You are on page 1of 9

Contoh Jawapan Bahagian A Penulisan UPSR - Set 1

Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar.

1. Beberapa orang murid sedang berbaris untuk membeli makanan dan minuman di kantin.
2. Seorang pekerja kantin sedang melayan murid-murid yang hendak membeli makanan.
3. Seorang pekerja kantin sedang membasuh pinggan-mangkuk yang telah digunakan.
4. Seorang budak lelaki sedang memasukkan bungkusan makanan ke dalam tong sampah.
5. Beberapa orang murid sedang menikmati makanan yang mereka beli di kantin tersebut.
Contoh Jawapan Bahagian A Penulisan UPSR - Set 2
Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar.

1. Gambar di atas menunjukkan situasi para penjual dan para pembeli di sebuah pasar minggu.
2. Seorang lelaki sedang berurusan dengan penjual sate, dia hendak membeli sate ayam.
3. Seorang ibu dan dua orang anaknya hendak membeli minuman sejuk daripada sebuah gerai.
4. Seorang wanita ingin membeli sehelai baju, dia sedang tawar-menawar harga baju tersebut.
5. Orang ramai lebih gemar membeli-belah di pasar minggu kerana harganya lebih berpatutan.

Contoh Jawapan Bahagian A Penulisan UPSR - Set 3


Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti yang terdapat dalam gambar.

1.Beberapa orang anggota keluarga sedang melakukan aktiviti di ruang tamu rumah mereka.
2.Ayah sedang membaca ruangan tertentu di surat khabar sambil berehat pada hari itu.
3.Ibu pula sedang menjahit pakaian, beliau juga merupakan seorang tukang jahit yang mahir.
4.Abang menunjuk ajar dan membimbing adik bongsunya menyelesaikan masalah Matematik.
5.Adik pula sedang tekun dan bersungguh-sungguh menerima tunjuk ajar daripada abangnya.

LATIHAN SOALAN RAMALAN (1) BAHAGIAN B


SOALAN RAMALAN 1
1 Sebagai setiausaha Persatuan Bahasa Melayu, kamu diminta menulis surat
kepada guru besar untuk meminta kebenaran mengadakan lawatan sambil belajar.
Tulis surat kamu selengkapnya.
2 Sebelum cuti akhir tahun bermula, kelas kamu akan mengadakan jamuan perpisahan. Sebagai ketua kelas
kamu dikehendaki menyampaikan ucapan dalam majlis jamuan tersebut.
Tuliskan ucapan kamu itu selengkapnya.
3 Dengan perlahan-lahan aku melangkah masuk ke rumah melalui pintu belakang. Akan tetapi, dengan tidak
disangka-sangka
Lengkapkan cerita di atas.
Contoh jawapan 1
Khilawati binti Haji Mohamad Nasir,
Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Kebangsaan Taman Pantai Sepang Putra,
39500 Sungai Pelik, Sepang,
Selangor Darul Ehsan.
Tuan Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Taman Pantai Sepang Putra,
39500 Sungai Pelik, Sepang,
Selangor Darul Ehsan.

2 JUN 2011

Tuan,
Memohon Kebenaran Mengadakan Lawatan Sambil Belajar Ke Balai Berita
Sukacita dimaklumkan, Persatuan Bahasa Melayu sekolah ini bercadang akan mengadakan lawatan ke Balai
Berita, Kuala Lumpur. Sehubungan dengan itu, saya, Nurun Najihah binti Mohamad, setiausaha persatuan ini
memohon kebenaran mengadakan lawatan tersebut.
2. Tujuan lawatan diadakan adalah untuk mendedahkan ahli-ahli persatuan tentang cara-cara penerbitan surat
khabar khususnya akhbar DIDIK. Pengalaman tersebut diharapkan akan dapat membantu ahli-ahli persatuan
menerbitkan buletinnya sendiri.
3. Kami bercadang untuk mengadakan lawatan itu pada hari Sabtu bersamaan dengan 26 Julai 2010.
Rombongan ini dijadualkan bertolak dari sekolah pada pukul 8.00 pagi dan balik pada pukul 3.00 petang.
4. Lawatan ini akan disertai oleh 30 orang ahli persatuan dan dua orang guru penasihat persatuan ini iaitu
Cikgu Hilal bin Mohamad Nor dan Cikgu Jamiah binti Yasin.
5. Saya berharap pihak tuan tidak keberatan memberikan kebenaran kepada persatuan ini untuk mengadakan
lawatan tersebut. Kerjasama dan sokongan daripada pihak tuan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
Yang menjalankan tugas,

Khilawati Mohamad Nasir

(KHILAWATI BINTI HAJI MOHAMAD NASIR)


Setiausaha Persatuan Bahasa Melayu,
Sekolah Kebangsaan Taman Pantai Sepang Putra,

Contoh jawapan 2
Yang mulia Tuan Pengurusi Majlis. Tuan Guru Besar, guru-guru, dan rakan-rakan sekalian. Salam sejahtera
saya ucapkan. Terlebih dahulu, saya mengucapkan jutaan terima kasih kerana diberi peluang menyampaikan
ucapan dalam majlis ini.
Seperti yang kita sedia maklum, hari ini merupakan hari terakhir bagi kami di sekolah ini. Tidak dapat
digambarkan betapa pilunya hati kami untuk meninggalkan sekolah ini. Maklumlah sudah enam tahun kami
belajar di sekolah ini.
Hadirin sekalian,
Sepanjang tempoh tersebut, tentulah banyak ilmu dan pengalaman serta kejayaan yang kami perolehi. Semua
ini adalah hasil kerja keras guru-guru yang tidak pernah jemu mendidik kami menjadi insan yang cemerlang
dalam semua bidang.
Saya bagi pihak rakan-rakan mengambil peluang ini merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima
kasih kepada semua guru yang telah banyak membimbing kami. Kami tidak mampu membalas jasa cikgu.
Semoga Allah akan membalasnya.
Hadirin sekalian,
Pada kesempatan ini juga , kami meminta maaf atas segala kesilapan dan kesalahan yang telah kami lakukan
sepanjang kami belajar di sekolah ini.Segala yang baik itu akan kami jadikan teladan dan yang buruk itu kami
jadikan sempadan.
Saya bagi pihak rakan-rakan mengucapkan selamat berpisah kepada guru-guru dan rakan-rakan sekalian.
Kalau ada sumur di ladang,
Bolehlah saya menumpang mandi;
Kalau ada umur yang panjang,
Bolehlah kita bertemu kembali.
Sekian, terima kasih.
Contoh jawapan 3
Dengan perlahan-lahan aku melangkah masuk ke rumah melalui pintu belakang. Akan tetapi, dengan
tidak disangka-sangka ayah terdengar bunyi pintu dibuka krek . Siapa di dapur! ayah bersuara. Kali
ini nahas aku, bisik hati kecilku.
Aku terus menuju ke bilik air. Belum sempat aku membuka pintu, ayah telah tercegat di depanku.
Zali pergi kemana tadi? Kenapa tak beritahu ayah dan ibu? Kenapa?! Aku terpaku, terkunci mulutku
untuk berkata-kata, membisu seribu bahasa.

Ayah terus berkhutbah. Lain kali kalau hendak pergi kemana-mana beritahulah kepada ayah atau ibu.
Budak baik patut meminta kebenaran ibu bapa sebelum keluar rumah supaya tidak menimbulkan kerisauan
kepada orang tua.
Ayah dah tahu segala-galanya, tak payahlah Zali hendak beri alasan lagi. Tadi kawan ayah telefon,
nampak Zali dengan kawan-kawan sedang melepak di pasaraya. Ayah terus menyerangku.
Kini giliran ibu pula, Zali memang suka membuang masa. Bukankah lebih baik Zali duduk di rumah
mengulangkaji pelajaran, lagipun UPSR sudah hampir benar. Zali ingat, mudah untuk mendapat 5A? Pergi
mandi! Jangan buat lagi.
Selepas mendengar kata-kata ayah dan ibu, aku pun mengakui kesalahan aku dan segera meminta
maaf kepada ayah dan ibu. Mereka tersenyum lalu mengusap kepala aku. Kini, aku telah insaf. Aku berjanji
tidak akan melakukan kesalahan seperti itu lagi.

LATIHAN SOALAN RAMALAN (2) BAHAGIAN B


SOALAN RAMALAN 2
1 Sekolah kamu telah mengadakan sukan tahunan. Tulis catatan mengenai sukan tersebut.
2 Kamu ialah seorang pengawas sekolah. Pada waktu rehat, kamu telah melihat dua orang murid sedang
bertengkar. Kamu cuba untuk mendamaikan mereka. Tuliskan dialog antara kamu dan dua orang murid itu.
3 Aku dan beberapa orang rakanku sedang membersihkan tapak untuk mendirikan khemah. Tiba-tiba salah
seorang daripada rakanku pengsan.
Lengkapkan cerita di atas.
Contoh Jawapan:Soalan 1
Sabtu, 24 Mei 2010
7.30 pagi - Aku tiba di sekolah. Ramai rakan-rakanku telah tiba lebih awal. Kami terus berkumpul di rumah
sukan masing-masing untuk mendengar taklimat daripada ketua rumah.
8.00 pagi - Para tetamu telah mula memenuhi khemah-khemah tetamu kerana acara sukan akan bermula.
8.30 pagi - Acara sukan bermula dengan acara-acara sukanika murid pra sekolah dan murid tahap satu. Antara
acara yang menarik ialah acara tiup belon dan rebut hadiah murid pra sekolah. Pelbagai aksi yang melucukan
dapat disaksikan.
10.00 pagi - Waktu rehat, para hadirin dihiburkan dengan persembahan gimrama oleh murid-murid tahun
empat. Persembahan ini telah mendapat tepukan gemuruh.
10.30 pagi - Acara sukan tahap dua bermula. Setiap rumah telah menunjukkan persaingan yang sengit untuk
menjadi juara. Acara kemuncak ialah tarik tali antara rumah. Rumah saya, rumah merah telah muncul sebagai
juara.
12.00 tengah hari - Upacara penutup dan penyampaian hadiah dijalankan. Tuan Pegawai Pendidikan Daerah
telah menyempurnakan upacara tersebut. Rumah Merah telah muncul sebagai juara keseluruhan temasya
sukan kali ini.

Contoh Jawapan:Soalan 2
Pengawas
: Hisham, Zaki! Mengapa kamu bertengkar?
Hisham
: Zaki telah mengambil duit saya ketika saya tiada di dalam kelas.
Pengawas
: Kamu tidak boleh menuduh seseorang itu mengambil duit kamu jika kamu tidak mempunyai
bukti dan saksi.
Zaki
: Sebenarnya saya telah menjelaskan kepada Hisham bahawa saya tidak mencuri duitnya.
Tetapi Hisham tidak mempercayainya.
Pengawas
: Bertenanglah. Janganlah kamu terus bertegang leher kerana tidak akan menyelesaikan
masalah. Hisham, sudah kamu periksa dengan teliti meja kamu?
Hisham
: Saya telah memeriksa laci meja saya tetapi duit itu tidak ada di situ.
Pengawas
: Kamu Zaki! Ada kamu melihat sesiapa menghampiri meja Hisham ketika dia tiada di dalam
kelas.
Zaki
: Saya kurang pasti kerana ketika Hisham pergi ke tandas, saya dan Sailan pergi menemui
Cikgu Zainab di hadapan kelas.
Pengawas
: Baiklah Hisham, Zaki. Sebenarnya tiada siapa yang tahu orang yang telah mengambil duit itu.
Janganlah kamu bertengkar lagi. Biarlah kita adukan masalah ini kepada Guru Disiplin untuk
disiasat.
Hisha
: Saya minta maaf, Zaki kerana menuduh kamu mengambil duit saya.
Zaki
: Tidak mengapa. Saya sedia memaafkan kamu.
Pengawas
: Semoga kamu akan berbaik-baik semula.
Contoh jawapan : soalan 3
Aku, Nasir, dan Hilal sedang membersihkan tapak perkhemahan. Kami mencabut rumput dan
membuang daun serta ranting kering. Tiba-tiba, Hilal menjerit, Nasir pengsan! .
Aku dan Hilal tergamam seketika. Kami meghampiri Nasir. Muka Nasir kelihatan pucat dan tidak
bermaya. Aku dan Hilal segera memapah Nasir dan membawanya ke bawah pokok. Aku menyuruh Hilal
mengambil kotak ubat yang kami bawa.
Aku pasti Nasir pengsan kerana keletihan dan tambahan pula dia belum bersarapan lagi. Aku
membuka butang bajunya, sambil mengipas-ngipaskannya. Hilal menyapukan minyak angin di bahagian
kepala dan leher Nasir. Lima minit berlalu, namun Nasir masih tidak sedar.
Aku dan Hilal mengambil keputusan untuk membawa Nasir ke hospital. Kami segera memapahnya ke
tepi jalan. Aku menahan sebuah kereta dan meminta pemandunya menghantar Nasir ke hospital.
Sampai di hospital , aku memberitahu doktor mengenai kejadian yang menimpa Nasir. Nasir telah
dibawa ke unit rawatan rapi. Aku berdoa semoga Nasir akan selamat.
Sepuluh minit kemudian, doktor yang merawat Amran menepuk-nepuk bahuku sambil berkata,
Mujurlah kamu dapat memberi pertolongan segera, kalau tidak mungkin. Aku bersyukur kerana Nasir
selamat walaupun terpaksa membatalkan hasrat untuk berkhemah .

Teknik Menjawab Bahasa Melayu Penulisan UPSR - Bahagian C

Penulisan Bahagian C (1)


Tuliskan beberapa nilai/ pengajaran yang boleh kamu peroleh daripada petikan di bawah. Panjang karangan
kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Tuliskan jawapan kamu dalam satu perenggan.

Klinik 1
Pada pagi itu Kamal tergopah-gapah untuk ke sekolah kerana terlewat bangun. Oleh itu dia tidak sempat
bersarapan. Selepas bersalam dengan ibu, dia terus berjalan kaki menuju ke rumah Kumar yang terletak tidak
jauh dari rumahnya. Mereka telah bercadang untuk pergi bermandi di sungai. Oleh itu mereka telah menuju ke
sebatang sungai yang terletak jauh dari rumah mereka. Mereka menukar pakaian lalu bermandi di sungai itu.
Setelah puas bermandi, mereka berasa lapar. Dengan itu mereka mencuri buah rambutan di sebuah dusun
buah-buahan yang berhampiran dengan sungai itu. Apabila sampai waktu tengahari, Kamal dan Kumar pulang
ke rumah bersama kawan-kawan lain yang balik dari sekolah.
Pengajaran
1. Kita tidak boleh menipu ibu bapa.
2. Ponteng sekolah akan merugikan diri sendiri
3. Jangan melakukan kerja yang tidak berfaedah.
4. Tertinggal dalam pelajaran akan merugikan kita.
5. Jangan mencuri harta benda orang.
6. Masa depan akan menjadi gelap jika tertinggal dalam pelajaran.
Contoh jawapan
Sebagai seorang murid yang bertanggungjawab mestilah bangun awal untuk pergi ke sekolah. Menipu ibu
bapa adalah perbuatan yang tidak baik. Jika ponteng sekolah kita akan tertinggal dalam pelajaran. Masa depan
kita akan menjadi gelap jika kita tidak mementingkan pelajaran. Mencuri harta benda orang lain adalah
amalan yang tidak baik. Perbuatan sedemikian akan mencemarkan nama baik keluarga.

KLINIK 2
TEMA : KELUARGA
Esok Hari Raya Aidil Fitri akan menjelang. Aku sekeluarga sibuk melakukan persiapan akhir untuk
menyambut kedatangannya. Sejak pagi lagi, ibu tidak menang tangan menyediakan pelbagai juadah. Aku dan
kakak turut membantu ibu di dapur. Kali ini ib memasak ketupat, rendang daging, gulai ayam dan kuah
kacang. Ibu turut menyediakan makanan kegemaranku iaitu lontong.
Di belakang rumah ayah dan abang sedang sibuk mengacau dodol. Tahun ini merupakan tahun kedua kami
menyediakan dodol sebagai juadah hari raya. Adik-adikku pula bersorak riang sambil bermain bunga api di
halaman rumah.
Baik-baik bermain bunga api itu! jerit ibu yang turut menjenguk keluar tingkap. Dalam kesibukan di
dapur, ibu tetap bimbang akan keselamatan ketiga-tiga orang adikku itu. Selepas membantu ibu akau beralih
ke ruang tamu pula. Aku menyusun kad-kad ucapan hari raya yang telah diterima daripada sanak-saudara dan
rakan-taulan yang kusayangi Kad-kad itu aku gantungkan pada ranting pokok yang diletakkan di dalam pasu
bunga.
Aku tidak sabar menanti hari esok kerana selepas menunaikan solat hari raya kami sekeluarga akan
bertolak pulang ke kampung ayah. Aku mula merasakan keseronokan berhari raya bersama dengan sanak
saudara di kampung.
Contoh jawapan
Sikap suka membantu keluarga yang merupakan sikap yang terpuji. Ini kerana dengan bantu-membantu dapat
meringankan beban keluarga dan seterusnya menambah kasih-sayang. Selain itu akiviti bergotong-royong
dalam keluarga juga baik, memandangkan banyak kerja dapat disiapkan dengan segera. Bermain bunga api
pula, boleh mendatangkan kecederaan dan merupakan satu kesalahan. Menghantar kad-kad ucapan hari raya
dapat mengeratkan tali silaturahim dan kasih sayang selain kad-kad yang diterima dapat menghias rumah
dengan cantik. .Berziarah merupaka amalan yang baik kerana dapat mengeratkan hubungan sanak-saudara
yang jauh.

KLINIK 3
Pada hari minggu, keluarga Faridah sibuk dengan aktiviti masing-masing. Ibubapanya menghadiri satu
majlis perkahwinan. Mereka berpesan kepada Faridah agar menjaga adik-adiknya yang seramai tiga orang di
rumah. Di rumah, Faridah terpaksa mengemas rumah, memasak, menyiram pokok bunga, memandikan adikadik dan memberi mereka makan. Faridah melakukan semua pekerjaan itu dengan penuh rasa tanggungjawab.
Adik-adiknya sangat patuh kepada arahan kakak mereka. Ketiga-tiga adik Faridah juga rajin menolong
meringankan beban Faridah. Faridah mengucapkan terima kasih kepada adik-adiknya kerana sudi
meringankan tanggungjawabnya pada hari itu. Dia bersyukur kerana dikurniakan dengan ibubapa yang baik
dan adik-adik yang ringan tulang.
JAWAPAN
1. Menurut/ patuh arahan ibu bapa.
2. Rajin membantu dan ringan tulang
3. Pandai menguruskan rumah
4. Bertanggungjawab terhadap semua pekerjaan yang diamanahkan.
5. Budaya mengucapkan terima kasih.
6. Bersyukur.
KLINIK 4
Izzat seorang anak yang baik. Dia sentiasa mendengar kata ibu bapanya. Dia juga tidak pernah
meninggikan suara apabila bercakap dengan orang tuanya. Adam, adiknya pula suka bergaduh dengan Ali,
jiran mereka. Izzat selalu memberi nasihat kepada Adam supaya jangan berbuat demikian. Selain itu, Izzat
juga sering menegur sikap Adam yang selalu terlupa membasuh tangan sebelum makan dan suka membeli
makanan dan minuman di warong yang kotor. Sikap Adam yang menggemari makanan manis, berminyak dan

tidak berkhasiat juga tidak disenangi oleh Izzat. Dia selalu mengingatkan adik kesayangannya itu supaya
mengamalkan pemakanan yang seimbang.
JAWAPAN
1. Menghormati ibu bapa/ orang lain
2. Menghormati orang lain/ kawan-kawan.
3. Kasih saying memberi nasihat / teguran
4. Menjaga kebersihan makanan
5. Menjaga kesihatan dengan makan makanan seimbang/ berkhasiat
KLINIK 5
Tema : Murid yang bersikap negative
Jamil murid Tahun 4 Hijau. Setiap hari dia datang ke sekolah dengan pakaian yang kotor dan tidak
kemas. Setiap hari dia sampai ke sekolah setelah loceng berbunyi. Apabila ditegur oleh guru kelas, dia asyik
memberi pelbagai alasan. Semasa guru-guru mengajar, dia tidak menumpukan perhatian malah mengganggu
murid-murid yang lain. Latihan yang diberi oleh guru tidak disiapkan. Murid-murid dalam kelasnya selalu
mengadu barang-barang mereka hilang. Apabila disiasat, Jamil tidak pernah mengakui bahawa dia yang
melakukannya. Dia juga berani melawan guru. Walaupun beberapa kali telah didenda oleh guru disiplin.
Murid-murid dalam kelasnya tidak suka berkawan dengannya. Mereka takut pada Jamil.
JAWAPAN
1. Kita perlu menepati masa
2. Mesti memberi tumpuan terhadap pelajaran
3. Tidak mengganggu dan membenci orang lain
4. Mesti bersikap jujur dan amanah
5. Mesti menghormati guru
KLINIK 6
Ibu menyuruh Melati ke kedai Pak Naim untu membeli tepung dan gula. Dengan marah Melati
menunggang basikal ke kedai Pak Naim. Dia menunggang basikal sambil melepaskan sebelah tangan.
Setibanya di kedai, dia pun membeli tepung dan gula. Dia juga membeli gula-gula dan aiskrim. Selepas dia
habis makan aiskrim dan gula-gula, dia pun terus menunggang basikal ke rumahnya. Dalam perjalanan ke
rumah, dia singgah sebentar di tepi sungai yang berhampiran lalu bermain-main selama beberapa
jam.Kemudian,barulah dia pulang ke rumah. Sesampai di rumah dia menyerahkan tepung dan gula kepada
ibunya. Wang bakinya tidak dipulangkan. Apabila ibu bertanya akan wang bakinya, dia memberikan alasan
wangnya hilang lalu lari ke rumah jirannya semula.
JAWAPAN
1. Menghormati ibu
2. Berhati-hati / mementingkan keselamatan
3. Menghargai masa
4. Perlu jujur dan amanah
5. Bercakap benar

You might also like