You are on page 1of 2

Pengenalan

Seni mempunyai hubungkait dengan falsafah masyarakat. Setiap


produk yang dihasilkan akan diterjemah kepada falsafah dan budaya
Melayu serta mempunyai nilai estetika yang sangat tinggi. Hubungan
rapat antara seni dan masyarakat dijalinkan melalui jaringan kasih dari
simbol dan makna yang diterjemah oleh seniman.
Kewujudan kraf tangan di negara ini amat hebat dan mempunyai
kepentingan. Ia dianggap sebagai lambang keperibadian bangsa
Melayu, kaya dengan falsafah dan mempunyai nilai estetika yang
tinggi bahkan dikagumi oleh para sarjana Barat. Terdapat pelbagai
barangan kraf dalam masyarakat kita, cuma fungsinya sahaja berbeza
mengikut kaum dan etnik.
Seni kraftangan adalah hasil seni yang dicipta untuk digunakan, tetapi
digubah dengan memasukkan unsur-unsur seni untuk memberi bentuk
yang indah dan menarik hati. Penciptaan kraftangan itu memerlukan
keahlian dan kecekapan dalam penggunaan bahan-bahan asas yang
teratur sejak dari proses awal hinggalah sesuatu hasil kraftangan itu
tercipta. Proses penciptaan kraftangan tersebut memerlukan daya
estetika demi untuk memberikan rekabentuk yang indah dan menarik.
Perkembangankraftradisionalamatpesatmembangunpadasuatuketikadahuludizamanawal
ketamadunan bangsa Melayu bahkan ianya mempunyai nilai dan jati diri masyarakat Melayu. Ini
disebabkansuasanasosialyangdiwarisidarisatugenerasikegenerasiyanglain.Memangtidakdinafikan
sesebuahkeluargapadaketikaitumemilikikepakarandalamsesuatubidangdanakanditurunkanilmu
tersebutkepadasetiapanggotanyauntukdiwarisi.
Sebagai contoh labu sayong, seni batik, ukiran kayu, anyaman mengkuang dan banyak lagi
barangankrafyanglaindiperturunkanilmuberdasarkeperluandankehendakmasyarakatpadaketikaitu
dan bukan paksaan. Justeru ia melahirkan pandai tukang dan diteruskan kemahiran dan pengetahuan
tersebutkepadagenerasiberikutnya.Industripembuatanlabusayong,jikadahuludiwarisituruntemurun
sebagaimatapencariandanhanyaberfungsiuntukkegunaanhariankinitelahberubahmenjadiproduk
komersial. Perusahaan labu sayong yang menerapkan nilai kesabaran semasa menghasilkan juga
mementing nilai estetika dalam kandungan pembuatan telah mula diabaikan setelah teknologi moden
digunakan.

Seni kraf melambangkan kebudayaan atau identiti sesebuah masyarakat, ia juga


merupakan warisan bangsa, pusaka peninggalan nenek moyang sejak dahulu
kala. Jelaslah bahawa seni kraf dihasilkan oleh manusia yang bertamadun dan ia
juga berkembang mengikut peredaran zaman.Hasil ciptaan kraf tradisional
adalah kaya dengan unsur-unsur budaya dan mempunyai keunikan yang
tersendiri.

You might also like