You are on page 1of 1

DCnie Komputer Enterprise

526, Kg Pak Kancil Luar,


22100 Setiu, Terengganu
17 Ogos 2014
Naib Canselor,
Kolej Universiti Bestari,
Putera Jaya, Bandar Permaisuri,
22100 Setiu, Terengganu
Tuan/Puan,
MEMOHON KEBENARAN MEMBUKA GERAI JUALAN
Merujuk kepada perkara di atas, saya MUHAMMAD AKHASHAH BIN MAZLAM,
pengurus syarikat DCNIE KOMPUTER ENTERPRISE (TR0119346-D) ingin
memohon kebenaran tuan untuk membuka gerai jualan sempena pengambilan
pelajar baru untuk sesi September 2014.
2.
Tujuan kami membuka gerai jualan ini diadakan adalah untuk
memperkenalkan produk serta perkhidmatan syarikat kami yang berasaskan
teknologi komputer kepada pelajar-pelajar kolej tuan.
3.

Maklumat tentang gerai jualan yang dipohon adalah seperti berikut :

TARIKH
MASA
TEMPAT

:
:
:

01 SEPTEMBER 2014 (ISNIN)


8.00 PAGI 5.00 PETANG
KOLEJ UNIVERSITI BESTARI, SETIU TERENGGANU

4.
Sehubungan dengan itu, kami memohon jasa baik tuan agar dapat
mempertimbangkan permohonan kami ini dengan segera.
Sekian Terima Kasih.
Yang Benar,

..........................
(Muhammad Akhashah Bin Mazlam)
Pengurus Syarikat,
DCnie Komputer Enterprise

You might also like