You are on page 1of 5

a

SK RAUB JAYA, RAUB,


PAHANG.

KERTAS KERJA
SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN KE-57
PERINGKAT SEKOLAH 2014

Tarikh Laksana : 11 Ogos 2014 hingga 16 September


2014
Tempat: SK. RAUB JAYA

1. PENDAHULUAN

Panitia Bahasa Melayu dengan kerjasama Pusat Sumber Sekolah, Kelab Seni dan
Kebudayaan Sekolah dan Panitia Pendidikan Seni Visual Sekolah Kebangsaan Raub
Jaya akan mengadakan aktiviti bulan kemerdekaan bagi mengisi takwim tahunan
sekolah. Sambutan kemerdekaan ini melibatkan aktiviti-aktiviti yang akan
dijalankan dengan harapan mendapat sambutan daripada semua pihak yang
terlibat. Sambutan ini merupakan salah satu cara menaikkan semangat patriotik di
kalangan murid-murid SK Raub Jaya.
2. RASIONAL
Sambutan bulan kemerdekaan merupakan satu sambutan yang diadakan di seluruh
Negara sempena merayakan kemerdekaan yang telah dikecapi oleh negara di
samping memperingati jasa tokoh-tokoh kemerdekaan Negara. Sambutan ini secara
tidak langsung dapat menyemai dan menanam perasaan cinta akan Negara di
kalangan murid-murid sekolah ini.
3. OBJEKTIF
3.1 Memupuk dan menyemarakan semangat Patriotism di dalam jiwa murid-murid
sekolah supaya terus
kekal sehingga dewasa.
3.2 Menguji pengetahuan am murid dan menilai tahap kepekaan terhadap isu
semasa.
3.3 Mencetus dan menyemarakkan perasaan, suasana dan semangat kemerdekaan.
3.4 Mewujudkan rasa kekitaan dan kerja berpasukan seterusnya mengeratkan
perpaduan.
3.5 Mencungkil bakat terpendam murid di samping menyediakan ruang agar muridmurid menggunakan
kreativiti mereka semasa menjalankan kempen.
3.6 Mewujudkan komitmen dan daya saing antara murid melalui penyertaan dalam
pertandingan
yang diadakan.
3.7 Membantu murid meningkatkan tahap keyakinan diri ketika berhadapan dengan
penonton
semasa mengadakan persembahan.

4. TARIKH PELAKSANAAN

4.1

18 Ogos sehingga 12 September 2014

4.2

18 Ogos 2014 Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan 2014

4.3

12 September 2014 Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan 2014.

5. SASARAN DAN PENGLIBATAN


5.1 Semua murid, guru dan kakitangan SK. Raub Jaya.
6. KETERANGAN PROGRAM
6.1 Sila rujuk Lampiran A
7. AHLI GERAK KERJA
7.1 AJK INDUK
Pengerusi
Timbalan Pengerusi
Naib Pengerusi 1
Naib Pengerusi 2
Penyelaras Program
Setiausaha
Bendahari

:
:
:
:
:

En. Mohd Nazri bin Romly


:
En. Abu Bakar bin Mat Lela
En. Junaidi bin Abdul Hamid
Pn. Kamariah binti Md. Kundor
:
En. Tajul Ariffin bin Othman
Pn. Jamazaliza binti Ibrahim
Pn. Aniza binti Kamaruddin

7.2 AJK PELAKSANA


7.1 Sila rujuk Lampiran B dan Lampiran C
8. SUMBER KEWANGAN
Sumber Kewangan
8.1 Kewangan Sekolah

Jumlah
RM500

9. ANGGARAN PERBELANJAAN
9.1 Sila rujuk Lampiran D
10. PENUTUP
Penganjuran Sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat Sekolah Kebangsaan Raub
Jaya ini memerlukan kerjasama dan komitmen daripada semua pihak bagi
meningkatkan pencapaian murid secara menyeluruh dalam usaha membentuk imej
sekolah yang positif.

Disediakan oleh:

..................
(PN. JAMAZALIZA BT. IBRAHIM)
Setiausaha
Program Sambutan Bulan Kemerdekaan
SK. Raub Jaya.

Disemak oleh:

(EN. ABU BAKAR B. MAT LELA)


GPK Kokurikulum
SK. Raub Jaya.

Disahkan oleh:

(EN. MOHD NAZRI B. ROMLY)


Guru Besar
SK. Raub Jaya.

You might also like