You are on page 1of 23

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PANDUAN PENYEDIAAN LAPORAN


PENYELIDIKAN TINDAKAN
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
DENGAN KEPUJIAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
25 Mei 2010

PANDUAN UMUM PENULISAN LAPORAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

1.0

PENDAHULUAN

Garis panduan ini adalah untuk kegunaan pelajar Institut Pendidikan Guru,
Kementerian Pelajaran Malaysia (IPG-KPM) yang perlu menyediakan laporan
penyelidikan tindakan sebagai memenuhi keperluan kurikulum Ijazah Sarjana
Muda Perguruan.

2.0

3.0

KERTAS
2.1

Saiz : A4 (berkualiti tinggi; 210 mm x 297 mm, 80gsm)

2.2

Warna: Putih

PENAIPAN
3.1

Jenis Huruf: Times New Roman bersaiz 12 yang ditaip justify

3.2

Selang Baris: DUA (2) langkau double spacing bagi teks am.
Manakala SATU (1) langkau digunakan untuk Abstrak dan
Terjemahan Abstrak dan Rujukan

3.3

Ukuran: Ukuran Muka Surat seperti berikut:

Atas :

2.5 cm daripada jidai atas

Bawa :

2.5 cm daripada jidai bawah

Kanan:

2.5 cm daripada jidai kanan

Kiri

4.0 cm daripada jidai kiri

Peringatan:
i. Setiap permulaan tajuk hendaklah ditaip 5.0 cm daripada birai
atas kecuali tajuk laporan penyelidikan, rujukan dan lampiran.
ii. Pada setiap perenggan terakhir dalam sesuatu halaman
mengandungi sekurang-sekurangnya DUA baris teks bertaip.
Sekiranya tidak, pindahkan teks tersebut ke halaman
berikutnya sebagai perenggan baru.
iii. Perkataan terakhir sesuatu halaman tidak boleh menggunakan
tanda sempang.
iv. Sesuatu halaman yang baru hendaklah
sekurang-kurangnya DUA baris teks.

mengandungi

3.4

Format Am :

Semua tajuk ditaip dengan huruf besar kecuali


subtajuk.

3.5

Nombor Halaman :
i. Kedudukan nombor halaman bagi teks am adalah
1.5 cm daripada birai bawah dan 2.5 cm daripada
birai kanan. Gunakan huruf yang sama dengan
huruf teks, tanpa hiasan.
ii. Pada halaman permulaan (bermula daripada
halaman judul) hendaklah dinomborkan dengan
angka
kecil
roman
secara
berturut-turut
sepertimana berikut: i, ii, iii, iv .
Peringatan: halaman
permulaan dianggap
sebagai halaman (i), tetapi tidak ditaip pada
halaman pertama.
iii. Manakala pada halaman teks am hendaklah
menggunakan angka numerik iaitu: 1, 2, 3, 4 .
Peringatan: halaman pertama teks dianggap
sebagai halaman (1), tetapi tidak ditaip sebagai
(1). Begitu juga bagi halaman permulaan setiap
bab yang tidak perlu ditulis nombor halamannya,
tetapi diambil kira ketika menomborkan halaman
berikutnya.

4.0

CETAKAN
Cetakan pada sebelah halaman sahaja iaitu semasa menjilid hendaklah
pada sebelah kanan.

5.0

PENJILIDAN
5.1

Serahan

Menyediakan LIMA (5) naskhah tesis. Naskah


untuk pemeriksaan (penyelia/penilai kedua)
hendaklah dijilid menggunakan kulit keras jenis
biasa SAHAJA.

Nota: Sebelum dijilid, calon hendaklah terlebih dahulu memastikan


setiap pembetulan telah diuruskan selepas melaksanakan
pembentangan dalam seminar penyelidikan.

6.0

5.2

Penduaan

Bagi salinan berikutnya, calon hendaklah


menggunakan kertas mempunyai mutu yang baik
sekurang-kurangnya 80 g dan ke atas sahaja.

5.3

Warna

Tesis hendaklah dijilid kekal berkulit keras dengan


kulit jenis buckram dan bertulisan emas. Warna
kulit adalah Merah Tua (maroon).

KETERANGAN PADA KULIT LAPORAN KAJIAN


6.1

Halaman judul mestilah mempunyai maklumat yang disusun


mengikut urutan berikut:

Judul lengkap penyelidikan

Nama penuh penulis seperti dalam kad pengenalan

Penyataan tujuan penyelidikan

Nama Institut Pendidikan Guru (IPG) tempat penulis berdaftar

Bulan dan Tahun diserahkan

Maklumat yang tersebut di atas hendaklah ditaip bermula dengan


Tajuk Penyelidikan (dalam bentuk piramid terbalik) dengan ukuran
5.0 cm daripada birai atas dan berakhir dengan Tahun 5.0 cm
daripada birai bawah.
Sila lihat contoh di Lampiran A.
6.2

Tulang Kulit
Maklumat pada ruang tulang laporan penyelidikan hendaklah
dicetak dengan jenis dan saiz huruf yang sama sepertimana pada
muka hadapan laporan dan hendaklah mengikut susunan yang
berikut:
Nama IPG (singkatan)
Nama Calon
Ijazah
Tahun
Contoh:
5.0 cm
IPG-KBA

MOHD. KAHIRUL BIN IDZHAR

5.0 cm

PISMP

2010

7.0

FORMAT LAPORAN PENYELIDIKAN TINDAKAN

Laporan penyelidikan ini mengandungi beberapa bahagian yang disusun


mengikut format Penyelidikan Tindakan.

8.0

SUSUNAN DAN URUTAN KANDUNGAN LAPORAN

Laporan penyelidikan hendaklah disusun mengikut urutan seperti yang berikut:


8.1

Kertas Kosong

8.2

Pengesahan Penyelia
Laporan penyelidikan yang hendak diserahkan untuk tujuan
penilaian hendaklah mendapat pengesahan penyelia terlebih
dahulu. Sila lihat contoh pada Lampiran B.

8.3

Halaman Pengakuan Penulis


Halaman ini mengandungi pengakuan penulis tentang keaslian
penyelidikan. Ia hendaklah ditandatangani oleh penulis. Sila lihat
contoh pada Lampiran C.

8.4

Halaman Dedikasi (Pilihan)


Penyataan dedikasi hendaklah ringkas, iaitu tidak lebih daripada
satu perenggan dan tidak mengandungi sebarang nombor, carta
atau gambar. Sila lihat contoh pada Lampiran D.

8.5

Halaman Penghargaan (Pilihan)


Halaman ini hendaklah ditulis tidak melebihi dua muka surat.
Penghargaan dirakamkan kepada orang perseorangan

atau

organisasi yang telah memberikan sebarang bantuan dalam


penyediaan kajian. Sila lihat contoh pada Lampiran E.
8.6

Abstrak
Abstrak hendaklah ditulis dalam dua bahasa iaitu bahasa Melayu
dan diikuti terjemahannya dalam bahasa Inggeris atau bahasa yang
digunakan dalam kursus major di muka surat yang berikutnya.
Abstrak mestilah ringkas, ditulis dalam satu perenggan serta tidak
melebihi 250 patah perkataan dalam satu muka surat sahaja. Ia
hendaklah menyatakan dengan ringkas tujuan penyelidikan,
kumpulan sasaran (sampel), instrumen penyelidikan, tindakan yang

dijalankan, keputusan yang diperoleh dan tindakan susulan. Sila


lihat contoh pada Lampiran F dan G.
8.7

Halaman Kandungan
Halaman kandungan hendaklah dimulakan pada halaman baru dan
mengandungi senarai tajuk dan pecahan-pecahan utama daripada
tajuk yang terdapat dalam penyelidikan.

Sila lihat contoh pada

Lampiran H.
8.8

Halaman Senarai Jadual


Senarai ini mengandungi semua tajuk jadual yang dimuatkan dalam
penyelidikan ini. Sila lihat contoh pada Lampiran I.

8.9

Halaman Senarai Rajah


Rajah merangkumi gambarajah, fotograf, lukisan, graf, carta dan
peta. Senarai rajah mengandungi tajuk rajah dan muka surat yang
memuatkan rajah tersebut. Sila lihat contoh pada Lampiran J.

8.10

Halaman Senarai Lampiran


Senaraikan semua lampiran yang dimuatkan dalam penulisan
penyelidikan dengan memberi perhatian kepada perkara berikut:
a.

Laporan
lampiran.

penyelidikan

tidak

semestinya

mengandungi

Sekiranya diperlukan seperti data penyelidikan,

jadual, soal-selidik, peta, gambar dan sebagainya yang


terlalu panjang untuk dimasukkan ke dalam teks atau yang
tidak diperlukan secara langsung bagi menjelaskan perkara
yang dibincangkan dalam teks bolehlah dimasukkan ke
dalam lampiran.
b.

Lampiran boleh diberi nama seperti Lampiran A, Lampiran B


dan seterusnya bergantung kepada jenis dan banyaknya
bahan yang disertakan sebagai lampiran.

Lampiran juga

boleh diberi tajuk-tajuk tertentu. Sila lihat contoh pada


Lampiran K.

8.11

Teks
a.

Teks dalam penulisan laporan penyelidikan hendaklah


mengandungi

tajuk/judul

yang

membayangkan

kandungannya berdasarkan format penulisan Penyelidikan


Tindakan. Setiap tajuk/judul boleh dipecahkan kepada sub
tajuk/judul dan dinomborkan, jika perlu.
b.

Teks ditulis dalam perenggan demi perenggan.


menulis

perenggan

yang

panjang.

Setiap

Elakkan

perenggan

sebaiknya dapat menerangkan satu isu atau perkara yang


ada kesinambungan dengan perenggan berikutnya.
c.

Berikut adalah contoh tajuk/judul teks dalam laporan


Penyelidikan Tindakan.

1.0

PENDAHULUAN
1.1
1.2
1.3

2.0

Pengenalan
Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran
Refleksi Nilai Pendidikan

FOKUS KAJIAN
2.1
2.2

Isu Kajian
Tinjauan Literatur Berkaitan dengan Isu Kajian

3.0

OBJEKTIF KAJIAN/SOALAN KAJIAN

4.0

KUMPULAN SASARAN

5.0

TINDAKAN YANG DIJALANKAN

6.0

CARA PENGUMPULAN DATA

7.0

KEPUTUSAN/ANALISIS DATA DAN INTERPRETASI

8.0

RUMUSAN/REFLEKSI SELEPAS DAPATAN

9.0

CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

10.0

SENARAI RUJUKAN

Tajuk Alternatif
1.0

PENDAHULUAN
1.1
1.2
1.3

2.0

Pengenalan
Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Saya Yang Lalu
Refleksi Nilai Pendidikan Saya

FOKUS KAJIAN
2.1
2.2

Apakah Isu Kajian Saya?


Apakah Yang Telah Saya Pelajari Tentang Isu Kajian
Saya?

3.0

APAKAH SOALAN KAJIAN SAYA?

4.0

SIAPAKAH MURID SAYA DALAM KAJIAN INI?

5.0

APAKAH TINDAKAN SAYA?

6.0

BAGAIMANAKAH TELAH SAYA MENGUMPUL DATA?

7.0

APAKAH KEPUTUSAN KAJIAN SAYA?

8.0

APAKAH YANG TELAH SAYA PELAJARI?

9.0

APAKAH AKAN SAYA BUAT SETERUSNYA?

10.0

SENARAI RUJUKAN

[Perhatian: Tajuk-tajuk di atas hanya merupakan contoh sahaja; Pelajar


boleh menulis laporan mengikut peringkat dalam Model
Penyelidikan Tindakan Lewin (1946) & Laidlaw (1992)]

8.12

Sistem Rujukan
8.12.1 Menulis Rujukan Dalam Teks
Bagi maklumat atau idea yang diambil daripada sesuatu sumber,
penulis hendaklah menyatakan sumber tersebut dalam teks.
Rujukan dalam teks dan dalam Senarai Rujukan hendaklah ditulis
mengikut sistem American Psychological Association (APA) yang
terkini. Contoh rujukan dalam teks adalah seperti yang berikut:

(a) Menyatakan hasil karya seorang pengarang:


Sepanjang kajiannya, Wong (2000) telah menunjukkan
Sistem pendidikan di Malaysia menggalakkan perkembangan
individu yang menyeluruh (Choy, 2006).
(b) Menyatakan hasil karya dua orang pengarang:
Laporan Harton dan Smith (1995) menyatakan
Pelajar IPG didapati mempunyai bakat yang pelbagai (Lee &
Boon, 2005).
(c) Menyatakan hasil karya beberapa orang pengarang:
Goromon (2003), Hector (2001) dan Victor dan Michael (2006)
menyatakan
Banyak kajian yang lepas (contoh, Francis, 1995; Garmon,
1998; Goon & Koh, 2003) telah menunjukkan

(d) Menyatakan hasil karya sumber sekunder:


Sistem pendidikan di Malaysia terlalu mementingkan
peperiksaan (Man, 1982, seperti dinyatakan dalam Lim, 1990).
Mengikut Man (1982, seperti dinyatakan dalam Lim, 1990),
sistem pendidikan di Malaysia terlalu mementingkan
peperiksaan.

8.12.2 Menulis Rujukan dalam Senarai Rujukan


Contoh rujukan dalam Senarai Rujukan adalah seperti yang berikut:

(a) Buku
Kleeman, G. (1995). Kemahiran pemetaan topografi. Sydney:
Hodder Headline.
(b) Jurnal
Lindsay, A. W. (1982). Institutional performance in higher
education: The efficiency dimension [Prestasi institusi
dalam pendidikan tinggi: Dimensi kecekapan.] Review of
Educational Research, 2, 175-199.

(c) Surat khabar


Ball, S. (1986, February 27). Tiada hadiah bagi HSC. Utusan
Malaysia, hlm. 15.
(d) Tesis tidak diterbitkan
Aeria, L. A. (1980). Burnout dalam kalangan guru-guru
Wilayah Persekutuan. Tesis tidak diterbitkan, Universiti
Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia.

(e) Media elektronik


Fatimah Buang. (2006). Komputer dan saya. Diperoleh Jan
15, 2007 dari http://www.gvu.gatech.edu/user_surveys/
survey-1997-10/
(f) Media elektronik (tiada tarikh, tiada pengarang)
GVU's 8th WWW user survey. (n.d.). Diperoleh Mac 30, 2004
dari http://www.gvu.gatech.edu/user_surveys/
survey-1997-10/

8.12.3 Menulis Rujukan untuk Nama Pengarang Asia

Dalam Teks
Pengarang Melayu

Mohd. Ali (2005) menyatakan

Pengarang Cina

Lim (2006) menyokong

Pengarang India

Krishnan (2003) menerangkan

Dalam Senarai Rujukan

Mohd. Ali b. Mohd. Bakar. (2005).


Merdeka. Kuala Lumpur: Penerbit
Dalam senarai rujukan, tulis
Taufik Intelek Sdn. Bhd.
nama penuh pengarang yang
tidak mempunyai nama keluarga. Lim, C. B. (2006). Politik dan saya.
Kuala Lumpur: Azrizad Sdn. Bhd.
Krishnan a/l Thambipillay. (2003).
Dunia politik. Kuala Lumpur:
Tasha Publications.

9.0

Had Maksimum
Had panjang laporan Projek Ijazah Sarjana Muda Perguruan tidak
melebihi 10 000 patah perkataan.

LAMPIRAN A
2.5 cm

Contoh halaman judul

2.5 cm

KEBERKESANAN PROGRAM MENTOR-MENTEE


DALAM MENINGKATKAN KEUPAYAAN MURID
MENGHAFAL STRUKTUR JANTUNG MANUSIA
X

ALI BIN ABU

4 cm

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi


sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Perguruan

.............................................................

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KAMPUS ...............................................................................

SEPTEMBER 2010

2.5 cm

2.5 cm

2.5 cm

LAMPIRAN B

Contoh Pengesahan Penyelia

Saya akui bahawa saya telah membaca laporan penyelidikan ini


dan pada pandangan saya karya ini telah memadai dari segi
skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Perguruan
............................................................................................

Tandatangan

...............................................................
Nama Penyelia :
...............................................................
Tarikh

................................

LAMPIRAN C
Contoh halaman pengakuan

Saya akui laporan kajian ini adalah hasil kerja saya


sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap
satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan

:
.......................................................

......
Nama Penulis :
.......................................................
......
Tarikh

:
.......................................................

......

LAMPIRAN D
Contoh halaman dedikasi

Untuk ayah dan ibu tersayang

LAMPIRAN E

2.5 cm

Contoh halaman penghargaan

2.5 cm

PENGHARGAAN
4 baris

1.27 cm (0.5 inci)


baris Penulis

ingin merakamkan penghargaan ikhlas

kepada penyelia tesis, Prof. Madya Dr. Fauzi bin


Muhammad atas bimbingan dan dorongan yang diberi
sepanjang tempoh penyelidikan ini.

Kerjasama daripada pihak Jabatan Pelajaran


Selangor, melalui Pejabat Pendidikan Daerah Gombak
amatlah dihargai.

4 cm

Penghargaan juga ditujukan kepada semua yang


terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung
membantu menjayakan projek penyelidikan ini.

2.5 cm

2.5 cm

LAMPIRAN F

Contoh abstrak dalam Bahasa Melayu

2.5 cm

ABSTRAK
4 baris

4 cm

Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk menilai


sejauhmanakah keberkesanan program mentormentee dalam menyelesaikan masalah murid lemah
dalam melabel serta menghafal struktur jantung
manusia. Responden dalam kajian ini terdiri daripada
16 orang murid dari Tingkatan 3 Kreatif yang
memperoleh markah terendah bagi mata pelajaran
Sains dalam ujian semester yang lalu. Data
dikumpulkan melalui ujian pra dan ujian pasca. Hasil
analisis data mendapati bahawa seramai 13 responden
menunjukkan peningkatan markah yang ketara dalam
ujian pasca berbanding ujian pra. Terdapat 2 orang
responden telah memperoleh markah penuh dengan
menunjukkan jumlah peningkatan markah yang sangat
tinggi. Keputusan kajian menunjukkan bahawa
program mentor-mentee sangat berkesan dalam
membantu murid lemah melabel serta menghafal
struktur jantung manusia.

2.5 cm

2.5 cm

LAMPIRAN G

Contoh abstrak dalam Bahasa Inggeris

2.5 cm

ABSTRACT
4 baris

4 cm

The purpose of the study was to determine the extent


to which a mentor-mentee programme could be
effective in helping resolve the problem of weak
students poor ability in labeling and memorising the
structure of the human heart. The respondents
consisted of 16 students from Form 3 Kreatif who
obtained the lowest marks for Science in the previous
semester examination. The data for this study was
collected using pre- and post-tests. The results showed
that 13 students achieved significantly higher marks in
the post-test as compared to the pre-test. There were
two respondents who obtained full marks, showing
tremendous improvement in their performance in the
post-test. The results of the study showed that the
mentor-mentee programme is effective to a large extent
in aiding weak students label and memorize the
structure of the human heart.

2.5 cm

LAMPIRAN H

2.5 cm

Contoh halaman kandungan


2.5 cm

KANDUNGAN
4 baris

ABSTRAK
ABSTRACT
PENGESAHAN PENYELIA
PENGAKUAN
DEDIKASI
PENGHARGAAN
SENARAI LAMPIRAN
SENARAI JADUAL
SENARAI RAJAH

Muka
Surat
i
ii
iii
iv
v
vi
vii
viii
ix

4 cm

1.0

PENDAHULUAN

1.1
1.2

1
2

2.5 cm

1.3
2.0

Pengenalan
Refleksi Pengajaran dan
Pembelajaran
Refleksi Nilai Pendidikan

FOKUS KAJIAN

2.1
2.2

Isu kajian
Tinjauan Literatur berkaitan
dengan Isu Kajian

3.0

OBJEKTIF KAJIAN

4.0

KUMPULAN SASARAN

5.0

TINDAKAN YANG DIJALANKAN

6.0

CARA PENGUMPULAN DATA

7.0

KEPUTUSAN KAJIAN

8.0

RUMUSAN

9.0

CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

SENARAI RUJUKAN
LAMPIRAN-LAMPIRAN
Perhatian: Kandungan di atas hanya contoh sahaja

LAMPIRAN I
SENARAI JADUAL

Jadual
1
2
3

Muka Surat
Perbandingan Skor Ujian Pra dan Pasca

15

LAMPIRAN J
SENARAI RAJAH

Rajah
1
2
3

Muka Surat
Kedudukan Murid semasa Program Mentor-Mentee

12

LAMPIRAN K
SENARAI LAMPIRAN

Lampiran
A
B
C

Muka Surat
Ujian Pra
Ujian Pasca

25
26

You might also like