You are on page 1of 2

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN JASMANI KALI 1/2015

SMK PENAREK, 22120 SETIU, TERENGGANU.

Tarikh
Masa
Tempat

: 20.1.2015
: 2.00 Petang
: Bilik Mesyuarat SMK Penarek

Kehadiran:
1. En. Anizam Bin Ahmed
2. En. Mamat Bin Che Tom
3. En. Ahmad Juzri Harman Bin Jusoh
4. En. Mohd Suhaimi Bin Ghazali
5. Pn. Naimah Binti Abu Bakar
6. Pn. Siti Asmat Binti Md Zulkarnain
7. Pn. Noraini Binti Yusoh
8. Pn. Rohaya Binti Sulaiman
9. Pn. Azimah Binti Tawang
10.Pn. Marinatul Aktar Binti Mukhtar
AGENDA 1: UCAPAN KETUA PANITIA PENDIDIKAN JASMANI & PENDIDIKAN
KESIHATAN
1.1Ucapan terima kasih atas kehadiran guru-guru ke Mesyuarat Panitia Pendidikan
Jasmani kali pertama bagi sesi 2015
1.2Mengharapkan semua guru memberikan kerjasama agar semua program yang
dirancang dapat dijalankan dengan sebaik mungkin.
AGENDA 2 : RANCANGAN MENGAJAR
2.1 Ketua Panitia Pendidikan Jasmani menjelaskan Buku Rancangan Mengajar ditulis
dengan berpandukan Sukatan Pelajaran (SP) dan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP)
yang terkini dan mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas iaitu [ PU(A) 531 Per 7&PU (A)
531 Per 8 ].
2.2 Sukatan dan Huraian Sukatan Pelajaran diserahkan kepada semua guru.
2.3 Rancangan Pelajaran Tahunan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan telah
disiapkan. Mengucapkan terima kasih kepada guru-guru yang menyediakan RPT
2015. RPT Pendidikan Jasmani dan Kesihatan akan dibuat dalam bentuk Hard Copy
dan Soft Copy.
2.4 Pengerusi menerangkan format penulisan Buku Rancangan Harian sekurangkurangnya perlu ada tunjang, tajuk, sub tajuk, objektif, aktiviti, BBM dan catatan.
AGENDA 3 : AKTIVITI TAHUNAN
3.1 Aktiviti Kuiz Pendidikan Jasmani dan Kesihatan berbentuk pengetahuan am akan
diadakan pada bulan Pendidikan Jasmani.
3.2 Memaklumkan bahawa buku tulis mesti ada untuk pendidikan kesihatan. Wajib
ada aktiviti dalam buku tulis sebagai bukti kita menjalankan sesi pendidikan
kesihatan.

3.3 Memaklumkan aktiviti ujian SEGAK perlu dilakukan 2 kali setahun iaitu pada
bulan 3 untuk penggal pertama dan bulan 8 untuk penggal ke 2. Ujian tersebut
perlu direkodkan didalam kad rekod ujian SEGAK dan di masukkan ke dalam aplikasi
yang telah di sediakan oleh pihak Jabatan Pelajaran Terengganu.
AGENDA 4: ANGGARAN PERBELANJAAN
4.1 Ketua Panitia meminta kepada semua guru menyenarai peralatan PJK yang
diperlukan untuk tahun ini dan diserahkan kepadanya untuk atau boleh meminta
peralatan tersebut melalui nota minta yang boleh didapati di pejabat.
4.2 En. Mamat Che Tom mencadangkan guru panitia PJK untuk di seragamkan
pemakaian pakaian untuk pengajaran PJK. Contoh dan harga baju akan di
maklumkan kemudian. Semua ahli bersetuju dengan cadangan tersebut.
4.3 En. Juzri Harman mencadangkan supaya membeli lebih banyak bola dan
peralatan lain memandangkan kita kekurangan barangan di stor PJK.
4.4 Pn. Rohaya mencadangkan supaya jersi untuk pasukan bolajaring diadakan ,
memandangkan kurang sesuai untuk berkongsi dengan jersi bolasepak.
4.5 Pn. Naimah mencadangkan suapaya dapat disediakan sebuah bangku gimnastik
memandangkan ia perlu bagi memenuhi keperluan pengajaran dalam Ujian SEGAK.
4.5 En. Suhaimi mencadangkan supaya kunci bilik PJK di perbanyakkan disebabkan
masih ada guru yang belum mendapatkan pendua kunci.
AGENDA 5 : HAL-HAL LAIN
5.1 Ketua Panitia meminta supaya hanya guru yang mengambil peralatan PJK dan
memastikan peralatan tersebut disimpan semula ditempat asalnya. Selain itu juga
segala peminjaman peralatan dicatatkan dalam buku catatan peminjaman
peralatan.
5.2 Pastikan buku latihan Pendidikan Kesihatan ditanda dan digunakan sebaik
mungkin bagi mengelakkan aduan dari ibu bapa penggunaan buku tulis PJK yang
terlalu sedikit untuk setahun.
5.3 Guru-guru diminta menyenaraikan peralatan yang diperlukan dengan kadar
yang segera untuk proses membuat tempahan barang.
AGENDA 6 : UCAPAN PENANGGUHAN
6.1 Mesyuarat disudahi dengan bacaan surah Al Asr.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.20 petang.
Disediakan oleh :

Disemak oleh:

( NAIMAH BINTI ABU BAKAR )


Setiausaha ,
Panitia PJK
SMK Penarek

..
( ANIZAM BIN AHMED )
Ketua Panitia Pendidikan Jasmani
SMK Penarek,
Setiu, Terengganu