You are on page 1of 21

PANDUAN MENANAM TEMBIKAI

(Tanaman Jangka Pendek dan Sederhana)

BUAH TEMBIKAI
Nama
Saintifik
Famili
:
Asal
:
Nama
:
Lain

Citrullus lunatus
Schard
Cucurbitaceae
Benua Afrika
Melikai, Timun Cina
atau Semangka

VARIETI TEMBIKAI
Black Boy
Bulat. Berat 3.0 kg. Manis buah 9% JPL. Baka tulen, kulit hijau tua, isi merah dan
berbiji. Kematangan diantara 60-70 hari selepas menanam.
Sugar Baby
Bulat. Berat 4.0 kg.Manis buah 9% JPL. Jenis Hibrid, kulit hijau tua, isi merah dan
berbiji. Kematangan 65-75 hari selepas menanam.
Empire No. 2
Bujur panjang. Berat 5.5 kg. Manis buah 9.5% JPL, jenis hibrid, kulit hijau,
kekelabuan berurat halus, isi merah dan berbiji. Tempoh matang 65-75 hari selepas
menanam.
New Dragon
Bujur panjang. Berat 5.0 kg. Manis buah 24-26% JPL. Jenis Hibrid, kulit berbelang
hijau tua dan hijau muda, isi merah berbiji. Tempoh matang 65-75 hari selepas
menanam.
Cina Dragon
Bujur panjang. Berat 4.5 kg. Kemanisan 10.5% JPL. Jenis Hibrid, kulit berbelang
hijau tua dan hijau muda, isi merah, berbiji. Tempoh matang 65-75 hari selepas
menanam.
Fengshan No. 1
Bulat. Berat 10%. Manis buah 10% JPL. Jenis Hibrid, kulit hijau tua, isi merah
terang, tanpa biji. Kematangan antara 65-75 hari selepas menanam.
Emperor
Bujur panjang. Berat 5.5 kg. Manis buah 10.5% JPL. Jenis Hibrid, kulit hijau muda
kekelabuan, berurat halus, isi merah, berbiji. Tempoh kematangan 65-75 hari
selepas menanam.
Yellow Baby
Bulat. Berat 3.5 kg. Kemanisan 10.5% JPL. Jenis Hibrid, kulit berbelang hijau tua
dan hijau muda, isi kuning, biji kurang. Tempoh kematangan 65-75 hari selepas
menanam

Crimson Sweet
Bulat. Berat 6.5 kg. Kemanisan10.8% JPL. Jenis baka tulen kulit berbelang hijau
tua, isi merah dan berbiji. Tempoh kematangan 78-88 hari selepas menanam.
Flower Dragon
Bujur bulat. Berat 4.0 kg. Kemanisan 10% JPL. Jenis baka Hibrid, kulit berbelang
hijau tua dan hijau muda, isi merah, berbiji. Tempoh kematangan 55-65 hari
selepas menanam.
Super Dragon
Bujur panjang. Berat 4.00 kg. Kemanisan 10.5% JPL. Jenis baka Hibrid, kulit
berbelang hijau tua dan muda, isi merah dan berbiji. Tempoh kematangan 65-75
hari selepas menanam.
Nota : JPL = Jumlah Pepejal Larut.
Tembikai mengandungi lebih dari 90% air, vitamin C, kalsium, fosforus, natrium,
kalium dan unsur-unsur zat makanan yang lain.
Keperluan asas untuk tanaman tembikai:Iklim
Memerlukan cuaca panas untuk pertumbuhan dan penghasil yang baik. Suhu
antara 25-35oC pada siang hari dan 18-22oC pada sebelah malam adalah amat
sesuai. Suhu yang tinggi boleh memendekkan jangka masa matang. Tembikai tidak
sesuai ditanam di kawasan tanah tinggi yang suhunya kurang dari 22oC.
Tanah
Tembikai boleh ditanam dikebanyakan jenis tanah yang mempunyai keasidan yang
sederhana iaitu pH 4.5-7.0, bagi tanah yang mempunyai pH yang rendah
pengapuran diperlukan. Tanaman ini didapati lebih sesuai apabila ditanam di tanah
jenis gembur berpasir dan tidak menakung air. Tanah yang tinggi kandungan liat
dan menakung air didapati tidak sesuai. Manakala kawasan yang paling sesuai
ialah kawasan yang rata. Tanah yang sebelumnya telah ditanami tembikai atau lainlain tanaman daripada keluarga cucurbitaceae (labu, petola, peria, timun) tidak
digalakkan ditanami lagi dengan tanaman tembikai untuk tempoh 3 tahun. Ini
adalah untuk mengelakkan penyakit yang berjangkit dari tanah.
KULTIVAR YANG DISYORKAN
Varieti yang popular pada masa ini ialah yang diimport dari Taiwan iaitu New

Dragon, Super Dragon dan Flower Dragon. Kultivar tanpa biji yang ditanam di
Malaysia terdiri daripada jenis kacukan hibrid F1 dari Taiwan dan Jepun yang
mempunyai ciri-ciri baik seperti jangka masa matang yang singkat, hasil yang tinggi
dan mutu buah yang baik. Jenis baka tulen biasanya lambat matang, hasilnya
rendah dan mutu buah kurang baik.
PENANAMAN
Pokok tembikai ditanam dari biji. Terdapat 2 cara penanam tembikai iaitu sistem
tanam terus dan sistem mengubah dimana biji benih atau disemai dahulu dalam
beg plastik yang dipanggil kerek.
Sistem Tanam Terus
Diamalkan di kawasan yang luas melebihi 3 hektar. Keperluan biji benih ialah
diantara 250-350 gram sehektar. Biji-biji benih ini direndam selama 12 jam dan
digaul dengan racun kulat (thiram pada kadar 3 gram bagi 1000 gram biji benih).
Kemudian ianya dibungkus dalam kain lembap sehingga biji benih kembang dan
akar pertama kelihatan barulah ditanam ke ladang pada kadar 3-4 biji benih
selubang.
Sistem Semaian (kerek)
Campuran tanah dan tahi ayam dengan kadar 3:1 disediakan dan diisi ke dalam beg
plastik kecil (kerek). Dua atau 3 biji benih disemai di setiap kerek dan diletakkan di
tapak semaian yang mempunyai 50% lindungan dan disiram 2 kali sehari.
Sekiranya tiada lindungan, selepas disiram kerek-kerek perlu ditutup dengan plastik
hitam sehingga biji benih bercambah.
Tanah yang telah dibajak, digali lubang berukuran 30 cm x 30 cm x 30 cm dengan
jarak tanaman 2.0 x 2.5 meter. Ini memberikan 2000 lubang sehektar bagi kawasan
tanah berpasir. Tanah yang mempunyai lebih kandungan liat seperti tanah mineral
memerlukan lubang yang lebih besar dan dalam lagi.
Sebelum mengubah, anak benih dan lubang tanaman disiram. Sebanyak 1.0-1.5
kg. tahi ayam kering dan satu sudu (6-8 gm) racun serangga (seperti carbofuran)
dibubuh ke dalam lubang dan digaul dengan tanah. Setiap lubang ditanam dengan
2 anak benih. Sebaik-baiknya penanaman dirancang supaya bermula pada akhir
musim hujan.
PENJAGAAN
Sungkupan
Sungkupan dibuat sebaik sahaja anak benih diubah ke ladang. Ini bertujuan untuk
mengekalkan tahap kelembapan tanah dan membantu pengawalan rumpai. Antara
bahan-bahan yang boleh digunakan ialah rumput, lalang, jerami kering, surat

khabar lama dan plastik bersalut aluminium.


Pemangkasan
Jalar tanaman tembikai perlu dipangkas pada ruas keenam atau ketujuh iaitu
apabila tanaman berumur diantara 10-15 hari. Ini dapat menjamin tanaman
tumbuh dengan lebih subur dan memberi buah yang lebih seragam.

Pembajaan
Program pembajaan yang biasa diamalkan adalah seperti berikut:-

Peringkat
Pertumbuhan

Masa

Jenis baja

Pertumbuhan
awal

Menana
m

tahi ayam
1 - 1.5 kg
(12:12:17:
(50 gm)
2)

Pengeluaran
daun dan
jalar
(pertumbangan
tampang)

10 hari
lepas
tanam

12:12:17:2 100 gm

Pengeluaran
30 hari
bunga, putik dan lepas
buah
tanam

12:12:17:2 100 gm

45 hari
lepas
tanam

12:12:17:2 100 gm

Pembesaran
buah
Catatan

Kadar/Luba
ng

Sebelum tanaman menjalar,


baja ditabur dalam bulatan
lebih
kurang 30 cm dari pangkal
pokok. Apabila pokok mulai
menjalar,
baja diberi dalam empat poket
yang dibuat lebih kurang 50-70

cm dari pangkal pokok.

Pengairan
Tanaman tembikai memerlukan air yang banyak untuk pertumbuhan pokok yang
baik dan pembesaran buah yang maksimum. Keperluan air adalah kritikal di awal
penanaman (10 hari pertama) di peringkat pengeluaran bunga (30-40 HST) dan
semasa pembesaran buah (40-45 HST). Sistem pengairan yang digunakan
bergantung pada jenis tanah.

Sistem
Pengairan
Sistem
Perenjis

Jenis Tanah

Catatan

Tanah Bris,
mineral
dan tanah
gambut

Sistem
Alur

Tanah mineral
yang rata
dengan sumber
air yang banyak

Dipasang sebelum
menanam.
Perlukan modal
yang tinggi tetapi
tahan lama.
Alur-alur dibuat
selebar 30 cm
lebar dan 20 cm
dalam.
Digunakan dalam
penanaman
menggunakan
sungkupan plastik.
Air diangkut atau
dialirkan melalui
saluran getah dan
dibawa terus ke
pokok.

Sistem
Titis

Manual

CANTASAN
Cantasan perlu dibuat untuk memastikan jalar-jalar tumbuh dengan lebih subur dan
memberikan buah yang lebih serata. Jalar utama dicantas pada ruas 6 atau 7.
Buah-buah yang keluar lebih awal dari ruas ke 5 dibuang. Hanya 2 biji buah
disimpan pada satu pokok.

PENGUTIPAN HASIL
Tembikai mula berbuah 60-70 hari selepas menanam dan buah boleh dipungut 2025 hari selepas itu. Bergantung kepada keadaan cuaca. Biasanya 4-6 pusingan
pengutipan hasil dilakukan. Hasil dijangka ialah 20 tan/hektar.
PENENTUAN KEMATANGAN BUAH TEMBIKAI
Kematangan buah tembikai ditentukan berpandukan kepada ciri-ciri berikut:Umur Pokok
Faktor umur bergantung kepada varieti dan musim penanaman. Penanaman pada
musim panas menyebabkan buah matang lebih awal.
Warna Sulur Paut dan Daun Buah
Sulur paut bertukar warna dari hijau muda kepada kuning dan kering. Sulur paut
yang kering menandakan buah terlalu matang.
Warna Kulit Buah Yang Bersentuh Tanah
Warna putih sebelum matang dan bertukar kuning apabila matang.
Menjentit Buah
Buah matang berbunyi seperti berongga. Buah belum matang bunyinya padat dan
nyaring.
Urat Pada Jalur
Bagi tembikai berjalur, urat pada jalur memecah dan warna jalur menjadi pudar
apabila buah matang.
Kekilatan Kulit Buah
Buah boleh dituai apabila kulitnya menjadi pudar atau kurang berkilat. Pada
peringkat ini, kandungan gula mencapai tahap maksimum.
PENGENDALIAN LEPAS TUAI
Buah-buah yang telah dipetik, dikumpulkan di tempat teduh, diasingkan mengikut
saiz, bentuk dan varieti sebelum disusun ke dalam bakul-bakul buluh atau rotan. Ia
seterusnya dimuatkan ke dalam kenderaan yang berbumbung untuk diangkut ke
destinasi jualan. Selepas bakul-bakul disusun bertingkat-tingkat, papan-papan
pengalas atau pelapik perlu diletakkan di antara bakul untuk mengurangkan buahbuah menjadi rosak.

TEMBIKAI WANGI (cucumus melo.L)


Nama
Botan

: Cucumis melo L.

Famili

: Cucucrbitaceae

Nama Lain : Honey dew


Berasal dari Afrika Tropika. Tanamannya seakan-akan tembikai tetapi buahnya kecil
dan permukaan kulitnya licin. Kulit berwarna putih-putih kehijauan, isi berwarna
kehijauan oren dan baunnya harum.

Varieti:
Jade Dew (jhibrid)
Varieti yang sangat populat masa kini. Toleran kepada cuaca panas. Berat ialah 1.3
kg/biji.
Sun Lady (hibrid)
Berat buah 1 kg/biji. Buahnya keras dan tahan pengangkutan.
Sky Rocket
Kulit bulat panjang, warna kulitnya kelabu, berat ialah 1.2-1.5 kg/biji.
New Century
Buahnya bulat panjang, warna kulitnya hijau, berat buah ialah 1.4 - 1.6 kg./biji.
Iklim dan Tanah:
Memerlukan sinar cahaya matahari penuh dan panjang selama 10-12 jam sehari.
Kekurangan cahaya matahari boleh menyebabkan bilangan buahnya berkurangan,
buah kurang manis, serta kualiti dan penghasilan menjadi kurang. Hujan yang
terlalu banyak juga boleh menyebkan buah menjadi retak dan banyak serangan
penyakit.

Penyediaan Tanah:
Dua pusingan bajak piring sedalam 15-20 sm dan diikuti dengan penyediaan batas
berukuran 1.8m lebar x 0.3 m tinggi bagi menentukan pertumbuhan yang baik.
Kapur sebanyak 3 tan/hektar, digaulkan dengan tanah semasa membajak.
Membaris dan Menyediakan Lubang:
Sistem tanaman yang disyorkan ialah segi empat bujur dengan jarak tanaman 2.5
m antara barisan, 1m antara pokok dalam sebaris. INi memberikan sebanyak 4,000
lubang tanaman sehektra. Lubang berukuran 30 sm x 30 sm dikorek dan baja
organan sebanyak 1 kg. digaulkan dengan tanah dan dimasukkan ke dalam lubang.
Menanam:
Biji tembikai wangi boleh ditanam terus ke ladang atau disemai dahulu di tapak
semaian sebelum diubah ke ladang. Biasanya biji benih ditanam terus ke ladang
sebanyak 2 biji/lubang. Tanah digaulkan dengan baja organan dalam lubang dan
sebanyak 3 biji benih ditanam dalam setiap lubang. Apabila tumbuh hanya 1 pokok
ditinggalkan bagi selubang. Sebanyak 200 g biji benih diperlukan untuk satu
hektar.
Pengairan:
Tembikai wangi sangat peka terhadap air. Ia memerlukan bekalan air yang cukup
untuk menjamin pertumbuhan yang sempurna serta pengeluaran hasil yang
memuaskan. Sistem pengairan renjis disyorkan, kalau tidak, penyiraman dilakukan
secara manual.
Pembajaan:
Pusing
an

Massa

1
2
3
4

Sebelu
m
menan
am
2
minggu
4
minggu
6
minggu
Kawalan Serangga
Kutu

Jenis
Baja

Baja
organan
15:15:1
5
12:12:1
7:2
12:12:1
7:2

/ Penyakit:

Kad
ar
Poko
k
1
kgf
30 g
100
g
100
g

Amaun/Hektar

4 tan
120 kg
400 kg
400 kg

Daun
Lalat
Buah
Lecuh
Antrakn
os
Layu
Fuzariu
m
Kulapok Downy
Cantasan:

Sembur racun Deltamethrin atau tabur


Carbofuran.
Sembur racun Methamidophos atau
Carbofuran.
Sembur racun kulat Benamyl.
Rawat biji benih dengan racun kulat
Mancozeb atau Maneb.
Musnah pokok yang diserang. Amalkan
sistem tanaman bergilir.
Sembur racun Metalaxyl.

Cantasan perlu dibuat untuk memastikan jalar-jalar tumbuh dengan lebih subur dan
memberikan buah yang lebih serata. Buah-buah yang keluar lebih awal dari ruas ke
5 dibuang. Hanya 2 biji buah disimpan pada satu pokok.
Pengutipan Hasil:
Boleh dipetik 60-70 hari selepas menanam, semasa bua cukup masak tetapi masih
keras. Kerja memetik perlu dilakukan dengan cermat, iaitu memotong tangkai
dengan pisau. Hasil purata diantara 15,000 - 20,000 kg/hektar.
PENANAMAN TEMBIKAI WANGI CARA TANAMAN PADAT
(suntingan: Majalah Teknotani April 1993 dan Bingkisan Pertanian Bil. 71)
Jenis tembikai wangi yang didapati sesuai untuk pengeluaran secara komersil ialah
'Jade Dew' dan 'Sky Rocket' yang berasal dari negeri Taiwan. Teknologi pengeluaran
yang biasa diamalkan hanya mampu memberi hasil sebanyak 8-10 tan sehektar
dengan kos pengeluaran sebanyak 60-80 sen sekilogram buah. Teknologi cara
tanaman padat pula mampu memberi hasil sebanyak 30-35 tan sehektar. Hasil
yang tinggi ini dapat mengurangkan kos pengeluaran bagi setiap kilogram buah
tembikai wangi kepada 30-35 sen sahaja.
Kepadatan tanaman yang disyorkan ialah 10,000 - 25,000 pokok sehektar
berbanding dengan cara biasa sebanyak 4,000 pokok sehektar. Pemilihan
kepadatan tanaman bergantung pada saiz buah yang perlukan oleh pasaran.
Umumnya, pasaran eksport yang memerlukan buah bersaiz 1-2 kg sebiji, kepadatan
tanaman sebanyak 25,000 pokok sehektar didapati sesuai kerana sebanyak 70%
daripada buah bersaiz 1-2 kg sebiji. Untuk saiz buah yang lebih besar, kepadatan
10,000 pokok sehektar disyorkan kerana 80% daripada buah yang dihasilkan
bersaiz 2.0 - 2.5 kg. sebiji. Kos pengeluaran untuk teknologi penanaman padat
lebih tinggi daripada teknologi biasa. Sebahagian besar pertambahan kos ini
disebabkan oleh bertambahnya penggunaan biji benih. Walau bagaimanapun, hasil

yang tinggi daripada teknologi penanaman padat dapat mengimbangi pertambahan


kos ini. Antara kelebihan-kelebihan teknologi penanaman padat ialah:Mampu memberi hasil hampir 3 kali ganda berbanding dengan teknologi biasa.
Mengurangkan kos pengeluaran bagi sekilogram buah sehingga 50%.
Buah yang dihasilkan lebih seragam dari segi saiz, kemanisan dan paras
kematangan.
Semua buah boleh dipetik dalam masa hanya satu minggu sahaja berbanding
dengan dua minggu dari ladang yang mengamalkan teknologi biasa.
Pengusaha buah boleh menentukan saiz buah yang akan dihasilkan sesuai dengan
kehendak pasaran.
Penanaman
Kawasan yang bertakung air tidak sesuai untuk ditanam. Pembajaan yang betul
dan pengairan yang cukup adalah penting untuk pertumbuhan dan pengeluaran
yang baik. Cuaca kering dan panas akan menghasilkan buah yang bermutu tinggi.
Benih boleh ditanam terus atau disemaikan dalam kerek. Penggunaan kerek lebih
menjimatkan dan menjaminkan pertumbuhannya. Campuran tanah yang disyorkan
untuk kerek ialah 3:2:1 bagi tanah:pasir:tahi ayam. Biji benih disyorkan direndam
dalam air semalaman untuk memudahkan percambahan. Dua jenis semaian
dipraktikkan, iaitu:Di bawah teduhan
Semaian memerlukan 50% teduhan. Benih yang tidak bercambah selepas 6 hari
perlu digantikan.
Tanpa teduhan
Selepas penyemaian, kerek-kerek disusun dan disiram air secukupnya serta ditutup
dengan plastik tebal beberapa hari sehingga benih bercambah.
Sungkupan memberi kesan penyejukan pada anak-anak pokok yang baru ditanam
dan mengekalkan tahap kelembapan tanah untuk pertumbuhan pokok. Bahanbahan sungkupan adalah seperti jerami, rumput kering dan kertas. Biasanya,
helaian plastik bersalut aluminium digunakan.
Pembajaan

Tembikai wangi memerlukan banyak baja dalam masa yang singkat. Pembajaan
yang disyorkan adalah seperti berikut:Pembajaan Tembikai Wangi
Peringkat
Pertumbuhan

Umur
Pokok

Kadar Baja Sepokok


(N:P.K.Mg)

Awal

1 - 1.5 kg. tahi


ayam
Menanam 50 gm baja
campuran
(15:15:15)

Pengeluaran
daun dan jalar

10 hari
lepas
tanam

100 gm baja
campuran
(12:12:17:2 + zat
mikro)

20 hari
Pengeluaran
lepas
bunga dan buah
tanam

100 gm baja
campuran
(12:12:17:2 + zat
mikro)

Pengairan
Bekalan air yang mencukupi pada peringkat awal pertumbuhan, pertumbuhan
tampang terakhir, perbungaan dan berbuah adalah amat penting bagi pengeluaran
buah bermutu. Sistem pengairan renjis (untuk tanah pasir, tanah liat dan liat peroi)
dan pengairan secara manual biasa dipraktikkan.

PENGURUSAN TANAMAN TEMBIKAI WANGI SECARA FERTIGASI


Dengan pengenalan teknologi fertigasi, ramai pengusaha memilih tanaman ini
kerana mudah diselenggara dan boleh memperolehi hasil dlam tempoh yang
singkat (+ 2 bulan di ladang). Dua jenis tembikai wangi utama iaitu musk
meon(berkulit licin) dan rock melon (berkulit berjejaring). Pasaran sekarang
mementingkan saiz buah, kemanisan, isi pejal astau rangup dan kulit buah yang
cantik. Diantara varieti yang mendapat sambutan pasran ialah Glamour, Gordes,
Mariage, Syaron, Plympic gold, Signal, Golden Langkawi, Rozes dan lain-lain.
KEADAAN PENGURUSAN:

Menyemai biji benih


- Sedia semaian : pear moss, cocoa peat, campuran tanah dan sebagainya.
- Rawatan biji benih : Rendam biji benih 2-3 jam. Tuang biji benih dan air rendaman
di atas surat khabar. Gulungkan kertas tersebut dan masukkan ke dalam plastik
lutsinar. Gelembungkan plastik tersebut dengan meniupkan angin ke dalamnya,
ikat dan jemur di bawah panas matahari 8-10 jam. Biarkan 1-2 hari atau sehingga
akar ulung mulai keluar (bercambah).
- Semai dalam dulang semaian berisi media peatmoss. Halakan akar ulung ke
bahagian bawah. Timbuskan biji benih hanya dengan sedikit peatmoss sahaja. Pada
kebiasaannya, biji benih akan terus bercambah dan mengeluarkan daun pada hari
ketiga. Siraman bagi mengekalkan kelembapan sekitar 70% adalah mencukupi.
Kedalaman meletakkan biji benih dan kawalan kelembapan adalah kritikal dna perlu
dititikberatkan.
- Umur 10 hari sesuai dipindahkan ke ladang.

Mengisi dan menyusun media ke dalam bekas


- Media disyorkan: habuk sabut 100% @ arang sekam+habuk sabut (1:1 atau 1:2)
@ arang sekam+tanah (2:1)
- Pastikan media diisi dengan padat dan dibilas dengan air bersih sebelum anak
pokok
dipindahkan ke ladang.
- Bekas : pasu plastik, pasu tanah liat, polibeg putih/hitam dan sebagainya.
Memasang dan menguji sistem pengairan titis
- Ambil kira jumlah polibeg, jarak kawasn penanaman, kecerunan kawasan dan
kemampuan pam.
- Sesuaikan sistem dengan jumlah tanaman. Kurang 200 beg gunakan pam
akuarium,
200-1000 beg, gunakan pam 0.5 HP, 1000-2500 beg gunakan pam 1.0 HP secara
manual atau automatik. Sesuaikan dengan kedudukan pam dan kawasan
penanaman.
- Pastikan tiada ketirisasn pada penyambungan dan kadar alir yang betul pada

setiap penitis.

Buat pensterilan
Khusus untuk pusingan kedua dan seterusnya. gunadisinfectant seperti detool,
cidol, lindores dan sebagainya. Komponen yang perlu disterit ialah media tanaman,
sistem pengairan, bekas tanaman, tapak bekas tanaman dan rumah lindungan (jika
perlu).
Menyedia larutan baja stok
Stok A dan Stok B - letak di tempat teduh. Selepas 24 jam, boleh digunakan.
Pastikan formulasi yang digunakan adalah sesuai untuk tembikai wangi.
Memindahkan anak pokok ke ladang
Memindahkan 35-45 cm x 150 cm antara barisan. Penanaman di bawah struktur
lindungan hujan adalah satu kelebihan. Pilih pokok yang subur, sihat dan uniform
sahaja untuk dipindahkan. Satu pokok/beg. Pastikan jarak penitis dan anak pokok
betul (2-4 cm) dan akar tanaman menerima nutiren yang diberi. Selesai kerja-kerja
mengubah - beri siraman air baja dan lakukan semburan racun kulat. Tumpuan
semburan pada anak pokok dan media.

PEROSAK TANAMAN TEMBIKAI DAN CARA KAWALAN


Kutu Daun
Pembawa virus. Sepanjang pertumbuhan menghisap cecair pada bawah daun dan
pucuk. Sembur Deltamethrin profenos, dimethoate, methamidophos.
Kumbang Daun
Menyerang bahagian daun pokok terutamanya daun muda anak benih.
Menyebabkan kerosakan kulit luar permukaan daun dan jika tidak dikawal daun
yang diserang akan menjadi nipis dan berlubang. Sembur dengan menggunakan
racun kimia yang sesuai dilakukan di kawasan yang terlibat sahaja.
Ulat Ratus
Menyerang secara berkumpulan pada peringkat kecil dengan memakan daun muda
dari bahagian tepi daun sehingga tinggal rangka sahaja. Untuk mengawal, sembur
dengan racun kimia yang disyorkan setelah dikesan.
Kutu Trips
Bukan pembawa virus. Sepanjang pertumbuhan menghisap cecair pada bawah
daun dan pucuk. Sembur Deltamethrin, profenos, dimethoate, methamidophos.
Lalat Buah
Merosakkan buah muda dan masak. Sembur Deltamethrin, methamidophos.
Hamama Merah
Sepanjang pertumbuhan, menyerang di sebelah bawah daun. Sembur Docofol,
propogite, amitraz.
PENYAKIT, PENYEBAB DAN CARA KAWALAN

Lecur anak benih (Phthium spp. dan Rhizoctonia solani)


Serang anak benih dalam semaian dan baru dialih. Anak benih jadi layu kerana
pangkal batang telah melecuh dan reput. Sering berlaku pada tanah yang
salirannya tidak memuaskan. Rawat biji benih dengan racun kulat thiram atau
benomyl. Amalkan giliran tanaman dan sembur dengan racun kulat seperti
mancozeb atau maneb.
Layu fusarium (Fusarium oxysproum)
Anak benih yang diserang akan reput atau terbantut. Pada pokok dewasa ialah satu
jalar menjadi layu dan akan merebak ke jalar yang lain. Akhirnya seluruh pokok
menjadi layu dan kering. Boleh musnahkan seluruh kawasan dalam masa yang
singkat. Pastikan saliran yang baik. Musnah atau bakar pokok yang diserang.
Kawal rumpai untuk mengurangkan perumah.
Antraknos (Colletotrichum lagenarium)
Bintik berwarna hitam pada daun. Rawat biji benih dengan racun kulat. Amalkan
giliran tanaman. Sembur dengan racun mancozeb, copper hyudroxide, propineb,
ziram, carbendazim, chlorothalonil atau meneb.
Mozek virus (Virus)
Daun menjadi berkerekot bertompok hijau tua dan hijau muda. Pokok menjadi
kuning dan terbantut. Menyebabkan kekurangan hasil yang banyak. Musnahkan
pokok yang berpenyakit. Guna varieti rintang dan kawal perumah yang
merebakkan penyakit.
Kulapuk Downi
Menyerang daun tua. Sembur dengan Metalaxyl dan musnah pokok yang telah
diserang.
Bintik berpusar
Menyerang batang, daun dan buah tembikai. Ia disebarkan melalui hujan dan
sistem pengairan. Sembur dengan menggunakan racun kulat yang disyorkan.
Hawa batang
Menyerang daun, batang dan buah. Serangan ke atas batang menyebabkan bintik
bermula dari ruas kemudian memanjang dan pecah. Pada daun, tangkai dan
batang, bintik berwarna coklat atau kelabu terbentuk. Sembur dengan racun kulat
yang disyorkan.

GANGGUAN FISIOLOGI PADA BUAH TEMBIKAI


Buah tidak bulat bentuknya
- tanah terlalu kering dan kurang baja.
- jangkitan dan serangan perosak yang teruk.
- buah terlalu dekat atau terlalu jauh dari pangkal pokok
- kacukan tidak sempurna
- ada serangan lalat buah
Buah menjadi retak
- faktor varieti
- kelembapan tanah berubah secara mendadak
- penyiraman yang terlalu banyak semasa buah hampir masak
- serangan perosak hamama merah yang teruk
Buah tidak manis
- faktor varieti
- pembajaan yang tidak sempurna
- serangan perosak dan penyakit yang teruk
- suhu rendah ketika buah sedang masak
- buah masak ketika musim hujan
Kulit buah menjadi tebal
- faktor varieti
- buah terlalu dekat denan pangkal pokok
- suhu rendah sewaktu buah masak
- buah belum masak
Isi buah berwarna pucat
- faktor varieti
-suhu rendah sewaktu buah masak
- terlalu banyak baja P digunakan
Buah berongga
- faktor varieti
- air terlalu banyak ketika buah masak
- buah terlalu dekat dengan pangkal pokok
KUTIPAN HASIL

Tembikai Wangi dipetik apabila mencapai peringkat masak tetapi masih keras
dengan kandungan pepejal larut keseluruhan pepejal larut 8-10 oBirx. Tembikai
wangi matang diantara 49-51 hari di tanah bris dan antara 58-65 hari di tanah jenis
hakisan granite.
Buah yang dipetik terlalu awal tidak semanis buah yang dipetik pada peringkat
masak. Keadaan pokok semasa buah membesar juga mempengaruhi kemanisan
buah. Pokok yang sihat sehingga buah dipetik menghasilkan buah yang manis,
tetapi sekiranya pokok tidak sihat dan daun-daun banyak yang rosak atau mati
seperti diserang oleh penyakit, walaupun pada peringkat akhir tumbesaran buah,
akan menyebabkan buah tidak manis. Ini disebabkan gula yang terdapat dalam
buah dibekalkan terus daripada daun.
Antara tanda-tanda yang menunjukkan buah tembikai wangi sudah boleh dipetik
adalah seperti berikut:Bagi Tembikai Wangi varieti Jade Dew, buah sudah boleh dipetik pada peringkat 24
hari selepas bunga kembang. Pada ketika ini tahap kemanisan atau kandungan
pepejal larut sudah mencapai 10 oBirx.. Kemanisan buah akan bertambah sedikit
selepas disimpan beberapa hari.
Kebanyakan buah yang matang akan membentuk jejaring (netting) pada
permukaan buah.
Warna buah mulai berubah dengan nyata. Jade Dew biasanya berwarna kehijauan
pada peringkat muda dan menjadi kekuningan apabila matang. Buah juga
berbentuk bulat atau leper sedikit.
Lapisan absis pada tampuk buah mulai terbentuk. Buah yang terlalu masak, mudah
tanggal daripada tampuk atau tangkainya. Buah Jade Dew mudah tercerai daripada
tampuk atau tangkainya pada umur 30 hari selepas bunga kembang.
Aroma atau bau 'musky' mulai dikesan dan semakin kuat apabila buah semakin
masak.
Bahagian hujung buah agak lembut.
Tanda-tanda lain termasuklah bulu di bahagian tangkai buah mulai kering dan
gugur, sulur paut yang paling hampir dengan tangkai buah mulai layu dan kering.
SPESIFIKASI PIAWAIAN DAN GRED TEMBIKAI

Spesifikasi piawaian dan gred ini adalah untuk buah tembikai (Citrullus vulgaris
Linn) yang berbentuk bulat atau bujur, kulit berwarna hijau kehitaman atau hijau
muda atau berjalur antara kedua warna ini mengikut jenisnya. Di Malaysia ia
dikenali juga sebagai Semangka, Melikai dan juga Timun Cina. Spesifikasi berikut
menerangkan keperluan-keperluan piawaian dan gred serta pengkelasan saiz untuk
buah tembikai jenis merah, meliputi tembikai tanpa biji dan tembikai berbiji seperti
varieti New Dragon yang ditanam dan dipasarkan di Malaysia.
Tidak Matang
Kematangan < 60%. Bunyi padat, tidak sesuai untuk pasaran.
Cukup Matang
Kematangan 70-80%. Tembikai berkenaan sudah mencapai tahap kemanisan yang
sewajarnya. Kandungan bahan pepejal larut mencapai 10o Brix. Warna isi
menunjukkan ciri warna varieti berkenaan iaitu lebih banyak merah daripada putih,
rangup, pejal dan berjus, serta tidak liat atau kenyal.
Terlalu Masak
Kematangan > 90%. Isi tembikai kurang / tidak pejal atau rangup, bertekstur
benyek / lembik serta lecap (water soaked). Rasa agak tawar kemasaman, bangar
dan kurang enak. Warna merah kehitaman dan tidak cerah. Tidak sesuai untuk
pasaran.
PEMBUNGKUSAN DAN PERLABELAN
Pembungkusan
Tembikai daripada gred yang sama hendaklah dibungkus menggunakan bekas yang
sesuai supaya dapat memberi perlindungan yang optimum daripada kerosakan
semasa pengendalian dan pengangkutan. Kertas atau bahan lain yang digunakan
untuk membalut atau mengalas hendaklah bersih dan tidak akan menyebabkan
kerosakan semasa pengendalian dan pengangkutan. Berat bersih yang dibenarkan
bagi satu unit pembungkusan ialah tidak melebihi 30 kg.
Perlabelan
Tiap-tiap unit pembungkusan hendaklah dilabel yang mengandungi maklumat
berikut:- Tarikh, nama/kod penanaman, nama/kod pengeksport, nombor kad
pengenalan, nombor pendaftaran syarikat, alamat, komoditi, berat bersih dan gred.
PERSAMPELAN

Bilangan sampel dan kaedah persampelan bagi tujuan pemeriksaan adalah


berdasarkan kepada MS 78:1973 Method of Sampling Fresh Fruits, atau kaedah
statistik yang dipersetujui
KAEDAH MENYEMAI BIJI BENIH TEMBIKAI SECARA PEMANASAN (HEATING)
Tujuan:
Untuk memastikan peratus percambahan yang tinggi.
Untuk pertumbuhan yang seragam.
Keperluan peralatan dan bahan:
Tray plastik mengikut keperluan
Media semaian
Pam galas
Guni jalur / kain
Plastik silvershine / plastik hitam
Penggalak percambahan seperti Amino Asid, Astonik dan lain-lain
Racun kulat seperti Thiram
Biji benih (200 gm tembikai tanpa biji dan 20 gm tembikai kuning untuk satu hektar)
Air bancuhan racun serangga
Rumah teduhan
Proses / Kaedah:
Rendam biji benih di dalam Asid Amino selama 30-60 minit.
Tos dan keringkan.
Gaulkan dengan racun kulat seperti Thiram.
Masukkan media semaian ke dalam tray, ratakan dan dimampatkan sedikit.
Semai satu biji benih bagi setiap lubang dengan meletakkan secara mengiring.
Tutupkan biji benih yang telah disemai dengan menambahkan sedikit bahan media
dan ratakan.

Siram dengan bancuhan racun serangga sehingga lembab.


Susun tray yang telah siap disemai benih di atas plastik hitam dengan tidak
melebihi 0.6 m tinggi dan pastikan bahagian bawah tray dengan lubang tray
dibawahnya tidak bertindih.
Tutupkan bahagian atas dan sisi dengan guni/kain dan seterusnya balutkan semua
bahagian tray dengan plastik hitam, dilekatkan dan diikat supaya cahaya tidak
masuk dan proses peruapan juga tidak berlaku. (Keadaan inilah yang menyebabkan
proses pemanasan berlaku).
Pastikan tray diletakkan di tempat yang tinggi. Tempoh rawatan melalui kaedah
pemanasan ini ialah selama empat hari tiga malam (84 jam). Kaedah ini boleh juga
digunakan untuk tembikai wangi / madu tetapi tempohnya memadai selama tiga
hari dua malam sahaja (60 jam).
Bungkusan perlu diperiksa supaya tidak rosak atau koyak.
Bukakan plastik dan guni apabila cukup tempohnya.
Proses selepas membuka bungkusan:
Buka susunan tray dan letak tray di tempat lapang (100% cahaya) sehingga
menanam untuk proses pengerasan anak pokok. Pastikan tidak ditimpa hujan bagi
mengelakkan kerosakan. Sekiranya hujan, letakkan di bawah lindungan.
Siram dua kali sehari pagi dan petang.
Anak benih sesuai ditanam setelah daun berbentuk tapak anjing (4-5 hari selepas
dibuka).