You are on page 1of 2

PEMADAM

PEMADAM adalah singkatan dari Persatuan Mencegah Dadah Malaysia .


Ia adalah satu pertubuhan sukarela yang ditubuhkan untuk menolong
mereka yang bermasalah berbangkit daripada penggunaan dadah, untuk
memberi tunjuk ajar kepada orang ramai mengenai bahaya-bahaya
penggunaan dadah dan juga untuk mendapat kerjasama orang ramai dalam
usaha membasmi dadah.
misi
Membasmi dadah adalah tanggungjawab kita bersama
Kita perangi dadah habis habisan
visi
Negara bebas dadah 2015

Objektif Penubuhan
Untuk bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri
serta agensi-agensi mereka dan lain-lain badan dalam usaha untuk
menghapuskan pengeluaran dan perniagaan dadah yang menyalahi
undang-undang dan penggunaannya dalam apa-apa bentuk.
Untuk membasmi serta menjalankan penyelidikan mengenai penggunaan
dadah dan untuk membantu bekas-bekas penagih dadah melalui JAGAAN
LANJUTAN.
Untuk menyedarkan masyarakat akan bahaya penggunaan dadah dan
melibatkan masyarakat dalam usaha mencegah penyalahgunaan dadah
serta bekerjasama dengan Persatuan-persatuan dan badan yang
mempunyai tujuan yang sama dengan Persatuan ini.
Untuk melancarkan kegiatan-kegiatan Persatuan itu dalam peringkat
Negeri dan Daerah dan memberi galakan serta bekerjasama dengan
Persatuan-persatuan dan Badan-badan yang mempunyai tujuan yang sama
dengan Persatuan ini.
peranan PEMADAM
1. Mendidik orang ramai mengenai bahaya penggunaan dadah melalui
rancangan pencegahan, pendidikan dan penerangan.

2. Mengumpul dan menyampaikan pendapat pakar-pakar mengenai


penggunaan dadah dan menganjurkan seminar, majlis dialog, forum
dan kursus-kursus.
3. Membantu dalam menyediakan perkhidmatan kaunseling.
Bekerjasama dengan Jabatan-Jabatan kerajaan yang bersangkutan
dan lain-lain pertubuhan sukarela dalam usaha mencegah
penggunaan dadah.

You might also like