You are on page 1of 3

7/21/2015

Contoh Karangan PMR: Keburukan Pencemaran Alam Sekitar

Get paid to share your links!

Friday, 19 July 2013

Total Pageviews

508,125

Keburukan Pencemaran Alam Sekitar


Isu-isu yang berkaitan dengan alam sekitar kerap menjadi bahan perbincangan dalam
surat khabar. Terdapat beberapa jenis pencemaran alam sekitar yang kerap berlaku di
negara kita. Pada pendapat saya, isu pencemaran alam sekitar tidak boleh dipandang ringan
oleh masyarakat. Pencemaran alam sekitar yang berlaku telah mendatangkan beberapa
keburukan kepada masyarakat dan negara.
Pencemaran alam sekitar yang berlaku boleh mendatangkan penyakit kepada
manusia. Hal ini kerana alam sekitar yang kotor akan menyebabkan pelbagai jenis serangga
seperti nyamuk aedes dapat membiak dengan lebih banyak. Gigitan nyamuk aedes boleh
menyebabkan masalah pernafasan seperti penyakit asma.
Selain itu, pencemaran alam sekitar juga akan menyebabkan bencana alam. Sebagai
contoh, pencemaran daratan boleh menyebabkan banjir lumpur apabila hujan turun dengan
lebat. Bencana alam seperti tanah runtuh juga boleh berlaku apabila kawasan tanah tinggi
telah digondolkan untuk membina kawasan perumahan atau kawasan perindustrian. Selain
itu, kejadian banjir kilat juga berpunca daripada kegiatan pembuangan sampah ke dalam
sungai hingga menyebabkan pengaliran air sungai ke laut terhalang oleh sampah sarap
tersebut.
Pencemaran alam sekitar juga boleh menyebabkan keseimbangan alam sekitar
terjejas. Apabila banyak hutan ditebang, kandungan gas oksigen akan berkurangan
manakala kandungan karbon dioksida pula meningkat. Pencemaran udara juga akan
menyebabkan berlakunya hujan asid. Selain itu menurut kajian, cuaca dunia yang tidak
menentu disebabkan oleh kadar pencemaran alam yang semakin bertambah.
Di samping itu, pencemaran alam sekitar telah menjejaskan sektor pertanian negara.
Hasil pertanian didapati semakin menurun dan kualitinya pula menjadi kurang baik. Petani
terpaksa menggunakan baja yang banyak untuk meningkatkan hasil dan hal ini boleh
menjejaskan kasihatan manusia. Pembiakan hidupan laut seperti ikan dan udang juga
semakin berkurangan akibat pencemaran air sungai dan laut.
Pencemaran alam sekitar yang berlaku juga boleh menyebabkan sektor perlancongan
negara terganggu. Hal ini kerana banyak tempat menarik telah tercemar dengan sampah
sarap. Pantai-pantai yang cantik juga telah tercemar dengan minyak hitam daripada kapalkapal laut. Oleh itu, para pelancong tidak mahu datang ke kawasan pelancongan ini dan
kerajaan terpaksa mengeluarkan wang yang banyak untuk membersihkan tempat-tempat
pelancongan ini.
Sebagai kesimpulan, pencemaran alam sekitar yang berlaku telah mendatangkan
http://cthkaranganpmr.blogspot.com/2013/07/keburukan-pencemaran-alam-sekitar.html

Popular Posts

Kebaikan Kitar Semula


Isu-isu yang berkaitan dengan kitar
semula kerap menjadi bahan perbincangan
di media massa. Pihak kerajaan giat
melaksanakan kemp...
Cara-Cara Mengatasi Pencemaran Alam
Sekitar
Isu-isu yang bekaitan dengan alam
sekitar kerap menjadi bahan paparan surat
khabar. Hal ini kerana pencemaran alam
sekitar didapa...
Cara-Cara Menjaga Kebersihan Alam Sekitar
Isu-isu berkaitan dengan alam
sekitar kerap menjadi bahan paparan dalam
surat khabar. Hal ini kerana alam sekitar di
negara kita ...
Sebab-Sebab Pencemaran Alam Sekitar
Isu-isu tentang alam sekitar kerap
dipaparkan dalam surat khabar dan
telebisyen. Terdapat beberapa jenis
pencemaran alam sekitar ...
Tanggungjawab Anak Terhadap Ibu Bapa
Isu-isu yang berkaitan dengan
tanggungjawab anak-anak terhadap ibu
bapa kerap dibincangkan dalam majalah
dan surat khabar. Hal ini...
Cara-Cara Mengurangkan Kemalangan
Jalan Raya
Isu-isu yang berkaitan dengan
kemalangan jalan raya kerap menjadi
bahan perbincangan dalam media massa.
Paparan kemalangan jalan r...
Cara-Cara Memupuk Amalan Berjimat
Cermat
Berjimat cermat merupakan amalan
yang baik dan perlu dipertingkatkan dari
semasa ke semasa. Sikap berjimat cermat
1/3

7/21/2015

Contoh Karangan PMR: Keburukan Pencemaran Alam Sekitar

pelbagai masalah kepada rakyat. Oleh itu, semua pihak hendaklah bekerjasama mengatasi
masalah pencemaran alam sekitar ini. Pada pendapat saya, pihak kerajaan hendaklah
mengadakan kempen bagi memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan
menjaga alam sekitar. Dengan kerjasama semua pihak, saya pasti masalah pencemaran
alam sekitar dapat diatasi.
Click di sini untuk download : Download

amat digalakkan...
Kebaikan Menjaga Alam Sekitar
Isu-isu yang berkaitan dengan alam
sekitar kerap menjadi bahan perbincangan
dalam surat khabar. Hal ini kerana alam
sekitar negara...
Amalan Berjimat Cermat
Hal-hal yang berkaitan dengan
amalan berjimat cermat sering dibincangkan
dalam media massa seperti surat khabar
dan televisyen. A...

Posted by Muhammad Nurnukman at 22:29


+1 Recommend this on Google

Aktiviti Sambutan Bulan Kemerdekaan Di


Sekolah
Isu-isu yang berkaitan dengan
kemerdekaan negara kerap menjadi
paparan di surat khabar, khususnya pada
bulan Ogos setiap tahun. Ha...

No comments:
Post a Comment

Search This Blog

Enter your comment...

Search
Comment as:

Google Account
Blog Archive

Publish

2015 (1)

Preview

2013 (17)
October (1)
September (1)
August (2)
Newer Post

Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Older Post

July (13)
Amalan Berjimat Cermat
Tanggungjawab Anak
Terhadap Ibu Bapa
Sikap Anak Cemerlang
Keburukan Penerokaan Hutan
Cara-Cara Menjaga Kebersihan
Alam Sekitar
Kebaikan Menjaga Alam Sekitar
Peranan Pihak Sekolah Dalam
Menjayakan Kempen Kita...
Kebaikan Kitar Semula
Cara-Cara Menjaga Kebersihan
Laut
Cara-Cara Mengatasi
Pencemaran Alam Sekitar
Keburukan Pencemaran Alam
Sekitar
Sebab-Sebab Pencemaran
Alam Sekitar
Jenis-Jenis Pencemaran Alam
Sekitar

+3 Recommend this on Google

http://cthkaranganpmr.blogspot.com/2013/07/keburukan-pencemaran-alam-sekitar.html

2/3

7/21/2015

Contoh Karangan PMR: Keburukan Pencemaran Alam Sekitar


Sponsor By

..............

ELLY IN WONDERLA
ND:

Vaseline Spray
Body Spray Lotion
23,364 VIEWS

Ethereal template. Powered by Blogger.

http://cthkaranganpmr.blogspot.com/2013/07/keburukan-pencemaran-alam-sekitar.html

3/3

You might also like