You are on page 1of 20

TOPIK 10

PASARAN BERMONOPOLI

CIRI-CIRI
(a) Bilangan pembeli dan penjual
Terdapat ramai penjual dan ramai pembeli tetapi tidak begitu ramai jika
dibandingkan dengan firma pasaran persaingan sempurna. Ini bermakna firma
persaingan sempurna mungkin berpuluh-puluh ribu tetapi firma bermonopoli
mungkin beribu-ribu sahaja.
(b) Jenis Barang
Barang yang dikeluarkan oleh setiap firma adalah berbeza-beza. ini bermakna
firma sengaja beza-bezakan keluaran mereka dari segi

warna, kualiti,

pembungkusan dan sebagainya. Contoh ubat gigi di mana Colgate dan Darlie
sengaja membezakan keluaran mereka.
(c) Kebebasan keluar masuk
Ini bermakna firma bebas untuk buka perniagaan dan bebas untuk menutup
perniagaan. Contoh untuk membuka sebuah kedai telefon bimbit tidak ada
sebarang halangan dan jika kedai tersebut ingin menutup perniagaan, juga
tidak ada sebarang halangan. Firma seperti MAS tidak mempunyai kebebasan
keluar masuk, iaitu terdapat halangan untuk membuka MAS dan MAS tidak
boleh menutup pernigaannnya jika ia mengalami kerugian.
(d) Harga berbeza-beza dan berubah-ubah
Harga yang dikenakan oleh setiap firma adalah berbeza-beza. Ini bermakna
setiap firma biasanya akan mengenakan harga yang berbeza. Contoh firma A
mungkin mengenakan harga RM8 per unit, manakala firma B mengenakan
harga RM10 per unit.
Juga didapati harga firma bergantung kepada outputnya, iaitu harga dan
output mempunyai hubungan positif. Ini bermakna semakin tinggi output
semakin rendah harga yang dikenakan.

KESEIMBANGAN FIRMA
Sebuah firma dikatakan telah mencapai keseimbangan apabila firma tersebut
memperolehi keuntungan maksimum atau memperolehi kerugian minimum. Ini
bermakna tujuan setiap firma ialah untuk memaksimumkan keuntungan (atau
meminimumkan kerugian)
Terdapat dua pendekatan yang menerangkan bagaimana firma bermonopoli
mencapai keseimbangan iaitu
I.

pendekatan jumlah hasil(TR) dan jumlah kos(TC)

II. pendekatan sut iaitu pendekatan hasil sut(MR) dan kos sut(MC)
PENDEKATAN JUMLAH HASIL (TR) DAN JUMLAH KOS (TC)
Cara Data
Mengikut pendekatan ini firma bermonopoli akan mencapai keseimbangan
apabila TR TC adalah maksimum (atau TC TR minimum). Contoh seperti di bawah
OUTPUT
(UNIT)

JUMLAH
JUMLAH UNTUNG/
HARGA
KOS
HASIL
RUGI
(RM)
(RM)
(RM)
(RM)

10

30

(10.00)

16

28

28

12

20

26

52

32

22

24

72

50

23

22

88

65

26

20

100

74

30

18

108

78

40

16

112

72

60

14

112

52

85

12

108

23

10

120

10

100

(20.00)

Merujuk kepada jadual di atas:i.

semakin tinggi tingkat output semakin rendah tingkat harga.

ii. keuntungan maksimum ialah sebanyak RM78.00


iii. keuntungan maksimum berlaku pada tingkat output 6 unit, maka output
keseimbangan ialah 6 unit dan harga keseimbangan ialah RM18
iv. Pastikan mula-mula firma memperolehi kerugian, kemudian ia memperolehi
keuntungan dan selepas satu peringkat ia memperolehi kerugian semula.
3

Latihan 1
Jadual di bawah adalah mengenai sebuah firma bermonopoli
Output
(unit)

Jumlah
Jumlah UNTUNG/
Harga
Kos
Hasil
RUGI
(RM)
(RM)
(RM)
(RM)

150

100

-150

230

95

190

-40

260

90

360

100

270

85

510

240

300

80

640

340

10

350

75

750

400

12

430

70

840

410

14

600

65

910

310

16

1000

60

960

-40

(a) Lengkapkan jadual di atas


(b) Tentukan output keseimbangan
(c) Berapakah keuntungan/kerugian firma?
(d) Tentukan harga keseimbangan
Jawapan
(b). 12 unit
(c). RM410
(d). RM70

Latihan 2
Jadual di bawah menunjukkan maklumat kos dan harga sebuah firma bermonopoli.
OUTPUT
(UNIT)

KOS
TETAP
(RM)

KOS
JUMLAH
JUMLAH UNTUNG/
HARGA
BERUBAH
KOS
HASIL
RUGI
(RM)
(RM)
(RM)
(RM)
(RM)

50

50

80

-50

50

20

70

77

77

50

30

80

74

148

68

50

35

85

71

213

128

50

50

100

68

272

172

50

70

120

65

325

205

50

100

150

62

372

222

50

150

200

59

413

213

50

230

280

56

448

168

50

350

400

53

477

77

10

50

700

750

50

500

-250

(a) Lengkapkanjadual di atas jika kos tetap firma ialah RM50


(b) Pada output berapakah firma mengalami kerugian?
(c) Tentukan output keseimbangan
(d) Hitung keuntungan firma
(e) Kira kos tetap purata pada keseimbangan
(f) Berapakah kos berubah purata pada keseimbangan?
(g) Tentukan kos purata pada keseimbangan
Jawapan:
(b). 0 unit dan 10 unit
(c). 6 unit
(d). RM222
(e). RM8.33
(f).

RM16.67

(g). RM25

PENDEKATAN JUMLAH HASIL (TR) DAN JUMLAH KOS (TC)


Cara Gambar Rajah

Merujuk kepada gambar rajah di atas:(a) Keluk TR bagi firma bermonopoli meningkat pada peringkat awak dan
menurun selepas satu peringkat.
(b) Keseimbangan berlaku pada tingkat Qe, iaitu keuntungan maksimum firma
ialah pada tingkat Qe. Tingkat ini merupakan tingkat keseimbangan kerana
pada tingkat ini perbezaan antara TR dan TC adalah paling besar
(c) Pada tingkat output kurang dari Q0 dan pada output melebihi Q1, TC> TR, ini
bermakna pada tingkat-tingkat output tersebut firma memperolehi kerugian.
(d) Pada tingkat output antara Q0 dan Q1, TR > TC maka pada tingkat output
tersebut firma memperolehi keuntungan.

PENDEKATAN SUT
Mengikut pendekatan ini firma akan mencapai keseimbangan apabila kos sut (MC)
sama dengan hasil sut (MR). Ini bererti syarat keseimbangan sebuah firma ialah
MC = MR. Oleh sebab pendekatan ini menggunakan MR maka kita harus mengkaji
apa itu MR, formula untuk mengira MR dsb.
Hasil Sut dan Hasil Purata
Hasil sut merujuk kepada perubahan hasil yang disebabkan oleh perubahan seunit
output. Pendek kata ia mengukur berapakah jumlah kos meningkat apabila output
meningkat satu unit. Ia boleh diukur dengan formula berikut

Hasil purata merujuk kepada purata purata hasil yang diperolehi dari satu unit
output.Ia boleh diukur dengan formula berikut

Juga didapati AR = P, ini bermakna harga output sebuah firma merupakan AR


firma.
Contoh pengiraan
Q

TR

AR

MR

100

100

95

95

95

95

90

180

90

85

85

255

85

75

80

320

80

65

75

375

75

55

70

420

70

45

65

455

65

35

60

480

60

25

55

495

55

15

10

50

500

50

Daripada jadual di atas didapati harga = AR. Tetapi AR tidak sama dengan MR.
Bagi firma monopoli AR > MR seperti di bawah

Merujuk kepada gambar rajah di atas:i.

AR = P = DD tetapi tidak sama dengan MR

ii. AR sentiasa melebihi MR [ AR mesti ada di atas MR]

KESEIMBANGAN JANGKA PENDEK


Dalam jangka pendek firma bermonopoli boleh memperolehi tiga jenis untung
iaitu:i.

untung lebih normal

ii. untung kurang normal


iii. untung normal
UNTUNG LEBIH NORMAL
Firma bermonopoli akan memperolehi untung lebih normal apabila jumlah hasil [TR]
firma melebihi jumlah kos [TC] firma, seperti di bawah

Merujuk kepada gambar rajah di atas:i.

keseimbangan berlaku pada titik E [iaitu di mana MC = MR]

ii. harga keseimbangan ialah OP dan output keseimbangan ialah OQ


iii. Jumlah hasil [TR] firma ialah OPBQ dan jumlah kos [TC] firma ialah OACQ.
Oleh sebab TR > TC

maka firma memperolehi untung lebih normal iaitu

sebanyak APBC

UNTUNG KURANG NORMAL


Firma bermonopoli akan memperolehi untung kurang normal apabila jumlah hasil
[TR] firma kurang daripada jumlah kos [TC] firma, seperti di bawah

Merujuk kepada gambar rajah di atas:i.

keseimbangan berlaku pada titik E [iaitu di mana MC = MR]

ii. harga keseimbangan ialah OP dan output keseimbangan ialah OQ


iii. Jumlah hasil [TR] firma ialah OPCQ dan jumlah kos [TC] firma ialah OABQ.
Oleh sebab TR < TC maka firma memperolehi untung kurang normal iaitu
sebanyak PABC

10

UNTUNG NORMAL
Firma bermonopoli akan memperolehi untung normal apabila jumlah hasil [TR] firma
menyamai jumlah kos [TC] firma, seperti di bawah

Merujuk kepada gambar rajah di atas:i.

keseimbangan berlaku pada titik E [iaitu di mana MC = MR]

ii. harga keseimbangan ialah OP dan output keseimbangan ialah OQ


iii. Jumlah hasil [TR] firma ialah OPAQ dan jumlah kos [TC] firma juga adalah
OPAQ. Oleh sebab TR =TC maka firma memperolehi untung normal.

11

KESEIMBANGAN JANGKA PANJANG


Dalam jangka panjang firma bermonopoli hanya boleh memperolehi untung
normal kerana wujudnya kebebasan keluar masuk. Jika dalam SR firma-firma
memperolehi untung lebih normal maka ia akan menggalakan firma-firma baru
masuk ke dalam industri. Kemasukan firma-firma baru akan mengakibatkan
keuntungan yang dinikmati oleh firma-firma berkurang. Firma-firma baru akan terus
masuk ke dalam industri sehingga firma-firma yang terdapat industri hanya
menikmati untung normal sahaja.
Sebaliknya jika firma-firma memperolehi kerugian dalam jangka pendek, ada
kemungkinan terdapat firma-firma yang akan meningalkan industri. Firma-firma
akan terus meningalkan industri sehingga firma-firma yang terdapat dalam industri
hanya menikmati untung normal sahaja. Keseimbangan jangka panjang firma
bermonopoli digambarkan di bawah.

Merujuk kepada gambar rajah di atas:i.

keseimbangan berlaku pada titik E [iaitu di mana MC = MR]

ii. harga keseimbangan ialah OP dan output keseimbangan ialah OQ


iii. Jumlah hasil [TR] firma ialah OPAQ dan jumlah kos [TC] firma juga adalah
OPAQ. Oleh sebab TR =TC maka firma memperolehi untung normal dalam
jangka panjang.

12

KECEKAPAN PERUNTUKAN
Sebuah

firma

dikatakan

telah

mencapai

kecekapan

peruntukan

jika

ia

mengeluarkan pada tingkat di mana harga sama dengan kos sut. Ini bererti syarat
untuk mencapai kecekapan peruntukan ialah P = MC. Kita boleh menguji samada
sebuah firma telah mencapai kecekapan peruntukan atau tidak seperti di bawah.
JANGKA PENDEK
(a)

Untung Lebih Normal

Merujuk kepada gambar rajah di atas:i.

Keseimbangan berlaku pada titik E.

ii. Firma sedang menikmati untung lebih normal kerana AR > AC


iii. Tingkat harga firma ialah OP
iv. Kos sut firma ialah sebanyak OA.
v. Oleh sebab harga tidak sama dengan kos sut [P MC] maka firma ini dalam
keadaan ini [Dalam SR semasa untung lebih normal] tidak mencapai
kecekapan peruntukan
vi. Ini bermakna dalam jangka masa pendek, firma bermonopoli semasa
menikmati untung lebih normal tidak akan mencapai kecekapan
peruntukan.

13

(b)

Untung Kurang Normal

Merujuk kepada gambar rajah di atas:i. Keseimbangan berlaku pada titik E.


ii. Firma sedang menikmati untung kurang normal kerana AR < AC
iii. Tingkat harga firma ialah OP
iv. Kos sut firma ialah sebanyak OA.
v. Oleh sebab harga tidak sama dengan kos sut [P MC] maka firma ini dalam
keadaan ini [Dalam SR semasa untung kurang normal] tidak mencapai
kecekapan peruntukan
vi. Ini bermakna dalam jangka masa pendek, firma bermonopoli semasa
menikmati untung kurang normal tidak akan mencapai kecekapan
peruntukan.

14

(c) Untung Normal

Merujuk kepada gambar rajah di atas:i.

Keseimbangan berlaku pada titik E.

ii. Firma sedang menikmati untung normal kerana AR = AC


iii. Tingkat harga firma ialah OP
iv. Kos sut firma ialah sebanyak OA.
v. Oleh sebab harga tidak sama dengan kos sut [P MC] maka firma ini dalam
keadaan ini [Dalam SR semasa untung normal] tidak mencapai kecekapan
peruntukan
vi. Ini bermakna dalam jangka masa pendek, firma bermonopoli semasa
menikmati untung normal tidak akan mencapai kecekapan peruntukan.

15

JANGKA PANJANG
Untung Normal

Merujuk kepada gambar rajah di atas:i.

Keseimbangan berlaku pada titik E.

ii. Firma sedang menikmati untung normal kerana AR = AC


iii. Tingkat harga firma ialah OP
iv. Kos sut firma ialah sebanyak OA.
v. Oleh sebab harga tidak sama dengan kos sut [P MC] maka firma tidak
mencapai kecekapan peruntukan.
vi. Ini bermakna dalam jangka masa panjang firma bermonopoli tidak akan
mencapai kecekapan peruntukan.
Rumusan
Firma bermonopoli sentiasa mengeluarkan outputnya pada tingkat di mana harga
melebihi kos sut [P > MC]. Ini bererti tidak kira jangka masa pendek atau jangka
masa panjang firma bermonopoli sentiasa tidak akan mencapai kecekapan
peruntukan

16

KECEKAPAN PENGELUARAN
Sebuah firma dikatakan telah mencapai kecekapan pengeluaran jika firma
mengeluarkan outputnya pada tingkat kos purata minimum. Ini bermakna jika firma
mengeluarkan keluarannya pada AC minimum maka firma itu dikatakan telah
mencapai kecekapan pengeluaran. Kita boleh menguji samada sebuah firma telah
mencapai kecekapan peruntukan atau tidak seperti di bawah.
JANGKA MASA PENDEK
(a)

Untung Lebih Normal

Merujuk kepada gambar rajah di atas:i.

Keseimbangan berlaku pada titik E.

ii. Firma sedang menikmati untung lebih normal kerana AR > AC


iii. Output pada keseimbangan ialah OQ manakala output pada AC minimum
ialah OK.
iv. Oleh sebab output pada keseimbangan [OQ] dan output pada AC
minimum [OK]

tidak sama, maka

firma

tidak mecapai

kecekapan

pengeluaran.
v. Ini bermakna dalam jangka masa pendek, firma bermonopoli semasa
menikmati untung lebih normal firma tidak akan mencapai kecekapan
pengeluaran.

17

(b)

Untung Kurang Normal

Merujuk kepada gambar rajah di atas:i.

Keseimbangan berlaku pada titik E.

ii. Firma sedang menikmati untung lebih normal kerana AR > AC


iii. Output pada keseimbangan ialah OQ manakala output pada AC minimum
ialah OK.
iv. Oleh sebab output pada keseimbangan [OQ] dan output pada AC
minimum [OK]

tidak sama, maka

firma

tidak mecapai

kecekapan

pengeluaran.
v. Ini bermakna dalam jangka masa pendek, firma bermonopoli semasa
menikmati untung kurang normal firma tidak akan mencapai kecekapan
pengeluaran.

18

(c)

Untung Normal

Merujuk kepada gambar rajah di atas:i.

Keseimbangan berlaku pada titik E.

ii. Firma sedang menikmati untung normal kerana AR = AC


iii. Output pada keseimbangan ialah OQ manakala output pada AC minimum
ialah OK.
iv. Oleh sebab output pada keseimbangan [OQ] dan output pada AC
minimum [OK] tidak sama, maka firma tidak mecapai kecekapan
pengeluaran.
v. Ini bermakna dalam jangka masa pendek, firma bermonopoli semasa
menikmati untung normal firma tidak akan mencapai kecekapan
pengeluaran.

19

JANGKA MASA PENDEK


Untung Lebih Normal

Merujuk kepada gambar rajah di atas:i.

Keseimbangan berlaku pada titik E.

ii. Firma sedang menikmati untung normal kerana AR = AC


iii. Output pada keseimbangan ialah OQ manakala output pada AC minimum
ialah OK.
iv. Oleh sebab output pada keseimbangan [OQ] dan output pada AC
minimum [OK] tidak sama, maka firma tidak mecapai kecekapan
pengeluaran.
v. Ini bermakna dalam jangka masa panjang, firma bermonopoli tidak akan
mencapai kecekapan pengeluaran.

20

You might also like