You are on page 1of 1

Keajaiban

Atau (orang-orang kafir itu keadaannya) adalah umpama keadaan (orang


yang di dalam) gelap-gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak
bertindih ombak; di sebelah atasnya pula awan tebal; (demikianlah
keadaannya) gelap-gelita berlapis-lapis- apabila orang itu membuka
tangannya, ia tidak dapat melihatnya sama sekali. Dan (ingatlah) sesiapa
yang tidak dijadikan ALLAH- menurut undang-undang peraturanNyamendapat cahaya (hidayah petunjuk) maka ia tidak akan beroleh sebarang
cahaya (yang akan memandunya ke jalan yang benar).
[al-Qur'an, Surah An-Nur (24): Ayat 40]
1. Profesor Dorja Rao (Pakar Kaji Laut/Marine Geologist di Universiti King
Abdul-Aziz) mengesahkan bahawa hanya kini ahli-ahli sains mengetahui
bagaimana keadaan di dasar laut, sedangkan maklumat sebegini telah
termaktub dalam al-Quran secara terperinci sejak 1400 tahun yang lalu.
2. Sebagai contoh, ombak bertindih ombak hanya diketahui oleh ahli sains
pada 1900. Dengan kata lain, di bawah permukaan ombak yang dapat dilihat
dengan mata kasar (ombak permukaan), terdapat banyak lagi lapisan-lapisan
ombak yang lain (i.e. ombak dalaman).
Ombak Permukaan

Ombak Dalaman
Ketumpatan Tinggi
Ketumpatan Rendah

Ombak dalaman berlaku di laut dalam disebabkan laut dalam


mempunyai ketumpatan yang lebih tinggi daripada lapisan laut di atasnya.
Ombak-ombak dalaman tidak dapat dilihat dengan mata kasar, tetapi boleh
dikesan dengan mengkaji perbezaan suhu atau kemasinan di beberapa lokasi.

2 FAKTOR PENYEBAB KEGELAPAN DI LAUT DALAM:


....gelap-gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak bertindih
ombak;... [Surah An-Nur (24): Ayat 40]
[A] Sebagaimana yang kita tahu, apabila cahaya menyentuh air, ia berpecah
menjadi 7 warna-warna. Warna-warna ini akan hilang satu demi satu apabila
melalui setiap lapisan, dan seterusnya lautan menjadi semakin gelap:
i- Lapisan atas laut dalam (i.e. 10 meter pertama) menyerap warna merah.
(Justeru, jika seseorang terluka pada kedalaman lebih dari 10m, dia tidak
akan dapat melihat darahnya disebabkan warna merah tidak sampai di
kedalaman itu.)
ii- Jingga (Oren) diserap selepas 10 meter.
iii- Kuning diserap pada 50m,
iv- Hijau diserap pada 100m.
v- Biru diserap pada 200m atau lebih,
dan seterusnya diikuti vi- Indigo (Biru gelap)
dan vii. Ungu (Violet).
Pada kedalaman 1000m, berlakulah
kegelapan sepenuhnya: ...apabila orang itu membuka tangannya, ia tidak
dapat melihatnya sama sekali... [Surah An-Nur, 24: Ayat 40]
Sehinggakan hidupan laut perlu membawa sumber cahaya mereka sendiri.
E.g. Ikan Caulophryne mempunyai organ di kepalanya yang dikenali sebagai
photophores yang dapat mengeluarkan cahaya.

[B] Pemisah yang menyembunyikan cahaya:


...di sebelah atasnya pula awan tebal; (demikianlah keadaanya)
gelap-gelita berlapis-lapis... [Qs. 24:40]
i- Sinaran cahaya berpunca dari pancaran matahari akan diserap oleh awanawan yang kemudiannya menyebarkan sebahagian daripada pancaran cahaya
itu sahaja menyebabkan kegelapan di bawah awan. Ini ialah lapisan
kegelapan yang pertama.
ii- Kemudian apabila pancaran cahaya sampai di permukaan lautan, 3-30%
dipantulkan oleh permukaan ombak (sebab itulah ombak nampak bersinarsinar). Cahaya yang berbaki akan masuk ke dalam lautan dan terjadilah
seperti [A] (rujuk di atas).
Abdullah M. Al-Rehaili. (1995). This Is The Truth. Riyadh.

You might also like