You are on page 1of 2

.

Engkaulah yang memiliki kuasa pemerintahan dan Engkaulah yang memuliakan


sesiapa yang dikehendaki. Kami bersyukur kehadrat-Mu ya Allah di atas limpah
kurnia-Mu kami dapat berhimpun pada malam ini bagi meraikan perjumpaan bekasbekas pelajar (nama mjlis reunion)

Di petang yang mulia ini, di saat perjumpaan yang bersejarah dan mengharukan ini,
kami menadah tangan memohon doa restu dari-Mu agar apa yang telah kami lalui
sebelum ini dan yang akan datang dijadikan pengalaman yang penuh bermakna
dan mendapat keberkatan dan perkenan olehMu. Mudah-mudahan Pertuturan kami,
pertuturan yang disenangi, pendengaran kami, pendengaran yang direstui,
penglihatan kami, penglihatan yang diberkati, amalan kami amalan yang dirahmati,
pengorbanan kami pengorbanan yang disyukuri dan jasa kami jasa yang akan tetap
diingati.

Kami memohon kepada-Mu agar majlis ini diberkati,dilimpahi kurniaMu dan disinari
dengan nurMu. Semoga apa yang kami lakukan ini mendapat limpah inayah dan
redhoMu.

Kami berhimpun disini atas qada dan qadarMu. Semoga Engkau kekalkan pertemuan
ini bersama Rahman dan Rahim Mu hingga ke syurga. Engkau satukanlah kami,agar
kami dapat mengeratkan silaturahim antara kami. Kami juga bermohon agar guru
kami yang ada di sini atau di mana sahaja mendapat berkah Mu. Merekalah yang
telah mendidik kami hingga kami seperti ini. Sesungguhnya khidmat bakti mereka
tak dapat kami balas . Hanya Engkaulah sahaja yang Maha Pemberi Balasan. Ya Allah
Ya Tuhan kami,Antara kami ada yang telah pergi menemuiMu,dalam kerendahan diri
ini kami bermohon agar mereka ditempatkan bersama-sama orang-orang yang
soleh,yang Engkau redhoi


{









}