You are on page 1of 12

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

DOKUMEN STANDARD PRESTASI


PENDIDIKAN JASMANI
TAHUN 4
STANDARD PRESTASI
MATEMATIK TAHUN 1

APRIL 2013

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN


Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan negara.

PENDAHULUAN
Dokumen Standard Prestasi bagi mata pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dibina sebagai panduan untuk guru
menambahbaik Pentaksiran Sekolah sejajar dengan pelaksanaan Pentaksiran Rujukan Standard.
Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu dan boleh buat atau telah menguasai
apa yang dipelajari mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini.
Adalah diharapkan dokumen ini dapat memberi maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan
yang menekankan tentang pembinaan modal insan yang berteraskan kepada pembangunan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

2
DRAF DSP PJ TH 4
APRIL 2013

MATLAMAT KURIKULUM
Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani Sekolah Rendah bertujuan membina murid menjadi individu yang cergas dan sihat serta berkemahiran,
berpengetahuan dan mengamalkan nilai murni melalui aktiviti fizikal ke arah mencapai kesejahteraan hidup.

OBJEKTIF KURIKULUM
Murid yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran Kurikulum Standard Pendidikan Jasmani Tahun Empat berkebolehan untuk:
1.

Mengaplikasi konsep pergerakan semasa melakukan kemahiran asas pergerakan dengan lakuan yang betul;

2.

Menguasai kemahiran asas permainan mengikut kategori serangan, jaring dan memadang dengan lakuan yang betul;

3.

Mengaplikasi kemahiran asas pergerakan dan komponen kecergasan semasa melakukan aktiviti rekreasi dan kesenggangan;

4.

Melakukan senaman yang dapat meningkatkan tahap kecergasan fizikal;

5.

Mengenal pasti kedudukan anggota badan yang betul semasa melakukan pergerakan;

6.

Mengenal pasti aktiviti meningkatkan tahap kecergasan;

7.

Memerihal kepentingan melakukan aktiviti fizikal secara berkala;

8.

Mematuhi peraturan dan mengamalkan langkah keselamatan semasa melakukan aktiviti fizikal;

9.

Mempamerkan tanggungjawab kendiri semasa melakukan aktiviti fizikal;

10.

Berinteraksi dalam pelbagai cara semasa melakukan aktiviti fizikal;

11.

Membentuk kumpulan dan bekerjasama dalam kumpulan; dan

12.

Mengamalkan gaya hidup sihat dan sejahtera.

3
DRAF DSP PJ TH 4
APRIL 2013

TAFSIRAN
o

Band ialah satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki digunakan bagi tujuan
pelaporan individu.

Standard ialah satu pernyataan tentang sesuatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu dan bersifat generik
gambaran holistik tentang individu.

Standard Prestasi ialah pernyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur berdasarkan standard dan
menunjukkan di mana kedudukan murid dalam perkembangan atau kemajuan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu
terbahagi kepada dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan menegak (band). Pertumbuhan murid dijelaskan
dengan satu atau lebih qualifier menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul menggambarkan standard dalam bentuk hasil
pembelajaran.

Deskriptor ialah pernyataan yang menerangkan apa yang murid tahu dan boleh buat berdasarkan standard di mana kualiti boleh ditaksir
dan dicapai.

bagi memberi

Evidens
Murid

Pernyataan yang menerangkan tentang bagaimana murid melaksanakan apa yang dia tahu dan boleh buat
berdasarkan deskriptor.

Instrumen

Bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan dalam
bentuk produk atau proses seperti foto, grafik, artifak, laporan dan lain-lain.

Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian bertulis, ujian
secara lisan, demonstrasi, ujian amali.

4
DRAF DSP PJ TH 4
APRIL 2013

TAFSIRAN BAND
BAND

PERNYATAAN BAND

TAFSIRAN
Murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif, mempunyai
keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta
cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan
dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang sesuai secara
bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal.

TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT


DENGAN BERADAB MITHALI

TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT


DENGAN BERADAB TERPUJI

TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT


DENGAN BERADAB

TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT

Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran


pada suatu situasi.

TAHU DAN FAHAM

Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau


menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari.

TAHU

Murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi
respons terhadap perkara yang asas.

Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baru, dengan mengikut


prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif.
Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu mengikut
prosedur atau secara sistematik.

5
DRAF DSP PJ TH 4
APRIL 2013

BAND
1
2

PERNYATAAN STANDARD
Tahu melakukan kemahiran pergerakan dan aktiviti fizikal
Tahu dan faham melakukan kemahiran pergerakan dan aktiviti fizikal berkaitan kecergasan

Tahu, faham dan boleh mengembangkan pengetahuan dan kebolehan dalam kemahiran pergerakan dan kecergasan
mengikut konsep pergerakan dan konsep kecergasan

Tahu, faham dan boleh mengaplikasi pengetahuan dan kebolehan untuk melakukan pergerakan dan aktiviti yang dapat
mengekalkan dan meningkatkan kemahiran dan kecergasan

Menguasai dan mengaplikasi pengetahuan dan kebolehan atas kesedaran kepentingan melakukan pergerakan dan
aktiviti fizikal untuk meningkatkan kemahiran dan kecergasan dan melakukannya secara seronok, mengamalkan langkahlangkah keselamatan dan mempamerkan tanggungjawab kendiri
Memperkembangkan pengetahuan dan kemahiran secara sistematik dan berterusan serta menjana kreativiti minda
menjurus kepada gaya hidup sihat untuk kesejahteraan

6
DRAF DSP PJ TH 4
APRIL 2013

BAND
1
Tahu

PERNYATAAN STANDARD
B1
Tahu melakukan kemahiran
pergerakan dan aktiviti fizikal .

DESKRIPTOR
B1D1
Melakukan kemahiran asas
permainan yang mudah.

EVIDENS
B1D1E1
Menggelecek bola dalam ruang yang
ditentukan.
B1D1E2
Melakukan gerak kaki ke pelbagai arah.

B1D2
Melakukan kemahiran olahraga asas.

B1D2E1
Berlari pelbagai kelajuan dalam laluan lurus dan
selekoh.

7
DRAF DSP PJ TH 4
APRIL 2013

BAND

PERNYATAAN STANDARD

Tahu dan faham melakukan


kemahiran pergerakan dan aktiviti
fizikal berkaitan kecergasan.

Tahu dan
Faham

DESKRIPTOR
B2D1
Melakukan kemahiran asas
permainan.

EVIDENS
B2D1E1
Melakukan servis atas bahu dan menerima
servis menggunakan anggota badan dan alatan.
B2D1E2
Memukul, menahan, menghantar dan menerima
servis pada titik kontak yang betul.
B2D1E3
Mengumpan bola menggunakan tangan dan
kaki dengan postur badan yang betul.
B2D1E4
Membaling dan menangkap bola dari arah sisi.

B2D2
Melakukan kemahiran olahraga asas

B2D2E1
Melakukan lari beritma melepasi halangan dan
lari berganti-ganti.
B2D2E2
Berlari dan melompat melepasi halangan pada
pelbagai aras.

B2D3
Melakukan kemahiran gimastik asas.

B2D3E1
Boleh melakukan dirian tangan dengan
sokongan.

8
DRAF DSP PJ TH 4
APRIL 2013

BAND

PERNYATAAN STANDARD

B3
Tahu, faham dan boleh
mengembangkan
pengetahuan dan kebolehan
dalam kemahiran
pergerakan dan kecergasan
mengikut konsep pergerakan
dan konsep kecergasan

Tahu, Faham dan


Boleh Buat

DESKRIPTOR

EVIDENS

B3D1
Melakukan kemahiran asas permainan
dengan lakuan yang betul.

B3D1E1
Mengadang dengan membayangi pergerakan
lawan semasa menghantar dan menerima
bola.

B3D2
Melakukan kemahiran olahraga asas
dengan lakuan yang betul.

B3D2E1
Berlari dan melompat menggunakan :
sebelah kaki dan mendarat dengan kedua
dua belah kaki yang sama.
sebelah kaki dan mendarat menggunakan
kaki yang sama.
kaki kanan dan mendarat menggunakan
kaki kiri dan sebaliknya.

B3D3
Melakukan kemahiran gimnastik asas
dengan lakuan yang betul.

B3D3E1
Melakukan putaran roda.

B3D4
Melakukan aktiviti rekreasi dan
kesenggangan

.
B3D4E1
Berkebolehan mendirikan khemah pasang
siap dan melakukan aktiviti pandu arah
berdasarkan mata angin.

atau

atau

Melakukan kemahiran akuatik asas.

Melakukan reaching rescue dengan


menggunakan alatan yang terdapat di
persekitaran kolam dan aktiviti kuak rangkak

9
DRAF DSP PJ TH 4
APRIL 2013

BAND

PERNYATAAN STANDARD

DESKRIPTOR

B5
Menguasai dan mengaplikasi
pengetahuan dan kebolehan atas
kesedaran kepentingan
melakukan pergerakan dan
aktiviti fizikal untuk meningkatkan
kemahiran dan kecergasan dan
melakukannya secara seronok,
mengamalkan langkah-langkah
keselamatan dan mempamerkan
tanggungjawab kendiri

B5D1
Mengaplikasi kemahiran asas dalam
permainan.

B5D1E1
Melakukan takel dan memintas untuk
mendapatkan bola dengan betul dan selamat.

B5D2
Mengaplikasikan kemahiran
gimnastik asas.

B5D2E1
Melakukan imbangan dalam kumpulan kecil
menggunakan pelbagai tapak sokongan di atas
bangku gimnastik.

Tahu, Faham
dan Boleh
Buat dengan
Beradab
Terpuji

EVIDENS

10
DRAF DSP PJ TH 4
APRIL 2013

BAND

PERNYATAAN STANDARD

B6
Memperkembangkan
pengetahuan dan kemahiran
secara sistematik dan berterusan
serta menjana kreativiti minda
menjurus kepada gaya hidup
sihat untuk kesejahteraan

Tahu, Faham
dan Boleh
Buat dengan
Beradab
Mithali

DESKRIPTOR
B6D1
Mengaplikasi pengetahuan dan
kemahiran secara sistematik dan
kreatif dalam asas permainan dan
olahraga asas.

EVIDENS
B6D1E1
Memperkembangkan kemahiran asas
permainan atau olahraga asas secara
berterusan menjurus kepada gaya hidup sihat.
(lebih sesuai perkataan atau kerana ada
sesetengan murid boleh melakukan hanya
kemahiran asas permainan dan sebaliknya)
(cari unsur kuantitatif )

B6D2
Menjana kreativiti dalam pelbagai
corak pergerakan mengikut irama.

B6D2E1
Mereka cipta dan mempersembahkan
pergerakan kreatif bertema mengikut muzik
secara berkumpulan.

11
DRAF DSP PJ TH 4
APRIL 2013

12
DRAF DSP PJ TH 4
APRIL 2013

You might also like