You are on page 1of 7

Bagai cincin dengan permata

Bagai murai dicabut ekor

Bagai katak di bawah tempurung

Bagaimana acuan begitulah kuihnya

Nasi sudah menjadi bubur

Kaki ayam

Dengar guruh di langit, air


tempayan dicurahkan

Bagai lintah menghisap darah

Kecil tapak tangan, nyiru kami


tadahkan

1. Ada air adalah ikan.


Maksud : Di mana-mana sahaja kita tinggal, di situ ada rezeki.
Contoh ayat : Walau ke mana-mana sahaja kita pergi, janganlah
cepat kecewa kerana di mana ada air adalah ikan.

2. Ada gula adalah semut


Maksud : Apabila sesuatu tempat itu mudah mendapat
kesenangan atau kemewahan di situlah ramai orang berkumpul.
Contoh ayat : Di bandar itu ramai orang tinggal kerana senang
mendapat rezeki dan kemewahan, seperti kata peribahasa ada
gula adalah semut.
3. Air dicencang tidak akan putus
Maksud : Perselisihan antara adik-beradik tidak akan kekal lama
dan akhirnya akan berbaik semula.
Contoh ayat : Ahmad yang tidak bertegur sapa dengan abangnya
selama setahun, sekarang telah berbaik-baik semula kerana air
dicencang tidak akan putus.
4. Air pun ada pasang surutnya
Maksud : Untung dan malang nasib seseorang itu sentiasa
bertukar ganti.
Contoh ayat : Nasib Pak Zaki samalah seperti keadaan air pun
ada pasang surutnya kerana dahulu dia hidup mewah tetapi

sekarang dalam kesusahan.


5. Air sama air, sampah ke tepi juga
Maksud : Jangan mencampuri pergaduhan adik-beradik atau
sekeluarga kerana apabila mereka berbaik semula kita akan
tersisih.
Contoh ayat : Karim yang mencampuri perselisihan Ismail
sekeluarga kini tidak dipedulikan lagi apabila keluarga Ismail
berbaik semula kerana air sama air, sampah ke tepi juga
akhirnya.
6. Air yang tenang jangan disangka tiada buaya
Maksud : Orang yang pendiam jangan disangka bodoh atau
penakut.
Contoh ayat : Faridah itu umpama air yang tenang jangan
disangka tiada buaya, walaupun dia sentiasa pendiam tetapi
bijak dan berani memberikan pendapat.
7. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal
lengan
Maksud : Tiap-tiap pekerjaan hendaklah dibuat sehingga selesai
dan berjaya.
Contoh ayat : Kita mestilah belajar bersungguh-sungguh
sehingga mendapat keputusan yang cemerlang kerana alangalang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.
8. Alah bisa, tegal biasa
Maksud : Perkara atau kerja yang susah menjadi senang kalau
selalu dibuat.
Contoh ayat : Kerja memotong kayu itu alah bisa, tegal biasa
sahaja bagi Ah Kow kerana sejak kecil lagi dia telah
melakukannya.
9. Alah membeli, menang memakai
Maksud : Walaupun terasa berat membeli sesuatu barang yang
mahal harganya tetapi barang itu bermutu dan tahan Iama.
Contoh ayat : Saya tetap membeli baju yang mahal harganya itu
kerana saya percaya alah membeli, menang memakai.

10. Alah sabung, menang sorak


Maksud : Harta benda habis tetapi faedahnya tidak didapati.
Contoh ayat : Perbuatan Pak Leman itu alah sabung, menang
sorak kerana wangnya banyak habis tetapi cita-citanya untuk
menjadi pemimpin di kampung itu tidak berjaya.

Soalan Peribahasa bergambar


Sila beri maksud peribahasa bergambar dibawah...

1)

Maksudnya: ____________________________________

2)

Maksudnya: ____________________________________

3)

Maksudnya: ____________________________________

4)

Maksudnya: ____________________________________

5)

Maksudnya: ____________________________________

6)

Maksudnya: ____________________________________

7)

Maksudnya: ____________________________________

8)

Maksudnya: ____________________________________

You might also like