2,
2010daripadahttp://www.jpnns.gov.my/utama/index.php?
option=com_content&view=article&id=46:sekolah-berprestasi-tinggi-

2010&catid=35:berita-pendidikan&Itemid=154
Wan Mohd. Zahid. 1996. Dasar pendidikan kebangsaan: Ke arah pemantapan
dan pelaksanaan dasar pendidikan negara selaras dengan tuntutan Wawasan
2020.

Lampiran 1.

Perubahan SMK Alma sebagai Sekolah Penanda Aras


Changes in SMK Alma as Bench Marking School