You are on page 1of 11

BANK SOALAN

BAB

PENGENALAN

Arahan: Jawab semua soalan.


BAHAGIAN A

SOALAN ANEKA PILIHAN

Antara pernyataan berikut, yang manakah benar tentang ilmu ekonomi?


A Ekonomi ialah satu kajian tentang bagaimana manusia mencari kekayaan
B Ekonomi ialah satu kajian sains sosial tentang bagaimana manusia memperuntukkan
sumber-sumber pengeluaran yang terhad untuk memenuhi kehendak manusia yang
tidak terhad
C Ekonomi ialah satu kajian sains sosial yang mengkaji masalah ekonomi
D Ekonomi ialah satu kajian sains sosial yang mengkaji kegiatan manusia dalam
kehidupan seharian

Kehendak manusia yang tidak terhad berbanding dengan sumber ekonomi yang terhad
menyebabkan
A wujud kos lepas dalam pengeluaran
B manusia bebas membuat pilihan barang
C pengeluar boleh menaikkan harga barang
D sumber ekonomi digunakan secara minimum

Sumber ekonomi yang terhad menyebabkan


A harga barang semakin meningkat
B pengeluaran barang awam bertambah
C agihan pendapatan menjadi semakin tidak setara
D tiada barang ekonomi yang boleh didapati secara percuma

Yang manakah merupakan ciri barang awam?


A Barang yang disediakan oleh kerajaan
B Barang yang diperoleh secara percuma
C Barang yang tidak mempunyai kos lepas
D Barang yang penawarannya tidak terhad

Barang ekonomi merupakan barang yang


A diperlukan oleh pengguna
B diperoleh secara percuma
C penawarannya anjal sempurna
D secara relatif tidak mencukupi

Jenis barang yang hendak dikeluarkan merujuk kepada masalah asas ekonomi
A apa hendak dikeluarkan
B berapa hendak dikeluarkan
C bagaimana hendak dikeluarkan
D untuk siapa hendak dikeluarkan
ACE AHEAD Mikroekonomi Penggal 1 Edisi Kedua
Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2015

Keluk kemungkinan pengeluaran merupakan


A keluaran maksimum dalam keadaan guna tenaga penuh
B keluaran potensi sekiranya ekonomi mencapai kecekapan pengeluaran
C keluaran sebenar yang dikeluarkan dengan menggunakan sumber yang ada
D keluaran yang boleh dikeluarkan dengan penggunaan input yang minimum

Yang manakah bukan andaian dalam membincangkan keluk kemungkinan pengeluaran?


A Faktor pengeluaran adalah tetap
B Tingkat teknologi boleh berkembang
C Pengeluaran beroperasi dalam jangka pendek
D Ekonomi hanya mengeluarkan dua jenis barang

Dalam gambar rajah di bawah, XY menunjukkan keluk kemungkinan pengeluaran dalam


sesebuah ekonomi.
Barang pertanian

Y
S
R
T
U
0

X Barang perkilangan

Ekonomi berada dalam keadaan pengangguran apabila berada pada


A titik R
C titik T
B titik S
D titik U
10 Jadual di bawah menunjukkan pelbagai kombinasi kemungkinan pengeluaran barang
pertanian dan barang perkilangan bagi sesebuah ekonomi.
Barang Pertanian
(unit)
0
35
50
70
80
85

Barang Perkilangan
(unit)
200
190
170
50
30
0

Penyataan yang manakah benar tentang kos lepas ekonomi di atas?


A Kos lepas untuk mengeluarkan satu unit barang pertanian adalah malar
B Kos lepas untuk meningkatkan pengeluaran barang pertanian daripada 50 unit kepada
80 unit ialah 90 unit barang perkilangan
C Kos lepas untuk meningkatkan pengeluaran barang pertanian daripada 80 unit kepada
85 unit ialah 30 unit barang perkilangan
D Kos lepas untuk meningkatkan pengeluaran barang perkilangan daripada 170 unit
kepada 190 unit ialah 85 unit barang perkilangan
2

ACE AHEAD Mikroekonomi Penggal 1 Edisi Kedua


Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2015

11 Yang manakah tidak berlaku dalam sistem ekonomi perancangan pusat?


A Kerajaan menentukan jenis barang yang dikeluarkan
B Mekanisme harga memainkan peranan penting dalam ekonomi
C Terdapat campur tangan kerajaan dalam peruntukan sumber ekonomi
D Matlamat pengeluar adalah untuk memaksimumkan kebajikan masyarakat
12 Antara yang berikut, yang manakah bukan ciri sistem ekonomi pasaran bebas?
A Pemilikan persendirian
B Tiada campur tangan kerajaan
C Tiada peranan mekanisme harga
D Keagungan pengguna dalam pasaran
BAHAGIAN B

SOALAN ESEI

1 (a) Sumber ekonomi terhad berbanding dengan kehendak manusia yang tidak terhad.
Terangkan masalah ekonomi yang berkaitan dengan pernyataan tersebut.
[6]
(b) Terangkan dua faktor yang mendorong kerajaan campur tangan dalam sistem ekonomi
bebas.
[4]
2 Dengan memberikan contoh, terangkan perbezaan antara
(a) barang perantaraan dengan barang modal.
(b) barang persendirian dengan barang pengguna.

[10]

3 (a) Apakah kos lepas?


[2]
(b) Dengan menggunakan keluk kemungkinan pengeluaran, terangkan konsep kos lepas. [8]
4 Terangkan maksud sistem ekonomi yang berikut dan bagaimana setiap sistem ekonomi ini
menentukan harga barang di pasaran:
(a) Sistem ekonomi pasaran bebas,
(b) Sistem ekonomi perancangan pusat, dan
(c) Sistem ekonomi campuran.
[10]
BAHAGIAN C

SOALAN KUANTITATIF

1 Jadual yang berikut menunjukkan kombinasi barang pertanian dan barang perkilangan
yang boleh dikeluarkan oleh sesebuah negara.
Kombinasi
A
B
C
D
E
F

Barang Pertanian
(ribu unit)
0
10
20
30
40
50

Barang Perkilangan
(ribu unit)
150
140
120
90
50
0

ACE AHEAD Mikroekonomi Penggal 1 Edisi Kedua


Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2015

(a) Dengan menggunakan kertas graf, lukis keluk kemungkinan pengeluaran.

[3]

(b) Nyatakan dua kombinasi pengeluaran yang tidak cekap.

[2]

(c) Apakah jenis kos lepas yang dihadapi oleh ekonomi ini? Apakah bentuk keluk
kemungkinan pengeluarannya?
[2]
(d) Andaikan perkembangan teknologi telah meningkatkan pengeluaran barang pertanian
sebanyak 50% dan pengeluaran barang perkilangan meningkat sebanyak 20%.
(i)

Lukis keluk kemungkinan yang baharu selepas perkembangan teknologi dalam


graf yang sama dalam (a).
[2]

(ii)

Apakah yang berlaku kepada keluk kemungkinan pengeluaran tersebut?

[1]

2 Jadual di bawah menunjukkan kemungkinan pengeluaran barang X dan barang Y dalam


sebuah ekonomi.

Kombinasi

Barang X (unit)

100

200

300

400

Barang Y (unit)

1 000

900

700

400

(a) Hitung kos lepas bagi seunit barang X.

[2]

(b) Dengan menggunakan kertas graf, lukis keluk kemungkinan pengeluaran di atas.

[3]

(c) Andaikan pengeluaran barang X meningkat sebanyak 50% dan pengeluaran barang Y
meningkat sebanyak 20%.
(i)

Lukis keluk kemungkinan selepas perubahan tersebut dalam gambar rajah yang
sama dalam (b).
[3]

(ii)

Nyatakan dua faktor yang menyebabkan keluk kemungkinan pengeluaran


berubah sedemikian.
[2]

3 Jadual di bawah menunjukkan kemungkinan pengeluaran barang X dan barang Y dalam


sebuah ekonomi.
Kombinasi
Barang X (unit)
Barang Y (unit)
(a) (i)
(ii)

A
0
120

B
10
90

C
20
60

D
30
30

E
40
0

Hitung kos lepas bagi seunit barang X.

[2]

Nyatakan jenis kos lepas tersebut.

[1]

(b) Dengan menggunakan kertas graf, lukis keluk kemungkinan pengeluaran di atas.

[3]

(c) (i)

Andaikan pengeluaran barang X meningkat sebanyak 50%, lukis keluk


kemungkinan selepas perubahan tersebut dalam gambar rajah yang sama dalam
soalan (b).
[2]

(ii)

Nyatakan dua faktor yang menyebabkan keluk kemungkinan pengeluaran


sedemikian.
[2]

ACE AHEAD Mikroekonomi Penggal 1 Edisi Kedua


Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2015

JAWAPAN
BAHAGIAN A
1 B
11 B

2 A
12 C

3 D

4 A

5 D

6 A

7 A

8 B

9 C

10 C

BAHAGIAN B
1 (a) Sumber ekonomi terhad bermakna faktor pengeluaran, iaitu buruh, tanah, modal dan
usahawan terhad untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan berbanding dengan
kehendak manusia yang tidak terhad. Keadaan ini menyebabkan wujud masalah
kekurangan. Masalah kekurangan sumber ekonomi menyebabkan apabila ekonomi
mengeluarkan suatu barang dengan banyak, pengeluaran barang lain terpaksa
dikurangkan.
Masalah kekurangan menyebabkan ekonomi terpaksa membuat pilihan. Pengguna
akan memilih barang yang dapat memberi kepuasan maksimum, manakala pengeluar
akan memilih keluaran yang dapat memaksimumkan keuntungan. Pilihan yang dibuat
menyebabkan wujud kos lepas. Kos lepas merupakan barang kedua terbaik yang
dilepaskan untuk mendapatkan barang yang dipilih.
(b) Dua faktor yang mendorong kerajaan campur tangan dalam sistem ekonomi pasaran
bebas ialah:
Menyediakan barang awam
Barang awam merupakan barang yang ditawarkan kepada semua orang dan tidak
mendatangkan keuntungan kepada pengeluar. Misalnya, perkhidmatan rumah api dan
bekalan elektrik serta air di kawasan luar bandar. Sistem ekonomi pasaran bebas hanya
mengeluarkan barang yang mampu dibeli oleh pengguna di pasaran kerana pengeluar
mementingkan keuntungan. Oleh itu, kerajaan campur tangan dengan mengeluarkan
barang awam.
Memastikan agihan pendapatan yang lebih setara
Dalam sistem ekonomi pasaran bebas, wujud jurang pendapatan yang besar antara
golongan kaya dengan golongan miskin. Kebebasan pemilikan faktor dan persaingan
hebat antara pengeluar menyebabkan agihan pendapatan menjadi tidak setara dalam
ekonomi. Semakin banyak faktor pengeluaran yang dimiliki oleh seseorang individu,
semakin kaya individu tersebut. Oleh itu, kerajaan campur tangan dengan mengenakan
cukai terhadap golongan kaya dan memberi subsidi kepada golongan miskin agar
pengagihan pendapatan lebih setara.
2 (a) Barang perantaraan merupakan alat atau input yang digunakan oleh firma untuk
mengeluarkan barang pengguna atau barang akhir; manakala barang modal
pula merupakan barang siap atau barang akhir yang digunakan oleh firma untuk
mengeluarkan barang lain. Bentuk fizikal barang perantaraan akan berubah semasa

ACE AHEAD Mikroekonomi Penggal 1 Edisi Kedua


Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2015

proses pengeluaran; manakala bentuk fizikal barang modal tidak berubah semasa proses
pengeluaran. Contoh barang perantaraan ialah tepung yang digunakan untuk membuat
kek. Contoh barang modal ialah mesin yang digunakan untuk membuat tepung atau
membuat kek.
(b) Barang persendirian merupakan barang yang dimiliki oleh pengguna secara
persendirian; manakala barang pengguna merupakan barang akhir yang digunakan
oleh pengguna. Barang persendirian juga merupakan barang pengguna. Orang ramai
boleh dikecualikan daripada menikmati faedah penggunaan barang persendirian dan
barang pengguna oleh pemiliknya. Contoh barang persendirian dan barang pengguna
ialah pakaian, makanan, dan alat tulis.
3 (a) Kos lepas ialah barang kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan untuk mendapatkan
barang yang dipilih. Misalnya, kos lepas wujud dalam kegiatan penggunaan disebabkan
peruntukan perbelanjaan pengguna yang terhad.
(b)

Barang Y (unit)
A

B
Y
C

Barang X
(unit)

Andaikan sebuah ekonomi mengeluarkan dua jenis barang, iaitu barang X dan
barang Y. Kos lepas boleh dikira berdasarkan kecerunan keluk kemungkinan
pengeluaran, iaitu perubahan kuantiti barang Y dibahagi dengan perubahan
kuantiti barang X (Y/X). Berdasarkan gambar rajah di atas, apabila ekonomi
bergerak daripada titik A ke titik B, untuk menambahkan 1 unit barang X, 2 unit
barang Y terpaksa dilepaskan. Oleh itu, kos lepas untuk mengeluarkan satu unit
barang X ialah 2 unit barang Y (8 6) (1 0).
Begitu juga apabila ekonomi bergerak daripada titik B ke titik C, kos lepas ialah 2
(6 4) (2 1). Ini bermakna untuk menambahkan pengeluaran 1 unit barang X,
2 unit barang Y terpaksa dilepaskan. Keadaan yang sama berlaku apabila ekonomi
bergerak daripada titik C ke titik D dan daripada titik D ke titik E. Kos lepas
sebanyak 2 unit barang Y bagi setiap tambahan 1 unit barang X dan bentuk keluk
kemungkinan pengeluaran yang bergaris lurus menunjukkan ekonomi menghadapi
kos lepas malar.
4 (a) Sistem ekonomi pasaran bebas merupakan sistem ekonomi yang menekankan peranan
individu dan swasta dalam menyelesaikan masalah asas ekonomi. Dalam sistem
ekonomi pasaran bebas, harga ditentukan melalui mekanisme harga di pasaran, iaitu
kuasa permintaan dan penawaran akan menentukan harga di pasaran.
6

ACE AHEAD Mikroekonomi Penggal 1 Edisi Kedua


Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2015

(b) Sistem ekonomi perancangan pusat merupakan sistem ekonomi yang menekankan
peranan kerajaan dalam menyelesaikan masalah asas ekonomi. Dalam sistem ekonomi
perancangan pusat, kerajaan mempunyai kuasa mutlak untuk menentukan harga
melalui badan perancangan.
(c) Sistem ekonomi campuran merupakan sistem ekonomi yang menekankan kerjasama
antara pihak swasta dengan kerajaan dalam menyelesaikan masalah asas ekonomi.
Dalam sistem ekonomi campuran, harga ditentukan melalui mekanisme harga dan
campur tangan kerajaan. Jika terdapat ketidakstabilan harga di pasaran, kerajaan akan
campur tangan dengan mengawal harga. Contohnya, harga beras, gula, dan tepung.
BAHAGIAN C
1 (a)

Barang perkilangan
(ribu unit)
200

180

A1
B1

160
A
C1

140

120

D1
100
D
G

80

E1

60
E
40

20

F1

F
0

10

20

30

40

50

60

70
80
Barang pertanian
(ribu unit)

ACE AHEAD Mikroekonomi Penggal 1 Edisi Kedua


Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2015

(b) Mana-mana kombinasi yang berada di bawah lingkungan keluk kemungkinan


pengeluaran adalah tidak cekap. Misalnya, dalam graf, kombinasi G (10000 unit barang
pertanian dan 80000 unit barang perkilangan) dan kombinasi H (30000 unit barang
pertanian dan 20000 unit barang perkilangan).
(c) Kos lepas meningkat kerana keluk kemungkinan pengeluaran berbentuk cembung.
(d) (i)
Kombinasi
Barang
pertanian
(ribuunit)
Barang
perkilangan
(ribuunit)

A1

B1

C1

D1

E1

F1

10 150%
= 15

30

45

60

75

150 120%
= 180

140 120%
=168

144

108

60

Rujuk kepada graf dalam (a).


(ii)

Keluk kemungkinan pengeluaran beralih ke kanan.

2 (a)

Kombinasi

Kos lepas seunit barang X

1000 900 = 10 = 1
10
100 0

900 700 = 20 = 2
10
200 100

ACE AHEAD Mikroekonomi Penggal 1 Edisi Kedua


Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2015

(b)

Barang Y (unit)
A1

1200
1100

B1
A

1000

(c)

900

C1

(b)

800

700
600
500

D1
D

400
300
200
100

E1

E
0

100

200

300

400

500

600

Barang X
(unit)

(c) (i)

(ii)

Kombinasi

Barang X (unit)

Barang Y (unit)

120
1000 = 1200
100

150
100 = 150
100

120
900 = 1080
100

150
200 = 300
100

840

450

480

600

Dua faktor yang menyebabkan keluk kemungkinan pengeluaran beralih ke kanan:


Kemajuan teknologi dalam pengeluaran barang X lebih cepat daripada barang
Y
Pertambahan faktor pengeluaran dalam pengeluaran barang X lebih banyak
daripada barang Y

ACE AHEAD Mikroekonomi Penggal 1 Edisi Kedua


Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2015

3 (a) (i)
Kos lepas seunit barang X

Kombinasi

(ii)

120 90 30
=
=3
10 0
10

90 60
30
=
= 3
20 10
10

Kos lepas malar

(b)
Barang Y (unit)

120

110

100

90

c (i)

80

70

60

50

40

30

20

10
E

E
0

10

10

20

30

ACE AHEAD Mikroekonomi Penggal 1 Edisi Kedua


Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2015

40

50

60

Barang X (unit)

(c) (i)

(ii)

Kombinasi

Barang X (unit)

150
10 = 15
100

150
20 = 30
100

45

60

Dua faktor yang menyebabkan KKP beralih ke kanan:


Kemajuan teknologi dalam pengeluaran barang X
Pertambahan faktor pengeluaran dalam pengeluaran barang X

ACE AHEAD Mikroekonomi Penggal 1 Edisi Kedua


Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2015

11