You are on page 1of 18

Kuantan Parade: SRI ANGGUN KOSMETIK. Lot G.45, Tkt Bawah, Kuantan Parade.

016-9396679
Kuantan-Megamall: HERBA SIHAT. Lot 2-30, 2nd Floor, Berjaya Mall. 09-5083238, 016-9216663
Kuantan-MahkotaSquare: ALLCARE PHARMACY. G-14, Mahkota Square, Jalan Mahkota. 09-5143044
Kuantan-TerminalMakmur: OTHMAN AWANG. Kiosk No. 3, Tingkat Atas, Terminal Bas Makmur. 016-9603741
Kuantan-Sg.Isap: FARMASI LINDA. A-53, Pusat Komersil Bt 3, Jalan Kg Isap. 09-5365255
Kuantan-Beserah: SERI IDOLA BEAUTY. Tunas Manja Beserah, Jln Beserah. 016-9357897
Kuantan-Balok: IBA MAKMUR ENTERPRISE. No. 2, Gerai Pelbagai, Pasar Balok. 017-9896931
Kuantan-Balok: AJWA MUSLIM SHOP. A-27, Pusat Perniagaan Balok. 019-9319231, 019-9899231

KULIAH 1
Mata Pelajaran
Tajuk
Sub Tajuk

:
:
:

PENGAJIAN PERNIAGAAN [PERNIAGAAN]


1. Perniagaan dan Persekitarannya
1.1 Pengenalan kepada perniagaan

Hasil Pengajaran dan Pembelajaran


Calon seharusnya dapat:
(a) mentakrifkan maksud perniagaan;
(b) membandingkan organisasi yg bermotifkan untung dgn organisasi yg tidak bermotifkan untung;
(c) menjelaskan kepentingan keuntungan kepada sesebuah perniagaan;
(d) membincangkan peranan perniagaan terhadap pengguna, masyarakat, ekonomi, dan negara;
KONSEP ORGANISASI PERIAGAAN:
Perniagaan boleh didefinisikan sebagai sebuah organisasi yang melakukan aktiviti penyediaan barangan dan perkhidmatan
untuk memenuhi dan memuaskan keperluan dan kehendak pelanggan.
KONSEP ORGANISASI BUKAN PERNIAGAAN:
Bukan perniagaan ialah organisasi yang dibentuk bagi menjaga kepentingan dan mencapai tujuan masyarakat atau ahli
mereka.
ELEMEN ASAS DALAM PERNIAGAAN:
1. Barangan dan perkhidmatan
Barangan adalah produk fizikal seperti kenderaan, makanan, pakaian dan sebagainya.
Perkhidmatan merupakan aktiviti yang membantu dan memberi faedah kepada perniagaan seperti
perkhidmatan pengangkutan, insurans, pelancongan dan sebagainya.
Barangan dan perkhimatan ini disediakan dan ditawarkan untuk memenuhi kehendak dan keperluan
manusia.
2. Memuaskan keperluan dan kehendak pelanggan

Keperluan merujuk kepada barangan asas yang diperlukan untuk kehidupan manusia seperti tempat
tinggal, makanan, pakaian dan sebagainya.
Kehendak merujuk kepada penggunaan barangan yang tidak terhad untuk keselesaan hidup seperti
hiburan, peralatan rumah dan sebagainya.
Untuk mencapai keuntungan, perniagaan perlu menawarkan barangan dan perkhidmatan yang dapat
memenuhi dan memuaskan keperluan dan kehendak pelanggan.
3. Pertukaran nilai
Pertukaran nilai merujuk kepada perpindahan barangan dan perkhidmatan daripada perniagaan
kepada pelanggan.
Barangan dan perkhidmatan akan dinilaikan dengan sejumlah nilai tertentu oleh peniaga biasanya
dalam nilai wang.
Proses ini melibatkan persetujuan antara penjual dengan pembeli.
4. Keuntungan perniagaan
Keuntungan adalah matlamat utama semua perniagaan.
Keuntungan adalah hasil bersih daripada jualan barangan atau perkhidmatan setelah ditolak kos-kos
pengeluaran, kos operasi, cukai dan kos-kos lain yang terlibat.
Keuntungan adalah kayu pengukur kejayaan dan ganjaran bagi perniagaan yang mampu bersaing di
pasaran.
Perbezaan antara Perniagaan dan Bukan Perniagaan
Aspek
Tujuan dan
Matlamat
Kewangan
Sumber
Kewangan

Organisasi Perniagaan
Matlamat utama ialah keuntungan
maksimum untuk kepentingan
organisasi
Sumber kewangan dari modal
sendiri dan keuntungan
perniagaan

Aktiviti

Aktiviti utama ialah pengeluaran


dan penjualan barang dan
perkhidmatan
Penubuhan tertakluk kepada
undang-undang perniagaan (Akta
syarikat 1965, perkongsian 1974,
Akta Koperasi 1948)
Pendaftar Syarikat, Pendaftar
Perniagaan, Jabatan
Pembangunan Koperasi.
Syarikat, Perkongsian, Milikan
Tunggal, Koperasi.

Akta

Pendaftaran
Bentuk

Organisasi Bukan Perniagaan


Matlamat utama ialah
meningkatkan kebajikan
ahli/sosial/kepentingan bersama
Sumber kewangan dari yuran ahli
dan sumbangan
masyarakat/tajaan/ derma/
swasta
Aktiviti utama bercorak
kemasyarakatan seperti kempen,
kursus/ceramah dan lain lain
Penubuhan tertakluk kepada Akta
Pertubuhan 1966
Pendaftar Pertubuhan
Badan Bukan kerajaan, parti
politik, kelab dan persatuan.

KONSEP KEUNTUNGAN:
Keuntungan adalah bersamaan dengan Jumlah Hasil (TR) ditolak dengan Jumlah Kos (TC). Dalam bahagian teori
permintaan, telah diterangkan firma dapat menentukan TR melalui hasil dharab harga (P) dan kuantiti permintaan
(Q).
Kepentingan Keuntungan kepada Perniagaan

1.
2.
3.
4.
5.
6.

Keuntungan sebagai ganjaran kepada pengusaha dan pemilik perniagaan kerana sebab
sanggup menghadapi risiko dalam perniagaan.
Keuntungan sebagai sumber modal kepada perniagaan untuk pembesaran perniaagan, penerusan
perniagaan atau survival dalam perniagaan.
Keuntungan juga adalah sebagai lambangkan imej dan kecemerlangan sesebuah syarikat.
Keuntungan sebagai kayu ukur kejayaan dan petunjuk prestasi kejayaan sesebuah syarikat di
mana keuntungan menunjukkan pencapaian matlamat dan hala tuju syarikat.
Keuntungan sebagai dorongan dan keyakinan kepada pelabur untuk mula dan terus melabur ke
dalam syarikat.
Keuntungan akan meningkatkan motivasi pekerja dalam syarikat segala pemberian bonus daripada
keuntungan akan dapat meningkatkan semangat pekerja.
Peranan Perniagaan Kepada Pengguna
SIAPA ITU PENGGUNA?
Individu atau sesiapa yang menggunakan barang, perkhidmatan atau sumber alam semula jadi
untuk memenuhi keperluan dan kehendak masing-masing"
Antara peranan perniagaan kepada pengguna ialah:

1.
2.
3.
4.
5.
6.

Perniagaan perlu menghasilkan barangan dan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan dan
kehendak pengguna.
Perniagaan perlu mengagihkan dan mengedarkan barangan dan perkhidmatan untuk sampai ke
tangan pengguna pada harga dan kos berpatutan, kuantiti yang dikehendaki oleh pengguna dan tepat
pada masa yang diperlukan.
Perniagaan perlu menyediakan barangan yang berkualiti, bernilai tinggi dan selamat
digunakan oleh pengguna.
Perniagaan perlu memastikan barangan dan perkhidmatan yang disediakan adalah sentiasa cukup
untuk menampung keperluan pengguna.
Perniagaan perlu memastikan harga yang dikenakan atau dicaj atas barangan dan perkhidmatan
kepada pengguna adalah berpatutan dan mampu dibayar oleh pengguna.
Perniagaan perlu menyediakan barangan dan perkhidmatan yang pelbagai agar pengguna boleh
membuat pilihan yang bijak.

Peranan Perniagaan Kepada Masyarakat


SIAPA ITU MASYARAKAT?
Kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu.
Individu, keluarga dan kumpulan-kumpulan kecil merupakan anggota sesebuah masyarakat.
Antara tanggungjawab dan peranan organisasi perniagaan kepada masyarakat ialah:

1. Kewujudan perniagaan membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat.


2. Perniagaan berperanan untuk memenuhi cita rasa serta kehendak dan keperluan masyarakat
3.
4.
5.
6.

melalui menyediaan barangan dan perkhidmatan yang berkualiti dan selamat digunakan.
Perniagaan berperanan membiayai projek pembangunan masyarakat seperti penyediaan
kemudahan awam dan lain-lain infrastruktur.
Perniagaan berperanan menjalankan tanggungjawab sosial seperti pemuliharaan alam, jamin
persekitaran bersih, derma, tajaan untuk aktiviti kemasyarakatan
Perniagaan berperanan menawarkan produk berkualiti dengan harga berpatutan
Perniagaan berperanan meningkatkan taraf hidup masyarakat dengan memberi pendapatan
yang stabil agar masyarakat dapat menikmati kehidupan yang selesa.

Peranan Perniagaan Kepada Ekonomi


APA ITU EKONOMI?
Ekonomi adalah satu bidang ilmu sains sosial yang mengkaji tentang individu dan masyarakat dalam
membuat pilihan yang cekap bagi menggunakan sumber ekonomi yang terhad seperti bahan mentah,
modal insan, modal dan keusahawanan dengan kehendak manusia yang tidak terhad.

1.
2.
3.
4.
5.
6.

Antara peranan dan sumbangan sesebuah perniagaan kepada ekonomi sesebuah negara ialah:
Perniagaan berperanan untuk meningkatkan pendapatan negara melalui pembayaran cukai
perniagaan.
Kewujudan perniagaan mengurangkan kadar pengangguran dengan membuka peluang
pekerjaan kepada penduduk.
Perniagaan berperanan mengurangkan inflasi dengan menghasilkan barangan dan perkhidmatan
yang cukup.
Perniagaan berperanan membangunkan industri huluan dan hiliran serta industri sampingan
Perniagaan mewujudkan penempatan baru serta bandar-bandar baru di mana aktiviti perniagaan
akan menarik ramai penduduk menetap di sesuatu tempat.
Perniagaan menstabilkan ekonomi negara melalui melalui penghasilan barangan yang mencukupi
dan dapat memenuhi permintaan terhadap barangan dalam negara.
Peranan Perniagaan Kepada Negara
APA ITU NEGARA?
Istilah "negara" atau state selalunya dihubungkan dengan bangsa, masyarakat, dan kerajaan.

Antara peranan perniagaan kepada negara ialah:

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

Aktiviti perniagaan mampu meningkatkan kegiatan pelaburan dalam negara.


Kewujudan perniagaan mewujudkan peluang pekerjaan.
Perniagaan meningkatkan aktiviti pengeluaran dan eksport.
Perniagaan menyumbang kepada pendapatan negara melalui pembayaran cukai.
Perniagaan mewujudkan perniagaan sokongan dalam negara.
Perniagaan membantu negara menyediakan infrastuktur seperti jalan raya dan sebagainya.
Perniagaan menyediakan perkhidmatan sokongan dan pembangunan modal insan.

MUTIARA KATA Cg aZLy KEPADA SEMUA PELAJAR PP PENGGAL 1 BATCH KE-2 2013:

"JANGAN MUDAH PUTUS ASA, KALAU ANDA FIKIRKAN NEGATIF TERHADAP SESUATU PERKARA, MAKA AURA
NEGATIF AKAN MENGUASAI ANDA DARI KEPALA HINGGA KE KAKI ANDA... JADI BERMULA SEKARANG, ANDA
HENDAKLAH SENTIASA BERFIKIRAN POSITIF AGAR AURA POSITIF SENTIASA BERSAMA ANDA. BERFIKIR POSITIF
TERHADAP SEMUA PERKARA AKAN MENCERIAKAN HIDUP ANDA..."

Baca dan hayati cerita ini adakah kita semua pernah melakukannya dan diperlakukan sedemikian.
Seorang bapa pulang ke rumah dlm keadaan letih disambut oleh anak lelakinya yang berusia 7 tahun dimuka pintu.
Anak: Ayah, boleh tak Amin tanya satu soalan?
Ayah: Yanak tanya apa?
Anak: Berapa pendapatan ayah sejam?
Ayah: Itu bukan urusan kamu, buat apa nak sibuk tanya? si ayah mula menengking.
Anak: Amin saja nak tahu ayah. Tolonglah bagitahu berapa ayah dapat sejam bekerja di pejabat? si anak mula
merayu.
Ayah: 20 ringgit sejam, kenapa nak tahu?
Anak: Oh si anak menjawab sambil tunduk ke bawah. Kemudian memandang wajah ayahnya ambil bertanya,
Ayah.boleh tak Amin nak pinjam 10 ringgit dari ayah?.
Si Ayah mula menjadi berang dan berkata, oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah, kamu nak buat
apa nak mintak sampai 10 ringgit ? nak beli barang mainan lagi? Jangan nak membazir. Ayah kerja penat-penat bukan
utk buang duit sebarangan. Sekarang pergi balik bilik dan tidur, dah lewat dah ni
Kanak-kanak 7 tahun itu terdiam dan perlahan-lahan melangkah kembali ke bilik tidurnya. Si ayah duduk di atas sofa
dan mula memikirkan mengapa anaknya yg sekecil itu memerlukan duit sebanyak itu. Kira-kira dua jam kemudian si
ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolahnya
kerana anaknya tidak pernah meminta wang sebanyak itu sebelum ini.
Dengan perasaan bersalah si ayah melangkah menuju bilik anaknya dan membuka pintu. Didapati anaknya masih
belum tidur.

Kalau kamu betul-betul perlu duit, nah ambillah duit 10 ringgit ini, berkata si ayah.
Kanak-kanak itu segera bangun dan tersenyum girang. Terimakasih banyak ayah, katanya begitu gembira.
Kemudian dia tercari-cari sesuatu di bawah bantalnya dan mengeluarkan sekeping note 10 ringgit yg sudah renyuk.
Bila ternampak duit itu si ayah kembali berang. kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit
sebanyak itu? Dan dari mana kamu dapat duit di bawah bantal itu? jerkah si ayah.
Si anak tunduk tidak berani merenung wajah ayahnya. duit ini Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah beri tiap
hari. Amin minta lagi 10 ringgit dari ayah sebab duit yang Amin ada sekarang tidak cukup, jawab si anak perlahan.
Tak cukup untuk beli apa??, soal balik si ayah.
Ayah, sekarang Amin sudah ada 20 ringgit. Ayah ambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa ayah. Amin nak ayah
balik kerja awal besok. Amin rindu nak makan malam bersama ayah. , jawab si anak tanpa berani memandang wajah
ayahnya.
15 Tanda-tanda Malas

Asalamualaikum..Dikesempatan ini Cikgu Jumali nak kongsikan tanda-tanda seseorang itu malas
1. Mereka yang tahu melakukan tetapi tidak mahu melakukannya.
2. Mereka yang boleh melakukan tetapi enggan untuk melakukannya.
3. Mereka yang berupaya melakukan tetapi tidak bersedia melakukannya.
4. Mereka yang sanggup melakukan tetapi ingkar untuk melakukannya.
5. Mereka yang ditugaskan melakukan tetapi menolak untuk melakukannya.
6. Mereka yang berpeluang melakukan tetapi mencari alasan untuk tidak melakukannya.
7. Mereka yang diberi mudah untuk melakukan tetapi mereka payah untuk melakukannya.
8. Mereka yang sedikit melakukan tetapi mendakwa banyak telah melakukannya.
9. Mereka yang biasa melakukan tetapi mengelak untuk melakukannya.
10. Mereka yang sering melakukan tetapi mendakwa tidak pernah melakukannya.
11. Mereka yang mahir melakukan tetapi mendakwa tidak pernah melakukannya.
12. Mereka yang ada asas tetapi tidak mahu mencuba untuk melakukannya.

13. Mereka yang sepatutnya melakukan tetapi mengelak untuk melakukannya.


14. Mereka yang berkelapangan tetapi mendakwa suntuk untuk melakukannya.
15. Mereka yang berdaya tetapi berpura pura tidak boleh melakukannya.
Kisah Penjual Tempe

Assalamualaikum
Hari ini, Cikgu Jumali hendak kongsikan satu cerita iaitu mengenai Si Penjual Tempe. Jom kita sama-sama membaca
dan menghayati isi pengajaran yang hendak disampaikan. Semoga kita bersama-sama memperoleh faedah daripada
cerita ini.
Ceritanya
Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Disitu ada seorang perempuan tua yang sangat kuat beribadat.
Pekerjaannya ialah membuat tempe dan menjualnya di pasar setiap hari. Ia merupakan satu-satunya sumber
pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe yang dibuatnya sendiri.
Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba tiba dia tersedar
yang tempenya yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh jadi.Kebiasaannya tempe
beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum
masak lagi.
Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah
rezekinya pada hari itu. Dalam suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat akan firman
ALLAH yang menyatakan bahawa ALLAH dapat melakukan perkara-perkara ajaib, bahawa bagiNya tiada yang
mustahil. Lalu diapun mengangkat kedua tangannya sambil berdoa? Ya ALLAH, aku memohon kepadaMu agar
kacang soya ini menjadi tempe. Amin..
Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia sangat yakin bahawa ALLAH pasti
mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung
jarinya dan dia pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe.
Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih tetap kacang soya.
Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang jelas didengar oleh ALLAH. Maka dia pun
mengangkat kedua tangannya semula dan berdoa lagi.? Ya ALLAH, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu.
Bantu lah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah
kacang soyaku ini kepada tempe, Amin..
Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia
termangu dan hairan apabila tempenya masih tetap begitu!! Sementara itu hari pun semakin

meninggi sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak kecewa atas doanya yang belum
terkabul.
Walaubagaimanapun kerana keyakinannya yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa
barang jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan pemergian ke pasar sambil berdoa
dengan harapan apabila sampai di pasar kesemua tempenya akan masak.
Dia berfikir mungkin keajaiban ALLAH akan terjadi semasa perjalanannya ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia
sempat
mengangkat
kedua
tangannya
untuk
berdoa.?
Ya
ALLAH,
aku
percaya,
Engkau akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah keajaiban ini
buatku, jadikanlah tempe ini. Amin?. Lalu dia pun berangkat. Disepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa berdoa di
dalam hatinya.
Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya. Hatinya betul-betul yakin yang tempenya
sekarang mesti sudah menjadi. Dengan hati yang berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan
dengan jarinya setiap bungkusan tempe yang ada.
Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih
belum menjadi!! Dia pun terkejut seketika lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit
kecewa dan putus asa kepada ALLAH kerana doanya tidak dikabulkan.
Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe.
Dia akhirnya cuma duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa tiada orang yang
akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara itu hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi,
para pembeli sudah mula kurang.
Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe, tempe mereka sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu
seperti tidak sanggup menghadapi kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh
dibawa pulang. Namun jauh disudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada ALLAH, pasti ALLAH akan
menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap
berdoa buat kali terakhir? Ya ALLAH, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini.?
Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita? Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe
yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tapi masih belum berjumpa
lagi.? Dia termenung dan terpinga-pinga seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe, tidak
pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi.
Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia berdoa di dalam hatinya?Ya ALLAH, saat ini
aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin..
Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun penutup tempenya. Alangkah seronoknya
dia, ternyata memang benar tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur pada
ALLAH. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu. Sebelum wanita tu pergi, dia
sempat bertanya wanita itu? Mengapa hendak membeli tempe yang belum jadi??
Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England teringin makan tempe dari desa.
Memandangkan tempe itu akan dikirimkan ke England,si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi
supaya apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau dikirimkan tempe yang sudah
menjadi, nanti disana tempe itu sudah tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap.
Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah pun dimakbulkan oleh ALLAH?

* kita sering memaksakan kehendak kita kepada ALLAH sewaktu berdoa, padahal sebenarnya ALLAH lebih
mengetahui apa yang kita perlukan dan apa yang terbaik untuk diri kita.
ANTARA KANDUNGAN DALAM KUNCI INI IALAH
1. RANCANGAN PENGAJARAN PP PENGGAL 1 2013
2. RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PENGGAL 1 2013
20 MINGGU X 4=80 RPH
3. PANDUAN GURU UNTUK 5 BAB BESERTA PETA KONSEP DAN NOTA LEBIH TERSUSUN MENGIKUT SUKATAN
4. LEMBARAN LATIHAN PENGUKUHAN MENGIKUT BAB
[JAWAPAN DISEDIAKAN]
5. 10 SET SOALAN KAJIAN KES
6. 1 SET SOALAN PERCUBAAN PENGGAL 1 EDISI 2013
HARGA: RM50 PROTECTED [TAK BOLEH EDIT, TAK BOLEH COPY PASTE]
RM100 UNPROTECTED [BOLEH EDIT, BOLEH COPY PASTE]
CARA PEMBAYARAN
BANK IN ATAU TRANSFER KE AKAUN:
1. MAYBANK [NORAZLI MUHAMMAD] [1630 1934 5784]
2. BANK ISLAM [NORAZLI MUHAMMAD] [13 017 02060 1743]
3. CIMB [NOR AZMA JUSOH] [1218 0082 1725 22]
4. BANK RAKYAT [NORAZLI MUHAMMAD] [22 011 144462 4]
5. RHB BANK [NORAZLI MUHAMMAD] [1181 2500 0041 49]
SUDAH BANK IN ATAU TRANSFER: SMS KE [010-929 0902]
1. NAMA & ALAMAT PENGHANTARAN [RUMAH/SEKOLAH]
2. BUTIRAN PEMBAYARAN [TARIKH, MASA, AKAUN DAN JUMLAH]
3.

& Pastikan Cg aZLy reply dengan No. Pos EKSPRESS

CD KUNCI PP PNGGAL 1 EDISI 2013 AKAN DIPOSKAN SECARA POS EKSPRESS KE ALAMAT TUAN/PUAN.
PEMBAYARAN SELEPAS PUKUL 2.00PM AKAN DIPOSKAN KEESOKAN HARI
2 (a)
1.
Kaedah peratusan jualan
Ditetap berdasarkan peratusan dari jualan semasa/jangkaan jualan

Ramalan berdasarkan pengalaman lepas/jangkaan masa depan


Mudah dikira dan senang difahami serta diterima
Lebih rasional kerana ikut saiz syer pasaran
Peratusan jualan terdahulu dan jangkaan jualan masa hadapan
Ditentukan berdasarkan pengalaman
[F=1+H=1] =2
2.
Kaedah ikut kemampuan=
Kaedah paling mudah
Dibuat mengikut jumlah wang yang mampu disediakan syarikat
Peruntukan diambil daripada baki pendapatan yang ada setelah ditolak semuabelanja
Digunakan oleh syarikat kecil
Tiada pengiraan /analisis terhadap kos & kesan promosi yang dijalankan
Kelemahan: objektif promosi sukar dicapai
[F=1+H=1] =2
3.
Kaedah pesaing
Menetapkan belanjawan agar setanding dengan pesaing
Berbelanja sama banyak seperti pesaing dapat mengelakkan perang promosi
Tidak berkaitan dengan objektif promosi & keuntungan
Memadankan dengan perbandingan pesaing
Elak dari kehilangan pasaran
[F=1+H=1] =2
4.
Kaedah objektif dan tugas
Dibuat berdasarkan penetapan objektif promosi/apa yang ingin dicapai daripromosi
Penetapan aktiviti-aktiviti yang akan dilaksana untuk capai objektif
Menetapkan belanjawan berdasarkan anggaran belanja untuk semua aktivitiitu
Senarai tugas / petugas yang terlibat semasa buat promosi
[F=1+H=1] =2
(ii)
Dalam memasarkan produknya yang terdiri daripada kain sarung, batik sutera lukis dan sutera ekslusif ke seluruh negara, Puan
Rosnaini akanmengedarkannya terus kepada peruncit-peruncit yang pelbagai.Terangkan tiga tahap liputan pasaran yang terdapat
dalam pasaran dancadangkan tahap liputan yang paling sesuai untuk dipilih oleh beliaumengikut jenis keluaran yang
dihasilkan.1.

Pengedaran intensif [1]


Kaedah pengedaran paling luas liputannya
Ahli saluran terlibat perlu menyimpan stok yang banyak
Sesuai untuk : memasarkan keluaran kain sarung Azra Silk 2.
Pengedaran selektif [1]
Menghadkan pengedaran kepada beberapa ahli pengantara sahaja dalam satu-satu kawasan geografi tertentu.
Sesuai untuk keluaran: memasarkan kain batik sutera lukis.3.
Pengedaran eksklusif [1]
Menghadkan pengedaran kepada satu outlet/kedai dalam satu kawasangeografi
Produk istimewa/ekslusif/unik
Tingkat pengeluaran yang sedikit
Sesuai untuk: memasarkan sutera ekslusif [F=1m, H=2m, ][Jumlah=9 markah][kematangan huraian = bonus 1]

(b)

Puan Rosnaini perlu menguruskan saluran agihan yang dipilih denganbaik bagi memastikan ianya mampu mencapai

matlamat pemasarannya.Huraikan perkara-perkara yang perlu diberi perhatian dalammenguruskan saluran agihannya dengan
baik.1.
Memilih ahli saluran:[1]
Lihat kepada pengalaman,
Rekod (termasuk kewangan)
Prestasinya
Reputasi,
kerjasama dll
Bergantung juga kepada jenis/barisan produk yang hendak dipasarkan
[F-1 + H-4 =5m]
2. Memotivasi ahli saluran:[1]
Untuk mendorong mereka memberi khidmat terbaik
Memberikan kerjasama
Beri insentif seperti komisen tinggi
Elaun

Peraduan jualan dll


Beri keyakinan/jaminan memperoleh pulangan lumayan
[F-1 + H-4 =5m]
3.
Menilai ahli saluran:[1]
Memeriksa prestasi
memeriksa kuota jualan
memeriksa perkhidmatan pelanggan dll
Membantu ahli yang tidak cemerlang mengantikan ahli lain
[F-1 + H-4 =5m]
(c) Jelaskan maksud risiko pelaburan dan perkaitannya dengan pulangan.
Maksud risiko:
Ketidakpastian dalam jumlah pendapatan yang diramal/ [1]
Berbanding dengan pendapatan sebenar yang akan diperolehi oleh pelabur.
Wujud disebabkan kitaran ekonomi,dasar kerajaan dll [1]
Sumber berisiko-kenaikan kadar faedah/ [1]
Kelemahan kadar pertukaran asing [1]
Kemelesetan ekonomi [1]
Kejatuhan permintaan barang dan perlhidmatan/ [1]
Kenaikan kadar cukai [1][5 huraian x 1m=5m]
Kaitan dengan pulangan:
Semakin tinggi risiko,semakin tinggi pulangan yang[F-1 + H-4(beserta contoh)]=5mSemakin rendah risiko,semakin rendah
pulangan diperolehi.[F-1 + H-4(beserta contoh)]=5m

Bahagian A [50 markah]


Jawab semua soalan 1 (a) Bezakan antara persekitaran umum dengan persekitaran tugas. (b) Jelaskan tiga kebaikan
perniagaan domestik. (c) Jelaskan dua cabaran yang dihadapi oleh pengurus pengeluaran. (d) Berikan dan jelaskan
tiga jenis susun atur kilang. (e) Huraikan maksud peletakan pasaran. (f) Terangkan enam fungsi pemborong dalam
perniagaan. [4] [6] [4] [6] [4] [6]
(g) Berikan dua perbezaan antara objektif memaksimumkan keuntungan syarikat dengan objektif memaksimumka
Bahagian A
[50 markah]Jawab semua soalan
1 (a) Bezakan antara persekitaran umum dengan persekitaran tugas. [4]
(b) Jelaskan tiga kebaikan perniagaan domestik. [6]
(c) Jelaskan dua cabaran yang dihadapi oleh pengurus pengeluaran. [4]
(d) Berikan dan jelaskan tiga jenis susun atur kilang. [6]
(e) Huraikan maksud peletakan pasaran. [4]
(f) Terangkan enam fungsi pemborong dalam perniagaan. [6]
(g) Berikan dua perbezaan antara objektif memaksimumkan keuntungan syarikatdengan objektif memaksimumkan kekayaan
pemegang saham. [4]
(h) Jelaskan tiga jenis polisi insurans nyawa. [6]
(i) Jelaskan tiga fungsi Jabatan Sumber Manusia. [6]
(j) Huraikan empat ganjaran berbentuk kewangan
Bahagian B [50 markah]
2 (a)
Azra Silk adalah sebuah syarikat pengeluar batik kraftangan khususnya
sarung dan batik sutera di Pahang.Syarikat ini dibuka hasil pengalamanpemiliknya, Puan Rosnaini yang bekerja selama lima
tahun dalam industriberkenaan di Terengganu.Syarikat ini baru sahaja beroperasi sejak setahun yang lalu denganbilangan

pekerja seramai 20 orang.Sejak memulakan operasi, Syarikat initelah mendapat sambutan yang baik khususnya disekitar bandar
Kuantandimana ianya beroperasi. Puan Rosnaini merancang untuk meluaskanpasarannya ke seluruh negara.Namun demikian,
beliau mempunyai sedikitmasalah kerana pengalaman beliau terhad dalam bidang operasi pengeluaransahaja.Untuk tujuan ini,
beliau telah mengambil seorang pekerja yang barumenamatkan pengajian di Universiti Tempatan dalam bidang
pemasaran.Bersesuaian dengan kelulusannya, Adam sebagai pekerja baru telah dilantik sebagai pengurus jualan.Untuk
memenuhi impian pemiliknya yang mahumenembusi pasaran batik seluruh negara, Adam telah merancang untuk menjalankan
promosi yang berjaya manakala strategi pengagihan yang baik telah dilakukan oleh Puan rosnaini sendiri.
(i)
Terangkan kaedah-kaedah yang boleh digunakan oleh Adam dalammenentukan belanjawan promosinya. [10]
(ii)
Dalam memasarkan produknya yang terdiri daripada kain sarung, batik sutera lukis dan sutera ekslusif ke seluruh negara, Puan
Rosnaini akanmengedarkannya terus kepada peruncit-peruncit yang pelbagai. Terangkan tiga tahap liputan pasaran yang terdapat dalam
pasaran dan cadangkantahap liputan yang paling sesuai untuk dipilih oleh beliau mengikut jeniskeluaran yang dihasilkan. [10]
(b) Puan Farah perlu menguruskan saluran agihan yang dipilih dengan baik bagi memastikan ianya mampu mencapai matlamat
pemasarannya. Huraikanperkara- perkara yang perlu diberi perhatian dalam menguruskan saluranagihannya dengan baik. [15]
(c)
Jelaskan maksud risiko pelaburan dan perkaitannya dengan pulangan. [15] Nama-nama Menteri Malaysia 2013. Senarai

Lengkap dan Rasmi Nama-Nama Menteri di Malaysia 2013. List of Cabinet of Ministers and Deputy Ministers of
Malaysia 2013. Berikut Merupakan senarai lengkap Menteri di Kementerian Malaysia dan jawatan-jawatan rasmi di
Kabinet Persekutuan Penggal Ke-13.

Barisan Menteri Kabinet Malaysia 2013


Perdana Menteri Malaysia
Datuk Seri Najib Tun Razak
Timbalan Perdana Menteri Malaysia
Tan Sri Muhyiddin Yassin
Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Menteri Jabatan Perdana Menteri


Mejar Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom
Senator Abd Wahid Omar
Senator Datuk Seri Idris Jala
Senator Datuk Seri Panglima Joseph Kurup
Datuk Seri Shahidan Kasim
Pn Hjh Nancy Shukry
Datuk Joseh Entulu
Senator Paul Lau Seng Kuat
Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri
Datuk Razali Ibrahim
P.Waythamoorthy
Kementerian Pertahanan

Menteri Pertahanan Malaysia: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein


Timbalan Menteri Pertahanan Malaysia: Datuk Rahim Bakri

Kementerian Kewangan

Menteri Kewangan Malaysia: Datuk Seri Najib Tun Razak


Menteri Kewangan Malaysia (II): Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah
Timbalan Menteri Kewangan Malaysia: Datuk Ahmad Madzlan

Kementerian Pelajaran & Pengajian Tinggi

Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi: Tan Sri Muhyiddin Yassin


Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi (II): Datuk Seri Idris Jusuh
Timbalan Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi: Datuk Dr Meryl Yap
Timbalan Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi (II): Datuk P Kalamanatahan

Kementerian Dalam Negeri

Menteri Dalam Negeri: Datuk Seri Zahid Ahmad Hamidi


Timbalan Menteri Dalam Negeri: Datuk Seri Dr Wan Junaidi

Kementerian Pengangkutan

Menteri Pengangkutan: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Pemangku)


Timbalan Menteri Pengangkutan: Datuk abdul Aziz Kaprawi

Kementerian Pelancongan Dan Kebudayaan

Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan: Datuk Seri Mohd Nazri Nazri Aziz
Timbalan Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan: Datuk Joseph Salang

Kementerian Luar Negeri

Menteri Luar Negeri: Datuk Anifah Aman


Timbalan Menteri Luar Negeri: Datuk Hamzah Zainudin

Kementerian Kerja Raya

Menteri Kerja Raya: Datuk Fadilah Yusuf


Timbalan Menteri Kerja Raya: Datuk Rosnah Abd Rashid

Kementerian Kesihatan

Menteri Kesihatan: Datuk S Subramaniam


Timbalan Menteri Kesihatan: Datuk Seri Hilmi Yahya

Kementerian Belia Dan Sukan

Menteri Belia Dan Sukan: Khairy Jamaluddin

Timbalan Menteri Belia Dan Sukan: Datuk Saravanan Murugan

Kementerian Sumber Manusia

Menteri Sumber Manusia: Datuk Richard Riot

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kepenggunaan

Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kepenggunaan: Datuk Hassan Malik


Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Kepenggunaan: Senator Ahmad Bashah

Kementerian Perdagangan Antarabangsa

Menteri Perdagangan Antarabangsa: Mustapa Muhammad


Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa: Datuk Hamim Samuri

Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani

Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakub
Timbalan Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani: Datuk Tajuddin Abd Rahman

Kementerian Sains Teknologi dan Innovasi

Menteri Sains Teknologi dan Innovasi: Datuk Ivon Ibin


Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Innovasi: Datuk Sr Abu Bakar

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar: Datuk Seri G Palanivel


Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar: Datuk Dr James Dawos

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air: Datuk Dr Maxsimus Ongkili


Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air: Datuk Seri Mahathir Khalid

Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah: Datuk Sri Shafie Apdal
Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah: Datuk Seri Alexander Nanta Linggi

Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi

Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi: Datuk Seri Douglas Unggah


Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi: Datuk Noriah Kasnun

Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan: Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan
Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan: Datuk Halimah Mohd Sadique

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat: Datuk Rohani Ab Karim


Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat: Datuk Dr James Dawus

Kementerian Komunikasi dan Multimedia

Menteri Komunikasi dan Multimedia: Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek


Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia: Datuk Jailani Johari

Kementerian Wilayah Persekutuan

Menteri Wilayah Persekutuan: Datuk Seri Tg Adnan Tengku Mansoor


Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan: Senator Datuk Dr Logabalamohan

Baru saya tahu! Bacaan Sunat Sebelum Tidur


1-Membaca ayat Kursi.
2-Membaca surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas. Kemudian tiupkan kepada kedua telapak
tangan dan diusap keseluruh tubuh. Siti Aisyah mengatakan bahawa Rasulullah selalu
melakukannya sebanyak tiga kali. (Riwayat al-Tirmizi)
3-Tasbih, tahmid dan takbir sebanyak 33 kali. Rasulullah bersabda kepada kepada Ali dan
Fatimah yang mengeluh penat bekerja di sinag hari dan meminta seorang pembantu: "Jika
kamu telah berbaring di tempat tidur, bertakbirlah 33 kali, bertasbihlah 33 kali dan
bertahmidlah 33 kali. Sesungguhnya ia lebih baik bagimu daripada memiliki seorang
pembantu." (Riwayat Muslim)
4-Doa tidur.
(Dipetik dari kolum Bicara al-Quran dalam Majalah al-Ustaz isu18)
Apam Dewa
Oleh:Anie Ezany
gambar oleh:SiAnis Anas Afiq
Bahan2(1/2 adunan):
-3biji telur
-1cwn tepung gandum
-1/2 cwn gula
-1 sudu mkn sunkist( yg bt air minuman tu)
-1 sudu kcil ovellet
-Pewarna
Cara2:
-Panas kn pngukus
-Pukul gula+ovellet+sunkist+telur.... Pukul smpai btul2 kembang
-Dh kembang msuk tepung gandum..
-Bahagi pd 2 adunan(1 adunan msuk pewarna yg lg 1 x pyah letak pewarna) klo nk letak pn
boleh
-msuk kn selang seli pd loyang yg dh d sapu minyak
-kukus 20minit @ smpai msak