You are on page 1of 43

BAB 5 : PEMBINAAN TIANG

5.1 PENGENALAN

Pada amnya, pembinaan tiang adalah bertujuan untuk menyokong balak


atau rasuk untuk sesuatu lantai dimana kotak bentuknya mempunyai papan yang
dipanggil ‘ sheating’. Tiang juga berfungsi menerima beban daripada rasuk dan
memindahkannya kepada asas bangunan. Tiang merupakan struktur yang dibina
pugak untuk menanggung beban. Tianh terbahagi kepada dua jenis iaitu tiang
tunggal dan tiang jinjang. Disini, saya akan menerangkan mengenai tiang tunggal
dari awal pembuatannya hingga siap didirikan.

73
5.2 SPESIFIKASI / JENIS PERALATAN YANG DIGUNAKAN

5.2.1 Kotak bentuk acuan tiang

5.2.2 Penukul

74
5.2.3 Paku

5.2.4 Pita ukur

75
5.2.5 Playar

5.2.6 Mesin penggaul konkrit ‘ mixture’’

76
5.2.7 Penyedok

5.2.8 Baldi

77
5.2.9 Gergaji

5.2.10 Peranca

78
5.2.11 Tali pembenang

5.2.12 Plum bup

79
5.3 CARA PENGENDALIAN PERALATAN SEMASA LATIHAN

5.3.1 Kotak bentuk acuan tiang

Kotak bentuk acuan untuk struktur tiang ini diperbuat daripada kayu. Ia
terdiri daripada papan lapis sebagai pendinding ( sheating ), perembat dan
dikukuhkan dengan tupang. Ia digunakan sebagai acuan bagi membentuk struktur
binaan tiang. Ia sangat ekonomik digunakan pada masa kini dan penggunaannya
boleh diulang ulang tidak melebhi empat kali penggunaan.

5.3.2 Penukul

Penukul digunakan untuk kerja menyatukan sisi sisi kotak bentuk tiang bagi
membentuk segi empat. Juga disebut sebagai tukul kuku kambing. Ia diperbuat
daripada besi keluli. Penukul juga digunakan untuk menanggalkan kotak bentuk
apabila ia telah siap untuk dibuka nanti.

5.3.3 Paku

Paku digunakan untuk mengemaskan sisi sisi dan menyatukan setiap


bahagian untuk menhasilkan satu kotak bnetuk tiang yang sempurna. Ia juga
digunakan untuk melekatkan perempat supaya binaannya lebih kukuh. Ia diperbuat
daripada besi dan berbentuk lurus dan tajam dibahagian hujungnya.

80
5.3.4 Pita ukur

Ia digunakan untuk mengukur saiz kotak bentuk yang diperlukan mengikut


saiz yang dikehendaki. Ia juga digunakan untuk mendapatkan ketianggian tiang
yang sebenar. Panjang keseluruhan adalah 30 meter. Ianya mudah digunakan
dan ekonomik.

5.3.5 Playar

Alat ini digunakan untuk mengikat tetulang tiang ditapaknya. Tetulang tiang
akan diikat pada asas yang telah siap dibina dibbawah substruktur. Ia digunakan
bersama dawai pengikat yang halus. Cara penggunaannya hanya mengguanakan
tangan dan mengemaskan ikatan dawai pada tetulang tiang.

5.3.6 Mesin penggaul konkrit ‘ mixture’’

Kebiasaannya ia dipanggil ‘ mixture’. Alat ini digunakan untuk menggaul


konkrit untuk diisikan ke dalam kotak bentuk tiang. Bahan yang digaul untuk
menghasilkan konkrit adalah simen, batu baur kasar, batu baur halus dan air. Ia
diikut pada nisbah bancuhan 1: 2 : 4.

5.3.7 Penyedok

Alat ini diperbuat daripada besi. Ia digunakan untuk mengisikan konkrit ke


dalam baldi untuk dituang ke dalam kotak bentuk. Ia digunakan secara kaedah
insani iaitu menggunakan tenaga tangan manusia sepenuhnya. Ia juga digunakan
untuk membancuh konkrit jika digunakan tenaga tanagn manusia sepenuhnya.

81
5.3.8 Baldi

Baldi digunakan untuk mengisi konkrit yang telah siap dibancuh dan
dibawa ke tempat kerja yang dikehendakinya. Baldi yang telah siap berisi konkrit
akan diberi kepada pekerja yang berada dibahagian atas permukaan tiang dan
dituang ke dalam kotak bentuk.. Biasanya baldi ini berwarna kuning dan berbentuk
segitiga tak sama.

5.3.9 Gergaji

Gergaji digunakan untuk menggergaji papan lapis mengikut saiz kotak


bentuk yang diperlukan. Ketinggian tiang dalam kerja ini ialah 12 kaki Ianya tajam
dan mudah dikendalikan menggunakan tenaga manusia sepenuhnya. Ia digergaji
setelah diukur dengan tepat.

5.3.10 Peranca

Peranca diperbuat daripada keluli digunakan.. Ia mempunyai kelebihan


seperti tahan lama, lebih kuat dan boleh didirikan lebih tinggi. Ia digunakan untuk
membolehkan dan memudahkan pekerja-pekerja menjalankan kerja kerja
menuang konkrit ke dalam kotak bentuk atau sebagainya. Ia di alas dengan kayu
2’ x 4’ sebagi tempat untuk menempatkan bahan bahan seperti baldi berisi konkrit
dan pekerja binaan itu sendiri.

5.3.11 Tali pembenang

Benang ini digunakan bersama plum bup. Ia digantungkan dengan plum


bup dan diikat pada kayu yang akan menyelaraskan kotak bentuk tiang nanti.

82
Benang ini lah yang menjadi panduan untuk memastikan kotak bnetuk itu tegak
atau tidak. Diperbuat daripada nilon.

5.3.12 Plum bup

Alat ini digunakan bersama tali pembenang. Ia akan diikat dengan benang
dan dibiarkan tergantung. Ia berbentuk segi tiga yang mana salah satu bucunya
tajam dan bucu yang tajam ini akan menghadap ke bawah tanah dan
diseimbangkan supaya benang masuk ke tempat yang telah dibuat untuk
keselarasan.

5.4 PROSES KERJA YANG DILAKUKAN

5.4.1 PEMASANGAN TETULANG TIANG DITAPAK BINA

Disini saya akan menerangkan mengenai tetulang tiang yang digunakan


dan cara mendirikannya di tapak asas yang telah siap dibina.

i. Tetulang yang digunakan terdiri daripada keluli tegangan tinggi, Y12 dan 4
batang digunakan bagi satu tiang. Panjangnya 12 kaki atau 3.6m.

83
Rajah 5.4.1. keluli tegangan tinggi Y12

Rajah 5.4.2 tetulang tiang siap dipasang

84
Rajah 5.4.3 tetulang tiang siap dipasang didirikan

ii. Tetulang ini akan diikat bersama keluli lembut yang disebut ‘link’ saiz R6. ia
dipasang pada jarak 200mm setiap satu. Saiz bentuk link yang telah siap
diikat adalah 3 ‘ x 7’.

Rajah 5.4.4 Keluli lembut R10 untuk link

85
Rajah 5.4.5 Kerja membengkok keluli lembut R10 untuk link

Rajah 5.4.6 Besi link yang telah siap dibengkokkan

iii. Jumlah link yang diikat pada keluli Y12 ialah sebanyak 18 batang. Link
tersebut akan diikat dengan dawai halus dan dikemaskan dengan playar.

86
Rajah 5.4.7 Kerja mengikat link pada tetulang tiang

iv. Kemudian, tetulang yang telah siap dipasang akan dibawa ke tapak bina
dimana tetulang tiang ini akan didirikan.

v. Ditapak bina, tetulang tersebut ditegakkan dan dirikan diatas tetulang asas
yang telah ditanam dibawah tanah dan diikat dengan mengggunakan dwai
halus yang dikemaskan dengan playar.

87
Rajah 5.4.8 Tetulang ditempatkan ditapak bina

Rajah 5.4.9 Tetulang sedang diikat

88
Rajah 5.4.10 Tetulang sedang diikat dan dikemaskan dengan
playar

vi. Kerja ini menggunakan 2 orang pekerja binaan untuk kerja mengikat dan
memegang tetulang semasa diikat.

Rajah 5.4.11 Tetulang sedang ikat sambil dipegang untuk


stabil kedudukannya
vii. Kerja ini dilakukan sehingga kedudukan tiang benar benar kukuh.

89
Rajah 5.4.12 Tetulang siap diikat

Rajah 5.4.13 Kedudukan tetulang yang telah siap diikat

5.4.2 PEMASANGAN KOTAK BENTUK TIANG

90
i. Kotak bentuk tiang ada beberapa bahagian iaitu pendinding, perembat dan
pengikat.

ii. Pendinding diperbuat daripada papan lapis dan saisnya mengikut


ketinggina tiang iaitu 12 kaki dan tebal 25mm.

iii. Perembat terdiri daripada kayu 1’ x 2’ dan dipasang pada pendinding bagi
mengemaskan kedudukan dan membentuk seperti anak tangga.

Rajah 5.4.14 perembat

iv. Kayu pengikat (cleats) akan dipasang pada sisi kotak bentuk pada jarak
yang tetentu dan dibina secara selari dengan pendinding dan dipaku .
Selalunya saiz kayu pengikat adalah 1” X 2 ”.

91
Rajah 5.4.15 pendinding yang telah dipasang dengan kayu pengikat

v. Kotak bentuk diatur dalam keadaan tegak mengikut bentuk tiang iaitu
bentuk segi empat.

vi. Kotak bentuk tiang dibina dengan mneyusun ketiga – tiga sisi tiang tetapi
pada sisi keempat hanya dilekatkan apabila pemasangan sepenuhnya
ditapak.

Rajah 5.4.16 pendinding yang telah dipasang ditapak

92
vii. Manakala pada setiap pendinding, dibuat lubang kecil dan diikat dengan
keluli lembut R10 dibiarkan terjulur untuk kerja kerja memgikat bata nanti.

Rajah 5.4.17 contoh keluli lembut R10

viii. Pemasangan kotak bentuk ini akan dikukuhkan lagi dengan tupang yang
akan menahan kotak bentuk apabila diisi dengan konkrit nanti bagi
mengelakkan runtuh dan sebagainya.

Rajah 5.4.18 (a)

93
Rajah 5.4.18 (b)

Rajah 5.4.18 ( c ) kotak bentuk siap didirikan

5.4.3 MELARASKAN KOTAK BENTUK TIANG

94
i. Setelah kerja kerja pemasangan kotak bentu tiang siap dipasang, ianya
perlu dilaraskan supaya kedudukannya tepat 90 º.

ii. Pelarasan ini dibuat secara berhati hati untuk mengelakkan daripada
berlakunya kedudukan balak atau rasuk yang tidak selaras yang akan
menyebabkan binaan bangunan tidak selamat atau merbahaya.

iii. Kerja pelarasan ini dilakukan dengan menggunakn tali pembenang yang
diikat pada kayu 1’ x 2’ yang mana panjangnya hampir sama dengan
ketinggina kotak bentuk iaitu 12 kaki.

Rajah 5.4.19 kerja melaraskan benang dilakukan

iv. Ia digantungkan dengan pemberat ‘ plumb bup ‘ pada benang itu ke


bawah dan dilaraskan dengan betul sehingga ianya berada dalam
keadaan yang betul betul tepat.

95
Rajah 5.4.20 pembenang sedang dimasukkan

Rajah 5.4.21 pembenang berjaya dimasukkan dan diselaraskan

v. Ia dijalankan pada dua bahagian iaitu ke arah utara dan ke arah barat.

96
vi. Setelah keadaan kotak bentuk tiang berada dalam keadaan seimbang,
tupang perlu dilekatkan supaya kedudukan tiang stabil berada pada
paras 90 º.

Rajah 5.4.22 kerja menupang kotak bentuk sedang dilakukan

vii. Kerja ini dimulakan pada setiap bahagian penjuru bangunan dan diikuti
pada bahagian tengah bangunan.

viii. Kemudian binaan tiang dikuatkan lagi dengan memasang perembat yang
mneyentuh tiang ke tiang dan seterusnya dikemaskan.

97
Rajah 5.4.23 kerja mengemaskan kotak bentuk dilakukan

Rajah 5.4.24 kotak bentuk siap didirikan dan distabilkan pugak 90º

98
5.4.4 MENGGAUL KONKRIT TIANG

i. Konkrit tiang menggunakan gred N20 dan menggunakan nisbah bancuhan


1 : 2 : 4.

ii. Ia terdiri daripada simen, batu baur kasar, batu baur halus @ pasir dan air.

iii. Jumlah bahan untuk menghasilkan konkrit bagi memenuhi satu struktur
binaan tiang ialah 75 kg simen, 2½ kereta sorong pasir, 3 kereta sorong.

iv. Simen yang digunakan adalah simen Portlant biasa.Simen jenis ini paling
banyak digunakan dan ianya juga sesuai di dalam pembinaan konkrit yang
umum dimana tempat itu tidak terdapat sulfat atau air tanah.

Rajah 5.4.25 simen Portland biasa

v. Pasir sungai dan pasir lombong merupakan batu baur halus dan pasir jenis
ini adalah lebih sesuai digunakan kerana ianya bersih daripada sebarang
kotoran kimia atau bahan-bahan lain yang boleh menjejaskan kualiti konkrit

99
vi. Fungsi pasir adalah untuk mengisi ruang kosong dalam bancuhan konkrit
bagi menguatkan lagi konkrit tersebut

Rajah 5.4.26 pasir atau batu baur halus

vii. Fungsi batu baur dalam konkrit adalah sebagai pengisi kepada isipadu
konkrit dan memberi ketahanan konkrit dalam menahan pengecutan

Rajah 5.4.27 batu baur kasar

100
viii. Ia digaul menggunakan mesin penggaul konkrit ‘ mixture ‘.

ix. Mesin jenis ini mempunyai dua jenis iaitu jenis mekanikal atau penggerak
hidraulik condong berbalik di atas.Kecondongan tambur adalah 15%
dengan garis ukur dan berputar sebanyak 100 pusingan per minit.

x. Pasir dan batu baur akan dimasukkan ke dalam tambur yang berputar
itu.Sedikit air dimasukkan ke dalam tambur.Tujuan air ini dimasukan
supaya melembabkan bahagian dinding dalam tambur.

Rajah 5.4.28 kerja menggaul konkrit sedang dijalankan

xi. Akhir sekali barulah dimasukan simen dan air yang selebihnya ke dalam
tambur itu tadi.Tambur dibiarkan berputar selama lebih kurang 2 minit
sehinggalah bancuhan itu tadi menjadi rata,sebati dan sewarna.

xii. Konkrit yang telah siap dibancuh diisikan ke dalam baldi dan dibawa ke
tapak yang memerlukannya.

101
Rajah 5.4.29 konkrit tiang siap dibancuh dan diisikan dalam baldi

5.4.5 PENUANGAN KONKRIT KE DALAM KOTAK BENTUK

i. Apabila konkrit telah siap digaul dan diisikan kedalam baldi, ia akan diwa ke
tapak untuk dituangkan kedalam kotak bentuk.

ii. Kerja menuang konkrit menggunakan 4 orang pekerja binaan, dimana


seorang dibawah akan menghulurkan baldi berisi konkrit dan akan diambil
oleh pekerja diatasnya dan di pass kan.

102
Rajah 5.4.30 (a)

Rajah 5.4.30 (b)

103
Rajah 5.4.30 ( c )

Rajah 5.4.30 (d) kerja menuang konkrit sedang dijalankan

104
iii. Untuk menuang konkrit, perlu menggunakan peranca untuk naik ke
bahagian atas untuk menuang.

iv. Seorang pekerja diatas akan menuangnya ke dalam kotak bentuk sehingga
ke paras yang dikehendaki.

Rajah 5.4.31 pekerja sedang menuang konkrit

v. Semasa menuang, kotak bentuk perlu di goncang secara perlahan lahan


bagi memadatkan konkrit supaya tiada ruang ruang udara yang terbentuk
dan akan mengakibatkan ‘honey comb’. Boleh juga menggunakan mesin
penggetar ‘ vibrator’.

vi. Pastikan konkrit diisikan dengan penuh sehingga mencapai tinggi tiang.

105
Rajah 5.4.32 kotak bentuk digoncang supaya konkrit padat

Rajah 5.4.33 kotak bentuk yang telah siap diisi konkrit

106
vii. Setelah siap dituang, konkrit tiang akan dibiarkan mengeras selama 2 atau
3 hari, bergantung kepada keadaan cuaca.

5.4.6 MENANGGALKAN KOTAK BENTUK

i. Setelah konkrit tiang mengeras dan kering sepenuhnya, kerja kerja


menanggalkan kotak bentuk akan dilakukan.

ii. Kerja ini dilakukan bagi mendapatkan satu struktur tiang yang sempurna.

iii. Kotak bentuk dibuka secara perlahan lahan dan berhati hati supaya binaan
tiang tidak mengalami sebarang kecacatan.

iv. Kerja ini menggunakan penukul untuk mengetuk bahagian kotak bentuk
supaya dapat ditanggalkan dengan mudah.

Rajah 5.4.34 kotak bentuk yang akan ditanggalkan

107
Rajah 5.4.35 kotak bentuk sedang ditanggalkan

Rajah 5.4.36 kotak bentuk sedang ditanggalkan

108
v. Ia dimulakan dengan mengetuk bahagian bawah kotak bentuk dan
sehingga bahagian atas.

vi. Pastikan besi R 10 tidak tanggal bersama semasa menanggalkan kotak


bentuk.

Rajah 5.4.37 kotak bentuk ditanggalkan

Rajah 5.4.38 besi R10 yang dibiarkan terjulur

109
vii. Jika terdapat ruang ruang udara, penampalan akan dibuat keatas tiang
tersebut.

Rajah 5.4.39 tiang yang siap ditanggalkan acuannya

viii. Kotak bentuk yang telah siap ditanggalkan akan dikumpulkan di satu
tempat untuk kegunaan seterusnya.

Rajah 5.4.40 kotak bentuk dibawa ke satu tempat dikumpulkan

110
Rajah 5.4.41 tempat pengumpulan kotak bentuk

Rajah 5.4.42 ( a )

111
Rajah 5.4.42 ( b ) contoh struktur binaan tiang yang telah siap didirikan

5.5 KOMEN DAN CADANGAN

5.5.1 KOMEN

Antara beberapa perkara yang ingin saya komenkan disini ialah langkah
kerja yang dilakukan tidak teratur dan efektif. Ada sesetengah pekerja tidak
melakukan kerja tidak sempurna dan membiarkan konkrit yang lebih tidak
digunakan dan ini akan menyebabkan pembaziran.

Selain itu, semasa pemasangan kotak bentuk bagi pekerja binaan tidak
berhati hati melakukannya. Posisi kedudukan untuk memaku kotak bentuk semasa
berada di atas kayu yang dilapik peranca agak berbahaya. Jika berlaku kecuaian,

112
boleh mengakibatkan maut. Selain itu, pengunaan sarung tangan getah juga tidak
diaplikasikan sepenuhnya semasa bekerja. Pekerja sering tidak memakai sarung
tangan ketika melakukan kerja.

Malahan, pekerja binaan juga tidak mengamalkan peraturan semasa berada


di tapak bina sepenuhya. Pekerja tidak memakai topi keselamatan semasa
bekerja. Ini amat berisiko tinggi kepada pekerja bahan binaan yang berada di
tempat tinggi mungkin akan terjatuh di atas kepala pekeja dibawah.

5.5.2 CADANGAN

Perkara perkara dan peraturan semasa berada di tapak bina


seharusnya menjadi tanggungjawab majikan sepenuhnya. Antara beberapa
cadangan yang ingin saya kemukakan disini adalah memanfaatkan bahan bahan
binaan sepenuhnya. Jika ada bahan binaan yang lebih, ia hendaklah bijak
digunakan di tempat tempat yang perlu. Contohnya, jika ada konkrit yang
berlebihan, ia boleh ditampal di struktur tiang yang terdapat ruang udara. Selain
itu, ia juga boleh ditampal dijalan yang berlopak atau jalan sementara.

Selain itu, pekerja binaan hendaklah melakukan kerja dengan sempurna


dan sesuai dengan tugasnya. Pekerja hendaklah saling bekerjasama antara satu
sama lain supaya adil dan saksama.

Seterusnya, saya juga ingin menasihatkan supaya majikan hendaklah


memberitahu dan menyediakan peralatan keselamatan secukupnya kepada
pekerja. Ini kerana apa yang saya lihat, ada pekerja memakai kasut ‘boot’ ada
juga yang tidak pakainya. Penggunaan sarung tangan juga begitu. Majikan tidak
boleh memandang ringan akan hal ini. Ini bagi mengelakkan kejadian yang tidak
diingini tidak berlaku di masa hadapan.

113
5.6 KESIMPULAN

Apa yang dapat simpulkan disini ialah kebijaksanaan dalam menggunakan


alatan dan bahan bahan binaan. Bahan binaan yang hendak digunakan hendaklah
disukat dengan betul dan tepat. Ini dilakukan bagi mengelakkan pemmbaziran.
Namun, ia jarang jarang sekali berlaku.

Semasa menjalani latihan industri,saya juga dapat melihat sendiri


bagaimana konkrit dicuah menggunakan truck mixer,mengikat besi pada tiang dan
sebagainya walaupun berada di bawah cahaya matahari.Saya juga dapat
mengetahui bagaimana cara-cara memasang tetulang, membengkok tetulang dan
banyak lagi dengan lebih mendalam lagi.

114
115