P. 1
Ulasan Jurnal ~ Peranan Kepimpinan Guru

Ulasan Jurnal ~ Peranan Kepimpinan Guru

5.0

|Views: 21,260|Likes:
Published by noraini md. sapian

More info:

Published by: noraini md. sapian on Feb 20, 2010
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

10/26/2015

pdf

text

original

SGDU 2013 Kepimpinan Pendidikan

BIDANG PENGAJIAN PENDIDIKAN KOLEJ SASTERA DAN SAINS

SGDU 2013 – KEPIMPINAN PENDIDIKAN

Ulasan Jurnal : Peranan Kepimpinan Guru Dalam Mempengaruhi Iklim Bilik Darjah

DISEDIAKAN OLEH : NORAINI BIN MD.SAPIAN (201402) PENSYARAH : EN. SHUHAILI BIN SHAMSUDIN

SGDU 2013 Kepimpinan Pendidikan

JURNAL

SGDU 2013 Kepimpinan Pendidikan

PERANAN KEPIMPINAN GURU DALAM MEMPENGARUHI IKLIM BILIK DARJAH Rahmad Sukor Ab. Samad Shahrir Jamaluddin Universiti Malaya

Most community members believe that the effectiveness of a school is related to the efficiency of its management or principal's leadership style. Actually,this phenomenon occurs if one perceives success from the macro aspect. Conventionally.the success of an organization starts from the smaller units thatexist in the organization itself. Hence, this article will discuss the smaller unitsthat exist in the school organization, which refer to classrooms or micro scale.The focus of the discussion is to suggest what should be done by teachers in classrooms in order to create effective schools.

Selari dengan perkembangan isu kepimpinan dalam pendidikan, banyak kajian dilakukan terhadap kepimpinan pengetua (Crowther, 1997; Sashkin & Sashkin, 1993) tetapi sedikit sahaja kajian dijalankan ke atas kepimpinan guru di dalam bilik darjah. Menurut Banathy (1991) systemic change adalah apa sahaja perubahan yang berlaku pada sesuatu bahagian dalam sistem organisasi yang akan mempengaruhi keseluruhan organisasi; dan ini seterusnya akan membawa perubahan baru kepada organisasi tersebut. Apabila systemic change ini dikaitkan dengan kepimpinan bilik

SGDU 2013 Kepimpinan Pendidikan

darjah, ia memberi pengertian kepimpinan bilik darjah adalah satu unit yang akan mempengaruhi keseluruhan keberkesanan sesebuah sekolah.

Perbezaan dalam pencapaian murid-murid dalam sekolah juga dipengaruhi oleh perbezaan yang ketara dalam diri guru-guru yang menyumbang kepada kecemerlangan sesebuah sekolah.

Persepsi Guru mengenai Kepimpinan Bilik Darjah Kebanyakan guru mempunyai persepsi yang tidak tepat tentang kepimpinan bilik darjah kerana bagi mereka peranan kepimpinan terletak di bahu pengetua atau pentadbir sekolah. Persepsi ini perlu dibetulkan seperti yang disarankan oleh Blase dan Blasé (1998) bahawa asas kejayaan sebuah sekolah yang berjaya bukannya disebabkan oleh pemimpin pengajaran (pengetua; guru besar) tetapi disebabkan oleh kordinasi para guru selaku pemimpin pengajaran. Pendapat ini telah membezakan peranan antara pengetua sekolah dengan gurunya dimana guru berperanan sebagai pemimpin pengajaran dan pengetua sebagai penyelaras sahaja.

Pendapat ini telah disokong berdasarkan hasil kajian ke atas sekolahsekolah efektif di mana ciri-ciri kepimpinan pengajaran yang dimiliki pengetua sekolah menjadi faktor utama yang dapat memajukan sesebuah sekolah. Artikel ini akan memberi tumpuan terhadap maksud kepimpinan bilik darjah; kepimpinan bilik darjah yang berkesan; faktorfaktor yang mempengaruhi iklim sekolah; dan halangan dalam melaksanakan kepimpinan bilik darjah.

SGDU 2013 Kepimpinan Pendidikan

Amalan kebiasaan guru dalam bilik darjah lebih banyak kepada pengurusan bilik darjah sedangkan kepimpinan bilik darjah tidak menjadi keutamaan. Situasi ini disebabkan program-program yang berkait dengan latihan guru lebih banyak memberi penekanan kepada amalan bilik darjah. Kesannya, guru yang mengajar tidak menyedari tentang peranan mereka yang sebenar (Lambert, 2003). Guru beranggapan bahawa peranan mereka hanya mengajar murid-murid mengikut sukatan pelajaran yang disediakan dan secara tekal akan memastikan sukatan pelajaran yang diperuntukkan perlu dihabiskan mengikut jangka masa yang ditetapkan. Sparks (2003) berpendapat babawa guru adalah agen-agen perubahan yang penting dalam memastikan sekolah mereka menjadi sekolah yang berkesan. Guru sebagai agen perubahan perlu dijadikan agenda penting iaitu mempelajari ciri-ciri kepimpinan bilik darjah yang berkesan dan mengamalkannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya kualiti dan keberkesanan sekolah dapat ditingkatkan.

Definisi Kepimpinan Pengajaran Cuban (1984) mendefinisikan kepimpinan sebagai tindakan mempengaruhi pihak lain dengan sengaja. Tindakan ini bertujuan untuk mencapai.matlamat yang dihasratkan. Kepimpinan yang baik akan sentiasa membawa perubahan positif ke atas pihak yang dipimpin. Drath dan Palus (dlm, Yukl, 2002) mengatakan kepimpinan adalah proses menerima apa yang orang lain lakukan secara bersama dengan itu orang akan faham dan menjadi komited. Bagi House et al, (dlm, Yukl, 2002) kepimpinan adalah keupayaan seseorang individu untuk mempengaruhi, memotivasikan, dan membolehkan orang lain

SGDU 2013 Kepimpinan Pendidikan

menyumbang ke arah keberkesanan dan kejayaan organisasi. Bagi Owens (2001) pula, kepimpinan adalah satu set fungsi; ia berlaku di dalam proses interaksi antara dua orang atau lebih yang terlibat; dan pemimpin berniat dan berusaha untuk mempengaruhi tingkah laku orang lain. Berdasarkan semua definisi-definisi tersebut, kepimpinan bolehkan dimaksudkan sebagai seni atau proses mempengaruhi kegiatan manusia yang berkaitan dengan tugas mereka, supaya mereka rela terlibat dan berusaha ke arah keberkesanan dan pencapaian matlamat organisasi.

Sungguh pun demikian, apabila kepimpinan dibincangkan daripada perspektif pendidikan seringkali kepimpinan dikaitkan dengan kepimpinan pengajaran di sekolah dan bilik darjah. Southworth (2002) mendefinisikan pemimpin pengajaran adalah berkait dengan pengajaran dan pembelajaran termasuk pembelajaran profesion guru-guru dan juga perkembangan pelajar. De Bevoise (1984) pula menegaskan bahawa kepimpinan pengajaran ialah segala tindakan yang dilakukan oleh seseorang pengetua atau pihak-pihak yang diamanahkan untuk menggalakkan pertumbuhan pembelajaran di kalangan murid-murid. Oleh itu, guru sewajarnya mengambil berat terhadap pengajaran dan pembelajaran termasuk pembelajaran profesionnya mahupun pertumbuhan pelajar itu sendiri.

Pembelajaran yang berkesan dan bermakna perlu diterajui oleh pengetua atau guru besar sesebuah sekolah. Smith dan Andrews (1990) mengatakan peranan pengetua, antaranya memberi araban, sumber dan sokongan kepada guru dan pelajar bertujuan untuk memperbaiki pengajaran

SGDU 2013 Kepimpinan Pendidikan

dan pembelajaran di sekolah. Situasi ini boleh dilihat menerusi peranannya sebagai kepimpinan pengajaran. lni merujuk kepada kepimpinan yang mempunyai hubungan secara langsung dengan proses-proses pe-ngajaran di mana guru, pelajar dan kurikulum saling berinteraksi. Kepimpinan ke arab proses ini boleh dilaksanakan jika seseorang guru bertindak sebagai penyelia dan juga penilai perkembangan pelajar; dan ia seolah-olah sedang menjalani latihan dalam perkhidmatan. Matlamat umum kepimpinan pengajaran ialah untuk membaiki atau mengekalkan keadaan-keadaan yang menggalakkan pembelajaran pelajar. Kemahiran dan kecekapan kepimpinan pengajaran yang diamalkan pentadbir sebuah sekolah perlu diturunkan kepada guruguru. Selain itu, pentadbiran sekolah perlu mengambil berat memimpin guru ke arah kecemerlangan dalam program-program pengajaran dan

pembelajaran. Antaranya, isu pengajaran dan pengurusan yang merangkumi penilaian guru dan pelajar, iklim sekolah, kurikulum, sumber dan peralatan mengajar, kakita-ngan, kaedah membuat keputusan, matlamat pengajaran jangka pendek/panjang, sokongan komuniti, komunikasi dan interaksi antara pengetua sebagai pentadbir sekolah dengan guru perlu diberi kemahiran yang sewajarnya.

Kajian menunjukkan dalam proses memimpin program-program pengajaran, peranan guru sebagai pemimpin pengajaran memerlukan kecekapan teknik pendidikan dan juga visi peribadi kecemerlangan akademik yang boleh dilaksanakan dalam bentuk strategistrategi yang berkesan. Oleh kerana pelbagai aspek pendidikan seringkali berubah-ubah seperti program pendidikan yang bertambah kompleks; peningkatan profesionalisme dan

SGDU 2013 Kepimpinan Pendidikan

pengkhususan guru; pengenalan teknologi pendidikan sebagai satu sumber kaedah pengajaran dan pembelajaran; harapan komuniti dan ibu bapa; dan perubahan kurikulum - ini semua akan mewujudkan desakan dan tuntutan barn yang perlu diambil kira dalam merealisasikan kepimpinan pengajaran.

Kepimpinan Bilik Darjah Hook dan Vass (2000) mendefinisikan kepimpinan bilik darjah sebagai satu kemahiran di mana guru menggunakan kepimpinan untuk men gurus dirinya sendiri dan berkomunikasi dengan yang lain. Selain dari itu, kemahiran ini adalah satu kebolehan untuk mengaitkan perkara yang berlaku sehari-hari dengan interaksi dua pihak. Kemahiran ini juga merupakan kebolehan guru untuk menyampaikan visi kepada murid-murid dan dapat meyakinkan mereka supaya mengikut. Kepimpinan dalam bilik darjah wujud dalam keadaan berikut:  Apabila murid-murid mencapai sesuatu yang mereka tidak jangka dapat capai di dalam setiap bilik darjah;  Setiap kali apabila terdapat pertumbuhan yang positif walaupun sedikit dalam personaliti mereka ketika kehadiran seseorang guru;  Apabila seorang guru mengangkat tangan semua murid dalam bilik darjah menjadi senyap; dan  Setiap kali murid-murid mengharapkan panduan atau teladan dari seseorang guru. Satu pandangan lain mengenai kepimpinan bilik darjah mengatakan bahawa pemimpin ini tidak terhad kepada guru sahaja malah boleh diaplikasikan kepada murid-murid yang diberi kuasa bersama oleh seorang guru. Apa yang

SGDU 2013 Kepimpinan Pendidikan

diperlukan adalah kesanggupan guru menurunkan kuasa kepada murid. Menurut Wilcox (2005) dalam kepimpinan bilik darjah terdapat kepelbagaian pemimpin yang boleh diwujudkan kerana di dalam bilik darjah itu sahaja ada dua jenis pemimpin iaitu: 1) Guru kelas atau guru subjek; dan 2) Pelajar yang diberi kuasa untuk memimpin sama ada guru ada di dalam kelas ataupun tidak.

Bagi Hook dan Vass (2000) kepimpinan bilik darjah yang berkesan memerlukan guru yang memiliki kemahiran-kemahiran berikut: 1. Boleh mengembangkan keupayaan untuk memahami dan mempunyai visi; 2. Mempunyai kemahiran menghasilkan hubungan yang berkesan; 3. Memahami tingkah laku dan keinginan murid-muridnya; 4. Memahami bilik darjah adalah satu sistem; dan 5. Berkebolehan mencari penyelesaian dan menganalisis maklumat. Bagi menghasilkan pengajaran berkesan, Fenstermacher dan Soltis (1998) menyarankan tiga pendekatan: 1) Pendekatan Eksekutif; 2) Pendekatan Empati; dan 3) Pendekatan Liberal.

Proses pengajaran dan pembelajaran (PP) secara normal berlaku di dalam bilik darjah di mana murid-murid yang mengikuti pengajaran merupakan responden dan guru berperanan sebagai pemimpin.

Pembelajaran yang bermakna selalu dikaitkan dengan kualiti kepimpinan guru

SGDU 2013 Kepimpinan Pendidikan

sarna ada berjaya mendorong; bertindak sebagai perujuk; dan berkebolehan mempengaruhi pelajar untuk berusaha mencapai sesuatu objektif

umpamanya objektif pembelajaran. Pelaksanaannya dapat dijayakan sewaktu proses PP di dalam bilik darjah - merujuk kepada usaha yang digerakkan ke arah pencapaian hasil pembelajaran mengikut topik yang diajar. Kejayaan guru sebagai pemimpin akan kelihatan dalam keupayaannya membuat perubahan di dalam bilik darjah menerusi usaha yang dibuat bersama muridmurid menuju ke arah pencapaian matlamat PP.

Pemimpin

juga

dikaitkan

dengan

orang

yang

berkebolehan

merancang, memberi arahan, mengawal perjalanan proses dan membentuk strategi bagi mencapai tujuan. Oleh itu, pemimpin harus berkebolehan dan berupaya menukar tindakan atau sikap subordinat agar sesuatu matlamat tereapai.

Kepimpinan Berkesan Siapakah yang dimaksudkan pemimpin di dalam bilik darjah? Dalam konteks ini, ada dua jenis pemimpin yang wujud: 1) Guru kelas atau guru subjek; dan 2) Murid-murid yang diberi kuasa untuk memimpin sewaktu guru hadir ataupun tidak (Wilcox, 2005). Fokus jenis pemimpin di sini adalah golongan guru kerana golongan ini lebih banyak menonjolkan ciri-ciri kepimpinan di dalam dan di luar bilik darjah selain banyak memberi impak kepada sekolah (Cheng & Tsui, 1996).

SGDU 2013 Kepimpinan Pendidikan

Field (2004) menyamakan peranan guru dengan peranan kapten sebuah kapal. Menurut beliau, bilik darjah boleh disamakan dengan sebuah kapal di mana guru adalah juru kemudi yang memimpin sekumpulan muridmurid yang mempunyai pelbagai personaliti. Kejayaan kepimpinan guru akan menentukan kejayaan sesebuah organisasi keeil yang dipimpinnya.

Menurut Shippen dan Shippen (2004) seorang guru yang mempunyai kepimpinan yang berkesan memiliki tujuh ciri kepimpinan berikut: Pertama, boleh membentuk dan menyampaikan visi yang jelas di dalam bilik darjah. Ini turut dipersetujui Buhler (1995). Ciri ini penting kerana boleh membimbing murid-murid di peringkat bilik darjah untuk mencapai visi yang dibina secara bersama tetapi, pemimpin guru ini perlu memastikan visi yang baru dibina bersama dengan murid-murid seharusnya tidak bertentangan dengan visi sekolah.

Kedua, mempunyai kebolehan memimpin dan fleksibel. Faktor fleksibel ini amat penting kerana boleh memupuk suasana di mana murid-murid akan mengetahui guru mereka adalah orang yang bertimbang rasa dan tabu batasan sebagai seorang pemimpin. Kadang kala, guru juga boleh bersetuju dengan pendapat murid sekiranya pendapat tersebut bemas dan ada kebenarannya. Kebolehan ini mencerminkan babawa seseorang pemimpin itu adalab seorang yang bersikap terbuka (Zenger & Folkman, 2004).

SGDU 2013 Kepimpinan Pendidikan

Ketiga, kebolehan untuk memimpin dan menjadi teladan kepada muridmuridnya, Aptah lagi, setiap tindakan guru di dalam bilik darjah akan diperhatikan oleh murid-murid dan menjadi contoh.

Keempat,

bijak

membuat

keputusan.

Keputusan

yang

dipilih

sewajarnya akan mendatangkan kebaikan kepada muridnya tetapi tidak menjejaskan kepentingan organisasinya (Chek Mat, 2003).

Kelima, membuang sifat rnernentingkan diri sendiri. Sebagai seorang guru, sifat mementingkan diri perIu dibuang kerana mengutamakan kepentingan murid-muridnya (Shippen & Shippen, 2004) walaupun

kadangkala mendatangkan kesulitan kepada dirinya sendiri.

Keenam, harus membuat pertimbangan yang seimbang untuk mengelak perasaan tidak puas hati di kalangan muridnya, di samping mendapat kerjasama mereka. Selain bersifat jujur dan merendah diri supaya murid boleh mendekatinya dan meluahkan masalah yang mereka hadapi kerana kepercayaan mereka kepada guru. lni akan dapat membina hubungan yang positif antara guru dan murid (Zenger & Folkman, 2004).

Ketujuh,

sentiasa

mengamalkan

pembelajaran-berterusan

untuk

menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran diri. Menurut Kane (2001) ilmu pengetahuan yang diterima oleh guru akan meningkatkan keberkesanan pengajarannya di dalam kelas. Kesannya, keadaan bilik darjah menjadi lebih sistematik dan terkawal.

SGDU 2013 Kepimpinan Pendidikan

Lashway (2002) sebaliknya telah membincangkan peranan pemimpin untuk menjana keberkesanan PP daripada program Leading Learning Communities yang dibangunkan oleh National Association of Elementary School Principals (NAESP). NAESP telah merumuskan enam peranan pemimpin untuk menjana keberkesanan PP iaitu: 1.Mendorong pelajar-pelajar dan orang dewasa supaya mengutamakan usaha belajar; 2.Menentukan harapan pada pencapaian yang tinggi; 3.Menyesuaikan kandungan pengajaran dan pembelajaran dan araban ke arab piawaian yang standard; 4.Mencipta satu budaya pembelajaran berterusan untuk orang dewasa; 5.Menggunakan pelbagai sumber data untuk menilai pembelajaran; dan 6.Mengaktifkan sokongan komuniti untuk kejayaan sekolah/bilik darjah.

Faktor-faktor yang Mempengaruhi Iklim Bilik Darjah Hook dan Vass (2000) telah merujuk budaya bilik darjah yang efektif dengan cara mengenal pasti beberapa faktor yang mempengarnhi iklim bilik darjah iaitu:

Mencari Keseimbangan antara Dorongan dengan Teguran Ketika PP sedang berjalan, iklim bilik darjah yang mesra dan harmoni perlu dicipta oleh guru. Ini kerana pelajar memang suka jika dipuji dan diberi perhatian. Pelajar akan merasa dirinya menjadi penting dalam bilik darjah apabila dipuji. Kesilapannya mungkin boleh dimaafkan dan diberi tunjuk ajar

SGDU 2013 Kepimpinan Pendidikan

yang

sewajarnya.

Sekiranya

guru

boleh

berhenti

di

pertengahan

penyampaian kandungan kurikuIum dan diseling dengan aktiviti tepuk tangan atau permainan, seman gat pelajar dapat ditingkatkan untuk terus belajar. Pelajar yang berjaya membuat sesuatu dengan betuI perlu diberi

penghargaan supaya kepuasan diri pelajar meIaksanakan sesuatu aktiviti dapat ditingkatkan. Imej guru juga dapat ditingkatkan bahkan pelajar akan menunggu-nunggu kehadiran guru untuk belajar bersama guru tersebut.

Membangunkan Rapport bersama Pelajar Perhubungan antara guru dengan pelajar di dalam bilik darjah perlu diwujudkan supaya pembelajaran berkesan dapat dipraktikkan. Situasi ini akan mendorong seseorang guru mengamalkan tingkah Iaku yang efektif dan berkualiti. Fenomena ini memerIukan kemahiran, keupayaan dan komitmen yang tinggi. Selain dari itu, terdapat percubaan guru untuk memasuki dunia peIajar dengan hasrat mempengaruhi dan memimpin mereka. Kejayaan memasuki dunia peIajar dapat menghasilkan persefahaman dengan pelajar khususnya pada tarat emosi yang mesra. Akhirnya, dua pihak yang terlibat akan saling bersedia dalam hal berkongsi pengalaman dan saling bekerjasama.

Mengaitkan Pelajar dengan Harapan Harapan yang tinggi adalah penting bagi pelajar menuju ke arah pencapaian tugasan dan pembelajaran yang berkesan. Ramai orang percaya bahawa harapan merupakan salah satu cara meningatkan daya motivasi yang tinggi. Oleh itu, guru perlu memberi perasaan optimisme yang didesak. Ini adalah

SGDU 2013 Kepimpinan Pendidikan

penting untuk memastikan kelangsungan kejayaan pelajar dan mencetus iklim bilik darjah yang sihat.

Mengekalkan Hubungan Kerja yang Sempurna Rogers (dim. Hook & Vass, 2000) menghuraikan proses ini sebagai proses memperbaiki dan membangun semula. Faktor personaliti yang berbeza perlu diambil kira yang mana usaha ini boleh dilakukan dengan dua cara iaitu guru mesti menunjukkan bahawa beliau tidak menyimpan perasaan dendam sebaliknya menunjukkan teladan yang berkualiti. Mengikis perasaan dendam terhadap pelajar yang telah membuat kesilapan sinonim dengan perlakuan guru menerima kesilapan yang dilakukan sebagai kelainan yang terdapat pada setiap pelajar. Guru menunjukkan teladan terutamanya menggunakan kuasa yang diperuntukkan dan jelas dalam pengurusan penyelesaian konfiik di kalangan pelajar.

Mengamalkan Cara Membuat Pilihan yang Bererti Guru seharusnya memberi peluang kepada pelajar untuk membuat pilihan bagaimanakah tugasan mereka akan disampaikan. Apabila sesuatu tugasan diberi, contohnya dalam mata pelajaran Sains, buku skrap yang bertajuk "Sumber-sumber tenaga di bumi," pelajar diberi kebebasan memilih cara penyampaian tugasan tersebut. Selanjutnya, guru harus berbincang dengan pelajar tentang isi-isi penting, sumber maklumat dan objektiftugasan. Pelajar dibenarkan menentukan cara mengumpulkan maklumat dan penghasilan tugasan. Kepimpinan bilik darjah menyarankan guru digalakkan berperanan

SGDU 2013 Kepimpinan Pendidikan

sebagai pembimbing dan pakar rujuk sahaja berbanding sebagai tukang cerita.

Mengambil Kira Faktor Keselamatan dan Keyakinan Aspek keselamatan sangat penting diberi perhatian sewaktu proses PP dijalankan di makmal sains. Oleh itu, kepimpinan guru di dalam bilik darjah perlu menitikberatkan tentang keselamatan ini. Selain itu, persekitaran yang bersih, selamat dan selesa yang akan menjamin kelancaran aktiviti eksperimen sains perIu diberi perhatian. PP juga memerlukan guru menanam keyakinan diri di kalangan pelajar dengan memberi penerangan yang jelas, penekanan pada kerangka kerja serta norma-norma yang perlu diikuti. Perihal pembelajaran sains adalah untuk menemui dan melakukan sesuatu yang barn dan mencabar sungguhpun ada kemungkinan menghadapi risiko. Guru perIu memastikan pelajar berasa selesa dan selamat dalam melakukan eksperirnen.

Membantu Pelajar Rasa Dirinya Sebahagian daripada Bilik Darjah Pakar psikologi pernah rnengatakan bahawa hasrat inti sari rnanusia adalah rnenjadi sebahagian daripada alam sosial dan perasaan intelektual, Oleh itu, guru perIu rnenggerakkan keinginan pelajar rnelibatkan diri dalam suasana bilik darjah rnengikut hasrat hati sernula jadi. Mereka mengharapkan peranan rnereka dipuji dan diperhatikan. Interaksi sekurangkurangnya dua hala adalah amat diperlukan dalam sesuatu pengajaran dan pernbelajaran.

SGDU 2013 Kepimpinan Pendidikan

Fokus kepada Perkara Baik yang Dilakukan Guru harus sentiasa merefleks pergerakan dan percakapan diri. Adakah pe1ajar mengikuti arahan di dalam kelas? Pastikah diri setiap guru melakukan aksi yang betul? Pada masa yang sama, guru harus sentiasa rnengesan perkara baik yang telah dilakukan oleh pelajar sehingga rnencetus suasana emosi positif bilik darjah. Sebagai contoh, guru memuji pelajar selepas rnembantu membersih dan menyusun radas setelah menamatkan sesuatu eksperimen.

Stail Guru Cara penyampaian dan stail kepimpinan guru di dalam bilik dajah adalah aspek utama menghasilkan pembelajaran yang berkesan. Ia termasuk suara guru seperti nada yang sesuai, lantang, jelas dan terang. Sikap positif dan berekspektasi tinggi yang dipaparkan seseorang guru akan membawa pelajar ke arah cemerlang sarna ada dari segi intelek, afektif dan psikornotor. Selain itu, stail kepimpinan demokratik yang menekan kepada kerjasama, berinisiatif serta bertoleransi dapat rnernbimbing pelajar dengan lebih 001'- kesan. Penggunaan pujian dalam billik darjah menghasilkan peneguhan positif kerana pelajar yang sering dipuji akan berasa seronok dan bermotivasi tinggi dalam sesuatu pelajaran.

Menjadi Pemimpin Pengajaran yang Berkesan Glickman (1990) menegaskan bahawa kepimpinan pengajaran akan dapat dijalankan dengan berkesan sekiranya pemirnpin tersebut rnernpunyai tiga kategori utarna ini:

SGDU 2013 Kepimpinan Pendidikan

1) Keperluan pengetahuan yang mendalam; 2) Tugasan; dan 3) Keperluan kemahiran. Sebagai contoh, seorang guru yang mengajar mata pelajaran Sains hendaklah menguasai pengetahuan yang mendalam dalam bidang ini untuk memastikan proses PP dijalankan dengan lancar. Apabila pelajar

mengemukakan soalan, guru dapat memberi respon yang positif dan memenuhi keperIuan ingin tahu pelajar yang mana keyakinan diri pelajar dapat dipupuk. Apabila memberi tugasan kepada pelajar, guru barus menekankan pada matlamat setiap tugasan dan pelajar pula patut memahami prosedur menimba ilmu dangan penemuan diri.

Pemimpin guru dalam bilik darjah memerlukan kemahiran yang mana merangkumi dua aspek iaitu kemahiran interpersonal dan kemahiran teknikal. Kernahiran interpersonal merupakan upaya meneka mood, tujuan, motivasi dan perasaan orang lain. Guru yang menggunakan kemahiran ini akan berjaya membuat tindakan yang betul. Guru yang berada di dalam bilik darjah harus sensitif pada air muka, suara dan pergerakan anggota badan pelajar. Kebolehan dan keprihatinan guru mengecam dan mengenal sifat pelajar di dalam kelas membolehkannya memupuk pelajar supaya suka belajar. Guru juga perIu menguasai kemahiran teknikal terrnasuk pengurusan alat bantu mengajar seperti komputer, projektor LCD, carta dan sebagainya. Guru boleh menggunakan borang, bahan edaran serta keratan akhbar untuk menjalankan proses PP.

SGDU 2013 Kepimpinan Pendidikan

Menurut kajian Porter dan Brophy (1988) terhadap pengajaran, terdapat tujuh penentu utama guru yang berkesan iaitu: 1. Dapat mencapai matlamat akademik dan sosialisasi: Guru seharusnya berkebolehan menyatupadukan pembelajaran isi kandungan dan kemahiran sosialisasi; 2. Mempunyai penguasaan isi dan pengetahuan yang mendalam: Guru memahami dengan mendalam mata pelajaran yang diajar serta pelajar yang dlajar; Mereka terlibat dengan menyelesaikan kelemahan pelajar; Selain dari itu, guru berkebolehan membantu dalarn menyelesaikan masalah dan kekurangan yang ada pada pelajar; 3. Penerangan yang jelas dan terperinci: Guru menjelaskan apa yang perIu dipelajari, bagaimana maklumat itu berkaitan dengan pengetahuan sedia ada pada pelajar dan apa yang akan dipelajari pada masa akan datang; 4. Menjadi model dan melatih pelajar untuk memproses maklumat: Guru akan menjadi model di dalam kelas; Mereka melatih pelajar memproses maklumat, mencari makna dan menyelesaikan masalah yang diberikan; Guru bertindak sebagai fasilitator untuk mencungkil daya pemikiran pelajar dengan menanyakan soalan; Pelajar diberi peluang untuk memberi pendapat. Guru sentiasa mengesan kefahaman pelajar; 5. Membetulkan salah faham di kalangan pelajar: Guru cuba menjangka dan membetulkan salah faham pelajar; 6. Memperkembangkan pengalaman pelajar: Guru menggunakan alat bantu mengajar yang sesuai mengikut kehendak kurikulum dan ciri-ciri pelajar; Mereka boleh memberi penjelasan serta memperIuas bahan-bahan bantuan dengan tujuan memperkayakan kurikulum; dan

SGDU 2013 Kepimpinan Pendidikan

7. Seorang guru yang reflektif: Guru menggunakan masa untuk memikirkan tentang apa, mengapa dan bagaimana mengajar bertujuan memperbaiki teknik pengajaran pada masadepan.

Membentuk Agenda Bilik Darjah Agenda bilik darjah sangat penting untuk menentukan implementasi pelan kepimpinan bilik darjah. lni akan membentuk iklim bilik darjah yang sihat untuk pembangunan akademik dan so sial pelajar-pelajar. Menurut Hook dan Vass (2000) ada empat kunci utama dalam agenda bilik darjah iaitu hak, tanggungjawab, peraturan dan rutin:

Hak-hak Guru dan Pelajar Ketika mengaplikasikan teori kepimpinan di dalam bilik darjah, guru memerIukan satu respon yang jelas, yang boleh disampaikan, yang berkerangka untuk membuat sesuatu keputusan ke atas tingkah laku pelajar. la merupakan satu kerangka yang boleh diterima dan difahami oleh pelajar pada situasi tertentu. Keputusan yang dibuat hendaklah berdasarkan pertimbangan atas had yang telah disokong atau dilanggar dari segi empat hak asasi pelajar, iaitu: Hak pelajar untuk belajar; Hak guru untuk mengajar; Hak setiap individu untuk aspek keselamatan (fizikal dan psikologi); dan Hak setiap individu untuk. taraf penghormatan dan kemuliaan. Berdasarkan hak asasi tersebut, pengurusan tingkahlaku dalam kelas adalab terpulang kepada hak guru. Guru dapat mengatasi kekeliruan yang timbul di

SGDU 2013 Kepimpinan Pendidikan

dalam bilik darjah. Dalam pada itu, guru dapat mengatasi tanggungjawab profesionalisme kerana berkuasa atas perlindungan hak individu dalam aspek keselamatan. Pelajar mesti berasa selamat sebelum menjalani proses pembelajaran yang berkesan.

Tanggungjawab Hak dan tanggungjawab adalab dua perkara yang tidak dapat dipisahkan. Tanggungjawab guru dalarn bilik darjah berfokus pada tingkah laku pelajar untuk membuat keputusan atau pemilihan secara positif. Sebagai seorang guru, usaha mendorong pelajar untuk memilih tingkah laku yang

bertanggungjawab ke arab kepimpinan bilik darjah yang berkesan adalah rumit. Guru harus mendorong pelajar supaya bertanggungjawab ke atas kelakuan dan usaba diri demi mencapai kejayaan yang diingini.

Peraturan Di sekolah, kita sentiasa menekankan kepentingan peraturan sekolah. Semasa proses PP umpamanya di makmal sains, kita perlu juga menekankan peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh pelajar. Guru mesti

membezakan antara peraturan dan rutin. Di dalam bilik darjah, kita memerlukan tiga peraturan utama yang berkesan iaitu: Mengikuti araban guru; Menjaga dan memerhatikan tangan, kaki dan harta benda diri; dan Jangan mengantuk; memanggil nama orang lain; bergerak sesuka hati dan sebagainya.

SGDU 2013 Kepimpinan Pendidikan

Peraturan pertama, memastikan guru dapat mengajar dan pelajar dapat belajar dalam suasana yang sesuai. Kedua, dibuat untuk menjamin keselamatan fizikal dan psikologikal. Ketiga, untuk menjaga hak dari segi kehormatan dan kemuliaan. Ketiga-tiga peraturan adalab satu panduan untuk guru. Guru harus memastikan pelajar dapat memahami kehendak peraturan ini. Kata-kata ini boleh dipaparkan pada sudut yang senang dibaca dengan huruf yang besar dan tebal. Akhir sekali, guru hams memastikan pelajar mengikut peraturan demi kepentingan mereka.

Rutin Rutin berbeza dengan peraturan kerana ia mengutamakan aspek pentadbiran dan prosedur yang diperlukan supaya suasana bilik darjab tidak menjadi kacau bilau. Ia adalab perkara yang perlu dilakukan, umpamanya, setiap kali masuk keluar makmal sains dan juga semasa proses PP dijalankan untuk menjamin keberkesanan PP. Rutin merupakan satu set perilaku yang perlu dibuat untuk membantu kejayaan pelajar. Selain itu, rutin bilik darjah merujuk kepada aktiviti-aktiviti bilik darjah seperti menandajadual kedatangan, menyemak keadaan fizikal bilik darjah atau makmal, mengedar alat bantu mengajar, mengutip dan memulangkan buku latihan dan sebagainya. Sekiranya rutin ini dapat diuruskan dengan sistematik, masa dan tenaga dapat dijimatkan, dan disiplin pelajar dapat dipertingkatkan. Seterusnya, segala aktiviti PP dapat dilaksanakan dengan berkesan.

SGDU 2013 Kepimpinan Pendidikan

Kaedah Pelaksanaan Bilik Darjah yang Efektif: Iklim yang Sesuai untuk Pembelajaran Iklim yang sesuai untuk pembelajaran dapat dihasilkan apabila guru dapat memastikan wujud persekitaran yang sesuai untuk membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Dalam konteks ini, misi kelas dan pelajar harus jelas dan mudah difahami. Guru-gum perlu mempunyai peranan sebagai membantu mempromosi bilik darjah sebagai tempat untuk pembelajaran akademik, selain melaksanakan perkaraperkara berikut:

Penekanan kepada Pengajaran Asas Bilik darjah yang efektif, yang boleh dihasilkan dengan memberi penekanan kepada pengajaran asas seperti membaca, mengira dan menulis, hams menjadi nadi sesebuah sekolah. Penggunaan teknologi pengajaran di sekolah (kurikulum dan kaedah pengajaran) telah dikenal pasti dan telah dibuktikan berjaya. Di Malaysia, KBSR dan KBSM diguna pakai di semua peringkat pendidikan sekolah rendah dan menengah. Sementara kaedah pengajaran konstruktivisme yang berpusatkan murid menjadi kaedah yang diamalkan. Untuk mencapai sasaran pengajaran yang berkesan dalam mata pelajaran Sains dan Matematik, Program Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMIlEteMS) telah dijalankan. Penggunaan projektor LCD dan komputer bimbit telah digunakan dengan meluas. Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah membangunkan satu set lengkap bahan kursus cakera padat (Interactive Courseware) untuk Tingkatan Satu, Dua dan Tiga. Proses pengajaran menjadi lebih aktif dan berkesan dengan alat bantu ini.

SGDU 2013 Kepimpinan Pendidikan

Jangkaan

Guru

bahawa

Semua

Pelajar

Berkebolehan

Mencapai

Kecemerlangan Bagi memastikan keberkesanan, gum yang bertanggungjawab mendidik pelajar, hendaklah berpandangan semua pelajarnya boleh mencapai kecemerlangan pada akhirnya. Dengan pandangan sebegini, maka tumpuan guru adalah untuk memastikan kejayaan diperolehi oleh pelajar-pelajarnya dan mereka semuanya akan menjadi manusia yang dilengkapi dengan pendidikan seperti yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Satu Sistem Objektif Pengajaran yang Jelas untuk Mengawasi Prestasi Pelajar Untuk memastikan bilik darjah berjaya sebagai satu institusi pendidikan maka satu sistem pengajaran yang jelas diwujudkan dan penilaian prestasi pelajar perlu dilaksanakan. Lni bermakna, seseorang pelajar yang mengikuti sistem pendidikan dari awal tahun akan menerima pengajaran yang seimbang, selain menduduki ujian dan peperiksaan yang sistematik untuk mengesan tahap pencapaian pelajar.

Pelaksanaan Pengajaran Sains Proses PP mata pelajaran Sains banyak dijalankan di makmal sains. Gum hams bertindak membuat refleksi diri sebelum, semasa dan selepas setiap sesi pengajaran. Sebelum sesi pengajaran, guru membuat refleksi untuk merancang dan bersedia. Refleksi dalam aksi dan refleksi atas aksi perlu dibuat oleh gum. Selepas pengajaran, gum refleks apa yang telah dilakukannya, dicakap dan dibuat di dalam bilik darjah. Guru digalakkan

SGDU 2013 Kepimpinan Pendidikan

menulis diari atas refleks diri untuk rujukan masa hadapan serta membaiki kesilapannya.

Sewaktu

proses

PP

dilaksanakan,

guru

boleh

mengarnalkan

pembelajaran kolaboratif. lni bennaksud pelajar dalam keadaan positif dan berdikari, bertanggungjawab, bekerja dalam kumpulan dan bergaul mesra dengan ahli-ahli kumpulan untuk menjalankan tugasan yang spesifik. Seterusnya, pelajar mencari akal untuk penyelesaian masalah yang ditujukan kepadanya. Guru pula perIu menentukan objektif pengajaran yang sesuai dan menentukan saiz kumpulan umpamanya kumpulan yang bercorak-heterogen membolehkan setiap ahli mempunyai peranan yang spesifik. Dalam usaha mencari penyelesaian masalah, pelajar perIu berbincang antara kumpulan, menjalankan sesi eksperimen serta mencari rujukan sarna ada daripada guru atau buku. Dalam konteks ini, guru sebagai pemerhati dan fasilitator menilai proses pembelajaran pelajar serta hasil tugasan mereka. Dengan ini, pelajar berpeluang untuk berkembang mengikut kebolehan diri. Pada akhir sesi, guru harus memberi pujian dan sokongan ke atas usaha yang ditunjukkan oleh pelajar.

Halangan dan Cabaran Di Malaysia, pengetua dan guru terpaksa menempuh beberapa cabaran dan kerumitan ekoran beberapa masalah besar yang masih belum dapat diselesaikan. Antara masalah tersebut ialah kekurangan guru; guru-guru yang tidak mempunyai opsyen yang sesuai untuk mengajar mata pelajaran tertentu; saiz kelas yang besar; dan sebagainya. Kekurangan ini merupakan

SGDU 2013 Kepimpinan Pendidikan

kekangan kepada pengetua sekolah untuk melaksanakan peranan sebagai pemimpin pengajaran. Masalah ini telah menyebabkan .rnereka terkeliru mengenai cara yang sesuai untuk menyempurnakan tanggungjawab sebagai pemimpin pengajaran yang berkesan. lmplikasinya, ada kalangan pengetua tidak dapat memotivasikan stafnya ke arah kecemerlangan dan keberkesanan PP.

Sekolah adalah satu unit organisasi pendidikan yang mana guru perlu melibatkan diri dalam aspek kepimpinan pengajaran disamping kepimpinan pendidikan. Berpegang kepada teori, tanggungjawab guru terhadap

pengajaran ialah memastikan segala tenaga dan usahanya ke arah pencapaian program pendidikan yang berkesan. Tanggungjawab ini

termasuklah mengadakan matlamat dan objektifPP, dan rnernbirnbing para pelajar supaya kecekapan mereka dalam pembelajaran dan lain-lain bidang kurikulum dapat dipertingkatkan. Tanggungjawab guru tennasuk juga memberi pene gasan terhadap pencapaian rnatlamat dan objektif

pembelajaran, membuat keputusan, mengelolakan aktiviti serta bekerja dengan guru lain supaya matlarnat tercapai.

RUMUSAN Memang tidak dapat dinafikan lagi suasana sekolah banyak memberi impak ke atas kepirnpinan sekolah dan juga bilik-bilik darjah seseorang pengetua sekolah. Kajian Hallinger et al. (1983) yang menunjukkan ciri-ciri yang ada pada sesebuah sekolah sebenarnya memberi kesan yang mendalam perlu diarnbil kira dalarn rnembentuk model kepimpinan pengajaran yang berjaya.

SGDU 2013 Kepimpinan Pendidikan

Kepimpinan bilik darjah yang diamalkan oleh guru bukan sahaja boleh menentukan pencapaian matlarnat sebuah bilik darjah malah memberi kesan ke atas semua individu yang ada dalam bilik darjah tersebut. Guru harus bertindak tennasuk merefleksi diri; cuba melaksanakan pembelajaran secara kolabomtif dan penyelesaian masalah dalam menuju ke arab kepimpinan bilik darjah yang berkesan. Timbul satu persoalan di sini: Patutkah kepimpinan bilik darjah ini diperluas dan dikembangkan di kalangan guru untuk menjayakan program pendidikan kita? Ini adalah persoalan yang belum dijawab lagi, yang membuka ruang yang luas kepada setiap individu guru untuk membuat kajian lanjut.

RUJUKAN Banathy, B. H. (1991). Systems design of education: Ajourney to create the future.Englewood Cliffs, NJ: Educational Technology. Blase, J., & Blase, J. (1998). Handbook of instructional leadership. How really good principals promote teaching and learning. Thousand Oaks, CA: Corwin. Buhler, P. (1995). Leaders vs managers. Supervision, 56(5), 24-26. Cheng, Y. C., & Tsui, K. T, (19%). Total teacher effectiveness: New concept and improvement. International Journal of Educational Management, 10(6), 7-17. Chek Mat (2003). Kemahiran memimpin: Kuala Lumpur: Utusan. Crowther, F. (1997). The William Walker Oration, 1996: Unsung heroes: The leader in our classroom. Journal of Educational Administration, 35(1), 5-17.

SGDU 2013 Kepimpinan Pendidikan

Cuban, L. (1984). Transforming the frog into a prince: Effective school research, policy and practice at the district level. Harvard Education Review, 54(2), 129-151. De Bevoise, W. (1984). Synthesis of research on the principal as instructional leader.Educational Leadership, 41, 14-20. Fenstermacher, G., & Soltis, J. (1998). Approaches to teaching (3rded.). New York: College. Field, R. (2004). Leadership in classrooms. Dimuat turun September 15,2005, daripada: www.bus.ualberta.calrfield. Hallinger, P., Murphy, J., Well, M., Mesa, R. P., & Mitman, A. (1983). School effectiveness: Identifying the specific practices, behaviors for

principals. NASSP Bulletin,67(463),83-91. Hook, P., & Vass, A., (2000). Confident classroom leadership. London: Fulton. Kane, M. (2001). Leadership requirements and leadership development. Dimuat turun September 15,2005, daripada:

www.execuiteveevolution.com. Lambert, L. (2003). Leadership refined: An evocative context for teacher leadership. School Leadership and Management, 23(4),421-430. Lashway, L. (2002, July). Developing instructional leaders. ERIC Digest, 160. University of Oregon, Clearinghouse on Educational Management. Dimuat turon September 21, 2005, daripada:

www.vtaide.com/png/ERIC/DevoIOPing-Instructional-Leaders. htm Owens, R. G. (2001). Organizational behavior in education: Instructional leadership and school reform (7th ed.). Needham Heights, MA: Allyn. Porter, G., & Brophy, M. (1988). Research on teacher effectiveness. Reston, VA: ASCD.

SGDU 2013 Kepimpinan Pendidikan

Sashkin, M., & Sashkin, M. G. (1993). Leadership and culture building in schools. Dim. W. E. Rosenbach & R. L. Taylor (Eds.), Contemporary issues in leadership (3rd ed., pp. 201-212.). Boulder, CO: Westview. Shippen, M. E., & Shippen, S. J. (2004). Seven characteristics of affective leaders. Classroom Ledership, 7, 1-3. Smith, W., & Andrews, R. (1990). Instructional leadership: How principals make a difference. Alexandria, VA: ASCM. Southworth, G. (2002). Instructional leadership in schools: Reflections and empirical evidence. School Leadership and Management, 22(1), 73-92. Sparks, D. (2003), Interview with Fullan: Change agent. Journal of Staff Development, 24(1). [Atas talian] http://www.nsdc.org/library

/publications/jsd/fullan241.cfm Wilcox, S.(2005). Leadership in the classroom. Dimuat turun September 18,2005, daripada: www.queensu.ca/idc/trainerslhandlleaderlhtml YukI,G.A. (2002). Leadership in organizations (5thed.). Upper Saddle River.Nr: Prentice. Zenger, J. H., & Folkman, J. (2004). The handbook for leaders: 24 lessons for extraordinary leadership. New York: McGraw-Hill.

SGDU 2013 Kepimpinan Pendidikan

ULASAN JURNAL

SGDU 2013 Kepimpinan Pendidikan

ABSTRAK Tidak banyak kajian yang dibuat berkaitan kepimpinan guru di dalam bilik darjah, berbanding artikel berkaitan peranan dan kepimpinan Guru Besar dan Pengetua di sekolah. Oleh itu jurnal yang ditulis oleh Rahmad Sukor Ab. Samad dan Shahrir Jamaluddin daripada Universiti Malaya ini amat sesuai dibuat kajian oleh semua pemimpin bilik darjah di sekolah, iaitu peranan guru dalam mempengaruhi iklim bilik darjah. Lagipun mereka lebih rapat dengan pelajar berbanding Guru Besar di sekolah rendah atau Pengetua di sekolah menengah.

PERBINCANGAN Artikel ini membincangkan ketidaktepatan persepsi guru mengenai

kepimpinan bilik darjah. Mereka beranggapan bahawa kepimpinan hanya terletak di bahu Guru Besar dan Pengetua (selepas ini saya akan melabelkan mereka sebagai pentadbir), sedangkan gurulah sebenarnya berperanan sebagai pemimpin pengajaran manakala pentadbir sebagai penyelaras sahaja. Guru tidak mengutamakan kepimpinan bilik darjah, hanya

mengutamakan pengurusan bilik darjah sahaja, iaitu pengurusan pengajaran dan pembelajaran dan sedikit pengurusan kelas dalam hal-hal berkaitan kebersihan dan disiplin bilik darjah. Penulis mengatakan perkara ini mungkin disebabkan oleh program latihan guru lebih berfokus dan menekankan kepada amalan didalam pengurusan bilik darjah.

SGDU 2013 Kepimpinan Pendidikan

Artikel ini memberikan banyak contoh tentang maksud kepimpinan mengikut orientalis dan pemikir barat. Juga apakah sebenarnya konsep kepimpinan guru sebagai pemimpin pengajaran yang berkait dengan pengajaran dan pembelajaran termasuk pembelajaran profesion guru-guru dan juga perkembangan pelajar. Pentadbir juga dilihat berperanan dalam memberi arahan, sumber dan sokongan kepada guru dan pelajar bagi memperbaiki pengajaran dan pembelajaran di sekolah, secara tidak langsung menyerlahkan peranan guru sebagai pemimpin pengajaran. Seterusnya kepimpinan itu sendiri mempunyai hubungan secara langsung dengan proses-proses pengajaran di mana guru, pelajar dan kurikulum saling berinteraksi. Kepimpinan pengajaran guru inilah akhirnya bertindak sebagai pemangkin pembelajaran murid-murid.

Contoh-contoh kesan wujudnya kepimpinan guru dalam bilik darjah juga dijelaskan di dalam artikel ini, antaranya ialah :
 Pelajar mencapai apa yang tidak dijangka dicapai dalam bilik darjah

(kemahiran selain akademik),
 Pertumbuhan personaliti pelajar (tingkahlaku, perwatakan dan sikap),

 Pelajar mematuhi arahan (disiplin), dan
 Pelajar sentiasa memerlukan panduan dan menjadikan guru sebagai

teladan (kepimpinan melalui teladan).

SGDU 2013 Kepimpinan Pendidikan

Penurunan kuasa (empowerment) kepada pelajar juga adalah kesan kepimpinan berkesan di dalam bilik darjah. Dikatakan bahawa kepimpinan berkesan akan mewujudkan dua jenis pemimpin dalam bilik darjah iaitu ;
 Guru kelas atau guru subjek, dan  Pelajar yang diberi kuasa memimpin di dalam kelas tersebut.

Seterusnya artikel ini menyarankan pendapat Hook & Vass (2000), kepimpinan berkesan oleh guru-guru hendaklah mempunyai kemahirankemahiran berikut :  Boleh mengembangkan keupayaan memahami dan mempunyai visi,  Kemahiran menghasilkan hubungan berkesan,  Memahami tingkah laku dan keinginan pelajarnya,  Memahami bilik darjah sebagai satu sistem, dan  Kebolehan menyelesai dan menganalisis maklumat.

Di samping kemahiran yang dijelaskan di atas, artikel ini turut menyelitkan pandangan Shippen & Shippen (2004), tentang tujuh ciri kepimpinan berkesan seorang guru : 1) Boleh membentuk dan menyampaikan visi di bilik darjah, 2) Boleh memimpin, fleksibel dan bersikap terbuka terhadap pelajarnya,

SGDU 2013 Kepimpinan Pendidikan

3) Boleh memimpin dan menjadi teladan pelajarnya, 4) Bijak membuat keputusan tanpa menjejaskan dasar sekolah, 5) Tidak pentingkan diri sendiri tetapi mementingkan pelajarnya,
6) Boleh membuat pertimbangan yang seimbang dan membina hubungan

positif antara guru dengan pelajar, dan 7) Mengamalkan pembelajaran berterusan sebagai guru.

Faktor-faktor yang mempengaruhi iklim bilik darjah juga diterangkan di dalam artikel ini, bagaimana bilik darjah yang efektif itu sendiri seperti suasana harmoni, hubungan interpersonel antara guru-pelajar, keselamatan yang terjamin, keselesaan (kemudahan fizikal) serta kebersihan bilik darjah apabila diadun dengan agenda bilik darjah iaitu pematuhan kepada hak setiap anggota atau ahli, kebertanggungjawaban ahli, mematuhi peraturan dan rutin harian akan dapat mencapai kepimpinan bilik darjah yang berkesan.

Pada akhirnya artikel ini juga menjelaskan akan cabaran dan kekangan bagi mencapai hasrat membudayakan kepimpinan guru dalam mempengaruhi iklim bilik darjah di Malaysia. Antaranya ialah masalah kekurangan guru, opsyen yang tidak sesuai, saiz kelas dan lain-lain lagi. Dan adakah konsep kepimpinan bilik darjah ini perlu disebarluaskan kepada semua guru, kerana tidak semua guru mempunyai kemahiran dan ciri kepimpinan bilik darjah seperti yang dihuraikan di dalam artikel ini.

SGDU 2013 Kepimpinan Pendidikan

KRITIK Artikel ini adalah satu kajian dan pandangan yang amat menarik tentang konsep kepimpinan guru dan pengaruhnya kepada iklim bilik darjah. Isu yang dibincangkan sangat menyeluruh dan pelbagai aspek telah disentuh dan dibincangkan dengan baik dan berkesan. Ia jelas membincangkan tentang bilik darjah sebagai satu entiti kecil di sekolah yang sebenarnya merupakan penyebab berjaya atau tidaknya sekolah tersebut dalam mencapai matlamat dan dasar yang ditentukan (visi dan misi). Kegagalan murid di bilik darjah amnya dan kegagalan guru sebagai agen kepimpinan khasnya akan mempengaruhi pencapaian atau kejayaan sekolah sebagai satu organisasi. Perlu diingat guru adalah juga pentadbir dan pengurus di sekolah.

Adalah elok jika dibincangkan juga bagaimana strategi kepimpinan sekolah, kepimpinan guru di dalam bilik darjah juga akhirnya akan melibatkan kepimpinan pelajar dalam memperkuat dan mengukuhkan lagi sistem dan struktur organisasi sekolah. Antaranya ialah : 1) Sistem Pengawasan Sekolah,
2) Sistem Ketua Darjah / Pengerusi Bilik Darjah, dan

SGDU 2013 Kepimpinan Pendidikan

3) Sistem Ketua Kumpulan / Pengerusi Ko Akademik atau Kokurikulum,

Maksud kepimpinan, kepimpinan bilik darjah, kepimpinan bilik darjah yang berkesan, faktor mempengaruhi iklim bilik darjah sebagai kekangan dan halangan melaksanakan kepimpinan bilik darjah juga telah dihuraikan dengan begitu jelas dan konsisten dengan definisi sebenar akan konsep asas kepimpinan secara global.

Sekiranya perkara-perkara tersebut dapat diimplimentasikan oleh pentadbir sekolah dan lebih-lebih lagi oleh guru sebagai fokus kepimpinan di bilik darjah, pastinya hasrat dan wawasan Dasar Pendidikan Negara yang menjadi tonggak sistem pendidikan negara ini akan dapat dicapai dengan mudah.

Walaubagaimanapun konsep kepimpinan dan kepimpinan pendidikan menurut kaca mata atau pandangan islam bolehlah ditambah kerana islam adalah satu cara hidup, ideanya merangkumi segenap aspek kehidupan : “ Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin bertanggungjawab atas pimpinannya “ – Hadis al Bukhary “ Tujuan pendidikan adalah untuk seseorang individu berkembang secara menyeluruh serta berbudi pekerti mulia, sifat berani, sabar serta menghormati orang lain ” – Imam al Ghazali

SGDU 2013 Kepimpinan Pendidikan

Cadangan agar kemahiran dan kepimpinan yang diamalkan oleh pentadbir sekolah perlu diturunkan kepada guru dalam konteks kepimpinan di bilik darjah pula adalah cadangan yang baik. Ini akan bertambah cemerlang lagi jika pihak pentadbir juga mengambil berat memimpin guru ke arah kecemerlangan dalam program pengajaran dan pembelajaran. Bermaksud mengambil berat isu yang merangkumi penilaian guru dan pelajar, iklim sekolah, kurikulum, pengurusan sumber, kaedah membuat keputusan, matlamat pengajaran jangka pendek / jangka panjang, sokongan komuniti sekolah dan masyarakat, komunikasi dan interaksi antara pentadbir dan guru sekolah.

Sebagai tambahan perlunya dijelaskan juga adalah ciri-ciri iklim sekolah yang banyak mempengaruhi corak kepimpinan guru di bilik darjah. Bagaimana faktor-faktor seperti dasar organisasi (kementerian / jabatan / sekolah), gaya kepimpinan pentadbir dan batasan kuasa yang jelas juga dapat mempengaruhi guru dalam fungsinya sebagai pemimpin bilik darjah. Bagaimana gaya kepimpinan pentadbir perlu disesuaikan mengikut masa dan keperluan agar ianya dapat mencetuskan tranformasi dan perangsang kepada guru untuk mencorakkan kepimpinan dalam bilik darjah, bukan hanya untuk dirinya tetapi juga kepada pelajar. Kepimpinan yang baik tadi seterusnya akan menjadi contoh dan ikutan pelajar.

SGDU 2013 Kepimpinan Pendidikan

Walaubagaimanapun dinyatakan pengkaji lain

halangan

dan

cabaran

mendatang,

yang

di akhir artikel, diharapkan dapat membuka peluang bagi merungkai bagaimana cara untuk mengatasinya bagi

mempastikan kaedah-kaedah yang dicadangkan dapat diimplementasikan dengan baik dan berguna di peringkat sekolah. RUMUSAN Isu kepimpinan dalam bilik darjah, yang diperjelaskan di dalam artikel ini adalah satu isu yang amat menarik untuk dilaksanakan di sekolah. Ianya menjelaskan kepada kita betapa konsep kepimpinan guru berkesan sangat mempengaruhi iklim bilik darjah di sekolah. Ternyata kemahiran, faktor dan ciri-cirinya yang diterangkan dengan panjang lebar tadi amat berkesan dalam menjana kejayaan sekolah dalam mencapai visi dan misi sekolah tersebut. “ Kepimpinan adalah proses mempengaruhi aktiviti kumpulan ke arah pencapaian matlamat “ – Rauch & Behling (1984) “ Kepimpinan adalah keupayaan seseorang untuk mempengaruhi, memotivasi dan membolehkan orang lain memberi sumbangan terhadap keberkesanan dan kejayaan organisasi “ – House et.al (1999) “ KEPIMPINAN CEMERLANG MENGHASILKAN PELAJAR CEMERLANG “

SGDU 2013 Kepimpinan Pendidikan

BIBLIOGRAFI

Ee Ah Meng (1995). Pendidikan Sebagai Satu Proses Asas Pendidikan. Shah Alam : Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Ismail Mustafa (2008). Kepimpinan Pendididikan Teori dan Amalan. Shah Alam : Penerbitan Seri Kota.

Kementerian Pendidikan Malaysia (1988). Panduan Tatacara Disiplin Sekolah Untuk Guru Besar dan Guru. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Teacher Quality Series (2004). Where We Stand on Teacher Quality. Princeton NJ : ETS Policy Information Center.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->