PENGHARGAAN

Saya Melody Heather Mosiun ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru muzik saya iaitu cikgu Rojali Hussein kerana telah mengajar saya muzik dan memberi saya nota-nota untuk membuat folio ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa saya kerana telah memberi sumbangan dan sokongan untuk membuat folio ini. Sekian, terima kasih.

PENGENALAN
Dikir Barat adalah suatu permainan tradisional yang paling digemari oleh masyarakat Melayu di Kelantan. Ianya wujud dikalangan masyarakat biasa di kampung - kampung dan pinggir bandar. Di dalam persembahan Dikir Barat terdapat satu kumpulan yang diketuai oleh seorang Tukang karut dan Tok Juara. Mereka akan mengarut sambil berbalas - balas pantun dan diikuti oleh awak - awak sebagai suara latar dengan suara yang kuat dan lantang. Dikir barat ini boleh dipersembahkan sebagai hiburan atau pun dipertandingkan. Permainan ini biasanya dimainkan oleh masyarakat di musim menuai padi dan juga di majlis perkahwinan. Pertandingan selalunya diadakan oleh persatuan-persatuan belia tempatan, badan-badan kerajaan ataupun orang-orang tertentu untuk mengutip wang. Dikir Barat adalah permainan yang baru jika dibandingkan dengan teater tradisional yang lain. Perkembangannya sukar diatasi kerana ianya sering menerima perubahan dari bentuk persembahannya dari masa ke semasa mengikut perkembangan zaman. Perkataan Dikir ialah hasil dari 2 kombinasi seni iaitu Dikir dan pantun atau dikir dan karut. Pengertian "Karut" itu sendiri ialah dari istilah mengarut dalam bentuk pantun atau syair.Jadi Dikir Barat, Dikir Karut, Dikir pantun dan Dikir Syair adalah sama ertinya. Walaubagaimanapun di Kelantan ianya lebih terkenal dengan Dikir Barat dan di Selatan Thai dengan Dikir Karut.

ASAL USUL
(a) Dikir Barat Berasal Dari Selatan Siam Beberapa pendapat telah diperkatakan tentang asal-usul Dikir Barat. Ada yang mengatakan ianya berasal dari Selatan Siam. Sebenarnya Dikir Barat ini yang lebih terkenal dengan nama Dikir Karut dibawa dari Negeri Siam ke Negeri Kelantan. Mengikut orang-orang Kelantan, perkataan Baarat ini bermakna Selatan Siam. Ini tidak dapat dinafikan kerana padaa suatu ketika dahulu Negeri Kelantan ini pernah diperintah oleh Kerajaan Siam. Rakyat daripada kedua=dua buah negeri ini selalu berulang-alik dan dengan secara langsung Dikir ini dibawa ke sini dan diterima pula oleh masyarakat. Ketika ianya dibawa ke Kelantan ianya adalah dalam bentuk Dikir dan di sana juga ianya ditambah dengan pantun-pantun dan diubahsuai dari segi persembahan dan loghatnya sesuai dengan keadaan sekeliling dan suasana tempatan. (b) Dikir Barat Berasal Dari Pulau Tebu Ada orang mengatakan bahawa Dikir Barat ini berasal dari Pulau Tebu kerana pengasasnya ialah Husain Mok Nab Lombong yang berasal dari sana. Sewaktu beliau memperkenalkan Dikir Barat, orang-orang menganggap Dikir Barat sebagai satu hasil seni yang baru kerana iramanya boleh disesuaikan dengan irama yang telah sedia ada seperti Rebana Besar. (c) Dikir Barat Berasal Dari Ciptaan Pak Leh Tapang Bila memperkatakan Dikir Barat, nama Pak Leh Tapang tidak boleh dilupakan. Ramai orang mengenali beliau kerana Dikir Barat. Pak Leh Tapang atau nama sebenarnya Haji Mat Salleh bin Hj. Ahmad berasal dari Kampung Tapang, Kota Bharu. Beliau telah mengakui sendiri yang Dikir Barat ini sebenarnya berasal dari Selatan Siam. Beliau telah mengubahkan permainan ini dengan menambahkan pantun-pantun di dalamnya. jadi sebelum itu, ketika Dikir Barat dibawa ke Kelantan ianya adalah dalam bentuk Dikir tanpa pantun. Semasa pemerintahan Jepun, beliau pernah dipanggil untuk meriwayatkan sesuatu dengan cara berpantun. Masa itu juga ada satu kumpulan berdikir yang diketuai oleh Jaffar Wakaf Mek Zainab yang memperkenalkan Dikir Barat di kampungnya. Awakawaknya terdiri daripada orang-orang Melayu Barat (Selatan Siam). Mereka melagukan lagu-lagu yang dibawa dari Selatan Siam dan Pak Leh Tapang pula yang mengubah dan menambahkan dengan pantun-pantun untuk menyedapkan lagi Dikir Barat.

Dikir barat bukan saja terkenal di Kelantan dan negeri-negeri di sekitarnya malah hingga ke Singapura. Dipercayai bahawa Dikir barat diperkenalkan di Tanah Melayu mulai tahun 1930 oleh anak tempatan iaitu Tuan Haji Mat Salleh b. Haji Ahmad atau lebih dikenali dengan nama Mat Salleh Tape atau (Mat Leh Tape).

Gelaran Tape dihujung namanya adalah panggilan mengikut nama sebuah kampung iaitu Tapang. Kemungkinan juga kebudayaan ini diasaskan beliau di Kampung Tape.

Terdapat teori yang mengatakan ia dibawa masuk dari Patani di selatan Siam. Di selatan Siam ia dikenali sebagai dikir karut tetapi disebabkan perkataan karut membawa erti tidak benar menyebabkan masyarakat Kelantan menukar memanggilnya dengan nama dikir barat iaitu merujuk kepada tempat asal dikir itu.Teori yang kedua berpendapat bahawa dikir barat berasal dari Bangkat iaitu sebuah tempat di negeri India. Di Bangkat, dikir ini dipersembahkan untuk memuja dewa-dewa Hindu.

SEJARAH DIKIR BARAT
Dikir barat di Singapura dikesan pada tahun 1975 di sebuah sekolah - Sekolah Victoria. Mereka mempersembahkan dikir barat hasil daripada minat beberapa orang murid sekolah itu di Pesta Dendang Rakyat di kaca TV. Walaupun cara persembahan mereka tidak teratur, namun dari merekalah berputiknya budaya dikir barat hingga ke hari ini. Dikir Barat Sekolah Victoria menjadi begitu popular dan mereka diundang untuk membuat persembahan di sekolah-sekolah, balai rakyat dan juga majlis perkahwinan. Tahun demi tahun, mereka memperbaiki persembahan mereka dan dengan secara tidak langsung, telah membentuk cara permainan dikir barat Singapura. 1984 Maktab Rendah Nanyang membuka lembaran baru dikir barat dengan menganjurkan pertandingan Gema Dikir Barat. Gema Dikir Barat telah mendapat sambutan yang begitu baik dari tahun ke tahun. Peraduan tersebut telah melahirkan beberapa orang aktivis dikir barat yang telah menyebarkan budaya ini ke seluruh pelusuk negara. 1989 Majlis Pusat yang selama ini memerhatikan pergerakan budaya dikir barat, menganjurkan Peraduan Dikir Barat Nasional sempena Bulan Budaya Melayu. Sambutan yang diterima begitu di luar jangkaan dan ini mendorong Majlis Pusat untuk terus menganjurkan peraduan dwitahunan itu yang kemudian dikenali sebagai Perdana pada tahun 1993 & 1995. Januari, 1993 Satu lagi titik sejarah dikir barat di Singapura ialah pertubuhan Gabungan Dikir Barat Singapura pada waktu itu. Gabungan, yang dianggotai beberapa aktivis tempatan, telah mengorak langkah dalam membentuk dikir barat ala Singapura dengan sedikit-sebanyak memperbetulkan cara persembahan. Ini telah menghasilkan seni dikir barat yang lebih teratur, unik dan kreatif di Singapura. 1997 Merupakan tahun pertama Gabungan menganjurkan Perdana dan mula menjadi badan utama bagi penggerak seni dikir barat setempat. 1997 juga merupakan tahun yang bersejarah apabila kumpulan Kelana Purba dari Balai Rakyat Bedok mempelopori penganjuran Anugerah Dikir '97. Dengan sokongan Gabungan, beberapa aktivis yang cemerlang dan berbakat telah dianugerah dan diberi pengiktirafan oleh para penggerak seni setempat. Ia terus menjadi satu majlis anugerah dwitahunan dan telah mendorong aktivis-aktivis seni dikir untuk meningkatkan lagi tahap persembahan mereka untuk mengejar anugerah khas ini. Mega Perdana 2000 telah berjaya memacak seni dikir barat ke tahap tertinggi apabila ia dirakamkan di TCS dan disiarkan di televisyen melalui Suria 12. Penduduk Melayu Singapura kini dapat melihat dan menyaksikan aksi aktivis-aktivis seni dikir barat yang menghiburkan melalui media massa yang meluas ini. Sambutan yang baik serta

penyertaan belia yang tinggi akan membuat seni dikir barat yang unik ini untuk terus berkembang.

KUMPULAN AHLI-AHLI

Di dalam satu-satu pasukan Dikir Barat terdiri daripada seorang Tukang karut , seorang juara dan beberapa orang awak-awak (Selalunya antara 15 ke 30 orang). (i) Tukang Karut Tukang Karut merupakan orang yang paling penting dalam satu-satunya pasukan dikir barat. Tugas Tukang Karut yang paling penting sekali ialah berpantun dan bersyair. Pantun-pantun dan syair itu didendangkan dengan cara spontan mengikut seleranya. Maka idea-idea, isi-isi puisi itu, bahasa dan persoalan yang dikemukakan tanpa berfikir dua kali. (ii) Juara Juara merupakan orang kedua penting dalam satu pasukan Dikir Barat. Tugasnya ialah berdikir sebelum Tukang karut mengarut. Hanya kadangkala, juara juga terpaksa mengarut iaitu di waktu Tukang Karut belum tiba (biasanya di awal permainan) , tapio masanya tidaklah lama, Juara berdikir sambil duduk di sepanjang permainan, tetapi Tukang Karut mendendangkan karutnya sambil berdiri. (iii) Awak-awak Awak-awak ialah kumpulan orang berdikir dalam satu-satu permainan Dikir Barat. Kebiasaannya awak-awak ini terdiri daripada muda mudi belasan tahun. Pada praktiknya orang dewasalah yang lebih ramai menjadi awak-awak. Gelaran awak-awak ini mengambil sempena dari nama kumpulan nelayan yang turun ke laut dalam sebuah perahu di bawah jaggan seorang ketua yang dipanggil "Keragan" jadi keaddda ini disesuaikan dengan pelakon awak-awak dalam permainan Dikir Barat yang di bawah jagaan ketua mereka, Juara.

PERSEMBAHAN

Bermacam-macam persediaan dilakukan sebelum Dikir Barat dipersembahkan. (a) Menempah tukang karut dan juara. Jikalau satu-satu pertunjukkan dikir barat itu dianjurkan oleh satu-satu badan,terpulanglah kepada penganjur itu menempah tukang karut dan juara yang sesuai untuk persembahan dikir barat itu. Awak-awak tidak payah ditempah kerana tiap-tiap juara sudah mempunyai awak-awaknya sendiri. Selalunya penganjur inginkan tukang karut dan juara yang popular. Penganjur akan menempah tukang karut dan juara sama ada di rumahnya sendiri,melalui orang tengah ,di tempat mereka sedang menunjukkan permainan ataupun dimana-mana mereka berjumpa. (b) Mendapat Kebenaran Bermain Satu lagi tugas penganjur ialah mendapat kebenaran dari pihak berkuasa seperti Penghulu, penggawa, pegawai Polis dan Ketua jajahan Daerah. (c) Iklan-iklan ditampal, disebar dan didedahkan di sekitar kawasan kampung dalam bahasa atau loghat daerah. Walau bagaimanapun pengumunan melalui pembesar suara sangat popular. Pihak penganjur akan pergi ke kampung-kampung yang berdekatan pada petang itu dan memberitahu yang permainan tersebut akan diadakan di kampung yang tertentu. Di antara pengumumannya berbunyi begini: "jange lupa adik kakok ini male Dikir Barat di pade Stadium Sultan Muhammad Ke IV, Kota Baru. Tok Jora dea Tukang karut tersohor seluruh Kelate, Jen Endoro, Megat Nordin, dan ghama lagi. Dikir Barat Rekod Dunia... jange lupa, datelah beghama-ghama" (d) Tempat bermain. Permainan Dikir Barat di atas Pentas. Bentuk pentas mengikut corak permainannya itu. (i) Bangsal Atau pentas Untuk pertunjukan Percuma Jika permainan ini dipertunjukkan di hari-hari perayaan atau majlis-majlis perkhawinan maka bangsal atau pentasnya diperbuat tinggi kira-kira 4 kaki. Pertunjukan ini percuma dana semua penonton dapat melihat dari jauh. Bangsal ini biasanya dibuat daripada buluh berlantaikan papan dan beratapkan daun kelapa. (ii) Bangsal Atau Pentas Untuk Pertunjukan Yang Dikenakan Bayaran Kadangkala ada juga penganjur yang menganjurkan permainan ini dengan tujuan mengutip wang. penonton dikenakan bayaran masuk. Pentas dibuat sempurna supaya semuanya dapat menonton.

ALAT-ALAT MUZIK

Pada peringkat awal perkembangan, persembahan dikir barat hanya menggunakan satu alat adiofon sahaja iaitu kecerek iaitu keping-keping buluh yang diketuk bersama untuk menghasilkan rentak irama dikir barat. Mereka juga tidak perlu bertepuk tangan tetapi dikehendaki meletakkan kedua belah tangan ke pipi masing-masing bagi menguatkan suara. Sekarang persembahan dikir barat menggunakan ensembel yang menggunakan alat terdiri daripada tetawak, dua biji rebana (ibu dan anak), sepasang rumbia (marakas), canang dan kerci. Alat-alat muzik dipilih oleh juara yang merekakan rentak untuk suatu persembahan dikir barat. 1. Tetawak Tetawak atau gong yang digunakan dalam dikir barat ialah metalofon yang diperbuat daripada tembaga hitam dengan bingkai yang besar. Bila hendak digunakan , tetawak digantung pada ‘stand’ atau pengangkut kayu atau bumbung pentas. Jong (juru) gong akan duduk bersila di sisi tetawak dan memukul busutnya untuk menghasilkan bunyi. Bunyi pukulan tetawak lebih tinggi daripada gong. Dalam persembahan, tetawak diletakkan di bahagian tepi barisan belakang satu-satu kumpulan dikir barat. 2. Rebana Rebana adalah alat membran semuka dan kulit mukanya diperbuat daripada kulit kambing. Apabila dimainkan, rebana itu diletakkan di atas tapak kaki pemainnya yang duduk bersila. Lutut kanan pemain dimasukkan ke dalam buluh rebana sehingga mencecah kulit muka untuk menghasilkan bunyi yang lebih nyaring. Untuk menegangkan kulit rebana digunakan kayu baji yang diletakkan di bawah buluh rebana dan juga seutas rotan kecil sebagai penyedak. 3. Marakas Sepasang Marakas juga digunakan dalam persembahan dikir barat. Ia biasanya dibuat daripada kayu atau plastik dan tempurung kelapa. Kayu yang digunakan dilarik, dilicinkan dan dibentuk bulat seperti bola. Di dalamnya dimasukkan biji-biji batu kecil, untuk menghasilkan bunyi. Kayu pemegang dipasang untuk memudahkan pemain memainkannya.

PAKAIAN
Di dalam permainan Dikir Barat di kelantan yang berasal dari Selatan Siam ini, tidak ada pakaian tertentu atau yang menarik dipakai oleh juara, Tukang karut dan awak-awak. Ini

tidak dapat dinafikan kerana permainan ini adalah permainan rakyat biasa di kawasankawasan sawah padi dan kampung-kampung, tetapi kini lengkap berpakaian kemas dengan destanya sekali.

LAGU KARUT DIKIR BARAT
Di 1. 2. 3.

antara lagu-lagu Dikir Barat yang terkenal ialah: Karut Kelantan Cepat. Karut Kelantan Anjur (Perlahan) Karut Petani

4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14

Karut Wok Yoh Karut Pendek Karut Yengki Cepat Karut Yengki Anjur Karut Yengki Tengahan (Sederhana) Karut Yengki Ding Ding Karut Hala Karut Selampit Karut Menora Karut Jenaka Mak Yong Karut Wau Bulan

Ada tiga jenis irama Dikir :1. 2. 3. Irama Asli Irama Padang Pasir. Irama Hindustan.

PEMBAHARUAN DALAM DIKIR BARAT

Semenjak pihak RTM (Radio dan Televisyen Malaysia) menyiarkan Dikir Barat ini sebagai salah satu rancangannya dan juga semenjak diadakan pertandingan Dendang Rakyat yang sekarang ini dikenali sebagai Pertandingan Dikir Barat Kebangsaan, Dikir Barat ini mengalami beberapa proses perubahan dari beberapa segi. Perubahan dan pembaharuan terdapat di dalam bentuk pakaian, tempat, cara persembahan dan juga lagulagu yang didikirkan. Pada asalnya tidak ada pakaian seragam di dalam permainan dikir barat, tapi sejak kebelakangan ini dan sejak diadakan pertandingan Dikir Barat dalam Pertandingan Dikir Barat Kebangsaan kebanyakan pasukan Dikir Barat ada mempunyai pakaian seragam bagi kumpulan masing-masing. Lagu-lagu yang didikirkan kebanyakannya bertemakan pembangunan, dasar ekonomi baru kerajaan, pembelajaran, perpaduan, kebudayaan dan lain-lain. Tidak terdapat lagulagu berunsur lucah didikirkan seperti beberapa tahun yang lalu. Di peringkat antarabangsa pula, dikir barat telah menjadi aktiviti para muda mudi di Singapura. Dikir barat di sana begitu hebat aktivitinya sehinggakan terdapat lebih daripada 5 pertandingan sepanjang tahun dan dijalankan secara komersial dan besar besaran. Untuk mengekalkan budaya dikir barat di Malaysia, pertandingan di peringkat sekolah telah diadakan pertandingan ini setiap tahun yang mana diselitkan dalam Karnival Seni Pencegahan Dadah.

PENUTUP
Demikianlah persembahan Dikir Barat yang asalnya adalah dalam bentuk Dikir yang diubah suai dengan pantun-pantun yang ada dalam masyarakat melayu. Kemudiannya diselit dengan lagu-lagu lucu, sedih dan sebagainya.

Dikir Barat ini berkembang begitu pesat dengan tertubuhnya beberapa kumpulan Dikir Barat di tanahair dan telah menjalani beberapa proses perubahan dan pembaharuan. Dikir Barat bukan sahaja sebagai arena hiburan tetapi ianya juga mampu menyampaikan "mesej" Kerajaan kepada rakyat dan cara pemikiran masyarakat.

Gambar-gambar Dikir Barat.

Gambar alat muzik.
Rebana ibu dan anak:

Tetawak/Gong dan Marakas: